48
APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) SITI MASRAH BT SULAKAH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JULAI 2017

APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

i

APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KOMPONEN SASTERA (KOMSAS)

SITI MASRAH BT SULAKAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana

Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JULAI 2017

Page 2: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

iii

Salam dedikasi

Untuk ayahanda dan bonda tercinta

Haji Sulakah Bin Paridan dan Hajah Siti Maryah Binti Meskon

Doa, nasihat, kebahagian, kasih sayang dan pengorbananmu yang mungkin tidak

terbalas..

juga

Untuk seluruh ahli keluarga yang dikasihi dan sentiasa memberi sokongan..

Untuk penyelia projek sarjana

Puan Anizam Bt Mohamed Yusof. Tiada yang lebih bermakna melainkan tunjuk ajar

dan bimbingan serta nasihat yang terkesan untuk diri ini..

Untuk rakan-rakan seperjuangan

Memori indah suka duka dalam menuju ke destinasi sarjana ini

Akan kukenang selama-lamanya..

Untuk anak-anak didikku

Semoga pencarian ilmu tidak akan berakhir selagi kita mampu meraih ilmu Allah yang

maha luas di dunia ini…

Page 3: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya dapat menyiapka laporan

porjek sarjana ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia tesis yang disanjungi, iaitu

Puan Anizam Bt Mohamed Yusof yang sangat komitmen dan tidak jemu memberi

bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang dua semester tempoh penyelidikan ini. Segala ilmu

yang diberi cukup bermakna dan memberi inspirasi untuk diri ini.

Ucapan terima kasih juga kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,

Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, Pentadbir, guru-guru serta pelajar-pelajar Sekolah

Menengah Agama Bugisiah yang memberikan kerjasama dan sokongan dalam

menjayakan kajian ini.

Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan

memberi tunjuk ajar dan semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam memberi kerjasama dan sokongan dalam menyiapkan tesis ini.

Semoga Allah membalas jasa kalian dan akan saya kenang sepanjang hayat.

Page 4: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

v

ABSTRAK

Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu

alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Tujuan kajian ini adalah

untuk mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Padlet terhadap pencapaian pelajar

dalam pembelajaran cerpen Komponen Sastera (KOMSAS). Kajian kuasi eksperimen

yang telah dijalankan ini melibatkan 58 orang responden daripada kalangan pelajar

tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di daerah Pontian, Johor. Responden

dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen yang diajar menggunakan

aplikasi Padlet dan kumpulan kawalan yang diajar melalui kaedah tradisional. Kajian ini

menggunakan dua set ujian, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian-t telah digunakan

untuk menganalisis data perbezaan pencapaian antara kumpulan eksperimen dengan

kumpulan kawalan, manakala peratusan digunakan untuk menganalisis data soal selidik.

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara skor pencapaian kumpulan

eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra dengan nilai signifikan p = 0.60.

Dalam ujian pasca pula, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara skor

pencapaian kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dengan nilai signifikan

p=0.00. Selain itu, kumpulan kawalan menunjukkan perbezaan antara skor pencapaian

ujian pra dengan ujian pasca dengan nilai signifikan p=0.00. Kumpulan eksperimen juga

menunjukkan perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dengan ujian pasca dengan

nilai signifikan p=0.00. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap minat murid terhadap

aplikasi Padlet dalam pengajaran dan pembelajaran cerpen KOMSAS adalah tinggi.

Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi Padlet dapat

meningkatkan pencapaian pelajar dan secara tidak langsung menarik minat pelajar

dalam pembelajaran cerpen KOMSAS. Implikasi kajian ini ialah guru dapat

menggunakan kaedah pengajaran kepada yang lebih menyeronokkan dan menghasilkan

pengajaran yang berkesan berbanding kaedah tradisional.

Page 5: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

vi

ABSTRACT

Practicing Padlet application in teaching and learning processes, is an alternative to

improve students‟ achievement and performance. The aim of this study is to identify the

effect of the Padlet application on students‟ achievement in the short stories

LITERATURE learning. This quasi experimental study involved 58 respondents. They

were chosen among the form four students studying at one secondary school Pontian,

Johor. The respondents were divided into two groups, an experimental group which was

taught using the Padlet application, and a control group which was taught using the

traditional method. This study used two sets of test, which pre-test and post-test. T-test is

used to analyse the difference in performance data, between the experimental group and

the controlled group, while the mean score is used to analyze the questionnaire data.

Based on the result of the research, there is no difference between the achievement score

of the experimental group with the control group in the pre test with the significant value

of p=0.60. Meanwhile, in the post test, the research‟s result shows differences in

achievement score between the experimental group and the control group with the

significant value of p=0.00. Apart from that, the control group‟s score differs between

the pre and post test with the significant value of p=0.00. The experimental group as

well shows difference in their achievement between their pre and post test with

significant value of p=0.00. In addition, this study also shows the level of

students‟interest towards the usage of Padlet application, is high, in the teaching and

learning short stories LITERATURE. In general, the results of the study showed that the

Padlet application is able to improve students achievement and indirectly attract

students‟ interest in learning short stories LITERATURE. The implication of this study,

is that, the teachers are able to use teaching methods to produce a more enjoyable and

effective teaching, compared to the traditional methods.

Page 6: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Tujuan Kajian 10

1.5 Objektif Kajian 10

1.6 Persoalan Kajian 11

1.7 Hipotesis Kajian 12

1.8 Kepentingan Kajian 12

Page 7: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 18

2.2 Teori Konstruktivisme 18

2.3

2.4

Model ASSURE dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Isu Pembelajaran KOMSAS

2.3.1 Minat Pelajar

2.3.2 Pencapaian

25

26

26

28

2.5 Kaedah Pengajaran KOMSAS

2.5.1. Pengajaran Bukan Berasaskan Web

2.5.2. Pengajaran Berasaskan Web

29

30

31

2.6

2.7

Implikasi Penggunaan Web dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

Rumusan

36

40

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Reka Bentuk Kajian 41

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 42

3.4 Lokasi Kajian 43

3.5 Instrumen Kajian 43

3.5.1 Kertas Ujian

3.5.2 Soal Selidik

43

43

Page 8: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

ix

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 44

3.7 Prosedur Kajian

3.7.1 Permohonan Kebenaran Menjalankan

Kajian

3.7.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran

Harian dan Bahan Pembelajaran

Padlet

3.7.3 Pelaksanaan Kajian Rintis

3.8.4 Pelaksanaan Kajian Sebenar

46

47

47

55

56

3.8 Analisis Data 58

3.9 Rumusan 60

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 62

4.2 Dapatan Kajian 62

4.2.1.Adakah Terdapat Perbezaan Antara

Skor Pencapaian Ujian Pra Bagi

Kumpulan Eksperimen dengan

Kumpulan Kawalan?

63

4.2.2. Adakah Terdapat Perbezaan Antara

Skor Pencapaian Ujian Pasca Bagi

Kumpulan Eksperimen dengan

Kumpulan Kawalan?

4.2.3. Adakah Terdapat Perbezaan Antara

Skor Pencapaian Ujian Pra dan

65

67

Page 9: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

x

Ujian Pasca Bagi Kumpulan

Kawalan?

4.2.4. Adakah Terdapat Perbezaan Antara

Skor Pencapaian Ujian Pra dan

Ujian Pasca Bagi Kumpulan

Eksperimen?

4.2.5. Adakah Kumpulan Eksperimen

Menunjukkan Minat Terhadap

Penggunaan Padlet dalam

Pembelajaran KOMSAS?

4.2.5.1 Demografi Responden

4.2.5.1.1 Jantina

4.2.5.1.2 Bangsa

4.2.5.1.3 Pencapaian PT3

4.2.5.1.4 Kemudahan Internet di

Rumah

4.2.5.1.5 Kemahiran Menggunakan

Aplikasi Padlet

4.2.5.2 Minat Murid Terhadap

Penggunaan Padlet Dalam

Pembelajaran Cerpen

Komsas

69

72

72

72

72

73

73

74

74

4.4 Rumusan

80

Page 10: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 81

5.2

Perbincangan Dapatan Kajian

5.2.1 Perbezaan Antara Skor Pencapaian

Ujian Pra Bagi Kumpulan

Eksperimen dengan Kumpulan

Kawalan

81

82

5.2.2 Perbezaan Antara SkorPencapaian

Ujian Pasca Bagi Kumpulan

Eksperimen dengan Kumpulan

Kawalan

5.2.3 Perbezaan Antara Skor Pencapaian

UjianPra dan Ujian Pasca Bagi

Kumpulan Kawalan

5.2.4Perbezaan Antara Skor Pencapaian

Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi

Kumpulan Eksperimen

82

83

84

5.2.5 Minat Murid Terhadap

Penggunaan Aplikasi Padlet dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

KOMSAS

85

5.3

5.4

5.5

Kesimpulan Kajian

Cadangan Kajian Lanjutan

Penutup

87

87

89

Page 11: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

xii

RUJUKAN

LAMPIRAN A-F

90

97

Page 12: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

xiii

SENARAI JADUAL

3.1 Sampel Kajian

42

3.2 Skala Gaya Likert Lima Mata

44

3.3 Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Bagi Kajian Rintis Soal Selidik

