28
http://rahmanomar .blogspot.com/2009_09_01_archive.htm l UKIRAN HALUS PARANG BAJAU SAMA  Ukiran halus Parang Bajau Sama Kota Belud merupakan harta tinggalan nenek moyang suku kaum Bajau yang tidak terhingga nilainya. Nilai Estetika pada motif dan ukiran yang ditunjukkan pada sarung dan hulu parang menunjukkan betapa suku kaum Bajau Kota Belud mempunyai nilai cara hidup yang penuh dengan kesenian dan estetika peradaban pada masa dahulu. Namun kini, nilai dan seni yang ditinggalkan dijadikan sumber bagi generasi pelapis yang baru dalam penghasilan produk kraftangan berasaskan senjata yang tinggi nilai kualiti dan harganya. Produk krafttangan Parang Bajau Sama merupakan produk kraf arisan yang sememangnya mendapat sambutan yang amat baik bukan sahaja dalam pasaran tempatan malah di peringkat nasional dan antarabangsa. Setiap produk Parang yang dihasilkan mempunyai ciri!ciri dan ukiran tersendiri. Setiap ukiran melambangkan budaya dan corak kehidupan suku kaum Bajau Sama contohnya motif Serimpak pada hujung Sarung Parang dan pada hulu parang. Serimpak merupakan alat perhiasan kepala yang dipakai oleh pengantin perempuan semasa majlis persandingan diadakan di setiap majlis perkah inan suku kaum bajau Selain itu terdapat banyak motif dan ciri!ciri pada ukiran Parang Bajau melambangkan kepelbagaian dan keunikan suku kaum Bajau Sama. "otif alam semulajadi seperti buah #ili bagi produk Parang Bajau $ada!$ada dan selain itu terdapat unsur!unsur alam lain yang digunakan. %e rdapat pelbagai jenis parang Bajau sama yang dihasilkan dan masih terdapat pada masa sekarang termasuklah Parang Bajau Barung, Pidah, $ada!lada, Pedang Bajau, &ayang, Kegayaan, Sabit Bajau, Beladau, Pais dan Pedang samurai dan Keris motif Bajau Sama. Penghasilan sarung dan hulu kayu sering menggunakan beberapa jenis kayu. Bergantung kepada permintaan pasaran. Kayu "alam dan 'engas merupakan bahan kayu yang sering mendapat permintahan tinggi dan menonjol penghasilanya. Selain itu kayu Nangka, (kasia, Nyire )Kayu %a mbu!%a mbu* dan beberapa jenis kayu lain turut digunakan. "anakalah besi spring kereta digunakan dalam penghasilan mata dan badan parang Bajau Sama. Setiap Parang Bajau yang dihasilkan mempunyai kegunaan masing!masing. Parang Bajau jenis $ada!$ada, Beladau dan Pidah+ Barung contohnya digunakan untuk akti iti penyembelihan binatang korban seperti lembu, kerbau, kambing, ayam dan sebagainya. Badi 'umput pula digunakan untuk akti iti membersihkan ka asan berumput,, Badi &uuk selalunya digunakan bagi kerja!kerja yang memotong tulang binatang, kayu keras dan ikan. Parang Bajau seperti Beladau, &ayang, Pedang dan Kegayaan digunakan pada -aman dahulu sebagai alat untuk mempertahankan diri selain sebagai lambang kekuatan si pemakainya. Keris pula digunakan untuk majlis!majlis rasmi seperti majlis perkah inan, majlis berkhatan dan untuk tujuan pera atan bagi pesakit yang dikatakan terkena penyakit sihir, ilmu hitam,  j i n d an s y a it a n. %a buran pengusaha yang membuat produk ukiran halus parang Bajau Sama pula lebih ramai di ka asan pinggir bandar Kota Belud iaitu di Kampung Siasai aya, Siasai %a mu, Siasai Kompang dan Siasai /undau. /ianggarkan terdapat seramai 01 hingga 21 orang pengusaha Parang Bajau sepenuh masa di ka asan ini.

Apresiasi Seni....Membuat Parang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

OK

Citation preview

http://rahmanomar.blogspot.com/2009_09_01_archive.htmlUKIRAN HALUS PARANG BAJAU SAMA

Ukiran halus Parang Bajau Sama Kota Belud merupakan harta tinggalan nenek moyang suku kaum Bajau yang tidak terhingga nilainya. Nilai Estetika pada motif dan ukiran yang ditunjukkan pada sarung dan hulu parang menunjukkan betapa suku kaum Bajau Kota Belud mempunyai nilai cara hidup yang penuh dengan kesenian dan estetika peradaban pada masa dahulu. Namun kini, nilai dan seni yang ditinggalkan dijadikan sumber bagi generasi pelapis yang baru dalam penghasilan produk kraftangan berasaskan senjata yang tinggi nilai kualiti dan harganya.

