152
AKIDAH TANZIH KEWUJUDAN ALLAH TANPA BERTEMPAT

Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah Wal MathuridhiahOLEHUSTAZ MOHD RIDZUAN BIN IBRAHIM

Citation preview

Page 1: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

AKIDAH TANZIH

KEWUJUDAN ALLAH

TANPA BERTEMPAT

OLEH

USTAZ MOHD RIDZUAN BIN IBRAHIM

Page 2: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam

ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam, keluarga serta

sahabat-sahabat baginda. Semoga Allah Taala merahmati mereka semua, waba’du.

Akidah umat islam yang sebenarnya seperti yang dibawa oleh junjungan besar

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam sejak diturunkan wahyu di Gua Hirak

pada 13 tahun sebelum Hijrah sehinggalah kewafatan baginda pada 10 Hijrah ialah

dengan beriktikad kewujudan Allah tanpa bertempat serta beriktikad bahawa Allah Taala

tiada persamaan langsung dengan makhlukNya dari segenap aspek. Seterusnya

kesinambungan akidah ini diteruskan oleh para sahabat Radiyallahu Anhum, al-tabi’in,

tabi’ al-tabi’in serta ulama-ulama muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah sehinggalah sampai

kepada kita sekarang.

Akidah ini terbentuk dan tertanam dalam jiwa setiap individu muslim berdasarkan

firman Allah Taala yang muhkamat dan sabda Rasulullah yang juga muhkamat. Antara

firman Allah Taala dalam al-Quran yang bermaksud:

((Tiadalah sesuatupun menyerupai Dia )) al-Syura: 11,

((Tidak ada seseorangpun yang sebanding dengan Dia)) al-Ikhlas: 4.

((Dan Allah mempunyai sifat Yang Maha Tinggi)) al-Nahl: 60.

((Adakah kamu mengetahui ada sesuatu yang sama dengan Dia)) Maryam: 65.

((Maka janganlah kamu menjadikan bagi Allah bandingan-bandingan)) al-Nahl:

74.

Antara sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pula:

“Adalah Allah (telah ada azali) dan tiadalah sesuatu pun

selainNya”1.

1 Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab Bad,u al-Khalq, tafsiran bagi ayat 27, Surah al-Rum.

Page 3: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Sebelum penulis melangkah lebih jauh berkenaan tajuk yang amat penting ini,

amat perlu bagi penulis mengemukakan apakah yang dimaksudkan dengan ciptaan Allah.

Apabila disebutkan ciptaan Allah Taala iaitu makhluk atau pun diistilahkan sebagai al-

hawadis (yang baharu), ianya meliputi alam al-a’lawiyyah (makhluk yang berada di atas

seperti Malaikat, Arasy, Kursi, langit, bulan, bintang dan lain-lain) dan alam al-sufliyyah

(makhluk yang berada di bawah seperti manusia, binatang, bukit bukau dan lain-lain).

Oleh kerana kedua alam tersebut merupakan ciptaan Allah Taala, sudah tentu mustahil

bagi Allah menyamai atau menyerupai kedua-dua alam tersebut.

Apabila dikaji lebih lanjut, ulama Ahli Sunnah menerangkan bahawa kedua alam

tersebut tidak dapat lari dari dua keadaan iaitu mempunyai jisim dan jisim tersebut

mempunyai sifat-sifatnya yang dikenali sebagai al-a’rod. Jisim terbentuk melalui

gabungan dua jauhar ke atas. Jauhar yang tunggal (jauhar al-fard) merupakan kadar

yang paling kecil yang diciptakan Allah yang tidak boleh diperkecilkan lagi. Oleh itu

jisim boleh bergabung dan bercantum, bercerai dan berpisah, menjelma atau bersatu.

Jisim terbahagi kepada dua iaitu jisim latif yang tidak dapat dipegang dan yang

keduanya jisim kasif yang dapat dipegang. Jisim latif seperti udara, malaikat, cahaya, ruh

dan lain-lain, jisim kasif pula seperti manusia, binatang dan lain-lain. Setiap jisim sudah

tentu mempunyai sifat-sifatnya yang dikenali sebagai al-a’rod.

Al-a’rod ini tidak dapat berada secara bersendirian dan memerlukan atau

bergantung kepada jisim yang merupakan objek untuk berada. Contohnya warna

memerlukan kepada sesuatu jisim atau objek untuk wujud, begitu juga panas, sejuk,

pergerakan serta diam dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, apabila dikatakan Allah

Taala tidak sama langsung dengan makhlukNya dari segenap aspek, ianya menafikan

Allah dari berjisim.

Tidak kiralah jisim yang tergolong dari alam al-a’lawiyyah mahupun alam al-

sufliyyah, jisim latif mahu pun kasif. Begitu juga Allah bukan tergolong dalam al-a’rod

yang merupakan kelaziman bagi sesuatu yang berjisim. Akidah atau kepercayaan

Page 4: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

demikian yang menyucikan Allah Taala dari segala yang baharu inilah yang dikatakan

sebagai Akidah Tanzih yang merupakan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagi golongan yang beriktikad berlainan dari apa yang telah dijelaskan dengan

menyamakan Allah Taala dengan makhluk ciptaanNya sendiri seperti bertempat (al-

makan), bersudut atau arah (al-jihah), berjisim (al-jismu), duduk (al-julus) beranggota

(al-a’dhok), bersifat dengan sifat jisim (al-a’rod), berubah dari satu keadaan kepada

keadaan yang lain (al-taghayyur), berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain

(al-intiqal), bersempadan atau batasan (al-hudud), bersambung (al-ittisol) atau berpisah

(al-infisol), menetap (al-istiqrar), menjelma dalam sesuatu (al-hulul), bersatu dengan

sesuatu (al-ittihad), berbentuk atau berupa (al-tasykil, al-suroh) dan lain-lain, mereka

inilah yang dilabelkan oleh ulama Ahli Sunnah sebagai golongan al-musyabbihah dan

al-mujassimah. Akidah al-musyabbihah secara umumnya menyamakan Allah dengan

makhluk (tasybih), akidah al-mujassimah pula lebih khusus iaitu beriktikad bahawa Allah

beranggota (tajsim).

Oleh yang demikian, penafian bahawa Allah tidak bertempat merupakan penafian

secara mutlak segala yang berkaitan dengan tempat itu sendiri (al-makan) seperti

keadaannya di atas (al-fauqiyyah), bawah (al-sufliyyah), kiri (al-syimal), kanan (al-

yamin), depan (al-amam) dan belakang (al-khalf). Ke semua arah yang enam ini

dinamakan al-jihat al-sittu. Begitu juga ianya berkaitan dengan menafikan Allah Taala

dari persamaan dengan makhluk (al-hawadis) yang bertempat seperti berjisim besar atau

kecil, beranggota dan sebagainya. Ianya juga menafikan dari bersifat dengan sifat

makhluk (al-a’rod) seperti bergerak (al-harokah) atau diam (al-sukun), berubah (al-

taghayyur) dan lain-lain.

Justeru itu, sesiapa yang menyalahi akidah ini dengan menyifatkan Allah Taala

dengan sifat kekurangan lagi tercela yang ada pada setiap makhluk atau pun menyamakan

Allah dengan ciptaanNya, hukumnya kufur seperti yang disebutkan oleh ulama tauhid

dalam karangan-karangan mereka di mana ianya merupakan ijmak Ahli Sunnah Wal

Jamaah.

Page 5: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Dari pengamatan penulis sendiri secara peribadi, apabila sifat dua puluh

dihuraikan iaitu secara khususnya berkaitan sifat Mukhalafatuhu Taala Li al-Hawadis,

penulis melihat jarang guru-guru atau ustaz-ustaz yang menghuraikannya menyebutkan

ucapan “Kewujudan Allah tanpa bertempat”. Mereka hanya sekadar menyatakan serta

menghuraikan bahawa Allah tidak sama dengan makhluk dari zatNya, sifatNya dan

Af’alNya. Penekanan kurang diberikan secara khusus dan detail untuk menafikan bahawa

Allah wujud tanpa bertempat, semua tempat dan sudut-sudut adalah baharu.

Begitu juga kurangnya pendedahan berkenaan kata-kata ulama Ahli Sunnah yang

muktabar yang terdiri dari ulama tauhid, hadis, fekah, tafsir, tasawwuf, bahasa dan lain-

lain serta karangan-karangan mereka yang merupakan bukti yang kukuh bahawa inilah

akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar zaman berzaman, bukannya hanya rekaan

seseorang. Ianya juga sebagai hujah yang ampuh bagi mengecam dan menolak

kefahaman iktikad yang lain darinya. Bagi golongan yang sesat, mereka hanya berhujah

dengan seorang dua sahaja ulama mereka yang tersingkir dari ulama Ahli Sunnah, selain

berhujah dengan al-Quran dan al-Sunnah semata-mata menurut tafsiran mereka sendiri.

Ini kerana ulama Ahli Sunnah tidak menyebelahi mereka bahkan mengecam serta

memperingatkan masyarakat awam berkaitan akidah mereka yang sesat.

Oleh itu lahirlah karangan-karangan yang agung seperti al-Farqu Baina al-Firaq

oleh Imam Abu Mansur al-Baghdadi, Maqalat al-Islamiyyin oleh Imam Abu al-Hasan al-

Asy’ari, al-Milal Wa al-Nihal oleh al-Syahrustani, al-Irsyad oleh Imam al-Juwaini,

Tabyin al-Kazib al-Muftari Fi Ma Nusiba Ila al-Imam Abi al-Hasan al-Asy’ari oleh al-

hafiz Ibn A’sakir, al-Asmak Wa al-Sifat oleh al-hafiz al-Baihaqi, al-Saif al-Soqil Fi al-

Roddi A’la Ibn Zafil dan al-I’tibar Bi Baqa,i al-Jannah Wa al-Nar oleh al-hafiz Taqiy al-

Din al-Subki dan banyak lagi.

Kecaman terhadap golongan yang sesat ini tidak boleh dikatakan sebagai

memecah belahkan umat kerana ianya merupakan suruhan kepada yang makruf dan

tegahan dari yang mungkar. Apakah kita rela agama suci ini dimainkan berkaitan perkara

kufur dan iman atas alasan kebebasan bersuara atau memberikan pendapat? Adakah kita

Page 6: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

juga akan mengatakan ulama dahulu yang terkenal dengan keilmuan yang tinggi,

kepatuhan terhadap agama, warak dan berbagai lagi sebagai tidak bertanggung jawab,

memecah belahkan umat dengan mengarang puluhan kitab dan mungkin ratusan

mengecam golongan mubtadi’ah antaranya al-musyabbihah al-mujassimah dan lain-lain?

Oleh itulah, berdasarkan pembelajaran tauhid secara umum dan berkenaan sifat

Mukhalafatuhu Li al-Hawadis secara khusus yang tidak mengetengahkan apa yang

disebutkan oleh penulis seperti di atas, terdapat sebahagian pelajar tidak kira tua mahu

pun muda, apabila dikatakan bahawa “Allah wujud tanpa bertempat”, mereka seakan-

akan hairan dan kebingungan dengan ucapan tersebut. Sedangkan ianya mesti dipelajari

berkaitan sifat Mukhalafatuhu Taala Li al-Hawadis. Penafian demikian walaupun ianya

merupakan salah satu dari topik perbincangan berkenaan berlainannya Allah Taala

dengan makhlukNya, ia amat penting sekali disebutkan dengan panjang lebar.

Lalu tidak hairanlah dengan kurangnya penekanan dan pendekatan sebegitu,

akidah mereka mudah dikaburi dan diterapkan dengan akidah al-musyabbihah al-

mujassimah yang beriktikad di dalam al-Quran serta hadis menyifatkan Allah sebagai

berada di langit dan ianya pula merupakan satu ucapan tauhid. Begitu juga mudah bagi

mereka menerima istilah golongan al-Muktazilah2, al-Jahmiyyah3 dan sebahagian

fahaman tasawwuf yang menyeleweng yang mengatakan “Allah di mana-mana”.

2 Mereka ialah golongan yang menafikan sifat-sifat yang azali bagi Allah (muattilah) serta beriktikad bahawa makhluk yang menciptakan segala perbuatannya sendiri iaitu menciptakannya dari tiada kepada ada. Mereka mendustakan firman Allah yang bermaksud ((Katakanlah Allah jualah pencipta setiap sesuatu)) al-Ro’du: 16. Ulama juga menamakan mereka sebagai al-Qadariyyah berdasarkan sabda Nabi “Al-Qadariyyah majusi umat ini”, riwayat Abu Daud. Ahli Sunnah berijmak mengkufurkan mereka ini seperti yang dinukilkan oleh al-Hafiz Murtadha al-Zabidi dalam Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Bi Syarhi Ihya’ Ulum al-Din, 2 / 135, dan Abdul Qahir al-Baghdadi dalam dua buah kitabnya Usul al-Din, ms: 337,341-343, dan Tafsir al-Asma Wa al-Sifat, ms:191. Qaul yang mengatakan bahawa mereka tidak kufur merupakan qaul yang marjuh kerana ijmak ini dinukilkan oleh ulama yang agung dalam Mazhab al-Asya’iroh dan Mazhab al-Maturidiyyah.3 Mereka ialah pengikut Jahmun Bin Safwan. Golongan ini menafikan sifat-sifat yang azali bagi Allah seperti Muktazilah juga. Antara anutan Jahmun ini ialah beriktikad neraka dan syurga akan binasa setelah dimasuki oleh penghuninya. Iktikad sebegini adalah kufur. Rujuk al-Milal Wa al-Nihal oleh al-Syahrustani dan al-Farqu Baina al-Firaq oleh Abdul Qahir al-Baghdadi.

Page 7: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Berdasarkan apa yang telah disebutkan, ianya menjadi pendorong kepada penulis

untuk memuatkan sebahagian besar nukilan dari ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dari

mazhab yang empat serta ulama Ahli Sunnah yang lain. Nukilan ini penulis terjemahkan

dari sebuah kitab yang berjudul Ghayatu al-Bayan Fi Tanzih Allah Ani al-Makan Wa

al-Jihat4 di samping sedikit penambahan dan pengolahan dari penulis sendiri. Apatah

lagi penulis didorong oleh guru-guru dan rakan seperjuangan agar dapat menerangkan

akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Diharapkan dengan sumbangan yang sekecil ini, ianya dapat memberikan

manfaat, menambahkan sedikit sebanyak pengetahuan kita dalam menolak kepercayaan

serta penyelewengan golongan yang menyamakan Allah dengan makhlukNya. Begitu

juga kerana kepentingannya bagi diri kita sendiri sebagai Ahli Sunnah agar dapat

beriktikad dengan iktikad yang sebenar.

Di samping itu, dimuatkan juga berkenaan hukum yang telah disepakati oleh

ulama Ahli Sunnah bahawa kafir sesiapa sahaja yang beriktikad bahawa Allah

memerlukan tempat serta kebatilan ucapan “Allah di mana-mana”. Ucapan tersebut

dalam keadaan sedar atau pun tidak, sering bermain di bibir masyarakat awam islam

tanpa mereka mengetahui maknanya yang batil.

Perkara sebegini amat penting sekali di ketengahkan kerana terdapat golongan

yang pandai bertopengkan sebagai Ahli Sunnah seperti salafus soleh, bahkan mendakwa

diri mereka sebagai Salafiyyun, menzahirkan diri mereka sebagai alim ulama dengan

mengemukakan ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis Rasulullah, tetapi hakikat

sebenarnya mereka ini lebih keji dari Yahudi dan Nasara kerana mengambil ayat-ayat

sifat yang mutasyabihat serta hadis-hadis sifat secara zahir (tersurat) tanpa

menakwilkannya berdasarkan nas yang muhkamat.

Dengan pandangan mereka yang sedemikian rupa, mereka pula melabelkan

kepada Ahli Sunnah yang mengambil pendekatan takwil setelah merujuk nas

4 Buku tersebut disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Islam di Jam’iyyah al-Masyari’ al-Khairiyyah al-Islamiyyah, Beirut, Lubnan.

Page 8: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

mutasyabihat kepada nas yang muhkamat sebagai golongan al-Muktazilah dan al-

Jahmiyyah. Mereka melakukan demikian kerana tidak lain dan tidak bukan, bertujuan

untuk menetapkan bahawa Allah berjisim, memerlukan tempat di atas langit atau Arasy

dan sebagainya lagi yang ternafi bagi Allah.

Golongan yang mengambil nas mutasyabihat secara zahir (tersurat) inilah yang

disebutkan oleh mufassir tersohor, Imam al-Qurtubi rahimahullah ketika menafsirkan

ayat yang bermaksud :

((Kemudian (Allah) istawa atas Arasy)) al-Baqarah: 29,

dengan katanya:

“Telah berkata sebahagian mereka: kami bacakannya dan

menafsirkannya mengikut apa yang terkandung dari segi

zahir bahasa, (kata al-Qurtubi) inilah merupakan golongan

al-musyabbihah” 5.

Imam al-Subki rahimahullah pula ketika menyuarakan tentang bahayanya

mengambil secara zahir yang majoritinya lahir dari golongan yang menyamakan Allah

dengan makhlukNya sebagai:

“Musibah yang paling besar ialah mengambil secara zahir

dan berpegang bahawa itulah maksud sebenar dan ianya

bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah. Itulah

pandangan al-mujassimah penyembah berhala”6.

Imam al-Qusyairi rahimahullah juga berpendirian demikian berkenaan bahayanya

golongan seperti ini dengan katanya:

Rahsia sebenarnya, mereka menegah dari takwil kerana

mereka beriktikad hakikat tasybih, melainkan mereka

berselindung dengan berkata: bagiNya (Allah) aid (tangan)

bukan seperti tangan-tangan, ada qadam (kaki) bukan

5 Al-Jamik Li Ahkami al-Quran, al-Qurtubi, Surah al-Baqarah: 29.6 Tabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra, Taj al-Din al-Subki, 5 / 192.

