Aktiviti Aktiviti Psikomotor Untuk Kanak Kanak 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Umur kanak2 bermula 0....

Citation preview

Aktiviti-aktiviti psikomotor untuk kanak-kanak yang berumur dari 0 sehingga 5 tahun.

Psikomotor merupakan suatu kebolehan yang berkaitan dengan kebolehan mengeluarkan suatu corak berunsur perlakuan dengan persekitaran. Domain psikomotor terbahagi kepada tiga komponen iaitu kemahiran motor (Motor Abilities), tugasan fizikal (Physical Task) dan tingkahlaku persepsi motor (Perceptual Motor Behavior). Kemahiran motor terbahagi kepada dua iaitu motor kasar dan motor halus. Kemahiran motor kasar melibatkan pergerakan otot-otot kasar manakala kemahiran motor halus melibatkan pergerakan otot-otot halus.

Bayi berumur 0 sehingga 6 bulan

Perkembangan otot bayi bermula dari atas iaitu kepala dan ke bawah. Pada peringkat atas, bayi akan mengembang otot- otot leher. Kemudian, bayi akan belajar mengendalikan tubuh badan dan akhirnya ke otot kaki. Perkembangan fizikal bayi pada selang tiga bulan akan tamat. Ianya terbahagi kepada dua katagori iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kemahiran motor kasar ialah keupayaan bayi mengawal bahagian anggota mereka menggunakan otot kasar. Kemahiran motor halus merujuk kepada koordinasi bayi melibatkan perbezaan bahagian anggota badan lain seperti mengangkat, mengambil objek dengan jari seperti memegang sudu, menyelak helaian buku dan menggunakan crayon untuk melukis.

Aktiviti psikomotor bayi berumur 0 sehingga 6 bulan

AktivitiCara PelaksanaanManafaat

Senaman Otot (0-3 bulan)

Aktiviti senaman kaki dan meluruskan kaki. Menggerakkan jari bayi.

Perkembangan motor kasar pada peringkat umur bayi ketika ini dapat dilihat daripada pergerakan melentur tegangkan tangan dan kakinya. Pada peringkat ini, bayi mampu menahan lengan sambil mengangkat dada dalam kedudukan meniarap. Dapat memberi kekuatan pada otot lutut, paha, tangan bayi.

Bermain Merangkak dan Merayap (3 bulan)

Putar lagu dan biarkan bayi merangkak atau merayap. Biarkan ia menggerakkan tangan dan kakinya mengikuti irama dan ritma muzik. Ibu boleh la mengagah bayi. Bayi pasti ketawa. Bagi bayi yang baru dilahirkan, baringkan bayi dengan posisi telentang. Biarkan dia menggerakkan anggota tubuhnya mengikuti iringan muzik tadi. Sesuai ketika bayi baru lahir dan ke atas. Kaedah ini dapat melatih seluruh otot dan alat gerak bayi.

Bermain Sit- Up Bayi (3-4 bulan)

Baringkan bayi dalam posisi telentang. Duduklah dihadapannya dan genggam lembut kedua pergelangan tangannya, lalu tariklah sampai dia ada di posisi duduk. Biarkan bayi berada dalam keadaan sebegitu lalu biarkan dia berbaring lagi. Lakukan berulang-ulang sambil bernyanyi lagu untuk menarik perhatian bayi. Permainan ini sesuai dimainkan semasa bayi berumur 3-4 bulan. Permainan ini dapat melatih seluruh otot dan sendi terutama di bahagian atas tubuh seperti leher, bahu dan tangan.

Bermain Ayun Kaki Ibu (4 bulan ke atas)

Ibu hendaklah berbaring secara telentang dan biarkan bayi berbaring di atas dada. Apabila keadaannya stabil, angkat bayi lalu biarkan lutut dan tulang si ibu menjadi sandaran untuk menahan beban tubuh bayi. Apabila bayi sudah seimbang, pegang kedua-dua pergelangan tangan, lalu gerakkan kaki anda (lihat dalam gambar). Jika bayi belum seimbang, tahan tubuh bayi dengan memegang sisi tubuh bayi. Berhentilah setelah Anda melakukan beberapa set gerakan mendekat dan menjauh. Kemudian mendakap bayi sambil mengatur nafas. Ini sekaligus dapat melatih otot perut ibu agar kembali tenang. Sesuai dilakukan ketika bayi berusia 4 bulan dan ke atas. Ini bertujuan untuk melatih kemampuan menjaga keseimbangan serta mengukuhkan seluruh otot dan kekuatan kaki dan tangan.

