50
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KPS 5042 (SEKOLAH DAN MASYARAKAT) “APLIKASI ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH” Disediakan oleh : Nama : ROSIADI BIN TAJUDIN No. Matrik : L20081002254 Program : AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) Nama : NUR SHAHIDATUL AKMAR MOHD SHAHIBI No. Matrik : L20081002255

Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SOSIOLoGI

Citation preview

Page 1: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KOGNITIF

DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KPS 5042 (SEKOLAH DAN MASYARAKAT)

“APLIKASI ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN DALAM

PENGURUSAN BILIK DARJAH”

Disediakan oleh :

Nama

: ROSIADI BIN TAJUDIN

No. Matrik

: L20081002254

Program

: AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

Nama

: NUR SHAHIDATUL AKMAR MOHD SHAHIBI

No. Matrik

: L20081002255

Program

Page 2: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

: AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

Nama

: SITI FATIMAH BINTI NOR DIN

No. Matrik

: L20081002253

Program

: AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

Nama

: AZMA HANIM BINTI ABDUL AZIZ

No. Matrik

: L20081002256

Program

: AT46D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER)

Nama

: AFZAN BINTI MUSTAFA

No. Matrik

: L20081002257

Program

: AT47D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER)

Pensyarah:

EN. IKHSAN OTHMAN

KUMPULAN (DPLI) SEMESTER 1, 2008

Page 3: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 PENGENALAN

1 – 2

2.0 LATARBELAKANG PENGURUSAN BILIK DARJAH

2.1 Pengenalan

3

2.2 Konsep Bilik Darjah

3 – 4

2.3 Guru Dan Peranannya

5 – 7

2.4 Pelajar Dan Peranannya

7 - 8

2.5 Pengurusan Fizikal, Sumber Dan Organisasi

9 – 10

2.6 Persekitaran dan Aplikasi Bilik Darjah

10 – 11

2.7 Pengurusan Murid

2.8 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Page 4: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

3.0 TEORI-TEORI SOSIOLOGI

3.1 Teori Struktural-Fungsional

16 – 17

3.2 Teori Interaksionisme

17 – 18

4.0 APLIKASI TEORI SOSIOLOGI DALAM MENANGANI ISU

KEBERKESANAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

4.1

Guru Kurang Berfungsi

19

4.2

Wujud Kumpulan Tertentu

19 – 20

4.3

Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan

20 – 21

4.4

Wujudnya Halangan Komunikasi

21 – 22

4.5

Kawalan Kelas Yang Longgar

22 – 23

Page 5: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

4.6

Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Pelajar

23 – 25

5.0 RUMUSAN

26 - 27

BIBLIOGRAFI

4.3

Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan

20 – 21

4.4

Wujudnya Halangan Komunikasi

21 – 22

1.0

Pengenalan.

Tugas mengurus bilik darjah merupakan satu cabaran bagi seorang guru. Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek utama. Guru yang bijak dalam pengurusan bilik darjah haruslah memahami dan mengenalpasti keperluan subjek utamanya. Oleh itu, menjadi peranan bagi seorang guru untuk mengkaji latarbelakang sosial pelajarnya supaya keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya.

Page 6: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

Berdasarkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengurus sebuah bilik darjah, maka dalam kajian ini penulis cuba mengkaji “Aplikasi Sosiologi Dalam Pengurusan Bilik Darjah”. Skop kajian lebih tertumpu kepada mengkaji struktur sosial di dalam bilik darjah iaitu guru dan pelajar.

Kajian ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu; bahagian pertama, mengkaji latarbelakang pengurusan bilik darjah; bahagian kedua, mengkaji teori-teori sosiologi yang boleh diguna pakai dalam pengurusan bilik darjah dan bahagian ketiga, menghuraikan mengenai aplikasi teori sosiologi dalam menangani isu pengurusan bilik darjah. Seterusnya, bahagian terakhir ialah rumusan. Dalam bahagian pertama, huraian kajian lebih memfokuskan kepada komuniti di dalam bilik darjah dengan mengkaji sejarah, latarbelakang dan peranan setiap anggota komuniti. Dalam konteks ini, subjek yang dikaji terdiri daripada guru dan pelajar. Selain itu, teknik-teknik pengurusan yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru di dalam bilik darjah turut diterangkan.

Dalam bahagian kedua pula, tumpuan kajian adalah Bahagian terakhir pula ialah rumusan. Bahagian ini memberi kesimpulan keseluruhan mengenai tajuk dan skop kajian yang dikaji. Semoga hasil daripada kajian ini akan dapat digunakan oleh para guru dan juga para pelajar bidang perguruan dalam memahami konsep pengurusan bilik darjah dengan lebih baik ke arah menghasilkan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih berkesan.

mengenai teori-teori sosiologi yang boleh dikaitkan dan diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah. Beberapa teori sosiologi dikaji secara ringkas dan aplikasi pengunaannya diterangkan secara mendalam dalam bahagian yang seterusnya.

Manakala, dalam bahagian ketiga pula huraian menjurus kepada pengunaan teori sosiologi dalam menangani isu-isu pengurusan bilik darjah. Dalam bahagian ini kajian juga menumpu pada faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan bilik darjah dari aspek sosiologi. Hampir keseluruhan sub topik yang dihuraikan adalah berdasarkan kepada sub topik dalam bahagian pertama.

Page 7: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

2.0

Latar Belakang Pengurusan Bilik Darjah

2.1

Pengenalan

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Dalam topik perbincangan aplikasi ilmu sosiologi dalam pengurusan bilik darjah ini penulis mengemukakan pendapat dan hujah betapa pentingnya seorang guru atau pengurus mengambil perhatian terhadap aspek sosiologi dalam sebuah bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesemua aspek sosiologi yang disentuh akan mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan guru di dalam bilik darjah.

Page 8: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

Apabila kita membincangkan aspek sosiologi itu dalam konteks bilik darjah, maka perkara khusus yang perlu dikaji ialah komuniti yang terdapat dalam lingkungan bilik darjah tersebut. Adalah penting untuk dibincangan dalam perkara ini tentang maksud bilik darjah itu sendiri, siapa guru dan pelajar dari segi sejarah, biografi, peranan dan struktur, teknik dan cara pengurusan bilik darjah yang berkesan dengan merujuk kepada aspek sosiologi serta faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan sebuah bilik darjah tersebut.

2.2 Konsep Bilik Darjah

Sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi mental hinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah merupakan tempat yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar. Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru.