Page 9: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

seperti kaki-kaki, istiwak dengan zat tidak seperti yang

dimengertikan di antara kita” 7.

Seterusnya Imam al-Qusyairi rahimahullah menegaskan dengan tegas sekali:

“Mereka8 ini di mana ruh-ruh kami berada dalam

kekuasaanNya, lebih memberi mudarat terhadap islam

dari golongan Yahudi dan Nasara serta Majusi juga

penyembah berhala. Ini kerana kesesatan orang-orang

kafir jelas kelihatan, boleh di jauhkan oleh orang-orang

islam, sedangkan mereka ini datang kepada orang yang

beragama dan orang biasa melalui cara menipu golongan

yang lemah9” 10.

Oleh yang demikian, amat perlu kita mengetahui Akidah Tanzih ini dan

mengajarkannya kepada umat islam yang lain, agar kita sama-sama tergolong dalam

golongan yang satu, golongan yang akan memasuki syurga Allah iaitu golongan Ahli

Sunnah Wal Jamaah. Antara keistimewaan umat ini ialah, mereka tidak akan berhimpun

atau berijmak dalam kesesatan. Jadi bagaimanakah umat islam zaman berzaman yang

berakidah tanzih seperti Nabi, para sahabat dan al-tabi’in, seterusnya kesinambungan ini

di teruskan oleh mazhab al-Asya’iroh dan al-Maturidiyyah beada dalam kesesatan?

Sedangkan kedua mazhab tersebut diambil dari salafus soleh? Bagi golongan yang

berlainan dari apa yang disebutkan, mereka inilah yang sebenarnya tergolong dalam 72

golongan yang akan dihumbankan ke dalam api neraka.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda dalam sebuah hadis yang

bermaksud :

7 Opcit, Murtadha al-Zabidi, 2 / 110.8 Golongan yang menolak takwil.9 Iaitu kurang mantap ilmu agama.10 Opcit, Murtadha al-Zabidi, 2 / 108-109.

Page 10: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Tidak berijmak11 umatku dalam kesesatan, sekiranya kamu

mendapati perbalahan, mestilah kamu menuruti golongan

al-sawad al-a’zom12”13.

Dalam sebuah hadis yang lain yang menguatkan hadis di atas, dari Abu Mas’ud

al-Badri Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda yang bermaksud:

“Mestilah kamu berjamaah, sesungguhnya Allah tidak

menghimpunkan umat ini dalam kesesatan”14.

Sabda baginda lagi dalam sebuah hadis lain yang bermaksud:

“Barang sesiapa yang syaz15, sesungguhnya syaz (tersebut

membawanya) ke neraka”.16

Syukurlah kita kepada Allah Taala kerana diberikan taufik dan hidayahnya, masih

bersama-sama dalam akidah yang benar, akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang

merupakan anutan umat islam zaman berzaman di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Mari kita teruskan kesinambungan ini dengan menambahkan ilmu, beramal dengan

sebaiknya, menyuruh kepada yang ma’ruf dan menentang segala kemungkaran. Kerana

dengan sebab menyuruh kepada yang makruf dan menentang yang mungkar inilah, kita

umat islam menjadi umat terbaik dari umat-umat yang lain.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

((Adalah kamu (umat islam) merupakan sebaik-baik umat

yang dikeluarkan bagi manusia (oleh kerana) kamu

11 Ijmak ialah kata sepakat ulama mujtahid mengenai sesuatu perkara atau hukum selepas kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk buku-buku usul fiqh.12 Al-sawad al-a’zom adalah istilah kepada jumhur umat islam yang mana akidah mereka adalah akidah tanzih yang dibawa oleh Nabi dan seterusnya sahabat, tabi’in sehinggalah sampai kepada kita.13 Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Kitab al-Fitan, Bab Ma Ja’a Fi Luzum al-Jamaah, Ibn Majah, Kitab al-Fitan, Bab al-Sawad al-A’zom.14 Dikeluarkan oleh Ibn Abi A’sim dalam al-Sunnah, ms: 42. Al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Muwafaqah al-Khabari al-Khabar, 1 / 115, mengatakan sanad hadis ini adalah Hasan.15 Iaitu ganjil dari sudut akidah dari jumhur umat islam.16 Lihat A’ridah al-Ahwazi Syarah Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Fitan, Bab Ma Ja’a Fi Luzum al-Jamaah.

Page 11: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

menyuruh (kepada perkara) yang makruf dan menegah

(dari perkara) yang mungkar)) Ali al-Imran: 110.

Tanamkan dalam hati kita perasaan marah dan benci kepada golongan yang

hendak cuba merosakkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mana kita benci diri

kita dicampakkan oleh Allah ke dalam api neraka, wal iyazubillah. Ingat dan ketahuilah

bahawa, apabila ditanyakan kepada kita: “ Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah?” Lalu

jawablah seperti mana yang disebutkan oleh al-Hafiz Murtadha al-Zabidi:

“Jika dikatakan Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang

dimaksudkannya adalah al-Asyai’rah dan al-

Maturidiyyah”17.

FASAL PERTAMA

IKTIKAD AHLI SUNNAH, KEWUJUDAN ALLAH TANPA BERTEMPAT

17 Opcit, Murtadha al-Zabidi, 2 / 6.

Page 12: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

1: Sayyidina Ali Radiyallahu Anhu (40h) yang merupakan seorang khalifah al-rasyidin

yang keempat dan seorang sahabat yang agung berkata:

“Adalah (Allah azali)) tanpa bertempat, dan Dia sekarang

seperti mana keadaanNya yang lalu (azali tidak

bertempat)”18.

Maksud beliau ialah Allah Taala tidak bertempat kerana Dia telah pun ada

sebelum menciptakan tempat, maka mustahil bagi Allah berubah daripada berkeadaan

tidak bertempat kepada memerlukan tempat. Sebarang perubahan19 menunjukkan sifat

makhluk yang baharu20, sedangkan Allah azali21 lagi abadi22.

Dalam kata beliau yang lain:

“Sesungguhnya Allah Taala menciptakan Arasy23 sebagai

menunjukkan kekuasaanNya, bukan sebagai tempat bagi

zatNya (menetap)”24.

Jika kita perhatikan, kenapakah Sayyidina Ali Radiyallahu Anhu memfokuskan

Arasy dan bukannya makhluk Allah yang lain? Jawapannya ialah, di sebabkan golongan

al-musyabbihah25 mengatakan serta mereka beriktikad bahawa Allah berada di atas langit

iaitu di atas Arasy. Arasy ini pula merupakan makhluk yang paling besar yang Allah

ciptakan. Iktikad al-musyabbihah ini sebenarnya bersumberkan akidah Yahudi

laknatullah. Sedangkan Arasy serta semua kejadian yang lain merupakan ciptaan Allah.

Jadi di sini mereka mengatakan Allah memerlukan tempat untuk zatNya (diriNya) berada

seperti kejadianNya. Sifat perlukan sesuatu menunjukkan kelemahan dan kekurangan,

maha suci Allah dari bersifat demikian.

18 Al-Farqu Baina al-Firaq, Abu Mansur al-Baghdadi, ms: 333.19 Kaedah mengatakan bahawa perubahan adalah bukti bahawa ianya baharu.20 Baharu ialah kejadian (meliputi jisim dan sifatnya) yang asalnya tiada kemudian dijadikan oleh Allah.21 Tiada mula.22 Tiada akhir.23 Arasy merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling besar.24 Opcit, ms: 333.25 Iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhlukNya.

Page 13: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Sayyidina Ali menegaskan lagi dalam katanya yang lain:

“Sesiapa yang menyangka bahawa tuhan kami mahdud

(iaitu apa yang baginya bentuk kecil atau besar iaitu

berjisim) maka sesungguhnya dia jahil mengenai pencipta

yang disembah”26.

2: Imam Zain al-Abidin Ali Bin al-Husain Bin Ali Radiyallahu Anhu (94h) yang

merupakan seorang Tabii’ berkata:

“Dikaulah Allah yang tidak diliputi oleh tempat”27.

dan:

“Dikaulah Allah Yang tidak dihadkan lalu menjadi

mahdud (terkepung)”28.

Kata-kata Imam Zain al-Abidin ini bermaksud Allah bukanlah berjisim atau

bertubuh badan seperti manusia atau makhluk lain, oleh itu Dia tidak memerlukan

tempat. Manusia sebagai contohnya, terkepung oleh tempat seperti rumah atau lain-lain

di sebabkan berjisim yang memerlukan ruang untuk berada.

3: Imam Ja’far al-Sadiq Bin Muhammad al-Baqir Bin Zain al-Abidin Ali Bin al-Husain

Radiyallahu Anhum (148h) yang merupakan antara tokoh ahli al-bait29 yang terkemuka

berkata:

“Sesiapa yang menyangkakan (beriktikad) Allah (berada)

di dalam sesuatu, atau daripada sesuatu atau di atas

sesuatu maka dia telah syirik.

Ini kerana sekiranya (Allah) di atas sesuatu

nescaya Dia ditanggung (oleh sesuatu), sekiranya di dalam

sesuatu nescaya (Dia) terkepung dan sekiranya pula dari

sesuatu nescaya (Dia) baharu”30.

26 Hilyah al-Auliyak Wa Tabaqat al-Asfiyak, Abu Nuaim, 1 / 73.27 Opcit, Murtadha al-Zabidi, 4 / 380.28 Ibid, 4 / 380.29 Ahli al-Bait ialah keturunan Nabi dari zuriat Fatimah dan Ali Radiyallahu Anhuma.30 Risalah al-Qusyairiyyah, Al-Qusyairi, ms: 6.

Page 14: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Amat bermakna sekali apa yang disebutkan oleh Imam Ja’afar al-Sodiq sebagai

penolakan dan sanggahan terhadap golongan al-musyabbihah al-mujassimah. Golongan

tersebut beriktikad Allah di atas Arasy. Sedangkan di dalam Al-Quran menyebutkan

bahawa ianya ditanggung oleh empat malaikat dan apabila kiamat nanti akan ditanggung

oleh lapan malaikat31. Akidah golongan tersebut menggambarkan kepada kita bahawa

Allah yang Maha Berkuasa lagi Gagah Perkasa yang mentadbir serta memelihara Arasy

ditanggung oleh malaikatNya sendiri. Dalam masa yang sama Allah mentadbir Arasy dan

dalam masa yang sama juga Allah sendiri ditanggung oleh malaikat, waliyazubillah.

Rangkap yang kedua pula menafikan jisim bagi Allah kerana setiap yang berjisim

akan ada had atau batasannya. Di sebabkan Allah bukanlah berjisim, maka Dia tidak

terkepung oleh sesuatu sama ada berukuran sebanding sesuatu itu sendiri, lebih kecil atau

lebih besar. Perlu diingatkan, bila dikatakan tidak berjisim bukanlah bermaksud Allah

tersebar luas di merata-rata seperti yang dikhayalkan kerana Zat Allah bukan seperti

makhluk yang dapat dibayangkan. Arasy yang maha besar tersebut ada kadar atau

penghabisannya yang tertentu yang hanya di ketahui oleh Allah Taala yang

menjadikannya.

Rangkap yang ketiga pula menjelaskan sekiranya Allah wujud dari sesuatu

bermakna Allah ada permulaan seperti makhluk, iktikad sebegini nyata kufur. Setiap

makhlukNya sahajalah yang ada permulaan sedangkan Dia Qadim, azali tanpa

permulaan. Oleh itu tidak dipersoalkan “Bilakah Dia wujud ?” serta “dari apakah Allah

wujud ?”. QidamNya Allah dan baharunya selain dari Allah merupakan perkara yang

diijmakkan.

Imam al-Subki rahimahullah berkata ketika mensyarahkan Akidah Ibn Hajib:

“Ketahuilah! Bahawa hukum jauhar-jauhar dan a’rod-

a’rod semuanya baharu, oleh itu alam semuanya adalah

baharu. Berdasarkan demikianlah ijmak muslimin

31 Rujuk Surah al-Haqqah: 17.

Page 15: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

bahkan ke semua agama. Barang sesiapa bersalahan

berkenaan perkara ini maka dia kafir kerana berlainan

dengan ijmak yang putus”32.

4: Imam Abu Hanifah, al-Nukman Bin al-Sabit al-Kufi Rahimahullah (150h) yang

merupakan pengasas Mazhab al-Hanafi dan ulama salaf yang masyhur berkata:

“Dan Allah Taala dilihat di akhirat dan orang-orang

mukmin melihatnya dalam keadaan mereka di dalam

syurga dengan mata kepala mereka tanpa tasybih, tanpa

kammiyyah dan tiada berlaku antaraNya dan di antara

makhlukNya jarak”33.

Dalam kitabnya yang lain iaitu al-Wasiyyah, beliau berkata:

“Dan pertemuan dengan Allah Taala bagi ahli syurga

tanpa kaif, tanpa tasybih dan tanpa jihah adalah benar”34.

Kata beliau lagi dalam kitab yang sama:

“Dan Kami mengakui bahawa Allah Subhanahu Wa Taala

Di atas Arasy istawa tanpa Dia berhajat kepadanya dan

(tanpa berhajat) istiqrar (menetap) di atasnya. Dan Dialah

penjaga Arasy dan selain Arasy (iaitu makhluk lain) tanpa

berhajat (kepada bantuan).

Sekiranya (Allah) berhajat, nescaya dia tidak

berkuasa mewujudkan alam dan mentadbirnya seperti

makhluk-makhluk. Sekiranya Dia perlu kepada al-julus

(duduk) dan menetap, maka sebelum (Dia) menciptakan

32 Lihat nukilannya dalam Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, 2 / 94.33 Lihat Syarah al-Fiqh al-Akbar oleh Mulla Ali al-Qari, ms: 136-137.34 Lihat nukilan dari kitab al-Wasiyyah yang dimuatkan oleh Mulla Ali al-Qari dalam Syarah al-Fiqh al-Akbar, ms: 138.

Page 16: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Arasy di manakah Allah?? Taala (Maha Suci) Allah dari

bersifat demikian Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung”35.

Dalam satu kitab lain yang berjudul al-Fiqh al-Absad, beliau berkata:

“Aku berkata (andaian): Adakah kamu melihat sekiranya

dikatakan aina (di manakah) Allah Taala? Lalu berkata

(iaitu Abu Hanifah): Dikatakan baginya, adalah Allah

Taala (azali) tidak bertempat sebelum Dia menciptakan

kejadian dan adalah Allah Taala (azali) dan belum ada

lagi aina begitu juga kejadian dan sesuatupun. Dialah jua

pencipta setiap sesuatu”36.

Apakah maksud Imam Abu Hanifah ini? Beliau maksudkan, sekiranya seseorang

itu mengemukakan pertanyaan “Dimanakah Allah?” kerana kejahilannya dengan

menyamakan Allah dengan makhluk, kita katakan bahawa Allah telah pun wujud

sebelum Dia menciptakan segala kejadianNya.

Oleh itu kita tidak boleh bertanyakan persoalan “dimana?” kerana Allah wujud

sebelum adanya makhluk lagi dalam keadaan tidak bertempat. Soalan di mana hanya

sesuai dan layak bagi yang bertempat seperti manusia, maka kita harus bertanyakan

persoalan di mana untuk mengetahui tempat. Manusia ini sebagai makhluk boleh berada

dalam sudut yang enam sama ada di atas, di bawah, sebelah kiri atau kanan, di sebelah

hadapan atau di belakang dan kesemua sudut yang enam ini adalah ciptaan Allah yang

asalnya tidak ada.

Amat bernilai sekali kata-kata Imam Abu Hanifah ini kerana ia merupakan

penolakan serta sanggahan yang amat jelas kepada golongan al-musyabbihah al-

mujassimah yang menggelarkan diri mereka salafiyyun sekarang ini iaitu al-

Wahhabiyyah. Mereka mengatakan bahawa salaf tidak menafikan sudut bagi Allah, oleh

itu mereka mengatakan Allah berada di atas. Sesungguhnya Imam Abu Hanifah

35 Opcit, Mulla Ali al-Qari, ms: 70.36 Lihat isi kandungannya dalam Majmuah Rasail Abi Hanifah, al-Kausari, ms: 20.

Page 17: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

merupakan antara tokoh-tokoh salaf yang mengambil ilmu dari al-tabi’in, al-tabi’in pula

mengambil ilmu dari para sahabat Radiyallahu Anhum.

Sebagai contoh, seorang ulama Wahabi yang bernama U’saimin berkata zat Allah

iaitu Allah berada di atas dengan katanya:

“Adapun U’lu al-Zat ialah sesungguhnya Allah tinggi

dengan zatNya atas setiap sesuatu dan setiap sesuatu di

bawahNya. Dan Allah Azzawajalla di atasnya dengan

zatNya”37.

Dalam kitab lain yang menjadi pegangan akidah mereka iaitu Syarah Hadis Nuzul

oleh imam golongan Wahabi iaitu Ibn Taimiyyah, Ibn Taimiyyah berdusta terhadap

Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan pengikutnya dengan katanya:

“Sesungguhnya Allah di atas langit dengan zatNya38”,

Tidak memadai setakat itu, dalam katanya yang lain yang merupakan pendustaan

terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah:

“Sesungguhnya telah sepakat kalimat orang-orang islam

dan orang-orang kafir bahawa sesungguhnya Allah di

langit, mentauhidkanNya demikian”39.

Jika kita perhatikan ulama-ulama dalam Mazhab Abu Hanifah, mereka semuanya

beriktikad bahawa Allah tidak bertempat dan menghukum kafir sesiapa yang mengatakan

Allah bertempat. Terdapat juga seorang dua ulama dalam mazhab ini yang beriktikad

dengan mazhab al-mujassimah ini seperti al-I’z al-Hanafi yang mensyarahkan Akidah al-

Tahawiyyah. Dia telah terfitnah dengan kesesatan Ibn Taimiyyah sehinggakan dia

mengatakan dalam syarah tersebut bahawa Ahli Sunnah mengatakan neraka akan fana

(binasa)40. Ini merupakan iktikad al-Jahmiyyah yang seterusnya di ambil oleh Ibn

37 Tafsir Ayat al-Kursi, ms: 33.38 Syarah Hadis al-Nuzul, ms: 182.39 Lihat Bayan Talbis al-Jahmiyyah, ms: 427 dan Minhaj al-Sunnah, ms: 2 / 29-30.40 Lihat syarahnya ke atas Akidah al-Tahawiyyah, ms: 427.

