8
Tahun 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

Tahun 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

Page 2: Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

Tahun 2014

ANUGERAH INOVASI PENDIDIKAN (AKADEMIK)

1. Tujuan

Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan yang bermakna kepada kakitangan Universiti yang gigih memperkenalkan kaedah yang inovatif dan berkesan dalam mengendalikan proses pengajaran serta berjaya melaksanakan konsep kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Kategori

a) Individu b) Kumpulan

3. Skop

Inovasi dalam bahasa yang mudah ialah pembaharuan yang biasanya lahir daripada idea seseorang kakitangan dalam sesebuah organisasi. Idea kepada suatu inovasi boleh muncul daripada pembacaan, pemerhatian, pengalaman, penandaarasan dan beberapa aktiviti lain. Ia boleh muncul daripada individu atau boleh juga muncul dan digilap melalui kerja berpasukan. Idea ini perlu dimanfaatkan oleh organisasi sebahagian daripada usaha penambahbaikan ke atas input, proses atau sistem dan output atau perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti output, prestasi kerja dan produktiviti organisasi. Inovasi atau pembaharuan yang diperkenalkan oleh kakitangan sesebuah organisasi boleh dilihat dan diukur mengikut dua kategori yang utama iaitu:

i. Inovasi

Ia mewakili pencetusan idea baru yang boleh memberikan kesan positif dan mendorong kepada perubahan dalam aspek input, proses atau sistem dan perkhidmatan atau produk.

ii. Peningkatan dan Penambahbaikan Kualiti

Ia mewakili penambahbaikan kualiti ke atas input, proses atau sistem dan perkhidmatan atau produk yang sedia ada untuk memberi nilai tambah kepada tahap kepuasan pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan dan seterusnya memberi impak positif kepada organisasi.

Page 3: Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

Tahun 2014

Terdapat tiga jenis inovasi yang boleh dipertimbangkan untuk kategori di atas:

(a) Inovasi ke atas input - dilihat sejauh mana kaedah dan prosedur kerja baru

yang dibuat dan diperkenalkan oleh kakitangan telah mempengaruhi kualiti input sesuatu barangan atau perkhidmatan. Aspek ini termasuk kaedah dan sistem perhubungan dengan pembekal dan kawalan ke atas sumber luar.

(b) Inovasi ke atas sistem - dilihat sejauh mana kaedah dan prosedur kerja baru

yang diperkenalkan oleh kakitangan telah berupaya menambah baik sistem kerja yang sedia ada. Aspek ini termasuk usaha memudahkan borang dan carta alir kerja, memperkenalkan garis panduan dan proses kerja baru yang lebih berkesan, memperkenalkan cara kerja baru menerusi penggunaan ICT dan sebagainya.

(c) Inovasi ke atas output atau perkhidmatan dan produk akhir dilihat sejauh mana

perkhidmatan dan produk akhir yang diperkenalkan, hasil inovasi dan perubahan telah meningkatkan kualiti dalaman organisasi serta memberikan kesan positif dalam aspek-aspek berikut:

Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan atau produk kepada pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Meningkatkan dan memudahkan proses kerja.

Mencetus inovasi/penambahbaikan dalam aspek pentadbiran, pengurusan latihan, reka bentuk, peralatan, perolehan dan sebagainya.

Menjimatkan masa dan mengurangkan kos operasi serta karenah birokrasi.

Memenuhi atau melampaui jangkaan pihak berkepentingan.

4. Syarat penyertaan dan kriteria pemilihan adalah seperti berikut:

(i) Semua Individu dan Kumpulan Kakitangan layak mencalonkan projek bagi

anugerah ini setelah mendapat perakuan daripada Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan/Unit;

(ii) Hanya kaedah atau perkakasan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran sahaja yang layak dicalonkan;

(iii) Kaedah atau perkakasan tersebut serta dokumentasi yang diperlukan hendaklah tersedia sebelum pencalonan dikemukakan;

(iv) Setiap kaedah atau perkakasan yang dicalonkan mestilah telah menjalani proses jalanan cubaan dan terbukti keberkesananya;

(v) Kaedah atau perkakasan yang pernah memenangi mana-mana anugerah tidak boleh dicalonkan.

(vi) Semua pencalonan perlu dikemukakan oleh Fakulti/Institut/Pusat/ Jabatan/Unit kepada pihak Urusetia.

Page 4: Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

Tahun 2014

5. Kriteria Pemilihan

(i) Projek mestilah mempunyai matlamat yang jelas, persediaan yang baik, kaedah yang wajar, hasil yang berimpak dalam konteks memanfaatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

(ii) Dokumentasi yang sempurna dan lengkap dengan analisis yang kritikal yang menunjukkan keberkesanan proses pembelajaran.

(iii) Kebolehan calon dalam menguruskan projek. 6. Panel Penilai

Panel Penilai di peringkat Fakulti dan Institut dilantik oleh Dekan atau Pengarah, manakala Panel Penilai di peringkat Pusat dan Jabatan ditentukan oleh Ketua Jabatan, misalnya Timbalan Pendaftar JPPel, Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Jabatan Pengurusan Pembangunan, Pusat Teknologi Maklumat, Pusat Perkembangan Pelajar, CRIM, HEJIM. Sementara Panel Penilai anugerah peringkat UKM dilantik oleh Naib Canselor. Keputusan Panel Penilai adalah muktamad. Pemenang anugerah peringkat UKM akan menerima hadiah pada Hari Inovasi UKM.