56

3.4

3.5

Pelaksanaan Kajian Sebenar

Interpretasi Skor Peratus

57

59

3.6 Ringkasan Kaedah Analisis Data 59

4.1 Taburan Markah Keseluruhan Ujian Pra

Bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan

Kawalan

63

4.2 Statistik Sampel Bebas untuk Ujian Pra

Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan

Kawalan

64

4.3 Analisis Ujian-t (Independent Samples Test) 65

Page 13: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

xiv

untuk Ujian Pra Kumpulan Eksperimen dan

Kumpulan Kawalan

4.4 Taburan Markah Keseluruhan Ujian Pasca

Bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan

Kawalan

65

4.5 Statistik Sampel Bebas untuk Ujian Pasca

Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan

Kawalan

67

4.6 Analisis Ujian-t (Independent Samples Test)

untuk Ujian Pasca Kumpulan Eksperimen

dan Kumpulan Kawalan

67

4.7 Taburan Markah Keseluruhan Ujian Pra dan

Ujian Pasca bagi Kumpulan Kawalan

68

4.8

4.9

4.10

4.11

Statistik Sampel Berpasangan untuk Ujian

Pra dan Ujian Pasca bagi Kumpulan

Kawalan

Analisis Ujian-t (Paired SamplesTest) untuk

Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan

Kawalan

Taburan Markah Keseluruhan Ujian Pra dan

Ujian Pasca bagi Kumpulan Eksperimen

Statistik Sampel Berpasangan untuk Ujian

Pra dan Ujian Pasca bagi Kumpulan

69

69

70

71

Page 14: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

xv

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

Eksperimen

Analisis Ujian-t (Paired Samples Test) untuk

Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan

Eksperimen

Taburan Responden Mengikut Jantina

Taburan Responden Berdasarkan Bangsa

Pencapaian Subjek Bahasa Melayu dalam

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Taburan Kemudahan Internet di Rumah

Taburan Kemahiran Menggunakan Aplikasi

Padlet

Analisis Peratusan Minat Murid Terhadap

Aplikasi Padlet dalam Proses Pengajaran

dan Pembelajaran Cerpen Komponen

Sastera (KOMSAS) Tingkatan Empat

71

72

73

73

74

74

75

Page 15: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

xvi

SENARAI RAJAH

1.1

3.1

Kerangka Konsep Kajian

Model ASSURE Dalam Rancangan

Pengajaran Harian

15

50

Page 16: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

xvii

SENARAI SINGKATAN

SPM = Sijil Pelajaran Malaysia

PT3

TMK

KOMSAS

URL

PPD

JPN

SABK

JPU

SIC+

=

=

=

=

=

=

=

=

=

Pentaksiran Tingkatan TigaInstitusi

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Komponen Sastera

Universal Resource Locators

Pejabat Pendidikan Daerah

Jabatan Pelajaran Negeri

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Jadual Penentu Ujian

School Improvement Specialist

Coaches

Page 17: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A Jadual Penentu Ujian (JPU)

97

LAMPIRAN B Ujian Pra dan Ujian Pasca

98

LAMPIRAN C Soal Selidik

115

LAMPIRAN D Pengesahan Instrumen

120

LAMPIRAN E Pengesahan Menjalankan Kajian

132

LAMPIRAN F Pelaksanaan Intervensi Kajian

134

Page 18: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepesatan perkembangan teknologi telah menunjukkan bahawa perubahan teknologi

masa kini telah membawa satu anjakan baharu dalam dunia pendidikan. Sebelum ini,

teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

teknologi kemudian diikuti dengan fasa kedua iaitu kemunculan teknologi Web 2.0 yang

lebih dikenali sebagai social web. Menurut Saidin (2011) perbezaan utama antara Web

1.0 dengan Web 2.0 adalah dari segi penglibatan pengguna yang lebih besar dalam

membina dan menguruskan isi kandungan yang mana Web 2.0 menukar sifat dan nilai

sesuatu maklumat.

Teknologi Web 2.0 telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia

komunikasi dan interaksi global. Penggunaan Web 2.0 dalam dunia pendidikan seantero

dunia semakin berkembang dengan kepelbagaian aplikasi Web 2.0 yang disediakan

sebagai medium penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh

aplikasi Web 2.0 adalah seperti Wiki, Blog. Facebook, Prezi, Powtoon, Padlet dan

sebagainya. Menurut Baharudin dan Badusah (2016) Web 2.0 yang digunakan dalam

pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran serta membolehkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan dengan baik dan lancar. Penggunaan secara meluas sistem pembelajaran

interaktif berasaskan web dapat dilihat dan digunakan di pelbagai institusi pendidikan

tidak kira sama ada di sekolah atau pusat pengajian tinggi awam dan swasta.

Page 19: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

2

Fenomena ini telah menjadi trend masa kini kerana maklumat yang disampaikan

melalui web tersebut dapat diakses di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa. Hal

ini juga seiring dengan sifat murid-murid abad ke-21 itu sendiri yang suka akan

teknologi dan gemar mempelajari kemahiran baru berkaitan dengan teknologi. Menurut

Maswan (2011) kebanyakan remaja pada masa kini gemar menggunakan Internet untuk

bermain aplikasi komputer dan mencari maklumat.

Pembelajaran bahasa tidak terkecuali daripada menerima ledakan penggunaan

teknologi pendidikan seperti Web 2.0 ini. Proses pengajaran dan pembelajaran boleh

dilakukan dengan mengaplikasikan Web 2.0 ini. Menurut Ibrahim, Shing, Sharmeeze,

Alias dan Dewitt (2014) penggunaan Web 2.0 seperti Padlet boleh digunakan untuk

berinteraksi antara satu sama lain bagi tujuan pembelajaran. Keistimewaan pembelajaran

melalui Padlet ialah bahan pengajaran dan pembelajaran seperti teks, grafik, animasi,

video dan pautan URL boleh disampaikan dan digunakan. Elemen-elemen tersebut

sangat membantu murid dari segi pemahaman dan mengingat pelajaran dengan mudah.

Hal ini sejajar dengan pendapat Lope Pihie dan Elias (2000) bahawa keupayaan

mengingat melibatkan pendengaran hanya menyumbang 10 peratus dalam ingatan

seseorang, sedangkan 50 peratus lagi daripada penglihatan dan 40 peratus lagi daripada

pengalaman dan perbuatan.

Padlet dahulunya dikenali sebagai Wallwhiser merupakan salah satu jenis

aplikasi papan interaktif dalam Web 2.0. Papan interaktif ini yang juga dikenali sebagai

virtual wall (dinding maya) berfungsi sebagai ruang yang membolehkan murid dan guru

dapat berkongsi maklumat seperti teks, gambar, video dan audio dalam satu antara

muka. Semua ahli kumpulan akan dapat melihat semua maklumat yang ditulis pada wall

dan saling bertukar idea dalam kumpulan mereka.

Namun, penggunaan Web 2.0 harus diteliti penggunaannya. Puteh dan Abdul

Salam (2011) menyarankan agar penggunaan teknologi khususnya aplikasi Web 2.0

dalam pendidikan mestilah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan

menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai dengan pembelajaran dan

pengajaran. Perkara ini perlu diberi perhatian terutamanya para guru agar

Page 20: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

3

penggunaannya benar-benar membawa manfaat kepada murid dan proses pembelajaran

berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam subjek Bahasa Melayu mempunyai

kewajaran dan rasionalnya. Kadir (2007) telah menyatakan banyak kepentingan

kesusasteraan diajarkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

(KOMSAS). Antara kepentingannya ialah murid berpeluang untuk membina nilai-nilai

murni dan pembinaan sahsiah yang mulia. Melalui pembacaan karya sastera murid dapat

menghayati dan menyelami perasaan insan lain secara kreatif dan kritis seperti yang

digambarkan dalam karya yang dibacanya, apatah lagi apabila bentuk, isi dan mesejnya

berkaitan dengan perihal masyarakat dan nilai-nilai kehidupan. Selain itu, KOMSAS

mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembentukan emosi seseorang. Hal ini

disebabkan kesusasteraan Melayu menjadi wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh

bahasa yang indah seterusnyamenjadikan murid sedar akan perasaan sendiri ketika

mereka memikirkan perasaan orang lain.

Kepentingan lain, KOMSAS dapat mewujudkan jati diri murid dan

diperkenalkan dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan dan kebudayaan kebangsaan.

KOMSAS juga dikenal pasti memberi peluang kepada murid untuk menguasai sistem

dan tatabahasa bahasa Melayu dengan baik. Jika diteliti bahan-bahan dalam KOMSAS

berkaitan dengan pelbagai bidang seperti psikologi, moral, falsafah, agama, sosiologi,

sejarah dan sebagainya yang diketengahkan oleh pengarang. Jelaslah di sini bahawa

bahan-bahan KOMSAS disifatkan sebagai bahan yang mempunyai hubungan dengan

pemikiran.

Menurut Razak (2013) sastera atau pengajaran kesusasteraan telah dikenal pasti

dapat memberikan sumbangan ke arah pemantapan rohani dan emosi. Hal ini bertepatan

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Laungeng (2016) menyatakan

bahawa antara tujuan lain pengajaran KOMSAS adalah untuk membolehkan murid

memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam berbagai-bagai situasi

Page 21: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

4

serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar terhadap pelbagai

bahan yang dibaca.

