7
ARTIKEL MASALAH SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS NG Sen FaSandiyao Sebestian Fakulti PendidikanUniversiti Malaya Artikel ini mengupas pelbagai masalah sosio-emosi kanak- kanak pintar cerdas secara umum.Secara spesifik, artikel ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penubuhan program kanak- kanak pintar cerdas dan perkembangan pendidikan golongan pintar cerdas, kerana aspek ini telahdiabaikan selama ini di negara kita. Objektif berkenaan mungkin hanya akan dapat dicapaisekiranya ada usaha-usaha yang berterusan dilakukan untuk meningkatkan kesedaran masyarakatmengenai masalah yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak berkenaan. Idea yangdibincangkan adalah berdasarkan kajian literatur dan pengalaman penulis sendiri.Sebelum membincangkan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas, lebih dahuiu kita perlu memahami siapakah kanak-kanak pintar cerdas. Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adalah: “Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance.These are children who require differentiated educational programs and servicesbeyond those normally provided by regular school programs in order to realizetheir contribution to self and society (Marland dlm Davis & Rimm, 1998, ms.18). ”Definisi di atas menekankan dua perkara: 1) kebolehan pencapaian kanak-kanak pintarcerdas yang tinggi; dan 2) mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkanpotensi yang ada pada mereka. Definisi tersebut akan menjadi lebih jelas jika kita bandingkandengan definisi kanak-kanak terencat akal berikut:“Istilah 'kerencatan akal' membawa berlainan erti kepada berlainan orang. Bagisesetengah orang, istilah ini merujuk kepada kanak-kanak yang terhalang atautercacat

ARTIKEL MASALAH SOSIO

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ARTIKEL MASALAH SOSIO

ARTIKEL MASALAH SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

NG Sen FaSandiyao Sebestian

Fakulti PendidikanUniversiti Malaya

Artikel ini mengupas pelbagai masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas secara umum.Secara spesifik, artikel ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penubuhan program kanak-kanak pintar cerdas dan perkembangan pendidikan golongan pintar cerdas, kerana aspek ini telahdiabaikan selama ini di negara kita. Objektif berkenaan mungkin hanya akan dapat dicapaisekiranya ada usaha-usaha yang berterusan dilakukan untuk meningkatkan kesedaran masyarakatmengenai masalah yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak berkenaan. Idea yangdibincangkan adalah berdasarkan kajian literatur dan pengalaman penulis sendiri.Sebelum membincangkan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas, lebih dahuiu kita perlu memahami siapakah kanak-kanak pintar cerdas. Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adalah:

“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance.These are children who require differentiated educational programs and servicesbeyond those normally provided by regular school programs in order to realizetheir contribution to self and society (Marland dlm Davis & Rimm, 1998, ms.18).

”Definisi di atas menekankan dua perkara: 1) kebolehan pencapaian kanak-kanak pintarcerdas yang tinggi; dan 2) mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkanpotensi yang ada pada mereka. Definisi tersebut akan menjadi lebih jelas jika kita bandingkandengan definisi kanak-kanak terencat akal berikut:“Istilah 'kerencatan akal' membawa berlainan erti kepada berlainan orang. Bagisesetengah orang, istilah ini merujuk kepada kanak-kanak yang terhalang atautercacat perkembangan mentalnya, menyebabkan pembelajaran di sekolah dan/ atau pengubahsuaian sosialnya terjejas

Definisi di atas menggariskan dua perkara penting: 1) kecerdasan yang amat rendahberbanding dengan kecerdasan purata; dan 2) masalah penyesuaian diri (dalam masyarakat danprogram sekolah biasa). Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkankepada kita bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akalmenghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu, mereka memerlukanpendidikan khas. Bagaimana pun, bagi definisi kanak-kanak pintar cerdas, masalah penyesuaiansosial kanak-kanak tersebut tidak dianggap ciri penting yang membezakan mereka dengankanak-kanak biasa.

