2
Aplikasi dielekroporesis dalam bioteknologi Dielektroporesis adalah kaedah untuk mepengaruhi partikel dieletrik daripada partikel yang lain supaya ia terpisah daripada mereka. Perkara ini akan berlaku apabila partikel dielektrik tadi terdedah kepada arus ulang alik. Keupayaan partikel dielektrik untuk bergerak apabila terkena medan elektrik inilah yang dikatakan kesan dielektroporesis. Sesuatu partikel itu tidak perlu untuk dicaj bagi mempengaruhinya supaya bergerak apabila terdedah kepada arus ulang alik. Partikel dielektrik mempunyai sifat sebagai penebat elektrik yang boleh dipolarisasikan dengan menggunakan arus elektrik. Apabila sesuatu dielektrik diletakkan di dalam arus elektrik, caj-caj elektrik tidak akan mengalir melalui partikel tersebut seperti yang terjadi di dalam konduktor. Sebaliknya ia hanya akan berubah sedikit sahaja kedudukan caj mereka daripada kedudukan asal dan menyebabkan dielectric polarisation. Perkataan dielektroporesis atau singkatannya DEP buat kali pertama digunakan oleh Herbert A. Pohl. Kaedah ini telah digunakan contohnya oleh Hattfield untuk mengasingkan cassiterite daripada mineral quarza (quartz) dalam bijih timah (iron ore). Cassitrite adalah bahan penting dimana tin (Sn) diperolehi. Kebanyakan usaha kini lebih menjurus untuk menggunakan DEP dalam aplikasi biomedikal contohnya mengasingkan bakteria atau sel-sel tertentu yang menyebabkan kanser daripada darah normal. DEP akan menggunakan arus ulang alik / AC yang akan mempengaruhi sifat conductivity dan permeability yang terdapat pada cell membrane ataupun cell wall. Justeru, istilah dielektroporesis memberi kita gambaran berkenaan pergerakan partikel-partikel yang disebabkan oleh polarisasi dielektrik yang dipengaruhi oleh medan arus ulang alik. DEP sebenarnya berbeza dengan sebuah kaedah yang lain iaitu electrophoresis. Jika pergerakan partikel dalam dielektroporesis dipengaruhi oleh magnitude dan polarity

Aplikasi Dieleakroporesis Dalam Bioteknologi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

a

Citation preview

Page 1: Aplikasi Dieleakroporesis Dalam Bioteknologi

Aplikasi dielekroporesis dalam bioteknologi

Dielektroporesis adalah kaedah untuk mepengaruhi partikel dieletrik daripada partikel yang lain supaya ia terpisah daripada mereka. Perkara ini akan berlaku apabila partikel dielektrik tadi terdedah kepada arus ulang alik. Keupayaan partikel dielektrik untuk bergerak apabila terkena medan elektrik inilah yang dikatakan kesan dielektroporesis. Sesuatu partikel itu tidak perlu untuk dicaj bagi mempengaruhinya supaya bergerak apabila terdedah kepada arus ulang alik.

Partikel dielektrik mempunyai sifat sebagai penebat elektrik yang boleh dipolarisasikan dengan menggunakan arus elektrik. Apabila sesuatu dielektrik diletakkan di dalam arus elektrik, caj-caj elektrik tidak akan mengalir melalui partikel tersebut seperti yang terjadi di dalam konduktor. Sebaliknya ia hanya akan berubah sedikit sahaja kedudukan caj mereka daripada kedudukan asal dan menyebabkan dielectric polarisation.

Perkataan dielektroporesis atau singkatannya DEP buat kali pertama digunakan oleh Herbert A. Pohl. Kaedah ini telah digunakan contohnya oleh Hattfield untuk mengasingkan cassiterite daripada mineral quarza (quartz) dalam bijih timah (iron ore). Cassitrite adalah bahan penting dimana tin (Sn) diperolehi.

Kebanyakan usaha kini lebih menjurus untuk menggunakan DEP dalam aplikasi biomedikal contohnya mengasingkan bakteria atau sel-sel tertentu yang menyebabkan kanser daripada darah normal. DEP akan menggunakan arus ulang alik / AC yang akan mempengaruhi sifat conductivity dan permeability yang terdapat pada cell membrane ataupun cell wall. Justeru, istilah dielektroporesis memberi kita gambaran berkenaan pergerakan partikel-partikel yang disebabkan oleh polarisasi dielektrik yang dipengaruhi oleh medan arus ulang alik.

DEP sebenarnya berbeza dengan sebuah kaedah yang lain iaitu electrophoresis. Jika pergerakan partikel dalam dielektroporesis dipengaruhi oleh magnitude dan polarity caj-caj yang dipengaruhi oleh aplikasi medan AC, pergerakan partikel dalam elektroporesis pula dipengaruhi oleh kandungan caj-caj yang dibawa oleh sesuatu partikel itu. Caj-caj yang terdorong dalam partikel itu akan menentukan sifat polarity pada partikel tadi. Perbezaan kedua diantara dielektroporesis daripada elektroporesis ialah DEP menggunakan arus ulang alik / AC manakala elektroporesis menggunakan arus terus atau DC yang.

Arus AC akan menggunakan julat frekuensi yang luas dan medan yang digunakan juga mesti tidak sekata (inhomogeneous). Berbeza dengan elektroporesis yang menggunakan arud DC, elektroporesis menggunakan frekuensi yang rendah dan medan yang digunakan juga mesti sekata (homogeneous).