16
Pengenalan Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Prinsip-prinsip makanikal Untuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan faktor-faktor berikut : 1. Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan peluru

ALATAN LONTAR PELURU

  • Upload
    fisju

  • View
    136

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

writing

Citation preview

Page 1: ALATAN LONTAR PELURU

Pengenalan

Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu

acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab

acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik

lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin

kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang

diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan

termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan,

serta pemakanan.Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan

berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar

daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri

daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah

sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan

seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan

mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan

bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

Prinsip-prinsip makanikal

Untuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan faktor-

faktor berikut :

1. Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan

arah pergerakan peluru

2. Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang

sama.

3. Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru

dengan tangan lebih lama.

4. Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.

5. Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektile.

6. Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar.

Fasafasa Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :

Page 2: ALATAN LONTAR PELURU

1. 1. Fasa Persediaan

2. 2. Fasa Gelungsuran

3. 3. Fasa Lontaran

4. 4. Fasa Pemulihan

Latihan ansur maju Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan

lontaran, dan sesiapa sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi

apakah kita yakin cara kita melakukan lontaran bola besi seberat lebih kurang tujuh

kilogram itu mematuhi syarat dan aturan yang ditetapkan?. Cara melakukan lontaran

harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam melakukannya juga

hanya diperolehi menerusi latihan.

Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-

peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini

sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari

kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang

dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalarn

acara ini. Peringkat-peningkat ini adalah seperti berikut:

1. Cara memegang peluru.

2. Persediaan dan pergerakan awal.

3. Perlakuan melontar.

4. Pendaratan peluru.

5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.

Cara memegang peluru

Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah

kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan

selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap

peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan

menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang

peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya

Page 3: ALATAN LONTAR PELURU

dapat dilakukan dengan sempurna.

1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta

bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara

memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.

2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak

tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak

sebagai penyokong.

3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan

lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan.

4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan

atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah

hersedia untuk dilontarkan.

Persediaan dan pergerakan awal

Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta

pegangan peluru juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk

melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di

dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru. Ketika ini juga peserta berada dalam

keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakulcan pergerakan awal,

peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika

teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu ada

baiknya kita bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak

mengikut teknik lontaran yang digunakan.

Teknik Lontaran Berdiri Statik

Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah

paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua

mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini. Teknik ini boleh juga diasah dan

dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta yang sudah

berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia dapat

memahirkan diri dalam teknik ini.

Page 4: ALATAN LONTAR PELURU

Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.

1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah

satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam kedudukan

memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan

yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah.

Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan

kiri menyilang ke kanan.

3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki

diluruskan dan peluru ditolak keluar.

4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang

dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal

kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran.

5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan

lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru. 

6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal

pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil

memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.

Lontar peluru Undang-undang

1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.

2. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta

dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik di antara

kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika

berlaku seri di tempat yang kelapan, ia tidak diputuskan. tetapi pesenta-peserta yang

seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan

peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8

peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan 6 percubaan sahaja.

3. Di tempat pertandingan, setiap peserta, jika boleh, diberi dua percubaan sahaja

untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta dipanggil

nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim.

4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar meggunakan alat-alat

Page 5: ALATAN LONTAR PELURU

itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk Iatihan, dengan

atau menggunakan bulatan dalam sekotor untuk latihan, dengan atau tanpa a1ata-a1at

akan meninggalakan kesan.

5. Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah

memulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang peserta

dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.

6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap (keadaan tidak

bergerak) dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah

tangan sahaja. Semasa peserta membuat pemulaan lontaran dalam bulatan, peluru

mestilah menyentuh atau rapat dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke

bawah daripada tempat lontaran. Peluru tidak boleh dibawa kebelakang dan paras

garisan bahu.

7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari yang boleh membantu

peserta bila rnernbuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaan pita ditangan tidak

dibenarkan kecuali untuk membalut luka.

(b) Sarung tangan tidak boleh digunakan.

(c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan

bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja.

(d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta peserta dibenarkan

memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu.

(e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam

bulatan atau kesutnya.

8.Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki

bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-¬mana bahagian

sebarang anggotan badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung

bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika membuat

percubaan.

9. Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturan-

peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah memulakannya,

meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan

(semasa meninggalkan bulatan ia mestilah keluar dengan mengikut peraturan diberi di

Page 6: ALATAN LONTAR PELURU

bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan percubaan yang baru.

10. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaktah jatuh di datam kawasan di

antara dua sisi sebelah dalarn garisan 50mm lebar.

11. Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada

tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru kebahagian dalam relung

bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.

12. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh tanah. Ia

mestitah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan ditandakan

dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan

berakhir di luanya. (Lihat para 17)

13. Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa batik ketempat

pemulaan atau bulatan dan tidak secara dibaling.

14. Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta, termasuk

lontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira.

15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang

disediakan oleh pihak Pengelola sahaja boleh digunakan, dan sebarang pengubahan

kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada

sesiapa pun di antara peserta akan dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam

gelanggang. Di pertandingan di antara dua atau lebih, para peserta boleh

menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan

tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum pertandingan

dijalankan dan alat-¬alat itu boleh digunakan oleh semua yang rnengambil bahagian.

16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik

selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian

tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian

dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh

menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan

iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah

berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga

dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula

Page 7: ALATAN LONTAR PELURU

mengganggunya ketika melakukan lontaran.

Langkah-langkah keselamatan

Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan

juga jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya

sendiri jika dia cuai. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan

orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat dengan

peserta. Oleh itu adalah penting

Langkah-langkah ini diperhatikan:

1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.

2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang

dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta.

3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut

peluru juga dilakukan serentak.

4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan

membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid

memegang peluru.

5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.

6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5

meter antara satu sama lain.

7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi

dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat

lontaran.

8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu kumpulan

9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.

10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS

Peralatan

Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan

dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan

Page 8: ALATAN LONTAR PELURU

di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam

melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan

perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain

ataupun orang ramai.

Berat Peluru

1.DEWASA

7. 265 kg

2.WANITA

4. 005 kg

3.REMAJA

4. 000 kg

Gaya Lontar Peluru 

Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu:

(a) Gaya Lontar Berdiri

(b) Gaya Lungsur Selangkah

(c) Gaya Parry O'Brien

1. Gaya lontar berdiri

Pegangan (Grip)

• Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk

memegang peluru.

• Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan

tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru.

Lakuan Sedia (Preparation)

Berdiri di bahagian depan bulatan.

Bahu kiri dihadapkan ke arah lontaran.

Page 9: ALATAN LONTAR PELURU

Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga.

Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar

Lungsuran (Glide)

Tiada

Lontaran (Delivery)

• Rendahkan kaki kanan. 

• Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan

sambil menyilangkan badan. 

• Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua

belah kaki. 

• Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari

badan

Pulihan (Recovery)

Kedudukan kaki depan belakang seperti semasa lontara

2. Gaya lunsur selangkah

Pegangan (Grip)

• Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk 

memegang peluru. 

• Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan 

tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru. 

Lakuan Sedia (Preparation)

Berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangi kawasan lontaran. 

Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga. 

Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.

Lungsuran (Glide)

Alihkan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan digerakkan ke bahagian tengah bulatan

dan dalam masa yang

Page 10: ALATAN LONTAR PELURU

sama kaki kiri disilangkan

Lontaran (Delivery)

• Rendahkan kaki kanan. 

• Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan 

sambil menyilangkan badan. 

• Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua 

belah kaki. 

• Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari 

badan

Pulihan (Recovery)

Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan

dibawa ke belakang

3. Gaya parry o’brein

FASA 

Pegangan (Grip)

• Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang

peluru. 

• Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari

dan jari kelengkeng menyangga peluru. 

Lakuan Sedia (Preparation)

Berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangi kawasan lontaran. 

Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir

mendatar dan siku ke luar.

Lungsuran (Glide)

Condongkan badan, kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri ditendang ke hadapan

bulatan. 

Gerakkan kaki kanan ke bahagian tengah bulatan.

Lontaran (Delivery)

• Rendahkan kaki kanan. 

• Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan sambil

Page 11: ALATAN LONTAR PELURU

menyilangkan badan. 

• Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah kaki. 

• Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan

Pulihan (Recovery)

Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan

dibawa ke belakang

Lontar Peluru Gaya Parry O’Brien

Ada 4 Fasa :-

1) Fasa persediaan

• Bengkokkan badan. 

• Bengkokkan kaki kanan. 

• Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan. 

2) Fasa Gelongsoran

• Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke

kanan ketengah bulatan. 

• Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas

badan. 

• Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit. 

• Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan. 

• Bahu menghadap arah lontaran.. 

3) Fasa Lontaran 

• Siku kanan diangkat tinggi. 

• Kaki kiri masih menyentuh bulatan. 

• Peluru dilepaskan. 

4) Fasa Pemulihan

• Lompat dan mendarat dengan kaki kanan. 

• Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.