21
Amalan Kitar Semula di Kawasan Kajian Wakaf Che Yeh,Kelantan Nama : MUHAMAD SYAHRUL ANUAR B.ZAID Tingkatan : 3 JAYA Nama guru: EN.RUSDI BIN OTHMAN

Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Amalan Kitar Semula di

Kawasan Kajian Wakaf Che

Yeh,Kelantan

Nama : MUHAMAD SYAHRUL ANUAR B.ZAID Tingkatan : 3 JAYANama guru: EN.RUSDI BIN OTHMAN

Page 2: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Kandungan

Penghargaan……………………………………….....

Pendahuluan …………………………………………

Objektif Kajian……………………………………......

Kawasan Kajian ……………………………………...

Kaedah Kajian………………………………………...

Dapatan Kajian………………………………………..

Rumusan………………………………………………

Lampiran………………………………………………

Page 3: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Seribu Mawar,, Sejuta Cabaran

Assalamualaikum……….

Alhamdulillah,syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya dapat saya menyiapkan folio ini sebaik mungkin.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa serta guru geografi saya,Puan Rosemini dan rakan-rakan seperjuangan kerana memberi sokongan,bantuan serta dorongan kepada saya dalam menjayakan folio ini.

Saya berharap dengan kesungguhan saya ini,akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t dan akan mendapat markah yang baik.Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih

sekali lagi kepada cikgu yang telah membantu saya dalam menyiapkan folio ini .

Page 4: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Pendahuluan

Tajuk kajian saya ialah amalan kitar semula sebagaimana yang dipilih oleh guru saya.Saya memilih kawasan Wakaf Che Yeh kerana di situlah sekolah dan rumah saya.Hal ini dapat memudahkan saya untuk mengkaji kawasan ini dengan teliti dan senang untuk saya membuat temu janji dengan kawan saya untuk sama-sama berbincang bagi menghasilkan folio ini dengan sebaik mungkin.Tempoh masa kajian yang dijalankan saya ialah selama 3 minggu.

Page 5: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Objektif Kajian

Mengenal pasti konsep kitar semula. Mengenal pasti jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula. Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula. Mengenal pasti masalah dan halangan amalan kitar semula. Mengenal pasti langkah-langkah dan cadangan mengatasi masalah dalam

melaksanakan amalan kitar semula. Menerapkan nilai atau unsur patriotisme.

Page 6: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Kawasan Kajian

Saya telah memilih Wakaf Che Yeh sebagai kawasan kajian saya.Wakaf Che Yeh ialah sebuah kawasan yang amat terkenal sekarang dengan pelbagai keistimewaannya, namun Wakaf Che Yeh dahulunya adalah sebuah pekan yang kecil saja dan di sinilah tempat untuk masyarakat berkunjung untuk membeli barang dan makanan.Orang lebih ramai datang ke pasar tani di Wakaf CheYeh pada setiap hari Jumaat.Wakaf Che Yeh sekarang telah menjadi maju dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Wakaf CheYeh adalah kawasan yang terletak di selatan Kota Bharu dan ianya juga berada di pinggir bandar.Kawasan Wakaf CheYeh adalah kawasan tanah pamah yang rata yang mudah dibangunkan.Jarak kawasan Wakaf Che Yeh dari bandar ialah sejauh 4 kilometer.

Page 7: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Kaedah Kajian

Sebelum memulakan kajian,saya telah mengenal pasti beberapa kaedah kajian yang akan saya gunakan untuk membuat kajian. Berikut ialah kaedah yang telah saya gunakan untuk membuat kajian di kawasan Wakaf Che Yeh.

Pemerhatian ; saya telah memerhati untuk mengenalpasti amalan kitar semula yang terdapat di kawasan Wakaf Che Yeh.

Rujukan ; selain itu,saya juga membuat rujukan di perpustakaan sekolah saya dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan kitar semula dalam menyiapkan folio ini.

Temu Bual ; disamping itu,saya juga telah menemu bual penduduk di sekitar rumah saya dan juga di kampung lain untuk mendapat maklumat mengenai amalan kitar semula di kawasan Wakaf Che Yeh.

Page 8: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Dapatan Kajian8.1 Konsep Kitar Semula ;

Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai menggunakan semula atau memproses barang-barang yang telah digunakan menjadi barang-barang baru.Antara barang yang boleh dikitar semula ialah kertas,botol,kaca,plastic,pakaian dan aluminium.Konsep 3R (Reduce,Reuse dan Recycle) telah diperkenalkan untuk mengendalikan barang-barang yang boleh dikitar semula.

8.2 Bahan-bahan yang boleh dikitar semula ialah ;

Kertas Kaca Mineral Getah Plastik Tekstil Sisa makanan Kayu Air

`

Page 9: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Amalan Kitar Semula ;

1. Mengguna semula- barang seperti botol terpakai boleh dibersihkan dan digunakan semula untuk menyimpan barang seperti alat-alat tulis dan sebagainya.Selain itu,beg kertas daripada pusat membeli belah boleh digunakan semula.Maka,jika amalan ini dapat dilaksanakan oleh semua masyarakat,jumlah sampah yang dibuang setiap hari dapat dikurangkan.

