26
AMALAN REFLEKSI OLEH GURU DALAM PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH DR. MADZNIYAH MD. JAAFAR Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. 18 JUN 2012 SEMINAR & BENGKEL KEPIMPINAN PENYELIDIKAN: (Melaksanakan, Menulis & Menerbitkan Kajian Tindakan) 18-20 JUN 2012, WISMA R&D, UNIVERSITI MALAYA

Amalan Refleksi oleh Guru

  • Upload
    -

  • View
    71

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Amalan refleksi oleh guru dalam perlaksanaan kajian tindakan di sekolah. Sangat berguna untuk pembacaan

Citation preview

Page 1: Amalan Refleksi oleh Guru

AMALAN REFLEKSI OLEH GURU DALAM PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

DI SEKOLAH

DR. MADZNIYAH MD. JAAFAR Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

18 JUN 2012

SEMINAR & BENGKEL KEPIMPINAN PENYELIDIKAN: (Melaksanakan, Menulis & Menerbitkan Kajian Tindakan)

18-20 JUN 2012, WISMA R&D, UNIVERSITI MALAYA

Page 2: Amalan Refleksi oleh Guru

Pengenalan • Kebelakangan ini sistem pendidikan negara sedang

menghadapi cabaran-cabaran baru akibat daripada arus globalisasi.

• Dalam proses pendidikan, peranan guru sebagai pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) di bilik darjah telah berubah.

• Adalah sangat sukar untuk melihat bagaimana pengajaran dapat dipertingkatkan atau bagaimana kurikulum dapat dinilai tanpa penilaian kendiri daripada guru (Stenhouse 1975).

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 3: Amalan Refleksi oleh Guru

• Kajian tindakan dilihat sebagai satu proses refleksi kendiri secara sistematik ke atas amalan semasa (Murray et al. 2005, Macintyre 2000).

• Guru-guru perlu mempunyai kebolehan mereflek secara sistematik tentang aktiviti-aktiviti pedagogi mereka sendiri supaya dapat menambahbaik amalan pengajaran mereka. Malah menurut Macintyre (2000), tanpa refleksi guru tidak dapat merubah amalan mereka secara disengajakan atau dikawal.

• Intipati kepada kajian tindakan dapat dilihat dalam persoalan kendiri seseorang iaitu, “Bagaimana saya boleh memperbaiki apa yang saya sedang lakukan?”.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 4: Amalan Refleksi oleh Guru

Refleksi Dalam Kajian Tindakan

• Menurut Kemmis dan McTaggart (1988), kajian tindakan ialah inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif bagi menambahbaik atau memperbaiki amalan mereka sendiri dengan melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut.

• Menurut beliau, kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-reflective spiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai dan mereflek.

• Dalam konteks ini, refleksi berlaku di sepanjang kajian tindakan

itu dilaksanakan iaitu bermula dari langkah pertama hingga ke langkah akhir (Grundy & Kemmis 1981; Schon 1983). Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 5: Amalan Refleksi oleh Guru

5

Amalan Refleksi Dalam Pengembangan Kurikulum dan Pelaksanaan Pengajaran

FPK

Kurikulum

Pengajaran

Semasa (kandungan,

pedagogi, motivasi, kawalan, strategi, penilaian, interaksi

dll)

Sebelum (perancangan,

objektif, pengetahuan sedia ada, ciri pelajar

dll)

Selepas (nilai kesan

pembelajaran, masa, kos, minat, interaksi

dll)

Tidak sedar (Kejahilan)

Refleksi

Sedar (Kepekaan untuk mengubah)

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

• Reflection in action • Reflection on action (Altrichter et al. 1993)

Page 6: Amalan Refleksi oleh Guru

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan meneliti amalan refleksi guru yang melaksanakan kajian tindakan di sekolah.

Persoalan Kajian Bagaimanakah amalan refleksi guru dalam melaksanakan kajian tindakan di sekolah?

Metodologi

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes kualitatif pelbagai kes pelbagai tempat atau multicase-multisite studies (Miles & Huberman 1994; Merriam 1998).

Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif bukan sahaja membolehkan bertemu dengan peserta kajian, tetapi juga dapat memastikan secara langsung apa yang berlaku dan berinteraksi dengan mereka (Yin 1994).

