20
ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK ANAS MARUDIN ZULHILMI ROSLI IHSAN SABRI

Asas Permainan Bola Sepak

  • Upload
    zul-bpp

  • View
    209

  • Download
    12

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kegunaan untuk subjek GERKO di IPG.Asas tentang bola sepak :Peraturan permainan dan sebagainya.Jika ada kekurangan, boleh tambah mengikut kesesuaian.

Citation preview

PowerPoint Presentation

ASAS PERMAINAN BOLA SEPAKANAS MARUDINZULHILMI ROSLIIHSAN SABRIALATAN PERMAINANPeralatan asasSetiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikutadalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: JersiKasut bolaSeluar pendekStokingPelindung kaki

Pelindung kaki (shin guards)Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

KeselamatanPemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.

BolaBola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan.

Penjaga GolPenjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.

Pertukaran Penjaga GolUntuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat.

Tempoh Masa Perlawanan

Tendangan PercumaTerdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang.

Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurangkurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka..

Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percumaTendangan GolTendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara.

Prosedur:Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol.Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti.Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil.Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol. Tendangan Sudut

Tendangan SudutTendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol.

Prosedur:Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera.Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil.Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.