19
APLIKASISISTEMMAKLUMATGEOGRAFIDALAMPEMANTAUAN PERUBAHAN GUNA TANAH: KAJIAN KF.S DI SEBERANG PERAI, PULAU PINANG ABSTRACf Narimah Samat Tarmiji Masron Geographic Information Systems have been used in many planning applications ranging from daily administrative activities to strategic planning functions. However, its application in monitoring land use changes has been limited to reporting types, 'quantity and location of land use changes. This paper demonstrates the application of GIS in monitoring land use changes where the emphasis is not only on the statistic of land use changes but also on the changes of its morfology. The analysis undertaken in Seberang Perai, Penang State, Malaysia showed that significant amount of land has been developed since 1974. However, the changes of its morfology is almost not existance. This result suggests that urban planning policy practiced in the area manages to control urban sprawl and promotes urban development around existing urban development corridors. The approaches demonstrated in this article, therefore, can be used as a planning tool to better understand the functioning of the land use system and to support land use planning. PENGENALAN Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu sistem yang mampu menginput, mengurus, mengolah. dan menganalisis serta memapar data ruangan dan data bukan ruangan (Star & Estes 1990; Burrough & McDonnell, 1998). Keupayaan analisis ruangan sistem ini sesuai digunakan dalam pengurusan dan pemantauan perubahan guna tanah (Scholten & Stillwell, 1990; Yeh & Li, 1997; Yeh, 1999). Penilaian terhadap perubahan guna tanahjuga membenarkan pemahaman tentang interaksi manusia dengan persekitaran (Pontius, Cornell & Hall, 2001). Dalam mengkaji perubahan gun a tanah terdapat beberapa perkara penting iaitu (a) lokasi perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang dikaji (b) sebab dan kesan perubahan guna tanah tersebut (c) mengenal pasti perubahan yang bakal terjadi dan kesannya pada masa depan.

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

  • Upload
    vobao

  • View
    234

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

APLIKASISISTEMMAKLUMATGEOGRAFIDALAMPEMANTAUAN PERUBAHAN GUNA TANAH: KAJIAN KF.S DI SEBERANG PERAI,

PULAU PINANG

ABSTRACf

Narimah Samat Tarmiji Masron

Geographic Information Systems have been used in many planning applications ranging from daily administrative activities to strategic planning functions. However, its application in monitoring land use changes has been limited to reporting types, 'quantity and location of land use changes. This paper demonstrates the application of GIS in monitoring land use changes where the emphasis is not only on the statistic of land use changes but also on the changes of its morfology. The analysis undertaken in Seberang Perai, Penang State, Malaysia showed that significant amount of land has been developed since 1974. However, the changes of its morfology is almost not existance. This result suggests that urban planning policy practiced in the area manages to control urban sprawl and promotes urban development around existing urban development corridors. The approaches demonstrated in this article, therefore, can be used as a planning tool to better understand the functioning of the land use system and to support land use planning.

PENGENALAN

Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu sistem yang mampu menginput, mengurus, mengolah. dan menganalisis serta memapar data ruangan dan data bukan ruangan (Star & Estes 1990; Burrough & McDonnell, 1998). Keupayaan analisis ruangan sistem ini sesuai digunakan dalam pengurusan dan pemantauan perubahan guna tanah (Scholten & Stillwell, 1990; Yeh & Li, 1997; Yeh, 1999). Penilaian terhadap perubahan guna tanahjuga membenarkan pemahaman tentang interaksi manusia dengan persekitaran (Pontius, Cornell & Hall, 2001). Dalam mengkaji perubahan gun a tanah terdapat beberapa perkara penting iaitu (a) lokasi perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang dikaji (b) sebab dan kesan perubahan guna tanah tersebut (c) mengenal pasti perubahan yang bakal terjadi dan kesannya pada masa depan.

Page 2: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Narimah Samal & Tanniji Masron

Walaupun banyak kajian mengenai penggunaan GIS dalam pemantauan perubahan gun a tanah dijalankan, kajian-kajian terse but hanya menumpu kepada perubahan guna tanah dari aspek lokasi, kuantiti dan jenis guna tanah yang mengalami perubahan (Narimah Sam at, 1995; Yeh & Li, 1997). Kajian yang dijalankan oleh Thant, Shinamura, Ikenshi dan Yomoda (1988) contohnya telah menggunakan GIS dan data daripada penderiaanjauh dalam melihat perubahan gun a tanah di Jepun. Metodologi yang hampir sarna digunakan oleh Yeh dan Li (1996) dalam memantau perubahan guna tanah di China. Kedua-dua aplikasi tersebut hanya memberikan penekanan kepada aspek kuantiti, lokasi dan jenis guna tanah yang telah berubah. Oi Malaysia, kajian oleh Narimah Samat dan Ruslan Rainis (1996) telah menggunakan data daripada foto udara dan GIS dalarn melihat perubahan Bandar Butterworth dari tahun 1974 hingga 1990. Kajian ini juga hanya memberikan penumpuan terhadap jenis, lokasi dan kuanti ti pembangunan yang terjadi. Statistik ini penting untuk membantu jururancang mengenal pasti jenis pembangunan yang terjadi, corak dan arah pembangunan di sesuatu kawasan.

