22
IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018) http://jurnal.ipn.gov.my Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat, Dan Baitulmal Di Malaysia Mohd Fairuz Md Salleh 1 Norida Basnan Azlina Ahmad Azizah Harun Hairunnizam Wahid Ainol Basirah Abdul Wahab Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Artikel ini mengkaji amalan pengiktirafan hasil oleh institusi yang mentadbir Wakaf, Zakat dan Baitulmal (WZB) di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan penyata kewangan dan perbincangan kumpulan fokus, dapatan kajian ini melaporkan wujudnya perbezaan dalam amalan pengiktirafan hasil bagi lima Institusi WZB yang dijadikan sampel kajian terutamanya dalam aspek pengiktirafan wakaf khas, pengiktirafan harta faraid atau hak pesaka bahagian baitulmal, titik pengiktirafan hasil luqatah dan wujudnya perbezaan dalam asas pengukuran yang digunakan bagi Institusi WZB dalam mengiktiraf hasil-hasil tersebut. Dapatan kajian ini dapat memberikan kefahaman berhubung amalan semasa pengiktirafan hasil Institusi WZB dan seterusnya diharapkan dapat digunakan sebagai input bagi pembentukan piawaian perakaunan dan pelaporan seragam khusus bagi Institusi WZB. Kata kunci: wakaf, zakat, baitulmal, pengiktirafan hasil, perakaunan Islam Abstract This article presents a critical review of revenue recognition practices among the institutions administering waqf, zakah and baitulmal (WZB) in Malaysia. Through a content analysis of financial statements and focus group discussions with the accountants and management of the five WZB institutions, the findings show that different revenue recognition practices have been employed, particularly in recognizing revenues of waqf for specific purpose and in recognizing ‘faraid’ properties or portion of estates of a deceased person that belong to baitulmal. Furthermore, the review of practices of the sample institutions reveals different point 1 Penulis adalah pensyarah kanan di Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Artikel ini adalah sebahagian dari dapatan projek penyelidikan yang dibiayai oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Kod projek: EP-2018-005 Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 1

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat, Dan Baitulmal Di Malaysia

Mohd Fairuz Md Salleh1

Norida Basnan

Azlina Ahmad

Azizah Harun

Hairunnizam Wahid

Ainol Basirah Abdul Wahab

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Artikel ini mengkaji amalan pengiktirafan hasil oleh institusi yang mentadbir Wakaf, Zakat dan

Baitulmal (WZB) di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan penyata

kewangan dan perbincangan kumpulan fokus, dapatan kajian ini melaporkan wujudnya

perbezaan dalam amalan pengiktirafan hasil bagi lima Institusi WZB yang dijadikan sampel

kajian terutamanya dalam aspek pengiktirafan wakaf khas, pengiktirafan harta faraid atau

hak pesaka bahagian baitulmal, titik pengiktirafan hasil luqatah dan wujudnya perbezaan

dalam asas pengukuran yang digunakan bagi Institusi WZB dalam mengiktiraf hasil-hasil

tersebut. Dapatan kajian ini dapat memberikan kefahaman berhubung amalan semasa

pengiktirafan hasil Institusi WZB dan seterusnya diharapkan dapat digunakan sebagai input

bagi pembentukan piawaian perakaunan dan pelaporan seragam khusus bagi Institusi WZB.

Kata kunci: wakaf, zakat, baitulmal, pengiktirafan hasil, perakaunan Islam

Abstract

This article presents a critical review of revenue recognition practices among the institutions

administering waqf, zakah and baitulmal (WZB) in Malaysia. Through a content analysis of

financial statements and focus group discussions with the accountants and management

of the five WZB institutions, the findings show that different revenue recognition practices

have been employed, particularly in recognizing revenues of waqf for specific purpose and

in recognizing ‘faraid’ properties or portion of estates of a deceased person that belong to

baitulmal. Furthermore, the review of practices of the sample institutions reveals different point

1 Penulis adalah pensyarah kanan di Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Artikel ini adalah sebahagian dari dapatan projek penyelidikan yang dibiayai oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Kod projek: EP-2018-005

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 1

Page 2: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

of recognition of ‘luqatah’ as revenue and diverse measurement basis were used in revenues

recognition. The findings provide understanding on the current practices of recognition of the

various types of revenues administered by the institutions of WZB. The findings can also be

used as inputs in developing Islamic accounting standards that will harmonize the accounting

and reporting practices among WZB institutions.

Keywords: waqf, zakah, baitulmal, revenue recognition, Islamic accounting

Pengenalan

Aspek pengurusan harta agama Islam oleh Institusi yang diberi amanah merupakan faktor

penting dalam pembangunan sosioekonomi umat Islam khususnya dan negara secara amnya.

Dalam konteks Malaysia, pentadbiran harta termasuk hasil berkaitan agama Islam diletakkan

di bawah kuasa kerajaan negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 97(3) Perlembagaan

Persekutuan dan pentadbiran tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri,

Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta agensi yang diberi mandat oleh MAIN. Pengasingan

pengurusan wang berkaitan agama Islam termasuk hasil yang ditadbirkan Institusi Zakat,

Wakaf dan Baitulmal (selepas ini dinyatakan sebagai Institusi WZB) yang tidak diiktiraf sebagai

wang awam adalah jelas seperti yang termaktub dalam Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan

1957. Institusi WZB sebagai institusi yang diberi amanah menguruskan wang dan harta umat

Islam memainkan peranan yang penting bagi memenuhi dan memelihara kepentingan umat

Islam dan juga masyarakat awam amnya.

Seiring dengan perkembangan ekonomi dan kewangan umat Islam, serta pemodenan tadbir

urus Institusi WZB, pengurusan hasil agama Islam pada masa kini dilihat lebih kompleks

dan memerlukan kepada sistem pengurusan yang cekap dan berkesan bagi menjamin

kelestarian sosioekonomi umat Islam. Peningkatan jumlah hasil agama, terutama hasil

zakat yang diurus tahun ke tahun ditambah dengan jenis kutipan hasil yang pelbagai

menjadikan aspek pengurusan hasil oleh Institusi WZB termasuk MAIN lebih kritikal (Khairul

Azhar, 2017). Secara spesifik, tatacara perakaunan dan pelaporan hasil yang sistematik

dan telus amat diperlukan bagi membolehkan Institusi WZB menzahirkan akauntabilitinya

kepada pihak berkepentingan (Hailani Muji Tahir & Ahmad, 2009). Sungguhpun akauntabiliti

yang tinggi Institusi WZB dituntut oleh pihak berkepentingannya, kajian lepas melaporkan

bahawa wujudnya ketidakseragaman dan kelemahan amalan perakaunan dan pengurusan

di kalangan MAIN di Malaysia (Abdul Rahman & Goddard, 1998). Hal ini disebabkan oleh

ketiadaan piawaian khusus yang sesuai untuk digunapakai oleh institusi yang mentadbir

wakaf, zakat dan baitulmal dalam mengakaunkan dan melaporkan harta termasuk hasil

agama Islam yang diuruskan (Ihsan et al., 2017). Tambahan pula, pemakaian piawaian

konvensional sedia ada adalah tidak sesuai disebabkan teras operasi Institusi WZB adalah

unik dan berbeza berbanding entiti yang bermotifkan untung mahupun entiti awam yang lain

(Nahar & Yaacob, 2011; Yaacob, Petra & Sumardi, 2015; Azmi & Haniffa, 2015). Oleh itu,

keunikan Institusi WZB yang beroperasi dalam ruang lingkup yang berlandaskan ketetapan

syarak menuntut suatu tatacara dan sistem perakaunan yang sesuai agar catatan urusniaga

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 2

Page 3: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

dan aktiviti institusi dapat diakaunkan dan dizahirkan selari dengan roh Islam yang mendasari

operasi institusi tersebut.