2. Memberi sumbangan kepada pihak lain- barang seperti buku dan majalah boleh diderma kepada pihak tertentu.Selain itu,pakaian pula boleh diderma kepada rumah kebajikan seperti rumah orang tua,rumah anak yatim dan lain-lain atau diderma kepada keluarga yang kurang berkemampuan atau kepada ahli keluarga sendiri.Disamping dapat membuat kebajikan,ianya juga dapat mengurangkan masalah kemiskinan di negara ini.

3. Menghasilkan bahan baru- barang seperti kaca atau aluminium dapat diproses menjadi barangan kaca yang baru atau barang baru yang lain.Barang yang baru ini dapat dijual dan ini dapat menambahkan lagi pendapatan keluarga.Oleh itu,amalan seperti ini perlu diterapkan dalam setiap diri masyarakat.

Page 10: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

8.3 Kepentingan Kitar Semula ;

1. Kitar semula untuk menambah pendapatan.

Kita boleh menjana pendapatan sampingan dengan mengitar semula.Kita boleh menjual barang-barang tidak diperlukan yang boleh dikitar semula kepada pusat kitar semula,kedai-kedai dan lain-lain lagi.Dengan ini,kita akan dapat menambahkan lagi pendapatan yang diperoleh selain daripada bekerja.

2. Kitar semula untuk menambah peluang pekerjaan.

Jika semakin ramai orang yang mengamalkan proses kitar semula, negara kita akan membuka lebih banyak kilang untuk memproses bahan kitar semula tersebut.Secara tidak langsung,ini akan menambah peluang pekerjaan kepada penganggur untuk bekerja di kilang tersebut.

3. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran.

Sampah-sarap yang berlonggokan di dalam tong sampah,lori sampah,dan di tepi jalan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.Dengan mengamalkan amalan kitar semula,pencemaran tersebut akan dapat dikurangkan.

4. Kitar semula untuk mengurangkan penggunaan sumber,kos, dan tenaga.

Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda bagaikan menjimatkan penggunaan tenaga televisyen selama 3 jam. Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.Untuk menghasilkan 1 tan kertas,sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yana perlu ditebang. Dengan mengitar semula 1 botol kaca,anda bagaikan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

Page 11: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Dengan amalan kitar semula ini,ia akan dapat menerapkan unsur tanggungjawab dan sayangkan kepada negara.

8.4 Masalah /halangan Amalan Kitar Semula

Ketika melaksanakan kerja kursus ini,terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti iaitu :

1. Sikap

Terdapat segelintir yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini.Mereka membakar begitu sahaja sampah yang boleh dikitar semula seperti plastic dan kertas.Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

2. Kurang Pengetahuan

Selain itu,kebanyakan penduduk kampung membuang bahan kitar semula ini begitu saja adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula.Mereka lebih suka membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. Bagi mereka,amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak berfaedah.

3. Harga Terlalu Rendah

Hampir kesemua pusat pengumpulan membeli barangan kitar semula dengan harga yang sangat rendah.Kertas dibeli dengan harga tidak kurang daripada 20 sen untuk 1 kg.Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih suka membuang dan membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana ianya tidak menguntungkan.

Page 12: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

Beberapa langkah perlu dilakukan untuk menggalakkan lebih ramai penduduk di kawasan kajian mengamalkan amalan kitar semula.

Antara langkah tersebut ialah :

1. Pendidikan

Para guru di sekolah perlu menggalakkan murid-murid untuk mengamalkan amalan kitar semula.Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah.Pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan kitar semula berserta hadiah yang menarik untuk menarik minat para pelajar.

2. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan

Kerajaan perlu menyediakan kemudahan pusat pengumpulan untuk memudahkan penduduk menghantar bahan untuk dikitar semula sekaligus mendorong mereka untuk mengitar semula.Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati.Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.

3. Kempen

Orang ramai mesti sentiasa diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui kempen.Para pekilang,usahawan. Dan peniaga serta orang awam mesti digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar.Kempen alam sekitar semula inidijalankan melalui media massa.Kaedah dan aktiviti yang dijalankan ialah ceramah,pameran,kem kesedaran alam,bengkel alam sekitar,lawatan penyebaran maklumat alam sekitar serta melalui media cetak

Page 13: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

dan media elektronik.Agensi kerajaan yang terlibat dengan kempen alam sekitar ini ialah Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Bahan Grafik

Page 14: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Rumusan

Page 15: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Kitar semula merupakan amalan yang perlu dipupuk oleh setiap rakyat Malaysia sejak dari kecil lagi.Apabila kita mengamalkan kitar semula,banyak pokok akan dapat diselamatkan dari ditebang.Selain itu,alam sekitar pula akan sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman dan bahaya.Sikap bertanggungjawab dan cintakan alam sekitar perlu ada dalam diri setiap seorang rakyat di Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.Oleh itu,amalan kitar semula ini perlu diamalkan oleh semua pihak.

Page 16: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Lampiran

Rujukan

Page 17: Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kajian Wakaf Che

Buku teks

Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan,2004 Geografi Tingkatan 3

Chong mui seng dan rakan,2002 Geografi Tingkatan 1

Buku rujukan

Kursus Cepat PMR

Oxford Fajar,Whizz Thru PMR

Internet http:/forestry.pahang.gov.my/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=85&Itemid=131