26
ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH 2014 1.0 Pengenalan Pada dasarnya untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pentaksiran perlu dijalankan sepanjang tahun tetapi peeriksaan hanya dijalankan sebanyak dua kali setahun. Matapelajar Pendidikan Moral telah dijadikan matapelajaran teras dan sebanyak 180 minit seminggu. Oleh itu, pentaksiran boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk sama ada pemerhatian, temubual, lembaran kerja ataupun secara secara lisan. Manakala dalam peperiksaan hanya peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Dalam kandungan KBSR dan KSSR merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari bidang kognitif, afektif dan psikomotor.Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Oleh itu, penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. 2.0 Pengenalan Taksonomi Bloom Taksonomi bermaksud klasifikasi.Satu kerangka yang menjelaskan struktur kebolehan kognitif yang tersusun secara hieraki daripada struktur kebolehan kognitif yang mudah kepada yang lebih rencam. Dalam tahun 1956, Pr. Benjamin Bloom, daripada Universiti of Chicago, memperkenalkan Taksonomi.Objektif Pendidikan ( Taxonomy Of Educational Objectives) yang termasyhur itu.Taksonomi Objektif Pendidikan menyediakan satu kerangka untuk keseluruhan panorama 1

Asgment Moral Sem7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ELM3033EMATA PELAJARAN :PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

Citation preview

Page 1: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

1.0 Pengenalan

Pada dasarnya untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pentaksiran

perlu dijalankan sepanjang tahun tetapi peeriksaan hanya dijalankan sebanyak dua kali

setahun. Matapelajar Pendidikan Moral telah dijadikan matapelajaran teras dan sebanyak

180 minit seminggu. Oleh itu, pentaksiran boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk sama

ada pemerhatian, temubual, lembaran kerja ataupun secara secara lisan. Manakala

dalam peperiksaan hanya peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

Dalam kandungan KBSR dan KSSR merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap

dan nilai dari bidang kognitif, afektif dan psikomotor.Kedua-dua kurikulum ini bertujuan

memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka

menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani.Oleh itu, penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

2.0 Pengenalan Taksonomi Bloom

Taksonomi bermaksud klasifikasi.Satu kerangka yang menjelaskan struktur kebolehan

kognitif yang tersusun secara hieraki daripada struktur kebolehan kognitif yang mudah

kepada yang lebih rencam.

Dalam tahun 1956, Pr. Benjamin Bloom, daripada Universiti of Chicago, memperkenalkan

Taksonomi.Objektif Pendidikan ( Taxonomy Of Educational Objectives) yang termasyhur

itu.Taksonomi Objektif Pendidikan menyediakan satu kerangka untuk keseluruhan

panorama objektif pendidikan. Taksonomi ini menyediakan satu skema kemahiran yang

bertingkat-tingkat(hierarki). Keseluruhan Objektif Pendidikan ini terbahagi kepada tiga

domain yang besar iaitu:

1. Kognitif

2. Afektif

3. Psikomotor

1

Page 2: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

Rajah 1:Taksonomi Bloom

2.1 Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

2.1.1) Pengetahuan

Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa

dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam

soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

2.1.2) Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-

idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan

menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan

dan menulis semula.

2.1.3) Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah

menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data

dan lain-lain.

2.1.4) Analisis

2

Page 3: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta

daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur

organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,

memastikan dan memilih.

2.1.5) Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah,

membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam

soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

2.1.6) Penilaian

Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau

luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan

ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

3.0 Laporan tentang struktur item dan komen bagi setiap item dari segi kesesuaian

aras kesukaran dan aras Taksonomi Bloom.

3.1 Soalan item objektif

3.1.1 Aras Pengetahuan

1. Wong Sam berbangsa Cina, kamu patut menghantar ______________ kepadanya.

A. kad Selamat Hari Raya

B. Kad Selamat Hari Deepavali

C. kad Selamat Tahun Baru Cina

Berdasarkan kepada Taksonomi Bloom soalan nombor satu berada pada aras

pengetahuan sahaja iaitu aras yang paling senang.Murid dapat menjawab soalan ini

dengan betul kerana arasnya yang rendah dan murid mempunyai pengetahuan sedia ada

megenai agama di Malaysia dan sambutan perayaan di Malaysia

3

Page 4: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

2.Raja pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama yang dianuti oleh Raja?

