AMALAN KESANTUNAN BERBAHASA DI SEKOLAH.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • AMALAN KESANTUNAN BERBAHASA DI SEKOLAH

    ZURAINI RAMLI DAHLIA JANAN

    HUSNA FAREDZA MOHAMED REDZWAN KHAIRUL AZAM BAHARI

    KOD PENYELIDIKAN : 01-02-37-05

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2009

  • 1

    PENGAKUAN

    Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Zuraini Ramli, Dahlia Janan, Husna Faredza Mohamed Redzwan dan Khairul Azam Bahari kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

    73.2009 Tanda tangan (Ketua Penyelidik)

  • ii

    PENGHARGAAN

    Pertama sekali, kami ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberikan kami keizinan dan kekuatan untuk menyiapkan penyelidikan ini dengan jayanya.

    Atas kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris, khususnya Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Fakulti Bahasa yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah, yang telah memberikan kelulusan dan melancarkan urusan kami untuk menjalankan penyelidikan di sekolah-sekolah yang terlibat

    Rakaman terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pengetua, guru-guru, kakitangan, dan pelajar-pelajar di semua sekolah yang terlibat sebagai populasi kajian dalam kajian ini. Tanpa kerjasama mereka, pasti penyelidikan ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kami kepada Puan Siti Zubaidah Salleh dan Puan Zuniza Mohamed Hanapiah yang membantu mentranskripsi data kami.

    Akhir sekali, terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak, yang membantu kami menjayakan penyelidikan ini. Semoga segala kebaikan yang diberikan itu mendapat ganjaran daripada Allah SWT hendaknya.

    Penyelidik:

    ZURAINI RAMLI DAHLIA JANAN

    HUSNA FAREDZA MOHAMED REDZWAN KHAIRUL AZAM BAHARI

    9 Mac 2009/ 12 Rabiul Awal 1430

  • iii

    ABSTRAK

    Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenali bentuk dan amalan kesantunan berbahasa di sekolah. Dalam kajian ini, bentuk dan amalan kesantunan berbahasa di sekolah dilihat dari tiga aspek, iaitu aspek sosiolinguistik, pragmatik dan bahan bertulis, iaitu dokumen dan surat menyurat. Sebanyak enam buah sekolah di sekitar negeri Perak dipilih untuk mendapatkan data yang berbentuk rakaman, pemerhatian, temu bual dan dokumen. Data-data yang dikutip melibatkan semua golongan yang berada di sekolah, iaitu pelajar, guru, pentadbir dan kakitangan. Hasil dapatan kajian ini menyenaraikan bentuk amalan kesantunan berbahasa yang menjadi amalan di sekolah. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kesantunan berbahasa masih menjadi amalan di sekolah namun ia berada pada tahap yang sederhana dan masih boleh diperbaiki dari masa ke masa. Oleh itu, dicadangkan agar kajian susulan dilakukan untuk mencari atau membina strategi atau kaedah yang dapat mempertingkatkan amalan kesantunan berbahasa di sekolah.

  • IV

    ABSTRACT

    This research has been carried out to identify the style of linguistic politeness that is being practiced in schools. Sociolinguistics and Pragmatics aspects were studied as well as written communication such as in letters and other related documents to better understand the practice of linguistics politeness in schools. Sixth schools located in Perak have been chosen to be part of the research. Data were collected in manner of video recording, observation, interviews and written documents. Participants for the research were among teachers, students and those from the supporting staffs. The finding of the research shows the various styles of linguistics politeness that is being practice in schools. In addition, the results also show that the practice of linguistics politeness in schools is average and can be improved. Thus, it is recommended that further investigation should be carried out to find ways or strategies that can be used to improve the practice of linguistics politeness among school staffs and school attendees.

  • KANDUNGAN

    Muka surat

    Pengakuan

    Penghargaan

    Abstrak

    Abstract

    BAB1 PENGENALAN

    1.1 1.2

    1.3 1.4

    1.5

    Pendahuluan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Objektif Kajian Kepentingan Kajian

    ii

    iii

    iv

    1 2 3 4 5

    BAB 2 KESANTUNAN MELAYU 2.1 Pendahuluan 7 2.2 Kesantunan bahasa mengikut perspektif pengkaji

    di Malaysia 8 2.3 Kesantunan bahasa mengikut perspektif sarjana

    barat 11

    BAB 3 KESANTUNAN BAHASA DARI ASPEK SOSIOLINGUISTIK 3.1 Menghindari kata-kata tabu 13 3.2 Penggunaan Eufemisme dan Sirkumlokusi 14 3.3 Penggunaan atau pemilihan kata yang honorifik 14 3.4 Mematuhi peraturan sosiolinguistik 18 3.5 Penggunaan penanda santun 18