Bagi mengatasi pemasalahan ini, usaha membangunkan piawaian perakaunan khusus

bagi Institusi WZB yang dikenali sebagai piawaian perakaunan dan pelaporan Islam telah

dimulai sejak 2016, hasil inisiatif Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan kerjasama tiga

buah universiti iaitu Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia dan Universiti

Kebangsaan Malaysia (Bernama, 2016). Usaha membangunkan piawaian perakaunan dan

pelaporan Islam ini semestinya memerlukan penelitian yang mendalam berhubung aspek

amalan perakaunan semasa di kalangan Institusi WZB bagi memberi kefahaman terhadap

pengoperasian perakaunan di Institusi WZB yang kompleks dan unik ini. Ia seterusnya menjadi

input penting dalam pembangunan piawaian perakaunan dan pelaporan Islam tersebut.

Artikel ini bertujuan untuk mempersembahkan dapatan kajian berkaitan amalan perakaunan

Institusi WZB dengan memberi fokus kepada aspek amalan pengiktirafan hasil berdasarkan

kajian di beberapa Institusi WZB yang dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan dari kajian ini

dapat digunakan sebagai input dalam menyumbang kepada usaha untuk membangunkan

piawaian perakaunan yang seragam khusus untuk operasi Institusi WZB. Artikel ini seterusnya

akan dimulakan dengan perbincangan sorotan karya lepas yang berkaitan, disusuli dengan

metodologi kajian serta dapatan kajian. Artikel ini akan diakhiri dengan perbincangan dan

kesimpulan.

Sorotan Karya

Kajian lepas yang diulas dalam bahagian ini adalah kajian-kajian yang berkaitan dengan

perakaunan dan pelaporan di institusi berlandaskan Agama Islam termasuk Institusi WZB

samada di Malaysia atau di negara lain yang berkaitan.

Perakaunan Dan Pelaporan Institusi Wakaf, Zakat Dan Baitulmal

Sistem perakaunan dan pelaporan yang telus merupakan salah satu medium penting bagi

menzahirkan akauntabiliti sesebuah institusi (Connollay & Hyndman, 2013), termasuk institusi

berlandaskan Agama Islam. Malahan bagi institusi berlandaskan Agama Islam ini, tuntutan

akauntabiliti adalah lebih holistik meliputi tuntutan akauntabiliti kepada Allah dan akauntabiliti

kepada masyarakat sejagat terutamanya umat Islam. Walau bagaimanapun, dapatan kajian

lepas melaporkan amalan perakaunan dan pelaporan di kalangan Institusi WZB termasuk

MAIN adalah tidak seragam dan hal ini menimbulkan persoalan tentang isu ketelusan dan

akauntabiliti yang dipamerkan oleh institusi berkenaan sebagai institusi yang diberi amanah

mengurus harta umat Islam (Hasan Basri & Siti Nabiha, 2010). Ketidakyakinan segelintir

orang awam dibuktikan dengan wujudnya isu seperti pembayar zakat yang enggan membayar

zakat melalui institusi zakat kerana tidak yakin bagaimana kutipan dan agihan diuruskan oleh

institusi berkenaan (Hairunnizam & Sanep, 2014; Azman et al., 2012). Sebaliknya, apa yang

sebenarnya diperlukan adalah tatacara perakaunan yang seragam serta pelaporan yang

menyediakan maklumat yang lengkap, telus dan boleh dipercayai bagi membolehkan institusi

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 3

Page 4: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

yang mengurus wakaf, zakat dan baitulmal ini terus mendapat kepercayaan dan keyakinan

masyarakat (Md Salleh et al., 2016).

Walaupun amalan perakaunan di institusi yang mengurus hasil agama Islam seperti Baitulmal

jelas telah lama wujud (Ahmad Zamri et al., 2017), kajian isu-isu dan amalan perakaunan di

Institusi WZB adalah masih kurang terutamanya dalam konteks amalan di Malaysia (Maliah

et al., 2016). Antara kajian awal yang telah dijalankan bagi memahami amalan perakaunan di

Institusi WZB adalah kajian Abdul Rahman dan Goddard (1998) yang telah menjalankan kajian

secara intepretif bagi memahami amalan perakaunan di dua MAIN di Malaysia. Dapatan kajian

mereka melaporkan kewujudan isu-isu perakaunan yang kritikal seperti ketiadaan sistem

perakaunan yang lengkap dan sistematik dan seterusnya menyumbang kepada kurangnya

tahap akauntabiliti di kalangan MAIN yang dikaji. Kajian-kajian lain berhubung amalan

perakaunan dan pelaporan Institusi WZB kebanyakkannya memberi fokus kepada aspek

tertentu seperti kajian berkenaan pelaporan wakaf di kalangan Institusi WZB. Contohnya,

Siti Rokiah (2005) mengkaji amalan pendedahan berhubung wakaf di kalangan 14 MAIN di

Malaysia. Beliau mendapati beberapa isu ketelusan seperti tahap pendedahan yang rendah

dan ketiadaan laporan kewangan yang terkini. Kajian yang lebih terkini, Mustaffha dan Zainal

(2016) yang menjalankan analisis kandungan penyata kewangan terhadap sebuah MAIN

di Malaysia juga mendapati tahap pendedahan maklumat wakaf adalah terhad. Selain itu,

Azmi dan Haniffa (2015) dalam kajian mereka yang membandingkan amalan pelaporan

perakaunan di dua institusi wakaf di Malaysia dan Singapura memberikan bukti bahawa

pemakaian piawaian perakaunan konvensional yang berasaskan organisasi bukan untung

tidak sesuai kerana gagal memenuhi keperluan pendedahan bagi isu-isu unik berhubung

wakaf seperti istibdal.

Kajian-kajian lepas berhubung zakat pula lebih tertumpu kepada aspek pengurusan kutipan

agihan zakat (Hairunnizam & Sanep, 2014; Zainal Abidin, 2006; Halidan 2006). Selain itu,

Hairunnizam dan Radiah (2010) pula melaporkan pendedahan maklumat agihan zakat

yang rendah boleh menjejaskan keyakinan pihak berkepentingan. Aspek perakaunan dan

pelaporan Institusi zakat amat kurang dikaji sehingga kini. Antara isu-isu kritikal berhubung

perakaunan dan pelaporan zakat yang perlu dikaji secara mendalam seperti yang

diketengahkan oleh Sulaiman et al. (2016) adalah kesesuaian penggunaan terma hasil bagi

merujuk kepada kutipan zakat oleh Institusi WZB seperti yang diamalkan sehingga kini dan

isu pelaporan lebihan kutipan zakat yang tidak diagihkan pada akhir tempoh perakaunan

yang boleh menimbulkan salah faham di kalangan pengguna penyata kewangan. Justeru,

kajian yang melihat secara khusus aspek perakaunan dan pelaporan Institusi WZB sangat

penting untuk dilaksanakan bagi memberi kefahaman dan menjadi input dalam pembangunan

piawaian perakaunan Islam yang seragam dan seterusnya dapat membantu Institusi WZB

melaksanakan dan menzahirkan akauntabiliti mereka dengan lebih berkesan.

Perenggan seterusnya membincangkan secara ringkas konsep dan jenis hasil yang menjadi

fokus kajian berhubung amalan perakaunan hasil Institusi WZB yang dilaporkan dalam artikel

ini.

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 4

Page 5: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

Hasil

Dari perspektif kerangka kerja perakaunan konvensional, istilah pendapatan dan hasil secara

amnya merujuk kepada dua perkara yang berlainan tetapi saling berhubungan. Definisi

pendapatan adalah merujuk kepada ‘peningkatan dalam manfaat ekonomi sepanjang tempoh

perakaunan dalam bentuk aliran masuk atau penambahan aset atau pengurangan liabiliti

yang menyebabkan peningkatan dalam ekuiti, selain yang berkaitan dengan sumbangan

daripada penyumbang ekuiti’ (IPSASB, 2014). Pendapatan adalah terdiri daripada ‘hasil’ dan

‘laba (atau untung)’. Perbezaan antara hasil dan laba adalah hasil timbul disebabkan oleh

aktiviti operasi biasa oleh entiti seperti jualan, yuran, dividen, dan royalti. Manakala istilah

laba pula digunakan untuk merujuk kepada lain-lain pendapatan yang kebiasaannya timbul

dari aktiviti selain dari aktiviti operasi biasa sesebuah entiti seperti laba yang timbul dari

pelupusan aset tetap.