Produk krafttangan Parang Bajau Sama merupakan produk kraf warisan yang sememangnya mendapat sambutan yang amat baik bukan sahaja dalam pasaran tempatan malah di peringkat nasional dan antarabangsa. Setiap produk Parang yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri dan ukiran tersendiri. Setiap ukiran melambangkan budaya dan corak kehidupan suku kaum Bajau Sama contohnya motif Serimpak pada hujung Sarung Parang dan pada hulu parang.

Serimpak merupakan alat perhiasan kepala yang dipakai oleh pengantin perempuan semasa majlis persandingan diadakan di setiap majlis perkahwinan suku kaum bajauSelain itu terdapat banyak motif dan ciri-ciri pada ukiran Parang Bajau melambangkan kepelbagaian dan keunikan suku kaum Bajau Sama. Motif alam semulajadi seperti buah Cili bagi produk Parang Bajau Lada-Lada dan selain itu terdapat unsur-unsur alam lain yang digunakan.

Terdapat pelbagai jenis parang Bajau sama yang dihasilkan dan masih terdapat pada masa sekarang termasuklah Parang Bajau Barung, Pidah, Lada-lada, Pedang Bajau, Gayang, Kegayaan, Sabit Bajau, Beladau, Pais dan Pedang samurai dan Keris motif Bajau Sama.Penghasilan sarung dan hulu kayu sering menggunakan beberapa jenis kayu. Bergantung kepada permintaan pasaran. Kayu Malam dan Rengas merupakan bahan kayu yang sering mendapat permintahan tinggi dan menonjol penghasilanya. Selain itu kayu Nangka, Akasia, Nyire (Kayu Tambu-Tambu) dan beberapa jenis kayu lain turut digunakan. Manakalah besi spring kereta digunakan dalam penghasilan mata dan badan parang Bajau Sama.

Setiap Parang Bajau yang dihasilkan mempunyai kegunaan masing-masing. Parang Bajau jenis Lada-Lada, Beladau dan Pidah@ Barung contohnya digunakan untuk aktiviti penyembelihan binatang korban seperti lembu, kerbau, kambing, ayam dan sebagainya. Badi Rumput pula digunakan untuk aktiviti membersihkan kawasan berumput,, Badi Guuk selalunya digunakan bagi kerja-kerja yang memotong tulang binatang, kayu keras dan ikan. Parang Bajau seperti Beladau, Gayang, Pedang dan Kegayaan digunakan pada zaman dahulu sebagai alat untuk mempertahankan diri selain sebagai lambang kekuatan si pemakainya. Keris pula digunakan untuk majlis-majlis rasmi seperti majlis perkahwinan, majlis berkhatan dan untuk tujuan perawatan bagi pesakit yang dikatakan terkena penyakit sihir, ilmu hitam, jin dan syaitan.

Taburan pengusaha yang membuat produk ukiran halus parang Bajau Sama pula lebih ramai di kawasan pinggir bandar Kota Belud iaitu di Kampung Siasai Jaya, Siasai Tamu, Siasai Kompang dan Siasai Dundau. Dianggarkan terdapat seramai 50 hingga 80 orang pengusaha Parang Bajau sepenuh masa di kawasan ini.

Tuan Haji Ebin Bin Adim (69 Tahun) dari Kampung Siasai Kompang telah berkecimpung dengan perusahaan pembuatan Parang sejak berumur 16 tahun dan menjalankan perusahaan ini sejak 53 tahun yang lepas sehingga sekarang. Beliau merupakan salah seorang tokoh kraf Parang Bajau yang mewarisi ilmu tersebut daripada bapanya dan sekarang diturunkan kepada anak dan cucu.Dicatat olehAMANdi10:08 PTGTiada ulasan:Pautan pada catatan ini

http://9w6mrh.blogspot.com/2009/04/bengkel-parang.htmlThursday, April 30, 2009

Bengkel Parang

Buatan Kg Bariawa Sarung Kayu Rengas . Sejenis kayu yang sangat gatal .

Buatan Saudara Rohizam dari tambunan uniknya gabungan dua jenis kayu

Buatan Pak Ujob Lingkudau . Ukiran menarik dan hasil pertukangan yang kemas.

Di Keningau terdapat banyak tukang-tukang yang mahir dalam seni kraftangan membuat parang dan pisau. Antaranya ialah Pak Ujub ( Lingkudau ) , Pak Sapinin @KR06( Kg Panagatan ) dan ramai lagi .Mengikut pemerhatian saya dibandingkan dengan parang Kota Belud dengan Keningau adalah lebih baik.Dari segi besi yang paling tahan digunakan ialah spring land rover.Masalahnya susah mau dapat spring land rover . Tidak mustahil suatu hari nanti keningau akan dikenali sebagai tempat yang terkenal dengan seni membuat parang.Gambar hasil kerja mereka akan dipaparkan nanti.Posted by9w6mrhat12:37 AM2 comments:

abangdametsaid...

Salam... nampaknya parang buatan Keningau cantik dn unik bentuknya. Kalau boleh paparkan gambar parang yang dikeluarkan dari sarung. Nak tengok juga bentuk bilah parang-parang yg ada...