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 7: Amalan Refleksi oleh Guru

Temubual Pemerhatian Analisis dokumen

Temubual mendalam: 5 orang guru

Multicase-multisite: 5 orang guru 5 buah sekolah 2 buah negeri: Kedah Darul Aman & Wilayah Persekutuan

Tidak turut serta: 5 orang guru semasa p&p

Cadangan kajian Minit mesyuarat Buku catatan/diari Pelan tindakan Alat kajian/ujian Laporan kajian

Pendekatan Kualitatif

Prosedur Pengumpulan Data

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 8: Amalan Refleksi oleh Guru

Peserta Kajian

• Pemilihan peserta kajian menerusi kaedah purposive sampling dengan mengambilkira guru yang melaksanakan kajian tindakan dan telah mengikuti kursus kajian tindakan anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM dengan melibatkan lima orang guru sekolah menengah di negeri Kedah dan WP Kuala Lumpur.

Prosedur Menganalisis Data

• Data kualitatif yang diperolehi dianalisis meliputi mereduksi atau penyaringan data, memaparkan data dan membuat kesimpulan dan verifikasi (Miles dan Huberman 1994).

• Perisian NVivo Edisi Ke-2 (QSR International Pty Ltd 2003) digunakan bagi tujuan memudahkan pengurusan data bagi menghasilkan nodes mengikut kategori.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 9: Amalan Refleksi oleh Guru

DAPATAN KAJIAN Ringkasan Latarbelakang Peserta Kajian

Jantina Bil. Guru1 Guru2 Guru3 Guru4 Guru5

Lelaki 4 √ √ √ √

Perempuan 1 √

Umur (tahun) 40 33 40 49 37

Mata Pelajaran

Matematik 3 √ √ √

Fizik 1 √

Sejarah 1 √

Kelulusan Akademik

Sarjanamuda 2 √ √

Sarjana 3 √ √ √

Negeri

Wilayah Persekutuan 3 √ √ √

Kedah Darul Aman 2 √ √

Lokasi Sekolah

Bandar 4 √ √ √ √

Luar Bandar 1 √

Pengalaman Mengajar 12 8 13 22 10

Kursus Kajian Tindakan 2001 2003 1995 1995 2002

Bil. Kajian Tindakan 1 1 7 8 3

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 10: Amalan Refleksi oleh Guru

I. Peringkat Refleksi • Adalah didapati guru-guru terlibat banyak melakukan refleksi

di peringkat permulaan berbanding di peringkat pertengahan dan peringkat akhir semasa melaksanakan kajian tindakan masing-masing.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

35

21

10

0

5

10

15

20

25

30

35

40

Permulaan Pertengahan Akhir

Peringkat

Kekera

pan

Series1

Rajah 1.1 Kekerapan Peringkat Refleksi Yang Dilakukan Oleh Guru-Guru Terlibat Semasa Melaksanakan Kajian Tindakan

Page 11: Amalan Refleksi oleh Guru

1) Refleksi Peringkat Permulaan

• Refleksi peringkat permulaan atau peringkat memulakan kajian tindakan adalah lebih kepada untuk membuat tinjauan atau analisis sesuatu situasi, menentukan isu dan bidang keprihatinan, menentukan fokus penyiasatan atau menganalisis kefahaman secara sendiri atau dengan orang lain.

• Document 4 of 14 Guru4

Passage 3 of 5 Section 0, Para 88, 342 chars.

88: Pertama sekali kelas ni kelas harapan sekolah ni lah sebab kelas ni dijangka mendapat pelajar-pelajar yang baik. Tingkatan 4 di sini ada 9 kelas dan ini the first class tetapi kalau mereka ini bermasalah dengan Fizik kita tau masa depan dalam dunia pendidikan sekarang ni kalau Fizik mereka gone gone case lah matrikulasi tak dapat apa tak da.

Page 12: Amalan Refleksi oleh Guru

• Antara isu yang disentuh oleh guru-guru terlibat semasa melakukan refleksi di peringkat permulaan ialah memikirkan tentang isu berkaitan kebolehan dan keadaan pelajar-pelajar mereka. Misalnya Guru5 yang mengajar Matematik di kelas yang lemah dan tidak berminat pada mata pelajaran tersebut.

• Document 5 of 14 Guru5

Passage 3 of 6 Section 0, Para 117, 403 chars.