Dari perspektif perakaunan akruan kerajaan Malaysia pula, definisi hasil adalah merujuk

kepada ‘aliran masuk kasar manfaat ekonomi atau potensi perkhidmatan dalam tempoh

pelaporan apabila aliran masuk tersebut menghasilkan peningkatan dalam aset bersih atau

ekuiti, selain peningkatan berkaitan sumbangan daripada pemilik’ (Glosari Manual Perakaunan

Akruan Kerajaan Persekutuan, 2014). Piawaian perakaunan kerajaan Malaysia yang dikenali

sebagai Malaysian Public Sector Accounting Standard (MPSAS) mengkelaskan hasil kepada

dua kategori iaitu hasil daripada urus niaga pertukaran (MPSAS 9) dan hasil dari urus niaga

bukan pertukaran (MPSAS 23).

Menurut MPSAS yang berkenaan, urus niaga pertukaran adalah urus niaga apabila suatu

entiti menerima aset atau perkhidmatan, atau melangsaikan liabilitinya, dan secara langsung

memberikan nilai yang sama (terutamanya dalam bentuk tunai, barangan, perkhidmatan, atau

penggunaan aset) kepada entiti lain sebagai pertukaran. Hasil yang termasuk dalam kategori

hasil dari urus niaga pertukaran ialah hasil dari penyediaan perkhidmatan (seperti sewaan

atau pajakan), jualan barangan, faedah, royalti dan dividen. Urus niaga bukan pertukaran

pula adalah selain daripada urus niaga pertukaran. Dalam urus niaga bukan pertukaran, suatu

entiti sama ada menerima daripada atau memberi kepada entiti lain tanpa secara langsung

memberi atau menerima nilai yang hampir sama sebagai pertukaran. Antara contoh hasil dari

urus niaga bukan pertukaran ialah cukai dan pindahan (termasuk geran, pelepasan hutang,

denda, pusaka, hadiah, derma, serta pemberian dalam bentuk barang dan perkhidmatan).

Walaupun kerajaan mungkin memperoleh hasil dari dua kategori tersebut, namun majoriti

hasil kerajaan adalah terdiri daripada hasil dari transaksi bukan pertukaran. Konsep hasil dari

perspektif kerajaan ini mungkin juga boleh dikaitkan dalam memahami jenis hasil dan amalan

pengiktirafan hasil bagi Institusi WZB di Malaysia. Hal ini kerana, MAIN sebagai institusi

yang diberi mandat mentadbir harta wakaf, zakat dan baitulmal juga merupakan sebahagian

dari komponen entiti kerajaan. Perenggan seterusnya membincangkan konsep hasil dalam

konteks agama Islam yang menjadi fokus bagi kajian ini.

Dari perspektif Agama Islam, menurut Gulaid (1995) sumber hasil dapat dibahagikan kepada

dua iaitu hasil dari sumber tradisional seperti zakat, harta rampasan perang (ghanimah), fai,

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 5

Page 6: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

kharaj, jizyah, harta yang dijumpai (luqatah), wakaf dan hasil dari sumber kontemporari seperti

pembangunan hartanah, pelaburan dalam instrumen kewangan patuh syariah, fi dari pelbagai

perkhidmatan seperti penyembelihan dan lain-lain. Manakala Hailani Muji Tahir (2007) pula

membahagikan hasil agama yang merupakan hasil pendapatan baitulmal (baitulmal sebagai

perbendaharaan Negara Islam) kepada dua kategori iaitu hasil khas dan hasil am. Hasil

khas adalah hasil zakat termasuk zakat harta dan zakat fitrah kerana zakat perlu diurus dan

ditadbir mengikut ketetapan syarak. Hasil am pula adalah hasil-hasil lain seperti ghanimah,

fai, wakaf, pelbagai jenis cukai (kharaj, jizyah, ushr), harta pewarisan dan wasiat bahagian

baitulmal, luqatah, dan lain-lain.

Berbeza dengan konsep baitulmal seperti yang dirujuk dari Hailani Muji Tahir (2007) iaitu

baitulmal sebagai institusi perbendaharaan negara seperti yang dibincangkan di atas, baitulmal

dari konteks Malaysia adalah merujuk kepada hasil agama Islam selain daripada wakaf dan

zakat (Maliah et al., 2016). Oleh itu, hasil agama yang ditadbir dan diurus oleh MAIN secara

umumnya dikelaskan kepada tiga kumpulan sumber iaitu sumber zakat, wakaf dan baitulmal.

Justeru, bagi tujuan keselarian dengan konteks kajian yang fokus kepada konteks Institusi

WZB, perbincangan ringkas berkaitan hasil agama dalam perenggan-perenggan seterusnya

akan dibahagikan kepada tiga iaitu hasil zakat, wakaf dan baitulmal.

Zakat

Zakat secara umumnya merupakan hasil yang dikutip dari umat Islam yang berkemampuan

dari segi kekayaan dan merupakan tuntutan wajib dalam Islam berdasarkan dalil:

“Ambillah (sebahagian) dari harta-harta mereka menjadi sedekah (zakat),

supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan

mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka,

kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan

(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (at-Taubah, 9:

103).

Hasil zakat pula seterusnya diagihkan kepada lapan golongan penerima (asnaf) yang telah

ditentukan secara jelas dalam Al-Quran iaitu golongan fakir, miskin, amil, mualaf, hamba

(riqab), orang berhutang (gharimin), untuk dibelanjakan di jalan Allah (fisabilillah), dan orang

bermusafir dalam perjalanan (ibnu sabil) (Surah at-Taubah, 9:60). Oleh hal yang demikian,

hasil zakat merupakan hasil yang mempunyai tujuan khusus seperti yang dikehendaki oleh

syarak berbanding harta lain dan diurus secara berasingan dari harta yang lain (Qaradawi,

2011). Sehingga kini, zakat merupakan sumber hasil utama bagi umat Islam (Khairul Azhar,

2017).

Dari segi pengurusan zakat, ia bergantung kepada struktur pentadbiran institusi Agama Islam

di setiap negeri. Bagi sesetengah negeri, pengurusan zakat dilaksanakan MAIN (seperti di

Johor), manakala bagi sesetengah negeri yang lain, ia dilaksanakan oleh agensi di bawah

MAIN seperti Lembaga Zakat atau Pusat Zakat (seperti di Selangor dan di Sabah). Bagi

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 6

Page 7: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

situasi yang kedua ini, perakaunan dan pelaporan zakat akan dilaksanakan oleh agensi

berkenaan dan diakhir tahun kewangan pelaporannya akan disatukan dengan MAIN.

Wakaf

Bagi wakaf pula, tinjauan sejarah membuktikan bahawa wakaf telah wujud bermula zaman

Rasulullah S.A.W berdasarkan hadis:

“Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Umar telah mendapat sebidang tanah

di Khaibar kemudian dia datang menghadap Nabi S.A.W untuk meminta

pendapat berkenaan cara menguruskannya, katanya: Wahai Rasulullah!

Saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar. Saya belum pernah

memperolehi harta yang lebih baik daripada ini. Baginda bersabda: Jika

kamu suka, tahanlah tanah itu (wakafkanlah tanah itu) dan kamu sedekahkan

manfaatnya. Lalu Umar mengeluarkan sedekah hasil tanah itu dengan syarat

tanahnya tidak boleh dijual dan dibeli serta diwarisi atau dihadiahkan. Umar

mengeluarkan sedekah hasilnya kepada fakir miskin, kaum kerabat dan

untuk memerdekakan hamba juga untuk orang yang berjihad di jalan Allah

serta untuk bekal orang yang sedang dalam perjalanan dan menjadi hidangan

untuk tetamu. Orang yang mengurusnya boleh makan sebahagian hasilnya

dengan cara yang baik dan boleh memberi makan kepada temannya dengan

sekadarnya. “(Hadis Riwayat Imam Muslim).