A. Buddha

B. Hindu

C. Islam

Soalan nombor 2 berada pada aras pengetahuan murid kerana soalan ini melibatkan

anutan agama di Malaysia. Walaubagaimanapun soalan ini telah salah dijawab oleh

murid kerana murid keliru dengan nama yang telah diletakkan oleh guru ini. Kerana nama

Raja juga terdapat dalam nama orang yang bukan berbangsa India.Tetapi dengan

terdapatnya perkataan kuil dalam soalan murid sepatutnya megetahui bahawa ianya

berkaitan dengan agama Hindu.

7. Amin membasuh baju dengan ____________________

A. sabun

B. ubat gigi

C. syampu

Soalan nombor tujuh juga berada dalam aras pengetahuan .Soalan ini telah dijawab

dengan betul oleh murid kerana soalan ini terlalu senang dan sabun adalah kegunaan

harian .

3.1.2 Aras Kefahaman

3. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan kawasan sekolah?

A. Supaya semua orang melawat sekolah kita.

B. Supaya kita dapat belajar dengan selesa.

C. Supaya guru-guru tidak malu dengan kita.

Mengikut taksonomi Bloom soalan ini berada dalam aras kefahaman kerana

menggunakan kata kunci mengapakah. Dan murid dapat menjawab soalan ini dengan

betul kerana soalannya senang .

4

Page 5: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

14. Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

Jelaskan perbuatan di atas

A. Menolak rakan sehingga jatuh.

B. Membantu rakan dan menolongnyamengutip buku yang jatuh.

C. Membiarkan rakan bangun sendiri.

Soalan ini berdasarkan gambar. Murid dapat menjawab soalan ini dengan betul kerana

soalan ini dibantu oleh gambar dan mudah ditafsir oleh murid.

3.1.3 Aras Aplikasi

13.Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah

Nilai murni yang ada pada diri Ah Chong ialah _____________.

A. beraniB. jujurC. rajin

Soalan tiga belas berada pada aras aplikasi iaitu murid meneliti gambar dan membuat

penilaian terhadap gambar yang diajukan. Murid tidak dapat menjawab soalan ini kerana

soalan ini berada di aras yang sederhana.

5

Page 6: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

12. Kita patut ___________________ semasa lagu Negaraku dinyanyikan.

A. berlariB. berdiri tegakC. berbual bersama kawan

Solan nombor dua belas berada pada aras aplikasi dan murid dapat menjawab soalan

soalan ini dengan betul kerana soalan ini senang dan diaplikasikan dalam kehidupan

seharian murid.

3.1.4 Aras Analisis

15. Kamu telah datang lewat ke sekolah. Berikan sebab yang wajar.

A. Bangun lewat kerana tidur lewat malam.B. Tertinggal buku latihan pendidikan moral di rumah.C.Menjaga ibu yang sedang sakit kerana ayah kamu bekerja pada waktu malam

Soalan lima belas berada di aras analisis kerana kata kuncinya ialah berikan sebab

wajar. Dan kebanyakan boleh diterima tetapi untuk jawapan yang paling wajar ialah C.

Dan murid telah salah menjawabnya kerana soalan ini berada pada aras analisis.

16.Antara berikut yang manakah menunjukan perbuatan yang baik?

A

B.

c.

6

Meniru semasa ujian dijalankan.

Bergaduh dengan rakan.

Memberi rakan pensel baharu

Page 7: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

Soalan nombor enam belas berada pada aras analisis dan murid telah menjawabnya

dengan betul kerana soalan ini berpandukan gambar dan penyataan yang sesuai dengan

gambar.

17. Guru meminta semua murid pergi ke perpustakaan sekolah

A. Kamu membaca dengan senyap. B. Kamu mengoyakkan buku di perpustakaan.C. Kamu bermain di pusat sumber bersama rakan

Soalan nombor tujuh belas juga berada pada aras analisis. Murid dapat menjawab soalan

dengan betul kerana soalan ini senang dijawab.

3.2. Soalan Subjektif

3.2.1 Aras Pengetahuan

B. Isi tempat- tempat kosong di bawah ini dengan perkataan yang sesuai.

1. Zubir membantu abangnya __________ cermin tingkap.

2. Kumar ______________ semula buku-bukunya di dalam almari selepas menggunakannya.

3. Hafiz sedang ________________ kolam ikan di belakang rumahnya.

4. Nurin _________________ bunga di halaman rumah.

7

menyapu menanam

menyusunmengelap

membersihkan

Page 8: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

5. Kakak sedang _______________ sampah di ruang tamu.

Soalan subjektif ini mengkehendaki murid mengisi tempat kosong dengan jawapan yang

betul. Setiap penyatan atas telah diberikan jawapan sebagai pilihan jawapan yang betul.