Menurut Kamarudin Husin (2004:352), konsep bilik darjah sebenarnya telah wujud sejak sekian lama. Namun demikian konsep tersebut berubah-ubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Pada zaman dahulu, pembelajaran dilakukan di bawah pokok dengan bilangan pelajar yang kecil sekitar lima hingga enam orang, dan ini boleh dianggap sebagai satu bilik darjah. Begitu juga dengan surau atau pondok yang menjadi tempat kanak-kanak Melayu mengaji al-Quran daripada imam juga tergolong sebagai bilik darjah. Oleh itu, boleh dikatakan di mana sahaja tempat sesuatu ilmu itu disampaikan tempat tersebut boleh dianggap sebagai bilik darjah.

Konsep bilik darjah pada hari ini biasanya ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat seperti sebuah bilik atau ruang yang mengandungi sekumpluan pelajar di bawah pengawasan

Page 9: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

seorang guru, sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani, sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji dalam sebuah makmal sains serta pendidikan yang diadakan di pusat sumber boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah.

Secara asasnya dalam konteks hari ini, bilik darjah akan dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi dan meja pelajar yang disusun mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran, papan tulis dan alat bantu mengajar serta yang paling utama ialah sejumlah pelajar yang berada dalam lingkungan umur yang sama di bawah jagaan seorang guru. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar yang mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Persekitaran bilik darjah penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Hal ini boleh mengalakkan atau menghalang sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Beliau juga menekankan tentang pengurusan dan penyusunan bilik darjah yang menyentuh cara guru menyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan, menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot dan alat bantu mengajar. Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu diatur dengan sempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi.

2.3 Guru dan Peranannya

Page 10: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah, yang lazimnya terdiri daripada guru, pelajar dan sumber pembelajaran. Guru sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam menerajui pembelajaran. Ketiga-tiga entiti ini mempunyai peranan masing-masing bagi membolehkan sebuah bilik darjah berfungsi dengan baik dan mencapai objektif yang diharapkan oleh pihak sekolah.

Guru ialah seorang manusia biasa yang berada di tahap dewasa dan lebih tua usianya berbanding pelajar. Dalam konteks pendidikan di Malaysia bagi sekolah kerajaan, guru merupakan seorang yang menerima latihan perguruan serta mendapat kelayakan untuk menjadi seorang guru sama ada dalam bentuk sijil, diploma ataupun ijazah. Guru di sekolah merupakan satu fenomena moden di mana mereka mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu dan dibayar gaji. Pengurusan guru-guru sekolah awam di letakkan di bawah tadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan mereka dibayar gaji oleh kerajaan. Manakala guru-guru sekolah swasta pula dibayar oleh majikan masing-masing. Dalam skim penjawatan guru sekolah Malaysia, secara umumnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu guru siswazah dan guru bukan siswazah.

Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung secara tanpa guru. Guru mempunyai peranan yang besar dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Di antara peranan guru yang utama adalah sebagai role model kepada pelajar, pembentuk akhlak yang mulia, pakar dalam pengetahuan yang dimilikinya serta mahir dalam beberapa kemahiran khususnya yang akan diajarkan kepada pelajarnya. Menurut Schickendanz (1977) pula, guru berperanan dalam konteks pengurusan bilik darjah. Katanya, “Pembelajaran terganggu dalam iklim yang kucar-kacir atau destruktif; adalah menjadi tanggungjawab guru menolong pelajar bertingkah laku dengan cara meningkatkan hormat pada diri sendiri dan mewujudkancohes iveness kumpulan”.

Tugas untuk mendidik anak bangsa merupakan peranan utama bagi seorang guru. Oleh hal yang demikian, untuk mendidik orang lain, guru sendiri perlu

Page 11: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

mempunyai keperibadian yang mulia serta sahsiah yang terpuji supaya dapat menjadi contoh dan ikutan para pelajarnya. Hal ini menuntut sifat profesionalisme yang tinggi. Guru haruslah mempunyai disiplin yang cemerlang seperti bekerja keras, menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Semua hal ini penting untuk menarik minat pelajar terhadap guru yang mengajar kerana pelajar akan lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika mereka menyukai guru yang mengajarnya. “Segala-galanya yang dilakukan oleh guru daripada merancang jadual harian sehingga membantu murid menyelesaikan perbalahan adalah mempengaruhi keberkesanan guru sebagai pendisiplin” (Rohaty Mohd. Majzub, T. Subahan, Maerah Faridah Karim, Ahmad Jeffiri Hassan, 1991. Persatuan Pendidikan Malaysia, 48)

Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru di sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi menjadikan aspirasi dan matlamat sekolah menjadi kenyataan. Menurut Kamarudin Husin (2004:384), peranan seorang guru dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Tenaga pengajar dan perancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjah berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

2. Pengerak pembelajaran dengan menjadi pembimbing kepada pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau secara berkumpulan.

3. Pengurus bilik darjah seperti menguruskan jadual tugas bilik darjah, menentukan corak penyusunan kerusi, meja dan peralatan serta mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai.

4. Menjadi ibu bapa kepada pelajar, terutamanya dalam menjaga keselamatan dan kebajikan mereka.

5. Bertanggungjawab dalam segala urusan yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

6. Model hidup yang akan menjadi ikutan dan contoh kepada pelajar.

Page 12: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

7. Sebagai pembimbing dan kaunselor kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran atauperibadi.

8.Menjadi penasihat kepada aktiviti ko-kurikulum.9. Menjadi pemeriksa dan penilai kepada aktiviti pembelajaran.

10. Menjadi seorang pelajar, dengan sentiasa mengikuti kursus peningkatan

keilmuan profesionalisme.