Boleh tahu anggaran harganya...? Kalau ada yg minat mcm mna nak dapatkan? Siapa org boleh dihubungi..?

May 19, 2009 at 12:59 AM

9w6mrhsaid...

Salam , kalau berminat datang saja ke Keningau dan saya boleh bawa ke tempat tukang tersebut. Harga anda rundinglah dengan pembuatnya . call saya 0198612781 rahimi

May 19, 2009 at 10:43 AMPost a Commenthttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_01.htmDimensi baru parang Kota Belud

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

PELBAGAI jenis parang dengan rekaan menarikdi jual dalam lingkungan harga RM200 hingga RM250.

DALAM usaha menjadikan kerja-kerja harian lebih mudah, masyarakat zaman dahulu telah mencipta pelbagai jenis peralatan berasaskan besi.

Peralatan tersebut amat berguna ketika melakukan aktiviti seperti memburu binatang, memotong kayu dan tidak kurang juga dijadikan sebagai senjata mempertahankan diri.

Uniknya, kesemua peralatan besi berkenaan dihasilkan sendiri mengikut kreativiti mereka tanpa bantuan sebarang mesin atau peralatan canggih.

Bertitik tolak daripada situ, masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman telah mula mempelajari dan memperbaiki teknik pembuatan alat tersebut sedikit demi sedikit.

Sehingga kini, pelbagai peralatan berasaskan besi seperti keris, parang dan pedang telah dihasilkan secara tradisional di beberapa daerah di negara ini.

Antara tempat yang paling popular adalah di daerah Kota Belud, Sabah, di mana kawasan tersebut terkenal sebagai tempat pembuatan peralatan besi terutamanya parang secara turun-temurun sejak lebih 30 tahun lalu.

Malah komuniti di sana juga dilihat mampu menghasilkan parang yang sangat berkualiti sehingga telah dijadikan sebagai identiti kraf tangan untuk negeri Sabah.

Secara asasnya terdapat beberapa jenis parang yang dihasilkan di daerah itu seperti parang kayu, parang beladau, parang berkembar, parang pida, keris dan pedang samurai, selain parut kelapa dan kacip pinang.

Menurut Ketua Komuniti Bengkel Pembuatan Parang Kampung Siasai Jaya, Ramlan Salon, pembuatan parang sebenarnya melibatkan banyak kaedah dan proses serta memerlukan ketelitian dalam pelbagai aspek.

"Kebiasaannya, reka bentuk parang akan ditentukan sendiri mengikut kreativiti pengusaha seperti bentuk dan saiznya selain motif pada sarung serta hulunya.

"Parang di daerah Siasai Jaya ini dikenali kerana kualitinya di mana memiliki mata parang yang tajam serta corak yang unik dan menarik,'' katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Projek Peningkatan Keupayaan Industri Pembuatan Parang di Kota Belud, baru-baru ini.

Menceritakan proses pembuatan parang, pada peringkat awal, bahan metal atau keluli yang telah dipilih akan melalui proses pemanasan secara manual menggunakan bahan pemanas khas yang dikenali sebagaiblower.

Besi yang masih panas itu kemudiannya akan diketuk dengan tukul bagi mendapatkan bentuk parang sebelum permukaannya diratakan menggunakan alat yang dinamakangrinder.

Bagi menghasilkan sarung dan hulu parang pula, pengusaha akan memilih dan menggunakan kayu yang berkualiti seperti kayu agasia, kayu agatis, kayu malam dan kayu berlian yang bekalannya diambil dari kilang berhampiran.

"Kayu-kayu ini akan dikorek di bahagian dalamnya mengikut saiz mata parang dan kemudian dua lapisan kayu tersebut akan dicantum menggunakan gam bagi membentuk sarung.

"Setelah itu, bahagian luarnya akan diukir mengikut motif tertentu sebelum digosok dengan kertas pasir dan disapu dengan bahan pengilat,'' jelasnya.

Proses berikutnya, besi parang akan dimasukkan ke dalam kayu yang telah dibentuk sebagai hulu dan akhir sekali mata parang itu akan diasah menggunakan batu asah atau batu sungai sehingga tajam.

Menurut beliau yang berketurunan Bajau, parang dan keris yang telah siap akan dijual di pasar berdekatan atau lebih dikenali sebagai Tamu dalam lingkungan harga RM200 hingga RM250.

Kebiasaannya, pengusaha parang mampu memperoleh pendapatan sehingga RM500 seminggu dan ada kalanya lebih sedikit kerana permintaan terhadapnya adalah bermusim.

Ada ketikanya juga, terdapat individu yang datang ke bengkel pembuatan untuk menempah parang mengikut kehendak mereka sendiri.

"Bagi melihat teknik pembuatan parang secara lebih dekat pula, ada juga orang luar seperti pelajar universiti dan kakitangan organisasi tertentu membuat lawatan ke bengkel ini di samping membeli parang yang telah siap sebagai cenderahati,'' katanya.

Secara keseluruhannya, terdapat lebih 30 puluh individu berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun di daerah tersebut yang mempunyai kemahiran membuat parang secara tradisional.