  • 3.6 Penggunaan basa basi dan mengamalkan tegur sapa 19

    BAB 4 KESANTUNAN BAHASA DARI ASPEK PRAGMATIK 4.1 Pendahuluan 20 4.2 Maksim Kebijaksanaan 21 4.3 Maksim Kedermawanan 21 4.4 Maksim Penghargaan 22 4.5 Maksim Kesederhanaan 22 4.6 Maksim Permuafakatan 22 4.7 Maksim Simpati 22

    BAB 5 KERANGKA TEORI 25

    BAB 6 METODOLOGIKAJIAN 6.1 Tujuan Kajian 26 6.2 Soalan Kajian 26 6.3 Batasan Kajian 27 6.4 Reka bentuk Kajian 27

    6.4.1 Kaedah pemerhatian 27 6.4.2 Kaedah analisis dokumen 28

    6.5 Populasi Kajian 29 6.6 Instrumen Kajian 30 6.7 Pengumpulan Data 30

    6.8 Prosedur Penganalisisan Data 31 6.9 Hasil yang dijangkakan 32 6.10 Menulis Laporan Akhir 32 6.11 Jadual Kerja 33

  • BAB 7 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 7.1 Analisis Kesantunan Bahasa dari Aspek

    Sosiolinguistik 34 7.1.1 Menghindari kata-kata tabu 34 7.1.2 Penggunaan Eufemisme dan Sirkumlokusi 36 7.1.3 Penggunaan atau pemilihan kata yang

    honorifik 39 7.1.4 Penggunaan penanda santun 41 7.1.5 Penggunaan basa basi dan mengamalkan

    tegur sapa 42

    7.2 Analisis Data dan Dapatan Kajian Dari Aspek Pragmatik 42

    7.2.1 Maksim Kebijaksanaan 43 7.2.2 Maksim Kedermawanan 44 7.2.3 Maksim Penghargaan 45 7.2.4 Maksim Kesederhanaan 47 7.2.5 Maksim Permuafakatan 48 7.2.6 Maksim Simpati 49

    7.3 Analisis Data Berdasarkan Surat dan Dokumen 49 7.3.1 Penggunaan Kata Panggilan Hormat 52 7.3.2 Ekspresi Permulaan Surat 54 7.3.3 Ekspresi Pengakhiran Surat 55 7.3.4 Corak Komunikasi 55

    7.3.4.1 Komunikasi dari Atas ke Bawah 56 7.3.4.2 Komunikasi dari Bawah ke Atas 58

    BAB 8 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 61

    RUJUKAN 71

    LAMPIRAN

  • BAB1

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Penyelidikan dalam aspek kesantunan mendapat perhatian yang serius terhadap fenomena linguistik mahupun bukan linguistik. Kesantunan telah menjadi satu bidang kajian yang mendapat tempat dalam kalangan pengkaji sejak dua dekad kebelakangan ini. Hubung kait kesantunan dengan bidang lain seperti sosiolinguistik, sosiopragmatik, etnografi komunikasi, pengajaran bahasa kedua, psikologi, perniagaan, antropologi sosial, budaya, sosiologi dan gender telah menyumbang kepada berkembangnya minat terhadap pelbagai aspek kesantunan sebagai satu bidang kajian. Minat terhadap bidang ini terbukti dengan tertubuhnya inter-university Linguistic Politeness Research Group pada tahun 1999.

    Bahasa yang santun bukanlah ciri tambahan pada gaya yang baik. la adalah inti gaya. Gaya yang baik menunjukkan kita mementingkan diri, perasaan dan kedudukan orang yang kita ajak berkomunikasi dengan kita. Gaya melambangkan budi bahasa dan akhlak yang baik. la terbit daripada niat ikhlas ingin memahami orang lain, baik dengan menggunakan fikiran mahupun perasaan kita. Jelasnya, kesantunan berbahasa datang daripada peribadi yang bersopan santun (Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad, 1994: 306, 308). Setiap perlakuan dan penggunaan bahasa yang datang daripada hati yang ikhlas diterima sebagai perlakuan yang santun (Noriati A. Rashid, 2005:113).