Mat (2006) menjelaskan bahawa KOMSAS dilaksanakan bertujuan untuk

menjadi pelengkap kepada pembelajaran tentang kemahiran bahasa yang difokuskan

kepada bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetika. Menurut Mat lagi,

KOMSAS juga dijadikan sebagai pelengkap kepada kemahiran lisan, bertutur, membaca

dan menulis. Kenyataan Mat jelas menunjukkan bahawa pengajaran KOMSAS dalam

Bahasa Melayu berbeza matlamatnya dengan pengajaran sastera tulen. Pengajaran bahan

sastera dalam kurikulum Bahasa Melayu berbeza dengan pengajaran kesusasteraan

Melayu tulen kerana kesusasteraan Melayu tulen diajar secara khusus, manakala

pengajaran bahan sastera hanya diajar sebagai suatu komponen tertentu untuk tujuan

pengukuhan Bahasa Melayu sahaja (Esa, 2006) dalam (Arshad, 2008).

Bahasa Melayu pada masa ini, sering dianggap sebagai mata pelajaran yang

mudah sehinggakan pencapaiannya dalam peperiksaan kurang memberangsangkan.

Masalah bertambah serius apabila pengajaran komponen sastera dimasukkan ke dalam

sukatan Bahasa Melayu sekolah menengah. Murid cukup berpuas hati dengan keputusan

lulus atau mendapat gred yang lebih baik. Menurut Zahary (2014), melihat kepada

penguasaan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu seolah-olah

matlamat pembelajaran Bahasa Melayu dari definisi pendidikan telah ditukar ganti

kepada belajar bahasa Melayu untuk lulus peperiksaan dan mendapat pekerjaan semata-

mata, tetapi bukan lagi pembentukan kemahiran berbahasa dan komunikasi seperti yang

tercatat sebagai definisi pendidikan. Setelah dimasukkan ke dalam subjek Bahasa

Melayu, murid terpaksa menerima hakikat bahawa mereka perlu mempelajarinya kerana

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran wajib dan perlu lulus dalam peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM).

Kebanyakan murid mempelajari KOMSAS kerana telah menjadi sebahagian

daripada kandungan huraian sukatan Bahasa Melayu dan akan disoal dalam kertas

peperiksaan Bahasa Melayu. Mahamod dan Mohamad Noor (2011) menyatakan bahawa

murid mempelajari KOMSAS semata-mata untuk lulus peperiksaan. Situasi ini telah

mewujudkan senario mempelajari KOMSAS hanya berpandukan format peperiksaan

Page 22: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

5

tanpa meneroka ilmu pembelajaran dengan lebih mendalam. Hal inilah antara faktor

yang membawa kepada penurunan minat KOMSAS dalam kalangan murid. Menurut

Othman, Baki dan Mat (2009), murid yang dihasilkan daripada sistem pendidikan yang

terlalu mengutamakan peperiksaan menyebabkan mereka tidak mampu untuk

melahirkan generasi yang sentiasa ghairah untuk belajar sepanjang hayat mereka. Hal

tersebut disokong oleh Amir (2007), murid yang dihasilkan melalui corak pembelajaran

berorientasikan peperiksaan tidak mampu menjadi generasi yang berfikir secara kreatif

dan tidak mampu melahirkan perasaan dan pemikiran melalui ciptaan karya-karya

sastera.

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memupuk minat mempelajari sastera dalam

kalangan murid. Minat membaca karya sastera semakin menunjukkan penurunan. Minat

membaca dalam kalangan murid berkait rapat dengan faktor pencapaian. Laporan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Lembaga Peperiksaan Malaysia 2001

dalam Nair dan Arumugam (2006) menyatakan calon tidak dapat menjawab soalan-

soalan yang berkaitan dengan KOMSAS dengan baik. Faktor minat dipercayai akan

mempengaruhi pencapaian murid dalam peperiksaan. Hal inilah antara yang menjadi

sebab mengapa calon tidak dapat menjawab soalan SPM dengan baik.

Menurut Khadir (2010) tiadanya nilai komersial mata pelajaran sastera

merupakan punca KOMSAS tidak diminati oleh murid. Selain itu, Ibrahim (2015)

menyatakan istilah yang sukar difahami dalam teks sastera menyebabkan murid tidak

berminat untuk membaca bahan KOMSAS. Berdasarkan punca-punca penurunan minat

terhadap KOMSAS yang ditemukan dalam kajian Khadir (2010) dan Ibrahim (2015),

guru perlu menukar kaedah pengajaran daripada berasaskan tradisional kepada

penggunaan teknologi seperti aplikasi web. Dapatan kajian oleh Saidin (2011), Othman

(2014) dan Razak (2013) yang mengkaji penggunaan aplikasi web dalam pengajaran dan

pembelajaran membantu meningkatkan pencapaian dan minat murid terhadap

pembelajaran.Kajian Laungeng (2016) dan Zamri (2012) telah membuktikan bahawa

pengajaran guru yang bersifat tradisional menyebabkan minat dan pencapaian murid

menurun. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha dan kajian dijalankan termasuklah

Page 23: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

6

pembangunan bahan perisian pembelajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK) dan Internet.

Menurut Nair dan Arumugam (2006) strategi yang digunakan oleh guru dalam

pengajaran KOMSAS ialah menyuruh murid membaca teks di rumah atau di dalam

kelas kemudian murid membuat perbincangan di dalam kelas. Seterusnya guru akan

memberi nota tentang aspek yang dikaji. Masalah tersebut bertambah serius apabila

Khadir (2010) mendapati ramai guru yang masuk ke kelas hanya membawa buku teks

KOMSAS sahaja tanpa membawa alat-alat bantuan lain yang boleh menarik minat

murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Yusoff (2012) juga menyedari

bahawa penggunaan buku teks sebagai medium penyampaian isi kandungan

pembelajaran dilihat kurang mencabar dan seterusnya menjadikan pembelajaran kurang

menarik. Pemilihan dan penggunaan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan aktiviti

pengajaran di dalam kelas amat penting bagi memastikan pengajaran guru di dalam

kelas dapat menarik minat murid. Menurut Mohamad (2009) murid pasti akan berasa

bosan untuk mengikuti pengajaran bahasa jika guru menggunakan buku teks semata-

mata. Jones (2011) turut menyokong bahawa penggunaan buku teks dalam kelas bahasa

tidak memberi keseronokkan kepada murid.

Selain itu, kebanyakan guru mengajar KOMSAS lebih mengutamakan

kandungan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dalam tempoh waktu yang

ditetapkan dan mengajar untuk tujuan peperiksaan sama ada peperiksaan untuk ujian

bulanan atau peperiksaan awam. Menurut Mohamad Noor, Mahamod, Hamat, dan Embi

(2012), sukatan pelajaran yang terlalu banyak menyebabkan guru terkejar-kejar untuk

menghabiskan silibus. Kebanyakan guru cenderung memberi aktiviti pengukuhan seperti

latihan kepada murid sebagai sebagai langkah menambahkan pemahaman pelajar selepas

proses pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa kini, KOMSAS kini merupakan subjek yang mampu dijadikan

sebagai landasan untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid (Ismail,

2016). Sejajar dengan pembelajaran abad ke-21 KOMSAS sebenarnya menyediakan

pelbagai ruang dan peluang kepada guru untuk mewujudkan wacana penyelesaian

masalah, membuat inferens, membuat keputusan, mencadangkan idea baru dan juga

Page 24: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

7

menilai sesuatu tindakan. Semua aktiviti tersebut mempunyai ciri-ciri KBAT. Menurut

Ismail lagi, proses pengajaran dan pembelajaran masih berfokus kepada peperiksaan

menyebabkan usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak

dapat dilaksanakan sempurna. Oleh sebab terlalu memberi penekanan kepada

peperiksaan guru telah kurang memberi perhatian kepada kemahiran berfikir murid.

Sebaliknya menumpukan terhadap usaha menghabiskan sukatan pelajaran dan juga

penguasaan teknik menjawab soalan peperiksaan.

Guru-guru Bahasa Melayu yang mengajarkan KOMSAS kebanyakannya telah

diberi latihan tentang teknik pengajaran KOMSAS ketika mengikuti kursus perguruan di

maktab atau kursus-kursus pemantapan pedagogi anjuran Pejabat Pendidikan Daerah

(PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Antara teknik pengajaran yang

diperkenalkan kepada guru-guru adalah seperti teknik kerusi panas, balang kaca, teater

pembaca dan sebagainya. Namun teknik-teknik tersebut jika diulang-ulang akan

menimbulkan rasa bosan kerana bersifat stereotaip. Murid selalunya suka akan teknik

pengajaran yang berbeza dengan teknik yang sering digunakan oleh guru di dalam kelas.

Masalah juga timbul apabila guru yang mengajar Bahasa Melayu ialah guru

bukan opsyen.. Menurut Ismail (2016) guru-guru telah dikenal pasti mempunyai

kekurangan dari segi pengetahuan dalam penyampaian proses pengajaran dan

pembelajaran ilmu sastera kerana mereka bukan pengkhususan dalam bidang tersebut.

