Aplikasi Pendekatan Pengajaran Bahasa

Embed Size (px)

Citation preview

TAJUK 5 : APLIKASI PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

INDUKTIF

KOMUNIKATIF

APLIKASI PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

DEDUKTIF

EKLEKTIF

INDUKTIF Merupakan pendektan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. John M. Kierzek dan Walker Gibson (1960) pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Kamarudin Husin (1988) satu pendekatan pengajaran yang bermula dengan contohcontoh kemudian guru membuat pengitlakan terhadap unsure-unsur yang terdapat dalam contoh-contoh tersebut. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, guru-guru akan mengumpul contohcontoh daripada teks, kemudian menerangkan dan menunjukkan bagaimana guru berfungsi dan membantu murid untuk membuat satu kesimpulan yang berbeza berdasarkan contoh-contoh yang diberikan. Juga dikenali sebagai pendekatan gramatikal, iaitu mendahulukan contoh-contoh stuktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya. Menggunakan kaedah pencarian, iaitu melibatkan proses pemerhatian, kajian dan analisis tentang aspek bahasa pada awal pengajaran dan kesimpulan umum daripada data-data yang dipelajari. (memberikan contoh dan menerangkan isi pembelajaran diawal P&P dan memberikan generalisasi di akhir P&P.)

Proses pengajaran menggunakan pendekatan induktif.

proses pertamaguru perlu memahami dahulu idea keseluruhan yang melibatkan proses pengajaran secara induktif. guru perlu memastikan matlamat yang ingin dicapai, hasil yang perlu disampaikan dan contoh-contoh yang sesuai.

proses keduapelaksanaan aktiviti. memulakan P&P dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan isi pelajaran. contoh yang diberikan hendaklah menepati objektif atau hasil pembelajaran dan seterusnya menyimpulkan hasil pembelajraan pada hari tersebut.

proses ketigapenilaian aktiviti yang melibatkan proses melihat kembali keberkesanan pengajaran yang disampaikan kepada murid-murid. guru mengenal kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran. guru mengubahsuai pendekatan dan mencari alternatif bagi mengatasi kelemahan dalam proses pelaksanaan aktiviti yang menggunakan pendekatan induktif.

Strategi pendekatan induktif

murid meneliti contoh mengumpul data berdasarkan contoh-contoh yang lain menganalisis dan mengkaji data yang dikumpul membuat generalisasi atau rumusan atau kesimpulan

Kelemahan pendektan induktif

murid-murid sukar memberikan kerjasama kerana sudah biasa dengan pendekatan deduktif.

membazirkan masa kerana murid perlu memberikan pelbagai contoh untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi.

membebankan guru kerana guru perlu membuat persediaan P&P yang rapi dan teliti

kurang sesuai dengan murid yang cerdas dan pandai kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan.

Deduktif Kamarudin Husin (1988) melihat aspek pembelajaran secara keseluruhan pada awalnya sebelum membuat kesimpulan yang spesifik tentang aspek pembelajaran. Selaras dengan terori pembelajaran Gestalt mempelajari sesuatu situasi secara keseluruhan sebelum mempelajari elemen-elemen situasi itu. Pemahaman murid dipentingkan. Pendekatan ini mempercayai bahawa pengetahuan seseorang tentang sesuatu yang hendak dipelajari itu sangat berguna. Hal ini disebabkan pengetahuan tersebut dapat membantu memudahkan proses pembelajaran seterusnya. Pendektan ini mengutamakan generalisasi dilakukan di bahagian awal pengajaran dan kemudian bergerak kepada contoh-contoh yang disediakan.

Ciri-ciri pendekatan deduktifpembelajaran mementingkan pengetahuan dan bukan pembentuk kebiasaan.

bermatlamat pemerolehan stuktur kognitif.

bersifat ideasionalisme untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

penyusunan isi dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks.

dari generalisasi kepada conto-contoh

pembelajaran kefahaman lebih diutamakan

menitikberatkan kepada kemahiran tulisan.

Kelebihan pendekatan deduktif

kelebihanpendekatan tradisional yang sesuai digunakan kepada murid yang pandai kerana mereka mudah memahami dan mengikutinya. P&P bermula dengan memberikan generalisasi atau pengetahuan sebelum memberikan contoh-contoh kefahaman murid dinilai dengan meminta menggunakannya dalam situasi yang hampir sama.