Apa yang menarik, selain lelaki, golongan wanita juga tidak ketinggalan terlibat melakukan kerja-kerja tersebut sama ada secara sepenuh masa atau sambilan.

Melihat kepada kesungguhan yang ditunjukkan, pihak Sirim Berhad bersama-sama agensi kerajaan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Pejabat Daerah Kota Belud dan Kraftangan Malaysia telah melancarkan projek Peningkatan Keupayaan Industri Pembuatan Parang di Kota Belud.

Projek yang dirasmikan oleh Menteri MOSTI, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili itu mempunyai matlamat membangunkan pusat setempat bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran serta pembuatan parang yang mempunyai identiti Sabah.

Selain itu, ia turut mempunyai objektif melahirkan komuniti pembuatan parang berteknologi tinggi dalam usaha mengeluarkan produk cenderamata berkualiti untuk pasaran pelancongan.

Teknologi yang bakal diperkenalkan itu melibatkan teknik tempaan atauforgingyang lebih moden serta penggunaan mesin dan alatan yang sesuai bagi menghasilkan parang bermutu dengan reka bentuk mengikut selera pelanggan.

Menurut Presiden Sirim Berhad, Ir. Yahaya Ahmad, melalui teknologi reka bentuk dan pembuatan terbantu, keseluruhan proses pembuatan parang akan disokong oleh mekanisme sistem pengkomputeran.

"Dengan cara ini, ia akan dapat meningkatkan produktiviti penghasilan secara lebih konsisten bagi memenuhi permintaan di samping penggunaan bahan mentah yang lebih sesuai untuk mengekalkan ciri-ciri seperti tahan karat dan ketajaman.

"Tenaga manusia masih diperlukan untuk mengawal sistem ini dan apa yang pasti, teknologi ini dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja jika permintaan terhadap produk ini meningkat pada masa hadapan," jelasnya.

Di samping itu, Sirim turut menawarkan metodologi dari segi khidmat konsultan untuk kajian pasaran dalam mengenalpasti reka bentuk parang yang mendapat permintaan tinggi serta membangunkan katalog produk bagi memberi kemudahan kepada pelanggan.

Kajian terhadap bahan mentah turut dilakukan seperti mengenalpasti jenis keluli yang sesuai, melakukan perbandingan berdasarkan kualiti serta menyeragamkan saiz dan dimensi.

"Penyudahan produk seperti pembuatan hulu dan sarung juga akan melibatkan peralatan moden dan sesuai untuk memberi nilai tambah yang tinggi," katanya.

Bengkel pembuatannya juga akan dinaik taraf dengan mengenalpasti fasiliti serta kemudahan infrastruktur yang diperlukan bagi mempercepatkan proses pembuatan sekali gus dapat dijadikan sebagai pusat tarikan pelancong.

Para peserta projek komuniti itu turut diberi latihan menerusi program khas untuk membantu mereka memahami proses memasang, mengguna dan menyelenggara mesin-mesin terlibat.

Akhir sekali, bagi memastikan produk berkenaan kelihatan kemas dan mampu untuk dipasarkan, Sirim turut menjalankan program pembangunan pembungkusan dengan mencipta cap dagang khas yang telah dipatenkan sebagai identiti parang Siasai Jaya.

Dengan peningkatan usaha dan penyertaan komited dari para peserta, produk parang ini tentunya mampu menarik perhatian pasaran tempatan mahupun luar negara sebagai cenderamata atau untuk kegunaan harian.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_01.htm#ixzz2TzjgotXR Utusan Melayu (M) Bhdhttp://kgbalaibadang.blogspot.com/2010/04/proses-pembuatan-parang.htmla mpung di pelosok dunia

KE WEBSITE KAMPUNG BALAI BADANG

KAMPUNG BALAI BADANG 85100 BATU ANAM SEGAMAT JOHOR

peta

KAMPUNG BALAI BADANG

Bahan-bahan yang terkandung didalam blogger ini adalah asal usul kampung balai badang,aktiviti yang dilakukan seperti berkhatan,marhaban,program mesra rakyat,poco-poco,panjat tiang,tarik tali.Selain itu juga mempromosikan aktiviti iks(industri kecil dan sederhana )dalam pembuatan parang.kalendar hijrah

PENULIS BLOG

Blog Archive

HYPERLINK "http://kgbalaibadang.blogspot.com/search?updated-min=2010-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2011-01-01T00:00:00-08:00&max-results=10" 2010(10)

HYPERLINK "http://kgbalaibadang.blogspot.com/2010_05_01_archive.html" May(5)

HYPERLINK "http://kgbalaibadang.blogspot.com/2010_04_01_archive.html" April(1) PROSES PEMBUATAN PARANG

HYPERLINK "http://kgbalaibadang.blogspot.com/2010_03_01_archive.html" March(4)PROSES PEMBUATAN PARANGPosted by kampung balai badang di persada dunia ,Tuesday, April 6, 2010

HYPERLINK "http://kgbalaibadang.blogspot.com/2010/04/proses-pembuatan-parang.html" \o "permanent link" 4:56 AMPeralatan tersebut digunakanketika melakukan aktiviti sepertimemotong kayu, memburu binatang dan ia juga dijadikan sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Sehingga kini, pelbagai peralatan yang diperbuat daripada besi seperti, parang, keris dan pedang telah dihasilkan secara tradisional.Kebiasaannya, reka bentuk parang yang dibuat akan ditentukan sendiri mengikut kreativiti pengusaha seperti bentuk dan saiznya selain motif dan corak pada sarung serta hulunya.