Hadis di atas memberikan dalil kepada pensyariatan wakaf serta menjelaskan beberapa

ciri dan konsep wakaf iaitu ‘ain wakaf perlu dikekalkan, dan hasil wakaf boleh digunakan

untuk tujuan sedekah dan juga diambil oleh pentadbir wakaf dengan sewajarnya. Hal ini

memberi gambaran bahawa terdapat sedikit kelenturan dalam pengurusan hasil wakaf

yang membenarkan pentadbir menggunakan budi bicara dalam mengguruskan hasil wakaf

berbanding hasil zakat.

Menurut Omar, Abu Bakar, Shuib dan Jusoh (2016), majoriti harta wakaf semasa pemerintahan

kerajaan Uthmani dan Sultan Muhammad ‘Ali Basya adalah tertumpu kepada tanah wakaf

pertanian dan wakaf bangunan bagi tujuan sosial seperti perpustakaan, masjid dan sekolah.

Pembangunan wakaf era kontemporari menunjukkan pelbagai inovasi dalam wakaf di mana

wakaf tidak hanya tertumpu kepada wakaf khas bagi tujuan pembinaan masjid dan sekolah

semata-mata. Wakaf masa kini berkembang mencakupi pelbagai sektor termasuk kesihatan,

pendidikan, pertanian, dan juga pembangunan hartanah dengan pelbagai bentuk-bentuk

wakaf termasuk kutipan wakaf tunai (atau disebut saham wakaf), wakaf ilmu, dan wakaf

korporat (wakaf saham) (Ainul Kauthar et al., 2016).

Dalam konteks pengurusan wakaf di Malaysia, seperti zakat ia dilaksanakan sama ada oleh

MAIN sendiri atau agensi di bawah MAIN iaitu Perbadanan Wakaf (seperti di Selangor dan

Negeri Sembilan). Seperti zakat juga, jika wakaf diuruskan oleh agensi di bawah MAIN,

perakaunan dan pelaporan wakaf juga akan dilaksanakan oleh agensi tersebut dan pelaporan

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 7

Page 8: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

akan disatukan dengan MAIN pada akhir tahun kewangan.

Baitulmal

Seperti yang telah disebut dalam perenggan-perenggan sebelum ini, konsep baitulmal di

Malaysia adalah sedikit berbeza dengan konsep baitulmal yang difahami secara tradisional

berdasarkan sejarah pentadbiran Negara Islam. Hasil baitulmal di MAIN adalah hasil-hasil

agama atau hasil umum yang diterima selain dari zakat dan wakaf. Antara hasil-hasil baitulmal

adalah hasil fai, ghanimah, kharaj, jizyah, harta yang dijumpai (luqatah), rikaz, harta pesaka

bahagian baitulmal, sedekah, dan lain-lain (Sesetengah hasil baitulmal yang disebut mungkin

tidak relevan dalam konteks negara Malaysia masa kini seperti fai, ghanimah, kharaj, jizyah

disebabkan Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dan ekonomi konvensional yang

mengasingkan fungsi pentadbiran awam dan pentadbiran agama Islam). Berbanding zakat

dan juga wakaf, pengurusan hasil atau harta am baitulmal ini boleh diurus dan ditadbir secara

bebas untuk tujuan kemaslahatan ummah oleh pentadbirnya (Hailani Muji Tahir, 2007).

Bagi pengurusan sumber hasil baitulmal di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua negeri

ia dilaksanakan oleh MAIN kecuali bagi sebahagian kecil negeri (seperti di Sabah), ia

dikendalikan oleh agensi khusus (seperti Perbadanan Baitulmal di Sabah). Sebagai agensi

khusus yang ditubuhkan secara berasingan (iaitu sebagai sebuah badan berkanun di bawah

Akta Badan Berkanun), Perbadanan Baitulmal Sabah mengakaun dan melaporkan sumber

baitulmal secara tersendiri selaras dengan penubuhan Perbadanan Baitulmal Sabah sebagai

sebuah entiti badan berkanun yang berasingan. Ini bermakna perakaunan dan pelaporan

sumber baitulmal Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) tidak disatukan dengan MAIN.

Prinsip Pengiktirafan Hasil

Terdapat dua asas pengiktirafan hasil dalam perakaunan iaitu sama ada menggunakan asas

tunai atau asas akruan. Asas tunai mengkehendaki hasil hanya diiktiraf apabila tunai telah

diterima oleh entiti, manakala asas akruan mengkehendaki hasil diiktiraf apabila ia telah

diperoleh (seperti perkhidmatan telah diberikan, pemindahan risiko dan ganjaran pemilikan

barang niaga) tidak kira sama ada tunai telah diterima atau belum terima. Prinsip perakaunan

yang diterima umum dalam perakaunan konvensional mengguna pakai asas akruan sebagai

asas dalam pengiktirafan hasil dan lain-lain. Oleh itu, piawaian perakaunan konvensional

(seperti MPSAS) secara umumnya mengguna pakai asas akruan dalam mengiktiraf hasil.

Metodologi

Artikel ini bertujuan memberikan deskripsi amalan pengiktirafan hasil oleh Institusi WZB.

Sampel kajian ini adalah menggunakan data dari lima (5) Institusi WZB yang dipilih

menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan

dalam kajian ini adalah analisis kandungan penyata kewangan Institusi WZB tahun 2016 untuk

melihat komponen-komponen hasil wakaf, zakat dan baitulmal yang diiktiraf dan didedahkan

dikalangan sampel Institusi WZB yang dipilih. Seterusnya, sesi perbincangan kumpulan fokus

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 8

Page 9: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan lebih mendalam berhubung aspek

amalan pengiktirafan hasil di Institusi WZB serta mengesahkan maklumat yang dilaporkan

dalam penyata kewangan. Peserta dalam perbincangan kumpulan fokus yang dijalankan

adalah terdiri daripada semua pegawai perakaunan dan pegawai yang terlibat dalam

menguruskan hasil wakaf, zakat dan baitulmal di Institusi WZB.

Bagi tujuan kajian ini, lima Institusi WZB yang dijadikan sampel kajian dikenalpasti

menggunakan abjad A, B, C, D dan E bagi menjamin ‘anonymity’ responden. Kaedah analisis

data yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan tema dan juga tempat penyelidikan

iaitu Lima Institusi WZB yang menjadi sampel kajian. Dapatan dari analisis kandungan dan

juga perbincangan kumpulan fokus dianalisis seperti dicadangkan Silverman (2001) mengikut

tema dan suatu pola dapatan dibentuk bagi merumuskan dapatan kajian. Seterusnya,

pemetaan tema bagi setiap sampel Institusi WZB dibuat bagi membolehkan dapatan kajian

dibandingkan antara sampel.

Dapatan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan perakaunan Institusi WZB dengan memberi

fokus kepada aspek amalan pengiktirafan hasil di Institusi WZB sama ada MAIN atau agensi

yang diberi kuasa oleh MAIN, bergantung kepada pihak mana yang menguruskan wakaf,

zakat dan sumber baitulmal berkenaan. Secara umumnya, komponen hasil yang dikutip oleh

Institusi WZB dikelaskan mengikut kumpulan wang iaitu Kumpulan Wang Wakaf, Kumpulan

Wang Zakat dan Kumpulan Wang Baitulmal. Jadual 1 menunjukkan ringkasan jenis hasil dan

amalan pengiktirafan hasil bagi Kumpulan Wang Wakaf oleh lima Institusi WZB yang dikaji.