Bermain Kayuhan Basikal Di Udara (0-4 Bulan)

Letakkan bayi terlentang di tempat tidur anda atau lantai beralas kain yang tebal. Pegang kedua kaki bayi dan gerakkan perlahan seolah-olah ia sedang mengayuh basikal. Tatap matanya ketika anda memegang dan menggerakkan kakinya. Jika perlu, berbicara atau bernyanyi untuk bayi. Nyanyikan lagu Kring..kringkring ada basikal, misalnya. Seiring dengan perkembangan motornya, ia mulai dapat mengayuh sendiri kedua kakinya. Bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai pemahaman mengenai tubuhnya sendiri. Permainan yang membantu anak mengayuh kakinya ini dapat meningkatkan kesedaran pada bahagian tubuhnya. Cara ini membuat bayi semakin menyenangi kegiatan yang melibatkan gerakan fizikal yang telah dilakukan.

Berguling Bersama Bola (Bayi 2-4bulan)

Angkat bayi, lalu baringkan dengan posisi meniarap di atas sebuah bola besar. Pastikan tumpuan berada pada bahagian bawah perutnya. Pegang erat-erat tubuh bayi pada bahagian ketiak. Gerakkan perlahan tubuh bayi di atas bola ke kiri, ke kanan, atas dan bawah. Biarkan ia merasakan sensasi gerakan lembut pada bahagian bawah perut. Iringi gerakan dengan menyanyikan lagu anak-anak sederhana. Lagu anak-anak sederhana. Berhentilah jika bayi anda kelihatan letih atau kehilangan minat.kaedah ini boleh dilakukan pada waktu lain. Kaedah ini dapat seimbangkan tubuh bayi. Latihan ini berguna pada usianya menganjak 2 bulan, iaitu ketika mulai dapat mengangkat kepalanya. Selain itu, dapat menguatkan otot kepala, bahu, dan mengasah keterampilan menjaga keseimbangan. Pegangan anda yang lembut namun mantap membuat bayi tidak perlu merasa takut tergelincir. Kegiatan ini sekaligus membuatkan rasa percaya anak pada si ibu kerana yakin dapat dilindungi.

Bayi Bermain Krincing (sejak lahir dan ke atas)

Tiarapkan bayi, biarkan kepala tegak dan memandang sekeliling. Gerakkan mainan rattle atau kerincingan dekat hadapan bayi, dan biarkan bayi berusaha meraihnya. Lalu, jauhkan mainan daripada bayi. Lakukan berulang-ulang dari pelbagai arah. Bayi 5 bulan biasanya akan langsung berusaha menggapai dengan cara merangkak atau membalikkan tubuh, dari posisi meniarap atau telentang. Alternatif lain, bayi berada dalam posisi telentang. Lakukan gerakan rattle yang sama, dan biarkan bayi berupaya meraihnya. Bagi bayi yang berusia 1-2 bulan, kaedah boleh dilakukan secara telentang. Permainan ini boleh dilakukan sejak bayi baru lahir. Aktiviti ini untuk melatih seluruh otot dan yang bergerak (tangan dan kaki).

Bayi berumur 7 sehingga 12 bulan.

Menurut Piaget, pada umur bayi 7 hingga 12 bulan dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap perkembangan ini, perkembangan bayi sudah dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. (Aminah Ayob et al. 2008).Pada umur 7 hingga 12 bulan, bayi sudah dapat menyusun dan mencantum skema asas untuk menghasilkan skema yang lebih rumit. Hasil daripada kemahiran ini, dua jenis perubahan intelektual berlaku pada peringkat perkembangan ini iaitu tindak balas bayi menjadi lebih terkawal dan bermatlamat. Selain itu juga, kekalan objek iaitu memahami bahawa objek terus wujud walaupun tidak kelihatan. ( Rohani Abdullah, 2004).

