Analisis Teks Kesusasteraan Dari Sudut Semantik

Embed Size (px)

Citation preview

Pendahuluan Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji tentang makna. Semantik adalah suatu istilah tambahan yang baru diperkenalkan dalam kajian linguistik. Dari segi istilah, semantik berasal dari kata Yunani iaitu sema yang menerbitkan kata semainein yang bermaksud menunjukkan, bermakna atau bererti. Bidang semantik sudah lama menarik perhatian ahli bahasa. Perkataan

semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis bernama Michel Breal dalam bukunya Semantics Studies in the Science of Meaning. Semantik berkait rapat dengan makna, oleh itu definisi makna dalam dalam linguistik haruslah dilihat juga sebagai semantik. Menurut Harimurti Kridalaksana, semantik semantik mempunyai dua pengertian iaitu

adalah sebahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan

dengan makna dari ucapan dan juga struktur makna sesuatu pertuturan dan pengertian yang keduanya ialah semantik adalah satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Radiah Yussof dan NorAini Ismail pula berpendapat bahawa semantik merupakan istilah teknikal untuk kajian tentang makna perkataan, frasa, ayat dan ungkapan dalam bahasa manusia. Hasil analisis semantik akhirnya mengarah kepada

pandangan dunia orang yang menggunakan bahasa itu bukan sahaja sebagai wahana untuk bercakap dan berfikir, tetapi untuk

1

mengkonsepsikan dan menginterpertasikan dunia sekeliling mereka. Pada pendapat mereka, makna penutur ialah makna yang hendak disampaikan oleh penutur sesuatu bahasa. Kertas kerja ini akan memperkatakan tentang semantik dalam teks kesusasteraan atau lebih tepat kertas kerja ini adalah satu analisis teks kesusuateraan dari sudut semantik. Dalam semantik, makna terbahagi kepada pelbagai jenis antaranya ialah makna konteks, makna rujukan dan bukan rujukan, makna konseptual, makna asosiatif, makna stilistik, makna kata, makna idiom, makna istilah, makna denotatif dan makna konotatif Objektif kajian ini adalah membincangkan denotatif dan makna konotatif dalam ujaran. Kajian ini dibataskan kepada aspek-aspek yang bukan linguistik seperti makna denotatif dan makna konotatif. Berhubung hal ini terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi makna ujaran seseorang, antaranya ialah persepsi dan tanggapan, jauh atau rapat hubungan penutur dan pendengar, pemilihan diksi, intonasi, aliran fikiran dan kebudayaan. Pengkaji akan mengupas bagaimana enam faktor ini boleh mempengaruhi pemahaman penutur, pendengar dan pembaca. Untuk tujuan ini, pengkaji telah memilih cerpen Abang, Isteri dan Anak-Anaknya, Kawan, Malam karya Zaharah Nawawi, Mengenal Erti Hidup karya Tuan Faridah Syed Abdullah, Malapetaka karya Mohd Kassim Mahmud dan Singkowoton karya Azmah Nordin sebagai bahan kajian. tentang makna

2

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Makna

Faktor pertama yang akan disentuh oleh pengkaji ialah tanggapan dan persepsi. Dalam kajian dari sudut semantik ini, persepsi dan tanggapan penting dalam pemahaman maksudnya. Ini dapat dilihat dalam ungkapan yang dipetik daripada cerpen Kawan karya Zaharah Nawawi di bawah: Kini setelah aku benar-benar dewasa dan berakal, setelah ayah pergi terlalu jauh meninggalkanku, baru aku mengerti bahawa kata-kata ayah adalah benar belaka Ungkapan setelah ayah pergi terlalu jauh meninggalkanku membawa makna yang berbeza mengikut persepsi dan tanggapan seseorang. Ungkapan tersebut boleh ditafsirkan sekurang-kurangnya untuk dua makna yang berbeza berdasarkan konteksnya. Pertama, secara tersurat bahawa ayahnya telah pergi atau berpindah jauh ke tempat atau ke kawasan lain. Kedua, ungkapan itu secara tersirat membawa makna bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Hakikat ini tentu sahaja boleh berlaku kerana dalam menanggapi makna. Penutur dan pendengar sedapat mungkin mentafsir lambang-lambang bahasa yang digunakan. Halangan yang wujud dalam pemahaman boleh menjejaskan penafsiran terhadap maksud sebenar.