Jadual 1: Hasil Kumpulan Wang Wakaf

Institusi

A B C D E

1. Hasil Sewa: Premis

kedai√ √ Tiada Tiada

- (Dana Wakaf

Khusus)

2. Hasil Sewa:

Bangunan√ Tiada Tiada Tiada

- (Dana Wakaf

Khusus)

3. Hasil Sewa: Bazar di

masjid√ √ Tiada √

- (Dana Wakaf

Khusus)

4. Hasil Sewa/ Pajakan:

Tanah √ √ Tiada √

- (Dana Wakaf

Khusus)

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 9

Page 10: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

5. Hasil Sewa: Menara

Masjid (Sewaan

Kepada Syarikat

Telekomunikasi)

√ Tiada Tiada Tiada - (Dana Wakaf

Khusus)

6. Kutipan Saham

Wakaf Tunai (Am) √ √ √ (Baitulmal) √

- (Dana Wakaf

Khusus)

7. Kutipan Saham

Wakaf Tunai (Khas)- (Liabiliti) - (Liabiliti) Tiada √

- (Dana Wakaf

Khusus)

8. Kutipan Wakaf

Hartanah Am

Tidak

Diiktiraf

√(Nilai

Nominal) Tiada

√ (Harga

Pasaran)Tidak Diiktiraf

9. Kutipan Wakaf

Hartanah Khas

Tidak

Diiktiraf - (Liabiliti) Tiada

√ (Harga

Pasaran)Tidak Diiktiraf

10. Hibah/ Keuntungan

Simpanan Tetap/

Dividen

√ √ Tiada √ -(Dana Wakaf

Khusus)

11. Kutipan Khairat

(Sedekah/ Derma

Masjid)

√ Tiada Tiada √ Tiada

Dapatan daripada kajian ini mendapati komponen hasil yang utama bagi kumpulan wang

wakaf adalah terdiri daripada hasil sewa pelbagai hartanah termasuk premis kedai, bangunan,

bazar di kawasan masjid, tanah dan sewaan menara masjid kepada syarikat telekomunikasi.

Pengiktirafan hasil sewa bagi kesemua Institusi WZB yang dikaji adalah berasaskan kaedah

perakaunan akruan memandangkan terdapat perjanjian atau kontrak dengan penyewa.

Kadar sewa adalah secara umumnya ditetapkan mengikut nilai pasaran tetapi terdapat kes-

kes tertentu yang diberi pada kadar diskaun bagi tujuan kebajikan bergantung kepada

permohonan penyewa dan tertakluk kepada keputusan jawatankuasa Institusi WZB tersebut.

Berdasarkan dapatan yang dipaparkan dalam Jadual 1, amalan pengiktirafan hasil wakaf

di Institusi E secara keseluruhannya adalah unik dan berbeza dengan Institusi yang lain.

Institusi E tidak mengiktiraf wakaf dan hasil wakaf (manfaat wakaf) yang diterima sebagai

hasil. Sebaliknya ia mengiktiraf sebarang kutipan wakaf dan manfaatnya terus ke dalam

dana (kumpulan wang) wakaf secara khusus. Oleh itu, Institusi E tidak menyediakan penyata

pendapatan bagi kumpulan wang wakaf, dan pelbagai dana (kumpulan wang) wakaf dapat

dilihat dalam penyata kedudukan kewangan bagi kumpulan wang wakaf. Dapatan kajian

pengiktirafan hasil wakaf juga agak unik di Institusi C. Hal ini kerana, wakaf di Institusi C

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 10

Page 11: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

belum berkembang jika dibandingkan dengan empat Institusi WZB lain yang dikaji. Kumpulan

Wang Wakaf bagi Institusi C diletakkan di bawah entiti baitulmal dan setakat ini hanya kutipan

saham wakaf tunai yang telah dilaksanakan.

Seterusnya, bagi kutipan saham wakaf tunai bagi tujuan am secara umumnya diiktiraf sebagai

hasil dalam Kumpulan Wang Wakaf. Namun, terdapat perbezaan amalan pengiktirafan kutipan

saham wakaf tunai bagi tujuan khas dikalangan sampel Institusi WZB yang dikaji. Contohnya,

Institusi B tidak mengiktiraf kutipan saham wakaf tunai khas sebagai hasil sebaliknya ianya

diiktiraf sebagai liabiliti. Berbeza dengan amalan di Institusi C dan D yang mengiktiraf kutipan

saham wakaf tunai khas sebagai hasil dalam Kumpulan Wang Wakaf.

Hasil kutipan wakaf dalam bentuk hartanah bagi tujuan am diiktiraf sebagai hasil pada nilai

nominal di Institusi B, manakala diiktiraf pada nilai pasaran di Institusi D, manakala Institusi A

dan E tidak mengiktiraf terimaan wakaf hartanah sama ada wakaf khas ataupun am sebagai

hasil. Seperti pengiktirafan kutipan saham wakaf tunai khas, kutipan wakaf hartanah tujuan

khas tidak diiktiraf sebagai hasil sebaliknya diiktiraf sebagai liabiliti di Institusi B. Manakala,

Institusi D mengiktiraf kutipan atau terimaan wakaf hartanah khas sebagai hasil yang diukur

pada nilai pasaran.

Lain-lain hasil bagi Kumpulan Wang Wakaf yang terdapat dimajoriti Institusi WZB yang dikaji

adalah seperti hibah bank, keuntungan dari simpanan tetap dan juga dividen. Terdapat juga

Institusi WZB yang memperoleh hasil kutipan khairat iaitu derma atau sedeqah yang diterima

dari tabung masjid yang dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Wakaf.

Perenggan seterusnya membincangkan amalan pengiktirafan hasil bagi Kumpulan Wang

Zakat. Jadual 2 di bawah meringkaskan jenis hasil dan amalan pengiktirafan hasil bagi

Kumpulan Wang Zakat oleh lima Institusi WZB yang dikaji.

Jadual 2: Hasil Kumpulan Wang Zakat

Institusi

A B C D E

1. Kutipan Semua Jenis

Zakat Harta & Fitrah√ √ √ √ √

2. Dividen/ Hibah/

Keuntungan

Simpanan Tetap

(Jangka Pendek)

√ √ √ √ √

3. Keuntungan

PelaburanTiada Tiada Tiada Tiada

(Pelaburan Lama)

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 11

Page 12: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

4. Kutipan Bayaran

Balik Pinjaman

Perniagaan Qardul

Hassan

√ Tiada Tiada Tiada Tiada

5. Hasil Sewa Premis √ Tiada Tiada Tiada - (Dana Wakaf

Khusus)

Dapatan daripada kajian ini mendapati komponen hasil utama Kumpulan Wang Zakat adalah

kutipan semua jenis zakat harta (iaitu zakat pendapatan, perniagaan, tanaman, ternakan,

emas atau perak, rikaz, saham, wang simpanan, KWSP) dan zakat fitrah. Kutipan zakat

diiktiraf sebagai ‘hasil’ konsisten bagi kesemua Institusi WZB yang dikaji dengan menggunakan

kaedah pengiktirafan asas tunai.

Selain itu, terdapat juga hasil sampingan iaitu hasil dividen, hibah bank, dan keuntungan

simpanan tetap yang dijana dari dana kutipan zakat yang disimpan di bank sementara

menunggu proses agihan kepada asnaf-asnaf yang terlibat. Simpanan tetap yang menjana

keuntungan tersebut adalah simpanan tetap jangka pendek tidak lebih dari sebulan dan

terdapat fatwa yang mengkehendaki keuntungan simpanan tersebut perlu dimasukkan

ke Kumpulan Wang Zakat sebagai hasil untuk diagih semula kepada asnaf (Contoh fatwa

tersebut terdapat di Institusi D). Pengiktirafan hasil-hasil ini juga mengikut asas tunai.

Berdasarkan Jadual 2, hasil keuntungan pelaburan hanya terdapat di Institusi E di mana hasil

tersebut merupakan hasil dari pelaburan-pelaburan lebihan zakat yang telah lama. Amalan

terkini tidak lagi wujud pelaburan dari lebihan zakat.

Uniknya di Institusi A, terdapat hasil dari kutipan bayaran balik pinjaman perniagaan kepada

asnaf yang berasaskan kontrak pinjaman qardul hassan (pinjaman kebajikan). Berdasarkan

dapatan dari perbincangan kumpulan fokus, kewujudan kontrak pinjaman qardul hassan

tersebut adalah bertujuan untuk mendidik asnaf dengan sifat tanggungjawab dan komitmen

terhadap perniagaan yang dijalankan. Kutipan bayaran balik tersebut diiktiraf sebagai hasil

hanya apabila ia diterima (asas tunai) dan dimasukkan ke dalam kumpulan wang zakat untuk

diagih semula kepada asnaf.

Seterusnya, bagi sesetengah negeri (Institusi A dan Institusi B), terdapat premis yang dibeli

menggunakan dana zakat dan menjana hasil sewa yang masuk ke Kumpulan Wang Zakat.

