21
Analisis Sahsiah Para Sahabat Rasulullah s.a.w. dan Tokoh Ilmuan Islam - Saidina Abu Bakar As- Siddiq - Disediakan oleh : Noradilah binti Zulkifli Pengajian Agama B Semester 6/2013

Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Khulafa' ar Rasyidin

Citation preview

Page 1: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

Analisis Sahsiah Para Sahabat Rasulullah

s.a.w. dan Tokoh Ilmuan Islam

- Saidina Abu Bakar As-Siddiq -

Disediakan oleh :Noradilah binti Zulkifli

Pengajian Agama BSemester 6/2013

Page 2: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakar As-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakar”.

Keteguhan Iman

Page 3: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

Demikian teguhnya iman Saidina Abu Bakar apabila kita memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya itu. Gelaran As-Siddiq yang diberikan orang terhadap diri Saidina Abu Bakar adalah lantaran sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela din (agama) yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Page 4: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

• Sesungguhnya Abu Bakar r.a. merupakan sahabat Rasulullah s.a.w yang paling banyak menderma dengan kerelaan hatinya dibandingkan dengan para sahabat selainnya.

• Beliau juga merupakan orang yang paling banyak membantu Baginda daripada segala sudut sehinggakan Baginda menjadikannya teman setia serta saudara Baginda berbanding para sahabat lainnya.

Dermawan

Page 5: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

‘Umar al-Khattab r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. menyuruh kami bersedekah. Ini bertepatan dengan harta yang ada pada aku. Aku berkata: “Jika satu hari aku akan menang di atas Abu Bakar, maka hari inilah aku akan menang atas beliau.” Lalu aku datang dengan setengah harta aku, lalu Rasulullah bertanya: “Apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga kamu ?” Aku menjawab: “Sepertiga.” Lalu datang pula Abu Bakar membawa seluruh harta yang ada padanya. Maka bertanya Rasulullah: “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga engkau ?” Abu Bakar menjawab: “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.” Berkata Umar: “Aku memang tidak akan menang di atas Abu Bakar sesuatupun selama-lamanya.”

Page 6: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

Hasan: Hadis dikeluarkan al-Tirmidzi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmidzi – hadis no: 3675 (Kitab al-Manaqib, Bab manaqib Abu Bakar…). Juga dikeluarkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya – hadis no: 1678 dan al-Darimi di dalam Sunannya – hadis no: 1660.

Page 7: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

Abu Sa‘id al-Khudri r.a. menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

�ْو� َو�َل �ٍر� �ْك َب �ا َب� َأ �ِه� َو�َم�اَل �ِه� �ِت َب ُص�ْح� ِف�ي َع�َل�ي� �اِس� اَلَّن �َم�ِّن

� َأ َم�ِّن� �َّن� ِإ�ْك�ِّن� َو�َل �ٍر� �ْك َب �ا َب

� َأ �َخ�ْذ�ُت� �َّت َال �ي َب َر� �ٍر� َغ�ْي ( �ْيًال َل َخ� �َخ�ْذ)ا َم�ِت �ُت� �َّن ُك. �ِه� َو�َم�ْو�َّد�َّت � �ِم ًال �ْس� اِإل َخ�ْو�ُة�

� َأ

Sesungguhnya manusia yang paling mententeramkan atas diriku di dalam persahabatan dan hartanya adalah Abu Bakar, dan jikalau aku mengambil seorang kekasih selain Tuhanku, nescaya Abu Bakarlah yang aku ambil sebagai kekasih, namun dia adalah saudaraku dan sahabatku.

Page 8: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

Sahih: Hadis dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya – hadis no: 3654 (Kitab al-Manaqib, Bab sabda Nabi: “Tutupilah pintu-pintu kecuali pintu Abu Bakar”) dan dikeluarkan oleh Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 2382.

Page 9: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

• Beliau telah mengorbankan seluruh harta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau disiksa kemudian memerdekakan mereka.

• Antaranya ialah Bilal bin Rabbah dan Amir bin Fuhairah.

Page 10: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

• Begitu damai akhlaknya, sangat lemah lembut dan sikapnya tenang sekali.

• Tidak mudah terdorong oleh hawa nafsu.

•Dibawa oleh sikapnya yang selalu tenang, pandangannya yang jernih serta pikiran yang tajam, banyak kepercayaan dan kebiasaan-kebiasaan masyarakat yang tidak diikutinya.