Selain daripada maklumat kuantiti,lokasi danjenis guna tanah yang berubah~ maklumat mengenai peru bah an morfologi bandar juga perlu diberi perhatian (Batty & Longley, 1987; Batty & Longley, 1994). Morfologi ban dar adalah penelitian terhadap perubahan bentuk dan sempadan bandar yang selalunya dikaitkan dengan kepadatan pembangunan di kawasan bandar (Mayhew, 1997; Johnston Gregory, Pratt & Watts, 2000). Penilaian ini penting kerana perubahan morfologi bandar dapat menentukan corak pembangunan dan kesesuaian das ar perancangan yang dilaksanakan dalam jangka masa tertentu (Batty & Xie, 1994). Batty dan Longley (1994) contohnya menggunakan dimensi fraktal (Fractal dimension - d) dalam memantau perubahan sempadan Bandar Cardiff di United Kingdom dari tahun 1886 hingga 1992. Penilaian mereka mendapati bandar tersebut telah mengalami perubahan nilai d dari 1.141 pada tahun 1886 kepada 1.117 pada tahun 1901 dan 1.109 pad a tahun 1992. Oapatan ini diakibatkan oJeh pembangunan yang bercorak linear dengan jalan-jalan utama yang membentuk satu bentuk selaTi dengan jalan-jalan utama. Oi Malaysia, kajian oleh Ruslan Rainis (2003) telah cuba menilai perubahan guna tanah di Bandar Butterworth Pulau Pinang dengan menggunakan matrik landskap. Oalam kajian tersebut, belia~ telah memaparkan matrik kepelbagaian landskap tetapi tidak mengaitkan perubahan ini dengan kesesuaian dasar perancangan yang diguna pakai di kawasan Butterworth.

Maklumat perubahan kuantiti, lokasi dan jenis guna tanah serta morfologi bandar yang mengalami perubahan guna tanah boleh dijadikan sumber invent0ri tentang pembangunan yang telah berlaku bagi sesuatu kawasan (Iverson, 1988).

112

Page 3: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi

Maklumat inijuga boleh menjadi asas dalam memahami perubahan yang terjadi dan merancang pembangunan masa depan (Pontius et al., 2001). Pemerhatian terhadap peru bah an yang berlaku dan ramal an terhadap pembangunan yang bakal berlaku membenarkan penilaian impak perubahan tersebut dijalankan dengan sistematik. Pcnilaian ini dapat memastikan perubahan yang bakal berlaku tidak meninggalkan kesan yang negatif kepada persekitaran, sosial dan ekonomi

sesuatu kawasan (Yeh & Li, 1997; Peterson, Sham Sani, & M.Nordin, 1999). Kajian ini melihat perubahan guna tanah di Seberang Perai dari tahun 1974

hingga 1998 dengan memberikan perhatian terhadap lokasi, kuantiti dan jenis gun a tanah yang mengalami perubahan. Selain itu, kajian ini juga menilai perubahan morfologi kawasan ini dan mengaitkan perubahan morfologi dengan dasar pembangunan guna tanah yang diguna pakai. Penilaian yang dijalankan menghasilkan inventori perubahan guna tanah yang boleh dijadikan as as dalam pembentukan pelan perancangan masa depan.

METOOOLOGI

Kawasan ~ian

Kajian memantau perubahan guna tanah telah dijalankan di Seberang Perai, Pulau Pinang. Kawasan ini dipilih sebagai kawasan kajian kerana merupakan salah satu kawasan pembangunan yang penting bagi wilayah utara Semenanjung Malaysia sejak tahun 1970-an sehingga kini (MPSP 1998). Seberang Perai

merupakan salah satu kawasan di Semenanjung Malaysia yang telah mengalami pembangunan kesan langsung dari perindustrian dan berpotensi untuk menjadi sebuah pusat wilayah di bahagian utara (Goh Ban Lee, 1990). Selain itu, kawasan ini juga telah mengalami pertambahan penduduk yang pesat iaitu pad a tahun 1970 kawasan ini hanya dihuni oleh 342,625 orang dan meningkat kepada 545,688 orang pada tahun 1991 (Jabatan Perangkaan Malaysia 1991). Namun, Seberang Perai dijangka akan dihuni oleh lebih daripada 900,00 orang penduduk pada

tahun 2010 kerana Kerajaan negeri Pulau Pinang sedang berusaha menjadikan Sebcrang Perai supaya berupaya menampung lebih kurang 60 peratus daripada

penduduk Negeri Pulau Pinang (Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 1992). Peningkatan ini dijangkakan memerlukan lebih kurang 16 peratus at au 12,000 hektar tanah untuk pembangunan (MPSP 1998; Narimah Samat, 2(02).

Kawasan Seberang Perai mempunyai keluasan 73840 hektar. Kedudukannya berpusat pada latitud 50 20'U dan longitud 1000 25'T. Rajah 1 menunjukkan kawasan Seberang Perai dan kawasan pembangunan pada tahun 1990. Secara keseluruhan, kawasan Seberang Perai adalah landai dengan purata ketinggian

113

Page 4: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Narimah Samal & Tanniji Masron

kurang daripada 50 meter. Keadaan ini menjadikannya sesuai untuk pelbagai pembangunan (MPSP 1985). Oleh itu, kawasan ini berpotensi menjadi PUSat petempatan dan perkembangan ekonomi di wilayah utara Semenanjung MalaYsia.

DATA DAN PROSEDUR KAjIAN

Dalam pemantauan perubahan guna tanah, pembentukan sistem maklumat penting bagi memastikan maklumat yang digunakan tersedia. konsisten dan terkini sena bebas daripada sebarang kesilapan (Scholten & Stillwell, 1990; Yeh. 1999). lial ini meliputi pengenalpastikan data yang diperlukan, menyediakan data dalarn format yang seragam, serta data ruangan dan atribut yang bebas daripada sebarang kesilapan (Burrough & McDonnell, 1998; Yeh & Li, 1997).