Aktiviti psikomotor bayi berumur 7 sehingga 12 bulan.

AktivitiCara PelaksanaanManafaat

Mendengar bunyi dan muzik pelbagai rentak.

Bercakap dengan bayi Memperkenalkan pelbagai bunyi dari sumber yang berlainan.

Meningkatkan kebolehan membezakan pelbagai bunyi dan meningkatkan kepekaan deria pendengaran.

Bermain alat mainan mobil.

Menggalakkan bayi bermain dengan objek yang berlaian bentuk dan warna yang berlainan. Memperkenalkan kepelbagai bauan yang berbeza. Meningkatkan kebolehan membezakan warna dan objek yang berlainan.

Bercerita

Membacakan buku dengan meletakkan bayi di atas pangkuan bayi. Menujukkan buku bergambar berwarna (tanpa tulisan) dan membaca bersama-sama. Tunjukkan buku cerita yang hanya ada gambar atau lukisan, dan reka cerita sendiri. Cari peluang untuk bunyikan bunyi yang biasa pada pendengaran kanak-kanak. Meningkatkan kebolehan mengenali dan menamakan anggota badan serta membezakan sesuatu objek.

Kanak-Kanak berumur 1 sehingga 2 tahunMenurut Rohani Abdullah (2004), pada peringkat usia 12 hingga 18 bulan, Kanak-kanak ini merupakan peringkat permulaan eksperimen menarik bagi seorang sanitis kecil. Keadaan kanak-kanak ini akan cuba menyesuaikan dan mengubahsuaikan pelbagai skema yang terbentuk dengan lebih kreatif serta menunjukkan tingkah laku cuba-jaya dalam langkah mereka menyelesaikan cabaran yang ditimbul dalam aktiviti bermain. Kanak-kanak pada usia ini juga cuba mencantumkan dan mengkoordinasikan pelbagai skema bagi menyelesaikan masalah yang semakin kompleks ketika mereka menghadapinya. Pada usia ini juga, kanak-kanak ini akan mengalami perkembangan kemahiran motor halus dan juga berupaya untuk memegang objek kecil dengan ibu jari dan jari telunjuk dalam aktiviti harian mereka seperti menekan tombol dan memutarkan suis yang mereka gemar untuk melakukannya.

Aktiviti psikomotor kanak-Kanak berumur 1 sehingga 2 tahun

AktivitiCara PelaksanaanManafaat

Membaca buku bergambar

Gunakan buku cerita bergambar yang besar dan berwarna warni serta mempunyai tekstur yang berbeza dan biarkan kanak-kanak membolak-balik muka surat. Meningkatkan deria melihat dan menyentuh.

Bermain dengan permainan berfungsi ada dan hilangHide and seek

Biarkan kanak-kanak melihat pengasuh bersembunyi dahulu sehingga mereka memahami permainan.

Meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran bahasa.

Penggunaan deria

Sediakan buah-buahan seperti oren, jambu merah dan hijau, dan anggur. Galakkan mereka melihat, menyentuh tekstur kulit, menghidu dan merasabuahan tersebut. Bawa mereka keluar dan biarkan mereka mendengar pelbagai bunyi yang berlainan yang mempunyai maksud dalam kehidupan mereka contoh dengan bunyi burung, siren ambulans, tangisan kanak-kanak lain dan sebagainya. Menggalakkan perkembangan kelima-lima deria.

Kanak-kanak berumur 2 sehingga 3 tahun

Kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun telah mengalami perkembangan motor dimana mereka telah pandai berjalan. Semasa proses berjalan berlaku ia merupakan proses perkembangan psikomotor kanak-kanak. Apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang baik antara otot dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan pakai baju.

Aktiviti psikomotor kanak-Kanak berumur 2 sehingga 3 tahun

AktivitiCara PelaksanaanManafaat

Berdiri Sebelah Kaki Untuk Sementara Waktu

Berikan arahan kepada kanak-kanak berdiri dan mengangkat sebelah kaki. Kanak-kanak akan mengangkat kaki yang tidak dominan manakala kaki yang dominan digunakan untuk bertahan. Tetapkan masa selama beberapa saat kepada kanak-kanak untuk mereka melakukan aktiviti ini. Aktiviti ini dapat menguji kecerdasan motor kasar dan koordinasi badan. Apabila berdiri sebelah kaki, badan kita tidak akan seimbang oleh itu aktiviti ini dapat menguji kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan motor kasar dan keseimbangan badan.