11. Menjadi pembantu pentadbir sekolah dan pegawai perhubungan antara

pengetua dengan pelajar serta antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Oleh yang demikian dan menjalankan tugas dan peranannya, guru mestilah menjadi seorang yang penyabar dan sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku. Peranan yang amat besar dan mencabar ini menjadikan guru seorang yang dihormati dan disanjungi di mata masyarakat. Cabaran ini disahut oleh setiap insan bergelar guru yang mendukung satu falsafah keguruan iaitu Falsafah Pendidikan Guru Malaysia, iaitu:

“ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik dan berdisiplin”

2.4 Pelajar dan Peranannya

Gelaran pelajar atau murid diberikan kepada seseorang apabila mereka memasuki alam persekolahan diperingkat sekolah tadika, sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Walaupun kedudukan pelajar dalam carta hierarki organisasi sekolah terletak paling bawah, namun mereka juga memainkan peranan penting, sesuai dengan keupayaan dan kedudukan mereka. Dalam konteks kajian ini, penulis memberi tumpuan kepada pelajar peringkat sekolah menengah yang berada dalam lingkungan usia remaja. Menurut Dorothy Roger dalam Muhd Mansur Abdullah (1988:37), perkataan

Page 13: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

remaja berasal daripada perkataan Latin iaitu adolscere yang bermaksud tumbuh dan berkembang

ke arah kematangan. Manakala dari segi definisinya pula, Cyril Simmons dan rakan-rakannya mentakrifkan remaja sebagai jangka masa ketika pengakhiran zaman kanak-kanak dan permulaan zaman dewasa (1984:16). Secara teorinya remaja adalah satu tempoh masa daripada bermulanya baligh (umur 10 ataupun 11 tahun bagi perempuan dan 12 ataupun 13 tahun bagi lelaki) sehingga mencapai dewasa sepenuhnya daripada segi fizikal, sosial, undang-undang dan ekonomi. Manakala menurut Jean-Jacques Rousseau pula, umur remaja boleh di anggap berada pada usia 15 hingga 20 tahun. Dan demikian juga menurut undang-undang, umur remaja adalah antara 10 hingga 18 tahun.

Jika kita melihat kepada pentakrifan usia remaja, secara kasarnya semua takrifan berada pada usia pelajar peringkat sekolah menengah (13 hingga 18 tahun). Maka tidak hairanlah, mengapa pelajar pada usia ini perlu untuk diberi perhatian kerana mereka sedang mengalami satu tempoh peralihan yang mencabar ke arah menempuh alam dewasa dan kematangan. Menurut Crow and Crow, umur yang meningkat membawa kepada perubahan dalaman penyatuan emosi dan cara bertindak balas dibangkitkan (1983:102). Pada tahap ini mereka mengalami pelbagai perubahan fizikal, emosi dan sosial. Mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan ingin mencari satu identiti dalam kehidupan mereka. Di sinilah dilihat peri pentingnya tugas seorang guru dalam membantu pelajar memainkan peranan mereka yang sepatutnya dan bukannya goyah dengan tarikan dunia luar ataupun rakan sebaya.

untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah-laku dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi yang baik dapat dijelmakan

Page 14: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan juga melalui penggunaan alat- alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan terhadap pelajarnya, secara tidak langsung dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan pembentukan akhlak yang mulia serta peningkatan kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah. Komunikasi boleh menghasilkan motivasi yang berkesan kepada pelajar. Pengurusan hal ehwal pelajar melalui pendekatan “Guru Penyayang” yang ditunjukkan oleh guru dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan adanya sifat mahmudah yang wujud dalam diri guru itu sendiri yang akan mempercepatkan proses pemindahan maklumat daripada guru kepada pelajarnya terlaksana.

Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting dalam bilik darjah. Setiap golongan yang dipimpin memerlukan penghargaan dan pengiktirafan dari golongan pendidik ini. Guru seharusnnya menggunakan kebijaksanaan berkomunikasi dan pendekatan penyayang dengan menghadiahkan senyuman di samping memberikan penghargaan apabila mereka mempamerkan sesuatu yang baik meski pun objektif atau matlamat proses pengajaran dan pembelajaran kurang menyerlah. Sekeping kertas berbentuk surat pengiktirafan atau sebatang pen sebagai tanda penghargaan sudah mampu untuk menunjukkan keikhlasan guru bagi meningkatkan prestasi anak didik mereka.

Guru seharusnya menunjukkan teladan sebagai seorang profesional dengan mewujudkan program-program yang bertujuan membangunkan insaniah pelajar dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurang segala tingkah-laku negatif. Guru sepatutnya mengelakkan diri daripada menggunakan pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang boleh menggalakkan pelajar untuk tidak menghargai pertumbuhan pengetahuan dan kemahiran diri.

Budaya bilik darjah yang dinamik lebih mementingkan aspek pembentukan nilai-nilai murni seperti hubungan yang mesra di kalangan pelajar dengan guru. Selain kecergasan mental yang kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif dari

Page 15: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

kalangan pelajar membolehkan pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat diwujudkan kerana pelajar sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan dari guru dan rakan sebaya sekaligus dapat meningkatkan tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang. Ini dapat memberi peluang yang terbaik kepada pelajar untuk mengembangkan potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.

Guru boleh membuat penilaian dalam mengurangkan kadar ponteng dan permasalahan disiplin pelajar melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak boleh dibangunkan. Kecekapan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru boleh menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan “bilik darjah ku, rumah ku”.

Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekiranya para pelajar tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilik darjah. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa pelajar yang nakal tetapi seharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi punca segala permasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlah pelajar yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran dalam bilik darjah.

Strategi awal bagi mengawal keadaan ini adalah guru memainkan peranan penting dengan mengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan punca permasalahan supaya pelajar lain tidak menjadi ‘pak turut’ semata-mata. Permasalahan yang diwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum bertindak untuk cuba membantu menyelesaikan permasalahan tersebut. Pendekatan boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan pelajar yang berkenaan sehingga pelajar tersebut merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkah- lakunya yang tidak disenangi guru. Ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu diterapkan dengan cara yang berhemah yang boleh menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan

Page 16: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

tetapi sebagai pengajaran sekiranya pelajar berkenaan perlu diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan dalam membentuk tingkah-laku pelajar kadangkala mengambil masa yang agak lama.

Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkah- laku pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi oleh pelajar sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selain menyatakan sebab-sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlu membiasakan diri menepati masa datang ke bilik darjah untuk mengelakkan tumpuan pelajar terganggu. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar yang dimulakan dengan set induksi yang menarik kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh menghilangkan rasa kebosanan pelajar selain melakukan beberapa tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak boleh melengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan melambatkan untuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran. Guru yang kreatif perlu merangsangkan minda pelajar dengan kata-kata motivasi disamping jenaka ‘sense humor’ dan pujian supaya suasana bilik darjah ceria dan tidak membosankan.

2.8

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius. Pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan terlebih dahulu oleh guru sebagai panduan. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa perlu selaras dengan perancangan strategi sekolah.