7. Kaedah Memilih Pemenang Di Peringkat PTJ

Panel penilai di peringkat PTJ harus menggunakan kreativiti masing-masing untuk memilih pemenang bagi keempat-empat kategori jawatan pada setiap tiga bulan sekali. Proses penilaian akan berjalan pada sepanjang tahun. Namun, PTJ disarankan mengguna pakai kaedah atau langkah seperti berikut:

i. Pengerusi Pusat Pengajian atau Ketua Jabatan mencalonkan pemenang

mengikut Pusat Pengajian dan Jabatan masing-masing untuk dipilih atau diputuskan oleh Panel Penilai peringkat Fakulti untuk setiap 3 bulan. Penilaian perlu diukur dan dinilai dengan melihat kesan ke atas perubahan atau inovasi yang dilakukan dalam aspek input, proses dan sistem ataupun perkhidmatan atau produk.

ii. Inovasi perlu didokumenkan agar ia boleh dilihat dan ditafsir sebagai sebuah

projek sama ada projek peningkatan atau penambahbaikan kualiti inovasi atau produk baru.

iii. Bilangan pemenang di peringkat PTJ boleh mengikut budi bicara Panel Penilai

dan pencapaian produk berkenaan. Pemilihan harus berdasarkan kepada Kriteria seperti pada para 2.

Page 5: Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

Tahun 2014

8. Kaedah Memilih Pemenang Di Peringkat UKM

Panel penilai di peringkat UKM membuat penilaian bagi memilih pemenang pada Hari Inovasi UKM. Kaedah atau langkah memilih pemenang adalah seperti berikut:

i. Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan/Unit mengemukakan pencalonan kepada Urusetia

Anugerah. Jawatankuasa pemilihan akan membuat keputusan berdasarkan kriteria pada para 2. Sekiranya sesuai lawatan akan dilakukan.

ii. Bagi Anugerah Inovasi Pendidikan, permohonan perlu dikemukakan ke Pusat Pembangunan Akademik sebanyak 10 salinan, sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

iii. Calon pemenang akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk untuk pengesahan.

iv. Pemenang akan dimaklumkan untuk hadir pada Majlis Inovasi UKM bagi

menerima hadiah wang tunai RM2,000 berserta sijil untuk kategori individu dan RM4,000 berserta sijil bagi kategori kumpulan.

9. Bentuk Hadiah

a. Peringkat PTJ

Pemenang untuk kesemua kategori pada prinsipnya layak menerima pengiktirafan seperti berikut:

i. Sijil penghargaan yang ditandatangani oleh Dekan Fakulti/Pengarah Pusat atau

Ketua PTJ (satu salinan sijil penghargaan perlu disimpan/dimuatkan ke dalam fail peribadi/UKM(PER) kakitangan yang berkenaan).

ii. Hadiah berbentuk plak/pen/buku atau cenderamata iringan yang sesuai mengikut kemampuan/kesesuaian PTJ.

Page 6: Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

Tahun 2014

BORANG PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI PENDIDIKAN 1. Kategori:

Individu Kumpulan

2. Butiran Individu / Kumpulan

Tajuk Projek : ...………………………………………………………………… Nama (Individu/ Kumpulan) : ………………………………………………….. Nama Ketua Kumpulan (bagi calon Kumpulan) : ……………………………... No. UKM (PER) : ………………………… No Telefon : …………………… Jawatan : …………………………………………………………………………. Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan : ……………………………………………………

3. Maklumat Pencalonan

Sebutkan pencapaian/ penemuan/ hasil, sama ada inovasi ke atas input, inovasi ke atas proses mahupun inovasi ke atas output. Sila taip hasil pencapaian inovasi antara 200 – 250 patah perkataan sahaja. Bandingkan keadaan sebelum dan selepas inovasi. Sila sertakan gambar, carta alir, garis panduan, prosedur dan sebagainya (mana-mana maklumat yang difikirkan perlu). Tunjukkan bukti yang sesuai dan senaraikan nama ahli kumpulan, No. UKM (PER) dan jawatan (bagi projek inovasi secara Kumpulan).

Page 7: Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

Tahun 2014

4. Pengakuan Calon

Saya/kami mengaku bahawa inovasi ini adalah asli. Pada sepanjang pengetahuan saya, maklumat dalam laporan ini adalah benar. Tandatangan Calon/ Ketua Kumpulan: ………………………………………… Tarikh : ………………….

5. Pengesahan Dekan/ Pengarah/ Ketua PTJ Saya menyokong permohonan ini Saya tidak menyokong permohonan ini.

Ulasan: ____________________________________________________________

____________________________________________________________

__________________________ Tandatangan Dekan/Pengarah Tarikh: Dan Cop Rasmi

Page 8: Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

Tahun 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Borang Inovasi Dalam Bidang Pendidikan

(Pengajaran – Pembelajaran)

Calon Anugerah Pengajar Cemerlang diminta mencatatkan inovasi yang telah dibuat dalam bidang

Pendidikan sepanjang tahun 2012 dan impaknya ke atas kualiti Pengajaran – Pembelajaran serta memberikan kepuasan hati pelanggan (pelajar) untuk rujukan Panel Penilai/Pemilih (panjang antara 100 –

200 perkataan sahaja). Hantarkan borang ini bersama-sama permohonan/pencalonan APC.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……….………………………………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Saya mengesahkan bahawa inovasi ini adalah asli. Ia dilaksanakan hasil daya kreativiti saya.

..…………………………………………………………….. ..……………………………………………………… [Tandatangan dan Nama Penuh Calon] [Tarikh]

Pengesahan Dekan/Pengarah/Ketua PTJ

……………………………………………………….…….. ………………………………………………………..

[Tandatangan dan Cop Rasmi] [Tarikh]

*Nota : Sila gunakan helaian/kertas tambahan, jika perlu.