Page 18: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Taimiyyah lalu diteruskan oleh al-Wahhabiyyah. Seterusnya al-I’z al-Hanafi ini

menyebutkan antara iktikad Ibn Taimiyyah berkenaan azalinya alam41.

Sesungguhnya Ahli Sunnah bersepakat bahawa sesiapa beriktikad dengan dua

akidah tersebut sebagai kafir. Amat hairan sekali bagaimanakah Akidah al-Tahawiyyah

yang merupakan akidah Ahli Sunnah tetapi disyarahkan oleh al-I’z al-Hanafi al-mujassim

ini yang terdapat banyak kesesatan, golongan al-wahhabiyyah pula menganggapnya

sebagai akidah salaf? Bukan itu sahaja bahkan mereka menyebarkannya dan mempelajari

darinya sehinggakan ianya dijadikan sebagai buku pelajaran di maahad-maahad dan

kuliah-kuliah di Riyadh. Mereka mendakwa syarah ini memaparkan akidah salaf yang

tulen.

5: Imam al-Syafi’I, Muhammad Bin Idris Rahimahullah (204h) yang merupakan imam

mujtahid, pengasas Mazhab al-Syafi’i berkata:

“Sesungguhnya Allah Taala adalah Dia (azali) dan tidak

bertempat. Lalu menciptakan tempat dalam keadaan Dia

bersifat azali seperti mana sebelum Dia menciptakan

tempat. Tidak boleh bagiNya berubah pada zatNya begitu

jua pergantian pada sifatNya”42.

6: Imam Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal rahimahullah (241h), imam mujtahid yang

merupakan pengasas Mazhab Hanbali disifatkan oleh Ibn Hajar al-Haitami sebagai tokoh

yang menyucikan Allah dari sudut, arah dan jisim. Kata Ibn Hajar:

“Apa yang mayshur di kalangan orang-orang yang jahil

yang menasabkan (diri mereka) kepada imam yang agung

lagi mujtahid ini bahawa beliau mengatakan sesuatu

berkenaan jihah atau seumpamanya (kepada Allah), ianya

merupakan satu penipuan serta pendustaan kepada

beliau”43.

41 Ibid, ms:132.42 Opcit, Murtadha al-Zabidi 2 /24.43 Al-Fatawa al-Hadisiyyah, Ibn Hajar al-Haitami, ms: 144.

Page 19: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Ibn Hajar al-Haitami berkata demikian kerana pengikut mazhab Imam Ahmad

merupakan golongan yang paling ramai berfahaman tasybih dan tajsim lalu mendakwa

Imam Ahmad juga demikian sedangkan beliau seorang ahli tanzih. Oleh itulah ulama ada

menyebutkan bahawa dua orang imam yang agung dalam sejarah terkena fitnah selepas

zaman mereka iaitu Imam Ahmad dengan fitnah tasybih dan tajsim serta Imam Ja’far al-

Sodiq dengan fitnah Syiah. Berdasarkan demikian ulama mengistilahkan kepada pengikut

Mazhab Imam Ahmad yang sebenar sebagai fudhalak al-Hanabilah.

7: Imam Muhammad Bin Ismail al-Bukhari rahimahullah (256h), merupakan penyusun

hadis yang terkenal merupakan seorang ulama hadis yang menyucikan Allah Taala dari

sifat makhluk seperti bertempat, sudut dan arah. Akidahnya sebagai ahli tanzih inilah

yang difahami oleh pensyarah-pensyarah hadisnya.

Syaikh Ali Bin Khalf al-Maliki yang lebih terkenal sebagai Ibn Battal (449h),

merupakan salah seorang pensyarah Sahih al-Bukhari. Beliau mengatakan:

“Tujuan al-Bukhari dalam bab ini menyanggah terhadap

golongan al-jahmiyyah al-mujassimah yang berpegang

dengannya secara zahir. Sesungguhnya telah tetap bahawa

Allah bukanlah berjisim, oleh itu tidak perlu kepada tempat

untuk menetap padanya. Sesungguhnya (Allah) sedia ada

(azali) tanpa tempat. Cuma idafah (disandarkan) al-

ma’arij kepadanya merupakan idhafah al-tasyrif. Makna

naik kepadanya ialah ketinggianNya44 beserta

menyucikanNya (Allah) dari tempat” 45.

Ibn Battal mengatakan bahawa Imam al-Bukhari memuatkan satu bab di dalam

sahihnya bertujuan menolak kepercayaan al-Jahmiyyah yang menyamakan Allah dengan

makhluk. Golongan itu mengatakan Allah berada di atas langit kerana ada ayat-ayat al-

Quran serta hadis-hadis yang secara zahirnya menampakkan seolah-olah Allah di atas

44 Ketinggian martabat serta darjat, bukannya ketinggian tempat kerana Allah wujud tanpa tempat.45 Fath al-Bari, Ibn Hajar al-Asqalani, 13 / 416.

Page 20: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

langit. Apatah lagi ada ayat yang mengatakan ada tempat naik iaitu “al-ma’arij”46. Lalu

golongan ini membayangkan, mengkhayal serta beriktikad Allah berada di atas.

Oleh itulah Ibn Battal menegaskan ianya merupakan idhafah al-tasyrif iaitu

sandaran bagi menunjukkan kemuliaan sesuatu itu. Contohnya ialah kita mengatakan

Kaabah sebagai Baitullah (Rumah Allah). Bukanlah bermakna Allah perlukan Kaabah

untuk berada. Maha Suci Allah dari bertempat di bumi mahupun di langit. Ianya

menunjukkan bahawa Kaabah merupakan binaan yang Allah muliakannya, lalu kita

disuruh mengadapnya ketika bersembahyang sebagai syarat sah solat. Inilah yang

dikatakan sebagai idhafah al-tasyrif.

Ibn Battal menegaskan lagi dengan katanya;

“Tiada kaitan bagi al-mujassimah menetapkan tempat

(bagi Allah) di sebabkan mustahilnya Allah Subhanah

berjisim atau menjelma pada tempat”47.

Syaikh Ibn Munayyir al-Maliki (695h) yang merupakan juga pensyarah Sahih al-

Bukhari berkata:

“Maka telah diterangkan oleh pengarang (iaitu Imam al-

Bukhari) bahawa jihah yang bermakna langit begitu juga

yang bermakna Arasy, setiap dari keduanya makhluk yang

dicipta lagi baharu. Sesungguhnya Allah sebelum itu lagi

(wujud) dan sebelum selainnya (wujud), lalu mengadakan

tempat-tempat ini. KeadaanNya yang Qidam48 tidak

memungkinkan untuk menyifatkanNya sebagai memerlukan

tempat”49.

8: Imam Abu Jaafar Muhammad Bin Jarir al-Tabari rahimahullah (310h) seorang

mujtahid, mufassir yang agung berkata:46 Surah al-Ma’arij: 347 Opcit, Ibn Hajar al-Asqalani, 13 / 416.48 Qidam ialah sedia ada tanpa ada yang lain menjadikanNya.49 Opcit, Ibn Hajar al-Asqalani, 13 / 418.

Page 21: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Qaul bagi membuktikan bahawa Allah Azzawajalla Yang

Qadim Yang Awal sebelum (wujud) setiap sesuatu (ialah)

Dialah al-Muhdis (pencipta) setiap sesuatu dengan

qudrahNya Taala yang disebutkan. Antara dalil demikian

bahawa tiada sesuatu pun di alam yang musyahadah ini

kecuali jisim atau yang berdiri dengan jisim (a’rod),

sesungguhnya tiada jisim kecuali bercerai atau pun

berhimpun……. …”50.

Selepas beliau menerangkan bukti-bukti kewujudan Allah sebelum ciptaanNya,

beliau berkata:

“Maka jelas dengan apa yang kami sifatkan bahawa

pencipta segala sesuatu dan yang mewujudkannya adalah

(wujud) sebelum setiap sesuatu. Malam dan siang, masa

dan waktu adalah baharu. Penciptanya pula yang

mentadbirkan dan menguruskannya sebelum itu (telah

wujud)51.

Ibn Jarir al-Tabari dalam petikan di atas mengemukakan dalil-dalil bagi

membuktikan bahawa Allah yang Qadim lagi Awal yang tiada mula baginya. Allah

sebagai tuhan tidak ada mula dan tidak ada pengakhiran. Yang ada mula dan ada akhir

hanyalah makhluk yang sebelum itu tidak wujud, lalu dijadikan Allah. Selepas itu pula

kesemuanya akan binasa dengan ketentuan Allah Taala.

Oleh kerana wujudnya Allah Taala sebelum wujudnya semua makhluk yang di

antaranya tempat, waktu dan zaman, maka selepas Allah menciptakan kesemua makhluk

tersebut, Dia tetap dalam keadaanNya yang Qadim. Perubahan tidak berlaku kepada

Allah kerana Dia adalah tuhan. Sebarang perubahan hanya berlaku pada makhluk yang

baharu.

50 Tarikh al-Umam Wa al-Muluk, al-Tabari, 1 /2551 Opcit, al-Tabari, 1 /25.

Page 22: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Beliau berkata lagi sebagai penegasan bagi apa yang telah beliau terangkan:

“Maka telah jelas bahawa al-Qadim pencipta

setiap sesuatu, penciptanya pula al-Wahid yang mana dia

(wujud) sebelum setiap sesuatu. Dialah yang tetap wujud

selepas setiap sesuatu (musnah binasa) dan al-Awwal52

sebelum setiap sesuatu, al-Akhir53 selepas setiap sesuatu

(musnah binasa).

Bahawasanya adalah Dia (wujud) tanpa waktu dan

masa, tanpa malam serta siang, tanpa kegelapan serta

cahaya, tanpa langit serta bumi, tanpa matahari serta

bulan dan bintang. Bahawasanya setiap sesuatu selainNya

adalah baharu yang ditadbir lagi diciptakan. Bersendirian

(Allah) dalam menciptakan kesemuanya tanpa sekutu

begitu juga penolong mahupun sandaran”54.

9: Al-Zajjaj, Ibrahim Bin al-Sariy rahimahullah (311h) yang merupakan seorang ulama

bahasa yang masyhur berkata ketika menerangkan makna al-A’liyyu bagi Allah yang

bermaksud ketinggian:

“Tidak semestinya dibawa (maksud) kalimat al-u’lu

sebagai ketinggian tempat, setelah kami terangkan bahawa

(makna) demikian tidak harus pada sifat Allah yang Maha

suci, begitu juga tidak harus menjadikan Dia boleh

digambarkan dengan fikiran, Maha Suci Allah dari

demikian Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar” 55.

Beliau berkata lagi:

“Allah Taala Tinggi di atas setiap sesuatu, dan tidaklah

bermaksud dengan u’lu (tinggi) sebagai tinggi tempat

(berada) kerana Allah Taala Maha Suci dari bertempat. 52 Al-Awwal ialah Yang Pertama, wujud tanpa mula atau tanpa diciptakan.53 Al-Akhir ialah Yang Terakhir, tetap wujud tanpa binasa.54 Opcit, al-Tabari, 1 /26.55 Tafsir Asmak Allah al-Husna, Al-Zajjaj ms: 48.

Page 23: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Yang dikatakan u’lu itu adalah ketinggian kedudukan serta

ketinggian pemerintahan / kekuasaan”56.

10: Imam Abu Ja’far, Ahmad Bin Salamah al-Thahawi al-Hanafi rahimahullah (321h)

berkata dalam risalah akidahnya yang masyhur iaitu Al-Akidah al-Tahawiyyah:

“Taala (iaitu Allah) dari al-hudud (sempadan),al-ghayat

(penghabisan), al-arkan (sudut-sudut), al-a’dok (anggota-

anggota yang besar) serta al-adawat (anggota-anggota

yang kecil), tidak dilingkungi oleh arah yang enam57 seperti

sekelian makhluk”.

Imam al-Thahawi dalam risalah tersebut menegaskan bahawa Allah sama sekali

tidak seperti makhluk. Oleh itu, beliau menyucikan Allah dari bersifat makhluk seperti

bersempadan dan penghabisan. Ini kerana semua makhluk Allah adalah berjisim dan

jisim tersebut mempunyai sifat tertentu yang diistilahkan oleh ulama kalam sebagai al-

a’rod. Jadi kesemua jisim ini dan sifatnya mempunyai sempadan ataupun pengakhiran,

sedangkan Allah bukanlah berjisim.

Beliau juga mengatakan Allah tidak beranggota besar mahupun kecil. Ini

menafikan akidah golongan yang menyamakan Allah dengan makhlukNya yang bertubuh

badan dan sebagainya. Golongan demikian disebut dalam kitab-kitab tauhid dan mazhab

sebagai golongan al-musyabbihah al-mujassimah. Akidah Ahli Sunnah seperti yang

dinyatakan oleh beliau menafikan Allah dari berjisim serta sifat jisim.

Kalimat yang terakhir yang beliau ungkapkan ialah menafikan Allah dari bersudut

atau arah. Ini merupakan penafian dalam menyucikan Allah yang amat jelas bagi

menolak dakwaan golongan al-Wahhabiyyah yang mengatakan tuhan di atas langit.

Golongan ini mengharuskan menyoal persoalan “Aina Allah (Di manakah Allah?)”.

Perkara ini tidak dapat di selindung kerana mereka yang bertugas sebagai penemuduga

56 Ibid, ms: 48.57 Arah yang enam iaitu: atas dan bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang. Semuanya ciptaan Allah.

Page 24: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

untuk mengambil pelajar dari Malaysia untuk ditaja ke Arab Saudi bagi meneruskan

pembelajaran akan ditemuduga dengan soalan ini, waliyazubillah.

Ketahuilah bahawa Akidah al-Thahawiyyah ini merupakan pegangan Ahli Sunnah

Wal Jamaah yang sebenarnya seperti yang disebutkan sendiri oleh beliau sebelum

memulakan risalah akidahnya dengan katanya:

“Ini menyebutkan bagi menerangkan akidah Ahli Sunnah

Wal Jamaah mengikut Mazhab Abu Hanifah al-Nu’man al-

Sabit al-Kufi……”.

Imam al-Thahawi sendiri merupakan seorang salaf, tergolong di kalangan ulama

hadis dan bermazhab Hanafi dalam fekah. Akidah beliau dipelajari di seluruk pelusuk

dunia islam zaman berzaman kecualilah bagi golongan al-musyabbihah. Walaupun

demikian, akidah ini telah pun dihuraikan oleh seorang yang bermazhab mereka iaitu al-

I’z al-Hanafi seperti yang diterangkan. Berhati-hatilah dengan huraian dari kitab tersebut.

11: Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tidak dapat disangsikan lagi iaitu Abu al-Hasan

al-Asy’ari Rahimahullah (324h) pengasas Mazhab al-Asya’irah berkata:

“Adalah Allah (azali) tanpa tempat, lalu diciptakan Arasy

dan Kursi. Dia tidak berhajat kepada tempat dan selepas

menciptakan tempat, Dia tetap dalam keadaanNya sebelum

menciptakannya (tempat)”58.

Beliau berkata lagi:

“Mengenai al-harakah (pergerakan) dan al-sukun

(diam) dan perbincangan mengenainya, asal keduanya

(iaitu penafian) ada di dalam al-Quran dan keduanya dalil

kepada tauhid. Demikian juga al-ijtima’(penggabungan)

dan al-iftiraq (perceraian).

58 Dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn A’sakir dalam Tabyin Kazib al-Muftari, ms: 150.

Page 25: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Allah Taala mengkhabarkan berkenaan KhalilNya

Nabi Ibrahim Alaihis Salam Salawatullahi Alaihi Wa

Salamuhu (( Tetapi tatkala (bintang) itu tenggelam,

baginda berkata: Saya tidak suka kepada yang

tenggelam)) Al-An’am: 76. dalam kisah tenggelamnya

bintang-bintang, matahari serta bulan dan pergerakannya

dari satu tempat kepada tempat yang lain menunjukkan

bahawa tuhannya (Allah) tidak harus bagiNya sesuatupun

dari (sifat-sifat) demikian. Bahawasanya sesiapa yang

harus baginya tenggelam59 dan berubah dari satu tempat

ke tempat yang lain bukanlahlah (tuhan)”60.

Berkenaan imam yang agung ini, golongan al-musyabbihah mengambil

kesempatan dengan mengatakan di akhir hayat beliau, beliau telah rujuk kembali kepada

aliran salaf yang tidak menakwilkan ayat serta hadis sifat. Mereka juga mendakwa

karangan beliau yang terakhir adalah kitab yang berjudul al-Ibanah Fi Usul al-Diyanah

yang merupakan akidah aliran salaf.

Kesemua tersebut tidak benar sama sekali dan untuk mengetahui lebih lanjut,

rujuklah buku karangan al-Hafiz Ibn A’sakir yang dikarang khas bagi mempertahankan

imam Ahli Sunnah yang agung ini. Ibn A’sakir ini digelar sebagai ahfaz al-huffaz iaitu

yang paling hafiz61 antara hafiz di zaman beliau. Buku beliau tersebut berjudul Tabyin

Kazib al-Muftari Fi Ma Nusiba Ila al-Imam Abi al-Hasan al-Asy’ari.