Peningkatan profesionalisme guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak suasana persekitaran dalam bilik darjah,

Page 17: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

kebolehan mencorak perkembangan pelajar termasuk perkembangan akademik, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.

Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan

perlu memahami perasaan dan kehendak hati nurani para pelajar dengan

mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin pelajar. Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang dan pendorong ke arah kecemerlangan pelajar. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta penghasilannya.

Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis bagi mengembangkan minda pelajar. Selain itu, kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial dan perkembangan tingkahlaku dapat diperluaskan di kalangan mereka. Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan tahap kejayaan di samping memberi ruang dan peluang untuk pelajar mengatasi kelemahan mereka tanpa membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran perlu lebih realistik dan mampu mencabar kebolehan pelajar bagi mengembangkan potensi mereka pada masa akan datang.Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana kemahiran boleh menjadi instrumen untuk kejayaan dalam menguruskan bilik darjah. Antara kemahiran yang boleh dipraktikkan ialah kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam mengawal emosi pelajar boleh menjadi pemangkin dalam mencapai objektif pembelajaran yang berkesan.

Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan dan proses mendapatkan maklumat. Melalui komunikasi juga, pelajar mampu melahirkan pandangan dan menyuarakan pendapat dalam meningkatkan kecekapan dan pengetahuan bagi maklumat yang diperolehi. Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan proses komunikasi seperti penggunaan bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai serta tidak mampu memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran pelajar terhasil melalui proses

Page 18: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

pendengaran dan pemerhatian selain latihan dan percubaan dalam aktiviti pembelajaran.

Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai atau diukur daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada pelajar. Pada amnya guru yang disenangi pelajar ialah guru yang pandai berjenaka, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif, pendengar yang aktif dan tenang menyelesaikan konflik. Imam al-Ghazali

menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati terhadap setiap pelajar dan melayani mereka seperti anak sendiri. Tambahan lagi, seorang guru tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan pelajar. Guru juga bertanggungjawab menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman pelajar serta tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal pelajar mereka.

3.0

Teori - Teori Sosiologi

3.1

Teori Struktural-Fungsional

Teori Struktural-Fungsional adalah sesuatu yang sangat penting dan bermanfaat dalam mengkaji masalah sosial di kalangan masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan. Teori ini wujud berasaskan pandangan dan pemikiran tokoh-tokoh awal seperti Comte, Spencer dan Durkheim yang kemudiannya di kaji oleh tokoh-tokoh terkemudian seperti Talcott Parsons dan Robert K.Merton. Secara kasarnya teori ini terdiri atas dua elemen iaitu struktur sosial dan fungsi sosial. Menurut teori ini, struktur sosial dan fungsi sosial tersebut berada dalam suatu sistem sosial yang terdiri daripada bahagian-bahagian atau elemen-elemen yang saling berkaitan untuk mewujudkan keseimbangan dalam struktur sosial masyarakat. Teori ini juga banyak mengkaji fungsi perlakuan sosial atau sesebuah institusi dalam

Page 19: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kehidupan masyarakat amnya yang mana khusus merujuk kepada para pelajar. Masyarakat boleh dianggap sebagai satu tubuh badan manusia yang terdiri dari bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai fungsi- fungsinya yang tersendiri yang mana merujuk kepada individu yang wujud dalam pelbagai lapisan umur dalam masyarakat. Bahagian-bahagian ini juga dikenali sebagai struktur. Teori ini juga menghuraikan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi boleh dikekalkan.

Dengan demikian dapat dikatakan bahawa teori ini lebih menekankan kepada penyusunan dan mengabaikan isu konflik dan perubahan-perubahan yang wujud dalam masyarakat. Jelas di sini bahawa setiap struktur dalam sistem sosial memainkan peranan antara satu sama lain. Sebaliknya jika sistem sosial tidak berfungsi maka secara sendirinya fungsi struktur itu akan hilang.

Emile Durkheim, seorang ahli sosiologi Perancis menganggap bahawa teori

Struktural-Fungsional merupakan suatu yang berbeza.

Durkheim melihat Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi yang baik dapat dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan juga melalui penggunaan alat- alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan terhadap pelajarnya, secara tidak langsung dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan pembentukan akhlak yang mulia serta peningkatan kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah. Komunikasi boleh menghasilkan motivasi yang berkesan kepada pelajar. Pengurusan hal ehwal pelajar melalui pendekatan “Guru Penyayang” yang ditunjukkan oleh guru dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan adanya sifat mahmudah yang wujud dalam diri guru itu sendiri yang akan mempercepatkan proses pemindahan maklumat daripada guru kepada pelajarnya terlaksana.

Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting dalam bilik darjah. Setiap golongan yang dipimpin memerlukan penghargaan dan pengiktirafan dari golongan pendidik ini. Guru seharusnnya menggunakan kebijaksanaan berkomunikasi dan pendekatan penyayang

Page 20: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

dengan menghadiahkan senyuman di samping memberikan penghargaan apabila mereka mempamerkan sesuatu yang baik meski pun objektif atau matlamat proses pengajaran dan pembelajaran kurang menyerlah. Sekeping kertas berbentuk surat pengiktirafan atau sebatang pen sebagai tanda penghargaan sudah mampu untuk menunjukkan keikhlasan guru bagi meningkatkan prestasi anak didik mereka.

Guru boleh membuat penilaian dalam mengurangkan kadar ponteng dan permasalahan disiplin pelajar melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak boleh dibangunkan. Kecekapan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru boleh menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan “bilik darjah ku, rumah ku”.

Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekiranya para pelajar tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilik darjah. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa pelajar yang nakal tetapi seharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi punca segala permasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlah pelajar yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penStrategi awal bagi mengawal keadaan ini adalah guru memainkan peranan penting dengan mengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan punca permasalahan supaya pelajar lain tidak menjadi ‘pak turut’ semata-mata. Permasalahan yang diwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum bertindak untuk cuba membantu menyelesaikan permasalahan tersebut. Pendekatan boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan pelajar yang berkenaan sehingga pelajar tersebut merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkah- lakunya yang tidak disenangi guru. Ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu diterapkan dengan cara yang berhemah yang boleh menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi sebagai pengajaran sekiranya pelajar berkenaan perlu diberikan nasihat,

Page 21: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Kesabaran, kecekalan dan penyampaian pengajaran dalam bilik darjah. kesungguhan dalam membentuk tingkah-laku pelajar kadangkala mengambil masa yang agak lama.

Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkah- laku pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi oleh pelajar sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selain menyatakan sebab-sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlu membiasakan diri menepati masa datang ke bilik darjah untuk mengelakkan tumpuan pelajar terganggu. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar yang dimulakan dengan set induksi yang menarik kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh menghilangkan rasa kebosanan pelajar selain melakukan beberapa tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak boleh melengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan melambatkan untuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran. Guru yang kreatif perlu merangsangkan minda pelajar dengan kata-kata motivasi disamping jenaka ‘sense humor’ dan pujian supaya suasana bilik darjah ceria dan tidak membosankan.

2.8

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius. Pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan terlebih dahulu oleh guru sebagai panduan. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa perlu selaras dengan perancangan strategi sekolah. Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis bagi mengembangkan minda pelajar. Selain itu, kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial dan perkembangan

Page 22: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

tingkahlaku dapat diperluaskan di kalangan mereka. Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan tahap kejayaan di samping memberi ruang dan peluang untuk pelajar mengatasi kelemahan mereka tanpa membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran perlu lebih realistik dan mampu mencabar kebolehan pelajar bagi mengembangkan potensi mereka pada masa akan datang.Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana kemahiran boleh menjadi instrumen untuk kejayaan dalam menguruskan bilik darjah. Antara kemahiran yang boleh dipraktikkan ialah kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam mengawal emosi pelajar boleh menjadi pemangkin dalam mencapai objektif pembelajaran yang berkesan.

Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan dan proses mendapatkan maklumat. Melalui komunikasi juga, pelajar mampu melahirkan pandangan dan menyuarakan pendapat dalam meningkatkan kecekapan dan pengetahuan bagi maklumat yang diperolehi. Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan proses komunikasi seperti penggunaan bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai serta tidak mampu memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran pelajar terhasil melalui proses pendengaran dan pemerhatian selain latihan dan percubaan dalam aktiviti pembelajaran.

Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata

dinilai atau diukur daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan

pembelajaran semata-mata tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada pelajar. Pada amnya guru yang disenangi pelajar ialah guru yang pandai berjenaka, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif, pendengar yang aktif dan tenang menyelesaikan konflik. Imam al-Ghazali

menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati terhadap setiap pelajar dan melayani mereka seperti anak sendiri. Tambahan lagi, seorang guru tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di

Page 23: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

hadapan pelajar. Guru juga bertanggungjawab menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman pelajar serta tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal pelajar mereka.

3.0

Teori - Teori Sosiologi

3.1

Teori Struktural-Fungsional

Teori Struktural-Fungsional adalah sesuatu yang sangat penting dan bermanfaat dalam mengkaji masalah sosial di kalangan masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan. Teori ini wujud berasaskan pandangan dan pemikiran tokoh-tokoh awal seperti Comte, Spencer dan Durkheim yang kemudiannya di kaji oleh tokoh-tokoh terkemudian seperti Talcott Parsons dan Robert K.Merton. Secara kasarnya teori ini terdiri atas dua elemen iaitu struktur sosial dan fungsi sosial. Menurut teori ini, struktur sosial dan fungsi sosial tersebut berada dalam suatu sistem sosial yang terdiri daripada bahagian-bahagian atau elemen-elemen yang saling berkaitan untuk mewujudkan keseimbangan dalam struktur sosial masyarakat. Teori ini juga banyak mengkaji fungsi perlakuan sosial atau sesebuah institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kehidupan masyarakat amnya yang mana khusus merujuk kepada para pelajar. Masyarakat boleh dianggap sebagai satu tubuh badan manusia yang terdiri dari bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai fungsi- fungsinya yang tersendiri yang mana merujuk kepada individu yang wujud dalam pelbagai lapisan umur dalam

masyarakat. BahagiDengan demikian dapat dikatakan bahawa teori ini lebih menekankan kepada penyusunan dan mengabaikan isu konflik dan perubahan-perubahan yang wujud dalam masyarakat. Jelas di sini bahawa setiap struktur dalam sistem sosial memainkan peranan antara satu sama lain. Sebaliknya jika sistem sosial tidak berfungsi maka secara sendirinya fungsi struktur itu akan hilang.

Emile Durkheim, seorang ahli sosiologi Perancis menganggap bahawa teori

Page 24: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

Struktural-Fungsional merupakan suatu yang berbeza.

Durkheim melihat

masyarakat moden sebagai keseluruhan organisasi yang memiliki realiti kehidupan tersendiri. Keseluruhan yang dimaksudkan oleh Durkheim ialah keperluan atau fungsi-fungsi tertentu yang perlu dipenuhi oleh bahagian-bahagian yang menjadi anggotanya agar sentiasa berada dalam keadaan yang teratur.

Menurut teori ini, masyarakat akan dikaji dari segi perjalanan sistem sosial atau perhubungan mereka yang telah wujud. Struktur-struktur sosial yang dibentuk akan membantu kelancaran perjalanan atau keharmonian sesuatu masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merujuk kriteria penilaian yang utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan yang mana sekaligus akan menyebabkan sesuatu yang tidak diperlukan oleh masyarakat dihapuskan. Struktural-Fungsionalisme sering menggunakan konsep sistem ketika membahas struktur atau lembaga sosial. Ianya terdiri dari bahagian yang rapi, sesuai, teratur dan saling bergantungan. Seperti sebuah sistem, maka struktur yang terdapat dalam masyarakat akan berkemungkinan untuk selalu berubah. Perubahan yang berlaku akan terus berjalan seiring dengan perkembangan kehidupan manusia.

an-bahagian ini juga dikenali sebagai struktur. Teori ini juga menghuraikan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi boleh dikekalkan.

Berdasarkan teori ini, dapat disimpulkan bahawa penglibatan setiap individu yang terlibat dalam pembentukan sesebuah organisasi bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana sosial yang sesuai untuk peningkatan dan kemajuan dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Page 25: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

3.2

Teori Interaksionisme

Teori ini lebih merujuk kepada pendekatan mikro iaitu bagaimana seseorang menginterprestasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat di mana peranan individu itu di lihat dalam sesuatu sistem sosial yang di wujudkan. Setiap perlakuan atau aksi individu bersifat subjektif ditafsirkan dan diperjelaskan akan maknanya. Manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang membentuk realiti. Blumer (1969) telah memberikan tiga huraian penting mengenai konsep makna. 1) Kepentingan dalam memahami makna.2)Makna meningkatkan kemesraan3) Makna boleh dirundingkan

Oleh itu dapat dikatakan bahawa interaksionisme simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. David Hargreaves melihat kendiri, persepsi dan peranan individu sebagai interaksionisme simbolik. Setiap tindakan yang di ambil adalah berdasarkan pandangan diri sendiri dan juga pandangan dari orang lain.