  • 2

    Lackoff (1975:64) menginterptetasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Bagi Fraser dan Nolan (1981:96), kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. Leech (1983:104) pula menyatakan bahawa kesantunan merupakan perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Brown dan Levinson (1987:62) pula mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka kepada pendengar

    1.2 Latar Belakang Kajian

    Kesantunan merangkumi pelbagai fenomena. Terdapat tiga dimensi dalam mengenal pasti makna perkataan santun itu sendiri, iaitu: (1) santun sebagai sivil atau betul di sisi masyarakat; (2) santun sebagai mesra; (3) santun sebagai diplomatik. Terdapat beberapa pendapat pengkaji yang melihat santun mengikut pandangan masing-masing. Menurut Leech (1983), "Being polite involves making the hearer to feel good1 (polite as friendly); Brown and Levinson (1987) pula berpendapat bahawa "being polite means making him not feel bad' (polite as diplomatic); Fraser (1990) upolite is the expected state" (polite as socially correct).

    Pengkaji akan melihat hubungan tersebut berdasarkan aspek kesantunan berbahasa yang merangkumi tiga peraturan bahasa yang disebut oleh Asmah Omar (2002: 9) sebagai peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik. Peraturan linguistik ialah peraturan yang memastikan keteraturan sebutan dan nahu dalam penggunaan bahasa. Manakala peraturan sosiolinguistik pula, merujuk kepada peraturan yang mengawal ketertiban sosial antara orang-orang yang berinteraksi antara satu sama lain. Akhir sekali, ialah peraturan pragmatik yang membicarakan hal-hal berkaitan tujuan-tujuan penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kajian kesantunan berbahasa akan melibatkan kajian dari aspek linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik.

  • 3

    1.3 Pernyataan Masalah

    Pada 11 Januari 2005 yang lain, Y.A.B Perdana Menteri telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni pada peringkat kebangsaan. Bersempena dengan pelancaran kempen tersebut, masyarakat hari ini digesa untuk menghidupkan kembali amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

    Tokoh akademik, Awang Had Salleh setelah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 1999 daripada Canselor UM, Sultan Azlan Shah berkata, penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti masih pada tahap yang tidak memuaskan. Menurut beliau lagi, pendidikan bahasa bukan sahaja perlu ditekankan dari aspek mekanisme tetapi juga keberkesanannya, iaitu dari segi kepersisan, kewajaran, kesantunan dan keestetikaan bahasa. Penguasaan ke atas keempat-empat aspek ini menjanjikan kebijaksanaan berbahasa, mengungkap bicara dan mengukir idea berbanding sekadar mampu berbahasa (Husna Faredza Mohamed Redzwan, 2006:100). Jelasnya, kajian ini bertujuan untuk melihat bentuk "amalan kesantunan yang berlaku di sekolah serta aspek-aspek yang mempengaruhi kesantunan berbahasa di kalangan pelajar dan kakitangannya.

    Penguasaan bahasa juga dianggap tidak sempurna sekiranya bahasa yang digunakan oleh seseorang itu hanya betul dari segi tatabahasanya sahaja tetapi tidak mengendahkan aspek kesantunan semasa berbahasa. Sebagai contoh, kesilapan menggunakan kata panggilan hormat seperti encik, tuan, abang, kakak secaxa berleluasa dalam komunikasi menunjukkan tahap penguasaan santun bahasa yang masih lemah di kalangan penutur bahasa Melayu. Contoh yang lain pula adalah dari segi kesilapan dan penggunaan kata ganti diri orang kedua seperti 'kamu,' kepada guru masih lagi berlaku terutama dalam kalangan pelajar berbangsa Cina. Menurut Abdullah Hassan (2005:3) apabila kita mengajarkan bahasa Melayu, lazimnya kita hanya mengajarkan rumusan tatabahasa. Di sekolah kita hanya belajar mengeja, menulis, menyebut huruf-huruf,

  • 4

    mendengar dan membaca. Kita belajar membina perkataan menjadi frasa, frasa menjadi ayat, ayat menjadi perenggan dan perenggan menjadi karangan. Kita juga belajar tatabahasa, iaitu mekanik sesuatu bahasa. Selepas selesai belajar mekanik bahasa ini, kita sudah dianggap sudah mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Sedangkan ada peraturan-peraturan yang menuntut kita menggunakan sopan dan santun bahasa yang dipanggil sebagai tatabahasa sosial. Menurut beliau lagi, walaupun sesuatu ujaran betul binaan ayatnya, namun adakalanya timbul rasa lucu, tersinggung, tidak dihormati, marah atau kurang selesa dalam sesebuah komunikasi. Lebih buruk lagi, seseorang itu boleh dikategorikan sebagai tidak beradab apabila ujarannya tidak mengikuti peraturan kesantunan berbahasa tersebut.