117: Lebih kurang sama. 5B ni ialah kelas yang mengambil mata pelajaran vokasional. Dia orang ambik 2 subjek vokasional yang dioffer. Satu rekaan fesyen dan yang satu lagi catering. Then pelajar-pelajar ni boleh dikatakan pelajar yang tak layak masuk kelas sains, tak layak masuk kelas akaun, tak layak masuk kelas perdagangan la macam tu lah. So kita masukkan dia ke bidang kemahiran-kemahiran tertentu lah.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 13: Amalan Refleksi oleh Guru

• Guru-guru terlibat juga semasa melakukan refleksi peringkat permulaan lebih menumpukan pemikiran kepada cara-cara mencapai matlamat p&p. Misalnya Guru3 yang telah melaksanakan kajian tindakan sebelum ini menggunakan satu program Matematik yang dikenali sebagai PROMAT 20/20, terpaksa mengubahsuai programnya akibat berlaku pertukaran format peperiksaan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Guru3 juga menambah bahawa bagi mencapai matlamat p&p, dia turut menekankan pendekatan p&p yang diperkenalkan menerusi kursus sains dan Matematik peringkat negeri yang dihadirinya.

• Document 3 of 14 Guru3 • Passage 7 of 20 Section 1.1, Para 168, 474 chars.

• 168: Tahun lepas kita masih menggunakan PROMAT 20/20 masa mereka di

tingkatan 4. So apabila surat arahan datang pada bulan Jun tentang pertukaran format peperiksaan, jadi dah tersilap la sebab program ini sepatutnya untuk dua tahun. Jadi untuk kajian tahun ini saya hanya focus pada tingkatan 5 bermakna sambil itu saya akan mengubahsuai PROMAT 20/20 untuk dilaksanakan untuk tingkatan 5 sahaja tapi tingkatan 4 tak terlibat tapi modul tu akan menyediakan untuk tingkatan 4 juga.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 14: Amalan Refleksi oleh Guru

2) Refleksi Peringkat Pertengahan • Guru-guru terlibat juga didapati melakukan refleksi di

peringkat pertengahan atau semasa melaksanakan tindakan. Ini menyebabkan guru terlibat memperbaiki atau mengubah sesuatu tindakan atau pemikiran terutama apabila berhadapan dengan sesuatu situasi atau masalah ataupun kekangan yang tidak dijangkakan.

• Misalnya Guru3, dia menggunakan strategi yang berbeza bagi pelajar-pelajarnya yang pelbagai pencapaiannya semasa melaksanakan tindakan. Dia menekankan tajuk-tajuk lukisan daripada perkiraan pada pelajar-pelajar lemah dan mengwujudkan kumpulan elit bagi pelajar-pelajar cerdas. Semasa melaksanakan tindakan, dia menumpukan pemikiran ke arah pencapaian pelajar-pelajarnya melalui strategi yang telah diatur. Walau bagaimanapun, dia mendapati borang Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) yang pada mulanya dianggap sebagai borang penilaian mempunyai kegunaannya dari segi menentukan kemahiran-kemahiran utama dan kecil yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar bagi menjawab soalan-soalan penting.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 15: Amalan Refleksi oleh Guru

• Misalnya Guru2 telah mengubah pemikiran atau anggapan terhadap pelajar-pelajarnya yang dianggap lemah dalam segala aspek. Melalui pemerhatian terhadap pelajar-pelajarnya di bilik komputer, dia mendapati tanggapannya selama ini terhadap mereka adalah salah.

• Document 2 of 14 Guru2

• Passage 1 of 2 Section 1.1, Para 498, 734 chars.

• 498: Sebenarnya budak saya ni tahap lemah tapi rupa-rupanya makna andaian saya la silap. Dulu saya ingat dia orang ni lemah Matematik maknanya dungu semuanya. Rupa-rupanya komputer dia orang ni terror. Dia punya…maknanya cekaplah dari segi penyambungan sistem, pendawaian apa semua dia boleh buat pemasangan apa jenis budak-budak yang saya perhati yang dalam kelas tak pernah buat latihan yang malas bodoh tapi saya tengok dengan komputer dia cerdik, cerdik IT la kira. And then dia ..kat situ bila saya bawa luar daripada bilik darjah bawa ke kelas komputer dalam persekitaran baru dalam bentuk macam ada ada bahan bantu mengajar seperti komputer kan dia orang nampak beri penumpuan la sebab dia orang benda yang baru kan seronok la dia.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 16: Amalan Refleksi oleh Guru

3) Refleksi Peringkat Akhir • Manakala bagi refleksi di peringkat akhir atau pasca

tindakan lebih kepada menilai kembali kefahaman dan tanggapan, menentukan rumusan yang boleh dibuat dan menentukan tindakan selanjutnya.