Murid telah menjawab soalan dari nombor 1 hingga nombor 5 dengan betul kerana

soalan ini berdasarkan kepada perbuatan atau kata kerja.

dan soalan ini berada pada aras pengetahuan serta penyataannya senang .

3.2.2 Aras Penilaian

D.Arahan : Tandakan √ pada gambar yang menunjukkan sikap toleransi dan X pada sikap yang tidak bertoleransi .

1. 2.

3. 4.

8

Page 9: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

5.

Soalan subjektif bahagian D berada dalam aras penilaian . Iaitu murid membuat penilaian

berdasarkan gambar yang mempunyai kaitan sikap toleransi dan tidak bertoleransi.dalam

soalan ini murid dikehendaki menandakan betul atau salah dalam kotak yang disediakan.

Murid dapat menjawab gambar 1 hingga gambar 4 dengan betul tetapi gambar 5 murid

telah salah menjawab . Kerana gambar untuk gambar 5 tidak jelas kaitannya dengan

sikap toleransi.

4.0 Soalan yang telah digubal semula

4.1. Solaan objektif

4.1.1 Aras pengetahuan

Soalan 11. Wong Sam berbangsa Cina dan beragama Buddha, kamu patut menghantar ______________ kepadanya.

A. Kad Selamat Hari RayaB. Kad Selamat Hari DeepavaliC. Kad Selamat Tahun Baru Cina

9

Page 10: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

Soalan 2

2.Balakrisnan pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama yang dianuti oleh Raja?

A. BuddhaB. HinduC. Islam

7. Amin membasuh baju dengan ____________________

A. sabun

B .

ubat gigi

C.

syampu

4.1.2 Aras kefahaman

3. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan bilik darjah?

10

Page 11: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

A. Supaya semua orang melawat sekolah kita.B. Supaya kita dapat belajar dengan selesa.C. Supaya guru-guru tidak malu dengan kita.

14.

Gambar :Soalan 14

Beri penyataan yang sesuai mengenai perbuatan atas ini.

A. Menolak rakan sehingga jatuh.B. Membantu rakan dan menolongnya mengutip buku yang jatuh.C. Membiarkan rakan bangun sendiri.

4.1.3 Aras aplikasi

Gambar :Soalan 14

13. Ah Chong terjumpa dompet. Lalu dia memulangkan dompet tersebut kepada tuannya.Nilai murni yang ada pada diri Ah Chong ialah _____________.

A. beraniB. jujurC. rajin

12. Semasa menyanyikan lagu Negaraku kita perlu ___________________ bagi menghormati lagu kebangsaan.

A. berlariB. berdiri tegakC. berbual bersama kawan

11

Page 12: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

4.1.4 Aras Analisis

15. Kamu telah datang lewat ke sekolah kerana menjaga ibu kamu yang sakit malam tadi .Berikan sebab yang wajar.

A. Bangun lewat kerana tidur lewat malam.B. Tertinggal buku latihan pendidikan moral di rumah.C.Menjaga ibu yang sedang sakit kerana ayah kamu bekerja pada waktu malam.

16.Antara gambar berikut yang manakah menunjukan nilai moral yang baik ?

A

B.

c.

17.

12

Meniru semasa ujian dijalankan.

Bergaduh dengan rakan.

Memberi rakan pensel baharu

Page 13: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

Gambar soalan 17Berikan sebab kita perlu senyap apabila berada di pusat sumber sekolah.

A.Supaya kita dapat bermain.B.Supaya tidak menganggu orang lain.C.Supaya kita dapat mencari buku dengan tergesa gesa.

5.0 Soalan subjektif

5.1. Aras Pengetahuan

B. Isi tempat- tempat kosong di bawah ini dengan perkataan yang betul.

1.Rita membantu abangnya _____________ cermin tingkap.

2.Kumar _______________ semula buku-bukunya di dalam almari selepas menggunakannya.

3.Hafiz sedang ________________ kolam ikan di belakang rumahnya.

13

Page 14: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

4.Nurin _________________ bunga di halaman rumah.

5.Kakak sedang _______________ sampah di ruang tamu.

5.2 Aras Penilaian

D.Arahan : Tandakan (√) pada gambar yang mempunyai sikap yang baik (X) pada sikap yang tidak baik

1. 2.

4.3. .

5.

