2
Apakah penderaan warga tua? Pencegahan penderaan warga tua Pengenalan Kerajaan Tasmania adalah komited untuk melindungi warga tua daripada penderaan dan eksploitasi melalui satu program komprehensif dalam keutamaan dan tindakan yang digariskan dalam Melindungi Masyarakat Tua Tasmania dari Penderaan 2011-14: Strategi Pencegahan Penderaan Warga Tua Tasmania Department of Health and Human Services. Satu salinan Strategi boleh diperolehi dari http://www.dhhs.tas.gov.au/disability/projects/elder_abuse/elder_abuse_resources. Paparan berikut memberikan gambaran ringkas mengenai penderaan warga tua dan punca maklumat dan sokongan. Apakah penderaan warga tua? Masyarakat warga tua Tasmania mempunyai hak, sebagaimana masyarakat pada mana-mana peringkat umur, untuk hidup dengan selamat bebas dari bahaya, penderaan dan eksploitasi. ‘Penderaan Warga tua’ adalah satu tindakan yang menyebabkan kemudaratan kepada orang yang lebih tua dan yang dilakukan oleh seseorang yang dikenali dan dipercayai seperti saudara yang karib. Beberapa bentuk penderaan warga tua mungkin lebih serius atau mempunyai kesan yang lebih besar daripada yang lain tetapi semua bentuk penderaan tidak boleh diterima. Mencabar keputusan dan tingkah laku seseorang saudara rapat atau kawan boleh menjadi lebih sukar untuk orang- orang yang lebih tua. Ia adalah penting untuk orang yang lebih tua mendapat sokongan and boleh bercakap dengan seseorang yang mereka kenali dan amanah dan mendapatkan nasihat undang-undang dan kewangan secara bebas, terutama sekali sebelum menandatangani dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang seperti kontrak, supaya mereka boleh membuat keputusan dengan yakin dan bermaklumat. Betapakah berleluasa masalah penderaan warga tua? Penyelidikan Australia dan antarabangsa menunjukkan bahawa antara satu dan lima peratus dari warga tua mungkin mengalami penderaan warga tua. Walaubagaimanapun, penderaan warga tua mungkin lebih berleluasa dalam masyarakat dari apa yang dipaparkan kerana warga tua mungkin mengalami kesukaran untuk bercakap tentang isu ini. Penderaan warga tua boleh menjejaskan mana-mana warga tua tanpa mengira keupayaan dan latar belakang. Kedua-dua golongan lelaki atau wanita boleh terjejas. Oleh kerana bilangan warga tua meningkat dalam masyarakat, maka kemungkinan kejadian penderaan warga tua mungkin juga meningkat. Berikut adalah contoh penderaan warga tua: Department of Communities Tasmania

Apakah penderaan warga tua? - dhhs.tas.gov.au · Beberapa bentuk penderaan warga tua mungkin lebih serius atau mempunyai ... ‘Penderaan warga tua’ adalah “apa-apa perbuatan

  • Upload
    lycong

  • View
    231

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Apakah penderaan warga tua? - dhhs.tas.gov.au · Beberapa bentuk penderaan warga tua mungkin lebih serius atau mempunyai ... ‘Penderaan warga tua’ adalah “apa-apa perbuatan

Apakah penderaan warga tua? Pencegahan penderaan warga tua

Pengenalan

Kerajaan Tasmania adalah komited untuk melindungi warga tua daripada penderaan dan eksploitasi melalui satu program komprehensif dalam keutamaan dan tindakan yang digariskan dalam Melindungi Masyarakat Tua Tasmania dari Penderaan 2011-14: Strategi Pencegahan Penderaan Warga Tua Tasmania Department of Health and Human Services. Satu salinan Strategi boleh diperolehi dari http://www.dhhs.tas.gov.au/disability/projects/elder_abuse/elder_abuse_resources.

Paparan berikut memberikan gambaran ringkas mengenai penderaan warga tua dan punca maklumat dan sokongan.

Apakah penderaan warga tua?

Masyarakat warga tua Tasmania mempunyai hak, sebagaimana masyarakat pada mana-mana peringkat umur, untuk hidup dengan selamat bebas dari bahaya, penderaan dan eksploitasi. ‘Penderaan Warga tua’ adalah satu tindakan yang menyebabkan kemudaratan kepada orang yang lebih tua dan yang dilakukan oleh seseorang yang dikenali dan dipercayai seperti saudara yang karib. Beberapa bentuk penderaan warga tua mungkin lebih serius atau mempunyai kesan yang lebih besar daripada yang lain tetapi semua bentuk penderaan tidak boleh diterima.

Mencabar keputusan dan tingkah laku seseorang saudara rapat atau kawan boleh menjadi lebih sukar untuk orang- orang yang lebih tua. Ia adalah penting untuk orang yang lebih tua mendapat sokongan and boleh bercakap dengan seseorang yang mereka kenali dan amanah dan mendapatkan nasihat undang-undang dan kewangan secara bebas, terutama sekali sebelum menandatangani dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang seperti kontrak, supaya mereka boleh membuat keputusan dengan yakin dan bermaklumat.

Betapakah berleluasa masalah penderaan warga tua?