    Terhakisnya amalan nilai-nilai mumi menyebabkan kebanyakan generasi muda masa kini kian hilang rasa hormat dan santun semasa berkomunikasi dalam komuniti. Lebih membimbangkan golongan remaja ini terdiri daripada golongan yang masih di bangku persekolahan. Lebih penting lagi, guru pula sewajarnya menjadi model kepada para murid semasa mereka berada di sekolah. Berikutan itu, amalan kesantunan perlu bermula dalam kalangan guru juga. Ini kerana masa yang diluangkan oleh murid sekolah ini misalnya adalah sekurang-kurangnya enam jam sehari di sekolah. Selain terdedah dengan persekitaran dan iklim di sekolah, mereka turut terdedah dengan pengaruh media yang pelbagai, kesan daripada globalisasi yang melanda negara. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengesan dan mengenal pasti aspek kesantunan berbahasa yang menjadi amalan di sekolah.

    1.4 Objektif Kajian

    Objektif kajian tentang Kesantunan Berbahasa di Sekolah adalah untuk melihat sejauh mana kesantunan berbahasa diamalkan di sekolah seperti berikut: (1) Mengenal pasti bentuk dan amalan kesantunan bahasa di sekolah dari aspek

    sosiolinguistik

  • 5

    (2) Mengenal pasti bentuk dan amalan kesantunan berbahasa di sekolah dari aspek pragmatik

    (3) Mengenal pasti bentuk dan amalan kesantunan berbahasa dalam dokumen dan surat-menyurat

    1.5 Kepentingan Kajian

    Kesantunan bahasa penting dan sering dibincangkan oleh ahli linguistik kebelakangan ini. Dalam berkomunikasi, kesantunan berbahasa amat diperlukan kerana, (1) kesopanan seseorang pada umumnya dinilai melalui bahasanya yang santun, (2) bahasa yang santun akan lebih melancarkan penyampaian mesej dalam komunikasi, (3) bahasa yang kurang santun sering menyakitkan perasaan-perasaan orang lain sehingga menjadi sumber konflik, dan (4) sejarah membuktikan masyarakat Melayu dianggap sebagai orang yang sopan santun dan baik budi bahasanya sehingga hal ini penting dipertahankan ( Robert Sibarani, 2004:215-216).

    Sebaliknya berlaku apabila terpapar kenyataan daripada sebuah akhbar tempatan yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak sopan mengikut penyelidikan mereka. Keadaan ini perlu dibuktikan kesahihannya. Apakah sebenarnya makna santun? Apakah sebenarnya ukuran dan nilai kesantunan kerana takrif santun bagi masyarakat kita mungkin mendatangkan anggapan yang lain pula bagi masyarakat lain. Setiap masyarakat mengutamakan aspek santun dalam perlakuan sebagai nilai yang menjadi penentu kemuliaan peribadi seseorang. Kesantunan sering kali dikaitkan dengan perlakuan bahasa (verbal) dan perlakuan bukan bahasa (non verbal).

    Kesantunan boleh dipancarkan melalui tingkah laku dan cara berbahasa. Tingkah laku yang biadab akan menyebabkan seseorang itu dianggap kurang ajar. Sementara cara berbahasa yang tidak sopan dikatakan sebagai tidak tahu bahasa (Mohamad Fadzeli Jaafar, 1997:292). Kesantunan bahasa juga dikaitkan dengan budi bahasa. Nilainya tidak dapat disamakan dengan sesuatu yang bersifat kebendaan..01eh sebab penggunaan bahasa yang

  • 6

    baik dan betul adalah penting untuk menyerlahkan kesantunan dan kebudibahasaan sesuatu bangsa, kajian tentang kesantunan bahasa perlu dijalankan.

    Kajian ini akan mendedahkan ciri-ciri amalan kesantunan berbahasa guru dari aspek linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik. Oleh yang demikian, data berkaitan amalan kesantunan bahasa sebenar perlu disediakan sebagai panduan guru-guru umumnya dan pelajar-pelajar UPSI, iaitu bakal guru khususnya.

    Adalah diharapkan dapatan-dapatan kajian yang diperoleh akan meletakkan UPSI sebagai sumber rujukan berkaitan amalan kesantunan bahasa. Kajian ini juga dapat menyumbang ke arah menyemarakkan kempen Berbudi Bahasa yang disarankan oleh Y.A.B Perdana Menteri.

  • 7

    BAB 2

    KESANTUNAN MELAYU

    2.1 Pendahuluan

    Kesantunan sama dengan budi pekerti atau etiket, iaitu tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam suatu masyarakat beradab untuk memelihara hubungan baik antara sesama manusia. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekali gus menjadi syarat yang disepakati dalam perilaku sosial Robert (2004:217).