12: Imam Ahli Sunnah Abu Mansur al-Maturidi Rahimahullah (333h) yang merupakan

pengasas Mazhab al-Maturidiyyah berkata:

“Sesungguhnya Allah Taala adalah Dia (wujud azali)

tanpa tempat, harus ketinggian tempat-tempat dalam

keadaan Dia kekal seperti mana dulu (tanpa bertempat), 59 Iaitu sekejap muncul dan tidak.60 Lihat risalah beliau; Istihsan al-Khaud Fi Ilmi al-Kalam, ms: 40.61 Hafiz ialah gelaran yang diberikan kepada ulama hadis yang menghafaz hadis lebih dari seratus ribu, sanadnya dan lain-lain yang berkaitan. Rujuk buku-buku mustalah hadis untuk lebih lanjut.

Page 26: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

maka Dia berada dalam keadaanNya yang lalu dan adalah

sekarang dalam keadaanNya yang lalu (tidak bertempat),

suci dari berubah dan luput”62.

Abu Mansur al-Maturidi dalam menafikan tempat dan sudut bagi Allah berkata

lagi:

“Berkenaan mengangkat tangan-tangan ke langit

merupakan ibadat. Bagi Allah, seseorang hamba itu

beribadat kepadaNya dengan apa (cara) yang Dia

kehendaki, Dia mengadapkan mereka kearah yang Dia

kehendaki.

Sekiranya seseorang menyangkakan bahawa

mengangkat pandangan ke langit kerana Allah di arah

yang dia hadapkan, samalah seperti sangkaan bagi sesiapa

yang menyangka bahawa Dia di arah bawah bumi dengan

sebab dia meletakkan wajahnya di atasnya, mengadap

dalam solat dan seumpamanya.

Seperti juga sangkaan bagi orang yang

menyangkakan bahawa Dia di timur bumi atau barat oleh

kerana mengadap ke arah demikian dalam solat, ataupun

di Mekah kerana dia keluar menunaikan haji, Maha Suci

Allah dari bersifat demikian”63.

13: Al-Hafiz Muhammad Bin Hibban rahimahullah (354h) yang merupakan penyusun

hadis yang masyhur sebagai Sahih Ibn Hibban berkata:

“Alhamdulillah yang tiada bagiNya had (batasan

sempadan) lalu dikepungi, tiadalah bagiNya ajal yang

ditentukan lalu binasa, tidaklah diliputi denganNYa semua

62 Kitab al-Tauhid, al-Maturidi, ms: 69.63 Ibid, ms: 75-76.

Page 27: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

tempat dan tidaklah terkandung bagiNya perjalanan

masa”64.

Beliau berkata lagi:

“Adalah (Allah) tiada zaman dan tiada tempat”65.

Kata beliau lagi:

“Demikian juga Dia turun (iaitu Allah) tanpa alat, tanpa

pergerakan, tanpa perpindahan dari tempat ke tempat”66.

14: Abu Osman al-Maghribi Said Bin Salam rahimahullah (373h). Beliau merupakan

seorang tokoh sufi67. Abu al-Qasim al-Qusyairi dalam al-Risalah al-Qusyairiyyah68

menukilkan bahawa pada satu hari, Said Bin Salam pernah bertanyakan kepada

khadamnya Muhammad Bin al-Mahbub dengan persoalan:

“Wahai Muhammad, sekiranya bertanya kepadamu

seseorang di manakah tuhan kamu? Apakah yang akan

kamu jawab? Kata (Muhammad): Aku berkata dimana Dia

dalam keadaan sediakala (azali). Berkata (Said):

Sekiranya pula ditanyakan dimanakah Dia semasa azali?

Apa kamu akan jawab? Kata (Muhammad): Aku katakan

dalam keadaan Dia sekarang. Iaitu seperti mana Dia ada

(azali) tanpa tempat maka Dia sekarang pun seperti dahulu

(tidak bertempat). Kata (Muhammad): Lalu (Said) reda

dengan (jawapan)ku dan memberikan jubahnya

kepadaku”.

Imam al-Qusyairi menceritakan lagi berkenaan Said Bin Salam ini:

64 Lihat Kitab al-Siqat, Ib Hibban, 1 / 1.65 Al-Ihsan Bi Tartibi Sahih Ibn Hibban, 4 / 8.66 Ibid, 2 / 136.67 Beliau seperti yang disebutkan oleh al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, 9 / 112; merupakan salah seorang tokoh sufi, banyak diceritakan mengenai peribadinya yang mulia dan keramatnya.68 Opcit, al-Qusyairi, ms: 5.

Page 28: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Aku telah mendengar Imam Abu Bakar Bin Furok

Rahimahullah berkata: Aku telah mendengar Abu Osman

al-Maghribi berkata: Aku dahulunya beriktikad sesuatu

berkenaan hadis al-jihah, ketika mana aku memasuki

Baghdad hilanglah demikian dari hatiku. Lalu aku tuliskan

kepada sahabat-sahabat kami di Mekah: Sesungguhnya

aku telah islam kembali sekarang islam yang baru”69.

15: Syaikh Abu Bakar Muhammad Bin Ishaq al-Kalabizi al-Hanafi rahimahullah (380h)

berkata ketika menerangkan mengenai akidah sufi:

“Ahli-ahli sufi berijmak bahawa Allah Taala tidak

dikepungi oleh tempat dan tidak juga beredar oleh

peredaran zaman”70.

16: Syaikh Abu Sulaiman al-Khatabi rahimahullah (388h), pengarang Maa’lim al-Sunan

berkata:

“Bukanlah perkataan kaum muslimin bahawa Allah di atas

Arasy bermakna Dia bersentuhan atau memerlukannya

atau perlukan ruang pada sudut dari sudut-sudutnya (yang

tertentu)….71”.

Kata Abu Sulaiman ini bermakna, Allah Taala mengkhabarkan kepada kita

melalui nas al-Quran bahawa Dia di atas Arasy istawa, lalu kita sifatkan Dia demikian

tanpa mentakyifkanNya sebagaimana makhluk seperti bersentuhan, perlukan tempat,

duduk dan sebagainya seperti yang telah di terangkan.

17: Syaikh Abu Abdullah al-Husain Bin al-Hasan al-Halimi al-Syafii rahimahullah

(403h) berkata:

69 Opcit, al-Qusyairi, ms: 5.70 Al-Taa’ruf Li Mazhab Ahli al-Tasawwuf, al-Kalabazi, ms: 33.71 A’lam al-Hadis, al-Khattabi, Kitab Bad’u al-Khalq, 2 / 1474.

Page 29: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Berkenaan menyucikan Allah dari tasybih dengan

menetapkan bahawa Dia bukanlah jauhar begitu juga

bukan arad. Kerana sesungguhnya terdapat kaum yang

sesat dari jalan kebenaran lalu menyifatkan Allah Yang

Maha Mulia lagi Maha Terpuji dengan sebahagian sifat-

sifat makhluk.

Sebahagian mereka ini berkata: Dia (Allah) adalah

jauhar, sebahagian yang lain pula berkata: Sesungguhnya

Dia jisim. Sebahagian yang lain mengharuskan bahawa

Dia berada di atas Arasy seperti mana Raja di atas

singgah sananya. Demikian itu mewajibkan kufur bagi

yang berkata demikian seperti (golongan) ta’til dan syirik.

Apabila seseorang yang percaya menetapkan

bahawa Dia (Allah) tidak ada seumpamaNya daripada

sesuatu, himpunan dari semua itu menetapkan bahawa Dia

bukanlah jauhar begitu juga a’rad, lalu ternafilah tasybih.

Kerana sekiranya Dia jauhar atau a’rad, sudah

pasti harus bagiNya apa yang harus bagi segala jauhar

dan a’rad. Sekiranya Dia bukan jauhar mahupun a’rad,

tidak boleh bagiNya apa yang boleh bagi segala jauhar

berdasarkan ianya jauhar seperti penggabungan

percantuman, berjisim, perlukan ruang, pergerakan dan

diam. Begitu juga (tidak harus bagi Allah) apa yang harus

bagi a’rad berdasarkan ianya a’rad seperti baharu dan

tidak kekal”72.

18: Qadi Abu Bakar Muhammad al-Baqillani al-Maliki al-Asya’ri rahimahullah (403h).

Beliau disifatkan oleh Abu al-Fadl al-Tamimi73 sebagai Nasir al-Sunnah dan Imam al-

Muslimin yang menguatkan syariah menentang golongan yang merosakkan agama.

Beliau berkata:

72 Al-Minhaj Fi Syu’bi al-Iman, al-Halimi, 1 / 184.73 Lihat kalam beliau dalam Tabyin Kazib al-Muftari oleh Ibn A’sakir, ms: 221.

Page 30: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Kami tidak berkata sesungguhnya Arasy bagiNya (Allah)

menetap dan Dia bertempat, kerana sesungguhnya Allah

Taala adalah Dia (wujud azali) tanpa bertempat, lalu

selepas menciptakan tempat, Dia tidak berubah daripada

keadaanNya (yang azali)”74.

Beliau berkata lagi:

“ Wajib diketahui bahawa setiap apa yang menunjukkan

kepada yang baharu atau merupakan kekurangan maka

tuhan Maha Suci daripada perkara tersebut, antaranya:

Allah Taala terpelihara dari dikhususkan dengan sudut

sudut (tertentu), (terpelihara) dari bersifat dengan sifat-

sifat makhluk, demikian juga tidak bersifat dengan berubah

dan berpindah, berdiri dan duduk, kerana firman Allah

Taala ((Tiadalah sesuatupun menyerupai Dia )) Surah al-

Syura: 11” 75.

19: Imam Abu Mansur Abdul Qahir Bin Tahir al-Tamimi al-Baghdadi rahimahullah

(429h) berkata:

“ Mereka telah berijmak (iaitu ahli al-sunnah) bahawa Dia

(Allah) tidak diliputi oleh tempat dan tidak beredar oleh

peredaran zaman”76.

20: Abu Muhammad Ali Bin Ahmad yang lebih terkenal sebagai Ibn Hazim al-Zahiri

(456h) berkata:

“Sesungguhnya Allah Taala tidak bertempat dan tidak

berzaman, bahkan Dia (Allah) Taala pencipta zaman-

zaman dan tempat-tempat”77.

74 Al-Insaf Fi Ma Yajibu I’tiqaduhu Wa La Yajuzu al-Jahlu Bihi, al-Baqillani, ms: 65.75 Ibid, ms: 64.76 Al-Farqu Baina al-Firaq, ms: 333.77 Lihat kitab beliau Ilmu al-Kalam, Mas,alah Fi Nafyi al Makan A’ni Allah Taala, ms: 65.

Page 31: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Sambung beliau lagi:

“Adalah zaman dan tempat keduanya makhluk,

sesungguhnya adalah (Allah) Taala sebelum keduanya

lagi. Adapun tempat ianya bagi jisim-jisim”78.

Ibn Hazim al-Zahiri merupakan seorang ulama yang ditentang oleh ulama Ahli

Sunnah kerana banyak fatwa-fatwa beliau yang ganjil dan menyalahi Ahli Sunnah. Beliau

terkenal kerana menolak konsep al-Qiyas dalam berijtihad dan hanya mengambil secara

zahir sahaja. Meski pun begitu, beliau tidak pula mengambil secara zahir atau literal

terhadap ayat-ayat yang mutasyabihat seperti yang dipegangi oleh golongan al-

musyabbihah yang sesat.

21: Al-Hafiz Abu Bakar Ahmad Bin Husain al-Baihaqi al-Syafii rahimahullah (458h)

berkata:

“Yang diriwayatkan pada akhir hadis ini menunjukkan

kepada penafian tempat bagi Allah Taala. Sesungguhnya

seseorang hamba di mana sekalipun dia berada maka dia

dalam keadaan dekat dan jauh daripada Allah Taala

adalah sama. Sesungguhnya Allah Taala al-Zahir, boleh

mengetahuiNya dengan dalil-dalil. Al-Batin yang tidak

boleh mengetahuiNya seperti keadaanNya bertempat.

Oleh itu berdalilkan sebahagian sahabat-sahabat

kami dalam menafikan tempat bagi Allah dengan sabda

Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam: “Dikaulah al-Zahir

maka tiadalah di atas kamu sesuatu, dan Dikaulah al-Batin

yang tiada di bawah kamu sesuatu”. Apabila tiada

bagiNya atas dan bawah sesuatu, maka tiadalah Dia

bertempat”79.

78 Ibid, ms: 65.79 Lihat al-Asma Wa al-Sifat, ms: 400.

Page 32: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Di sini Imam al-Baihaqi menerangkan bahawa sebahagian ulama Ahli Sunnah

dalam Mazhab al-Asya’iroh menafikan tempat bagi Allah Taala berdasarkan hadis

tersebut.

22: Abu al-Qasim Abdul Karim al-Qusyairi rahimahullah (465h) dalam risalahnya yang

masyhur; al-Risalah al-Qusyairiyyah80 berkata ketika menerangkan mengenai akidah

sufi:

“Fasal ini menerangkan akidah-akidah mereka dalam

masalah-masalah tauhid. Kami sebutkannya mengikut

tertib. Telah berkata syaikh tarikat ini mengikut apa yang

ditunjukkan dari kalam-kalam mereka yang pelbagai dan

keseluruhannya serta karangan-karangan mereka dalam

tauhid, sesungguhnya al-Haq Subhanahu Wa Taala maujud

Qadim tidak serupa sesuatu dari makhluk-makhluk, bukan

berjisim, bukan jauhar serta a’rad, begitu juga bukan sifat-

sifat a’rad, tidak tergambar oleh sangkaan, tidak tercapai

oleh akal, tiada bagiNya sudut dan tempat, tidak berlalu

bagiNya oleh peredaran waktu dan zaman”.

23: Abu al-Muzaffar al-Isfarayini al-Asy’ari rahimahullah (471h) berkata:

“Bab kelima belas yang menerangkan iktikad ahli Sunnah

Wal Jamaah: Hendaklah kamu ketahui bahawa setiap apa

yang menunjukkan kepada sesuatu itu baharu daripada al-

had (batasan sempadan), al-nihayah (penghabisan), al-

makan (tempat), al-jihah (arah), al-sukun (diam), al-

harakah (pergerakan), maka ianya mustahil bagiNya

Subhanahu Wa Taala. Ini kerana apa yang tidak baharu

(iaitu Allah azali abadi) tidak harus bagiNya apa yang

menunjukkan kepada al-hudus (baharu)”81.

80 Opcit, al-Qusyairi, ms: 7.81 Al-Tabsir Fi al-Din, al-Isfarayini, ms: 161.

Page 33: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

24: Imam Abu Ishaq al-Syirazi al-Syafi’i al-Asya’ri rahimahullah (476h) dalam

akidahnya82 menerangkan:

“Sesungguhnya istiwaNya (Allah) bukanlah istiqrar

(menetap) mahupun mulasaqah (bersentuh) kerana istiqrar

dan mulasaqah sifat jisim-jisim yang makhluk. Sedangkan

tuhan Azzawajalla qadim azali, maka menunjukkan

bahawa Dia adalah (azali) tanpa tempat kemudian

menciptakan tempat dan Dia tetap dalam keadaanNya

(azali tidak bertempat).”

25: Imam al-Haramain Abu al-Maa’li Abdul Malik Bin Abdullah al-Juwaini al-Asya’ri

rahimahullah (478h) berkata:

“Al-Bari (Allah) Subhanahu Wa Taala Qaim Bi Nafsihi

(Maha Kaya dari sekelian makhlukNya), Maha Tinggi dari

iftiqar (berhajat) kepada tempat untuk berada”83.

Kata beliau lagi:

“Mazhab ahli haq kesemuanya mengatakan Allah

Subhanahu Wa Taala Maha Suci dari al-tahayyuz

(perlukan ruang) dan al-takhosus bi al-jihat (tertentu oleh

arah-arah)”84.

Kata-kata Imam al-Haramain al-Juwaini yang menukilkan ijmak ini jelas

dan tegas menafikan Allah tertentu kedudukannya di arah atas seperti yang diisbatkan

oleh al-musyabbihah.

26: Abu Said al-Mutawalli al Syafii al-Asya’ri rahimahullah (478h) yang merupakan

salah seorang ashab al-wujuh dalam Mazhab al-Syafii berkata:

82 Lihat akidah beliau dalam mukadimah kitabnya Syarah al-Luma’, 1 /101.83 Al-Irsyad Ila Qawati’ al-Adillah, al-Juwaini, ms: 53.84 Ibid, ms: 58.

Page 34: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Telah sabit dengan dalil bahawa tidak boleh menyifatkan

zatNya dengan yang baharu, kerana jauhar perlukan ruang

sedangkan al-Haq Taala tidak boleh Dia berkeadaan

memerlukan ruang”85.

Kata beliau lagi:

“ Tujuan fasal ini ialah menafikan-Allah-berhajat kepada

tempat dan arah, berlainan dengan al-Karamiyyah dan al-

Hasyawiyyah di mana mereka berkata: Sesungguhnya

Allah di arah atas”86.

27: Syaikh Abu Hamid Muhammad Bin al-Ghazali al-Syafii al-Asya’ri rahimahullah

(505h) yang terkenal dalam Mazhab al-Syafii dan masyhur dengan kitab Ihyak Ulum

al-Din berkata:

“Maha Tinggi-iaitu Allah-dari diliputi oleh tempat seperti

mana dia suci dari di sempadani oleh masa. Bahkan Dia

(wujud) sebelum menciptakan masa dan tempat. Oleh itu

Dia sekarang seperti mana dahulu (azali abadi tanpa

bertempat dan masa)”87.

Imam al-Ghazali Rahimahullah berkata lagi:

“Asal yang ke tujuh: ilmu bahawa Allah Taala

Maha Suci zatNya dari dikhususkan dengan arah-arah.

Sesungguhnya arah berlaku dalam keadaan atas, bawah,

kanan, kiri, hadapan atau belakang. Arah-arah ini Dialah

yang menjadikannya dan mewujudkannya dengan

perantaraan penciptaan manusia, di mana dijadikan

baginya dua arah. Salah satunya yang tertumpu pada bumi

85 Al-Ghunyah Fi Usul al-Din, ms: 83.86 Ibid, ms: 73.87 Lihat Ihyak Ulum al-Din, Kitab Qawaid al-Aqa’id, al-Faslu al-Awal, 1 / 108.