3

Faktor ini boleh diperjelaskan lagi dengan dengan contoh di bawah yang dipetik daripada cerpen karya Zaharah Nawawi yang bertajuk Abang, Isteri Dan Anak-Anaknya: Diamdiamdi mana sakit, nak? Di mana? Itulah, nakal sangat. Budak nakal memang dibenci orang. Dialog di atas adalah antara ibu dan anaknya. Dialog tersebut boleh ditafsir sekurang-kurangnya untuk dua makna. Pertama, bentuk pujukan atau nasihat untuk anaknya supaya jangan bersikap nakal lagi kerana budak nakal tidak akan disukai orang. Makna yang kedua pula ialah ungkapan itu ditujukan kepada pendengar kedua yang bertujuan untuk sindiran. Ungkapan /budak nakal dibenci orang/ merujuk kepada sindiran terhadap pendengar kedua. Ini dapat diperjelaskan dalam baris berikutnya, kudengar suara Kak Ton jelas sekali seperti memperliku. Untuk lebih jelas lagi, cuba teliti dialog yang dipetik dari cerpen Malapetaka karya Mohd. Kassim Mahmud di bawah: Tidak, kami tidak mahu berpindah, perairan ini akan kami pertahankan walaupun tanpa ketua. Kami bukan pengecut Ini bukan soal pengecut atau berani, jika kita tinggalkan tempai ini bukan bererti kita tidak mempertahankan tempat tinggal kita. Ini soal hidup atau mati. Berdasarkan dialog di atas, persepsi yang berlainan terhadap siapa penuturnya akan timbul dalam fikiran pembaca. Mungkin watak yang berdialog itu dalam kalangan nelayan yang mempertahankan kawasan

4

kediaman dan tempat mereka mencari rezeki dari diceroboh. Mungkin juga boleh ditanggap dialog tersebut adalah di antara petugas- petugas negara yang berkawal di sempadan perairan demi keselamatan negara. Jika diteliti dalam dialog yang seterusnya iaitu Ah, jangan jadi bodoh dan berfikiran sempit, sedangkan manusia tidak mampu mempertahankan kemaraan minyak itu apa lagi kita. Berdasarkan ungkapan di atas, amat jelas watak yang mengeluarkan ungkapan tersebut adalah bukan manusia. Watak tersebut boleh ditanggap dengan jitu bila meneliti rangkap seterusnya: . keempat-empat kakiku tidak lagi berdaya untuk terkodekkodek di tengah lautan yang maha luas. Tubuh besar berat bercangkerang tuaku perlahan-lahan mendap ke dasar laut. Pandanganku menjadi gelap gelita. Apabila frasa /keempat-empat kakiku/ dan /tubuh besar berat

bercangkerang tuaku/ tiba di mata pembaca, sudah pasti pembaca dapat membuat tanggapan yang tepat siapakah watak tersebut

Dalam aspek pengkajian makna ini hubungan antara penutur dan pendengar juga diambilkira. Ini dapat dijelaskan dengan contoh dialog antara ibu dan yang dipetik daripada cerpen Kawan di bawah: Ke mana engkau menghilang? Be jawabku pendek. Ibu tak bertanya lagi.

5

Di sini dapat dibuktikan bahawa si ibu

dapat memahami apa yang

dimaksudkan dengan ungkapan /be../ oleh si anak walaupun ianya adalah satu ungkapan yang tidak lengkap. Ini kerana hubungan mereka yang sangat rapat. Dalam konteks ini, jika penutur dan pendengar tidak berada dalam lingkungan yang sama dan jauh jarak hubungannya, makanya makna daripada ungkapan tersebut sudah tentu tidak akan kesampaian.

Selain daripada dua faktor yang telah dijelaskan di atas, pemilihan diksi juga mempengaruhi pemahaman makna. Ungkapan yang

dikeluarkan oleh penutur lebih terkesan di hati pendengar dengan penggunaan dan pemilihan diksi oleh penutur walaupun maksud yang hendak disampaikan itu adalah sama. Ini dapat dibuktikan dengan dialog yang dipetik dari cerpen Mengenal Erti Hidup karya Tuan Faridah Syed Abdullah di bawah: Dialog 1: Kamu buat kerja bodoh macam lembu, otak udang! Kalau nak masukkan anak ciku tu sekali dengan polibeg, macam mana pokok itu nak besar? Macam mana akarnya nak keluar? Tongong! Dialog 2: Hah, mana CIRP? Tak letak CIRP, akar pokok lambat tumbuh. Pokok lambat nak besar. Nanti jadi macam kamu! Pada pendapat pengkaji, diksi yang dipilih oleh penutur untuk

membandingkan sifat bodoh pendengar dalam dialog 1 dan dialog 2, diksi dalam dialog 1 lebih terkesan di hati pendengar kerana dirinya