Pengusaha pembuatan parang ini dikenali sebagaiParti bin Pangat.Ia merupakan salah seseorang yang giat aktif membuat parang.Selain itu ia juga sedikit sebanyakboleh di ketengah sebagai IKS (Industri Kecil dan Sederhana).Beliau menghasilkan produk berasaskan besi seperti parang dan keris.

Menceritakan proses permulaan pembuatan parang, bahan metal atau keluli yang telah dipilih akan melalui proses pemanasan secara manual menggunakan bahan pemanas khas yang dikenali sebagaiblower.Kemudian besi yang masih panas itu akan diketuk dengan menggunakantukul bagi mendapatkan bentuk parang yang di inginkan sebelum permukaannya diratakan menggunakan alat yang dinamakangrinder.

Bagi mendapatkan hasil sarung dan hulu parang pula, pengusaha akan memilih dan menggunakan kayu yang berkualiti seperti kayu benbam yang diambil sekitar kampung.Kayu-kayu ini kemudianakan dikorek di bahagian dalamnya mengikut saiz mata parang dan kemudian dua lapisan kayu tersebut akan dicantum menggunakan gam bagi membentuk sarung.Selepas itu, bahagian luarnya akan diukir mengikut motif atau idea tertentu sebelum digosok dengan menggunakan kertas pasir dan disapu dengan bahan pengilat.Proses berikutnya, besi parang akan dimasukkan ke dalam kayu yang telah dibentuk sebagai hulu dan akhir sekali mata parang itu akan diasah menggunakan batu asah sehingga ia tajam.

Harga parang yang dijual oleh beliau bermula dari RM40 sehingga RM150 keatas.Manakala harga sebuah parang berkembar ialah RM150

PARANG BERKEMBARhttp://tukangparang.blogspot.com/Pemilihan besi untuk dibakar, untuk dibuat mata parang, perlu teliti. Antara yang aku sukai ialah papan chain saw. Ia perlu dbelah, dipotong ke bentuk yang paling hampir kepada bentuk yang dikehendaki, kemudian ia akan dibakar, dititik menjadi nipis dan leper sedikit dari yang asal.Besi lain yang selalu digunakan ialah besi paku rel keretapi. Ia adalah besi "lama" yang agak "keras", mengambilnya perlu ada cara. Begitu juga untuk menitik dan membakarnya, proses yang agak lain dari biasa, tetapi hasil kerjaamat memuaskan.Satu lagi besi yang aku pernah buat menjadi mata parang ialah besi bearing dalam struktur enjin lori, besi ini agak rapuh tetapi tajam. Ada juga aku mencuba dengan besi spring kereta, boleh tahan juga kekuatan mata parang ini.Catatan ini sekadar perkongsian bersama, guna memahami serba sedikit hasil seni orang melayu, khususnya pembuatan parang, aku juga masih belajar..Posted bykelompenat10:06 PM4 comments:TUESDAY, MARCH 23, 2010

CATATAN TENTANG PARANG

CATATAN TENTANG PARANGkata orang, belakang parang kalau diasah akan tajam juga entahlah , koi tak berapa pasti sangat, setau koi kalau mata parang pun tak betul cara ngasohnya takmboh tajam weh, jangan bebagai. keje ngasoh ni bukan main belasah je. kena ada cara yang betul, barulah mata parang jadi sekata, sama makan dan tajam nya lama.untuk mengelakkan mataparang dari menjadi karat sapukan sikit minyak masak yang belum digunakan pada mata parang berkenaan. sapu dan lap baru disimpan dalam sarungnya.misalan kata, selepas menyiang daging, sapu dan bersihkan dulu lemak lemak yang melekat di mata parang sebelum membersihkan nya, asah semula dan sapu minyak masak. insyaallah ia kan tajam dan tidak berkarat.kata orang juga, hina besi kerana karat, entahlah koi juga tak berapa pasti sebab pada koi, jagailah setiap apa yang kita miliki dengan elok.akhirul kalam..Posted bykelompenat8:19 AM4 comments:THURSDAY, MARCH 4, 2010

KERJA KERJA MENYEPUH

pembuatan parang , akan melalui proses menyepuh, iaitu membakar mata parang yg telah siap dihalusi tadi dengan suhu tertentu, guna untuk ketahanan mata parang dan ketajamannya.

membakar mata parang hanya pada tahap tertentu, bahagiantertentu, merendamnya dalam air dan menyejukkan nya, dengan cara tertentu juga. hasilnya sebilah mata parang yang tahan. ia akan melalui proses mengasah, supaya ia tajam dan cantik..

