17
MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN DI KAWASAN PEDALAMAN SARAWAK TAHUN 2018 ANJURAN BERSAMA YAYASAN IKHLAS (YI) IKATAN PENGAMAL PERUBATAN DAN KESIHATAN MUSLIM MALAYSIA (I-MEDIK) DENGAN KERJASAMA HARAKAH ISLAMIAH (HIKMAH) URUSETIA SAUDARA KITA (USK) YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS)

ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

  • Upload
    hoangtu

  • View
    240

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN DI

KAWASAN PEDALAMAN SARAWAK

TAHUN 2018

ANJURAN BERSAMA YAYASAN IKHLAS (YI)

IKATAN PENGAMAL PERUBATAN DAN KESIHATAN

MUSLIM MALAYSIA (I-MEDIK)

DENGAN KERJASAMA HARAKAH ISLAMIAH (HIKMAH)

URUSETIA SAUDARA KITA (USK)

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS)

Page 2: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

2 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

1. TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon bantuan dana dalam bentuk wang

atau barangan berjumlah RM 212,800.00 daripada badan korporat atau mana-mana

badan bagi membolehkan Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal Perubatan dan

Kesihatan Muslim (I-Medik) mengadakan Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke

kawasan-kawasan pedalaman sekitar Sarawak. (Lihat Lampiran IV untuk senarai

kawasan yang akan disampaikan bantuan sepanjang tahun 2018)

2. PENGENALAN

Program berbentuk misi perubatan ini merupakan satu inisiatif Kemanusiaan dan

Kebajikan hasil cetusan idea daripada Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal

Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK) setelah mengambilkira

kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai akses yang mudah untuk ke

klinik-klinik atau hospital-hospital yang berdekatan serta mempunyai masalah

kesihatan yang memerlukan rawatan segera.

Program seperti ini sebenarnya amat-amat diperlukan oleh masyarakat pedalaman

kerana kesihatan merupakan satu keperluan kepada manusia lebih-lebih lagi kepada

masyarakat pedalaman yang mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan

perhatian perubatan dengan kadar segera.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma dilihat perlu dijalankan sekali – sekala. Hal

ini bagi mengetahui tahap dan taraf kesihatan masyarakat Sarawak khususnya

pedalaman seterusnya mengelakkan golongan ini dari diserang penyakit tanpa

disedari dan diketahui. Rawatan segera wajar dijalankan sekiranya didapati

mempunyai sebarang penyakit.

Selain kesihatan, bantuan kewangan juga diperlukan bagi mereka yang memerlukan

agar mereka dapat meneruskan kehidupan sehari-harian yang semakin mendesak.

Tema “Anda sihat, Masyarakat Hebat” dipilih untuk program kali ini dengan

harapan masyarakat sentiasa dalam keadaaan sihat dan sejahtera dan akhirnya dapat

menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat serta negara yang tercinta.

Page 3: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

3 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

Selain itu, Yayasan Ikhlas turut mengambil inisiatif untuk menjalankan projek baik

pulih surau atau masjid di kawasan pedalaman serta penyediaan kemudahan asas

iaitu sumber air bersih dan elektrik amat sangat-sangat diperlukan oleh mereka di

kawasan pedalaman.

Surau atau masjid yang dibina dapat digunakan umat Islam di kawasan pedalaman

untuk beribadah serta menjadikan tempat sebagai pusat kemasyarakatan.

Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

di sana mendapat akses elektrik lebih lama dan sumber air bersih.

Kawasan pedalaman yang dipilih bagi pembinaan kemudahan asas ini ialah

Kampong Tebun, Kuching Sarawak, Kampung Long Busang di Kapit dan Kampung

Jaong, Kuching Sarawak.

Isu di Kampong Tebun ini ialah tanah mereka lebih tinggi dari tanah kampung

sekitar mereka. Jika air dah siap, kemungkinan pressure air di kpg mereka masih

rendah untuk sampai ke rumah-rumah mereka. Penyelesaian bagi hal ini ialah

pembinaan tangki air yang diletakkan tinggi dari kawasan tanah kampung mereka.

Kampung Penan Muslim, Batu 13, Bintulu telah dipilih untuk baik pulih surau bagi

kegunaan umat Islam di sana bagi menunaikan ibadah.