Penyelidikan Australia dan antarabangsa menunjukkan bahawa antara satu dan lima peratus dari warga tua mungkin mengalami penderaan warga tua. Walaubagaimanapun, penderaan warga tua mungkin lebih berleluasa dalam masyarakat dari apa yang dipaparkan kerana warga tua mungkin mengalami kesukaran untuk bercakap tentang isu ini. Penderaan warga tua boleh menjejaskan mana-mana warga tua tanpa mengira keupayaan dan latar belakang. Kedua-dua golongan lelaki atau wanita boleh terjejas. Oleh kerana bilangan warga tua meningkat dalam masyarakat, maka kemungkinan kejadian penderaan warga tua mungkin juga meningkat.

Berikut adalah contoh penderaan warga tua:

Department of Communities Tasmania

Page 2: Apakah penderaan warga tua? - dhhs.tas.gov.au · Beberapa bentuk penderaan warga tua mungkin lebih serius atau mempunyai ... ‘Penderaan warga tua’ adalah “apa-apa perbuatan

Sokongan untuk warga tua Tasmania

Ia mungkin sukar untuk warga tua mencabar tingkah laku atau keputusan apabila melibatkan saudara rapat seperti anak lelaki, anak perempuan atau cucu. Warga tua Tasmania boleh mendapatkan nasihat dan bantuan daripada:

• Talian Bantuan Pencegahan Penderaan Warga Tua Tasmania 'The Helpline' (Tasmanian Elder Abuse Prevention Help Line 'The Helpline') – ini adalah talian bantuan percuma, undang-undang, sokongan dan perkhidmatan rujukan yang dibiayai oleh kerajaan. Perkhidmatan sulit ini dikendalikan oleh orang-orang yang berkelayakan dan berpengalaman dan boleh dihubungi di talian 1800 44 11 69 antara jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang Isnin sehingga Jumaat. Untuk maklumat lanjut, termasuk helaian bantuan dan pelan keselamatan boleh diperolehi di laman web: http://www.advocacytasmania.org.au/elderabusehelpline.htm

• Maklumat lanjut boleh diakses di :http://www.dhhs.tas.gov.au/disability/projects/elder_abuse

Jika seseorang berasa tidak selamat atau terancam, mereka perlu menghubungi Polis Tasmania di 000.

Sokongan untuk profesional

Kerajaan Tasmania telah menerbitkan garis panduan praktik untuk membantu golongan profesional bertindak kepada dan mencegah penderaan warga tua. Garis panduan boleh diperolehi dari laman web http://www.dhhs.tas.gov.au/disability/projects/elder_abuse/elder_abuse_resources

Sumber pendidikan profesional telah diterbitkan termasuk bengkel, manual, nota percakapan dan video.

‘Penderaan warga tua’ adalah “apa-apa perbuatan yang berlaku dalam satu hubungan di mana terdapat suatu implikasi amanah, yang menyebabkan kemudaratan kepada orang yang lebih tua. Penderaan mungkin berbentuk fizikal, seksual, kewangan, psikologi, sosian dan/atau pengabaian.” (Australian Network for the Prevention of Elder Abuse (ANPEA) 1999).

World Health Organization menerangkan penderaan warga tua sebagai melanggar hak asasi manusia dan merupakan penyebab ketara penyakit, kehilangan produktiviti, pengasingan dan putus asa. (WHO 2002 Rangka Polisi Penuaan Aktif).

Maklumat dalam helaian fakta ini adalah untuk maklumat am sahaja; anda tidak harus bergantung kepada helaian ini kerana ia bukan merupakan nasihat undang-undang yang terpakai kepada situasi tertentu anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan nasihat, sila hubungi agensi-agensi yang disenaraikan dalam helaian fakta ini.

Kerajaan Tasmania mengiktiraf sokongan daripada Department of Health, Victoria dalam membangunkan kandungan helaian fakta ini.

Cerita Margaret

Mary mengetahui bahawa neneknya yang berumur 80 tahun bernama Margaret mempunyai beberapa barangan kemas emas yang tidak pernah dipakai dan mungkin cukup berharga. Dia tahu bahawa ia mempunyai nilai sentimental kepada neneknya dan mungkin akan menjadi warisannya pada satu hari kemudian dan oleh itu lebih baik dimilikinya sekarang. Mary kerap mengganggu neneknya untuk memberi wang and barangan kemas kepadanya. Beliau berkata bahawa oleh kerana neneknya tidak memakai barangan kemas berikut maka kemungkinan ia dicuri atau kehilangan di suatu tempat akan berlaku dan oleh itu tidak selamat untuk neneknya menyimpan barangan kemas berikut.

Margaret dengan berat hati memberikan barangan kemas kepada Mary dengan syarat ia tidak boleh dijual tanpa keizinannya. Beberapa minggu kemudian, Mary menjual barangan kemas berikut dan menggunakan wang berikut untuk membiayai percutian kedua-dua Mary dan rakan lelakinya. Mary tidak memberitahu nenek beliau sehingga dia kembali dari percutiannya. Margaret sakit hati dan menjadi lebih kecewa apabila Mary terus mendesaknya untuk wang kerana percutian beliau telah menelan belanja yang lebih banyak dari yang dijangkakan. Meminta wang telah menjadi sebahagian dari tingkah laku Mary terhadap nenek beliau untuk beberapa tahun dan Margaret tidak tahu apa yang boleh dilakukan olehnya. Margaret memberikan Mary wang dan barangan kemas yang diminta kerana beliau mahu ketenangan fikiran.