20
KEPENTINGAN SUKAN DAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara Memupuk semangat patriotisme Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat patriotik dan cintakan Negara Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan Negara Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif. Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif. Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama. 4 Senaman Pakar gaya hidup sihat mencadangkan kita melakukan senaman sekurang- kurangnya 3 kali seminggu 30 puluh milit sudah memandai bagi mereka yang sibuk dengan aktiviti tersendiri. Ini berbeza dengan fikri, senaman sudah menjadi rutin harian yang wajid dilakukan. Senaman baik untuk mengeluarkan peluh disamping mengeluarkan toksik yang tidak di ingini oleh badan 1 Amalkan minum air suam Tahukah anda? Minum air suam atau masak dapat membantu badan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan didalam badan selain membantu mendapatkan kulit yang sihat. Bagi seorang atlik Negara, Fikri Magan memerlukan sekurang-kurangnya 7500 liter air setiap hari bagi mengekalkan keseimbangan suhu badan. Ini kerana, latihan kriket yang

Amalan gaya hidup sihat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Amalan gaya hidup sihat

KEPENTINGAN SUKAN DAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara Memupuk semangat patriotisme Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina

semangat patriotik dan cintakan Negara Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya

memanfaatkan diri, organisasi dan Negara Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan

prestasi kerja lebih produktif. Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi

serta berfikiran positif. Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan

masyarakat minda kelas pertama.

              

4 SenamanPakar gaya hidup sihat mencadangkan kita melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 30 puluh milit sudah memandai bagi mereka yang sibuk dengan aktiviti tersendiri. Ini berbeza dengan fikri, senaman sudah menjadi rutin harian yang wajid dilakukan. Senaman baik untuk mengeluarkan peluh disamping mengeluarkan toksik yang tidak di ingini oleh badan

1 Amalkan minum air suamTahukah anda? Minum air suam atau masak dapat membantu badan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan didalam badan selain membantu mendapatkan kulit yang sihat. Bagi seorang atlik Negara,   Fikri Magan memerlukan sekurang-kurangnya 7500 liter air setiap hari bagi mengekalkan keseimbangan suhu badan. Ini kerana, latihan kriket yang dijalankan menyebabkan beliau kehilangan banyak air dalam badan kesan daripada proses perkumuhan. 

www.ukm.my/monline/8-tip-gaya-hidup-sihat.html -

Page 2: Amalan gaya hidup sihat

Jom Kita Amalkan 5 Gaya Hidup SihatSalam buat semua yang terjah kat blog JOMRIA. Kali ini  aku nak share dengan semua artikel mengenai Amalan Hidup Sihat yang semestinya kita perlu titik beratkan dalam hidup kita.

Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Pada pandangan saya, tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ni.

1. Menjaga Pemakanan Seharian   

Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis. 2. Bersenam atau Beriadah  

Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.  4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.

5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan

Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah       

Page 3: Amalan gaya hidup sihat

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang patut kita lakukan untuk membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini mesti dipupuk oleh ibu bapa dan semua anggota keluarga sejak anak mereka masih kecil lagi Sesungguhnya kesihatan yang baik lebih bernlai daripada harta benda.

www.jomria.com/.../jom-kita-amalkan-5-gaya-hid... - 

 Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

     Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

www.huzaimyofficial.net/.../amalan-gaya-hidup-si... -

Page 4: Amalan gaya hidup sihat

Gaya hidup sihat cegah penyakitOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH [email protected]

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120909/kn_03/Gaya-hidup-sihat-cegah-penyakit#ixzz2LF4XPcb1 © Utusan Melayu (M) Bhd 

"Protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolestrol.

Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu malam , kalori yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dalam badan," ujarnya.

Sekiranya makan lewat dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan.

Ini kerana pergerakan aktiviti malam yang terhad dan bertambah teruk sekiranya tidur terus selepas makan kerana lemak yang tidak dibakar kepada bentuk tenaga akan terkumpul di dalam badan.

Dr. Abu menjelaskan, lama-kelamaan aktiviti ini akan menjadi masalah perut buncit dan gemuk sebelum ia berubah menjadi kepada obesiti untuk tahap yang lebih serius.

Beliau menasihatkan pengambilan makanan yang terbaik ialah makan sebelum pukul lapan malam

Page 5: Amalan gaya hidup sihat

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120909/kn_03/Gaya-hidup-sihat-cegah-penyakit#ixzz2LF52OjdB © Utusan Melayu (M) Bhd 

PendahuluanMasyarakatnegarakitaseringterdedahdenganpelbagaimasalahkesihatanyangkronikdanakhirnyamengundangkepadakematian.Iaadalahkesandaripadaamalangayahidupyangtidaksihatdanketidakseimbangankesihatanrohanidanjasmanidalamkitaranhidupseharian