Bagi Institusi A, premis tersebut disewa kepada asnaf dengan kadar sewa pada nilai token

kerana bertujuan hanya untuk menyediakan kemudahan kediaman kepada asnaf. Manakala,

Institusi B pula menyewakan premis kepada bukan asnaf yang disewakan pada kadar

pasaran.

Jadual 3 menunjukkan ringkasan jenis hasil dan amalan pengiktirafan hasil bagi Kumpulan

Wang Baitulmal oleh lima Institusi WZB yang dikaji.

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 12

Page 13: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

Jadual 3: Hasil Kumpulan Wang Baitulmal

Institusi

A B C D E

1. Hasil Sewa: Premis

kedai√ √ Tiada Tiada √

2. Hasil Sewa:

Bangunan√ √ √ Tiada √

3. Hasil Sewa: Bazar Tiada Tiada Tiada √ Tiada

4. Hasil Sewa/ Pajak:

Tanah √ √ Tiada √ √

5. Hasil Sewa: Gudang Tiada Tiada √ Tiada Tiada

6. Hasil Sewa: Kuari/

LadangTiada Tiada Tiada √ Tiada

7. Faraid/ Pesaka

Baitulmal– Hartanah

Tidak

Diiktiraf

(Nilai

Token) Tidak Diiktiraf

Tidak

Diiktiraf

(Nilai Saksama)

8. Faraid/ Pesaka

Baitulmal –Tunai√ √ √ √ √

9. Faraid/ Pesaka

Baitulmal –

Penebusan Waris

√ √ √ √ √

10. Geran/ Terimaan dari

Kerajaan Negeri atau

Persekutuan

√ Tiada √ √ Tiada

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 13

Page 14: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

11. Dividen/ Hibah/

Keuntungan

Simpanan Tetap/

Pelaburan

√ √ √ √ √

12. Luqatah (Harta

Dijumpai)√

√ (Selepas

1 Tahun) √ √

(Selepas 1 Tahun)

13. Wang Tak Patuh

Syariah√ √ √ √ √

14. Yuran Sijil Halal √ √ Tiada Tiada Tiada

15. Wasiat dan Hibah Tiada √ Tiada √ √

16. Wang Serahan

(Individu Yang Ingin

Melepaskan Hutang)

Tiada √ Tiada √ Tiada

17. Denda Mahkamah

Syariah &

Pentadbiran Agama

Tiada √ √ √ Tiada

18. Sumbangan/ Derma

Orang AwamTiada √ √ √ Tiada

19. Cetakan Kad Nikah √ Tiada Tiada Tiada Tiada

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 14

Page 15: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

20. Penjualan Enakmen √ Tiada Tiada Tiada Tiada

21. Penandaan Arah

Kiblat/ Tauliah

Penyembelihan

√ Tiada Tiada Tiada Tiada

Kumpulan Wang Baitulmal mempunyai jenis hasil yang pelbagai sesuai dengan fungsinya

sebagai perbendaharaan harta umat Islam jika dibandingkan dengan Kumpulan Wang Wakaf

dan Zakat yang bertujuan lebih khusus. Berdasarkan dapatan kajian ini, hasil utama bagi

Kumpulan Wang Baitulmal adalah hasil sewa yang terdiri daripada pelbagai punca termasuk

premis kedai, bangunan, bazar, tanah, gudang, kuari dan juga ladang. Kajian di kelima-

lima sampel Institusi WZB mendapati kadar sewa yang ditetapkan bagi kebanyakkan aset

adalah pada kadar pasaran. Walau bagaimanapun, terdapat juga sewaan yang diberi pada

kadar diskaun bagi tujuan kebajikan bergantung kepada permohonan penyewa dan tertakluk

kepada keputusan jawatankuasa Institusi WZB tersebut. Pengiktirafan hasil sewa juga adalah

berasaskan kaedah akruan.

Seterusnya, terdapat perbezaan amalan bagi pengiktirafan hasil faraid atau disebut juga

bahagian pesaka hak baitulmal dalam bentuk hartanah seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 3. Institusi A, C dan D tidak mengiktiraf ianya sebagai hasil dan hanya mengiktiraf

hasil apabila berlaku penebusan oleh waris. Manakala Institusi B mengiktiraf hasil faraid atau

bahagian pesaka hak baitulmal dalam bentuk hartanah pada nilai nominal atau nilai token.

Institusi E pula mengiktiraf sebagai hasil pada nilai saksama iaitu nilai yang telah ditentukan

oleh mahkamah. Bagi hasil faraid atau bahagian pesaka hak baitulmal dalam bentuk tunai

dan yang ditebus oleh waris, kelima-lima sampel Institusi WZB yang dikaji secara konsisten

mengiktiraf ia sebagai hasil menggunakan asas akruan.

Transaksi pengiktirafan hasil yang unik dan menarik untuk dikupas adalah berhubung hasil

luqatah iaitu hasil dari barang yang dijumpai sama ada dalam bentuk tunai serta barang-

barang berharga seperti emas, barang kemas dan perhiasan, dan lain-lain (diiktiraf apabila

dicairkan). Hasil luqatah yang diserah kepada Institusi Baitulmal boleh dituntut oleh pihak

empunya ataupun waris pada bila-bila masa dengan mengemukakan bukti yang mengesahkan

pemilikan si penuntut. Amalan pengiktirafan hasil luqatah dilihat berbeza antara sampel

institusi yang dikaji terutama pada titik pengiktirafan harta luqatah sebagai hasil kepada

Kumpulan Wang Baitulmal. Contohnya, Institusi A, Institusi C dan Institusi D mengiktiraf

hasil luqatah sebagai hasil bagi Kumpulan Wang Baitulmal apabila ia diterima (tunai), dan

dicairkan. Institusi C setakat ini hanya mengiktiraf hasil luqatah dalam bentuk tunai kerana

belum ada harta luqatah dalam bentuk barangan yang dicairkan. Namun, amalan di Institusi B

adalah berbeza kerana pengiktirafan hasil luqatah ke dalam Kumpulan Wang Baitulmal hanya

dibuat selepas tempoh setahun. Tempoh setahun adalah tempoh hebahan kepada orang

awam berhubung harta luqatah dan jika tiada tuntutan dibuat harta tersebut akan dicairkan

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 15

Page 16: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

melalui pelbagai bentuk pelupusan yang sesuai seperti jualan dan lelongan dan hasilnya

akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Baitulmal. Oleh itu, dalam tempoh setahun dari

tarikh harta luqatah diserah kepada Institusi B, harta tersebut diiktiraf sebagai liabiliti. Bagi

Institusi E, dalam tempoh hebahan (setahun), hasil luqatah tidak diiktiraf (hanya direkod) dan

diiktiraf sebagai hasil kumpulan wang baitulmal selepas tamat tempoh hebahan.

Hasil lain seperti geran atau terimaan dari Kerajaan Negeri ataupun persekutuan diiktiraf

sebagai hasil di Institusi A, C dan D. Penerimaan geran tersebut adalah tidak bersyarat dan

bertujuan untuk menampung kos emolumen kakitangan pegawai-pegawai agama di Institusi

WZB itu sendiri. Hasil-hasil lain yang wujud dalam kumpulan wang baitulmal di Institusi WZB

yang dikaji (tetapi tidak semua hasil yang sama wujud di setiap institusi) adalah terdiri dari hasil

dividen/hibah/keuntungan simpanan tetap/pelaburan, luqatah, wang tak patuh syariah, yuran

sijil halal, yuran dari perkhidmatan wasiat dan hibah, wang serahan oleh individu muslim yang

ingin melepaskan tanggungan hutang, denda mahkamah syariah dan pentadbiran agama

(bagi negeri yang mengguna pakai konsep pengasingan hasil-hasil agama daripada diiktiraf

sebagai wang awam seperti definisi dalam Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 iaitu

Insitusi B, C, dan D), sumbangan orang awam, dan hasil dari perkhidmatan sampingan seperti

cetakan kad nikah, penjualan enakmen, penandaan arah kiblat, tauliah penyembelihan.

Namun, dari segi jumlah hasil-hasil lain tersebut secara relatifnya adalah kecil berbanding

dengan kutipan hasil zakat dan wakaf bagi kebanyakkan Institusi WZB yang dikaji.