Berakhlak mulia

Page 11: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

• ‘Aisyah menyebutkan bahwa beliau tidak pernah meminum minuman keras, di zaman jahiliah atau Islam, meskipun penduduk Mekah umumnya sudah begitu hanyut dengan khamar dan mabuk-mabukan.

• Beliau seorang yang pandai berbicara dan pandai bergaul.

Page 12: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

Seperti dinukilkan oleh Ibn Hisyam, penulis kitab Sirah:

"Abu Bakar adalah seorang lelaki yang akrab dalam kalangan masyarakatnya, disukai kerana ia serba mudah. Ia dari keluarga Kuraisy yang paling dekat dan paling banyak mengetahui selok-belok kabilah itu, yang baik dan yang jahat. Ia seorang pedagang dengan perangai yang sudah cukup terkenal. Kerana suatu masalah, pemuka-pemuka masyarakatnya sering datang menemuinya, mungkin kerana pengetahuannya, perdagangannya atau mungkin juga kerana cara pergaulannya."

Page 13: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

Tatkala Nabi Muhammad S.A.W. selesai mengalami peristiwa Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi menemui Saidina Abu Bakar untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Nabi Muhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar tidak lain dengan prasangka tentunya Abu Bakar kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu.

As-Siddiq(Membenarkan)

Page 14: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saidina Abu Bakar "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, dalam masa semalam? Maka sahut Abu Bakar dengan sesungguhnya, "Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dari langit yang diberitakannya baik pada waktu siang mahupun di waktu malam!

Page 15: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

• Beliau seorang yang sangat tawadhuk.

•Ianya terbukti berdasarkan petikan pidato pertama beliau setelah dilantik menjadi khalifah yang pertama.

Tawadhuk

Page 16: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

“ Saya sudah terpilih untuk memimpin kamu sekalian, dan saya bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Kalau saya berlaku baik, bantulah saya dan kalau saya salah, luruskanlah. Taatilah saya selama saya taat kepada (perintah) Allah dan Rasul-Nya, tetapi apabila saya melanggar (perintah) Allah dan Rasul-Nya maka gugurlah kesetianmu kepada saya. Laksanakanlah solat kamu, Allah akan merahmati kamu sekalian.”

Page 17: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

• Kedudukannya sebagai khalifah dan pemimpin ummat tidak sampai mengubah cara hidupnya.

• Beliau tidak pindah dari rumahnya sendiri ke rumah lain.

• Beliau sudah berikrar untuk ikut merasakan lemahnya kaum yang lemah dan miskinnya orang yang dalam kemiskinan.

Page 18: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

• Setelah mendapat kemenangan di Badar, kaum Muslimin kembali ke Madinah dengan membawa tawanan perang Kuraisy.

•Mereka ini masih berkeinginan untuk hidup, ingin kembali ke Mekah, meskipun dengan tebusan yang mahal.

•Tetapi mereka masih bimbang Nabi Muhammad S.A.W. akan bersikap keras kepada mereka mengingat gangguan mereka terhadap sahabat-sahabatnya selama beberapa tahun dahulu yang berada di tengah-tengah mereka.

Belas kasihan

Page 19: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

Mereka berkata satu sama lain: "Sebaiknya kita mengutus orang kepada Abu Bakar. Ia paling menyukai silaturahim dengan Kuraisy, paling mempunyai rasa belas kasihan, dan kita tidak melihat Muhammad menyukai yang lain lebih dari dia."

Mereka lalu mengirim delegasi kepada Abu Bakar."Abu Bakar," kata mereka kemudian, "di antara kami ada yang masih orang tua, saudara, bapa saudara atau ibu saudara kita serta saudara sepupu kita. Orang yang jauh dari kita pun masih kerabat kita. Bicarakanlah dengan sahabatmu itu supaya ia bermurah hati kepada kami atau menerima tebusan kami."

Page 20: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

• Sikap dan kebijaksanaan Abu Bakar yang lemah lembut merupakan faktor utama dalam merintis kesatuan politik.

• Beliau telah memaafkan pemimpin-pemimpin pemberontak Yaman dan di tempat lain yang pernah memberontak kerana ingin berdiri sendiri.

Pemaaf

Page 21: Analisis Tokoh Saidina Abu Bakar

• Beliau telah memaafkan Qurrah bin Hubairah, Amr bin Ma’di Karib dan Asy’as bin Qais serta pemuka-pemuka Arab yang lain.

• Pemaafnya kepada mereka itu setelah ia memperlihatkan sikap keras dan tegas sambil mengajak mereka dan golongannya untuk bersatu dengan Madinah.