Kajian ini memantau perubahan guna tanah dari tahun 1974 hingga 1998. Empat set data guna tanah telah diperolehi daripada pelbagai sumber, skala dan

format seperti ditunjukkan pad a Jadual 1. Jadual ini memaparkan sumber utallla data guna tanah dari foto udara pada masa lalu yakni merupakan satu rekOd penyimpan data sejarah yang penting kerana menyimpan data sebenar kawasan permukaan bumi pad a masa data tersebut diambil (Narimah Samat & RU81an Rainis, 1996). Walaupun jeda masa pemantauan yang lebih pendek mungkin lebih bersesuaian, pemilihan pecahan masa dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada ketersediaan ada data.

~---~ ..

Se.~enanjung "Malaysia

ll;- { ..... .: •.. \ '-.. ....l .. ,

:o;'f"- I

'-\. )"''./', .. \ \

~ ""'.:

... . ... .- t;,~epaJa

':!o

Rajah 1: Seberang Perai dan kawasan pembangunan tahun 1990

114

Page 5: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi

Jaduall: Sumber yang digunakan dalam memantau perubahan gun a tanah

Data Sumber Skala rroses Menyediakan dah:

Guna - Foto Udara dari labatan Ukur - I : 20,000 - Pentafsiran foto secara Tanah dan Pemetaan (1974). manual dan

1974 - Foto Udara kawasan bandar -1 : 10,000 digabungkan dengan utama sahaja dari labatan maklumat daTi peta dan Ukur dan Pemetaan (1977). pendigitan.

- Peta Guna Tanah daTi labatan - 1 : 75,000 Pertanian (1974).

Guna - Foto Udara dari labatan Ukur - I : 40,000 - Pentafsiran foto secara Tanah dan Pemetaan (1981). manual dan digabungkan

1981 - Peta Guna Tanah daTi labatan - 1 : 75,000 dengan maklumat daTi Pertanian (1981). peta dan pendigitan.

Guna - Peta Guna Tanah daTi l abatan - 1 : 75, 000 - Pendigitan secara Tanah Pertanian (1990). manual.

1990

Guna - Peta Guna Tanah daTi - Tiada skala - Jmej dalam format BMP Tanah Rancangan Struktur Majlis dan pendigitan di atas

1998 Perbandaran Seberang Perai skTin. (1998).

Perubahan gun a tanah boleh dilihat dengan membandingkan data gun a tanah daTi pelbagai tahun yang berbeza. Ini boleh dikira menggunakan rumus 1 seperti di bawah:

llLV .-:-' •• , = LV'·' - LV • /J.r /J.r lJ.r

iaitu: UV ~-;.+~ perubahan guna tanahjenis rdi lokasi i danj daTi t ke t + I,

LV:;! = gun a tanah jenis r di lokasi i dan j pad a masa t + I, dan LV~" = guna tanah jenis r di lokasi i danj pada masa t.

Rumus 1 di atas dapat digunakan dalam menilai kuantiti dan jenis gun a tanah serta lokasi kawasan yang telah mengalami perubahan pada dua jangka masa yang dikaji. Pengiraan statistik perubahan guna tanah ini boleh diimplementasi menggunakan Arc View 3.2 (ESRI 1998).

115

Page 6: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Narimah Samal & Tanniji Masron

Selain mendapatkan maklumat mengenai statistik perubahan guna tanah yang terjadi, perubahan morfologi ban dar berguna dalam menilai COrak pembangunan dan kesesuaian polisi pembangunan bandar yang diguna pakai di sesuatu kawasan. Morfologi ban dar boleh dinilai berdasarkan indeks bentuk (Shape Index - SI) dan dimensi fraktal (Fractal dimension - d). SI sesuatu kawasan dinilai menggunakan rumus yang diberikan oleh Longley, Goodchild, MagUire dan Rhind (2001) seperti ditunjukkan di bawah:

Sf-PI - /3.SW

iaitu: Sl = indek bentuk, P = perimeter, dan A = keluasan.

(2)

Dalam rumus 2 yang ditunjukkan, nilai SI adalah an tara IS SI S 00 iaitu nilai 1 menggambarkan bentuk yang paling padat iaitu bentuk bulatan (Longle'V

oJ et al. J 2001). Bagi sebuah segi empat tepat yang mempunyai nisbah panjang da lebar 2:1, nilai Slnya ialah 1.20 dan bagi sebuah segi empat sama adalah 1_13~ Nilai SI ini boleh dijadikan perbandingan iaitu dengan melihat sarna ada sesebuah bandar ini berbentuk padat atau lebih berselerak. Nilai d pula dikira d e ng menggunakan rumus 3 yang diberikan oleh Iverson (1988) seperti di bawah: an

log P = Yl d log A

iaitu, P = peri meter A = keluasan, dan d = dimensi fraktal

(3)

Nilai d sesuai digunakan dalam menilai sifat kompleks objek buatan man . (bandar) atau semulajadi (pinggir pantai) yang mempunyai nilai antara I-dilll USI~ (sebuah bulatan) hingga 2-dimensi satu kawasan yang bersifat ~ornp;:~~ (Iverson, 1988; Batty & Longley, 1994; Cao & Lam, 1997). Secara teonnYa . ini dapat menggambarkan sifat-sifat persamaan iaitu sesuatu objek dalam ;..::tlai mengekalkan bentuk yang sama apabila dilihat dari skala yang berbeza (John ang

Sloo et al .• 2000).