    Apabila dilihat pengertiannya, kesantunan dapat dilihat daripada berbagai-bagai segi dalam pergaulan sehari-hari. Pertama, kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari. Kedua, kesantunan sangat kontekstual, yakni berlaku dalam suatu masyarakat, tempat atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku bagi masyarakat, tempat atau situasi lain. Ketiga, kesantunan selalu dwikutub, yakni memiliki hubungan dua kutub seperti antara anak dengan orang tua, antara orang yang lebih muda dengan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dengan tetamu, antara lelaki dengan wanita, antara individu dengan individu lain. Keempat, kesantunan tercermin dalam cara berbahasa, bertindak dan berpakaian (Robert Sibarani, 2004:218).

    Menurut beliau lagi, kesantunan perbuatan memerlukan berbagai-bagai tatacara seperti pada waktu makan bersama, memerlukan kesantunan dari segi cara berpakaian, cara

  • 8

    duduk, cara mengunyah, dan Iain-lain. Tidak santun sekiranya kita berwajah murung ketika menerima tetamu, atau menyilang kaki ketika bertamu ke rumah orang, duduk di atas meja ketika mendengar kuliah daripada pensyarah, mencungkil gigi tanpa menutup mulut ketika makan di tempat awam.

    Za'ba (1950) turut membincangkan aspek kesantunan perbuatan. Beliau mengatakan bahawa budi bahasa bukan sekadar penggunaan bahasa semata-mata. Perlakuan dan tingkah laku seseorang, seperti amalan berjabat tangan, menunjukkan muka yang manis, cara duduk yang tertib dan disenangi, melayan tetamu dengan menghidangkan juadah, membongkokkan badan ketika melintas di hadapan atau di belakang orang lain, serta menggunakan ibu jari, bukan jari telunjuk, apabila mahu menunjukkan sesuatu perlu dititikberatkan juga. Penggunaan bahasa yang santun tidak akan lengkap tanpa disertai oleh perlakuan yang mulia itu.

    Dalam kesantunan berpakaian, ada dua hal yang perlu diperhatikan. Pertama, berpakaian dengan sopan di tempat umum, iaitu dengan menghindari pakaian yang boleh merangsang orang lain. Kedua, berpakaian rapi dan sesuai dengan keadaan, yakni berpakaian rasmi dalam acara rasmi atau berpakaian santai dalam situasi santai.

    Kesantunan bahasa pula tercermin dalam tatacara berkomunikasi. Ketika

    berkomunikasi, kita harus tunduk kepada norma-norma budaya yang hidup dalam

    masyarakat Apabila tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-noma

    budaya, maka dia dituduh sebagai orang yang aneh, egois, sombong, tidak beradat atau

    tidak berbudaya.

    2.2 Kesantunan bahasa mengikut perspektif pengkaji di Malaysia

    Asmah Haji Omar (2000:88) menginterpretasikan kesantunan menurut perspektif Melayu dengan mengatakan bahawa kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari

  • 9

    yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.

    Mustafa Hj. Daud (1995:4) memberikan pengertian berbudi bahasa sebagai percakapan yang baik, elok dalam tutur kata, halus tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi budi bicara, pemurah, belas kasihan, beradab, bersopan-santun, bertatatertib, berbudi pekerti mulia, tingkah laku yang baik dan akhlak yang baik.

    Asmah Haji Omar dalam Ab. Razak Ab. Karim (2000:1306) pula membahagikan kesopanan kepada dua jenis, iaitu kesopanan asas dan kesopanan berkendala. Kesopanan asas ialah kesopanan yang sedia ada dan dijadikan panduan oleh ahli masyarakat untuk berhubungan antara satu sama lain. Kesopanan berkendala pula ialah kesopanan yang menggambarkan usaha yang dilakukan oleh ahli masyarakat ketika berhubungan antara satu sama lain dengan memberikan perhatian kepada kendala tertentu. Menurutnya lagi, strategi komunikasi yang menandai kesopanan melibatkan perkara berikut: (1) perkaitan peranan, (2) perbezaan taraf sosial, (3) kewujudan kuasa, (4) menjaga air muka, (5) kepatuhan pada tajuk atau bidang dan (6) kepatuhan pada peraturan.

    Menurut Teo Kok Seong (1996:40), kesopanan berbahasa ditakrifkan sebagai bentuk bahasa atau penggunaan bahasa yang bermaksud untuk berlaku sopan kepada orang yang diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya, di samping memperlihatkan kehemahan pada orang yang bercakap itu agar ia dianggap sebagai berbudi bahasa.