6

dibandingkan dengan sifat seekor haiwan iaitu dalam ungkapan /bodoh macam lembu/. Ini dapat dibuktikan melalui reaksi oleh pendengar: . Marina berasa seperti disimbah air lumpur ke mukanya. Setan! Gila! Hantu kau Encik Murad! Jaga kau nanti! Dalam dialog kedua, walaupun apa yang diungkapkan oleh penutur itu adalah sama maksudnya dengan dialog yang pertama namun ianya lebih lembut. Ini dilihat dalam ungkapan /pokok lambat nak besar, nanti jadi macam kamu/. Ungkapan ini dianggap lebih lembut berbanding ungkapan pertama kerana pemilihan diksi kepada objek bandingan itu adalah tumbuhan bukan haiwan. Ini dapat dibuktikan dengan melihat reaksi pendengarnya Marina mengikut tanpa kata, walaupun muka ditarik jadi macam asam kecut.

Pemahaman makna juga dipengaruhi oleh intonasi pengucapan sesuatu ujaran oleh penutur. Walaupun ujaran yang dikeluarkan itu sama, maksud ujaran tersebut akan berubah jika penutur menggunakan intonasi yang berlainan. Ini dapat dibuktikan dalam dialog yang dipetik daripada cerpen Kawan ini iaitu: Kau tak perlu memberitahu sesiapa kerana aku tidak bercadang hendak ke mana-mana Jika ungkapan ini diucapkan dalam intonasi yang lembut dan mendatar ianya boleh membawa maksud penutur berniat untuk memenangkan dan melegakan hati pendengar yang memerlukan bantuannya dan amat

7

berharap serta berusaha sedaya upaya agar penutur tidak berpindah ke tempat lain. Walau bagaimanapun jika ungkapan ini diungkap secara kasar, Kau tak perlu memberitahu sesiapa kerana aku tidak bercadang hendak ke mana-mana! akan membawa maksud ugutan kepada pendengar. Ungkapan ini boleh menggambarkan situasi tegang antara penutur yang mempunyai kedudukan yang kukuh dalam sesebuah institusi dan pendengar yang sedaya upaya berusaha untuk

melenyapkannya dari situ. Maksud ini boleh dijelaskan lagi dengan contoh ungkapan yang juga dipetik dari cerpen Kawan: Dihulur kepadaku sebiji jambu bol yang telah kudapat agak dari mana asalnya. Sambil menyambar jambu lantas menyorong ke mulut sempat aku bertanya Di mana kau dapat jambu ni , Pungut? Soalan yang dikemukakan oleh penutur di atas boleh dianggap sebagai pertanyaan yang memerlukan jawapan dan juga boleh dianggap sindiran. Ini bergantung kepada intonasi yang digunakan oleh penutur mengikut konteksnya. Kesilapan dalam memilih nada suara dalam sesuatu ujaran boleh mengubah maknanya.

Aliran fikiran antara penutur dan pendengar juga merupakan penyumbang kepada pemahaman makna dalam sesebuah perbualan. Jika aliran fikiran antara penutur dan pendengar tidak searah ia akan

8

membawa kepada kesalahtafsiran makna dan akan wujudlah halangan komunikasi. Ini menyebabkan tujuan ujaran tidak akan kesampaian. Hal ini boleh dibuktikan oleh pengkaji dengan memberi contoh dialog yang dipetik daripada cerpen Malam: Ana hendak ke mana? Keluar Untuk apa? Makan Makan?. Cari makan? Mari dengan saya Ke mana? Ke atas Untuk apa? Makan? Ah, pura-pura tanya pulak! Azmi menarik tangan Hana dengan keras. Hana kebingungan. Dalam dialog di atas, jelas bahawa frasa /makan/ adalah frasa yang berkonotasi mengikut aliran fikiran kedua pihak yang terlibat dalam perbualan tersebut. Amat jelas di sini kedua-dua individu yang terlibat mempunyai aliran fikiran yang berbeza. Pada individu yang bernama Hana, frasa /makan/ yang dimaksudkan olehnya adalah perlakuan memamah dan menelan makanan manakala /makan/ yang dimaksudkan oleh individu yang bernama Azmi ialah memuaskan nafsu seks. Maka jelaslah di sini bahawa aliran fikiran penutur dan pendengar

9

mempengaruhi

pemahaman

makna

dalam

ujaran

dan

jika

ada

percanggahan dalam aliran fikiran ini, maksud tidak akan kesampaian.