Masalah ini berlaku disebabkan sebahagian besar guru menganggap adalah satu tugas

yang mudah dalam mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini diakui oleh

Salleh (2005) bahawa semua guru yang menjadi responden dalam kajiannya berminat

dan seronok mengajarkan Bahasa Melayu kerana mereka menganggap Bahasa Melayu

sebagai bahasa yang mudah untuk diajar. Situasi yang pernah berlaku di sekolah ialah

pentadbir sekolah iaitu guru besar atau pengetua menentukan guru Bahasa Melayu

daripada kalangan guru yang bukan opsyen Bahasa Melayu. Implikasi daripada situasi

ini menyebabkan wujudnya beberapa masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Masalah yang dihadapi oleh guru seperti yang telah dinyatakan di atas, akhirnya

akan membawa kesan kepada murid terutamanya dari aspek minat dan pencapaian.

Page 25: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

8

Menurut Mohamed Noor, Mahamod, Hamat dan Embi (2012) minat murid merupakan

sebab utama subjek KOMSAS kurang diterima. Bahan KOMSAS sering disifatkan oleh

murid sebagai beban kerana teks dan konteksnya sukar difahami. Terdapat beberapa

istilah yang sukar difahami terutama bahagian prosa tradisional yang banyak

menggunakan perkataan klasik. Selain itu, ada sesetengah murid beranggapan bahawa

karya sastera tidak mempunyai nilai komersial dan hal ini menyumbang kepada

kemerosotan minat murid terhadap mata pelajaran tersebut (Khadir, 2010). Hasil kajian

Amir (2007) mendapati bahawa murid mempunyai tanggapan sambil lewa dan selalu

menganggap bahawa bahan-bahan sastera kurang relevan dengan perkembangan semasa.

Ramai guru tidak menyedari akan kelebihan dan kepentingan aplikasi web

dalam membantu meningkatkan prestasi pelajaran. Guru seharusnya perlu bijak dalam

menyampaikan pengajaran dan pendekatan yang sesuai supaya murid dapat mengikuti

dan memahami isi kandungan pelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar berasakan

web dikenal pasti dapat mengatasi masalah pencapaian dan minat murid dalam sesuatu

mata pelajaran. Kajian yang telah dilakukan oleh Atan dan Badusah (2013),

membuktikan web berjaya sebagai alat bantu mengajar yang efektif dan menjadikan

pengajaran bermakna. Selain itu, Jasmi, Tamuri dan Mohd Hamzah (2011) menyatakan

penggunaan bahan bantu mengajar menjadikan fungsi guru sebagai fasilitator dan

meningkatkan keberkesanan pembelajaran berpusatkan murid dengan hanya 25 peratus

penglibatan guru di dalam bilik darjah.

Guru Bahasa Melayu perlu mempunyai beberapa perspektif dalam pengajaran

sastera seperti guru perlu faham dan menilai kepentingan murid terhadap bentuk karya

sastera. Selain itu, guru perlu sentiasa meminta murid faham kriteria spesifik dan teknik-

teknik untuk menganalisis sastera. Guru juga mesti mengutamakan penghayatan estetika

karya sastera, penglibatan murid dalam aktiviti penulisan kreatif. Guru mestilah sentiasa

membantu murid membentuk kemahiran pembelajaran kolaboratif dan memilih bahan

bacaan sastera yang diminati oleh murid. Dalam hal ini, dari sudut pandangan guru,

murid perlu menguasai kemahiran menganalisis, kemahiran penghayatan, kemahiran

pembelajaran kolaboratif dan kemahiran membaca genre sastera. Menurut Aziz (2009),

seseorang guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran dengan menggunakan alat

Page 26: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

9

bantu mengajar atau media pengajaran berbentuk seperti perisian multimedia secara

maksimum yang mungkin agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

menarik dan lebih berkesan.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam pembelajaran komsas, aspek minat telah dikenalpasti menjadi punca pencapaian

murid dalam ujian atau peperiksaan awam Bahasa Melayu tidak mencapai tahap yang

cemerlang. Permasalahan yang timbul akibat persepsi yang menganggap KOMSAS

sebagai mata pelajaran yang tiada nilai komersial (Khadir, 2010) dan kurang faham

dengan maksud yang hendak disampaikan dalam karya sastera (Ibrahim, 2015). Masalah

lain pula dihadapi oleh murid apabila guru yang mengajarkan KOMSAS tidak

menggunakan pendekatan yang boleh menarik minat dan mewujudkan pembelajaran

berkesan sebaliknya menggunakan kaedah tradisional terutamanya kaedah “chalk and

talk‟ (Razak, 2013). Hal ini secara tidak langsung menimbulkan suasana yang

membosankan di dalam kelas dan murid tidak berminat untuk meneruskan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan web dalam bidang pendidikan semakin berkembang maju dan

mendapat tindak balas yang positif sama ada daripada pihak guru mahupun murid.

Kajian Othman (2014) tentang penggunaan Facebook dan Razak (2013) tentang aplikasi

Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran mendapati web sangat membantu

dalam meningkatkan pencapaian dan minat murid terhadap pembelajaran. Ciri-ciri

interaktif yang terdapat pada web menwujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan lebih berpusatkan kepada murid. Dapatan kajian membuktikan

kaedah pembelajaran berasaskan web adalah lebih baik berbanding kaedah pengajaran

secara tradisional.

Berdasarkan permasalahan yang telah dihuraikan, satu satu langkah penyelesaian

perlu dilakukan bagi mengatasi permasalahan tersebut dengan mencadangkan

pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dijalankan dengan menggunakan aplikasi web

iaitu Padlet.Penggunaan aplikasi Padlet dalam pengajaran dan pembelajaran cerpen

KOMSAS tingkatan empat dilihat mampu menjadi satu kaedah pengajaran yang lebih

Page 27: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

10

baik dan menambah kaedah pengajaran yang sedia ada. Aplikasi Padlet yang digunakan

di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri

pembelajaran secara konstruktivisme yang lebih berpusatkan murid dan menerapkan

elemen TMK yang membolehkan murid dapat menguasai cerpen KOMSAS dengan

lebih baik berbanding kaedah pengajaran secara tradisional. Selain itu, kajian terhadap

aplikasi Padlet dalam pembelajaran KOMSAS juga belum pernah dilaksanakan. Oleh

yang demikian kajian terhadap keberkesanan aplikasi Padlet dalam mengatasi masalah

kefahaman, pencapaian dan minat murid terhadap KOMSAS adalah amat diperlukan.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan aplikasi Padlet dalam meningkatkan

pencapaian dan minat murid dalam pembelajaran cerpen KOMSAS Bahasa Melayu

tingkatan empat.

1.5 Objektif Kajian

Berdasarkan permasalahan yang telah dibincangkan, lima objektif telah ditentukan untuk

dicapai dalam kajian ini. Objektif kajian adalah seperti berikut :

1. Mengenal pasti perbezaan antara skor pencapaian ujian pra bagi kumpulan

eksperimen dengan kumpulan kawalan.

2. Mengenal pasti perbezaan antara skor pencapaian ujian pasca bagi kumpulan

eksperimen dengan kumpulan kawalan.

3. Mengenal pasti perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dan pasca bagi

kumpulan kawalan.

4. Mengenal pasti perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dan pasca bagi

kumpulan eksperimen.

5. Mengenal pasti minat kumpulan eksperimen terhadap cerpen KOMSAS

selepas menggunakan Padlet.

Page 28: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

11

1.6 Persoalan Kajian

Persoalan kajian telah dibina dan disusun bagi mendapatkan jawapan yang tepat

berkaitan objektif kajian. Lima persoalan kajian telah ditentukan berdasarkan lima

objektif yang telah dinyatakan. Berikut adalah lima persoalan kajian.

1. Adakah terdapat perbezaan antara skor pencapaian ujian pra bagi kumpulan

eksperimen dengan kumpulan kawalan?

2. Adakah terdapat perbezaan antara skor pencapaian ujian pasca bagi

kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan?

3. Adakah terdapat perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dan pasca bagi

kumpulan kawalan?

4. Adakah terdapat perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dan pasca bagi

kumpulan eksperimen?

5. Adakah kumpulan eksperimen menunjukkan minat terhadap penggunaan

Padlet dalam pembelajaran cerpen KOMSAS?

Page 29: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

12

1.7 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, hipotesis Nul yang akan diuji adalah seperti

berikut :

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian ujian pra

antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian ujian

pasca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor pencapaian ujian

pra dan pasca bagi kumpulan kawalan.

Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor pencapaian ujian

pra dan pasca bagi kumpulan eksperimen.

1.8 Kepentingan kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pihak yang terlibat adalah seperti murid,

guru, pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Kajian ini sangat penting kepada murid dalam meningkatkan pencapaian dan

minat terhadap pembelajaran KOMSAS. Penggunaan Padlet dalam pembelajaran

KOMSAS merupakan satu kaedah pembelajaran yang berbeza dengan kaedah

tradisional yang sering digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Oleh yang demikian

penggunaan Padlet diharapkan dapat mengubah kaedah pengajaran guru serta

meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang mana 17.1

peratus markah adalah diperuntukkan daripada bahagian KOMSAS. Walaupun

menyumbang peruntukan markah yang tidak sebanyak seperti markah penulisan

karangan namun penguasaan terhadap KOMSAS tidak perlu dipertikaikan lagi.

Penggunaan Padlet akan dapat mengubah stigma murid yang menganggap KOMSAS

sukar dikuasai dan membosankan.