    Bagi S. Nathesan (2005:30) pula, kesantunan berbahasa merujuk kepada budi bahasa yang tergambar dalam amalan tegur sapa yang digunakan dalam satu-satu masyarakat bahasa. Amalan ini umumnya ditentukan secara konvensi, iaitu persetujuan secara sebulat suara oleh masyarakat berkenaan.

    Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad (1994:306-307) pula, untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kesantunan berbahasa, cara mudah ialah dengan

  • 10

    mengetahui apa yang sebaliknya, iaitu kebiadaban berbahasa. Bentuk kebiadaban berbahasa adalah seperti berikut: (1) memo, surat, notis dan laporan yang terlalu singkat dan tidak kena pada

    tempatnya

    (2) ungkapan yang ada nada sindiran, kepura-puraan, marah, curiga, penghinaan, tuduhan, mengajar-ngajar, kemesraan yang tidak diingini dan yang mengandungi sangkaan tertentu

    (3) bentuk bahasa yang mencerminkan budi bahasa yang palsu dan niat yang tidak ikhlas (terlalu merendah-rendahkan diri, pujian yang menjulang, melebih-lebihkan pengiktirafan, ayat yang berbelit-belit).

    Menurut mereka lagi, kesantunan berbahasa ialah timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang membaca karya kita atau mendengar kita bercakap. Kesantunan bahasa juga ialah sifat bahasa yang membolehkan kita menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.

    Menurut Abd Wahid Jais dan Faezah Kassim (2006:68), orang Melayu memandang tinggi budi bahasa. Orang yang berbudi bahasa, berbudi mulia dan sopan dalam berbahasa diberi nilai yang sangat tinggi. Orang yang tidak berbudi bahasa dan bercakap dengan cara yang tidak sopan dianggap berperangai rendah, tidak berbudi dan dikatakan biadab.

    Pengetahuan komponen komunikasi, antaranya boleh mewujudkan kesesuaian bahasa (misalnya kesopanan) semasa berkomunikasi daxi beberapa segi: (i) penggunaan ganti nama yang sesuai mengikut angkubah sosial tertentu, misalnya usia, pangkat, dan jantina, (ii) penguasaan ciri prosodi seperti nada suara yang lantang dan intonasi tertentu untuk menyata dan menyampaikan sesuatu sikap, (iii) pengamalan cara bahasa tertentu untuk menyata dan menyampaikan sesuatu sikap, (iii) pengamalan cara berbahasa tertentu, misalnya merendah diri semasa menerima pujian sebagai mematuhi sesuatu resam berbahasa, dan (iv) pengetahuan perlakuan bukan verbal seperti aksi badan tertentu dalam

  • 11

    bentuk penggunaan tangan kanan yang dikaitkan dengan nilai sosial atau budaya tertentu (Teo Kok Seong, 2002:9).

    Penyampaian sesuatu komunikasi secara berkesan itu, hendaklah mengambil kira bukan sahaja peraturan nahu tetapi juga peraturan penggunaan bahasa yang terletak pada aspek sosiolinguistik dan aspek pragmatik (Asmah Hj Omar, 2002:114).

    2.3 Kesantunan Bahasa mengikut perspektif sarjana Barat

    Menurut Lakoff (1975), kesantunan adalah suatu proses komunikasi yang wujud bertujuan untuk mengurangkan pergeseran dalam perhubungan antara individu. Menurutnya lagi, kesantunan bermula dengan memahami dan mengujarkan sesuatu yang dianggap baik dari sudut peraturan sosial. Selain itu, lakoff turut menerangkan bahawa terdapat pelbagai tingkah laku yang boleh dianggap santun sama ada dalam bentuk linguistik dan juga bukan berbentuk linguistik. Dalam kajian yang dijalankan oleh Ide (1989:225), beliau mendefmisikan kesantunan linguistik sebagai suatu yang berkaitan dengan kelancaran komunikasi yang berhubung kait dengan penggunaan bahasa yang betul dengan strategi intensional. Tujuannya adalah untuk memastikan agar mesej yang disampaikan dapat diterima dengan jelas dan baik. Pada kebiasaannya, kelancaran berkomunikasi ditunjukkan dengan ekspresi penutur yang bersesuaian bagi menepati kehendak dan jangkaan penerima mesej seperti yang terkandung dalam norma hubungan dalam sesebuah masyarakat.

    Antara sarjana lain yang mengkaji fenomena kesantunan linguistik ialah Brown and Levinson (1978). Mereka membincangkan fenomena kesantunan dari sudut 'muka'. Mengikut Brown and Levinson (1978: 70) berdasarkan ciri muka, terdapat kesantunan positif dan kesantunan negatif. Kesantunan positif melibatkan kehendak muka positif (positif face wants) orang yang disapa manakala kesantunan negatif melibatkan kesedaran dan rasa hormat penutur terhadap kehendak muka negatif (negative face wants) penerima dengan tidak mengganggu kebebasan penerima dalam melakukan sesuatu (ibid).