Page 35: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

dinamakan kaki dan yang lain yang bertentangan

dinamakan kepala.

Lalu terjadilah nama “atas” bagi yang

bertentangan sudut kepala dan nama “bawah” bagi yang

bertentangan sudut kaki. Sehinggakan semut yang merayap

secara terbalik di bawah bumbung tertukar, sudut atas

bagi dirinya adalah bawah biar pun bagi kita ianya sudut

atas88.

Dan (Allah) menciptakan bagi manusia dua tangan,

salah satunya lebih kuat dari sebelah lagi secara

kebiasaannya, lalu terbitlah nama yamin (kanan) bagi

yang kuat dan nama syimal (kiri) bagi yang

bertentangannya. Lalu dinamakan yang bertentangan

dengan arah yamin sebagai yamin dan yang lain syimal.

Dan (Allah) jadikan dua arah, dapat melihat dari

salah satunya dan bergerak menuju kearahnya lalu

timbullah nama hadapan bagi arah yang kita tuju padanya

dengan pergerakan dan nama belakang bagi (arah) yang

berlawanan. Oleh itu, arah-arah tersebut adalah baharu

dengan baharunya manusia89.

Selanjutnya Imam al-Ghazali menegaskan:

“Maka bagaimanakah adalah (Allah) yang azali

dikhususkan dengan arah sedangkan arah adalah baharu?

Atau bagaimanakah boleh menjadi dikhususkan dengan

arah selepas tiada pun sebelum itu bagiNya (arah)?90.

88 Iaitu kita mendongak melihat semut di atas lalu kita kata semut di bahagian atas dan kita di bawah, bagi semut pula yang berada di siling atau pun bumbung, baginya adalah bawah dan ia melihat kita sebagai berada di atas.89 Lihat Ihyak Ulum al-Din, Kitab Qawaid al-Aqa’id, al-Faslu al-Thalis, 1 / 128.90 Ibid.

Page 36: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

28: Syaikh Abu al-Mu’in Maimun Bin Muhammad al-Nasafi rahimahullah (508h)

berkata:

“Pandangan mengenai tempat (iaitu mengatakan Allah

bertempat) menafikan tauhid”91.

Tegas beliau lagi dalam kata-katanya yang lain:

“Sesungguhnya kami telah menetapkan dengan

berdasarkan ayat-ayat yang muhkamat yang langsung

tidak menerima pentakwilan dan dengan dalil-dalil akal

yang tiada ruang untuk takwil bahawa memungkinkan

(Allah) berada pada tempat tertentu atau tempat-tempat

semuanya mustahil”92.

29: Syaikh Abu Nasr Abdul Rahim Bin Abdul Karim yang lebih dikenali sebagai Ibn al-

Qhusyairi rahimahullah (514h) berkata:

“ Maka Tuhan, oleh itu bersifat dengan ketinggian dan

atas dari sudut kedudukan dan kebesaran, terpelihara

keadaanNya dari memerlukan tempat”93.

Syaikh Abu Nasr ini disifatkan oleh al-Hafiz Abdul Razzaq sebagai imam al-

a’immah94.

30: Al-Qadhi Abu al-Walid Muhammad Bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Ibn

Rusyd al-Jadd al-Maliki rahimahullah (520h) berkata:

“Bukanlah (Allah) berada di tempat, maka sesungguhnya

Dia (wujud) sebelum Dia menciptakan tempat”.

Kata beliau ini dimuatkan oleh Ibn al-Hajj al-Maliki dalam kitabnya al-

Madkhal95.

91 Tabsiratu al-Adillah, al-Nasafi 1 / 171.92 Opcit, 1 / 182.93 Opcit, Murtadha al-Zabidi, 2 / 108.94 Dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn A’sakir dalam Tabyin al-Kazib al-Muftari.95 Al-Madkhal, Ibn al-Hajj, Faslun Fi al-Isytighal Bi al-Ilmi Yaum al-Jum’ah, 2 / 149.

Page 37: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Seterusnya Ibn Rusyd al-Jadd al-Maliki berkata lagi:

“Maka tidak dikatakan aina (di mana) begitu juga Kaif

(keadaanNya) dan tidak dikata mata (bila) kerana Dialah

pencipta zaman dan tempat”96.

Dalam penegasan beliau yang lain, beliau berkata:

“Dan idhafahnya (iaitu menyandarkan Arasy) kepada

Allah Taala merupakan atas makna al-tasyrif (kemuliaan)

baginya, seperti mana dikatakan: Baitullah dan Haramnya.

Bukanlah bermakna ia tempat bagiNya dan tempat Dia

berada menetap”97.

31: Syaikh Muhammad Bin Abdul Karim al-Syahrustani al-Syafii rahimahullah (548h)

berkata:

“Maka mazhab ahlul haq (mengatakan) bahawa Allah

Subhanah tidak menyerupai sesuatu dari makhluk-makhluk

dan makhluk tidak menyerupaiNya dari sudut apa pun dari

sudut persamaan dan perserupaan ((Tiadalah sesuatupun

menyerupai Dia (Allah) dan Dialah yang Maha

mendengar lagi Maha Melihat))Surah al-Syura: 11. Maka

tiadalah al-Bari Subhanah jauhar dan bukanlah jisim,

bukan a’rad dan tidak (berada) di tempat mahupun

masa”98.

32: Al-Hafiz Abu al-Qasim Ali Bin al-Hasan Bin Hibatullah yang terkenal sebagai Ibn

A’sakir al-Dimasyqi rahimahullah (571h) dalam menerangkan akidah Abu al-Hasan al-

Asy’ari menukilkan dari al-Qadi Abu al-Ma’ali Bin Abdul Malik sebagai berkata:

96 Ibid, Nasaih al-Muriid, 3 / 181.97 Ibid, Faslun Fi al-Isytighal Bi al-Ilmi Yaum al-Jum’ah, 2 / 149.98 Nihayah al-Aqdam, al-Syahrustani, ms: 103.

Page 38: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Telah berkata al-Najjariyyah: Sesungguhnya al-Bari

Subhanah (berada) di setiap tempat tanpa menjelma dan

tanpa sudut. Al-Hasyawiyyah dan al-Mujassimah pula

berkata: Sesungguhnya Subhanah menjelma di Arasy dan

sesungguhnya Arasy tempat bagiNya dan Dia duduk di

atasnya. Lalu (Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari) menyusuri

jalan pertengahan di antara keduanya dengan katanya:

Adalah (Allah wujud) tanpa tempat lalu menjadikan Arasy

dan Kursi dan tidak memerlukan tempat, dan dia selepas

menciptakan tempat berkeadaan seperti mana (Dia wujud)

sebelum kejadianNya”99.

33: Syaikh imam ahli sufi al-arif billah Sayyid Ahmad al-Rifa’i al-Syafii al-Asy’ari

rahimahullah (578h) berkata:

“Bersihkanlah akidah-akidah kamu dari mentafsirkan

makna al-istiwak pada hak Allah Taala sebagai al-istiqrar

(menetap,bertempat) seperti istiwak yang berjisim di atas

jisim100 yang semestinya menunjukkan berada (di tempat),

Maha Tinggi Allah dari demikian.

Dan jangan sekali-kali berkata dengan perkataan

al-fauqiyyah (atas) dan al-sufliyyah (bawah) dan al-makan

(tempat) dan al-yad (tangan), al-ain (mata) yang

beranggota, dan al-nuzul (turun), al-ityan (datang) dan al-

intiqal (berpindah), maka sesungguhnya setiap yang

tersebut dalam kitab dan sunnah yang secara zahirnya

menunjukkan seperti mana yang disebutkan,maka

sesungguhnya telah datang dalam kitab dan sunnah

seumpamanya yang menguatkan maksud yang sebenar”101.

99 Tabyin Kazib al-Muftari, Ibn A’sakir, ms: 150.100 Seperti bersemayam seseorang sultan di atas singgah sananya.101 Al-Burhan al-Muayyad, al-Rifa’i, ms: 17-18.

Page 39: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Beliau berkata lagi:

“Telah berkata Imam Abu Hanifah Radiyallahu Anhu:

Barang sesiapa berkata: “aku tidak mengetahui adakah

Allah di langit atau adakah Dia di bumi? Sesungguhnya

dia telah kafir”. Kerana kenyataan ini satu sangkaan

bahawa bagi al-Haq (Allah) tempat, barang sesiapa

menyangka bahawa bagi al-Haq tempat maka dia seorang

musyabbih”102.

Kata beliau lagi:

“Kemuncak mengenali Allah ialah dengan sepenuh

keyakinan dengan kewujudanNya Taala tanpa kaif dan

tanpa tempat”103.

Beliau menyebutkan lagi yang dalam masa yang sama menafikan akidah al-hulul

dan ittihad yang menjadi akidah golongan tasauwwuf yang menyeleweng:

“Sesungguhnya (Allah) tidak menjelma dalam sesuatu dan

tidak sesuatu itu pula menjelma padaNya. Maha Tinggi

(Allah) dari diliputi oleh tempat seperti mana Maha Suci

dari di sempadani oleh zaman, bahkan adalah Dia (azali)

sebelum menjadikan zaman dan tempat, dan Dia sekarang

seperti mana keadaanNya yang lalu (azali tanpa bertempat

dan zaman)”104.

34: Iktikad ini merupakan iktikad yang di pegangi oleh Sultan Solahuddin al-Ayyubi

Rahimahullah (589h). Seperti mana yang disebutkan oleh ahli sejarah bahawa beliau

“Bermazhab al-Syafii’, beriktikad Asy’ari”. Beliau banyak mengambil berat mengenai

penyebaran akidah Imam al-Asy’ari rahimahullah.

102 Ibid, ms: 18.103 Lihat kitab Hikam al-Syaikh Ahmad al-Rifai’ al-Kabir, al-Rifai’, ms: 35-36.104 Ijabah al-Dai’ Ila Bayan Iktikad al-Imam al-Rifai’, ms: 44.

Page 40: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Imam al-Suyuti menyebutkan:

“Ketika Solahuddin Bin Ayyub memegang tampuk

pemerintahan urusan orang-orang islam, pada waktu

subuh beliau memerintahkan mereka melaungkan dengan

menyebut akidah al-Asy’ariyyah. Lalu ditugaskan tukang-

tukang azan menyebutkannya setiap malam sehinggalah

waktu kami sekarang( iaitu sehinggalah waktu Imam al-

Suyuti hidup)”105.

Syaikh Muhammad Bin A’llan al-Siddiqi al-Syafi’i pula berkata:

“Ketika Solahuddin Bin Ayyub memegang tampuk

pemerintahan, beliau mengembeling manusia kepada

akidah Mazhab al-Asy’ari. Beliau mengarahkan tukang-

tukang azan melaungkan pada waktu subuh dengan

menyebutkan akidah Asy’ariyyah yang di kenali sebagai al-

Mursyidiyyah. Maka berterusanlah menyebutkannya di

setiap malam”106.

Oleh kerana di sebabkan Solahuddin al-Ayyubi bersungguh-sungguh mengambil

berat terhadap akidah Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari ini, Syaikh Muhammad Bin

Hibatullah telah mengarang satu risalah dalam akidah al-Asy’ari yang dinamakan sebagai

“Hada’iq al-Fusul Wa Jawahir al-Usul”. Selepas itu, risalah tersebut di hadiahkan

kepada baginda sultan lalu diterima dengan baik. Baginda sultan memerintahkan supaya

mengajarkan akidah tersebut termasuklah kanak-kanak di sekolah rendah. Seterusnya

risalah akidah tersebut lebih dikenali sebagai “Akidah al-Solahiyyah”.

Perkara ini tidak menghairankan kerana baginda sultan merupakan seorang yang

sejak kecil lagi dididik dan diasuh dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu akidah

al-Asya’iroh. Kesinambungan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan sultan-

sultan yang lain dalam Bani Ayyub, seterusnya sehingga ke zaman kesultanan al-

105 Al-Wasa’il Ila Musaamarah al-Awa’ail, al-Suyuti, ms: 15.106 Al-Futuhat al-Rabbaniyyah, Ibn A’llan, 2 / 113.

Page 41: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Mamalik dan bersambung ke zaman kesultanan Bani Osman sehinggalah sampai kepada

kita.

Oleh kerana akidah ini banyak membongkar akidah-akidah yang sesat dari

golongan al-mujassimah dan al-musyabbihah yang berselindung di sebalik nama Ahli

Sunnah, maka ulama Ahli Sunnah ini secara khususnya ulama tauhid dikecam sebagai

sesat oleh golongan tersebut. Sedangkan golongan tersebutlah yang sesat kerana

mengatakan serta menyifatkan Allah Taala dengan sifat-sifat makhluk seperti bertempat,

berubah, beranggota dan sebagainya yang memang di akui sesat.

Kita dapat melihat banyak contoh di mana golongan ini menyesatkan ulama Ahli

Sunnah, bahkan di sisi mereka adalah kafir. Antaranya, mereka ini ketika menyebutkan

golongan al-Jahmiyyah yang merupakan golongan yang menafikan Asmaullah berkata:

“Lalu diikuti demikian oleh sebahagian dari Muktazilah

dan al-Asya’iroh dan selain mereka. Oleh yang demikian

telah mengkafirkan mereka ini kebanyakan dari Ahli

Sunnah”107.

Kata-kata yang keji lagi dusta ini terhambur keluar dari mulut Abdul Rahman Bin

Hasan yang merupakan cucu kepada mengasas Mazhab Wahabi iaitu Muhammad Bin

Abdul Wahab dalam kitabnya Fath al-Majid. Buku dan kata-kata ini menjadi bukti

bahawa golongan Wahabi menyesatkan ulama islam dari kalangan yang bermazhab al-

Asya’iroh dan selain mereka. Golongan ini seolah-olah hendak menutupi hakikat sebenar

bahawa kebanyakan ulama hadis, tafsir, tajwid, fekah, bahasa dan sebagainya bermazhab

al-Asya’iroh selain yang bermazhab al-Maturidiyyah sejak zaman berzaman sebelum

kemunculan golongan Wahabi. Oleh yang demikian, siapakah Ahli Sunnah pada

tanggapan mereka? Apakah mereka yang baru muncul dalam dua kurun lalu layak

dikatakan sebagai Ahli Sunnah?

107 Lihat kitab Fath al-Majid, Bab Man Jahada Syai’an Min al-Asmak Wa al-Sifat, ms: 353

Page 42: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Bukan setakat itu sahaja, pendakwah-pendakwah Wahabi ini berterusan memaki

hamun ulama Ahli Sunnah seperti yang dilakukan oleh seorang pendakwah mereka yang

terkenal iaitu Soleh Bin al-Fauzan dengan katanya:

“Al-Asya’iroh dan al-Maturidiyyah telah bersalahan

daripada sahabat, tabiin dan a’immah yang empat dalam

kebanyakan masalah iktikad dan usuluddin. Maka mereka

tidak layak untuk digelar sebagai Ahli Sunnah Wal

Jamaah”108.

Seorang lagi pendakwah terkenal mereka juga yang bernama Muhammad Bin

Soleh al-U’saimin berkata ketika mana dikatakan kepadanya:

“Soalan: Al-Nawawi109 dan Ibn Hajar110 kita golongkan

kedua mereka sebagai selain Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Jawab U’saimin: Mengenai apa yang mereka lakukan

dalam al-Asmak dan al-sifat, kedua mereka bukan

golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Soalan: Secara mutlak

mereka berdua bukan golongan Ahli Sunnah? Jawab

U’saimin: Tidaklah secara mutlak”111.

Bagi golongan ini kita katakan kepada mereka bahawa, ulama Ahli Sunnah dari

Mazhab al-Asya’roh dan al-Maturidiyyah tersebar di seluruh pelusuk dunia. Merekalah

yang mengajar manusia erti akidah yang sebenar semenjak seribu seratus tahun lebih.

Tidak diketahui bilangan mereka yang sebenar melainkan Allah jua. Jika kita cuba

menghitung bilangan mereka ini melalui nama-nama mereka serta bidang-bidang yang

108 Lihat penulisannya yang diberi tajuk Min masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam Ibn Taimiyyah Wa Muhammad Bin Abdul Wahab, ms: 32. Buku ini dicetak dan disebarkan oleh Majlis Fatwa dan Dakwah, Arab Saudi dalam cetakan tahun 1408 hijrah. Ini menunjukkan kepada kita bahawa majlis tersebut merestui serta menyokong celaan terhadap ulama islam.109 Imam al-Nawawi merupakan salah seorang ulama yang agung dalam Mazhab al-Asyai’roh dan Mazhab al-Syafii. Beliau tergolong dalam ashab al-tarjih dalam Mazhab al-Syafii. Antara karangan beliau Syarah Sahih Muslim dan al-Majmuk.110 Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani merupakan ulama hadis yang agung, bermazhab al-Asyairah dalam akidah dan bermazhab Syafii dalam fekah. Antara karangan beliau yang masyhur ialah Syarah Sahih al-Bukhari.111 Lihat kitab Liqak al-Bab al-Maftuh, ms: 42.

Page 43: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

dikuasai oleh mereka seperti akidah, hadis, fekah, tafsir, bahasa, sejarah, qiraat,

tasauwwuf dan lain-lain, nescaya akan termuat dalam berjilid-jilid buku.

Sekiranya pula kita mengambil kenyataan golongan Wahabi ini dengan

menyesatkan setiap yang bermazhab al-Maturidi dan yang bermazhab al-Asya’iroh,

sudah pasti terputus sanad al-a’dalah112 antara kita dan di antara salafus soleh

sebagaimana yang didakwa oleh golongan Wahabi bahawa mereka ini berfahaman salaf.

Ini kerana selama berkurun-kurun kita mengambil syariat islam dari ulama-ulama

tersebut.