Page 30: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

13

Selain itu, pembelajaran melalui Padlet membolehkan murid mendapat

pengalaman baru dan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan. Secara tidak

langsung, apikasi Padlet dapat menarik minat dan tumpuan mereka untuk mempelajari

KOMSAS kerana terdapat ciri-ciri interaktif dan kolaboratif. Sebagai contoh, murid

boleh mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diberi oleh guru dalam Padlet.

Malah murid sendiri boleh memuat naik bahan video lakonan mereka ke dalam wall

Padlet untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain atau sebagai eviden tugasan kumpulan

mereka. Apa sahaja bahan pembelajaran lain seperti nota dan grafik boleh dikongsi oleh

guru atau murid dalam Padlet yang sama.

Padlet menyediakan kemudahan komunikasi secara maya atau atas talian yang

memudahkan murid untuk meneruskan pembelajaran tanpa terikat dengan waktu

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka boleh menggunakan Padlet untuk

berkomunikasi bersama-sama rakan atau guru semasa cuti sekolah, pada waktu dan

lokasi yang berbeza. Kandungan Padlet yang menarik dan interaktif membolehkan muid

meneroka pautan yang disediakan oleh guru. Oleh yang demikian, murid dapat

menambahkan lagi kefahaman terhadap sesuatu topik.

Murid yang memiliki telefon pintar juga dapat dididik untuk memanfaatkan gajet

mereka kerana aplikasi ini boleh dimuat turun secara mudah dan mereka menggunakan

gajet tersebut untuk tujuan pembelajaran seperti untuk mengulang kaji bahan

pembelajaran yang terkandung dalam Padlet. Pembelajaran melalui aplikasi Padlet boleh

menjadi salah satu kaedah yang boleh menarik minat seterusnya mempengaruhi

pencapaian murid dalam pembelajaran KOMSAS.

Kepentingan kajian kepada pihak guru pula adalah dapat memberi peluang

kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran berasaskan web dalam proses

penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh memuat naik seberapa banyak

maklumat dan bahan berkaitan tajuk pelajaran berbanding kaedah tradisional yang

terhad kepada penggunaan buku teks atau buku rujukan. Guru juga dapat menyediakan

bahan pengajaran sekiranya guru bercuti atau menghadiri kursus. Proses pengajaran

masih dapat dilakukan walaupun guru tiada di sekolah kerana murid-murid boleh

merujuk wall Padlet sambil dipantau oleh guru ganti mereka. Secara tidak langsung guru

Page 31: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

14

dapat memahami dengan jelas tentang pembelajaran berasaskan Padlet yang lebih sesuai

dengan prestasi murid yang berbeza tahap kebolehan dan sekali gus dapat menarik minat

murid untuk mempelajari KOMSAS.

Kajian ini juga sebenarnya dijalankan sebagai menyahut seruan Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk menambahkan lagi koleksi teknik pembelajaran yang

menitikberatkan nilai interaktif dan kolaboratif berasaskan aplikasi web yang masih

berkurangan. Diharapkan juga, dapat memberi makluman kepada pihak pentadbir

khususnya unit kurikulum, Ketua Bidang Bahasa, Ketua Panitia Bahasa Melayu agar

dapat menganjurkan kursus yang berkaitan dengan penggunaan Padlet dalam pengajaran

dan pembelajaran KOMSAS. Selain itu, kajian ini dapat memberi maklumat kepada

Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri agar menyediakan kursus

profesionalisme keguruan guru-guru Bahasa Melayu dalam bidang Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (TMK) seperti kemahiran menggunakan aplikasi web dalam pengajaran

di dalam kelas.

1.9 Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran KOMSAS tingkatan

empat di sekolah menengah. Kajian ini akan melibatkan penggunaan Padlet dalam

pengajaran bagi tajuk Cerpen Munsyi, Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul dan

Cerpen Kaduk,Ayam dan Raja. Batasan kajian ini merujuk kepada reka bentuk kuasi

eksperimen. Kajian ini hanya mengenal pasti aspek perbezaan pencapaian dan minat

kumpulan eksperimen yang menggunakan aplikasi Padlet dalam pembelajaran cerpen.

1.10 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konsep dibina adalah bertujuan untuk menjadi rujukan dan panduan semasa

menjalankan kajian. Menurut Wiersma (2000) kerangka konsep dibina adalah untuk

meramal dan menerangkan sesuatu fenomena secara sistematik. Ringkasan kerangka

konsep kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Page 32: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

15

Rajah 1.1 menunjukkan pemboleh ubah yang terlibat dalam kajian ini. Pemboleh

ubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran

yang digunakan oleh guru di dalam kelas iaitu pendekatan cara tradisional bagi

kumpulan kawalan dan pendekatan melalui aplikasi Padlet bagi kumpulan eksperimen.

Pemboleh ubah bersandar pula adalah pencapaian murid dalam cerpen KOMSAS setelah

ujian dijalankan dan minat murid terhadap aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan

pembelajaran cerpen KOMSAS .

Dalam kajian ini, ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme telah digunakan dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran cerpen KOMSAS berasaskan Padlet.

Pembelajaran konstruktivisme sangat sesuai digunakan kerana pendekatan ini

berfokuskan murid, ditambah pula dengan penggunaan kepelbagaian teknik dan sumber

untuk menghasilkan keberkesanannya.

Selain itu, kajian ini menjadikan Model ASSURE sebagai panduan kerana

model ini mempunyai skala yang lebih kecil dan dan lebih sesuai digunakan untuk

merancang pengajaran di dalam bilik darjah. Padlet merupakan medium yang digunakan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kerangka konseptual kajian ini, pengkaji dapat menjalankan kajian

dengan lebih sistematik dan memperoleh hasil kajian dan mencapai objektif kajian

seperti yang dinyatakan pada awal bab ini.

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Pendekatan Pengajaran

dan Pembelajaran

Tradisional Pencapaian

Subjek KOMSAS Pendekatan Pengajaran

dan Pembelajaran

Padlet Minat terhadap

subjek KOMSAS

Teori Konstruktivisme ASSURE

Page 33: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

16

1.11 Definisi Istilah

Kajian ini akan menggunakan beberapa istilah yang memerlukan penjelasan bagi

memudahkan pemahaman keseluruhan kajian. Berikut merupakan definisi istilah yang

dijelaskan dengan ringkas seperti yang terkandung dalam kajian supaya dapat memberi

maksud yang jelas dan sesuai dengan keperluan kajian.

1.11.1 KOMSAS

KOMSAS ialah akronim kepada Komponen Kesusteraan Melayu dan dimasukkan ke

dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Bermula pada tahun 2000 hinggalah pada masa

ini, murid tingkatan satu hingga lima telah mengikuti pembelajaran KOMSAS.

KOMSAS diajarkan dalam subjek Bahasa Melayu dengan peruntukan dua masa dalam

seminggu. Genre sastera yang diketengahkan dalam KOMSAS ialah cerpen, drama,

puisi, prosa tradisional dan novel. Dalam pembelajaran KOMSAS aspek-aspek sastera

yang dipelajari oleh murid ialah sinopsis, tema, persoalan, plot, teknik plot, watak dan

perwatakan, gaya bahasa, latar masa, latar tempat, latar masyarakat, nilai murni, dan

pengajaran.

1.11.2 Padlet

Padlet merupakan satu aplikasi web 2.0 yang boleh digunakan untuk menjalankan

pengajaran secara keseluruhan. Padlet wujud dalam bentuk dinding maya (virtual wall)

yang membolehkan sesiapa sahaja menyiarkan pendapat mereka dengan nota lekat

elektronik dan dikongsi bersama-sama dengan orang lain. Guru sebagai pentadbir akan

memuat naik bahan pelajaran seperti nota, video, grafik, soalan, pautan URL dan

sebagainya pada wall tersebut. Murid boleh memberi maklum balas dengan menaip

huruf bagi setiap nota lekat elektronik atau menambah bahan pembelajaran. Dalam

kajian ini aplikasi Padlet digunakan sebagai medium penyampaian pengajaran guru

kepada murid di dalam kelas.

Page 34: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

17

1.11.3 Kaedah Tradisional

Pengajaran kaedah tradisional bermaksud cara pengajaran yang lama dan bersifat

konvensional. Dalam kajian ini, guru yang mengajarkan kaedah tradisional

menggunakan peralatan yang lazim seperti pen marker, papan putih, buku teks dan buku

rujukan. Selain itu, guru juga menggunakan teknik penerangan dan aktiviti seperti

menyalin nota dan pembentangan dalam kumpulan.

1.11.4 Minat

Dalam kajian ini, minat murid merujuk kepada penglibatan dan kesediaan mengambil

bahagian dalam aktiviti pembelajaran cerpen KOMSAS melalui aplikasi Padlet semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas dan juga pada masa luar

waktu pengajaran dan pembelajaran.

1.11.5 Pencapaian

Pencapaian adalah ukuran seseorang individu tentang apa yang diketahuinya setelah

mengikuti sesuatu kursus atau latihan. Dalam kajian ini, pencapaian merujuk kepada

skor ujian yang diperoleh oleh murid dalam pembelajaran KOMSAS selepas proses

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisonal atau aplikasi Padlet.

1.12 Rumusan

Bab ini menghuraikan dengan terperinci tentang pengenalan kajian yang mengandungi

latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis, kepentingan,

skop batasan kajian, kerangka teori dan kerangka konsep. Definisi istilah mengikut

konteks kajian juga diperincikan agar memberikan kefahaman kepada pihak pembaca.