Posted bykelompenat6:24 AMNo comments:SATURDAY, FEBRUARY 6, 2010

KERJA KERJA MEMBUAT PARANG

bermula dengan membakar besi sehingga merahmengetuknya menjadi leper dan berbentuk kasarkemudian dibuatkan putingkemudian dibentuk secara kasar mengikut bentuk yg dikehendakki pelangggan yg menempahselepas itu bentuk kasar tadi akan dihalusidengan mesinpencanai@grinderPosted bykelompenat6:18 AM2 comments:WEDNESDAY, FEBRUARY 3, 2010

DAPUR BESI

GAMBAR ANDAS YG DIGUNAKAN UNTUK ALAS MENGETUK BESI..

kegunaan dapur besi adalah untuk membakar kepingan besi sehingga kemerahan, kemudian dititik ditempa di atas andas menggunakan tukul besi, membentuknya menjadi leper.

Posted bykelompenat5:22 AMNo comments:MONDAY, JANUARY 18, 2010

pemilihan besi

Bagi tujuan membuat parang beberapa jenis besi boleh digunakan antaranya

besi bearing, papan chain saw, paku rel keretapi dan seumpamanya, tetapi

kekuatan besi bergantung kepada beberapa faktor sampingan.

Posted bykelompenat3:37 PMNo comments:parang dan sarung

beberapa contoh parang dan sarung yang telah disiapkan melihatkan keindahan

seni pertukangan melayu.

Posted bykelompenat6:00 AM4 comments:Older Posts

HYPERLINK "http://tukangparang.blogspot.com/" HomeSubscribe to:Posts (Atom)About Me

kelompen012 9117653

View my complete profileMy Blog List

k e l o m p e nKEBUN HAYAT1 year ago

FollowersBlog Archive

HYPERLINK "http://tukangparang.blogspot.com/search?updated-min=2010-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2011-01-01T00:00:00-08:00&max-results=8" 2010(8)

HYPERLINK "http://tukangparang.blogspot.com/2010_05_01_archive.html" May(1) SEDIKIT LAGI TENTANG PARANG

HYPERLINK "http://tukangparang.blogspot.com/2010_03_01_archive.html" March(2)

HYPERLINK "http://tukangparang.blogspot.com/2010_02_01_archive.html" February(2)