Pengiraan matrik landskap dilaksanakan menggunakan perisian ~ Analyst iaitu perisian statistik yang dihasilkan oleh sekumpulan penyelid;::~~

116

Page 7: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Aplikasi Sistem Maklumat Geograji

Northwest Science and Technology, Ontario Canada dan boleh didapati dari laman webnya (Elkie, Rempel & Carr, 1999). Peri sian ini boleh digunakan sebagai "extension" kepada perisian ArcView 3.2 (ESRI 1998).

PERUBAHAN GUNA TANAH DI SEBERANG PERAI TAHUN 1974 HINGGAI998

Jenis gun a tanah di Seberang Perai dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu pertanian, peru mahan, pemiagaan, perindustrian, dan kemudahan awam. Pad a tahun 1974, daripada keluasannya iaitu 73,840 hektar, hanya 1613.5 hektar (2 peratus) telah dibangunkan. Namun, pada tahun 1981 peningkatan kawasan bandar agak ketara merangkumi kawasan seluas 3113.3 hektar atau 4.2 peratus daripada keseluruhan kawasan Seberang Perai. Perubahan ini ditunjukkan pada Rajah 2. Pada tahun 1990, penambahan kawasan pembangunan telah meningkat dengan lebih pesat iaitu menjadi 8859.4 hektar atau 12.0 peratus. Rajah 3 menunjukkan perkembangan kawasan bandar an tara tahun 1981 hingga 1990 iaitu pembangunan bertumpu di kawasan pembangunan sedia ada. Sementara pada tahun 1998, pembangunan meliputi kawasan seluas 12,982.33 hektar (Rajah 4) dapat dilihat.

.-.> ------'-a) (juna 'limah IIJ74 a) (juna 18nah IlJlS 1

117

Page 8: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Narimah Samar & Tarmiji Masron

'r . "\ ,

~ I , -,; .

, J J

~

a)Perubahan 1974-1981

Pertunjuk

1\ / / /

I '. I " \, [J o III D (. .~-~ I::.:..:.:J

Sempadan negeri

Pertanian

Kemudahan awam

Industri

Perdagangan

Perumahan

Rajah 2: Peru bah an guna tanah di Seberang Perai dari tahun 1974 hingga 198 1

--~--'-a) Guna Tanah 1981 a) Guna Tanah 1990

118

Page 9: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

a) Perubahan 1981 - 1990

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi

Pertunjuk

;\ i

, 'I i Sempadan negeri

[] ~.,-.' ~:··i~

~ L-J ~

0,"---.1 - ,- --;...., - .

Pertanian

Kemudahan awam

Industri

Perdagangan

Perumahan

Rajah 3: Perubahan guna tanah di Seberang Perai dari tahun 1981 hingga 1990

---_.- ---.... -a) Guna Tanah 1990 a) Guna Tanah 1998

119

Page 10: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Narimah Samat '" Tarmiji Masron

.. Pertunjuk

.'\ " ! \ / Sempadan negeri .I 'I

[J.: ..... ,"': ,;. L-C._._

Pertanian

Do .• ]

--.~ .. Kemudahan awam

II':::;;,:',;' ~~ - . Industri

D Perdagangan

------' ~'-"'~"'.' L:J Peru mahan

----'-a) Perubahan 1990 - 1998

Rajah 4: Perubahan guna tanah di Seberang Perai dari tahun 1990 hingga 1998

Aktiviti perumahan merupakan sektor yang agak pesat membangun d' Seberang Perai. Pada tahun 1974, keluasan kawasan perumahan adalah 4S0.~ hektar dan telah meningkat kepada 1053.0 hektar pad a tahun 1981 (rujuk J adUal 2). Peningkatan yang lebih pesat telah berlaku antara tahun 1981 hingga 1990 iaitu pertambahan sebanyak 3747.1 hektar tanah perumahan menjadikan keluasannya 4800.1 hektar sementara pada tahun 1998, sektor perumahan melipUti tanah seluas 6790.7 hektar. Keluasan ini hanya mengambil kira peru mahan mOd yang dibina di kawasan-kawasan ban dar di seluruh Seberang Perai. Peningkat en ini adalah kesan langsung dari perubahan dasar kerajaan yang menumpu kepa:

n

sektor perindustrian dalam usaha menjana ekonomi negara (Gomez & Jomo, 1997; Beberapa buah bandar di Malaysia seperti Shah Alam, Johor Bahru dan PUI . Pi nang telah dirancang untuk berfungsi sebagai pusat perindustrian (Morshi~~ et al. 1999). Dasar ini secara langsung telah meningkatkan penghijrahan golong 1

belia ke kawasan bandar perindustrian utama termasuk di Seberang Perai (Gom an &Jomo, 1997; Morshidi el al .• 1999; Suriati Ghazali, 1999). Ini telah meningkatlt e~ permintaan terhadap rumah terutamanya rumah kos rendah di bandar (Gh ~ Salleh & Lee Lik Meng, 1997). all I

120

Page 11: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Aplikasi Sistem MakluTnat Geografi

Pembangunan sektor perniagaan tidaklah begitu pesat. Pada tahun 1974, kawasan perniagaan adalah seluas 103.2 hektar dan bertambah sebanyak 140.8 hektar menjadikan keluasannya 244.0 hektar pada tahun 1981 (rujuk Jadual2 dan Rajah 2). Namun, antara tahun 1981 dan 1990 peningkatan yang lebih kecil telah direkodkan iaitu hanya sebanyak 44.1 hektar. Pertambahan kawasan perniagaan lebih ketara antara 1990 hingga 1998 iaitu meningkat menjadi 7073 hektar keluasan tanah telah digunakan untuk kawasan perniagaan. Pembangunan ini adalah kesan langsung perkembangan ekonomi negara dan negeri Pulau Pinang khususnya (Kerajaan Negeri Pulau Pinang 1992; PDC 1996).

