Upload
others
View
29
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
1
“12 TEKNIK
DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
Hakcipta Terpelihara MEGA PROGRESIF
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
2
12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG
Macam mana agaknya nak didik anak-anak zaman sekarang
dengan cara yang betul?
Setiap ibu bapa WAJIB tahu teknik ini.
Masa yang sangat pantas bergerak, ditambah pula dengan dunia
teknologi yang sangat pantas berkembang tidak lagi
mengizinkan anda hanya mendidik anak anda dengan cara yang
sama dengan zaman anda semasa kecil.
Bahkan, HAK anak anda untuk dididik ikut zamannya telah
diingatkan oleh Saidina Ali :
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
3
“Didiklah anak-anak kamu mengikut ZAMAN MEREKA dan
bukan zaman kamu dilahirkan”.
Jadi, ibu bapa di luar sana janganlah risau. Saya akan kongsikan
cara-cara nak didik anak-anak zaman sekarang berdasarkan
pengalaman saya sebagai seorang guru di sekolah hampir 10
tahun.
Satu tempoh yang panjang dalam bidang pendidikan ini,
pastinya saya telah lalui beratus-ratus malahan beribu-ribu
karenah dan tingkah laku anak-anak di sekolah. Saya telah
berjumpa dengan ratusan ibu bapa di sekolah dan mendengar
pelbagai masalah anak-anak yang dihadapi.
Antara tips yang boleh anda amalkan sebagai ibu bapa untuk
MENDIDIK anak-anak anda zaman sekarang, khususnya dalam
mengatasi masalah pembelajaran anak anda ialah:
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
4
1. Pastikan anak anda MENONTON TELEVISYEN
secara terhad pada hari sekolah.
Adakah anda tahu bahawa, berdasarkan kajian sebenar di
sekolah, televisyen antara punca kedua terbesar
menyebabkan anak anda TIDAK CEMERLANG dalam
pelajaran.
Pastikan anak anda hanya menonton televisyen SATU JAM
sahaja sehari ketika hari sekolah.
Kenapa anda perlu buat demikian? Ini bagi memastikan
FOKUS anak anda dalam pelajaran tidak terjejas.
Masa-masa yang lain anak anda WAJIB membuat
ulangkaji, belajar, tuisyen, mengaji dan aktiviti wajib yang
lain. Kawal anak anda menonton televisyen setiap hari
SANGAT PENTING untuk elakkan anak anda keletihan
menimba ilmu pada keesokan hari di sekolah.
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
5
Tahukan anda bahawa televisyen boleh MENGIKIS fokus
anak anda dalam pelajaran termasuklah semasa membaca
buku atau belajar di dalam kelas?
Tonton televisyen tanpa kawalan menyebabkan
pelajaran anak anda MEROSOT teruk.
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
6
2. Pastikan anak anda guna TELEFON BIMBIT,
KOMPUTER atau sebarang GAJET dengan terhad
semasa hari sekolah.
Di sini, saya berikan panduan kepada anda bagaimana cara
terbaik membenarkan anak anda guna telefon semasa hari
sekolah.
Apakah cara yang sepatutnya anda lakukan?
Jika anda mempunyai anak sekolah menengah, anda boleh
peruntukan masa 30 minit sahaja untuk anak membaca
Whatsapp Group Kelas. Kebiasaannya ramai guru kelas
mewujudkan whatsapp kelas untuk sampaikan maklumat
penting kepada pelajar.
Tapi, anda harus ingat. Tidak semua guru mewujudkan
whatsapp kelas!
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
7
Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu
tentang kerja sekolah atau maklumat berkaitan sekolah
pada esok hari.
Jika anak anda beritahu, dia melihat telefon bimbitnya
untuk semak whatsapp kelas, saya cadangkan anda beri
kebenaran kepada anak anda untuk baca whatsapp pada
pukul 9.00 hingga 9.30 malam (30 minit sudah cukup!).
Jadi, tiada alasan untuk anak anda BERKEPIT 24 jam
dengan telefon kesayangannya…
Guna telefon bimbit berlebihan menyebabkan
anak anda LALAI dalam pelajaran
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
8
3. Jika di rumah anda ada komputer, pastikan anda letak
di RUANG TAMU atau TEMPAT TERBUKA.