Dalam bilik darjah pendekatan interaksionalisme diaplikasikan dengan sebaiknya, dimana hubungan yang melibatkan guru dengan guru, guru dengan pelajar dan pelajar sesama pelajar berlaku sepanjang masa. Hargreaves mengatakan guru berkuasa menentukan pelajar-pelajar menerima situasi yang telah ditetapkan dalam bilik darjah. Walaupun beliau mencadangkan tiga jenis konsep diri yang ada pada guru iaitu si ’penjinak singa’, si ’penghibur’ dan si ’romantik’ tetapi ketiga-tiga jenis konsep ini bukanlah sesuatu yang tetap kerana guru mempunyai pelbagai sifat. Bagi pelajar–pelajar pula mereka menganggap pentingnya bagi mereka untuk mengembirakan guru, dalam erti kata lainnya, mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri untuk berhadapan dengan guru yag berlainan. Menurut Hargreaves (1975: 105) lagi, pelajar-pelajar merasakan mereka perlu mengembirakan hati guru tetapi pada masa yang sama mereka kecewa dan bosan. Beliau juga berpendapat terdapat situasi konflik dalam bilik darjah tetapi tidak bersifat terbuka. Pelajar mempunyai sedikit kuasa untuk membantah situasi yang tidak sesuai dengan mereka. Rundingan merupakan jalan terbaik, apabila guru boleh memoderasi

Page 26: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

setengah kehendak mereka sebagai balasan kepatuhan pelajar terhadap permintaan dari guru. Guru dan pelajar mempunyai pelbagai strategi untuk mencapai matlamat masing-masing. Guru menggunakan teknik seperti pecah dan perintah, ancaman dan amaran dan merujuk kepada pihak atasan. Manakala pelajar pula merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti seperti ibu bapa dan sebagainya. Interaksi saling mempengaruhi antara guru dan pelajar menjadikan suasana bilik darjah lebih teratur dan menggalakkan perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan teori ini, hubungan sosial di antara para pelajar dan guru penting dalam mewujudkan pengurusan sesuatu bilik darjah itu dilakukan secara berkesan.

4.0

Aplikasi Teori Sosiologi Dalam Menangani Isu Keberkesanan

Pengurusan Bilik Darjah.

Isu kepadatan bilik darjah di Malaysia yang terlalu sesak mengakibatkan kadar tahap pembelajaran menurun di kalangan pelajar. Apabila kadar tahap pembelajaran menurun, para pelajar tidak lagi berminat untuk meneruskan persekolahan. Mereka merasakan meneruskan persekolahan adalah sia-sia kerana mereka tidak lagi berminat untuk belajar. Kebanyakan bilik darjah masih mengamalkan sistem pembelajaran konvensional, menyebabkan pelajar terlalu bergantung kepada pengajaran guru

4.1

Guru Kurang Berfungsi

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara dan menjamin perkembangan. Guru merupakan suatu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana-mana peringkat rendah mahupun menengah. Tanggungjawab yang dipikulnya bukanlah sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja bahkan membentuk akhlak dan nilai yang sewajarnya untuk menghiasi latar belakang pelajar apabila mereka dewasa kelak. Tumpuan

Page 27: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

yang sepenuhnya oleh guru terhadap setiap anak didiknya dalam sesebuah kelas akan mendatangkan kesan dari segi perubahan tingkah laku mahu pun persepsi dan minat pelajar terhadap pelajaran yang sedang dipelajarinya ketika itu. Dengan bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima, kawalan kelas akan terabai kerana guru tidak mungkin dapat mengawal dan memberi perhatian terhadap bilangan pelajar yang ramai.

Di samping itu juga, guru tidak dapat mengenal pasti mana pelajar yang pandai dan sebaliknya kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Oleh yang demikian, guru tidak dapat memberi perhatian kepada pelajar yang kurang pandai di dalam kelas tersebut. Selain itu, guru tidak dapat mengajar secara berkesan kepada pelajar kerana pengabaian secara tidak formal berlaku di dalam kelas tersebut.

dan ini menghalang mereka untuk mengembangkan potensi pembelajaran masing-masing dengan cara yang tersendiri. Isu ini berlaku adalah kerana beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti berikut :

4.2

Wujud Kumpulan Tertentu

Bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan pelajar tertentu seperti kumpulan-kumpulan elit yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan pelajar yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka ekoran tahap pembelajaran yang tidak sama dan merasa rendah diri terhadap rakan yang lebih baik dari mereka. Golongan ini akan membentuk dua situasi kumpulan yang berbeza dari segi ideologi pembelajaran dan sikap yang tidak sehaluan.

Hubungan silaturahim antara mereka juga akan terjejas kerana mereka hanya berkawan dengan pelajar yang tertentu sahaja. Contohnya, pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi akan berkawan sesama mereka sahaja. Manakala pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran yang rendah akan terasa tersisih. Selain itu juga, mereka tidak dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka kerana pelajar yang tahap pembelajaran tinggi tidak berkawan dengan pelajar yang lain. Di samping itu, boleh mewujudkan

Page 28: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

pergaduhan apabila wujudnya kumpulan tertentu dalam satu bilik darjah. Akhirnya suasana bilik darjah akan menjadi tempat untuk mereka mengasingkan diri dari orang yang tidak sealiran dengan pendirian mereka dalam pelajaran.

4.3

Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan

Mengajar adalah satu tanggungjawab yang besar. Ia memerlukan persediaan lengkap untuk mengajar di samping memahami kerenah yang sedia ada pada pelajar yang ada dalam kelas terbabit. Apabila bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima, guru tidak dapat menyediakan bahan yang terlalu banyak dan memdatangkan kesan kepada pengajarannya. Guru terpaksa mengawal kelas dalam jangka masa yang lama sebelum memulakan sesi pengajaran. Akibatnya masa yang diperuntukkan atas mana-mana mata pelajaran akan makin berkurangan dan ini akan mendatangkan kesan seperti sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan mengikut jangka masa ditetapkan, guru akan melangkau kepada topik-topik yang dirasakan perlu baginya untuk mengajar sahaja.