14

Page 15: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

6.0 RumusanSecara keseluruhannya set soalan pendidikan moral yang dibina oleh guru

matapelajaran pendidikan moral dibina berdasarkan beberapa faktor. Pertama sukatan

matapelajaran pendidikan moral mengikut buku teks. Kedua soalan dibina berdasarkan

keupayaan murid menjawab dan yang ketiga berdasarkan aras Taksonomi bloom yang

mempunyai panduan dalam JSU untuk membina soalan. Walaupun begitu soalan

pendidikan moral selalunya dicedok dari buku lembaran kerja ataupun buku

aktiviti.Melalui kajian ini kebanyakan soalan set pendidikan Moral yang diambil selepas

perlaksanaan PKSR 1 dijalankan tidak menepati dan tidak mengikut aras Taksonomi

Bloom seperti yang disyorkan dalam pembinaan item soalan mengikut JSU.

Disamping itu, penilaian melalui struktur bahasa juga diambil kira.Kerana murid-

murid terdiri daripada pelbagai latar belakang. Iaitu murid yang cerdas, sederhana dan

lemah. Malah terdapat juga murid yang terlalu lemah .Bagi murid yang pandai

membaca ,murid ini tidak mengalami masalah untuk memahami soalan sama ada dalam

bentuk objektif mahupun subjektif.Tetapi bagi murid yang sederhana dan lemah serta

terlalu lemah , mereka akan menganggap sesetengah soalan terlalu sukar terutamanya

yang melibatkan soalan subjektif.

Oleh itu, melalui penambahbaikan soalan subjektif , saya telah menambah

beberapa elemen dari segi penggunaan ayat yang sesuai serta eleman grafik yang

15

Page 16: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

sesuai agar soalan yang dibina sesuai untuk semua peringkat . Dan secara amnya

membina soalan adalah perlu bersesuaian dengan murid .Dan pembinaan soalan yang

sesuai mengikut tahap kebolehan murid akan dapat membantu murid dalam

meningkatkan kefahaman mereka . Secara keseluruhannya amat penting seseorang guru

membina dan mentadbir soalan mengikut aras dan kebolehan murid kita sendiri. Kadang

kala soalan yang dicedok dari buku kerja tidak sesuai bagi setengah sekolah. Khususnya

sekolah yang mempunyai murid berbangsa lain. Malah soalan yang dibeli juga kadang

kala arasnya terlalu tinggi tambahan sekarang eleman KBAT telah diserapkan dalam

soalan secara beransur. Akhir sekali dalam membina soalan yang bermutu juga

seseorang guru perlu mahir dalam mengaplikasikan JSU dengan lebih baik.

Manakala dalam eleman taksonomi bloom pendidikan dibahagikan kepada 3

domain. Takonomi Bloom menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang

melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan,

pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang

terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen

tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan

penilaian.Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras

mudah kepada aras pemikiran tinggi.

7.0 Refleksi

Syukur ke kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk

menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah ELM3033E

iaitu Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral di

Sekolah .Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan

halangan telah saya hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan

muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini

memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang

lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak

memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut.

16

Page 17: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah

untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya

menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah

diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan

tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang

masih baru dan asing bagi kami. Malah, bahan-bahan rujukan mudah diperolehi serta

tugasan ini mempunyai dua tugasan iaitu yang pertama secara berpasangan .Dan yang

kedua secara individu.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah

mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan seperjuangan dan

pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat

membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang

untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan

tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan

kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah dijalankan sewaktu tutorial yang kedua

dijalankan iaitu secara kelas. Melalui perbincangan ini saya telah memahami dengan

lebih lanjut megenai cara-cara melaksanakan tugasan ini. Selain itu, tugasan secara

berpasangan telah membantu saya dan rakan saya agar berkolaborasi dengan lebih

kerap agar bahan dan hasil kerja kursus dapat disiapkan dengan sempurna. Dalam

tugasan ini kami telah membahagikan tugasan agar proses mengumpul maklumat dan

bahan berjalan dengan sempurna.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil

beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi

cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan ini saya mendapti

bahawa peranan guru dan tanggungjawab guru dalam mencapai wawasan 2020 telah

lama dipraktikan dan diterapkan dalam kalangan guru. Dan kod etika profesian perguruan

boleh dijadikan sebagai garis panduan oleh seseorang guru agar tidak melanggar etika

dan batas-batas perguruan yang telah ditetapkan. Hal ini kerana, sebagai seorang guru

orang awam selalu menjadikan kita sebagai contoh dan sering diperhatikan.Oleh itu, kita

perlu menjaga tingkah laku dan pertuturan kita.