3. OBJEKTIF

Pencapaian objektif yang disasarkan dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu:

3.1 Meningkatkan kualiti hidup masyarakat pedalaman

Mengurangkan beban masyarakat yang tidak mempunyai akses yang mudah

untuk ke klinik dan hospital.

Mengurangkan statistik penduduk Malaysia yang sakit terutamanya

Masyarakat di pedalaman Sarawak.

Memberi kesedaran betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan dengan

mengadakan konsultasi ringkas daripada para doktor yang bertauliah.

Memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat pedalaman yang kurang

berkemampuan

Page 4: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

4 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

Memberi Ceramah motivasi kepada masyarakat umum berkenaan

kepentingan meningkatkan kualiti hidup

3.2 Pengalaman mengurus program

Melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan dengan memperkenal

dan memberi pendedahan tentang asas-asas penjagaan kebersihan dan

kesihatan kepada masyarakat pedalaman Sarawak.

Memberi pendedahan kepada doktor-doktor muda dan sukarelawan

mengenai keadaan masyarakat pedalaman.

Membuat pemeriksaan kesihatan secara spontan dan membina hubungan dua

hala dengan masyarakat pedalaman agar dapat mendalami dan memahami

permasalahan dan keperluan mereka dengan lebih jelas.

Mengurangkan penyakit berjangkit yang merebak dalam kalangan

masyarakat setempat melalui penerangan yang diberikan di samping

menyedarkan dan memberi pengetahuan asas tentang punca dan cara sesuatu

wabak itu berjangkit serta kaedah pencegahan yang betul dan berkesan.

Menggerakkan dan menyusun pasukan sukarelawan Yayasan Ikhlas yang

sama-sama ingin menyumbang khidmat bakti bagi membantu melancarkan

perjalanan program.

3.3 Membantu penyediaan keperluan asas kawasan pedalaman

Menyediakan keperluan asas air bersih dan elektrik di kawasan pedalaman

yang memerlukan

Membantu masyarakat setempat bagi menjalani hidup lebih baik

Kerjasama bersama kontrakter dan para pelajar kemahiran dalam membina

kemudahan asas yang dirancang

4. STRATEGI PERLAKSANAAN

4.1 Mengumpul dana dan sumbangan dari badan-badan kerajaan, korporat dan

swasta bagi menaja keperluan bagi perubatan dan sumbangan

4.2 Mencari rakan strategik serta menjalinkan kerjasama erat dengan badan-badan

atau institusi-institusi yang mempunyai kepakaran yang boleh disumbangkan

kepada masyarakat pedalaman mengenai aspek penjagaan kesihatan dan

kebersihan seperti;

Page 5: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

5 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

Kerjasama dengan Universiti-Universiti tempatan

Kerjasama dengan badan Korporat-Korporat

Kerjasama dengan Hospital atau Klinik

Kerjasama dengan pihak media elektronik

Kerjasama dengan pihak masjid daerah

5. PELAN TINDAKAN

• Memohon tajaan dari Badan Kerajaan, Swasta atau Korporat

• Membuka tabung sumbangan kepada masyarakat awam di kawasan-kawasan strategik

• Bekerjasama dengan NGO/Badan Swasta/ Korporat dalam pengumpulan dana

Pengumpulan

Dana

• Mendapatkan jumlah tenaga dan jawatankuasa dari rakan kerjasama dan rakan strategik

• Menggerakkan pasukan sukarelawan bagi membantu kelancaran program

Merangka Pasukan Pelaksana

• Setiap tenaga dari rakan kerjasama dan rakan strategik menjalankan tugas mengikut kepakaran masing-masing

• Menyampaikan sumbangan dari penyumbang dana kepada sasaran

• Menyediakan laporan bergambar dan video untuk diserahkan kepada penyumbang dana