Pembangunan dalam sektor perindustrian juga agak menggalakkan dengan keluasan asal hanya 431.1 hektar pad a tahun 1974 dan telah meningkat kepada 839.82 hektar pada tahun 1981 (rujuk Jadual 2). Pada tahun 1981 hingga 1990, lebih banyak kawasan perindustrian dibangunkan termasuklah di Perai, Mak Mandin, Valdor, dan Bukit Minyak dengan keluasan melebihi 1400 hektar (PDC 1992; Gomez & Jomo, 1997). Pada tahun 1998 juga terdapat pertambahan yang ketara dalam sektor perindustrian iaitu sebanyak 1282.5 hektar lagi kawasan dibangunkan menjadikan keseluruhan kawasan perindustrian seluas 3557.3 hektar (MPSP 1998). Kawasan baru yang dibuka adalah di Cheruk To' Kun, Seberang Jaya, Sungai Lokan, Kepala Batas, dan Bukit Panchor.

Jadual2: Statistik perubahan guna tanah 1974 hingga 1998

Tahun dan Jumlah Keluasan (Hektar)

Guna Tanah 1974 1981 1992 1998

Peru mahan 449.97 1053.00 4800.09 6790.72

Peningkatan bagi Perumahan 603.03 3747.09 1990.63

Pemiagaan 103.23 244.04 288.13 707.33

Peningkatan bagi Perniagaan 104.81 44.09 419.20

Perindustrian 431.10 839.82 2274.84 3557.34

Peningkatan bagi Perindustrian 408.72 1435.02 1282.49

Kemudahan Awam 629.21 976.40 1496.36 1872.94

Peningkatan bagi Kemudahan Awam 347.20 519.96 376.58

Pertanian 55431.12 54282.91 50313.33 44545.59

Pengurangan Kawasan Pertanian 1148.22 3969.57 5767.74

121

Page 12: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Narimah Samar & Tanniji Masron

, Pembangunan kawasan industri dirancang untuk berfungsi sebagai pUsat pertumbuhan ekonomi di kawasan yang berjauhan dari kawasan koridor pembangunan utama di Butterworth dan Bukit Mertajam (PDC 1996; MPSP 1998). Selain itu, pembangunan dalam sektor perindustrian dapat menyediakan pe1uang pekerjaan yang banyak dan boleh menarik pembangunan lain seperti kemudahan awam, perniagaan dan perumahan ke kawasan sekitarnya (Choguill, 1994). Pembangunan kemudahan awamjuga mengalami peningkatan iaitu pada tahun 1974 hanya 629.2 hektar dibangunkan untuk kemudahan awam dan meningkat kepada 1872.9 hektar pada tahun 1998. Peningkatan ini adalah bagi menampUng peningkatan penduduk dan pembangunan fizikal di kawasan kajian (MPSP 1998).

Pembangunan fizikal bandar selalunya berlaku di kawasan pertanian (Choughill, 1994). Antara tahun 1974 hingga 1998, sebanyak 10,885.5 hektar kawasan pertanian telah dimajuk'an untuk pelbagaijenis aktiviti bandar. Jum1ah ini adalah lebih kurang 14.7 peratus daripada keseluruhan kawasan Seberang Perai. Pad a tahun 1974, keluasan kawasan pertanian adalah 55,431.1 hektar (75_1 peratus) daripada keseluruhan, namunjumlah ini berkurangan menjadi 44,545_6 hektar (60.3 peratus) pad a tahun 1998. Pengurangan kawasan pertanian ini agak ketara selepas tahun 1981 kesan perubahan dasar kerajaan yang lebih member'

. 1 fokus kepada urbanisasi dan perindustrian dalam usaha meningkatkan ekonollli negara (Gomez & Jomo, 1997; Suriati Ghazali, 1999). Strategi pembangunan ini telah menyebabkan ban yak estet perindustrian dibuka sebagai pusat pertumbUhan pembangunan di kawasan sekitar (Morshidi el al., 1999). Perubahan dasar i . secara langsung meningkatkan permintaan terhadap tanah terutamanya ~~ kawasan bandar dan pinggir bandar. Pengurangan tanah untuk pertanian ini j i k 1

tidak dibendung akan meninggalkan kesan yang negatif kerana pada tahun 20 1 ~ dianggarkan lebih daripada 900,000 orang penduduk akan menghuni kawas Seberang Perai (MPSP 1998). Tanah pertanian khususnya kelapa sawit dan get:~ lebih banyak ditukar ke aktiviti bandar kerana kawasan padi di pinggir band utama seperti Butterworth dan Kepala Batas telah dizonkan sebagai kawas ar Rancangan Pengairan Bersepadu (IADP) (MPSP 1985). Oleh itu, sebarang bent a: pembangunan di kawasan padi adalah tidak dibenarkan. u

Secara umumnya, pembangunan keempat-empat aktiviti guna tanah Uta di Seberang Perai agak pesat. Pad a tahun 1998, keluasan kawasan pembangU llla di Seberang Perai telah meningkat kepada 12,928.2 hektar atau 17.5 per:

an

daripada keseluruhan kawasannya (MPSP 1998). Walaupun kawasan pertan ~us mengalami tekanan pembangunan, fokus pembangunan masih berlaku di sek.