Page 35: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

18

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab kajian literatur ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang telah

dijalankan dan sangat signifikan dengan kajian yang dilaksanakan. Kajian literatur

dapatlah didefinisikan sebagai ulasan maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku,

jurnal, laporan seminar, dokumen ilmiah yang berbentuk penyelidikan dan

sebagainya.Kepentingan kajian literatur ialah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu

kajian yang dirancang telah dijalankan oleh penyelidik terdahulu atau belum pernah

dijalankan.

Tinjauan literatur adalah dokumentasi yang sangat diperlukan dan sangat

penting. Antara lain kepentingan kajian literatur ialah mendapatkan sumber penyelidikan

yang sesuai untuk diperbandingkan dengan kajian yang dilaksanakan. Selain itu,

kepentingannya juga adalah untuk mencari perbezaan dapatan pengkaji terdahulu

dengan dapatan kajian pengkaji. Malah kajian literatur membolehkan pengkaji

mengetahui perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan isu, tajuk dan

masalah-masalah penyelidikan yang dihadapi.

mengenal pasti perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan

dengan topik dan masalah penyelidikan yang akan dijalankan.

Page 36: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

19

2.2 Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisme memberi keutamaan terhadap murid dalam membina

pengetahuan berdasarkan proses psikologi yang aktif dengan membina ilmu

pengetahuan ke dalam struktur kognitif berasaskan pengalaman sedia ada yang murid

miliki. Menurut Mat Jasin dan Shaari (2012), pendekatan konstruktivisme sangat

penting dalam proses pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep sendiri

dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada

pada mereka. Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam kelas bagi kebanyakan mata

pelajaran. Menurut Yahaya dan Latif (2005) corak pembelajaran konstruktivisme

sepatutnya diaplikasikan oleh guru dalam membentuk identiti murid yang berdaya saing.

Ciri-ciri kebaikan pembelajaran konstruktivisme menurut Pusat Perkembangan

Kurikulum (2001) adalah seperti berikut:

1. Lebih berfikir.

Semasa proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menjana

idea,menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak dalam

menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

2. Lebih faham.

Jika murid terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru mereka

akan lebih faham dengan apa-apa yang telah dipelajari. Malah murid dapat

mengaplikasikan pengetahuan baru mereka dalam situasi kehidupan sebenar.

3. Lebih ingat.

Murid akan mengingati lebih konsep dengan lebih lama setelah benar-benar

memahami sesuatu konsep. Hal ini disebabkan mereka secara aktif terlibat dalam

mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang diterima untuk

membina pengetahuan baru.

Page 37: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

20

4. Lebih yakin.

Murid diberi peluang untuk membina kefahaman sendiri tentang sesuatu apabila

belajar secara kontrukstivisme. Impaknya, diri mereka menjadi lebih yakin dan

berani dalam menghadapi masalah sekaligus dapat menyelesaikan masalah

dalam situasi baru.

5. Kemahiran sosial.

Konstruktivisme mewujudkan kemahiran sosial apabila murid berinteraksi

dengan rakan-rakan dan guru semasa mereka membina pengetahuan. Murid yang

mahir dalam bersosial mampu bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam

menghadapi sebarang bentuk cabaran.

6. Seronok.

Dalam pembelajaran konstruktivisme murid membina sendiri pengetahuan,

konsep dan idea secara aktif. Secara tidak langsung menjadikan mereka lebih

faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar walaupun menghadapi

pelbagai kemungkinan dan cabaran.

Menjelang abad ke-21 ini teori konstruktivisme semakin menjadi popular kerana

pembelajaran abad ke-21 menekankan penggunaan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran melalui laman web menjadikan para

guru mengalihkan paradigma mereka daripada berkonsepkan behaviorisme dan kognitif

kepada konstruktivisme. Teori konstruktivisme merupakan teori yang paling sesuai

dijadikan panduan dan menjadi asas kepada kerangka teori kajian kerana konsepnya

dalam reka bentuk pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.

Zakaria (2015) telah membuat perbandingan berkaitan kesan pendekatan

konstruktivisme dan pendekatan tradisional terhadap pengajaran dan pembelajaran

KOMSAS. Menurut beliau, pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid, iaitu

pendekatan konstruktivisme dapat merangsang minda dan membantu murid memperoleh

serta menguasai pengetahuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya

Page 38: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

21

KOMSAS. Dapatan kajian tersebut mendapati bahawa setelah didedahkan dengan

pendekatan konstruktivisme selama tiga minggu, murid kumpulan eksperimen

menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam ujian pasca berbanding kumpulan

kawalan yang diajar dengan menggunakan pendekatan tradisional. Kumpulan

eksperimen mencatatkan min 84.41 manakala kumpulan kawalan memperoleh min

68.44. Kumpulan kawalan menunjukkan peningkatan tetapi masih tidak dapat mengatasi

peningkatan yang dicapai oleh kumpulan eksperimen. Jelaslah, pendekatan

konstruktivisme telah meningkatkan prestasi murid dalam KOMSAS dan dapat

mengenal potensi murid secara keseluruhan melalui ujian pra dan pasca. Malah,

pendekatan ini juga dapat menggalakkan murid belajar secara kendiri dalam mencari

makumat berkenaan tajuk yang dipelajari.

Dollah (2004) dalam kajiannya telah mengaplikasikan teori konstruktivisme

dalam membangunkan perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPBK) puisi dalam mata pelajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Hasil kajiannya

mendapati ciri-ciri interaktif yang terdapat dalam perisian membolehkan murid

memperolehi pengetahuan daripada perisian mengikut kehendak mereka tanpa sekatan.

Menurut Dollah, dalam membentuk kefahaman murid, pembelajaran berbantukan

komputer membantu murid untuk memahami sesuatu konsep dan idea dengan lebih jelas

apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan proses

mengingat akan lebih bermakna setelah memahami sesuatu konsep. Suasana ini

dikatakan sangat berbeza daripada cara belajar konvensional yang digunakan oleh guru

mereka sebelum ini. Hal ini menunjukkan bahawa, perisian yang dibangunkan dapat

memotivasikan dan menarik minat murid terhadap puisi yang merupakan salah satu

daripada genre sastera.

Menurut Abidin (2005) bahan pembelajaran berasaskan web perlu direka bentuk

mengikut strategi tertentu berasaskan kepada teori, pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran yang betul. Dalam kajian beliau yang bertajuk „Kesan Pendekatan

Pembelajaran Dalam Persekitaran Web Terhadap Prestasi dan Minat Pelajar Pelbagai

Tahap Kebolehan‟ telah berjaya membuktikan pendekatan pembelajaran berasaskan

teori konstrukstivisme dapat meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Bahasa

Page 39: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

22

Melayu. Abidin telah membangunkan dua laman web yang menggunakan dua

pendekatan iaitu pendekatan berasaskan konstruktivisme dan satu lagi pendekatan

tutorial. Konstruktivisme mempunyai kelebihan kerana membina dan mengukuhkan

minat murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka untuk menerima

pelajaran melalui proses yang teratur. Menurut Abidin lagi, kaedah konstuktivisme

adalah kaedah yang dianggap dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran

murid dalam bidang bahasa. Oleh yang demikian, Abidin menyarankan agar

pembelajaran berasaskan web harus berpandukan teori konstruktivisme. Guru-guru dan

para pendidik seharusnya digalakkan mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme

dalam proses pengajaran mereka.

Kajian Siraj dan Salleh (2003) pula dijalankan untuk mengenal pasti jangkaan

aplikasi teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran peringkat sekolah

menengah pada masa akan datang. Kajian berfokus kepada pandangan pakar mengenai

jangkaan masa depan terhadap aplikasi teknologi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran peringkat sekolah menengah. Dalam kajian mereka, teori konstruktivisme

diaplikasikan kerana teori ini memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah

pengajaran yang sesuai, manakala murid pula boleh menentukan masa yang diperlukan

untuk memperoleh sesuatu konsep. Menurutnya lagi, apabila berpusatkan murid, beban

guru sebagai pengajar akan berkurangan kerana guru hanya sebagai fasilitator. Dapatan

kajian mereka menunjukkan bentuk pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan

akan berpusatkan murid melalui penggunaan teknologi. Pembelajaran berasaskan

teknologi seperti web memudahkan murid mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu

pengetahuan dalam pelbagai bentuk. Selain itu, murid akan belajar dengan lebih mudah,

lebih seronok dan lebih berjaya dengan adanya aplikasi web.

Teori konstruktivisme juga diaplikasikan dalam pembelajaran kolaboratif

berasaskan portal yang merupakan jenis pembelajaran berasaskan web. Kajian

Yusoh(2010) melihat aspek keberkesanan portal pembelajaran dalam pembelajaran

kolaboratif yang menggunakan pendekatan konstruktivisme dan bagaimana prinsip

konstruktivisme dapat diaplikasikan dalam sesebuah portal pembelajaran berasaskan

web. Beliau membandingkan keberkesanan pembelajaran portal berasaskan teori

Page 40: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

23

konstruktivisme dengan kaedah tradisional. Hasil kajian beliau telah membuktikan

bahawa portal yang dibangunkan itu memberi kesan positif kepada pembelajaran

pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Hasil

kajian tersebut menunjukkan keputusan ujian pasca bagi kumpulan eksperimen lebih

tinggi daripada kumpulan kawalan. Selain itu, portal tersebut telah mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif dan penggunaan yang fleksibel dari segi lokasi, masa dan

memberi kelebihan kepada pengguna.