Tahap kecerdasan dalam kajian ini dikategorikan kepada tiga, iaitu tinggi, sederhana, dan rendah. Analisis data menunjukkan majoriti subjek kajian berada dalam lingkungan kecerdasan sederhana, iaitu sebanyak 75%. Manakala bagi pelajar yang berkecerdasan tinggi dan berkecerdasan rendah, perbezaan peratusannya adalah rendah iaitu 12.7% pelajar berkecerdasan tinggi dan 13% pelajar berkecerdasan rendah. Taburan tahap kecerdasan pelajar yang sebegini adalah normal kerana subjek kajian ini dipilih secara rawak, iaitu tahap kecerdasan subjek tidak ditentukan terlebih dahulu. Berdasarkan dapatan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa tahap kecerdasan pelajar adalah berbeza-beza. Walaupun kebanyakan pelajar berada dalam kategori kecerdasan sederhana, namun kewujudan pelajar yang mempunyai kecerdasan tinggi dan juga kecerdasan rendah perlu diberi perhatian. Guru perlu peka tentang kewujudan tahap kecerdasan pelajar yang berbeza-beza ini kerana dapat membantu mereka merancang bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

4.4

Page 29: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

Wujudnya Halangan Komunikasi

Komunikasi adalah elemen dalam kehidupan yang berlaku sepanjang masa sama dan bersifat dinamik. Ia berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sama ada dalam situasi formal atau tidak formal dan tidak dapat dielak. Corak komunikasi akan wujud di dalam bilik darjah antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Didapati bahawa komunikasi guru dan pelajar berlaku dalam suasana separa formal. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa guru adalah faktor kepada permulaan komunikasi yang berkesan atau sebaliknya. Guru juga sebagai pendorong dan pemberi semangat.

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah satu proses yang berterusan di dalam bilik darjah. Guru-guru yang memiliki asas dan teknik pengajaran yang baik dapat menarik minat pelajar dalam proses P&P tersebut. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2002) menyatakan bahawa apabila seorang guru menyampaikan pengalaman dan pengetahuannya kepada murid-muridnya, itu namanya berkomunikasi. Oleh sebab itu, guru diberi banyak penekanan tentang kepentingan menguasai kemahiran komunikasi dengan baik. Kemahiran menyampai dan berkongsi maklumat mencipta makna dalam berkomunikasi.

Apabila seorang guru berkomunikasi, dia bukan sahaja mencari perkataan yang tepat untuk menyampaikan makna tetapi boleh menggabungkan elemen- elemen lain seperti intonasi, pertembungan mata(eye-contact), dan komunikasi bukan lisan bagi memberikan kesan maksimum semasa proses P&P (Kauffman, Mostert, Trent, & Hallahan, 1998). Selain itu, guru yang mempunyai kemahiran komunikasi dapat mengesan dan memahami tingkah laku murid melalui tindak balas bukan lisan dan melalui interaksi yang berlaku sepanjang proses P&P di dalam bilik darjah (Emmer et al., 2003).

Kemahiran berkomunikasi adalah aspek yang seharusnya diberikan pendedahan yang lebih kepada guru kerana gurulah orangnya yang akan menentukan sama ada komunikasi yang berlangsung akan terjadi dalam keadaan yang ceria atau sebaliknya. Murid dalam hal ini hanyalah golongan yang menunggu sama ada situasi pembelajaran akan menjadi menarik,

Page 30: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

membosankan atau menakutkan. Guru yang ceria semasa tiba di muka pintu bilik darjah akan mengundang keceriaan pelajar-pelajar dan suasana pembelajaran akan menjadi lebih ceria.

Guru yang masuk ke bilik darjah dalam riak wajah yang hambar akan menyebabkan situasi pembelajaran turut menjadi hambar. Dan sekiranya guru masuk ke bilik darjah dengan wajah yang bengis, pelajar tentulah akan memberikan reaksi yang negatif terhadap riak wajah yang sedemikian. Komunikasi akan menjadi hambar dan proses P&P tidak lagi menarik. Walau bagaimanapun, kesemua ini mempunyai pelbagai faktor penentu yang membolehkan guru merubah keadaan daripada hambar kepada ceria atau daripada ceria kepada hambar.

4.5

Kawalan Kelas Yang Longgar

Dengan jumlah bilangan pelajar yang terlalu sesak ini, guru terpaksa untuk mengawal tingkah laku pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang sama ada dari segi keluarga dan keadaan kesediaan untuk belajar. Ada

pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang susah dari segi ekonomi, kurang berminat terhadap pelajaran, pelajar hiperaktif dan sebagainya. Ini mengakibatkan guru tidak dapat untuk menumpukan sepenuhnya terhadap kawalan kelas.

Menurut guru sosiologi sejarah dunia sekolah tinggi, Christine Warner, “dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas, adalah sukar bagi guru di mana-mana pun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajarnya”.

Di Australia, kadar bilangan penempatan pelajar dalam sesebuah kelas adalah sekitar 20 hingga 25 orang untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan

Page 31: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

pembelajaran yang efektif. Di Los Angeles pula setiap bilik darjah hanya memperuntukkan minimum 20 dan maksimum hingga 25 orang sahaja. Ini membuktikan negara-negara maju yang melaksanakan dapat melahirkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hasilnya dapat kita lihat di mana pelajar-pelajar mereka mempunyai kualiti dari segi pengetahuan yang tinggi terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari.

4.6

Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Pelajar

Bagi mengimbangi struktur organisasi di dalam bilik darjah, guru dan pelajar tidak harus mengamalkan diskriminasi dan tidak memperlihatkan sikap perkauman antara satu sama lain. Dengan kata lain diskriminasi adalah perumpaan untuk pilih kasih atau berat sebelah yang membawa maksud di mana dalam satu keadaan yang melibatkan dua pihak atau lebih dalam suatu kawasan, apabila keputusan atau penghargaan dibuat akan lebih berpihak kepada satu pihak sahaja, manakala satu pihak lagi diabaikan atau dipinggirkan (Difinisi mengikut Kamus Dewan). Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam bilik darjah sama ada di antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar.