Perbincangan

Jika dikaitkan dengan konsep hasil urus niaga pertukaran dan bukan pertukaran (seperti

kaedah perakaunan hasil dalam MPSAS), dapatan kajian ini menunjukkan majoriti jenis-jenis

hasil yang terdapat di Institusi WZB secara amnya boleh dikatakan termasuk dalam kategori

hasil transaksi bukan pertukaran seperti hasil zakat, wakaf, hasil baitulmal seperti hasil faraid

atau hak pesaka baitulmal, luqatah, wang tak patuh syariah, dan pelbagai perkhidmatan

yang diberi dengan caj nominal atau pada nilai token. Hal ini adalah selari dengan sifat entiti

kerajaan atau entiti kebajikan yang tidak bermotifkan keuntungan.

Berdasarkan dapatan kajian ini juga, terdapat beberapa perbezaan amalan pengiktirafan hasil

agama Islam di Institusi WZB yang dikaji. Pertama, terdapat perbezaan dalam pemakaian

asas perakaunan dalam mengiktiraf hasil iaitu sesetengah hasil diiktiraf menggunakan

asas akruan (seperti hasil sewa) manakala sesetengah hasil agama yang lain diiktiraf

menggunakan asas tunai (seperti hasil zakat, hasil wakaf, hasil baitulmal seperti luqatah,

wang tak patuh syariah, derma atau sumbangan dan lain-lain). Amalan ini adalah sama bagi

kesemua Institusi WZB yang dikaji. Dari perspektif syariah, walaupun kaedah pengiktirafan

hasil menggunakan asas tunai adalah dianggap kaedah paling tepat kerana hasil yang

diiktiraf dalam catatan perakaunan adalah selari dengan alir tunai yang telah masuk ke dalam

entiti sebagai tukaran urus niaga (urus niaga dianggap telah sempurna), kaedah akruan juga

adalah diterima dari pandangan syariah kerana tidak bertentangan dengan prinsip syariah

(Nurazleena & Zulkarnain, 2017). Petikan pandangan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara

berhubung kaedah pengiktirafan hasil (sama ada asas akruan atau asas tunai) adalah seperti

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 16

Page 17: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

berikut:

‘’Terdapat dua kaedah pengiktirafan pendapatan yang dilaksanakan iaitu

kaedah tunai dan terakru. Amalan perakaunan antarabangsa secara

konvensional telah menyelaraskan kepada kaedah terakru sahaja. Dari segi

syariah, kedua-dua kaedah iaitu tunai dan terakru boleh digunakan oleh

institusi kewangan Islam dalam proses pengiktirafan pendapatan. Kaedah

pengiktirafan pendapatan secara tunai dianggap kaedah yang paling tepat

terutamanya dalam penentuan keuntungan pelaburan mudharabah. Walau

bagaimanapun, memandangkan perubahan suasana perniagaan yang lebih

meluas dan pelbagai, kaedah tunai adalah tidak begitu praktikal dan kurang

efisien serta tidak selari dengan suasana perniagaan semasa. Kaedah

terakru dibolehkan atas asas bahawa urusan perniagaan yang dijalankan

oleh institusi kewangan Islam adalah secara berterusan dan tidak terhenti

apabila sesuatu projek/urusan itu selesai’’ (Garis Panduan Syariah, Bank

Negara Malaysia)

Selain itu, amalan pengiktirafan dan pengukuran bagi kutipan wakaf khas di kalangan majoriti

Institusi WZB yang dikaji mengiktiraf kutipan tersebut sebagai liabiliti (kecuali Institusi D yang

mengiktiraf sebagai hasil). Hal ini kerana, entiti berpegang kepada prinsip dan konsep wakaf

khas sebagai suatu amanah yang menjadi tanggungan kepada entiti yang perlu dilunaskan

mengikut kehendak pewakaf dan ianya selari dengan keputusan fatwa negeri. Begitu juga

dengan aspek pengukuran di mana bagi Institusi WZB yang mengiktiraf wakaf khas, kaedah

pengukuran adalah berbeza (sama ada menggunakan nilai pasaran atau nilai nominal). Walau

bagaimanapun, kajian ini juga mendapati setakat ini tiada pendedahan berhubung polisi

yang komprehensif berhubung aspek pengiktirafan dan pengukuran wakaf dalam penyata

kewangan di majoriti Institusi WZB yang dikaji. Justeru, jelas bahawa aspek pengiktirafan

wakaf khas ini perlu kepada penelitian lanjut kerana perbezaan amalan yang ditunjukkan

melalui dapatan kajian ini memberikan suatu petunjuk keunikan wakaf yang perlunya kepada

konsensus dari segi prosedur perakaunan bagi tujuan pembangunan piawaian perakaunan

dan pelaporan Islam yang seragam bagi Institusi WZB.

Bagi kumpulan wang zakat, amalan semasa tidak menunjukkan banyak perbezaan di kalangan

Institusi WZB yang dikaji. Namun, fokus juga harus diberikan bagi meneliti ketepatan amalan

mengiktiraf kutipan zakat sebagai ‘hasil’ sama ada amalan tersebut selari dengan konsep

hasil dari perspektif syarak dan juga dari sudut kerangka perakaunan seperti yang ditimbulkan

oleh Maliah et al. (2016). Selanjutnya, pengiktirafan kutipan zakat sebagai ‘hasil’ dalam

penyata pendapatan bagi Institusi WZB ini juga boleh menimbulkan persoalan dan salah

faham pengguna penyata kewangan kerana amalan perakaunan semasa mengkelaskan

‘lebihan’ kutipan zakat yang belum diagih dimasukkan ke dalam bahagian ekuiti (layanan

terhadap ‘lebihan zakat belum agih’ tersebut dilayan sama seperti ‘lebihan pendapatan

atas perbelanjaan’ dari sudut perakaunan kerana pelaporan Institusi WZB adalah mengikut

piawaian perakaunan konvensional).

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 17

Page 18: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

Manakala, isu pokok yang mungkin perlu diberi perhatian bagi pengiktirafan hasil kumpulan

wang baitulmal adalah berhubung pengiktirafan harta faraid atau pesaka hak baitulmal

yang diterima dalam bentuk hartanah. Hal ini kerana wujudnya perbezaan dalam amalan

pengiktirafan (sama ada harta tersebut diiktiraf atau tidak diiktiraf) dan bagi Institusi WZB

yang mengiktiraf, terdapat perbezaan prinsip ukuran yang digunakan iaitu ada Institusi WZB

mengiktiraf pada nilai nominal dan pada nilai saksama. Selain itu, pengiktirafan hasil luqatah

perlu diteliti terutama tentang titik pengiktirafan hasil luqatah sebagai hasil kerana keunikan

sifat hasil luqatah yang perlu diurus berdasarkan kehendak syarak seperti keperluan untuk

dihebahkan dan boleh dituntut tanpa had masa seperti dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W

berikut:

“Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW berkenaan dengan harta luqatah

lalu Baginda bersabda: “Hebahkanlah harta tersebut selama setahun.