• Guru3 misalnya melalui refleksi di peringkat akhir telah membuat rumusan pada kajian tindakan yang telah dilaksanakannya. Dia beranggapan program Matematik atau PROMAT 20/10 yang telah dijalankannya itu telah memudahkan pembelajaran pelajar-pelajar dan ini telah meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar dalam menjawab soalan Matematik Moden SPM.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 17: Amalan Refleksi oleh Guru

• Manakala bagi Guru5, kegagalan mencapai objektif bagi kajian tindakan pertamanya yang menggunakan kalkulator grafik telah menyebabkan dia mengubahsuai arahan pada lembaran kerja bagi melaksanakan kajian tindakan selanjutnya.

• Document 3 of 14 Guru5

• Passage 1 of 4 Section 0, Para 105, 317 chars.

• 105: Pertama kali tu belum ada pengalaman lagi buat kajian tindakan tahun 2002. Pendedahan tu ada la cuma kita belum pernah buat satu kajian tindakan. And then aa….saya dapati gagal macam tak ada peningkatan terhadap prestasi pelajar. Kemudian tahun berikutnya saya berpeluang mengajar kelas itu lagi saya ambik sample yang sama pelajar yang sama yang naik tingkatan 5B pula, saya guna kalkulator grafik yang sama tapi saya ubahsuai arahan tu.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 18: Amalan Refleksi oleh Guru

II. Tahap Refleksi

• Bagi menganalisis tahap refleksi kelima-lima guru yang terlibat, pengkaji menggunakan Tahap Pemikiran Reflektif Van Manen yang telah digunakan oleh Boon (2002) dalam kajiannya.

Peserta/ Tahap

Guru1 Guru2 Guru3 Guru4 Guru5 Jumlah %

Teknikal 2 1 5 2 8 18 19.35

Praktikal 0 0 2 2 5 9 9.68

Kritikal 2 11 30 11 12 66 70.97

Jumlah: 4 12 37 15 25 93 100.00

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 19: Amalan Refleksi oleh Guru

• Ini menunjukkan semua peserta kajian mempunyai tahap pemikiran kritikal lebih tinggi berbanding dengan tahap teknikal dan praktikal.

• Ini bermakna guru-guru lebih memikirkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan masalah pendidikan, kaedah pengajaran, sikap sebagai guru dan pandangan tentang kebolehan dan keadaan pelajar serta menggabungkan isu-isu sosial, etika dan tindakan profesional sepertimana yang disarankan oleh Van Manen (1977) dalam Boon (2002).

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 20: Amalan Refleksi oleh Guru

• Didapati tahap pemikiran kritikal adalah paling menonjol berbanding dengan tahap pemikiran praktikal dan tahap pemikiran teknikal bagi kelima-lima guru terlibat.

• Ini menunjukkan Guru3 mempunyai tahap pemikiran kritikal paling tinggi, manakala Guru1 mempunyai tahap pemikiran kritikal paling rendah antara kesemua guru terlibat yang lain.

• Guru5 mempunyai tahap pemikiran praktikal dan teknikal paling tinggi berbanding dengan guru-guru lain.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 21: Amalan Refleksi oleh Guru

PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN • Ini menggambarkan mereka menunjukkan suatu pendekatan

yang lebih terbuka terhadap pengalaman-pengalaman mereka. Mereka lebih proaktif dan berkeupayaan menggabungkan isu-isu sosial, etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006, 1977).

• Mereka juga berupaya untuk mempengaruhi atau mengawal aspek-aspek seperti kurikulum, persekitaran dan organisasi atau institusi (Wong et al 2000).

• Guru1 yang mempunyai pemikiran refleksi tahap kritikal, praktikal dan teknikal paling rendah berbanding peserta kajian yang lain, lebih komited terhadap pencapaian matlamat iaitu menyiapkan persediaan mengajar dan bahan pengajaran daripada memikirkan tentang isu-isu sosial, masalah akhlak, etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006, 1977).