Kenyataan Wahabi ini yang menasabkan bahawa ulama Ahli Sunnah terdahulu

sebagai bukan Ahli Sunnah, sesat bahkan kafir, sudah tentu ulama Ahli Sunnah sekarang

lebih mudah bagi mereka di hukumkan sebagai sesat dan kafir. Ianya juga secara tidak

langsung menyatakan kepada kita bahawa Sultan Solahuddin al-Ayyubi yang bermazhab

al-Asya’iroh yang memperjuangkan islam serta menumpaskan kezaliman tergolong

dalam golongan ahli bid’ah yang sesat. Justeru itu kenyataan golongan Wahabi ini

merupakan celaan kepada Ahli Sunnah yang terdahulu mahupun yang terkemudian.

35: Imam al-hafiz al-mufassir Abdul Rahman Bin Ali yang lebih dikenali sebagai Ibn al-

Jauzi al-Hanbali rahimahullah (597h) berkata:

“Wajib ke atas kita beriktikad bahawa zat Allah Taala

tidak diliputi oleh tempat dan tidak di sifatkan sebagai al-

taghayyur (berubah) mahupun al-intiqal (berpindah-

pindah)”113.

Imam yang agung ini berkata lagi:

“Maka kamu dapati golongan-golongan (apabila)

mendengar khabar-khabar sifat (ayat atau hadis sifat)

membawakannya kepada apa yang boleh dicapai oleh

pancaindera seperti kata mereka: Dia (Allah) turun dengan

112 Al-A’dalah bermaksud adil. Iaitu agama islam diambil dari seseorang muslim yang betul keimanannya selain tidak melakukan dosa besar di samping tidak berterusan melakukan dosa yang kecil. 113 Lihat Daf’u Syibhu al-Tasybih, Ibn al-Jauzi, ms: 58.

Page 44: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

zatNya ke langit dan berpindah (dari atas Arasy ke langit

dunia). Ini merupakan kefahaman keji kerana (sesuatu)

yang berpindah, berlaku dari satu tempat ke satu tempat

yang lain. Ianya memestikan keadaan tempat tersebut lebih

besar dari yang berpindah, memestikan juga timbul

darinya (berpindah) pergerakan dan kesemua itu mustahil

kepada al-Haq (Allah) Azzawajalla”114.

Siapakah Imam Ibn al-Jauzi ini? Beliau merupakan salah seorang ulama yang

agung dalam Mazhab Hanabilah dan merupakan pengarang kitab Daf’u Syibh al-Tasybih.

Kitab tersebut merupakan kitab yang memuatkan jawapan balas dan penentangan yang

tajam dan bernas terhadap golongan al-mujassimah al-musyabbihah yang menasabkan

diri mereka kepada Mazhab Hanbali sedangkan Imam Ahmad Bin Hanbal berlepas diri

dari apa yang mereka iktikadkan.

Imam Ibn al-Jauzi memuatkan dalam kitab ini hadis-hadis sifat serta menerangkan

akidah sebenar Ahli Sunnah yang diiktikadkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal seperti

menyucikan Allah Taala dari sifat-sifat makhluk seperti bersudut, tempat, berubah,

berpindah, berjisim, duduk, menetap dan sebagainya yang tidak layak bagi Allah Taala.

Amat penting ianya menjadi rujukan bagi golongan yang mendakwa berfahaman salaf

atas akidah Imam Ahmad Bin Hanbal.

Ibn al-Jauzi al-Hanbali menyebutkan lagi dalam menafikan tempat bagi Allah:

“Sekiranya dikatakan: Menafikan jihah (sudut bagi Allah)

mustahillah kewujudanNya? Kami katakan: Sekiranya

sesuatu yang wujud menerima al-ittisol (penggabungan)

dan al-infisol (penceraian) betullah kata kam. Sekiranya

yang tidak menerima keduanya, maka bukanlah

ketiadaannya (jihah) merupakan sesuatu yang berlawanan

sebagai mustahil”115.

114 Shoid al-Khothir, Ibn al-Jauzi, ms: 476.115 Lihat al-Baz al-Asyhab, Ibn al-Jauzi, ms: 57.

Page 45: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Di sini Ibn al-Jauzi menjelaskan bahawa Allah bukanlah berjisim yang menerima

penggabungan dan penceraian kerana Allah yang menciptakan jisim dan sifat-sifatnya.

Jisim boleh menerima penggabungan dan boleh diceraikan atau dipisahkan. Ianya

memerlukan tempat untuk berada seperti manusia contohnya, sedangkan Allah Taala

bukanlah berjisim, bahkan Dialah yang menciptakan jisim serta sifat-sifat bagi jisim

(a’rod) seperti pergerakan dan lain-lain. Sesuatu yang berjisim akan mempunyai sudut

atau arah yang enam iaitu atas, bawah, kiri, kanan, hadapan dan belakang. Oleh itu, Allah

Taala langsung sama sekali tidak memerlukan tempat untuk berada dan jawapan ini

bukanlah sesuatu yang mustahil bagi menetapkan adanya Allah tanpa sudut dan tempat.

36: Al-Mubarak Bin Ahmad yang terkenal sebagai Ibn Asir rahimahullah (606h) berkata:

“Yang di maksudkan dengan hampirnya seseorang hamba

kepada Allah Taala ialah hampirnya dengan zikir dan

amalan yang soleh, bukanlah (bermakna) hampir zat

(Allah) dan tempat kerana demikian merupakan sifat-sifat

berjisim. Sedangkan Allah Maha Tinggi dari bersifat

demikian dan Maha suci”116.

37: Fakhr al-Din al-Razi rahimahullah (606h) yang merupakan seorang ulama tafsir dan

usul, masyhur dengan kehebatannya dalam ilmu kalam. Beliau merupakan seorang

mujaddid kurun ke-enam hijrah seperti yang disebutkan oleh Taj al-Din al-Subki117.

Beliau berkata:

“Ketahuilah! Sesungguhnya al-musyabbihah berhujah bagi

menetapkan tempat bagi Allah Taala dengan firman Allah

((Adakah kamu beriman dengan man (siapa) di langit )),

iaitu beriktikad bahawa Allah bertempat di atas Arasy atau

lain darinya dari tempat-tempat. Ianya merupakan iktikad

al-musyabbihah yang mengkiaskan al-Khaliq kepada al-

116 Lihat al-Nihayah Fi Gharib al-Hadis, Ibn Asir, subjek Qaf, Ro, Ba, 4 /32.117 Tabaqot al-Syafii’yyah, Taj al-Din al-Subki, 6 / 201.

Page 46: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

makhluk. Ini kiasan yang fasid lahir dari kejahilan dan

mengikut sangkaan”118.

Imam Fakhr al-Din berkata lagi:

“Firman Allah Taala ((Dialah al-Aliyyu (Yang Maha

Tinggi) al-A’zim (lagi Maha Besar)) Surah al-Syura: 4,

tidak boleh bermaksud keadaanNya Yang Maha Tinggi

(sebagai) ketinggian dari sudut (atas) dan tempat kerana

telah sabit dalil yang menunjukkan fasadnya (makna

tersebut). (Begitu juga) tidak harus bermaksud Yang Maha

Besar (sebagai) besar tubuh badan dan jisim kerana

demikian membawa kepada keadaanNya merupakan

himpunan dari juzuk-juzuk dan bahagian-bahagian.

Demikian itu berlawanan dengan firmanNya (( Katakanlah

(wahai Muhammad) Allah itu Esa)) Surah al-Ikhlas: 1.

Oleh itu wajib ianya bermaksud al-A’liyyu (Maha

Tinggi) ketinggian dari persamaan dengan yang mungkin

dan (Maha Tinggi) dari bersesuaian dengan yang baharu.

Dan al-A’zim (Maha Besar) kebesaran dari segi kudrat dan

kekuasaan dengan penguasaan dan kesempurnaan (sifat-

sifat) ketuhanan”119.

Segolongan al-musyabbihah membayangkan bahawa Allah seperti manusia,

sebagai seorang lelaki bertubuh badan besar, sasa dan bersemayam di atas Arasy,

waliyazubillah. Ini tidak lagi dapat di sangsikan bahawa ianya memang akidah Yahudi

dan Yunani seperti yang ditonjolkan oleh filem Herculas bagi sesiapa yang pernah

menontonnya. Dalam Kitab Taurat yang diselewengkan menyebutkan Allah berjisim.

Oleh itu tidak hairanlah mereka boleh mengatakan Allah mempunyai tangan, muka, kaki

dan lain-lain anggota secara hakiki. Begitu juga disebutkan Allah duduk dan berbaring di

118 Lihat Tafsir al-Kabir, al-Razi, ayat: 16, Surah al-Mulk, 30 /69.119 Ibid, Surah al-Syura: 4, 27 / 144.

Page 47: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

atas Arasy, berehat setelah menciptakan langit dan bumi, waliyazubillah betapa kufurnya

mereka.

Akidah Ahli Sunnah pula apabila dikatakan Allah itu al-Ahad bermaksud “Tiada

sekutu bagiNya” seperti yang disebutkan oleh Imam Abu Hanifah Radiyallahu Anhu

dalam al-Fiqh al-Akbar. Ianya memberi erti tiada sekutu atau persamaan bagi Allah

dengan segala makhlukNya dari zat, sifat dan af’alNya. Sebahagian ulama pula

memberikan makna sebagai “Yang tidak menerima pembahagian” kerana Allah

bukanlah berjisim. Dalam terjemahan Bahasa Melayu kita katakan sebagai “Yang Maha

Esa”.

38: Syaikh Abu Mansor Fakhr al-Din Abdul Rahman Bin Muhammad yang terkenal

sebagai Ibn A’sakir rahimahullah (620h) berkata mengenai Allah:

“Maujud sebelum makhluk, tiada baginya sebelum begitu

juga selepas, tiada atas dan tiada bawah, tiada kanan dan

tiada kiri, tiada depan dan tiada belakang, tiada sejumlah

dan tiada sebahagian, tidak dikatakan (bagi Allah) bila

Dia (wujud), dan tidak dikata di mana Dia dan tidak kaif

(bagaimana), adalah Dia (wujud azali) tanpa tempat,

menjadikan kejadian dan mentadbirkan zaman, tidak

terikat dengan zaman dan tidak di tentukan dengan

tempat”120.

39: Saif al-Din al-Amidi rahimahullah (631h) berkata:

“Apa yang diriwayatkan dari salaf berkenaan lafaz yang

secara zahirnya di sangkakan menetapkan jihah dan

tempat (bagi Allah) maka ia dibawa kepada (makna) yang

disebutkan oleh kami yang menegah mereka dari

mengambilnya mengikut zahir dan beriman dengan

penurunannya dan membaca setiap ayat seperti yang

120 Tabaqat al-Syafiiyyah al-Kubro, Taj al-Din al-Subki, 8 / 186.

Page 48: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

disebutkan oleh kami berkenaan mereka. Salaf telah

menerangkan perselisihan pada lafaz yang disebutkan

padanya. Semua itu hanya perselisihan dari sudut ibarat

sedangkan mereka kesemuanya sepakat dari segi makna

bahawa (Allah) Taala tidak bertempat dan tidak

memerlukan ruang yang bersudut.

Sesiapa yang mengambil pendekatan takwil sesuai

dengan dalil-dalil tauhid. Mereka berkata pada firmanNya

(( Dialah tuhan (yang disembah) di langit dan tuhan

(yang disembah) di bumi)) Surah al-Zukhruf: 84, yang

dimaksudkannya ialah sabit ketuhanan di langit dan

bukanlah zatNya (di langit). Demikian juga pada

firmanNya ((Dan Dialah Allah di langit dan di bumi))

Surah al-An’am: 3, ialah uluhiyyahNya pada keduanya

bukan zatNya”121.

40: Syaikh Jamal al-Din Mahmud Bin Ahmad al-Hasiri rahimahullah (636h) yang

merupakan syaikh Mazhab Hanafi di zamannya berkata selepas beliau membaca fatwa

Ibn Abdu al-Salam berkenaan menyucikan Allah Taala dari bertempat, berkata-kata

dengan huruf dan suara:

“Ini merupakan iktikad muslimin, syiar solihin, keyakinan

orang mukmin dan setiap apa yang berkenaan keduanya

sahih. Barang sesiapa yang menyalahinya dan

berpendapat seperti yang dikata oleh pembangkang yang

menyifatkan huruf dan suara(bagi Allah) maka dia adalah

keldai”122.

41: Syaikh Jamal al-Din Abu A’mru Osman Bin Umar yang lebih dikenali sebagai Ibn al-

Hajib al-Maliki rahimahullah (646h) ketika memuji berkenaan akidah yang ditulis oleh

Ibn Abdu al-Salam iaitu rangkap:

121 Abkar al-Abkar, al-Amidi, ms:194.122 Tabaqot al-Syafiiyyah al-Kubro, Bibliografi Abdu al-Aziz Bin Abdu al-Salam, 8 / 237.

Page 49: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Adalah (Allah wujud) sebelum menjadikan tempat dan

mentadbir zaman, dan Dia sekarang seperti mana

keadaanNya yang lalu (azali tanpa bertempat dan

zaman)”,

beliau berkata:

“Apa yang dikatakan oleh Ibn Abdu al-Salam merupakan

mazhab ahlul haq. Sesungguhnya jumhur salaf dan khalaf

berdasarkan (akidah) demikian dan tidak berselisihan

dengan mereka kecuali sebilangan golongan yang keji,

mereka menyelindungi mazhab mereka dan mendustakan

secara takut-takut kepada sesiapa yang lemah keilmuan

dan akalnya”123.

42: Najm al-Din Mankubarus rahimahullah (656h) penghurai Akidah al-Thohawiyyah

berkata:

“Sesungguhnya sesiapa yang tidak reda akalnya untuk

berfikir, merenung dan melihat melalui dalil-dalil,

menyangkakan bahawa penciptanya bersudut daripadanya

walhal dia tidak mengetahui bahawa yang memerlukan

ruang dengan (ada) sudut merupakan petanda-petanda

baharu dan ianya ternafi bagi al-Qadim (Allah)”124.

Beliau menerangkan bahawa Allah Qadim tanpa mula, sedangkan sudut dan lain-

lainnya adalah baharu, ciptaan Allah yang asalnya tiada kemudian dijadikan Allah. Oleh

itu bukanlah sesuatu yang mustahil mengatakan Allah tidak bertempat dan tidak bersudut,

perkara yang mustahil sebenarnya ialah menetapkan bagi Allah tempat dan sudut yang

merupakan sesuatu yang baharu.

43: Al-Mufassir Muhammad Bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi al-Maliki rahimahullah

(671h) berkata:

123 Ibid, Bibliografi Abdu al-Aziz Bin Abdu al-Salam, 8 / 237.124 Al-Nur al-Lami’ Wa al-Burhan al-Sati’ Fi Syarhi Aqa’id al-Islam, Mankubarus, ms: 108.

Page 50: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Dan al-Aliyyu, maksudnya ketinggian kekuasaan dan

kedudukan martabat dan bukannya ketinggian tempat

kerana Allah suci dari memerlukan ruang (tempat)”125.

Dalam tafsiran ayat yang lain beliau berkata:

“Dan Makna ((Di atas hamba-hambaNya))Surah al-

An’am: 18, merupakan atas dari sudut kekuasaan dengan

keperkasaan dan kegagahan, iaitu mereka di bawah

pemeliharaanNya bukan atas menunjukkan tempat”126.

Kata beliau lagi:

“Dan kaedah (mengatakan) menyucikanNya dari

pergerakan, berpindah dan bertempat”127.

Dalam pentafsiran beliau yang lain, beliau membawakan kata-kata Imam al-

Haramain Abu al-Maa’li al-Juwaini dengan katanya:

“Telah berkata Abu al-Ma’ali berkenaan sabda Nabi

Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam (Janganlah

kamu semua melebihkan aku dari Yunus Bin Matta)

maknanya; sesungguhnya aku ketika di Sidratul Muntaha

tiadalah lebih hampir kepada Allah darinya (Nabi Yunus)

yang ketika itu berada dalam perut ikan. (Kata al-Qurtubi)

Ini menunjukkan bahawa al-Bari (Allah) Subhanahu Wa

Taala tidak bersudut (atas mahu pun bawah)”128.

44: Al-hafiz Abu Zakaria Muhyi al-Din Yahya Bin Syarf al-Nawawi al-Syafii al-Asy’ari

rahimahullah (676h) berkata:

“Sesungguhnya Allah Taala tidak menyerupaiNya sesuatu

pun, dan sesungguhnya Dia suci dari berjisim, berpindah 125 Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, Surah al-Baqarah: 18, 6 / 399.126 Ibid, 6 / 399.127 Ibid, Surah al-An’am: 3, 6 / 390.128 Ibid, Surah al-Anbiyak: 87, 11 / 333-334.

Page 51: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

dan memerlukan ruang yang bersudut dan (suci) dari

segala sifat makhluk”129.

45: Syaikh Zakaria Bin Muhammad al-Ansari al-Qazwini rahimahullah (682h), seorang

ahli geografi, seorang kadi (hakim) yang ditauliahkan pada zaman al-Mu’tasim al-Abbasi

dan merupakan pengarang kitab A’jaib al-Makhluqat berkata:

“Tauhid ialah mengetahui bahawa Allah Wahid (Esa) lagi

Qadim (azali tiada mula), berterusan dan tidak binasa. Dia

wujud (azali) dan sekarang dalam keadaanNya yang lalu

(azali). Dia A’lim dengan ilmu yang azali, Dia Qadir

dengan qudrah yang azali”130.

46: Al-allamah al-usuli Syaikh Ahmad Bin Idris al-Qarafi al-Maliki rahimahullah (684h)

yang merupakan salah seorang fakih Mazhab Maliki berkata:

“Dan Dia (Allah) tiadalah bersudut, dan kita akan

melihatNya dalam keadaan Dia tidak bersudut”131.