  • 12

    Bayraktaroglu (1997:5) berpendapat bahawa kesantunan merupakan perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman bagi mengelakkan ancaman dan ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan mereka yang terbabit dalam perbualan menjadi renggang.

    Kesimpulannya terdapat kepelbagaian ciri kesantunan yang diutarakan oleh sarjana yang mengkaji bidang ini secara mendalam. Kepelbagaian ini dapat dilihat melalui kajian yang dilakukan oleh pengkaji tempatan dan pengkaji barat. Berdasarkan kepelbagaian ini, kajian ini bertujuan melihat amalan kesantunan di sekolah dan melihat sama ada ciri-ciri yang disenaraikan tergolong dalam mana-mana ciri kesantunan pengkaji tempatan mahupun barat.

  • 14

    Bahasa yang berlapik ini memancarkan bahasa yang bersifat halus atau dikenali sebagai bahasa halus. Bahasa halus ini dianggap sebagai lebih sopan dan mencerminkan budi bahasa masyarakat Melayu (Teo Kok Seong, 2003:15).

    3.2 Penggunaan Eufemisme dan Sirkumlokusi

    Sehubungan dengan penghindaran kata-kata yang tabu itu, penggunaan eufemisme (ungkapan yang halus sebagai pengganti segala yang tabu) perlu dilakukan agar bahasa kita terjaga dan sopan. Namun, bahasa itu akan menjadi tidak santun apabila menggunakan eufemisme yang berlebihan atau apabila bahasa itu terlalu eufemistik (Robert Sibarani, 2004:221).

    Penggunaan eufemisme adalah sebagai pengganti kata tabu. Eufemisme ialah ungkapan yang lebih halus dan manis yang digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan. Eufemisme disebut juga sebagai ucapan atau ungkapan lembut Pemakaian suatu ungkapan yang lembut atau samar harus digunakan untuk menggantikan ungkapan yang terang atau kasar dengan memberi pertimbangan nilai rasa walaupun ia mendukung makna yang sama. Contoh eufemisme ialah 'buang air besar' menggantikan 'berak', 'buang air kecil menggantikan 'kencing\ 'kurang upaya' menggantikan 'cacat, 'suami' menggantikan 'laki', 'isteri' menggantikan 'bini' dan 'bersalin' menggantikan 'beranak', 'buang angin' menggantikan 'kentut', 'najis' menggantikan 'tahi', 'datang bulan' menggantikan 'datang haid'.

    3.3 Penggunaan atau pemilihan kata yang honorifik

    Peraturan yang menuntut kita menggunakan sopan dan santun bahasa dipanggil tatabahasa

    sosial Bahasa yang santun mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Padanya terdapat

    kata-kata yang dapat mencerminkan ketinggian budi orang yang bercakap dan kedudukan

    orang yang dilawan bercakap atau orang yang disapa. Kita dapat melihat santun bahasa

    dalam penggunaan panggilan hormat dalam urusan rasmi dan tidak rasmi, penggunaan

  • 15

    rujukan kehormat, penggunaan ganti nama, serta penggunaan gelaran dengan mengikut sistem yang betul sesuai dengan konteks keadaan (Husna Faredza Mohamed Redzwan, 2006). Kata panggilan, sapaan dan gelaran berserta contoh dapat ditunjukkan dalam jadual berikut:

    Jadual 3.1 Senarai Kata Panggilan Sapaan Dan Gelaran

    Bil.

    1

    2

    3

    4

    5

    Kata panggilan sapaan dan gelaran

    Panggilan hormat dalam urusan rasmi

    Panggilan hormat dalam urusan tidak rasmi

    Rujukan kehormat

    Ganti nama

    Penggelaran

    a. gelaran warisan

    b. gelaran kuraiaan

    Contoh

    Tun, Datuk, Doktor, Ustazah,

    Tuan Haji, Encik, Cik, saudara, saudari

    Pak Cik, Mak Cik, Abang, Kakak, Adik dll.

    Yang Mulia, Yang Berbahagia, Yang Arif, Yang Berhormat,

    Yang Setia, Sahibus Samahah, Sahibul Fadilah, Sahibus Saadah

    saya, awak, kamu, engkau, aku,

    anda, dll.

    Raja, Tengku, Tengku, Megat, Wan, Abang, Raden, Daeng, dll. Tun, Dato', Pendeta, Bapa Kemerdekaan, Profesor Emeritus, Dr., Haji, Hajah, Cikgu, dll.