Sekiranya tuannya datang serahkanlah kepadanya, dan jika tiada yang

datang maka hendaklah kamu ketahui bentuk dan talinya. Hendaklah kamu

simpan dalam simpanan kamu. Sekiranya tuannya datang, serahkanlah ia

kepadanya.” (Riwayat Abu Daud)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, artikel ini ini telah mempersembahkan dapatan kajian berkaitan amalan

pengiktirafan hasil di Institusi WZB yang dipilih sebagai sampel kajian dan membincangkan

secara ringkas isu-isu pokok berkaitan aspek pengiktirafan hasil yang diharapkan dapat

dijadikan input dalam pembentukan piawaian perakaunan dan pelaporan yang seragam bagi

Institusi WZB. Bagi menjamin ketelusan dan akauntabiliti Institusi WZB dapat dizahirkan pada

tahap yang tertinggi, amalan pengiktirafan hasil ataupun harta oleh Institusi WZB perlu diteliti

dan diharmonikan sewajarnya agar Institusi ini terus mendapat kepercayaan dan dipandang

tinggi oleh pihak berkepentingan.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian yang dilaporkan dalam artikel ini perlu ditafsir dengan

mengambil kira beberapa limitasi seperti berikut. Pertama, kajian ini adalah suatu kajian

yang memfokus kepada lima buah Institusi WZB di Malaysia yang diambil sebagai sampel

kajian dan fokus kepada item-item hasil yang dilaporkan dalam penyata kewangan

tahun 2016 sahaja. Mungkin terdapat jenis-jenis hasil yang lain dan amalan pengiktirafan

yang terkini yang tidak disentuh dalam artikel ini. Justeru, kajian lanjut boleh

dilaksanakan, contohnya dengan mengkaji dan membandingkan amalan pengiktirafan hasil

di Institusi WZB di Negara lain bagi mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam dan

holistik berhubung aspek perakaunan hasil atau harta umat Islam. Kedua, dapatan

kajian yang dilaporkan dalam artikel ini adalah dapatan dari kajian deskriptif yang tidak

cuba untuk membincangkan amalan dan isu-isu pengiktirafan hasil Institusi WZB secara

mendalam dan terperinci. Oleh hal yang demikian, kajian susulan perlu dilaksanakan

untuk menggali isu-isu yang diketengahkan secara mendalam dengan merujuk kepada

pandangan-pandangan pakar syariah dan juga pakar bidang perakaunan bagi

mendapatkan kefahaman tentang konsep pengiktirafan hasil dari

perspektif Islam.

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 18

Page 19: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

Rujukan

Abdul Rahman, A.R & Goddard, A. (1998), An Interpretive Inquiry of Accounting Practices in

Religious Organisations, Financial Accountability & Management, 14(3), 183-201.

Ahmad Zamri, O.H, Muslim Har Sani, M., Hafiz-Majdi, A.R., Maliah, S. Siti Alawiyah, S.,&

Marhanum C.M.S. (2017), Perakaunan Baitul Mal: Pengajaran Dari Tamadun

Awal Islam, IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting

and Management, 7, 29-40.

Ainul Kauthar Karim, Arieff Salleh Rosman & Azman Ab Rahman, (2016), Konsep Wakaf

Kesihatan dan Perkembangannya di Malaysia, dalam buku Pembiayaan &

Pembangunan Wakaf dalam Melestarikan Ekonomi Ummah: Cabaran dan Prospek

Masa Hadapan, Penerbit USIM.

Azman A.R, Alias, M.H., & Omar, S.M.N. (2012), Zakat Institution in Malaysia: Problems and

Issues, Global Journal Al Thaqafah (Gjat), 2(1), 35-41.

Azmi, A.A, & Hanifa, M.H. (2015) ‘The Sharia-compliance of financial reporting practices: a

case study on waqf’, Journal of Islamic Accounting and Business Research, 6 (1),

55-72.

Bernama. (2016). Piawaian Perakaunan Islam untuk Pelaporan Kewangan Wakaf, Zakat

dan Baitulmal Dibentuk, Retrived 20 Jun 2016, from http://www.bernama.com/

bernama/v8/index.php

Connolly, C. and Hyndman, N. (2013), ‘Towards charity accountability’, Public Management

Review, 15 (7), 945–968.

Garis Panduan Syariah, Bank Negara Malaysia, Kompilasi Keputusan Majlis Penasihat

Syariah Bank Negara Malaysia, Jilid 1.

Glosari Manual Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan (2014), Jabatan Akauntan

Negara Malaysia.

Gulaid, M. A., 1995. “Public Sector Resource Mobilization in Islam,” Islamic Economic

Studies, The Islamic Research and Training Institute (IRTI), vol. 2, pages 79-107.

Hailani Muji Tahir, (2007), Institusi baitulmal dalam pembangunan negara, Penerbit UKM

Bangi.

Hailani Muji Tahir & Ahmad, S. (2009), Aplikasi fiqh muamalat dalam sistem kewangan

Islam, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM, Selangor.

Hairunnizam, W. & Radiah, A.K. (2010). Localization of Malaysian Zakat Distribution:

Perceptions of Amils and Zakat Recipients, PhD Thesis, Universiti Malaya.

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 19

Page 20: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

Hairunnizam, W. & Sanep, A. (2014). Faktor Mempengaruhi Tahap Keyakinan Agihan Zakat:

Kajian Terhadap Masyarakat Islam di Selangor. Jurnal Ekonomi Malaysia, 48(2), 41-

50.

Halidan, M.D. (2006). Pengalaman Pengurusan Zakat Pahang, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Hasan Basri and A.K. Siti Nabiha, (2010), ‘Towards good accountability: the role of

accounting in Islamic religious organisation’, The International Conference on

Business, Economics and Finance, World, Academy of Science, Engineering and

Technology, Paris, France.

Ihsan, H., Mohamad Alwi, N., Sulaiman, M., & Adnan, M.A. (2017), ‘A Study of Accountability

Practice in Dompet Dhuafa Waqf of Indonesia’, JKAU: Islamic Econ., 30 (2), 13-32.

IPSASB (2014), Conceptual Framework for General Purpose Financial Reporting by Public

Sector Entities.

Khairul Azhar, M. (2017), Potensi Zakat Dalam Pembangunan Umat Islam Di Malaysia,

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017, Kolej Universiti Islam

Melaka.

Malaysian Public Sector Accounting Standard (MPSAS), Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Maliah, S., Muslim Har Sani, M., Hafiz-Majdi, A.R., Ahmad Zamri, O.H., Siti Alawiyah, S.,

& Ibrahim, N. (2016), Accounting and Accountability of Waqf, Zakat, and Baitul Mal

(WZB) in Malaysia: A Review of Literature, IPN Journal of Research and Practice in

Public Sector Accounting and Management, 6, 1-12.

Md Salleh, M.F.M, Basnan, N., Ahmad, A., Harun, A., Naim, M.A, & Wahid, H. (2016),

‘Cadangan item pendedahan bagi pelaporan institusi wakaf, zakat dan baitulmal’,

IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and

Management, 6, 23-44.

Mustaffha, N & Zainal, M, F (2016), Waqf and accounting treatment: pursuing the

transparency and accountability – A case study, Proceeding of the 3rd

International Conference on Masjid, Zakat & Waqf (IMAF).

Nahar, H.S., & Yaacob, H. (2011). Accountability from sacred context: The case of

management, accounting and reporting of a Malaysian cash awqaf institution,

Journal of Islamic Accounting and Business Research, 2(2), 87-113.

Nurazleena, I. & Zulkarnain M.S. (2017). A closer look at accounting for Islamic Financial

Institutions, SHS Web of Conferences, 34, FourA

Omar, H.H, Abu Bakar, A, Shuib, M. S & Jusoh, M.K.A. J. (2016), Penggunaan kaedah

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 20

Page 21: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

B. O. T dalam usaha membangunkan tanah wakaf Majoodsaw Pulau

Pinang, pembiayaan & pembangunan wakaf dalam melestarikan ekonomi

ummah: cabaran dan prospek masa hadapan, Penerbit USIM.

Qaradhawi, Y. (2011). Fiqh al Zakah: A Comprehensive study of Zakah Regulations and

Philosophy in the Light of the Qur’an and Sunna (M. Kahf & I. Siddiqui, Trans.),

Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

Siti Rokyah, M.Z., (2005), ‘Determinants of financial reporting practices on waqf by state

islamic religious council in Malaysia’, Unpublished Master’s Dissertation,

International Islamic University Malaysia, Gombak, Selangor.

Yaacob, H, Petra, S., & Sumardi, (2015), ‘Accountability through accounting and reporting

lenses lessons from an awqaf institution in a Southeast Asia Country’, Humanomics,

31 (1), 299-31.

Zainal Abidin, J. (2006). Pengurusan agihan zakat: Pengalaman Baitulmal Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 21

Page 22: Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakat

IPN Journal 8 (1): 1-22 (2018)

http://jurnal.ipn.gov.my

Amalan Pengiktirafan Hasil Oleh Institusi Wakaf, Zakaf, Dan Baitulmal Di Malaysia ------------------------------------------ 22