HYPERLINK "http://tukangparang.blogspot.com/2010_01_01_archive.html" January(3)http://kalasuka89.blogspot.com/2012/10/seni-ukiran-parang-tambunan.htmlSENI UKIRAN PARANG TAMBUNANTeknik Moden Berkonsepkan 1 MalaysiaDi Sabah, sebut sahaja parang sudah pasti kita akan mengaitkannya dengan daerah Kota Belud yang begitu terkenal sekali dengan seni ukiran parangnya yang mana memiliki kehalusan dan keunikan tersendiri sejak dahulu lagi.Seni pembuatan parang begitu sinonim sekali dengan daerah ini, sehinggakan menjadi sebutan dan begitu dikenali bukan sahaja di sini malahan cukup terkenal hingga ke semenanjung Malaysia.Namun, sebenarnya masih terdapat beberapa buah tempat lagi di Sabah yang memiliki kemahiran dalam pembuatan sarung parang berukir yang juga tidak kurang hebat hasilnya. Salah satunya ialah Kg. Nukakatan yang terletak di daerah Tambunan.Menurut salah seorang pengusaha parang berukir yang berasal dari kampung ini, Arifudin Molusin, 31, sejak dari tahun 1920 lagi seni pembuatan parang sudah wujud di kampung ini.Sebelum kedatangan Jepun, pembuatan parang menjadi punca pendapatan bagi masyarakat di Kg Nukakatan, Katanya sambil tersenyum.Dia yang ditemui ketika Promosi Kraf Malaysia 2012, menyatakan kemahiran membuat parang ini diwarisi daripada ayahnya sendiri secara turun temurun sejak dari zaman nenek moyangnya lagi.Dulu, masa balik dari sekolah terus sahaja membantu ayah buat parang dan ketika berumur 15 tahun, saya sudah pandai membuat parang sendiri, Katanya.Sungguhpun begitu, Arifudin lebih gemar mengaplikasikan teknik ukiran moden dengan melakukan pembaharuan dalam setiap corak yang digunakannya.Justeru, atas minat serta mahu menambahkan lagi ilmu pengetahuannya terhadap seni ukiran parang, pada tahun 2002 dia berkesempatan mengikuti satu kursus anjuran Kementerian Pembangunan Luar Daerah (KPLD) yang mana mengajar teknik ukiran Semporna.Dari situ, Arifudin terus menghasilkan sarung parang berukir menggunakan teknik ukiran Timbul Semporna yang merupakan teknik moden untuk setiap tempahan yang diterima.Pada tahun 2012 pula, dia mengikuti satu lagi kursus yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia selama lima hari di kampungnya sendiri dan berpeluang mempelajari teknik ukiran parang Kota Belud.Teknik UkiranPada dasarnya, teknik ukiran parang terbahagi kepada dua jenis iaitu Ukiran Timbul dan Ukiran Halus.Untuk ukiran pada sarung parang, alatan yang digunakan hanyalah pisau yang digelar Paismanakala untuk membuat logamnya pula menggunakan pahat besi yang dibuat sendiri, gren, tukul dan beberapa lagi peralatan sampingan.Sekarang buat pakai besi yang dikenali sebagai Landas. Pada waktu dulu, Landas yang digunakan bukannya besi tetapi batu gunung, Katanya.Selain itu, antara kayu yang biasa digunakannya untuk membuat sarung parang ialah Kayu Damar yang merupakan kayu lembut dan bagi kayu keras pula, menggunakan sejenis kayu iras kayu malam jenis hutan sejuk.Boleh dikatakan, teknik ukiran yang seringkali digunakan oleh Arifudin banyak terpengaruh dengan ukiran sedia ada seperti, ukiran Keningau, Sarawak, Andalusia, Semporna dan Kota Belud.Sungguhpun begitu, dia telah menggarapnya secara kreatif di mana tidak mengikuti bulat-bulat setiap ukiran tersebut tetapi mengubah mengikut imaginasinya.Kalau saya ikut teknik ukiran parang Kota Belud atau Semporna, orang akan cakap saya tidak ada identiti sendiri dan tidak ada beza dengan ukiran parang di sana.Ukiran-ukiran yang saya buat merupakan hasil imaginasi saya terhadap kesemua ukiran yang saya pernah lihat. Misalnya, saya pernah tengok ukiran dalam Tamadun Andalusia yang terdapat di masjid-masjidnya.Jadi saya fikir-fikir dan cuba campurkan kesemua ukiran yang sedia ada dalam satu parang. Saya suka gunakan ukiran penuh sebab saya boleh letak di mana-mana sahaja ukiran yang mewakili budaya yang dipilih, Katanya.Disebabkan ukiran yang digunakan agak berlainan sedikit coraknya daripada biasa, ramai yang bertanya akan nama ukiran tersebut.Orang yang melihat parang saya, mereka akan bertanya apa nama ukiran tersebut. Setelah melihat dan berfikir, saya mengambil keputusan untuk menggelarkannya sebagai ukiran Satu Malaysia, Katanya.Selain itu, Arifudin juga mengakui bahawa dia banyak terpengaruh dengan teknik ukiran yang dihasilkan oleh pengukir terkenal tanah air iaitu Tok Wan.Saya lihat ukiran Tok Wan di kaca TV manakala bagi pengaruh Andalusia pula saya lihat dalam gambar-gambar sahaja. Dari situ, saya cuba ubah dan gunakannya sesuai dengan kemahiran saya, Katanya.Untuk ukiran pada logam pula, teknik ukiran Semporna yang dikenali sebagai Bunga Belanda digunakan oleh Arifudin.Menurutnya lagi, ukiran pada sarung parang boleh disiapkan dalam masa satu hari sampailah kepada kemasan. Kalau rumit sedikit, memakan masa tiga hingga empat hari.Hampir kesemua ukiran yang digunakannya merupakan hasil imaginasinya sendiri terhadap unsur flora dan fauna kawasan persekitaran kampung yang masih diliputi hutan.KERJAYA PENGUSAHA PARANGMasa dulu, setiap rumah harus memiliki sebilah parang dan perlu dipelihara namun sekarang ia sudah tidak diamalkan lagi, melainkan hanya dibuat hiasan ataupun untuk kegunaan harian, Menurut Arifudin.Penulis juga difahamkan, di daerah tambunan boleh dikatakan 100 peratus punca pendapatan ialah melalui pembuatan parang terutamanya di Kg. Nukakatan dan Kg. LibangBiasanya Mereka yang tinggal di kampung sahaja yang serius membuat parang dan, yang menariknya ada juga pengusaha daripada kalangan perempuan yang begitu mahir sekali membuat parang dari A hingga Z, Katanya.Dari segi harga pula, bagi parang yang berukir, harga minimum yang ditawarkan ialah RM100. Manakala sekiranya ditempah, harganya mencecah RM700 ke atas.Bagi yang ingin menempah, mereka diberi pilihan untuk memilih jenis kayu samada mahu kayu keras ataupun kayu lembut. Kayu keras lagi mahal harganya.Harga untuk sarung parang yang menggunakan ukiran timbul agak mahal sedikit berbanding ukiran halus disebabkan kerumitan untuk membuatnya.Pendapatan tidak menentu, Secara puratanya, hanya RM500 sebulan dan paling tinggi ialah RM2500 sebulan, Katanya.Kemahiran mengukir yang dimiliki Arifudin membolehkannya menghasilkan pelbagai lagi ukiran untuk dijadikan perhiasan dan cenderahati selain daripada Parang Berukir.