Adakah anda tahu komputer WAJIB diletakkan di ruang
tamu atau tempat terbuka jika anda ada anak?
Jika anda ada masalah ruang yang terhad di rumah, anda
boleh letakkan di dalam bilik. Pastikan bilik tersebut
TIDAK BOLEH DIKUNCI.
Kenapa perlu letak komputer di tempat-tempat yang saya
cadangkan di atas?
Supaya anda dapat pantau anak anda semasa anak anda
menggunakan komputer.
PENTING untuk anda pastikan anak anda tidak melayari
laman facebook, pornografi/lucah, bermain game atau
melakukan perkara-perkara tidak sepatutnya khususnya
pada hari sekolah.
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
9
Internet boleh mendatangkan KEBURUKAN
kepada anak anda jika salah guna
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
10
4. Jangan sesekali biarkan anak anda KELUAR MALAM
tanpa sebab khususnya pada hari sekolah.
Kenapa saya tidak galakkan anak anda keluar waktu
malam?
Kerana untuk elakkan anak anda bergaul dengan individu
tidak sepatutnya di luar rumah. Apatah lagi, waktu malam
anak anda WAJIB membuat kerja sekolah atau mengulang
kaji pelajaran di rumah atau pergi tuisyen.
Berdasarkan temu bual saya dengan kebanyakan pelajar
CEMERLANG di sekolah, hampir semua pelajar
cemerlang berkongsi bahawa mereka tidak dibenarkan
keluar malam.
Kenapa mereka tak boleh keluar malam?
Sebab ibu bapa takut mereka bercampur dengan kawan
yang tidak sepatutnya.
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
11
Jadi apa yang mereka BUAT waktu malam?
Waktu malam mereka akan ulangkaji pelajaran, kemas beg
sekolah dan tidur awal.
Banyak RISIKO jika anak anda
keluar malam terutama anak perempuan
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
12
5. Anda perlu TEMAN anak anda belajar
Kenapa perlu teman anak anda belajar?
Berdasarkan kajian, teman anak ketika sedang belajar
memberi impak atau kesan sangat besar kepada JIWA anak
anda.
Anak anda akan menyerap aura positif daripada anda.
Tanpa anda sedar, anda sebenarnya telah beri suntikan
motivasi TERBAIK kepada anak anda untuk belajar
bersungguh-sungguh.
Anak sangat suka KEHADIRAN
ibu bapa di sisi mereka
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
13
6. Anda perlu pastikan anak anda ada JADUAL HARIAN
yang mereka patuhi. Memberi ganjaran jika anak anda
mematuhi jadual tersebut.
Contoh ganjaran yang anda boleh beri kepada anak anda
ialah beri anak anda guna gajet (telefon bimbit, komputer
dan lain-lain) dengan pemantauan anda. Tetapkan had masa
untuk anak anda guna gajet tersebut.
Ganjaran lain yang anda rasa sesuai juga boleh diberikan.
Jika tidak beri ganjaran seperti di atas, anda juga boleh
berikan ganjaran dalam bentuk kata-kata seperti memuji
anak anda.
Setiap pelajar cemerlang ada
jadual harian sendiri
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
14
7. Beri anak anda peluang buat AKTIVITI yang
DISUKAI pada hari cuti. Tapi AWAS! Aktiviti tidak
bermanfaat tidak digalakkan sama sekali.
Ini penting untuk pastikan anak anda dapat ruang dan
peluang untuk melepaskan penat serta stress semasa hari-
hari sekolah.
Aktiviti yang anak anda suka dapat bantu cas semula energi
atau tenaga anak anda agar lebih bertenaga untuk
menempuh hari persekolahan berikutnya.
Anak melepaskan stress dengan membuat
perkara yang disukai bersama rakan atau keluarga
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
15
8. Pastikan anak anda minum 8 hingga 10 gelas AIR
MASAK sehari.
Tahukah anda, menurut pakar kekurangan air dalam tubuh
badan adalah punca utama pelajar letih di sekolah pada
waktu siang?