Pemahaman makna dari sudut aliran fikiran ini juga bergantung kepada aliran fikiran pembaca. Ini dapat dijelaskan oleh pengkaji melalui monolog yang dipetik daripada cerpen Erti Kehidupan. Ini semua gara-gara papa. Marina merungut geram sambil tangannya menghayun cangkul tinggi sebelum mata cangkul itu mencekam tanah. Kalau tidak kerana papa, mati hidup balik pun aku tak akan buat kerja ni! Pemahaman makna monolog di atas akan mengikut aliran fikiran pembacanya. Mungkin sesetengah pembaca menanggapi penutur

tersebut telah dipaksa oleh bapanya untuk melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang atau terpaksa menunaikan permintaan bapanya walaupun telah menyedari perkara tersebut menyalahi undang-undang. Mungkin ada pembaca yang menanggapi bahawa permintaan si bapa adalah untuk memberi kesedaran kepada anaknya betapa jerihnya pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. Ini dapat dilihat dalam ungkapan di bawah: Papa hantar Rin supaya Rin tahu kesusahan hidup. Dari kesusahan kita dapat membina kekuatan kerana hidup ini memerlukan kekuatan, Rin. Buang sifat-sifat manja. Rin, papa punya tiga puteri, papa tak ada anak lelaki tapi papa punya estet untuk diuruskan

10

Pemahaman makna dari sudut aliran fikiran ini bergantung kepada positif atau negatifnya fikiran pembaca.

Kebudayaan

antara

sesebuah

masyarakat

juga

boleh

mempengaruhi makna ungkapan. Ini dapat dibuktikan dalam ungkapan yang dipetik daripada cerpen Singkowoton karya Azmah Nordin iaitu: Solisir, apabila engkau memakan lemak ini, roh tengkorak itu

akan melindungi kau. Sesuatu ungkapan atau frasa yang menjijikkan dan menyeramkan boleh dianggap sebaliknya dalam sesebuah

masyarakat kerana budayanya. Frasa /lemak/ dan /tengkorak/ dalam ungkapan di atas boleh menimbulkan perasaan jijik dan menyeramkan kepada mereka yang berada di luar budaya tersebut tetapi ia memberi maksud suci dan pelindung kepada masyarakat berkenaan. Pengertian sesebuah ungkapan juga akan hanya difahami oleh mereka yang merupakan anggota masyarakat tersebut. Ini disebabkan oleh perbezaan kebudayaan. Istilah-istilah yang digunakan hanya dapat difahami oleh anggota masyarakat tersebut yakni yang mengamalkan budaya yang sama. Hal ini dapat dibuktikan oleh pengkaji dengan memetik sebuah ungkapan daripada cerpen Singkowoton: Ah, biarpun keempat-empat lemak kering yang bergantungan bersama tengkorak antik yang dijadikan singkowoton di bahagian tengah dewan lansaran itu mereka makan, belum tentu mereka akan terselamat daripada malapetaka

11

Kata /singkowoton/ dan /lansaran/ ialah istilah yang cuma digunakan dalam masyarakat berkenaan yang sudah pasti anggotanya

mengamalkan cara hidup yang sama. Istilah tersebut hanya dapat difahami sesama mereka. Jika kata tersebut dituturkan kepada mereka yang diluar budaya berkenaan, maksudnya sudah pasti tidak akan kesampaian dan kata tersebut tidak akan memberi apa-apa makna.

Kesimpulan

Kesimpulannya semantik adalah sebahagian daripada kajian ilmu linguistik yang meneliti makna sama ada dalam morfem, kata, frasa, klausa dan ayat. Penutur akan menggunakan komponen-komponen ini untuk menyatakan sesuatu yang hendak disampaikan kepada pendengar. Pendengar pula akan berusaha untuk mentafsir dan memahami apa yang hendak disampaikan oleh oleh penutur. Dalam hal ini tafsiran dan pemahaman akan bergantung kepada persepsi dan tanggapan, jarak hubungan, pemilihan diksi oleh penutur, aliran fikiran mereka yang terlibat dalam pertuturan, intonasi yang digunakan dan juga kebudayaan.

12