17

Page 18: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

Setelah mendapat bahan yang dikehendaki saya dan rakan saya mula membuat

kerja kursus secara berasingan. Pelbagai cabaran dihadapi semasa menyiapkan

tugasan ini antaranya kekangan masa.Sebagai seorang pendidik, pelajar PJJ dan

sebagai seorang isteri dan ibu hal waktu sangat menuntut saya untuk bijak dan pandai

membahagikan masa agar kerja kursus dan keluarga serta kerjaya saya seiring dengan

saya.selain itu, kekangan yang saya tempuhi ialah bahan rujukan yang dicari berkaitan

laporan tentang struktur item soalan sangan sukar ditemuai. Berlainan dengan intipati

wawasan 2020 dan kod etika perguruan senang diperolehi bahan rujukannya.

Dari segi kekuatan kerja kursus ini saya merupakan seorang guru yang

berpengalaman mengajar di sebuah sekolah yang mempunyai matapelajaran pendidikan

Moral .Oleh itu, bagi saya untuk membina soalan pendidikan Moral adalah mudah dan

senang. Dan meelalui pengalaman PdP yang lama ini saya mempunyai kemahiran dalam

mengajar subjek Pendidikan Moral. Selain itu, saya mempunyai rakan setugas yang

banyak membantu saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Kami berbincang sekerap

yang mungkin sama ada secara bersemuka ataupun menggunakan talian telefon.

Hasilnya tugasan kami secara berpasangan siap sepenuhnya. Selain itu, kekuatan yang

saya perolehi ialah bahan rujukan sama ada secara keperpustakaan ataupun mencari

bahan di laman sesawang. Di samping itu, pada zaman sekarang penggunaan komputer

dan komputer riba serta talian internet juga mampu membantu saya dalam menyiapkan

tugasan ini.

Manakala tugasan secara individu saya telah mencari set soalan PKSR

Pendidikan Moral yang telah dijalankan pada bulan Mei. Saya mengambil set soalan

tahun 3. Setelah itu, saya mencari soalan yang sesuai dengan aras yang dikehendaki

dan saya menganalisis soalan tersebut. Setelah dianalisis saya mendapati soalan

disusun tidak mengikut aras yang sesuai dan pengunaan ayat juga tidak gramatis. Pada

masa yang sama guru matapelajaran yang menghasilkan soalan ini tidak menggunakan

bahan visual yang banyak. Oleh itu, murid yang lemah tidak akan membaca atau

menjawab soalan berikut. Selain itu dalam melaksanakan tugasan ini saya mencari

bahan dan isi tugasan lebih awal lagi, ini adalah untuk mengelakan kesuntukan masa.

Serta memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan

18

Page 19: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya

akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan

budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan

ini.

Kelemahan yang ketara dalam menyempurnakan tugasan ini ialah dalam

menghubungkaitankan antara wawasan 2020 dengan kod etika perguruan. Kerana saya

dan rakan saya perlu mencari idea yang bernas serta mempunyai kaitan di antara kedua-

duanya. Dalam penghasilan esei yang sebegini saya agak lemah untuk menyusun idea.

Selain itu, kelemahan dalam mencari soalan yang sesuai untuk dianalisis seterusnya

memberi komen terhadap soalan yang dianalisis. Dan saya juga lemah dalam mengubal

semula soalan mengikut aras Taksonomi Bloom yang sesuai. Selain itu, bahan rujukan

secara laman sesawang juga amat terhad untuk dijadikan rujukan.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai

kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit

pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya

saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan

yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain

menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.

Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang

melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan

kemahiran sedia ada saya.

8.0 Bibliografi

Buku

1.Abdul Rahman Md Aroff. (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika Dan Amalan Moral.

19

Page 20: Asgment Moral Sem7

ELM3033E PENTAKSIRAN PENGURURSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

2014

Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

2.Bhasah Abu Bakar. 2003.Asas Pengukuran Bilik Darjah.Tanjong Malim :Quantum

Books.

3.Bhasah Abu Bakar.2007.Pengujian,Pengukuran Dan Penilaian

Pendidikan.KualaLumpur:

4.Mohd. Zainuddin Hashim. (1984). (Terj).Taksonomi objektif pendidikan buku pedoman

2: Domain afektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaPustaka Salam.

Laman Sesawang

Taksonomi bloom.www.slideshare.net/.../pentaksiran-pendidikan-moral-

pengenalan kssr.web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?..

Nazurafarhan(2012).Soalan-soalan aras taksonomi Bloom .telah dilayari pada 15 Ogos

dari laman web:nazurafarhan. a.blogspot.com/.../soalan-soalan-aras-taksonomi bloom

9.0 Lampiran

20