Air sangat penting semasa proses pembelajaran
berlangsung untuk memastikan anak anda tidak menguap,
mengantuk atau letih ketika anak anda sedang belajar.
Bayangkan jika anak anda kekurangan air semasa di
sekolah? Jadi, seboleh-bolehnya pastikan anak anda bawa
botol air ke sekolah.
Jika anak anda malu untuk bawa botol air ke sekolah
(terutama anak lelaki), anda boleh suruh anak anda bawa
botol air mineral ke sekolah.
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
16
Air masak yang cukup penting untuk
bekalkan oksigen ke otak anak anda semasa belajar
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
17
9. Elakkan anak anda makan MAKANAN TIDAK
SIHAT terutama makanan segera.
Anda WAJIB pastikan anak anda tidak makan makanan
tidak sihat! Seboleh-bolehnya elakkan anak anda daripada
sering makan makanan segera seperti Mc Donalds, KFC
dan lain-lain.
Elakkan juga anak anda daripada makan makanan yang
mengandungi bahan pewarna yang tinggi serta minuman
bergas.
Makanan tidak sihat dapat menjejaskan kecekapan fungsi
otak anak anda untuk menerima ilmu yang disampaikan
oleh guru.
Menurut kajian pakar pemakanan, makanan dan minuman
ini akan membunuh beribu-ribu sel otak anak anda yang
diperlukan untuk membantunya kekal cerdas ketika belajar.
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
18
Makanan segera boleh menyebabkan
anak anda OBESITI
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
19
10. Pastikan anda sentiasa DOA untuk anak anda
Selalulah berdoa untuk anak anda. Kerana jika bukan
anda yang doakan anak anda, tiada orang lain akan
doakan mereka.
Pasti anda ingat, senjata mukmim yang utama adalah
doa. Apatah lagi doa anda sendiri kepada anak anda.
Doa ibu yang baik-baik kepada anaknya
sentiasa dimakbulkan ALLAH SWT
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
20
11.Pastikan anda didik anak anda untuk tidak tinggalkan
SOLAT dan sentiasa baca Al-QURAN.
Solat dapat bantu anda untuk displinkan anak anda. Al-
Quran dapat tenangkan jiwa remaja anak anda yang kadang
kala memberontak.
Melalui solat dan bacaan ayat suci al-Quran, jiwa anak
akan mudah dilentur serta hatinya lebih terang dan mudah
untuk terima ilmu. Insya-Allah anak anda juga akan mudah
dengar nasihat anda.
Anak soleh dan solehah KEBAHAGIAAN
anda dunia akhirat
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
21
12.Pastikan anda sering SEDEKAH dan niatkan untuk
anak anda.
Percaya atau tidak cara ini sangat MUJARAB untuk anda
bantu anak anda cemerlang dalam pelajaran.
Cuba anda amalkan dalam masa sebulan. Lihat apa kesan
pada anak anda?
Insya-Allah, perubahan yang baik dapat dilihat pada anak
anda satu-persatu.
Amalan ini antara amalan yang boleh anda buat untuk
MELEMBUTKAN JIWA anak anda. Terutama jika anak
anda keras hati dan malas belajar.
Selain solat dan membaca al-Quran, sedekah adalah jalan
terbaik dan disukai ALLAH SWT.
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
22
Jika tidak mampu, anda boleh sedekahkan pahala bacaan
surah Al-Fatihah untuk anak anda setiap kali lepas solat.
Sedekah pintu rezeki anda sekeluarga
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”
23
Semoga 12 teknik didik anak zaman sekarang dapat anda
amalkan untuk didik anak anda.
Ingin saya berpesan, di samping 12 teknik di atas, kunci
utama mendidik anak ialah anda perlu SABAR, SABAR
dan SABAR!
Ruang masa yang panjang dan teguran berkali-kali
diperlukan untuk didik anak anda.
Saya doakan anak anda cemerlang di dunia dan akhirat.
Amiiin… Insya-Allah.
*Bagi anda yang bukan beragama islam, anda boleh
amalkan amalan yang sesuai untuk membentuk jiwa anak
anda mengikut agama masing-masing. Beberapa teknik di
atas juga boleh digunakan.
Sekian terima kasih.
-Mega Progresif-