47: Syaikh al-Baidhawi rahimahullah (685h), seorang mufassir yang terkenal dengan

kitabnya Anwar al-Tanzil Wa Asrar al-Takwil berkata:

“Apabila telah tetap dengan (dalil-dalil) yang putus

bahawa Dia Subhanah suci dari berjisim dan memerlukan

ruang (bertempat), tertegahlah bagiNya al-nuzul (turun)

yang memberi makna berpindah dari satu tempat ke satu

tempat yang lebih rendah darinya”132.

48: Syaikh sufi Abdullah Bin Saad yang terkenal sebagai Ibn Abi Jamrah rahimahullah

(699h) berkata:

“Maka Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam di atas

langit yang ke tujuh dan Yunus Alaihissalam di bawah 129 Syarah Sohih Muslim, al-Nawawi, 3 / 19.130 Mufid al-Ulum Wa Mabid al-Humum, al-Qazwini, ms: 24.131 Al-Ajwibah al-Fakhirah, al-Qarafi, ms: 93.132 Lihat Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, 3 / 31.

Page 52: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

perut laut, keduanya nisbah kepada Allah Taala adalah

sama. Sekiranya (Allah) Azzawajalla terikat dengan tempat

atau zaman, sudah pasti Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam

lebih hampir kepadaNya. Maka sabit dengan ini menafikan

(Allah) menetap dan bersudut pada hakNya Jalla

Jalaluhu”133.

49: Al-Hafiz Taqiyyudin Abu al-Fath Muhammad Bin Ali Bin Wahab al-Qusyairi yang

dikenali sebagai Ibn Daqiq al-I’d rahimahullah (702h) memuji risalah yang dikarang oleh

Diyak al-Din Abu al-Abbas Ahmad Bin Muhammad al-Qurtubi yang menyanggah

segolongan mubtadi’ah di zamannya. Di mana golongan tersebut mencela Imam Abu al-

Hasan al-Asy’ari. Antara yang ditulis dalam bait risalah tersebut ialah:

“Dialah Allah tiada aina (di mana?) dan tiada kaif (cara) sisinya,

Tiada had yang melingkungiNya dan tiada dikepungi oleh yang bersempadan”134

Melalui pujian beliau ini kita mengetahui bahawa Ibn Daqiq al-Id merupakan

seorang ahli tanzih yang menyucikan Allah dari bertempat, sudut, had sempadan dan

seumpamanya.

50: Abdullah Bin Ahmad al-Nasafi rahimahullah (710h, dikatakan juga 701h) seorang

mufassir berkata:

“Sesungguhnya (Allah) Taala adalah Dia (wujud azali)

tanpa tempat (sebelum itu), maka Dia berkeadaan

sedemikian sebelum menciptakan tempat, Dia tidak

berubah seperti mana dahulu (yang azali tanpa

tempat)”135.

51: Ahmad bin A’toillah al-Iskandari rahimahullah (709h) yang boleh dikatakan sebagai

juru cakap bagi golongan sufi pada zamannya berkata:

133 Bahjah al-Nufus, Ibn Abi Jamrah, 3 / 176.134 Tabaqat al-Syafiiyyah al-Kubro, Bibliografi Abu al-Hasan al-Asy’ari, 3 / 428.135 Tafsir al-Nasafi, Surah Taha: 5, 2 / 48.

Page 53: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Sampai kamu kepada Allah beerti sampai kamu kepada

ilmu berkaitanNya, jika tidak maka Tuhan kami Maha

Mulia dari sesuatu bersambung denganNya atau Dia

bersambung dengan sesuatu itu”136.

52: Al-Allamah Muhammad Bin Makarram al-Misri yang lebih di kenali sebagai Ibn

Manzur rahimahullah (711h) merupakan seorang ulama al-lughah (ahli Bahasa Arab)

yang masyhur berkata:

“Dalam hadis: (Barang sesiapa menghampiri kepadaku

sejengkal nescaya Aku menghampirinya sehasta) maksud

dengan hampirnya seseorang hamba kepada Allah Taala

sebagai hampir dengan zikir dan amalan soleh bukannya

hampir zat (Allah) dan (hampir) tempat. Kerana demikian

merupakan sifat-sifat jisim dan Allah Maha Tinggi dari

yang demikian dan Suci”137.

Kata-kata Ibn Manzur ini perlu diberi perhatian kerana beliau seorang ahli bahasa

di mana kamus beliau Lisan al-Arab merupakan rujukan terpenting dalam Bahasa Arab.

Jika beliau memahami hadis Nabi seperti mana yang disebutkan, bagaimanakah orang

biasa yang tidak mahir dalam Bahasa Arab di mana wahyu diturunkan dengan bahasa

tersebut boleh mengatakan dan menyifatkan Allah Taala dengan sifat makhluk seperti

berjisim, bertempat dan sebagainya. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana golongan

tersebut memang golongan al-mujassimah yang dikuncikan pintu hidayah dari hati

mereka.

53: Al-qadi Syaikh Badru al-Din Muhammad Bin Ibrahim yang terkenal sebagai Ibn

Jamaah al-Syafii al-Asy’ari rahimahullah (733h) berkata:

136 Kata beliau ini dinukilkan oleh Syaikh Mustafa Naja Mufti Beirut dalam kitabnya Kasyf al-Asrar Li Tanwir al-Afkar, ms: 90.137 Lihat kitabnya Lisan al-Arab, subjek Qaf Ra Ba, 1 / 663-664.

Page 54: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Adalah Allah (wujud azali) tanpa zaman dan tanpa

tempat dan Dia sekarang seperti mana dahulu (azali tanpa

zaman dan tanpa tempat)”138.

Dalam kata beliau yang lain:

“Sekiranya dikatakan: menafikan jihah (sudut atau arah)

dari sesuatu yang wujud semestinya menafikan

kewujudannya (sendiri) kerana mustahil wujud tanpa jihah.

Kami katakan sesuatu yang wujud terbahagi kepada dua:

(Pertama) wujud yang tidak ada ruang bagi sangkaan,

pancaindera dan khayalan serta perceraian. (Kedua)

wujud yang ada ruang bagi yang demikian dan ianya

diterima (sebagai mustahil iaitu makhluk).

Maka yang pertama; tertegah (dari mengatakan

tiada jihah maka tidak wujud) kerana kemustahilannya (di

sebabkan) tuhan tiada ruang bagiNya demikian. Di mana

Dia bukanlah berjisim, a’rad mahu pun jauhar. Oleh itu

sah kewujudanNya secara rasional tanpa jihah dan tanpa

ruang (tempat) seperti mana yang di tunjukkan oleh dalil

akal mengenainya.

Maka wajiblah kita mempercayainya secara akal

setelah datang dalil akal menunjukkan kewujudanNya,

dalam masa yang sama menafikan sifat-sifat jisim dan

a’rad yang tidak diterima kefahaman melalui pancaindera.

Demikian juga menunjukkan penafian jihah dan

memerlukan ruang yang juga tidak diterima kefahaman

melalui pancaindera”139.

Secara ringkasnya Ibn Jamaah mengatakan, kewujudan Allah bukanlah sesuatu

yang mustahil tanpa sudut atau arah yang enam iaitu atas dan bawah, kiri dan kanan,

138 Idhoh al-Dalil, Ibn Jamaah, ms: 103-104.139 Idhoh al-Dalil, ms: 104-105.

Page 55: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

depan dan belakang kerana Dia yang menciptakannya dari tiada kepada ada. Allah telah

wujud sebelum itu lagi dan Dia bukannya jauhar atau a’rad.

Ulama kalam mengatakan gabungan dua jauhar ke atas akan terbinalah jisim.

Jisim ini pula ada sifat-sifatnya seperti pergerakan, suhu panas, sejuk dan lain-lain lagi.

Arad ini tidak boleh berada secara sendirian dan akan bergantung kepada jisim. Sesuatu

yang berjisim inilah yang mempunyai arah atau sudut yang enam seperti mana yang

disebutkan oleh Imam al-Ghazali dalam kata-katanya yang dimuatkan sebelum ini140.

Lalu kita boleh katakan mustahil kewujudan tanpa jihah bagi yang berjisim, sedangkan

Allah bukanlah jisim. Oleh itu kewujudanNya tanpa jihah bukanlah sesuatu yang

mustahil pada akal.

54: Syaikh Syihab al-Din Ahmad Bin Yahya Bin Ismail al-Kilabi al-Halabi yang lebih

dikenali dengan nama Ibn Jahbal rahimahullah (733h) mengarang satu risalah yang

menyanggah pendapat sebahagian al-mujassimah di zamannya iaitu Ibn Taimiyyah.

Imam Taj al-Din al-Subki Rahimahullah berkata:

“Aku telah meneliti baginya (iaitu Ibn Jahbal) terhadap

karangan yang dikarang beliau pada menafikan jihah yang

menyanggah Ibn Taimiyyah, boleh diterima dengannya

iaitu (karangan) ini”141.

Seterusnya Taj al-Din al-Subki menyebutkan isi risalah tersebut secara penuh. Ibn

Jahbal sendiri menyebutkan bahawa kandungan risalah beliau merupakan akidah Ahli

Sunnah dan merupakan penyanggahan terhadap al-musyabbihah dan al-mujassimah serta

al-Hasyawiyyah yang berselindung di sebalik nama salaf. Antara yang beliau sebutkan

dalam karangan beliau tersebut ialah:

“Mazhab salaf merupakan tauhid dan tanzih (menyucikan

Allah dari sifat-sifat makhluk) bukannya tajsim dan

140 Lihat kata-kata Imam al-Ghazali yang bernombor 26.141 Tabaqat al-Syafiiyyah al-Kubra, 9 / 35.

Page 56: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

tasybih. Golongan mubtadi’ah mendakwa mereka berada

dalam mazhab salaf”142.

55: Syaikh Abu Abdullah Muhammad Bin Muhammad al-A’bdari yang terkenal dengan

nama Ibn al-Hajj al-Maliki rahimahullah (737h) berkata:

“Tidak dikatakan bagiNya aina begitu juga kaifa”143.

Kata beliau lagi:

“Maka tidak dikatakan aina begitu juga kaifa dan mata

(bila) kerana Dia pencipta zaman dan tempat”144.

56: Syaikh Husain Bin Muhammad al-Toyyibi rahimahullah (743h) ketika mensyarahkan

Hadis al-Jariyyah berkata:

“Tidaklah dimaksudkan (iaitu Rasul) soalan berkaitan

tempatNya (Allah) kerana sesungguhnya Dia suci dari

yang demikian”145.

Hadis al-Jariyyah merupakan hadis yang amat masyhur sekali digunakan oleh

golongan al-musyabbihah al-mujassimah bagi menetapkan bahawa Allah Taala berada di

atas langit. Hampir kebanyakan tokoh al-musyabbihah al-mujassimah menggunakan

hadis ini sebagai hujah mereka yang kukuh tetapi sebenarnya rapuh dalam syarahan-

syarahan serta karangan-karangan mereka.

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim146 dalam sahihnya berbunyi:

“Bahawa sesungguhnya seorang lelaki telah datang

kepada Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Lalu

bertanyakan berkenaan seorang jariyah (hamba

perempuan) miliknya.

142 Ibid, 9 / 36.143 Al-Madkhal, Ibn al-Hajj, 3 / 146.144 Ibid, 3 / 181.145 Lihat Syarah al-Toyyibi Ala Misykati al-Masobih, 6 / 340.146 Lihat Sahih Muslim, Kitab al-Masajid Wa Mawadi’ al-Solah, Bab Tahrim al-Kalam Fi al-Solah Wa Nasakh Ma Kana Min Ibahatihi.

Page 57: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Telah berkata (lelaki tersebut): Aku telah berkata:

Wahai Rasul Allah! Adakah boleh aku membebaskannya?

Telah bersabda (Nabi): Bawakannya kepadaku. Maka dia

dibawa datang. Maka bersabda (Nabi) kepadanya: Aina

Allah (dimanakah Allah)? Dia menjawab: Fi al-samak (di

langit). (Nabi) bersabda; Siapakah aku? Dia menjawab:

Kamu Rasulullah. (Nabi) bersabda: Bebaskan dia,

sesungguhnya dia mukminah”.

Hadis ini bukanlah bermakna Allah menetap di langit sebagai mana yang di

sangkakan oleh golongan al-musyabbihah yang jahil, bahkan maknanya yang bertepatan

dengan Bahasa Arab sendiri ialah Allah Taala Maha Tinggi Kekuasaan. Ini kerana soalan

“aina” tidak semestinya ditujukan kepada tempat sesuatu itu berada. Soalan “aina” juga

digunakan untuk mengetahui kedudukan, martabat atau darjat.

Contohnya ucapan seseorang: “Dimanakah aku nak dibandingkan dengan dia”.

Dari petikan ini difahami bahawa maksudnya kedudukan, martabat atau darjat dan

bukannya tempat. Oleh itulah ulama Ahli Sunnah menakwilkan hadis tersebut

sebagaimana yang disebutkan. Apatah lagi ijmak umat islam bahawa Allah tidak

bertempat. Persoalannya, mengapakah sesetengah golongan suka meminggirkan ijmak

dan berpegang teguh dengan hadis mutasyabih yang zahirnya menyamakan Allah dengan

makhluk? Jawapannya mudah sahaja iaitu, mereka memang beriktikad Allah Taala

serupa dengan makhluk ciptaanNya dan kejahilan mengenai akidah Ahli Sunnah yang

sebenar.

Bagi menjawab kesesatan golongan yang berpegang dengan hadis ini ialah,

riwayat Imam Muslim tersebut telah ditolak oleh sebahagian ulama kerana ianya

idtirob147 sanad dan matan. Keduanya,ianya berlawanan dengan usul.

Perkara pertama: al-Idtirob

147 Idtirob adalah istilah kepada hadis yang berlainan sanad dan matan, dihukumkan sabagai dhaif.

Page 58: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Hadis Muslim tersebut di hukumkan sebagai Idtirob kerana diriwayatkan oleh Ibn

Hibban148 dalam sahihnya dari al-Syarid Bin Suwaid al-Saqafi, beliau telah berkata:

“Aku telah berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya

ibuku mewasiatkan untuk memerdekakan baginya seorang

hamba perempuan dan ada bagiku seorang hamba

perempuan kulit hitam. Sabda (Nabi): Panggil dia. Lalu

datanglah, (Nabi) bersabda: Siapakah tuhanmu? Dia

menjawab: Allah. (Nabi) bertanya: Siapakah aku? Dia

menjawab: Rasulullah. Sabda (Nabi): Merdekakannya,

sesungguhnya dia mukminah”.

Imam al-Baihaqi149 pula meriwayatkan dengan lafaz:

“Aina Allah (Dimana Allah)? Lalu dia menunjukkan ke

langit dengan jarinya”.

Dalam riwayat yang lain dari Imam al-Baihaqi150 juga dengan lafaz yang lain

iaitu:

“Siapakah tuhanmu? Dia menjawab: Allah tuhanku.

(Nabi) bersabda: Apakah agamamu? Dia menjawab:

Islam. (Nabi) bertanya: Siapakah aku? Dia menjawab:

kamu Rasulullah. (Nabi) bersabda: Merdekakannya”.

Imam Malik pula dalam al-Muwatta151 meriwayatkan dengan lafaz:

“Adakah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan yang

sebenarnya melainkan Allah? Dia menjawab: Ya. (Nabi)

bersabda: Adakah kamu bersaksi bahawa aku

Rasulullah? Dia menjawab: Ya. (Nabi) bersabda:Adakah

148 Lihat al-Ihsan Bi Tartibi Sahih Ibn Hibban, 1 /206 dan 6 / 256.149 Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, 7 / 388.150 Ibid, 7 / 388.151 Lihat al-Muwatta Imam Malik, Kitab al-I’taqah Wa al-Walak, Bab Ma Yajuzu Min al-Utqi Fi al-Riqabi al-Wajibah.

Page 59: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

kamu meyakini dengan hari kebangkitan selepas mati? Dia

menjawab:Ya.Lalu Rasulullah bersabda: Merdekakannya”.

Bila diteliti keseluruhan riwayat yang dibentangkan, riwayat yang dibawa oleh

Imam Malik dalam al-Muwatta bertepatan dengan usul. Cuma ianya tidak disebutkan

lafaz “sesungguhnya dia mukminah”. Riwayat ini juga lebih tepat atau rajih dari riwayat

yang di bawa oleh Imam Muslim kerana bertepatan dengan hadis masyhur yang

mengiktiraf keislaman seseorang berdasarkan dua kalimah syahadah152:

“Aku diperintahkan agar memerangi manusia (yang tidak

beriman) sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada

tuhan yang sebenarnya melainkan Allah.”

Perkara kedua, riwayat “Aina Allah (dimanakah Allah)” yang diriwayatkan oleh Imam

Muslim berlawanan dengan usul.

Kaedah usul mengatakan bahawa seseorang tidak dihukumkan sebagai islam

dengan hanya semata-mata berkata Allah di langit di sebabkan ianya bukan kalimat

tauhid. Ucapan tersebut sama dengan ucapan Yahudi, Nasrani dan lain-lain agama yang

beriktikad bahawa tuhan di langit. Dalam syariat islam, dihukumkan seseorang sebagai

islam dengan menggunakan ucapan syahadah seperti riwayat Imam Malik dan bertepatan

dengan hadis yang masyhur yang telah disebutkan.

Sekiranya dikatakan, bagaimanakah boleh terjadi demikian kerana Hadis al-

Jariyyah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan kitab beliau memang diakui sebagai

sahih? Jawapannya ialah terdapat sebilangan hadis yang diriwayatkan oleh beliau ditolak

sebahagian ulama hadis sendiri jika kita melihat dalam kitab-kitab mustalah hadis yang

dikarang oleh mereka.

Sekalipun ianya diterima sebagai sahih, tidak bermakna Allah menetap di langit

sebagaimana yang diiktikadkan oleh al-musyabbihah. Makna yang sebenarnya ialah

152 Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman dan Muslim , Kitab al-Iman.