Utusan Borneo KK, Julai 2012.Posted28th October 2012byKalasukaPembuatan parang semakin popular, mampu jana pendapatan lumayan

byMastura Ismail. Posted onApril 26, 2011, Tuesday

KREATIF: Antara parang tempatan yang dihasilkan yang turut dipamerkan dalam pelbagai majlis keramaian.

BAGI mereka yang masih mencari apakah hadiah istimewa untuk dijadikan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada rakan dan teman, pastinya keunikan seni pembuatan parang tempatan merupakan jawapan tepat bagi persoalan tersebut.

Tidak dinafikan keunikan dan kecantikan ukiran parang buatan tempatan berjaya memikat hati para pengunjung yang bertandang ke daerah ini.

Industri kecil pembuatan parang tempatan yang dilakukan dalam rumah, kini semakin mendapat tempat di kalangan para pembuat parang di Limbang yang dihasilkan bukan sahaja melalui warisan turun-temurun tetapi juga kerana faktor minat yang menebal terhadap seni ukiran parang.

Boleh dikatakan ramai pembuat parang kini semakin mahir dengan seni pembuatan parang dan menjadikan ia sebahagian daripada karier sampingan untuk mendapatkan sumber pendapatan kerana permintaan tinggi daripada peminat parang itu sendiri sama ada dijadikan koleksi peribadi, perhiasan rumah mahupun cenderamata.

Hasil industri pembuatan parang agak lumayan. Ia dapat menjana pendapatan sehingga mencecah ribuan ringgit, bagi mereka yang rajin menyajikan pelbagai rekaan baru dan kreatif dalam memenuhi selera penggemar parang.

Pembuat parang mengutamakan pembuatan reka bentuk mengikut cita rasa pembeli yang mudah dijual di pasaran. Mereka juga menerima tempahan pembeli mengikut reka bentuk yang dikehendaki.

Tambahan lagi harga bagi sebilah parang berukir ialah RM150 dan mencecah sehingga RM2,000 sebilah, bergantung kepada panjang, kualiti sarung dan jenis besi serta kayu untuk membuat parang, sarung dan hulu.

Bagaimanapun parang jenis ini hanya untuk cenderhati dan perhiasan sahaja.

Kebanyakan sarung dan hulu parang diperbuat daripada pokok tempatan.

Kewujudan teknologi moden sedikitpun tidak menghakis kesenian dan keindahan ukiran parang kerana reka bentuk dan ukiran masih dikekalkan.

Motif ukiran parang yang pelbagai seperti 1Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kebudayaan, kesenian dan warisan masyarakat di daerah ini.

Kini parang tempatan mudah didapati dengan beraneka saiz, bentuk dan seni reka parang yang dijual di pasar Tamu Limbang pada setiap Khamis dan Jumaat dengan harga yang berbeza.

Hasil pembuatan parang juga semakin popular di daerah ini dan menjadi seri kepada beberapa majlis keramaian tertentu.

Ia turut dianjurkan dan dipamerkan kepada orang ramai untuk mempromosikan hasil pembuatan parang mereka.

Bagi pembuat parang, Husli Perak, 44, minat yang mendalam terhadap seni penghasilan parang menjadikan beliau antara pelapis pembuat parang yang terkenal dan bergiat aktif dalam pembuatan parang tempatan.

Beliau yang terlibat sejak dua tahun lalu dalam seni tersebut kini boleh tersenyum apabila parang yang dihasilkan berjaya mencuri tumpuan para penggemar parang termasuk orang kenamaan yang bertandang ke sini.

Cara membuat parang tidak susah. Ia boleh dihasilkan mengikut kreativiti sendiri berlandaskan minat yang mendalam dan pengalaman ketika melihat orang lain menghasilkan parang sebelum ini, katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Malah parang yang dihasilkannya turut dijadikan sebagai cenderamata untuk tetamu kenamaan pada majlis-majlis tertentu.

Kenangan paling saya tidak lupa ketika parang buatan tangan saya turut dijadikan sebagai cenderamata kepada pemimpin nombor

dua negara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta beberapa kenamaan lain.

Ini memberi saya semangat untuk terus menghasilkan parang yang lebih kreatif, unik dengan mengetengahkan kebudayaan tempatan, ujarnya.

Jelasnya lagi bagi menghasilkan sebilah parang, beliau mengeluarkan modal sekitar RM100.

Kebanyakan harga bergantung kepada ukuran parang termasuk sarung, dan jenis besi yang digunakan.

Harga bagi sebilah parang adalah sekitar RM2,000 ke atas mencakupi parang, sarung dan hulu. katanya lagi.

PELBAGAI PILIHAN: Para pengunjung terpegun dengan keindahan seni reka parang tempatan yang dihasilkan di Limbang.

UNIK: Husli menunjukkan salah satu parang rekaannya yang mencuri hati para penggemar parang.

Read more:http://www.theborneopost.com/2011/04/26/pembuatan-parang-semakin-popular-mampu-jana-pendapatan-lumayan/#ixzz2TzhG2goU_1430733320.bin