• Mengadakan sesi revisi bagi menambah baik program dari semasa ke semasa

Menjalankan Program

Page 6: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

6 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

6. PERLAKSANAAN PROGRAM

Berdasarkan aktiviti yang dirancang, perlaksanaan program adalah seperti berikut

Pemeriksaan Kesihatan oleh Doktor-doktor yang bertauliah

Ceramah Kesihatan atau ceramah motivasi

Sumbangan umum kepada masyarakat pedalaman yang kurang

berkeupayaan

7. TAKWIM MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN

Rujuk LAMPIRAN 1

8. ATURCARA PROGRAM DI KAWASAN PEDALAMAN

Rujuk LAMPIRAN 1

9. BELANJAWAN BAIK PULIH SURAU DAN KEMUDAHAN ASAS

Rujuk LAMPIRAN 2

10. CADANGAN BELANJAWAN TAHUNAN

Rujuk LAMPIRAN 3

11. PENUTUP DAN HARAPAN

Menjadi harapan yang tinggi agar masyarakat pedalaman Sarawak dapat berdikari

dan membina struktur masyarakat mereka sendiri serta mampu duduk sama rendah

dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat lainnya di Malaysia.

Diharapkan juga pembudayaan adab dan akhlak seorang muslim dalam kehidupan

dapat dipraktikkan dengan baik sebagai seorang Muslim sejati memandangkan Islam

di Malaysia telah bertapak sekian lama, maka sudah sewajarnya ianya tersebar dan

menjadi suatu cara hidup kepada penduduk Malaysia termasuk juga masyarakat

pedalaman Sarawak.

Amatlah diharapkan Misi Perubatan dan Kemanusiaan ini dapat dijalankan dengan

jayanya serta segala aktiviti yang dirancang dan bakal dilaksanakan menepati

objektif dan mencapai sasaran supaya ianya dapat memberi impak yang berkesan

dan mendalam. Semoga ianya juga diterima oleh Allah sebagai suatu amal yang di

terima yang bakal menyelamatkan kita semua dari azab api neraka.

Page 7: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

7 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

LAMPIRAN 1

TAKWIM MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN

MISI TARIKH TEMPAT

1 10 & 11 Feb Sri Aman

2 24 & 25 Mac Mukah

3 14 & 15 April Kampung Samalatong, Simunjan

4 12 & 13 Mei Kapit

5 12 hingga 17 Julai Long Busang, Kapit

6 31 Ogos hingga 2 Sept Song, Kapit

7 13 & 14 Oktober Miri

8 8 & 9 Disember Kg Taee, Serian

TENTATIF PROGRAM DI KAWASAN PEDALAMAN

Cadangan Tentatif 3 hari 2 malam

Hari Pertama

8.00 Pagi

10.00 pagi

5.00 petang

Berkumpul di Pejabat Yayasan Ikhlas Cawangan Kuching

Taklimat Program

Bertolak ke Destinasi menggunakan jalan darat

Tiba di Kawasan Penginapan, Makan, rehat, solat.

Hari Kedua

8.00 Pagi

10.00 Pagi

10.30 Pagi

12.00 Tengah Hari

2.00 Petang

5.00 Petang

Bertolak dari Kawasan Penginapan ke Destinasi

Taklimat / perjumpaan dengan Ketua Kampung

Pemeriksaan Kesihatan

Rehat / Solat / Makan Tengah Hari

Gotong – royong / Pemberian Sumbangan

Bincang santai – Keperluan Semasa Kampung yang dilawat /

Ceramah

Hari Ketiga

8.00 Pagi

Sarapan / Persediaan Balik Kuching / Bersurai

Page 8: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

8 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

LAMPIRAN 2

BELANJAWAN BAIK PULIH SURAU DAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN

ASAS

PERBELANJAAN BAIK PULIH SEBUAH SURAU

Bil Perkara Harga Seunit

(RM) Kuantiti Jumlah (RM)

1 Pintu dan aksesorinya 800.00 3 2,400.00

2 Tingkap dan aksesori 500.00 7 3,500.00

3 Karpet / Tail 6.00 (Sekaki) 700 4,200.00

4 Kipas Dinding 300.00 10 3,000.00

5 Kipas Berdiri 250.00 5 1,250.00

6 Telekung 60.00

(sepasang) 10 600.00

7

PA System (Termasuk

speaker dalam,

Microphone, aksesori lain

dalam PA system serta kos

pemasangan)

5000.00 LS 5,000.00

8 Rak / Almari 400.00 2 800.00

9 Langsir 100.00 6 600.00

10 Cat 200.00 5 1,000.00

11 Simen 40.00

(sekampit) 20 800.00

12 Sumbangan kepada surau 1,000.00 LS 1,000.00

13

Operasi (Kos Buruh,

Pengangkutan, Upah,

Majlis Perasmian dan

sebagainya)