GAYA HIDUP SIHAT

        Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang  membina   dimana   ia   dapat  membawa   kesan   yang positif kepada seseorang individu ,   institusi  keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek   yang   penting   dalam   menjaga   tahap   kesihatan seseorang.  Antara contoh amalan gaya hidup sihat   ialah seperti  makanan  yang   seimbang,  aktiviti   senaman,  tidur atau   rehat   yang   mencukupi,   cara   pergaulan   dengan manusia di  sekeliling,  kebersihan dari segi  mental,  fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat.

a) Memastikan tahap kesihatan yang baik

Page 6: Amalan gaya hidup sihat

        Kebaikan utama gaya hidup yang sihat   ialah amalan yang  membina   ini   sentiasa  memastikan   tahap  kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup   sihat   selalu  memberi   faedah   kepada   kecergasan fizikal.   Misalnya   ,   dengan   melakukan   aktiviti   senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik,  berjalan  dan  berlari  memastikan   tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih   teratur.   Pada  masa   yang   sama,   sistem   imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat  dibina.  Selain  daripada  itu,  amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit   berbahaya.   Sebagai   contohnya,   apabila   kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan   kadar   nutrisi   yang   betul,   maka   kita   dapat mengelakkan diri  daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya.   Misalnya,   penyakit   seperti   diabetes   dan penyakit   jantung   sering   mencari   mangsa   yang   kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.

b)   Menstabilkan   kesihatan   mental   dan   mengurangkan tekanan

Page 7: Amalan gaya hidup sihat

       Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan   mental   serta   sentiasa   mengawal   ataupun mengurangkan   tekanan.   Sebagai   contohnya,   amalan berehat  dan  tidur  dengan  kadar  yang  mencukupi  dapat mengurangkan   tekanan  dan  menenangkan   tubuh  badan serta   minda.   Dengan   bersikap   lebih   prihatin   terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan   dengan   lancer.   Berikutan   dengan   itu,   gaya hidup   sihat   yang   lain   seperti   pemikiran   positif  mampu memberi   jalan  penyelesaian  bagi  kemelut–kemelut  yang serius   tanpa   mengadapi   tekanan   yang   berlebihan.   Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan   kepada  masalah  mental   ataupun  masalah sosial   seperti   pembuangan   bayi,   vandalisme   dan sebagainya.

c) Mendisiplinkan masyarakat

      Pada  masa   yang   sama,   gaya   hidup   yang   sihat   juga melahirkan   insan yang disiplin  dan sihat  dari   segi  fizikal dan   persekitaraannya.   Misalnya,   seseorang   yang mengamalkan   gaya   yang   positif   akan   sentiasa  menjaga kebersihan diri  sendiri  dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita   juga   dapat   hidup   dalam   suasana   yang   sihat   dan 

Page 8: Amalan gaya hidup sihat

harmoni.   Amalan   seperti  menjaga   kebersihan   diri   serta persekitaraan melalui  mandi,  berpakaian  bersih,  gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain..

a)    Rakyat   yang  mengamalkan   gaya   hidup   sihat   dapat melahirkan sebuah negara yang maju.

b)  Mewujudkan   keluarga   yang   dapat  memenuhi   fungsi-fungsi   dari   segi   biologi,   sosial,   dan   psikologi secara optimum.

c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.

d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat

Page 9: Amalan gaya hidup sihat

a)   Makan   Makanan   Yang   Seimbang   Dan   Berkhasiat 

     b)  Menjalinkan  hubungan baik  dengan  keluarga,   jiran dan   rakan-   rakan

Page 10: Amalan gaya hidup sihat

        c)   Mengambil   rehat   yang   mencukupi 

     

 

  d) Melakukan aktiviti fizikal

Page 12: Amalan gaya hidup sihat

       Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik  serta  optimum. Oleh  itu,  kita  harus mempunyai   kesedaran   untuk   menggiatkan   lagi   mutu penjagaan kesihatan.

                                                                                                      

SAGUNTALAH A/P KRISHNAN

130160

                                                                                                               

2 C O M M E N T S O N " G A Y A H I D U P S I H A T "

noor amirah on Isnin, Julai 23, 2012 10:45:00 PTG berkata...

terima kasih..... blog nie lawa lah.... entry nie sgt2 mmbantu... thx ^^

Page 13: Amalan gaya hidup sihat

zeidi's heart on Isnin, November 05, 2012 2:21:00 PG berkata...

kesihatansemua.blogspot.com/2010/09/gaya-hidup-sihat-ga...

bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.h...

Amalan Gaya hidup Sihat

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat..

Page 14: Amalan gaya hidup sihat

.

..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini............Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang............Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

.

..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat..

..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti

Page 15: Amalan gaya hidup sihat

nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat............Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini............Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak............Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

....

Posted by mohd nazri   at 11:53 AM

Page 16: Amalan gaya hidup sihat

Senaman aerobic dapat menyihatkan badan

Page 17: Amalan gaya hidup sihat