1an

koridor pembangunan sedia ada. Namun, pemantauan yang rapi perlu dilaku~tar bagi memastikan sumber tanah yang terhad ini digunakan dengan berkesan d an

pembangunan yang dijalankan tidak meninggalkan kesan yang negatif sel>e~~

122

Page 13: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi

percanggahan guna tanah atau pembangunan yang berselerak (Kivell, 1993; Narimah Samat, 2002). Selain daripada meneliti perubahan guna tanah dari segi kuantiti,lokasi danjenis, pemantauan corak perubahan ban dar juga boleh dinilai dengan melihat perubahan morfologi bandar.

PERUBAHAN MORFOLOGIBANDAR DI SEBERANG PERAI

Perubahan morfologi bandar boleh dinilai dengan melihat perubahan SI dan d sesuatu kawasan. Melalui pemantauan perubahan SI didapati nilai ini tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Jadual3 menunjukkan SI dan d yang dikira dari tahun 1974 hingga 1998 bagi kawasan Seberang Perai. Jadual ini menunjukkan nilai SI yang hanya mengalami perubahan yang kecil iaitu 1.37 bagi tahun 1974, 1.49 bagi tahun 1981, 1.43 bagi tahun 1990 dan 1.44 bagi tahun 1998. Nilai SI yang menghampiri 1 menunjukkan kawasan ini mengalami pembangunan yang. pad at dan tidak berselerak iaitu nilai 1 adalah mewakilli bentuk bulatan (Longley et al.. 2001). Perubahan nilai SI ini juga dapat dikaitkan dengan corak perkembangan bandar di Seberang Perai. Walaupun pembangunan yang pesat telah berlaku di kawasan ini, tumpuan pembangunan adalah di kawasan pembangunan sedia ada. Corak pembangunan ini telah dipaparkan dalam Rajah 2, Rajah 3 dan Rajah 4. Pembangunan dengan penumpuan kepada kawasan pembangunan sedia ada dapat menjimatkan tanah dan sumber ini digunakan dengan berkesan (Kivell, 1993). Ini selaras dengan objektif perancangan yang digariskan dalam Rancangan Struktur Seberang Perai, 1993 yang cuba mengawal pembangunan daripada merebak dan berselerak di kawasan pinggir bandar.

Jadual3: Perubahan matrik landskap bagi kawasan bandar di Seberang Perai

Kawasan Jumlah Kawasan Keluasan Indek Dimensi Pemban~nan (Hektar) Bentuk (SI) Fraktal (d)

Bandar 1974 142 1613.5 1.37 1.30 Bandar 1981 327 3113.2 1.49 1.31 Bandar 1990 703 8859.4 1.43 1.35 Bandar 1998 721 12928.2 1.44 1.34

123

Page 14: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Narimah Samal & Tarmiji Masron

Nilai d yang dikirajuga menunjukkan ban dar ini mengekalkan keseragarnan bentuk dan tidak mempunyai perubahan morfologi yang besar. Nilai d yang didapati iaitu 1.30 bagi tahun 1974, 1.31 bagi tahun 1981, 1.35 bagi tahun 1990 dan 1.34 bagi tahun 1998 jelas menunjukkan pemyataan ini. Kawasan bandar di Seberang Perai telah membangun daripada hanya 1613.5 hektardan pada tahuD 1998 kawasan bandar meliputi kawasan seluas 12928.2 hektar. Namun, daripada analisis yang dijalankan perubahan morfologi bandar di kawasan ini adalah keeil. Walaupun terdapat pertambahan kawasan bandar yang ketara, dapatan ini menunjukkan dasar dan strategi pembangunan yang diguna pakai di kawasan ini telah berjaya mengekalkan corak pembangunan yang padat dan kurang berlakunya rebakan bandar (urban sprawl) di kawasan ini (MPSP, 1998).

Walaupun terdapat corak pembangunan berbentuk linear dengan jalan-jalan utama, tumpuan masih lagi berada di kawasan koridor pernbangunan Utarna contohnya perkernbangan Bandar Butterworth menghala ke Bukit Mertajam dan akhimya bercantum membentuk satu koridor pembangunan yang lebih besar• Guna tanah tahun 1998 pula rnenunjukkan pembangunan mula merebak ke kawasan Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara. Kewujudan ~on kawasan IADP sebagai kawasan padi telah dapat mengarah pembangunan ke kawasan pembangunan sedia ada. Koridor pembangunan baru mula terbentuk iaitu Jawi-Nibong Tebal di Seberang Perai Selatan dan Bertarn-Kepala Batas d" Seberang Perai Utara (Mohd Bazid, 2000; Narimah Samat, 2002). Perancanga • pembangunan yang diamalkan di Seberang Perai ini telah dapat menga""a~ pembangunan daripada rnerebak ke kawasan padi di sekitar bandar utama.