Untuk mengelakkan semua ini berlaku, kesamaan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan individu adalah perlu. Dapat dilihat di sini antara diskriminasi yang ingin diselesaikan adalah terhadap kualiti pelajaran orang kurang upaya di dalam bilik darjah. Pelajar kurang upaya atau diistilahkan pelajar khas pula terdiri daripada mereka yang mengalami masalah fizikal, `sensory ’, intelek, pembelajaran dan kesihatan yang mengganggu kemampuan mereka berfungsi dalam kehidupan seharian, tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada ianya berlaku semenjak lahir atau kemudian termasuklah kebolehan berfungsi dalam persekitaran sekolah. (Difinisi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia)

Bukti sejarah menunjukkan bahawa masyarakat di abad ke-19 menganggap keadaan kurang upaya sebagai satu penyakit yang tidak boleh sembuh yang

Page 32: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

mengakibatkan semua individu kurang upaya perlu diasingkan dalam institusi. Kini, kita beralih kepada kepercayaan bahawa individu kurang upaya adalah sama seperti individu normal dan mereka perlu disepadukan dalam masyarakat dan menerima hak-hak yang sama tanpa diskriminasi.

Kewujudan sistem pendidikan khas membuktikan masyarakat mengakui wujudnya sekumpulan ahlinya yang memerlukan pengubahsuaian dan bantuan khas untuk belajar. Dan juga merupakan keperihatinan kerajaan dalam memberikan kesamaan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan individu. Pelbagai kemudahan telah disediakan dan sedang ditingkatkan antaranya penyedian infrastruktur, kemudahan dan program pendidikan khas yang relevan, memperluas dan mempertingkatkan pengisian Program Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, menyediakan guru pendidikan khas terlatih dan pembantu pengurusan pelajar yang mencukupi, menyediakan pentaksiran alternatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai, menjalin perkongsian pintar dengan badan sukarela dan Kementerian lain yang juga menyediakan perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya.(Bab 7 PIPP Merapatkan Jurang Pendidikan) Seterusnya, guru di dalam bilik darjah pula memainkan peranan penting agar pembelajaran di dalam bilik darjah berlansung dengan baik dan tiada lagi diskriminasi terhadap orang kurang upaya didalam bilik darjah kerana pendidikan adalah cara yang paling berkesan untuk mobiliti sosial, kehidupan berdikari dan juga menjamin kehidupan yang bahagia.

Ahli-ahli fungsionalisme telah mengkategorikan teori ini kepada dua bahagian yang penting iaitu adakah masyarakat itu dapat berfungsi (fungsi) atau tidak berfungsi (disfungsi). Menurut ahli-ahli fungsionalisme, setiap bahagian yang ada dalam kelompok sesebuah masyarakat mempunyai matlamat dan kehendak mereka sendiri. Menurut Robert K.Merton (1959), untuk melihat sejauh mana keberkesanan struktur sosial ini, dia telah membuat dua perbezaan yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara ialah fungsi yang menyumbang ke arah kebaikan seperti tugas sebagai seorang guru untuk mengajar dan fungsi tersembunyi pula ialah sesuatu yang tidak disedari berlaku atau tidak menjangka untuk berlaku.

Daripada apa yang telah dibincangkan tadi, peranan bilik darjah sebagai tempat tercapainya maksud ilmu memainkan peranan yang paling penting

Page 33: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

walaupun kini munculnya zaman siber yang begitu mementingkan penggunaannya.

5.0

Rumusan

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas dapatlah disimpulkan bahawa, bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi secara nyata. Ianya boleh dianggap sebagai satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks. Struktur bilik darjah melibatkan satu atau lebih pusat kuasa yang menetapkan matlamat, memperuntukan sumber dan mengarahkan kemajuan. Di dalam bilik darjah pusat kuasa yang mengawalnya melibatkan pengetua, guru, ibu bapa dan sekolah itu sendiri di mana setiap individu mempunyai peranan masing-masing. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori fungsionalisme yang melihat fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang ke arah penerusan masyarakat itu sendiri. Mengikut Spencer, masyarakat sebagai satu kelompok yang memerlukan pelbagai kemudahan untuk mereka menjalankan aktiviti bersosial seperti tempat beribadat, sekolah, balai raya, padang permainan dan sebagainya. Oleh itu perhubungan antara masyarakat yang wujud di dalamnya amatlah mementingkan kerjasama sosial agar sumbangan yang positif dapat diadakan untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahan setiap bahagian ini akan mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain.

Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin sebagai amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Dalam keadaan begini seorang guru perlu tangkas membuat keputusan dan bijak menguruskan bilik darjah agar situasi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Menurut Chris Watkins (2005) dalam bukunya bertajuk Classrooms as Learning Communities para pengkaji mendapati 3 perkara yang memantapkan suasana bilik darjah ialah ciri-ciri yang terdapat di dalam sebuah bilik darjah itu sendiri, kekuatan perhubungan antara guru dan pelajarnya dan pengaruh pembelajaran dan pelajar. Bilik darjah dan proses pembelajaran perlu dilihat dari pelbagai dimensi. Ini kerana pelajar–pelajar

Page 34: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan minat yang berbeza. Dalam masa yang sama mereka juga perlu mempelajari kandungan matapelajaran yang telah ditentukan oleh pengurusan sekolah. Kepelbagaian ini juga membawa erti seorang guru perlu berhadapan dengan pelbagai karenah dan dilema pelajarnya.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru yang menguruskan bilik darjah mengambil berat terhadap aspek-aspek tertentu seperti menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah supaya pelajar lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan akan menyebabkan secara tidak langsung gejala ponteng sekolah dapat dikurangkan. Kualiti pengajaran dan penyusunan organisasi pembelajaran perlu diperkemaskan agar pelajar lebih bersedia untuk belajar sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam P&P dan prestasi pelajar. Guru juga berperanan mengaplikasikan motivasi dalam pengurusan bilik darjah agar berlaku satu perubahan dan perkembangan positif di kalangan pelajar selain mendidik mereka agar mempunyai keyakinan diri yang unggul dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Disiplin Pelajar. Penang: PTS Profesional

Publishing.

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Edisi Kedua. Tanjung Malim: Quantum Books.

Page 35: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga.Kuala Tanjung Malim: Quantum Books.

Asmah Hj. ahmad. 1990. Pedagogi 1. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Atan Long. 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chris Watkins. 2005.Classrooms as Learning Communities: What’s in it for

schools?. Routledge Taylor & Francis Group.

Edaris Abbu Bakri. 2004.Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk

Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London University Press.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan.

Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

Page 36: Aplikasi Ilmu Sosiologi Pendidikan Dalam