  • 16

    Menumt Abdullah Hassan (2005), antara jenis kesalahan tatabahasa sosial yang sering dilakukan dan perlu dielakkan adalah seperti yang berikut:

    menggunakan ganti nama yang merendahkan, seperti menggunakan ganti nama kamu kepada orang yang lebih tinggi tarafnya.

    menggunakan panggilan mesra sebagai panggilan hormat, seperti menggunakan bentuk panggilan keluarga, iaitu makcik, pakcik, kakak dalam suasana rasmi,

    menggunakan panggilan intim seperti abang, adik kepada orang yang bukan intim sebagai panggilan hormat

    menggunakan gelaran sendaan seperti Bos sebagai panggilan hormat

    menggunakan panggilan hormat seperti Sir dan Mem kepada orang Inggeris tetapi tidak pula menggunakan Tuan dan Puan apabila memanggil orang Melayu

    menggunakan bahasa rendah (percampuran kod) seperti yu-ol, dei-ol, ai, yu, wi-ol, diorang dalam majlis rasmi

    menyebut nama batang tubuh orang bertaraf tinggi

    Kesantunan juga dapat dicapai dengan menggunakan pilihan kata yang honorifik, iaitu ungkapan hormat untuk berbicara dan menyapa orang lain. Meskipun kata engkau, anda, saudara secara denotatif sama maknanya, tetapi kesan kesantunannya berbeza (Robert Sibarani, 2004:222).

    Menumt Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad (1994:303), neka sopan digunakan dalam bahasa tulisan dan lisan. Neka sopan yang paling jelas ialah dalam pemilihan kata ganti nama orang pertama, kedua dan ketiga, serta penukaran ketiga-tiga ganti nama itu dengan bentuk panggilan lain. Bentuk panggilan itu berfungsi sebagai kata ganti nama.

    Menurut mereka lagi, neka sopan digunakan apabila seseorang bercakap atau

    menulis kepada orang yang tinggi tarafnya. Dalam keadaan ini, kata ganti nama orang

  • 17

    pertama yang mesti digunakan ialah 'saya' sama ada dalam bahasa tulisan atau lisan. Dalam tulisan, kata ganti orang kedua ialah 'tuan5, 'puan\ 'saudara' atau 'saudari'. Adalah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat Melayu, kata ganti orang kedua diganti dengan panggilan khas seperti 'pakcik', 'kakak', 'tuan haji' 'cikgu', 'Datuk', 'Tan Sri', 'Yang Berhormat, atau huruf singkatan sahaja (Y.B, Y.A.B) dan seumpamanya.

    Menurut Teo Kok Seong (2003:15), dalam penulisannya bertajuk Kesantunan Berbahasa Kes Bahasa Melayu, kesantunan berbahasa atau kesopanan bahasa ditakrifkan sebagai bentuk bahasa (misalnya kata, frasa/rangkai kata atau ayat) dan/atau penggunaan bahasa (misalnya cakap secara berkias/berlapik atau bercakap bagi tujuan menghormatinya, di samping memperlihatkan kesopanan terhadap orang yang bercakap agar dia dianggap sebagai berbudi bahasa. Kesantunan bahasa ini dilihat dari aspek kata ganti nama yang diterima sebagai sopan dalam kalangan masyarakat Melayu. Seperti juga dalam penulisan pengkaji lain, kata ganti nama tetap menjadi keutamaan dan diberi penekanan dalam menunjukkan kesantunan bahasa.

    Setiap bahasa mempunyai sistem panggilan (ganti nama, pronominal, pangkat kekeluargaan dan gelaran) yang tersendiri yang disertai dengan nahu sosial tentang penggunaannya. Penggunaan kata ganti nama yang tidak sesuai dengan sesuatu konteks komunikasi boleh menimbulkan masalah. Pengetahuan dan penguasaan yang baik tentang sistem panggilan bahasa Melayu bukan sahaja melambangkan seseorang itu berbudi bahasa dan berhemah tinggi, tetapi yang lebih penting lagi adalah dapat memperlihatkan bahawa seseorang itu memahami dan menguasai pengendalian pelbagai kategori sosial dalam struktur masyarakat Melayu (Teo Kok Seong, 2002:10-11). Ini kerana dalam bahasa Melayu ragam persuratan/ baku, seseorang itu hams mempertimbangkan beberapa angkubah sosial, antaranya adalah umur, generasi, pangkat, gelaran, status, dan jarak sosial orang yang diajak bercakap apabila sistem panggilan hendak digunakan supaya santun bahasa itu dapat dikekalkan.