Isu uta rna yang dibincangkan adalah penghasilan statistik perubahan RUn tanah dan perubahan morfologi bandar dari tahun 1974 hingga 1998. HasH anal is.a yang dijalankan menunjukkan pemantauan terhadap perkara ini perlu dijalank IS

bagi rnernastikan perkembangan bandar yang berlaku adalah dalam kaeda an terkawal. Kaedah yang dipaparkan sesuai diguna pakai untuk memant an perubahan guna tanah di bandar-bandar utama negara ataupun keseluruh au Malaysia. Ini kerana perbandaran berlaku agak pesat di negara ini deng an keluasan kawasan tepu bina lebih kurang 3.3 peratus atau 437,100 hektardalip :n keluasan Semenanjung Malaysia. Jurnlah ini diramal meningkat kepada 5.8 per: a atau 768,600 hektar bagi menampung peningkatan penduduk sehingga tah

tus

2020 (Mohd Atan, 2005). Walaupunjumlah ini mungkin dianggap kecil, kead Un ini boleh meninggalkan kesan yang negatif terhadap ekonomi dan perseki ta aan jika tidak dipantau dan dirancang secara teliti ran

Statistik perubahan gun a tanah juga penting dalam mernahami serta rnera interaksi antara sosio ekonomi sesuatu kawasan dan kesan biofizikal (Ivers lllal 1988; Pontius et al., 2001). Maklumat ini seterusnya sesuai dijadikan asas dalon •

am

124

Page 15: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Aplikasi Sistem Malclunwt Geografi

membentuk model peru bah an guna tanah iaitu sebagai alat untuk monyokong pembuatan keputusan dan menilai dasar perancangan yang bakal digunakan di sesuatu kawasan. Kajian ini boleh diteruskan dengan menjadikan maklumat gun a tanah sebagai asas dalam membentuk model perubahan gun a tanah yang mampu mensimulasi dan meramal perubahan guna tanah pada masa depan. Ini akan membantu jururancang menilai kesesuaian atau impak sesuatu dasar perancangan dalam konteks persekitaran komputer sebelum diimplementasi di sesuatu kawasan. Keupayaan meramal perkembangan masa depan ini penting bagi memastikan perancangan yang dijalankan berjaya mengekalkan kesejahteraan hidup penduduk.

Pemantauan perubahan gun a tanah yang dijalankan antara tahun 1974 hingga 1998 di kawasan Seberang Perai dapat menunjukkan statistik,lokasi dan morfologi pembangunan di kawasan ini. Analisis terhadap perubahan morfologi pula dapat dijadikan asas dalam menilai dasar perancangan yang dilaksanakan di Seberang PeraL Hasilan ini secara langsung dapat menunjukkan pembangunan yang dirancang di Seberang Perai agak berkesan dalam mengawal pembangunan daripada berselerak terutamanya ke kawasan pertanian. Namun, perancangan guna tanah perlu dijalankan secara berterusan kerana melibatkan proses menentukan tindakan yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan penduduk dan keharmonian persekitaran masa kini dan masa depan. Maklumat pemantauan perubahan guna tanah ini boleh dijadikan as as dalam merangka strategi pembangunan masa depan yang diharapkan dapat memenuhi keperluan penduduk, meningkatkan ekonomi dan taraf sosial serta menjaga kesejahteraan persekitaran mereka.

BmUOGRAFI

Batty, M. & Longley, P.1987. Fractal-Based Description of Urban Form. Environment and Planning B: Planning and design, 14 (2), muka surat 159-164.

Batty, M. & Longley, P. 1994. Fractal Cities: A Geometry of Form and Function. London, Academic Press.

Batty, M. & Xie, Y. 1994. From cperatus Cells to Cities. Environment and Planning B: Planning and design, 21, muka surat S31-S48.

125

Page 16: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Narimah Samar & Tarmiji Masron

Burrough. P.A. & McDonnell. R.A. 1998. Principles ofG~ographic In/ontaQtion Systems Oxford. Oxford University Press.

Cao, C. & Lam, N. 1997. Understanding the Scale and Resolution Effects in Remote Sensing and GIS. In: Quattrochi, D.A. and Goodchild. M.P. eds. Scale in Remote Sensing and GIS. Boco Raton. CRC Lewis Publishers. muka surat 57 -72.

Choguill. C. L. 1994. Crisis, Chaos. Crunch? Planning for Urban Growth in the Developing World. Urban Studies, 31 (6), muka surat 935-945.

Drakakis-Smith, D. 2000. Third World Citi~s. 2nd edt London, Routledge.

Elkie. P., Rempel, R., & Carr, A., 1999. Patch Analyst User's Manual. Ontario Ministry of Natural Resources. Diakses pada 20 Ogos 2002 dari www.geo.sbg.ac.atJstaffllangllv/GisLoek2ooo/patchman.PdF.

ESRI (1998) Using the ArcView Spatial Analyst. Reedland: Environrnental Systems Research Institute.

Ghani. Salleh & Lee Uk Meng. 1997. Low-Cost Housing in Malaysia. I(uala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Goh Ban Lee. 1990. Urban Planning in Malaysia: History. Assumptions CUld Issues. Kuala Lumpur, Tempo Publishing (M) Sdn Bhd.

Gomez, E.T. & Jomo, K.S. 1997. Malaysia's Political Economy: Politic Patronage and Profits. Cambridge, Cambridge University Press. s.

Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia. 1974. Foto Udara. Kuala Lumpur, Jabata

Ukur dan Pemetaan Malaysia. n

Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia. 1977. Foto Udara. Kuala Lumpur, Jabat Ukur dan Pemetaan Malaysia. an

Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia. 1981. Foto Udara. Kuala Lumpur, Jab . a_ Ukur dan Pemetaan MalaysIa.

126

Page 17: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Aplikasi Sistern Maklurnat Geografi

Jabatan Perangkaan Malaysia. 1991. Laporan Am Banci Penduduk dan Perumahan. Jabatan Perangkaan. Kuala Lumpur. Malaysia.