Eklektik Eclectic bermakna campuran atau gabungan. Pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran.

Prinsip pendektan eklektik a) Contoh ---- generalisasi ---- contoh Pengajaran dimulakan dengan contoh-contoh yang berkaitan dan contoh tambahan daripada murid. Kemudian guru akan membimbing murid langkah demi langkah untuk menghasilkan generalisasi. Akhirnya, murid akan dibimbing untuk memberikan contoh-contoh lain dalam konteks yang hamper sama apabila generalisasi berkenan diaplikasikan.

b) Generalisasi ---- contoh ---- genaralisasi Pengajaran dimulakan dengan menyatakan generalisasi yang berkenan. Kemudian, contoh-contoh diberikan oelh guru dan pelajar untuk menjelaskan generalisasi berkenan. Akhirnya generalisasi itu diaplikasikan dalam konteks yang hamper sama.

Kebaikan pendekatan eklektik

mudah diubah

memudahkan guru mentadbir P&P dapat memberikan pelbagai contoh dan pengalaman meningkatkan pemahaman murid

universal

sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang mempunyai murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.

penggabungan situasi pembelajaran

pendekatan diambil daripada pendekatan yang lain. (diserap/diadaptasi) secara tidak langsung mengurangkan kelemahan yang terdapadt pada pendekatan tersebut.

murid dapat belajar dan mengikuti sesi P&P dengan lebih mudah dan meyakinkan.

Namun demikian, penekanan dalam pendekatan eklektik ialah stuktur ayat yang dibina oleh murid mestilah gramatis dan menepari cirri-ciri berikut : Tepat dan jelas maksudnya. Penggunaan imbuhan yang betul Stuktur ayat yang betul Komunikatif Bermula pada tahun 1960-an Ahli linguistik fungsional bahasa ialah satu sistem yang terbuka dan dinamik dan digunakan oleh ahli sesuatu masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. Juriah Long (1985) pengajur-pengajur pendekatan komunikatif yang terdiri daripada ahli linguistik terapan di Britain dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan sahaja kecekapan berbahasa, iaitu penguasaan system tatabahasa tetapi juga kecekapan komunikatif. Kecekapan berbahasa akan membolehkan seseorang itu menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan stuktur bahasa yang tepat khususnya dari segi tatabahasa. Kecekapan berbahasa membolehkan seseorang itu berupaya untuk menyesuaikan stuktur-stuktur bahasanya semasa berinteraksi.

Perkembangan kognitif melengkapkan kanak-kanak dengan kebolehan untuk mentafsir makna. Walau bagaimanapun, kanak-kanak perlu diberi pendedahan tentang cara untuk berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul yang dapat menggambarkan makna kognitif dalam bentuk bahasa yang betul dan tepat. Sofiah Hamid (1984) ahli-ahli bahsa komunikatif bukan sahaja meneliti bahasa dari segi stuktur wacana dan fungsinya sebagai alat komunikasi tetapi juga menitikberatkan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya.

Ciri-ciri pendekatan komunikatifdisusun mengikut komunikasi melapor, meminta, menjemput dll

komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid membolehkan mereka berkomunikasi dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan

stuktur bahasa yang diajarkan seharusnya bersesuaian dengan komunikasi yang dipelajari.

untuk membina stuktur bahasa yang betul, murid perlu mempunyai pengetahuan tentang penggunaan bahasa.

murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukun tatabahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Prinsip pendekatan komunikatif P&P bahasa dibuat dalam konteks wacana. Pengajaran bahasa mengikut proses komunikatif sebenar.

Mempelbagaikan aktiviti komunikasi. Murid harus memahami tujuan aktiviti dijalankan.

RUMUSAN Pengajaran bahasa di dalam kelas merupakan tugas amali yang rencam. Oleh itu, para guru perlu mempunyai pengetahuan asas dalam disiplin ilmu bagi menyelesaikan masalah pembelajaran. Lazimnya, pendekatan baharu yang diketengahkan tidak dapat diterima oleh guru-guru lain jika mereka tidak memahaminya. Walau bagaimanapun, setiap pendekatan yang telah dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Sebagai guru yang mengajar subjek bahasa Melayu, guru perlu mengetahui dan arif tentang pendekatan pengajaran bahasa Melayu dalam segala aspek.