Page 2: ARTIKEL MASALAH SOSIO

Oleh itu, artikel ini menyarankan sebaliknya, iaitu bertujuan mengenal-pastidan memahami kanak-kanak pintar cerdas dari aspek masalah penyesuaian diri mereka. Apatahlagi, persoalan ini sangat penting untuk diketahui dan difahami oleh masyarakat dan parapendidik.Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauhlebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkansepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasimereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaanini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh kerana itu, artikel ini memberifokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Perbincangan ini diharap akan dapat memberikefahaman yang jelas kepada ibu bapa, para pendidik dan pihak-pihak yang terlibat diKementerian Pelajaran Malaysia mengenai keistimewaan mereka.Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak pintar cerdas.

Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yangluar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sama, kelebihan ini menimbulkanpula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah merekamungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnyaberpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka. Antaranya, konsep kendiri; fobia;perkembangan nilai/moral; keupayaan yang tidak seimbang; masalah kemahiran bersosial; danmasalah mengembangkan potensi. Pada mnasa yang sama, faktor persekitaran seperti masalahkomunikasi; diskriminasi terhadap golongan ini; masalah keluarga; masalah tidak dapatmenyesuaikan diri dengan sistem persekitaran; dan pandangan orang lain terhadap merekamenyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Oleh itu, artikel ini jugabertujuan untuk membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah yang mereka hadapi. lnipenting untuk memastikan mereka dapat mengembangkan semua potensi yang ada pada mereka.Bagaimana pun, sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintarcerdas dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003). Antara kekangan kajian iniadalah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dijadikan sebagai pengukur kejayaan pelajar.

Page 3: ARTIKEL MASALAH SOSIO

Cirl-ciri Istimewa dan Masalah Pelajar Pintar Cerdas

Bayangkan senario ini: "Joshua yang dianggap pintar cerdas oleh gurunya sebaliknya menjadipunca tekanan kepada gurunya. Guru mencabarnya supaya menjadi pelajar yang paling berjayadi dalam kelas tetapi kesannya tidak seperti yang diharapkan. Dalam aspek sosial dan tingkahlaku, beliau sering menimbulkan kebencian rakan sekelas yang dua tahun lebih tua darinya.Mereka telah tidak mempedulikannya, Joshua pun membalas dendam dengan mengejek apasahaja usaha yang dilakukan oleh kawan-kawannya selain menunjuk-nunjuk kebolehannya."

Berdasarkan senario tersebut, Joshua tidak disenangi kawan-kawannya di sekolah.Keadaan ini berlaku kerana beliau amat berbeza daripada kawan-kawannya, selain itu beliau jugamerupakan suatu cabaran bagi gurunya - yang tidak ada pengalaman dan kemahiran mengajarkanak-kanak sepertinya. Joshua pun menjadi seorang yang sinis kerana sering merasa tidak puashati. Oleh kerana itu, Joshua suka menyakiti hati kawan-kawannya dan juga bersikap sukamenunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian dan penghargaan daripada orang lain. Denganmemiliki kepintaran berbahasa yang tinggi, Joshua telah menggunakan kelebihan tersebut untuk mengejek kawan-kawannya dengan tujuan untuk memuaskan hatinya.Sepertimana yang kita fahami, penerimaan sosial dan penghargaan adalah keperluan asasmanusia. Bagaimana pun, cara yang dilakukan oleh Joshua telah mendatangkan lebih banyak kesan negatif daripada kesan positif. Cara Joshua tersebut sememangnya akan dapat menarik perhatian tetapi kawan-kawannya di sekolah telah mengasingkan diri daripadanya. KelakuanJoshua tersebut tidak membantunya mendapat persahabatan sejati. Joshua terbawa-bawa sikapburuknya itu sehingga beliau sukar untuk mengambil pengajaran daripada sikap tersebut. Perkaraini akan lebih jelas apabila dirujuk kepada teori behaviorisme. Joshua memperoleh pengukuhanpositif (reaksi kawan-kawan yang marah kepadanya) daripada perbuatannya.