Jabatan Pertanian Malaysia. 1974. Peta Guna Tanah. Kuala Lumpur. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Jabatan Pertanian Malaysia. 1981. Peta Guna Tanah. Kuala Lumpur. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Johnston. RJ .• Gregory. D .• Pratt. G.. & Watts. M .• (penyunting). 2000. The dictionary of Human Geography. Edisi Keempat. Oxford: Blackwell Publishers Ltd.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang 1992. Pulau Pi nang: Ke Arah Abad Ke-2I. Kcrajaan Negeri Pulau Pinang.

Kivell. P. 1993. Land and the City: Pattern and Processes of Urban Change, London, Routledge.

Lee Uk Meng. Abdul Mutalip Abdullah & Alip Rahim. 1990. Town Planning in Malaysia. Penang. Universiti Sains Malaysia.

Longley. P.A .• Goodchild. M.F.. Maguire. d.J .• & Rhind. D.W. 2001. Geographic Information Systems and Science. Chichester. John Wiley & Sons.

Mayhew. S. 1997. Oxford dictionary of Geography. Oxford University Press.

Mohd Alan. M. J. 2005. Rancangan Fizikal Negara: Pelaksanaan dan Pemantauan. Senior Planners Meeting, Department of Urban and Country Planning. Malaysia. 25 - 26 July. Penang. Malaysia.

Mohd Bazid Kahar 2000. Ternu Bual Perseorangan. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Morshidi. Sirat. Abdul Fatah Che Hamat. Abdul Rashid Abdul Aziz. Alip Rahim. Halim Salleh & Usman Hj. Yaakob. 1999. Low-Cost Housing in Urban­Industrial Centres of Malaysia.' Issues and Challenges. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.

127

Page 18: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Narimah Samar &; Tarmiji Masron

MPSP 1985. Dra/ Rancangan Struktur. Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Jabatan Perancangan Bandar dan Oesa. Malaysia.

MPSP 1998. Penyemakan Rancangan Struktur. Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Jabatan Perancangan Bandar dan Oesa. Malaysia.

Narimah Samat. 1995. Sistem Maklumat Geografi dan Penderiaan Jauh Da/am Pembentukan Model Guna Tanah Perumahan di Butterworth. PUlau Pinang. M.A Thesis, Universiti Sains Malaysia.

Narimah Samat. 2002. A Geographic In/romation System and Cellular Auto'PIata Spatial Model 0/ Urban development for Penang State. Malaysia, "l'esis Phd (tidak diterbitkan). University of Leeds.

Narimah Samat dan Ruslan Rainis. 1996. Aplikasi FOlD Udara Dalam Mengka 'j Sejarah Perkembangan Bandar: Kajian Kes Bandar Butterworth. Put:" Pinang. Kajian Malaysia. xiv (1&2). muka surat 194-207.

POC 1996. Laporan Tahunan. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

POC 1992. Laporan Tahunan. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang,

Peterson, P.J, Sham, Sani & M. Nordin. 1999. Indicatiors of Sustainabl Development in Industrialising Countries. Volume III, Key Indicators t e Tropical Cities. Universiti Kebangsaan Malaysia: Institute for Environh.. or

'o.ent and Development.

Pontius. R.G. Cornell. J.d dan Hall. C.A.S. 2001. Modelling the Spatial Patte Land Use Change With GEOMOd2: Application and Validation for ern of

Rica. Agriculture. Ecosystems and Environment, 85. muka surat. 191_;~~~

Ruslan Rainis. 2003. Aplication of GIS and Landscape Metrics in Monito ' Land Use Change, dalam Noorazuan Md Hashim & Ruslan Ra~~g (penyunting). Urban Ecosystems Studies in Malaysia. Florida: Univ nlS

Publishers. ersal

Scholten. H.J. & Stillwell. J. 1990. Geographical Information Systems: "l'h Emerging Requirements. dalam Scholten. H.J and Stillwell. J. (penyunt' e

log),

128

Page 19: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam Pemantauan Perubahan

Aplikasi Sistem Maklumat Geografi

Geographical Information Systems for Urban and Regional Planning. Berlin, Kluwer Academic Publishers, muka surat. 3-14.

Star, J. dan Estes, J. 1990. Geographic Information Systems: An Introduction, New Jersey, Prentice Hall.

Suriati Ghazali. 1999. Socio-Economic Changes in the Peri Urban Villages in Penang. Malaysia, Tesis Phd (Tidak diterbitkan), University of Leeds.

Thant, M., Shimamura. H., Ikenishi, N., & Yomoda. S., 1988. The Integration of GIS with Landsat TM for Updating Land Use. Asian-Pacific Remote Sensing Journal, Vol 1, No 1, muka surat 71-74.

White, R. & Engelen, G 2000. High-resolution Integrated Modelling of the Spatial Dynamics of Urban and Regional Systems. Computers. Environment and Urban Systems. 24. pp.383-400.

Yeh, A.G-O. 1999. Urban Planning and GIS. Dalam: Longley. P.A, Goodchild, M.F. Maguire. d.W, and Rhind, d.W. (penyunting). Geographic Information Systems: Management:Issues and Applications, 2nd edition, New York, John Wiley & Sons, muka surat. 877 - 888.

Yeh, A. G-O. & Li, X_ 1996. Urban Growth Management in the Pearl River delta: An Integrated Remote Sensing and GIS Approach. ITC Journal, 1, muka

surat. 77 - 86.

Yeh, A G-O & Li, X. 1997. An Integrated Remote Sensing and GIS Approach in the Monitoring and Evaluation of Rapid Urban Growth for Sustainable Development in the Pearl River Delta, China. International Planning Studies, 2(2), muka sural. 193 - 210.

129