Kajian Hussin, Rasul dan Abd Rauf (2013) berkenaan penggunaan laman web

sebagai transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam juga telah

menjadikan teori konstruktivisme sebagai asas dalam mengenal pasti model reka bentuk

dan teori pembelajaran yang berhubung kait dengan laman web. Dalam kajian tersebut

teori konstruktivisme diaplikasikan kerana teori tersebut memberi lebih penekanan

kepada murid berbanding daripada guru. Menurut mereka, murid yang akan berinteraksi

dengan web yang dibangunkan akan memperoleh kefahaman tentang bahan dan isi

kandungan pelajaran. Melalui pengalaman yang ada murid akan menyesuaikan

pengetahuan yang dibina dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan

baru. Seterusnya murid akan membina sendiri konsep dengan membuat penyelesaian

kepada masalah. Berdasarkan kelebihan yang ada pada teori ini, mereka telah memilih

teori konstruktivisme untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam yang menggunakan laman web sebagai sumber utama dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian telah membuktikan bahawa murid dapat

mengawal pembelajaran mereka dengan baik secara kolaboratif, interaktif dan maya

kerana mampu menyediakan pembelajaran berdasarkan prinsip „just-in time‟ dengan

kompetensi „anywhere, anytime and anyone‟.

Kajian S Samsudin, Atan dan Guan (2009) dalam pembangunan laman web fizik

juga berdasarkan teori konstruktivisme. Tujuan kajian tersebut adalah untuk mengenal

pasti persepsi murid terhadap pembelajaran fizik yang berasaskan laman web yang

menggunakan pendekatan konstruktivisme. Fokus kajian adalah kepada empat aspek

iaitu hasil pembelajaran, kesesuaian, kelemahan dan kekuatan laman web tersebut.

Murid yang telah didedahkan dengan teknik pembelajaran melalui web berasaskan teori

Page 41: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

24

konstruktivisme menyatakan bahawa web adalah satu teknik pembelajaran baru yang

menyeronokkan walaupun mereka terpaksa berusaha sendiri untuk memahami sesuatu

topik, sebenarnya mereka dapat mempelajari banyak perkara. Selain itu, perbincangan

sesama murid dan sokongan serta bimbingan dari fasilitator dapat membantu mereka

membina pengetahuan. Kajian ini juga telah membuktikan sejauhmana pendekatan

konstrukstivisme dapat diterima oleh murid.

Rahamat (2013) juga menggunakan teori konstruktivisme dalam kajiannya

bertajuk „Pembangunan dan Penilaian Pakej Pembelajaran Mudah Alih KOMSAS dalam

Bahasa Inggeris Tingkatan Empat‟. Pakej yang diberi nama Pakej e-Lit dibangunkan

berasaskan web yang yang menggabungkan penggunaan teknologi sebagai agen

penyampaian pengajaran dan pembelajaran KOMSAS Bahasa Inggeris tingkatan empat.

Kajian tersebut cuba menjelaskan kepentingan penggunaan teknologi berasaskan web

sebagai salah satu alat bantu belajar untuk dieksploitasi dalam pembelajaran KOMSAS

Bahasa Inggeris di sekolah dan sekaligus menarik minat murid ke arah pembelajaran.

Menurut Rahamat lagi, teori ini bersesuaian dengan ciri- ciri pakej pembelajaran yang

dibangunkan. Rahamat juga menyatakan kepelbagaian pendekatan dalam bilik darjah

tidak seharusnya hanya berpandukan kepada penggunaan bahan bercetak sahaja untuk

mencapai matlamat pencapaian yang baik tetapi pendekatan yang dapat menyentuh

emosi akan dapat memberi impak yang sangat hebat. Oleh itu, guru wajar

mempelbagaikan pendekatan yang bukan sahaja terlalu memberi fokus kepada kejayaan

dalam prestasi peperiksaan tetapi perlu memberi fokus kepada perkembangan afektif

dalaman murid. Hasil kajian menunjukkan murid memberi penilaian yang positif

terhadap sembilan aspek reka bentuk pakej e-Lit seperti yang jangkakan dalam objektif

kajian. Terdapat hubungan yang positif antara sikap pelajar, reka bentuk pakej e-Lit dan

kepuasan penggunaan pakej E-Lit.

Pengkaji lain yang menyokong penggunaan teori konstruktivisme dalam

pembelajaran berasaskan web ialah Gillani (1997) yang menyatakan bahawa

pembelajaran berasaskan web akan berfungsi baik sekali dalam suasana konstruktivisme

kerana murid dapat menghubungkan daripada satu maklumat kepada satu maklumat

yang lain mengikut minat dan tujuan individu. Menurut Othman (2010) pula,

Page 42: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

90

RUJUKAN

Abdul Halim, N. (2015). Pola Penggunaan Internet dalam Pembelajaran Bahasa

Melayu Pelajar Menengah Luar Bandar di Daerah Pasir Mas. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Abd Samat, S., Darus, C. H., Wan Ali, W.A., & Abd Manaf, A. (2002). Penyelidikan

Tindakan ke Arah Meningkatkan Kemahiran Mengajar untuk Membolehkan

Pelajar Tingkatan Lima Memahami Novel Konserto Terakhir. Seminar

Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-IX (pp. 77-88). Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Abidin, M. (2005). Kesan Dua Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Web

Terhadap Prestasi dan Minat Pelajar Pelbagai Tahap Kebolehan. Universiti

Sains Malaysia.

Ajjan, H., & Hartshorne, R. (2018). Investigating Faculty Decisions to Adopt Web 2.0.

technology :Theory and Empirical Test. The Internet and Higher Education.

11(2), 71-80. Science Direct.

Alessi, S.M, &.Trollip, S.R. (2001). Multimedia for Learning:Methods and

Development. Boston,MA: Allyn & Bacon.

Ali, B., & Badioze Zaman, H. (2008). Kejuruteraan Perisian Kursus Multimedia

Matematik Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-Maths). Jurnal

Teknologi Maklumat dan Multimedia, 5:41-63.

Amir, J. (2007). Sastera dalam Pendidikan Perlu Pemikiran Semula. Dewan Sastera (pp.

40-42). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arshad, M. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu : Strategi Perancangan dan

Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Atan, S. S., & Badusah, J. (2013). Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu, 3(1):31-41.

Awang, M., & Ismail, R. (2003). Web sebagai Media Pembelajaran:Kajian Kes Pelajar

Program Pengurusan Perniagaan. Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-16.

Melaka.

Page 43: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

91

Aziz, N. A. (2009). Pembangunan Modul Pengajaran Berbentuk Video Menggunakan

Mediasite dalam Subjek Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Baharudin, S. H., Badusah,J. (2015). Tahap Penggunaan Web 2.0 dalam Pengajaran

Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,

ISSN:2180-4842, Vol.5,Bil.2:38-48.

Baharudin, S. H., & Badusah, J. (2016). Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru

Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Web 2.0 dalam Pengajaran Bahasa

Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Best, J., & Khan, J. (1998). Research in Education. Massachusetts: Allyn and Bacon.

Chuah, K. M. (2013). Aplikasi Media Sosial dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris:

Persepsi Pelajar Universiti.Issues in Language Studies, 2(1):56-53.

Creswell, J. W. (2012). Educational Research, Fourth Edition. Pearson Education.

Dollah, H. (2004). Pembangunan Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer Bertajuk Puisi dalam Komponen Sastera Bahasa Melayu Menengah

Rendah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Embi, M. A. (2013). Web 2.0 Interactive Tools: A Quick Guide. Pusat Perkembangan

Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fadila, N., Mahamod, Z., & Wan Mohamad, W. M. (2016). Kompetensi, Sikap dan

Penggunaan Aplikasi Web 2.0 sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan

Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,

ISSN:2180-4842.Vol.6,Bil.2:52-58.

Galis, A. E. (2011). Minat Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di SMK DPHA Gapor, Kuching,

Sarawak. Universiti Terbuka Malaysia.

Ghafar, M. N. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Gillani, A. R. (1997). Web Based Instruction And The Traditional Classroom:

Similarities and Differences. new Jersey: Educational Technology Publications.

Hamdan, A., Din, R., Abdul Manaf, S. Z., Mat Salleh, N. S., Kamsin, F., Norman, H.,

Mohamad Zaid, A. S. (2015). Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam

Mencapai Pembelajaran Bermakna. Sains Humanika.

Page 44: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

92

Hassan, M. W. (2006). Motivating Learners In A Online Collaborative Environment

Using A Blended Model For Enhance Learning. Nanyang Technological

University.

Heinich, R., Molenda,M., & Russell, J. (1982). Instructional Media And The New

Technologies of Instruction. New York, Macmillan.

Hussin, N., Rasul, M. S., & Abd Rauf, R. (2013). Penggunaan Laman Web sebagai

Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. The Online

Journal of Islamic Education, Vol.1 Issue 2.

Ibrahim, S. (2015). Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Menggunakan Teknologi Multimedia Pada Abad ke-21. Universiti Malaysia

Sarawak.