Menaiki Tangga Tanpa Bantuan

Menyuruh kanak-kanak menaiki tangga sebanyak beberapa anak tangga. Kita perlu menetapkan beberapa anak tangga yang perlu di naiki oleh kanak-kanak supaya dia dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.

Aktiviti ini untuk menguji kemahiran motor kasar kanak-kanak. Melalui aktiviti menaiki tangga ini kanak-kanak banyak mengerakkan otot-otot kaki iaitu pergerakan motor kasar. Aktiviti ini diuji kepada kanak-kanak kerana kecekapan kanak-kanak menggunakan kaki menunjukkan perkembangan motor kasar kanak-kanak yang cepat.

Bermain Lego

Berikan kanak-kanak kiub atau lego dan suruh mereka membina menara atau jambatan dengan spontan atau menunjukkan satu contoh model kepada mereka. Aktiviti ini untuk mengkaji kemahiran dan kecekapan motor halus kanak-kanak. Aktiviti ini untuk menguji perkembangan motor halus kanak-kanak.

Kanak-Kanak berumur 3 sehingga 4 tahun

Mengikut Teori Psikososial Erikson, kanak-kanak ini akan mula berupaya menerokai persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang lebih luas dan bebas bergerak. Pada umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak telah berkeinginaan mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain. Sebagai contohnya mereka akan cuba membuat bentuk bulatan, empat segi dan meniru gaya orang dewasa menulis. Begitu juga, kanak-kanak ini boleh mengenali dan sekurang-kurangnya enam warna, susun angka mudah ikut urutan dan nama anggota badan.

Aktiviti psikomotor kanak-Kanak berumur 3 sehingga 4 tahun

AktivitiCara PelaksanaanManafaat

Melukis

Isi gambar dengan titik berwarna menggunakan pensil warna atau pen mata halus. Celupkan hujung mata pensil yang tajam itu dengan cat warna, dan kemudian letakkan mata pensil itu secara perlahan-lahan di atas kertas untuk membuat titik. Gunakan pensil yang berbeza untuk setiap warna cat. Untuk membuat titik-titik yang lebih besar, gunakan pemadam pada hujung pensil tersebut. Seterusnya isi gambar dengan pelekat warna. Ketika gambar selesai, berdiri dan jarakkan kedudukan dan lihat hasilnya. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Bermain plastesin

Membentuk plastesin menjadi bola menggunakan kedua tapak tangan. Membentuk plastisin menjadi biji menggunakan jari. Menggunakan penyepit membuat pelbagai corak pada plastisin. Memotong plastisin dengan pisau plastik bagi menghasilkan pelbagai bentuk. Perkembangan dan penguasaan kemahiran motor halus dengan menggunakan jari untuk aktiviti menggentel, menguli, mencubit dan memicit.

Renang

Memperkenalkan kepada kanak-kanak untuk menahan nafas mereka dengan meminta mereka berlatih meniup gelembung luar kolam dengan gelembung sabun. Setelah kanak-kanak telah menguasai meniup gelembung luar kolam mereka boleh mula untuk berlatih meniup gelembung dalam air di kolam renang. - Pembanguan lanjutan dalam: a) Kemahiran motor kasar dan halus. b) Refleksi (masa tindak balas) c) Kuasa tumpuan (fokus) d) Kepintaran / kecerdasan. e) Tabiat sosial f) Interaksi sosial g) Keyakinan diri h) Kebebasan i) Boleh menangani situsi yang diluar jangka.

Bermain Bola

Menggerakkan kepala ke pelbagai arah. Menanduk objek Membaling objek ke sasaran. Menyambut objek menggunakan kedua-dua belah tangan. Membaling, menangkap dan melambung objek besar dan kecil. Melantun dan menangkap. Menguasai kemahiran manipulatif dan kemahiran motor kasar. Menguasai kemahiran koordinasi mata.