35
APRESIASI SENI

Apresiasi Seni

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Apresiasi Seni

APRESIASI SENI

Page 2: Apresiasi Seni

PENGENALAN

Apresiasi seni ini adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni.

Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni.

Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni.

Page 3: Apresiasi Seni

Menurut Ecker (1966), pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni, dilakukan dengan cara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni.

Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian, diskriminasi, dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni. Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang dihasilkan.

Page 4: Apresiasi Seni

DEFINISI DAN KONSEP

Bagi Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud ‘menghargai’ dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek sejarah karya tersebut.

Page 5: Apresiasi Seni

Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni.

Apabila seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni, proses ini tidak akan menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya, kerana tujuan apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara langsung.

Page 6: Apresiasi Seni

Seabolt (2001) menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni.

Page 7: Apresiasi Seni

KATEGORI APRESIASI

Terdapat dua pandangan berbeza mengenai apresiasi; Pandangan pertama merupakan pendapat

Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea, kerana kehidupan normal bagi seseorang adalah berbeza-beza. Mereka juga berpendapat bahawa membuat apresiasi itu adalah sesuatu yang berbeza daripada pengalaman biasa.

Page 8: Apresiasi Seni

Pandangan kedua berasal daripada psikologi eksperimental yang diutarakan oleh John Dewey dan Otto Krash. Kedua-keduanya bersetuju bahawa apa saja maklumat yang berkaitan dengan seni termasuk pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni, seterusnya memudahkan proses ke arah apresiasi seni.

Page 9: Apresiasi Seni

Walau bagaimanapun, menurut  Ecker (1966) kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat  aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.

Page 10: Apresiasi Seni

1 Peringkat Analitikal

(a) Kenal Pasti (Identification)

Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.

Page 11: Apresiasi Seni

2 Peringkat Penerangan

Peringkat penerangan boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat yang utama iaitu peringkat

a.Penerangan Literary (Literary Description)Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang  terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal.

Page 12: Apresiasi Seni

b. Penerangan Teknikal (Technical Description)Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya.

Page 13: Apresiasi Seni

c. Penerangan Formal (Formal Description) Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan  apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lain-lain. Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan, ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.

Page 14: Apresiasi Seni

3. Konteks dan Skop

Seterusnya ialah aspek konteks dan skop sesuatu karya itu dihasilkan sama ada mempunyai kaitan dengan budaya, sumbangan karya di dalam masyarakat, peranan pengkarya dan lain-lain.

Page 15: Apresiasi Seni

4 Aspek Assosiasi

Aspek ini bergantung kepada assosiasi seseorang apabila menikmati sesuatu karya. Adakah karya itu mengingatkan sesuatu kepada apa yang dilihatnya?

Misalnya, potret Monalisa mengingatkan kepada kekasihnya atau lukisan peperangan membayangkan kekejaman sesuatu bangsa yang sombong dan angkuh. Ringkasnya, perkaitan ini juga merupakan persoalan yang menyentuh peribadi seseorang.

Page 16: Apresiasi Seni

5 Aspek Kritikal

Aspek kritikal merupakan persoalan  penilaian atau pertimbangan peribadi termasuklah kritikan yang membolehkan seseorang membuat apresiasi kepada sesuatu karya itu dengan lebih menyeronokkan.

Page 17: Apresiasi Seni

6 Aspek Hubungan Baik

Aspek hubungan baik ini amat kuat dalam membuat apresiasi kepada seni bina. Aspek fizikal, spiritual dan lebih daripada itu aspek kemanusiaan adalah menjadi keutamaan.

Tetapi aspek ini boleh juga diaplikasikan kepada kesemua jenis seni rupa atau seni visual. Tambahan pula, pengalaman lampau seperti yang menyentuh persepsi diserapkan dalam membuat apresiasi kepada objek yang dilihat.

Page 18: Apresiasi Seni
Page 19: Apresiasi Seni

Objektif Apresiasi

Memahami dan bertindak terhadap aspek seni.

Mengetahui pentingnya aspek seni dalam kehidupan

Menghasilkan karya Memahami seni dan hubungannya Membuat dan menggunakan

pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

Page 20: Apresiasi Seni

Tujuan

Membolehkan kita mehami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni.

Page 21: Apresiasi Seni

Pendekatan

Mengikut Jhon A. Michael dalam bukunya menyatakan bahawa terdapat dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu; Pendekatan secara logik Pendekatan secara psykologi

Page 22: Apresiasi Seni

a) Pendekatan secara logik Pendekatan ini berbentuk tradisional. Memerlukan pendekatan

pemahaman intelek semata-mata. Banyak berfaktakan kepada aspek

andaian dan munasabah pada aspek tersurat pada karya.

Page 23: Apresiasi Seni

Cth;

Secara Penerangan - Membaca, mengkaji bila dihasilkan, tujuan / teknik pelukis, media dsb.

Secara Pemerhatian – Balai seni, pameran, slaid, dsb.

Secara Perbandingan - Analisis, penilaian, perbandingan

Secara Penghasilan – Membuat mengikut gaya artis / stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai-nilai khas, kepuasan, gaya konsep zaman.

Page 24: Apresiasi Seni

b) Pendekatan Secara Psikologi

Pendekatan ini lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman.

Meninggalkan pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.

Ia lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapatt orang lain.

Page 25: Apresiasi Seni

Kaedah Melihat Seni

Page 26: Apresiasi Seni

a) Hedonistik

Satu luahan perasaan secara spontan spt suka, pernyataan perasaan, gemar, menarik, benci dsb.

Dibuat serta merta; Suka / Tidak Tertarik / TidakKaedah ini tidak diterjemahkan ole otak, Cuma berdasarkan maklumat kendiri, serta terdapat pelbagai citarasa.

Page 27: Apresiasi Seni

b) Kaedah kontekstualistik Ia lebih praktikal, pemerhatian

dibuat secara ilmiah, sistematik, pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.

Lebihh merujuk kepada perincian / spesifikasi dari aspek persoalan fahaman dan rentak pengkaryaan.

Page 28: Apresiasi Seni

c) Organistik

Satu sistem yang teratur dan terancang.

Penekanan kepada kriteria tata letak / komposisi, tata atur, ruang dan penataan cahaya.

Mempertimbangkan dari aspek unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan.

Page 29: Apresiasi Seni

d) Kaedah Normistik

Merujuk kepada kriteria normasesuatu karya dari asspek masyarakat, agama dan budaya.

Menolak peradaban moden pelukis yang melampaui batas yang dibenarkan dalam agama dan budaya.

Page 30: Apresiasi Seni

e) Kaedah Elektik

Ia lebih bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan (+) dan (-).

Menekankan unsur seni, prinsip rekaan, struktur organisasi serta alatan dan bahan.

Page 31: Apresiasi Seni

Proses Aprisiasi Seni

Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti aprisiasi seni barasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui 4 tahap;

Page 32: Apresiasi Seni

a) Menggambar

Merujuk kepada asas seni reka.

Page 33: Apresiasi Seni

b) Menganalisa

Perhubungan sifat tampak, seperti unsur, prinsip dan struktur.

Kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.

Menghuraikan stail sesuatu karya.

Page 34: Apresiasi Seni

c) Tafsiran

Mencari makna pada sifat2 tampak seperti simbol, subjek dsb.

Mencari metafora ( ibarat / kiasan) dan analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

Page 35: Apresiasi Seni

d) Penilaian

Keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Menilai seni berdasarkan

pengertiannya dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.