Ibrahim, Z., Shing, N. K., Sharmeeze, Alias, N., & Dewitt, D. (2014). Pembangunan

Modul PedagogiPembelajaran Berasaskan Padlet untuk Pelajar Pekak di IPT.

Ismail, M. A. (2003). Web sebagai Media Pembelajaran: Kajian Kes Pelajar Program

Pengurusan Perniagaan. Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-16, Melaka.

Ismail, N. (2016). Hubungan Antara Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar

Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Komponen

Sastera (KOMSAS). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jaidi, N., Abdullah, Y., Tarasat, S., & Rahman, S. (2014). Kesan Penggunaan Perisian

iMindMap dalam Penulisan Karangan Jenis Rencana. Procedia-Social Sciences,

134(2014)389-398.

Jantan, R. A. (2007). Pembangunan dan Penilaian Perisian Pengajaran dan

Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi Tajuk Cerpen Dugong dalam

Komponen Sastera Bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jasmi, K. A., Tamuri, A. H., & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Kajian Kes Penggunaan

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam

Sekolah Bandar dan Luar Bandar:Satu Kajian Perbandingan. Jurnal Teknologi

(Sains Sosial), 179-198.

Jones, T.& Brown, C.(2011). Reading Engagement:A Comparison between E-Book

& Tradisional Print Books in Elementary Classroom. International Journal

Instrument, 4(2):5-22.

Kadir, N. H. (2007). Kewajaran Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Jurnal

Peradaban Melayu, Jilid 5.

Page 45: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

93

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala

Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kerlinger. (1986). Foundations of Behavioral Research: Educational,Psychological and

Sociological Enquiry. Wadsworth Publising Co Inc.

Khadir, R. (2010). Minat Pelajar Terhadap Penggunaan Bahan Komsas Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua. Open University,

Kuala Lumpur.

Khan, B. H. (2005). Designed and Developed E-Learning for Program

Evaluation.Department of Energy, Washington, D.C.

Konting, M. M. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Konting, M. M. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Laungeng, S. H. (2016). Strategi Peta Konsep dan Strategi Tradisional Terhadap

Pencapaian KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu, ISSN:2180-4842,Vol. 6, Bil.1:30-37.

Li, L. T., & Mai, N. (2007). Students Perceptions on Using Web 2.0 Technologies In A

Multimedia Mediated Learning Environment. Universiti Multimedia, Melaka.

Lope Pihie, Z. A., & Elias, H. (2000). Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan,

Keusahawanan, Ekonomi Asas. Universiti Pertanian Serdang.

Mahamod, Z. (2012). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar

Melayu Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan UKM.

Mahamod, Z., & Mohamad Noor, N. A. (2011). Persepsi Guru tentang Penggunaan

Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu.

GEMA Online Journal of Language Studies, 11(3).

Maloney, E. (2007). What Web 2.0 Can Teach us About learning. Chronicle of Higher

Education, 25 (18).

Maswan, I. N. (2011). Aplikasi Pendekatan Inkuiri dalam Persekitaran Pembelajaran

Berasaskan Web . Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mat, N. (2006). Teknik Mengajar KOMSAS (Komponen Sastera). Kuala Lumpur: PTS

(Profesional Publishing Sdn. Bhd.).

Page 46: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

94

Mat Jasin, Z., & Shaari, A. S. (2012). Keberkesanan Model Lima Fasa Needham dalam

Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,

ISSN:2180-4842.Vol.2,Bil.1:79-72.

Mohamad, A. (2009). Analisis Kesesuaian Pemilihan Teks Bagi Genre Cerpen dan

Novel Komponen Sastera Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Mohamad, N. (2013). Penggunaan Modul Pembelajaran Kemahiran Jawi. Universiti

Teknologi Mara.

Mohamad Noor, N. A., Mahamod, Z., Hamat, A., & Embi, M. A. (2012). Persepsi

Pelajar Terhadap Aplikasi Perisian Multimedia dalam Pembelajaran KOMSAS

Bahasa Melayu Tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, ISSN:2180-

4842,Vol.2,Bil.1:1-16.

Mohd Najib, A. G. (2003). Reka Bentuk Tinjauan, Soal Selidik Pendidikan. Universiti

Teknologi Mara.

Murphy, J., & Lebans, R. (2008). Unexpected Outcomes:Web 2.0 In The Secondary

School Classroom. International Journal of Technology in Teaching and

Learning, 4(2),134-147.

Mustafar, N. A. (2016). Perception of English Teachers and Students On Padlet and

Socrative as Collaborative Learning Tools. Universiti Teknologi Malaysia.

Nair, S., & Arumugam, R. (2006). Keberkesanan Kaedah Model Skema Bagi

Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar terhadap Cerpen Bahasa Melayu.

MJLI Vol.3, 65-89.

Ngasiman, N. (2014). Kesan kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian

Pelajar dalam Mata Pelajaran Matematik. Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia.

Dali, N. (2016). Rasional Rekabentuk Instruksional Model ASSURE

dalam Pembangunan Courseware Pengajaran dan Pembelajaran.

Othman, M. (2014). Kesan Pembelajaran Kolaboratif dalam Persekitaran Web 2.0

Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar dalam Pembelajaran Sains.

Universiti Teknologi Malaysia.

Othman, M. Z. (2010). Pembangunan Aplikasi Web dan Mulltimedia Berdasarkan Teori

Konstruktivisme dalam Mempelajari Konsep Lukisan Perspektif bagi Mata

Pelajaran Luksan Kejuruteraan Tingkatan Lima . Universiti Teknologi

Malaysia.

Page 47: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

95

Othman, N. F. (2010). Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Kalangan Pelajar

Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Othman, Y., Baki, R., & Mat, N. (2009). Pemerkasaan Bahasa Melayu : Dari Teori

ke Praktik. Selangor: Utusan Pablications & Distributions Sdn. Bhd.

Piaw, C. Y. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill

(Malaysia).

Piaw, C. Y. (2012). Asas Statistik Penyelidikan. Edisi Kedua. McGraw-Hill (Malaysia)

Sdn.Bhd.

Puteh, S. N., & Abd Salam, K. A. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam

Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Pra

Sekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 36(1):25-34.

Rahamat, R. (2013). Pembangunan dan Penilaian Pakej Pembelajaran Mudah Alih

Komsas dalam Bahasa Inggeris Tingkatan Empat. Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Razak, R. A. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam

Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik.

S Samsudin, D., Atan, H., & Guan, S. K. (2009). Kesan Pembelajaran Konstruktivisme

Berasaskan Laman Web dalam Kalangan Pelajar Fizik. Konvensyen Penyelidikan

ke-16 dalam Pendidikan dan Latihan:Trend dan Isu. Universiti Sains Malaysia.

Saidin, Z. (2011). Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Salleh, S. (2005). Interaksi Lisan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen

Ksusasteraan Melayu (KOMSAS) dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sathiaphati, M.K. (2004). Keberkesanan Pendekatan Skema Terancang Terhadap

Kefahaman Bacaan Sajak (KOMSAS) Bahasa Melayu di kalangan Murid-Murid

Tingkatan 4. Universiti Sains Malaysia.

Siraj, S., & Salleh, M. P. (2003). Aplikasi Teknologi dan Pengajaran dan Pembelajaran

Peringkat Sekolah Menengah : Jangkaan Masa Depan. Jurnal Pendidikan,

Universiti Malaya.

Smaldino, S. (2007). Instructional Technology and Media For Learning Ninth Edition.

New Jersey Columbos, Ohio: Pearson Merril Prentice Hall.

Page 48: APLIKASI PADLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN ...eprints.uthm.edu.my/9575/1/SITI_MASRAH_SULAKAH.pdf · teknologi Web 1.0 iaitu World Wide Web telah mendahului fasa perkembangan

96

Sundee, S. R. (2005). Kesan Pendekatan Model Skema Terhadap Kefahaman Sajak

Bahasa Tamil di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Universiti Sains Malaysia.

Tuaran, J. (2013). Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek

Sejarah dan Geografi. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi, Universiti

Malaysia Sabah.

Wan Ismail, W. H. (2014). Aplikasi Google dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wettasinghe, M., & Hasan, M. (2006). Motivating Learners In An Online Collaborative

Enviroment Using A Blended Model For Enhanced Learning . Nanyang

Technological University, Nanyang Walk, Singapore.

Wiersma, W. (2000). Research Methods In Education: An Introduction.7th

Ed.

Boston: Allyn&Bacon

Yahaya, A., & Latif, J. S. (2005). Membentuk Identiti Remaja. Bentong: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Yusoff, N. M. (2015). Keberkesanan Penggunaan Buku Elektronik dalam Pencapaian

Pemahaman Bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yusoff, W.N.(2012).Pembelajaran Bahasa Melayu Pra Sekolah Menerusi Web

Berdasarkan Teori Pembelajaran Visual Dinamik. Universiti Teknologi

Malaysia.

Yusoh, Z. (2010). Keberkesanan Pembelajaran Kolaboratif Berasaskan Portal

Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar PPISMP. Universiti Pendidikan Sultan

Idris.

Zahary, R. A. (2014). Hubungan Motivasi dengan Pencapaian Pelajar dalam Mata

Pelajaran Bahasa Melayu. Universiti Teknologi Malaysia.

Zakaria, S. N. (2015). Kesan Pendekatan Kostruktivisme dan Pendekatan Tradisional

dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu, ISSN:2180-4842 Vol.5, Bil.2:12-21.