5,850.00 LS 5,850.00

Jumlah 30,000.00

Page 9: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

9 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

PERBELANJAAN PEMBINAAN PANEL SOLAR DAN TELAGA TIUB

Bil Perkara Harga Seunit

(RM) Unit

Jumlah (RM)

1 Telaga Tiub 202,000.00 1 202,000.00

2 Panel Solar 1,000,000.00 LS 1,000,000.00

3

Tanki air + 4 nos tank

+ asas bawah + kos

pasang + kos

maintenance + kos

penyulingan

200,000.00 1 200,000.00

Jumlah 1,402,000.00

BANTUAN KEPERLUAN ASAS

KAMPONG TEBUN KAMPUNG JAONG KAMPUNG LONG

BUSANG

Bantuan sumber air

bersih : Pembinaan

tangki air

Bantuan sumber air :

Pembinaan telaga tiub /

tubewell beserta sistem

saluran

Kemudahan elektrik

melalui pemasangan

panel solar.

Page 10: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

10 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

LAMPIRAN 3

CADANGAN BELANJAWAN TAHUNAN

Bil Butiran Harga (RM)

/ Kuantiti Kuantiti

Jumlah

(RM)

1

Pengangkutan

Darat / Air / Udara

( Jika di Darat, menaiki kenderaan

pacuan 4 roda. Jika di Air, menaiki

kenderaan bot atau feri )

RM 2500.00 8 20,000.00

2

Makanan (selama 3H2M)

Hari Pertama – RM 10 x 20 Pax

Hari Kedua - RM 30 x 50 Pax

(Sukarelawan dan penduduk

kampung)

Hari Ketiga – RM 10 x 20 Pax

(Sukarelawan)

RM 200.00

RM 1,500.00

RM 200.00

8 15,200.00

3 Penginapan

RM 150 X 5 Bilik X 2 Malam RM 1500.00 8 12,000.00

4

Sumbangan untuk Keluarga Kurang

berkemampuan (terhad kepada 50

Keluarga berpendapatan rendah)

RM 5000.00 8 40,000.00

5 Media (Fotografi + Banner) RM 200.00 8 1,600.00

6 Kos Ubat – Ubatan RM 5,000.00 8 40,000.00

7 Kotigensi RM 500.00 8 4,000.00

Jumlah Keseluruhan bagi 8 Misi

132,800.00

* Cadangan Belanjawan Tahunan terhad kepada 20 Sukarelawan

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Perbelanjaan Baik Pulih Sebuah Surau 30,000.00

2 Perbelanjaan Pembinaan Panel Solar Dan Telaga Tiub 1,402,000.00

3 Jumlah Keseluruhan Bagi 8 Misi 132,800.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1,564,800.00

Page 11: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

11 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

LAMPIRAN 4

GAMBAR BAIK PULIH SURAU DI PENAN MUSLIM, BATU 12

Jalan Menuju

ke Kampung

Penan Muslim

Page 12: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

12 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

PENYEDIAAN TANGKI AIR DI KAMPUNG TEBUN, KUCHING

KEADAAN SURAU PENAN MUSLIM

Page 13: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

13 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

Page 14: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

14 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

LAMPIRAN 5

GAMBAR-GAMBAR PROJEK TAHUN 2017

Program Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan di Tegageng, Niah, Miri pada bulan

2 tahun 2017

Page 15: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

15 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

Yayasan Ikhlas menyampaikan alat pembesar suara di Surau Kampung Tegageng

Program Sukaneka bersama penduduk kampung oleh sukarelawan Yayasan Ikhlas

Page 16: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

16 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

Bantuan perubatan dijalankan oleh para doktor dari I-Medik

Page 17: ANJURAN BERSAMA - yayasanikhlas.org.myyayasanikhlas.org.my/downloads/kertas-kerja-sarawak.pdf · Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk

17 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n

P e d a l a m a n , S a r a w a k

Penduduk kampung yang rata-ratanya

adalah mualaf berkumpul bagi menerima

rawatan kesihatan percuma, dan

dijalankan aktiviti sukaneka serta

sumbangan barangan keperluan asas dan

wang tunai