Berdasarkan senario ini, kita perlu merenung beberapa isu penting berikutyang sukar untuk diatasi dalam pendidikan pintar cerdas:1. Mengapa kanak-kanak pintar cerdas dikatakan tidak disenangi oleh orang lain?2. Adakah biasanya pelajar yang tinggi tahap kecerdasannya memiliki kelemahan dalamkemahiran bersosial? Apakah punca masalah mereka?3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membantu mereka? Apakah faktorresiliensi bagi kanak -kanak ini untuk menghadapi cabaran ini?Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluankaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm, 1998).

Page 4: ARTIKEL MASALAH SOSIO

Kanak-kanak pintar cerdasadalah satu golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannyaberbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain(Bee, 1999). Contohnya, jika anda adalah seorang yangbersikap mengharapkan sesuatu hasil kerja yang dilakukan adalah tinggi (kerja yang lakukanmemperoleh hasil yang maksimum) dan anda juga seorang yang menghargai kesungguhan, andaakan merasa janggal ketika berada dalam sebuah organisasi di mana budaya anggota-anggotaorganisasi tersebut bercanggah dengan sikap anda. Ketika berdepan dengan masalah perbezaantersebut, kanak-kanak jenis ini mungkin menggunakan pelbagai strategi termasuk: menafikankecerdasan mereka; mengelak bergaul dengan orang lain; dan meninggalkan keperluan sosialnya(Chan, 2003). Keadaan ini membawa kepada satu masalah sosial/pendidikan iaitu:Golongan pintar cerdas juga adalah golongan yang berpotensi memberi sumbangan besar kepadakemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagaimana yang kita fahami, fungsi pendidikanadalah untuk mengembangkan potensi yang ada pada setiap pelajar selain memenuhi keperluan setiap individu pelajar untuk berkembang.

RUMUSAN

Sosial adalah sebahagian daripada keperluan asas manusia dan juga suatu aspek penting dalamkehidupan bermasyarakat. Masalah sosial yang sangat serius memberi impak buruk kepadakesejahteraan hidup seseorang individu. Oleh itu, seseorang individu yang menghadapi tekanansosial yang sangat serius tidak mungkin dapat menumpukan perhatiannya kepada usaha-usahauntuk memajukan masyarakat.Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas dewasa iniadalah berpunca daripada dua faktor utama iaitu: 1) keistimewaan yang ada pada diri mereka;

Page 5: ARTIKEL MASALAH SOSIO

RUJUKAN

Bee, H. (1999). The growing child: An applied approach (2nd ed.) . New York: Longman.Chan, D. W. (2003). Dimensions of emotional intelligence and their relationships with social coping amonggifted adolescents in Hong Kong.

Journal of Youth and Adolescence, 32 (6),409.Chua, T. T., & Koh, B. B. (1992).

Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan asas. Kuala Lumpur:DBP.Clark, C.,

& Callow, R. (2002). Educating the gifted and talented: Resource issues and processes for teachers(2nd ed.) . London:

Fulton.Davis, G. A., & Rimm, S. (1998). Education of the gifted and talented (4th ed.)

Boston, MA:Allyn.Gallagher, J. J., & Gallagher, S. A. (1994). Teaching the gifted child (4th ed.)

Boston, MA: Allyn.Gallucci, N. T., Middleton, G., & Kline, A. (1999). Intellectually superior children and behavioral problemsand competence.

Roeper Review, 22 (1), 18-21.Leyden, S. (1998).

Supporting the child with exceptional ability (2nd ed.) London: Fulton.Moon, S. M., Zentall, S. S., Grskovic, L. A., Hall, A., & Stormont, M. (2001). Emotional and socialcharacteristics of boys with ADHD and giftedness: A comparative case study.

Journal for theEducation of the Gifted, 24 (3), 207-247.Nik Azis Nik Pa (1990).

Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik . Petaling Jaya: PustakaIslam.Woitaszewski, S. A. (2003). Recent dissertation research in gifted studies: The contribution of emotionalintelligence to the social and academic success of gifted adolescents.