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 22: Amalan Refleksi oleh Guru

• Dapatan ini menunjukkan guru-guru tidak begitu reflektif dan refleksi yang dilakukan tidak berstruktur dan lebih berdasarkan pada pengalaman tanpa mempunyai catatan secara sistematik melalui penulisan jurnal atau diari.

• Kajian ini juga menunjukkan guru-guru kurang membuat refleksi kendiri dan keadaan ini yang kemungkinan menyebabkan guru selalu menyalahkan pelajar-pelajar daripada menilai kelemahan diri mereka sendiri.

• Masalah amalan mencatat berlaku kerana dalam budaya masyarakat Malaysia, amalan mendokumentasi atau sifat suka mencatat apa yang berlaku dan apa yang diperhatikan adalah sangat kurang sehinggakan sifat menulis ini menjadi begitu sukar untuk dilakukan.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 23: Amalan Refleksi oleh Guru

• Juga terdapat guru yang masih kabur dan kurang jelas tentang tujuan sebenar penulisan jurnal refleksi. Di samping itu, tidak mempunyai masa yang mencukupi dan beban tugas menyukarkan guru untuk menumpukan pada usaha-usaha inovasi, duduk berbincang dengan rakan sejawat dan membuat refleksi.

• Dalam melaksanakan kajian tindakan, guru-guru perlu sokongan dari rakan sejawat, rakan penyelidik dan pihak pentadbir sekolah dalam menentukan kejayaan kajian tindakan yang dilaksanakan.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Page 24: Amalan Refleksi oleh Guru

Rujukan: Altrichter, H., Posch, P. & Somekh, B. 1993. Teachers investigate their work: an

introduction to the methods of action research. London: Routledge.

Boon Pong Ying. 2002. Pelaksanaan kerja kursus berportfolio dalam kursus diploma perguruan Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (pnyt.). 1988. The action research planner. Ed. ke-3. Victoria: Deakin University.

Grundy, S. & Kemmis, S. 1981. Educational action research in Australia: the state of the art (overview). Dlm. Kemmis, S. & McTaggart, R. (pnyt). The action research reader, hlm. 321-336. Ed. ke-3. Victoria: Deakin University.

Macintyre, C. 2000. The art of action research in the classroom. London: David Dulton Publishers.

Madzniyah Md. Jaafar. 2004. Temubual mendalam: pelaksanaan kajian tindakan oleh guru di sekolah. Kertas kerja 1st National Seminar on Qualitative Research. Universiti Malaya. 2 Disember.

Madzniyah Md. Jaafar. 2002. Action research in Malaysia. Kertas kerja 26th Annual Conference of the Collaborative Action Research Network (CARN). Londonderry, Northern Ireland. 8-10 November.

Page 25: Amalan Refleksi oleh Guru

Madzniyah Md. Jaafar. 1998. Program for Innovation, Excellence and Research (PIER): reflections on three years spent as a co-ordinator of Sub-Program 4. Tesis Sarjana. Monash University, Australia.

Madzniyah Md. Jaafar, Muhammad Hussin, Choo Suet Lan, Mohd. Zubir Embong, Aminuddin Mohd. Sani, Zakiah Idris & Kim Phaik Lah (pngr.). 1995. Modul kajian tindakan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

McNiff, J. 1992. Action research: principles and practice. London: Routledge.

Miles, M.B. & Huberman, A.M. 1994. Qualitative data analysis. Ed. ke-2. Thousand Oaks, California: Sage Publications.

Murray, M., Kujundzic, N., (2005). Critical Reflection: A Textbook for Critical Thinking. Québec, Canada: McGill-Queen's University Press.

Stenhouse, L. 1975. Introduction to curriculum research and development. London: Heinemens.

Van Manen, M. 2006. Writing Qualitatively , or the demands of writing Keynote Address: Third Nordic Interdisciplinary Conference on Qualitative Methods.

Van Manen, M. 1977. Linking ways of knowing with ways of being practical. Curriculum inquiry 6(3): 205-228.

Yin, R.K. 1994. Case study research: design and methods. Ed. ke-2. Thousand Oaks, California: Sage Publications.

Page 26: Amalan Refleksi oleh Guru

Sekian,

Terima Kasih.

Dr. Madzniyah Md.Jaafar [email protected] [email protected]

Jabatan R&I, IPG Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah.

013-3946074