Page 60: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Allah Maha Tinggi Darjat dan Kebesaran. Berdasarkan makna inilah sebahagian ulama

Ahli Sunnah memahaminya lalu menetapkannya sebagai sahih seperti yang dilakukan

oleh Imam al-Nawawi ketika menghuraikan hadis Muslim. Imam al-Nawawi sendiri

dalam menghuraikannya menerangkan aliran mazhab salaf dan mazhab khalaf berkenaan

hadis sifat dan beliau menakwilkannya. Bagi al-musyabbihah pula, mereka membawa

makna yang tidak layak bagi Allah iaitu beriktikad Allah memang berada di langit

berdasarkan pertanyaan Nabi “Aina” lalu mereka sesat.

Perlu diketahui bahawa golongan al-musyabbihah ini masih tidak mahu mengaku

kalah, masih tetap mengatakan hadis itu sahih lagi jelas, tidak perlu kepada takwil. Maka

boleh dikatakan kepada golongan ini, apakah yang akan kamu lakukan dengan satu hadis

lain yang lebih sahih sanadnya dari hadis al-jariyyah yang diriwayatkan juga oleh Imam

Muslim. Hadis tersebut ialah hadis Abu Musa al-Asya’ri153 yang berbunyi:

“Dimana, yang kamu seru kepadaNya aqrab (lebih

hampir) kepada seseorang kamu dari tengkuk rahilah

(unta tunggangan) seseorang kamu”.

Sekiranya mengambil hadis ini secara zahir atau tersurat tanpa menakwilkannya,

sudah pasti bercanggah dengan hadis al-jariyyah yang diiktikadkan oleh mereka. Ini

kerana mereka beriktikad Allah berada di langit dan hadis ini pula menunjukkan Allah

berada di bumi, amat hampir dengan hambaNya. Sekiranya mereka menakwilkan hadis

ini dan tidak menakwilkan hadis al-jariyyah, ini merupakan satu pendalilan tanpa hujah

atau asas yang kukuh. Ia lebih kepada apa yang disebutkan sebagai keras kepala,

membutakan mata dan hati, serta memekakkan telinga, mahu menegakkan benang yang

basah. Oleh itulah iktikad Ahli Sunnah, Allah wujud tanpa bertempat di langit mahupun

bumi kerana semuanya makhluk ciptaan Allah Taala.

57: Imam muhaqqiq qadi A’dod al-Din Abdu al-Rahman al-Iji rahimahullah (756h)

berkata:

153 Riwayat Muslim, Kitab al-Zikr Wa al-Dua’k Wa al-Qurbah Wa al-Istighfar dan Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Ghazwah Khaibar.

Page 61: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Maksud yang pertama: Sesungguhnya Allah Taala

bukanlah berada pada sudut dari sudut-sudut, begitu juga

(tidak berada) di tempat dari tempat-tempat. Berlainan

dengan musyabbihah, mereka menetapkanNya di sudut

atas”154.

Bagi al-musyabbihah yang menetapkan bagi Allah sudut atau tempat, sudah

semestinya dari kata-kata mereka itu menetapkan bahawa sudut dan tempat adalah qadim

seperti Allah dan ini mustahil. Ijmak Ahli Sunnah menetapkan bahawa Allah sahaja yang

al-Awwal, qadim azali tanpa permulaan, Dia tidak diciptakan bahkan Dialah pencipta

secara mutlak.

Sekiranya mereka mengatakan sudut dan tempat baharu iaitu makhluk dan

bukannya qadim, maka ianya juga mustahil. Ini kerana mereka menetapkan bagi Allah

perubahan dari tidak bertempat dan bersudut kepada memerlukan tempat dan bersudut.

Begitu juga pergantungan Allah yang azali dengan kejadianNya sendiri yang baharu.

Kedua kata-kata ini tidak terlepas dari kufur.

58: Al-hafiz al-mujtahid syaikh Taqiy al-Din Ali Bin Abdu al-Kafi al-Subki al-Syafii al-

Asy’ari rahimahullah (756h) merupakan seorang ulama agung al-Asyairoh al-Syafiiyyah

yang menyucikan Allah Taala dari bertempat dan beliau banyak menyanggah golongan

al-mujassimah yang menetapkan tempat bagi Allah Taala. Antara sanggahan dan

bantahan beliau dapat dilihat dalam risalah beliau iaitu al-Saif al-Soqil Fi al-Roddi Ala

Ibn Zafil iaitu Ibn al-Qayyim al-Jauziah yang masyhur dengan fatwa yang ganjil lagi

mengelirukan serta sesat.

Ibn Qayyim mendustakan Allah dan rasulNya seperti katanya neraka akan binasa.

Begitu juga dakwaannya bahawa ijmak mengatakan Allah bersudut atas iaitu berada di

atas Arasy. Ibn al-Qayyim berkata demikian semata-mata berdalilkan dengan kalam

falsafah dan menuruti syaikhnya iaitu Ibn Taimiyyah. Beliau merupakan penuntut paling

154 Al-Mawaqif, 3 / 16.

Page 62: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

setia di samping syaikhnya, sanggup dipenjarakan demi mempertahankan akidah yang

sesat.

Berkaitan dengan iktikad dan kepercayaan Ibn al-Qaiyyim bahawa beliau yang

berkata neraka akan fana, tidak boleh disanggah oleh sebahagian kita yang mahu

mempertahankannya atas dasar dia salah seorang yang di anggap ulama. Ini kerana Imam

Taqiy al-Din al-Subki sendiri mengarang satu risalah yang berjudul al-Iktibar Bi Baqai

al-Jannah Wa al-Nar khusus bagi mengecam beliau dan syaikhnya.

Berkenaan penafian tempat bagi Allah, Imam al-Subki berkata ketika mengecam

Ibn al-Qayyim dalam kitabnya al-Saif al-Soqil Fi al-Roddi Ala Ibn Zafil:

“Kami memutuskan juga dengan ijmak mereka (iaitu Rasul

Allah dan nabi-nabiNya berkenaan tanzih). Adakah tidak

merasa malu sesiapa (memaksudkan Ibn al-Qaiyyim) yang

menukilkan ijmak Rosul-rosul yang menetapkan jihah dan

sudut atas bagi Allah Taala? (Sedangkan) ulama syariah

mengingkarinya. Adakah kamu tidak takut mereka akan

mengatakan kepada kamu sesungguhnya kamu telah

mendustakan Rosul-rosul (dengan meyebut ijmak secara

dusta)?”155.

Pada masa sekarang kita dapati banyak karangan Ibn Taimiyyah dan muridnya

Ibn al-Qayyim dicetak serta disebarkan oleh golongan Wahabi. Jadi bagaimanakah

mereka mengaku di atas jalan yang benar atas slogan salafiyyah sedangkan mereka

banyak menyeleweng dari aliran ahli yang hak. Sehinggakan kita dapati salah seorang

dari mereka mengarang satu risalah yang keji, terkandung akidah kufur ini yang

dinamakan al-Qaul al-Mukhtar Li Bayan Fanak al-Nar156. Risalah ini menguatkan

dakwaan bahawa neraka akan musnah dan berakhirnya azab ahli neraka bagi orang kafir

yang memerangi Allah dan RasulNya.

155 Al-Saifu al-Soqil Fi al-Roddi Ala Ibn Zafil, ms: 105.156 Lihat buku tersebut cetakan pertama tahun 1412 hijrah, Matbaah Safir, al-Riyadh.

Page 63: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Pengarang tersebut mengatakan bahawa terdapat dalil dari al-Quran mengatakan

demikian. Berdasarkan dari kata-katanya, azab yang dikenakan terhadap Abu Lahab, Abu

Jahal, Musailamah al-Kazzab yang mendakwa sebagai nabi dan lain-lain akan berakhir.

Begitu juga Firaun yang mengaku sebagai tuhan dan memerangi Nabi Allah Musa akan

berakhir. Azab Namrud, Haman dan lain-lain akan berakhir. Bagi Yahudi laknatullah

yang membunuh banyak nabi-nabi, mengatakan Allah berehat setelah berpenat lelah

mencipta langit dan bumi, mengatakan bahawa Nabi Allah Lut Alaihis Salam berzina

dengan anak baginda sendiri, azab mereka akan berakhir juga???

Memadailah bagi penulis ini dan golongan yang beriktikad sepertinya dengan satu

firman Allah yang bermaksud:

((Dan orang-orang kafir bagi mereka Neraka Jahannam.

Mereka tidak dibinasakan untuk mereka mati, dan tidak

pula diringankan dari mereka azabnya)) Surah Fathir: 36.

Antara kata-kata dusta yang lain, yang dimuatkan oleh penulis yang sesat tersebut

ialah:

“Qaul bahawa neraka akan fanak tiada syak padanya

kerana terdapat dalil-dalil demikian dari Kitab dan

sunnah”157.

Katanya lagi:

“Yang hak dan yang betul bersama keduanya (di

maksudkan Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim) berkaitan

perkara demikian. Sesungguhnya kedua mereka telah

menghuraikannya sebagai mempertahankan islam”158.

157 Al-Qaul al-Mukhtar Li Bayan Fanak al-Nar, ms: 7.158 Ibid.

Page 64: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Mempertahankan islam apakah begini dengan membawa akidah yang kufur

menyalahi ijmak Ahli Sunnah??? Tidak cukup dengan mendustakan Allah dan Rasulnya,

penulis keji ini berdusta lagi terhadap Ibn Abbas pula dengan katanya:

“Adapun penghujung ahli neraka selepas fananya dengan

berubah azabnya seperti mana yang disebutkan oleh Ibn

Abbas: Allah memerintahkan Neraka memakan mereka

iaitu memusnahkan tubuh badan mereka serta ruh-ruh

mereka”159.

Adakah penulis ini tidak pernah membaca firman Allah atau sengaja

memejamkan mata dan memekakkan telinga dari mendengarnya iaitu firman Allah yang

bermaksud:

(( Iaitu orang yang akan memasuki api yang besar

(neraka). Kemudian mereka tidak pula mati dan tidak pula

hidup (dengan selesa)) Surah al-A’la: 12-13.

59: Syaikh Taj al-Din al-Subki Abu Nasir Abdu al-Wahhab Bin Ali Bin Abdu al-Kafi

rahimahullah (771h). Beliau merupakan anak kepada Imam Taqiy al-Din al-Subki dan

merupakan seorang ahli tanzih. Dalam kitab beliau iaitu Tabaqat al-Syafiiyyah al-Kubro,

beliau memuatkan risalah akidah Fakhru al-Din Bin A’sakir160 dan memujinya. Ketika

menyebutkan penghabisan akidah tersebut beliau berkata:

“Ini penghabisan akidah (Ibn A’sakir) dan tiadalah

dalamnya perkara yang dimungkiri oleh seorang sunni

(pun)”161.

60: Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah (852h), seorang ulama hadis terkemuka

dengan karangan beliau yang agung iaitu Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari berkata:

“Tidak semestinya berdasarkan dua sudut atas dan bawah

mustahil bagi Allah ianya tidak boleh disifatkan sebagai al-

159 Ibid, ms: 28.160 Seperti yang penulis muatkan pada nombor 38.161 Lihat kitab tersebut, 8 / 186.

Page 65: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

U’lu. Ini kerana menyifatkanNya sebagai al-U’lu dari

sudut makna dan mustahil keadaan demikian berdasarkan

pancaindera. Oleh yang demikian datang (nas)

menyifatkanNya sebagai al-A’li, al-Aliyyu dan al-

Muta’ali”162.

Ketika mensyarahkan Hadis Nuzul, Ibn Hajar berkata:

“Berdalilkan dengannya (Hadis Nuzul) orang yang

menetapkan jihah (bagi Allah) lalu berkata ianya jihah

atas. (Perkataan) demikian diingkari oleh jumhur kerana

membawa kepada memerlukan ruang (tempat). Maha suci

Allah dari yang demikian”163.

Dalam huraian beliau yang lain beliau berkata:

“Maka iktikad salaf al-ummah serta ulama al-sunnah dari

aliran khalaf bahawa Allah suci dari al-harakah

(pergerakan), dan al-tahawwul (berubah) dan al-hulul

(menjelma pada makhluk). Tiadalah sesuatupun

sepertiNya”164.

61: Syaikh Badru al-Din Mahmud Bin Ahmad al-A’ini al-Hanafi rahimahullah (855h)

ketika mensyarahkan hadis al-Bukhari berkata:

“Tidak menunjukkan firman (Allah) Taala ((Dan adalah

ArasyNya di atas air))165 bahawa Dia menjelma di atasnya,

yang sebenarnya pemberitahuan berkenaan Arasy secara

khusus ianya berada di atas air. Dia tidaklah memberitahu

diriNya menjelma di atasnya. Maha Tinggi Allah dari

bersifat demikian kerana tiadalah Dia memerlukannya”166.

162 Fath al-Bari, Ibn Hajar al-Asqalani, 6 / 136.163 Ibid, 3 / 30.164 Ibid, 7 / 124165 Surah?????????166 U’mdah al-Qari, al-A’ini, 25 / 111.

Page 66: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Beliau berkata lagi:

“Telah tetap bahawa Allah bukanlah jisim maka Dia tidak

perlu kepada tempat untuk berada padanya. Maka

sesungguhnya Dia azali tanpa tempat”167.

62: Syaikh Jalal al-Din Muhammad Bin al-Mahalli al-Syafii rahimahullah (864h),

pengarang Tafsir al-Jalalain di samping murid beliau iaitu Imam al-Suyuti ketika

menghuraikan kata-kata Taj al-Din al-Subki yang berbunyi:

“Bukanlah (Allah) berjisim, bukan jauhar dan bukan

a’rod, sentiasalah Dia Esa tanpa bertempat dan tanpa

berzaman”,

al-Mahalli berkata:

“Ialah Dia wujud Esa sebelum tempat dan zaman maka

Dia suci dari keduanya”168.

63: Al-hafiz Muhammad Bin Abdu al-Rahman al-Sakhawi rahimahullah (902h) berkata:

“Telah berkata syaikh kami (iaitu Ibn Hajar al-Asqalani):

Sesungguhnya ilmu Allah meliputi seluruh pelusuk dan

Allah terpelihara dari menjelma di tempat-tempat. Maka

sesungguhnya Subhanahu Wa Taala wujud azali sebelum

wujudnya tempat-tempat”169.

64: Al-hafiz Jalal al-Din Abdu al-Rahman Bin Abu Bakar al-Suyuti al-Syafii al-Asy’ari

rahimahullah (911h) ketika menghuraikan hadis:

“Lebih hampir seseorang hamba dengan tuhannya dalam

keadaan dia sujud”,

beliau berkata:

167 Ibid, 25 / 117.168 Lihat syarahnya ke atas Matan Jam’u al-Jawami’ yang dicetak bersama Hasyiah al-Bannani, 2 / 405.169 Al-Maqasid al-Hasanah, al-Sakhawi, nombor 886, ms: 342.

Page 67: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Telah berkata al-Qurtubi: Ini merupakan lebih hampir

dari sudut kedudukan, kemuliaan dan bukannya jarak.

Kerana Dia suci dari bertempat dan jarak serta zaman. Al-

Badru Bin al-Sohib telah berkata dalam tazkirahnya:

Dalam hadis ini menunjukkan kepada penafian jihah bagi

Allah Taala”170.

65: Syaikh Abu al-Abbas Syihab al-Din Ahmad Bin Muhammad al-Qastalani al-Misri

rahimahullah (923h) ketika menghuraikan hadis al-Bukhari berkata:

“Zat Allah suci dari bertempat dan bersudut”171.

Beliau berkata lagi dalam menafsirkan bahawa orang mukmin akan dapat melihat

Allah di dalam syurga:

“Firman Allah Taala ((Wajah-wajah)) ialah wajah-wajah

orang mukmin ((pada hari itu)) iaitu hari kiamat

((berseri-seri)) baik cantik penuh nikmat ((kepada

tuhannyalah mereka melihat))al-Qiyamah: 22-23, tanpa

kaifiyyah, tanpa jihah dan tanpa tempat”172.

66: Syaikh al-qadi Zakariyya al-Ansari al-Syafii al-Asy’ari rahimahullah (926h) berkata

dalam menghuraikan al-Risalah al-Qusyairiyyah:

“Sesungguhnya Allah Taala bukanlah jisim, bukan a’rad,

tiadalah Dia bertempat dan tidak berzaman”173.

Kata beliau lagi;

“Tiada bertempat bagiNya seperti mana tiada berzaman

bagiNya. Kerana Dia al-Khaliq (Pencipta) bagi setiap

tempat dan zaman”174.

170 Lihat Syarah al-Suyuti Li Sunan al-Nasa’I, 1 / 576.171 Irsyad al-Sari, al-Qastalani, 15 / 451.172 Opcit, 15 / 462.173 Hasyiah al-Risalah al-Qusyairiyyah, ms: 2.174 Ibid, ms: 5.

Page 68: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

67: Syaikh al-Sya’roni al-Misri rahimahullah (973h) dalam kitabnya Lataif al-Minan Wa

al-Akhlaq berkata:

“Antara anugerah Allah Tabaraka Wa Taala kepadaku

ialah aku tidak pernah berkata berkenaan sudut terhadap

al-Haq Tabaraka Wa Taala semenjak aku masih kecil,

ianya merupakan pemeliharaan Allah Subhanahu Wa

Taala bagiku”175.

68: Syaikh Syihab al-Din Ahmad Bin Muhammad yang lebih dikenali sebagai Ibn Hajar

al-Haitami rahimahullah (974h) berkata:

“Akidah imam al-sunnah Ahmad Bin Hanbal Radiyallahu

Anhu bertepatan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah

yang amat bersungguh-sungguh menyucikan Allah Taala

dari apa yang dikatakan oleh orang-orang yang zalim lagi

ingkar (terhadap Allah) seperti berjihah dan berjisim dan

lain-lain yang merupakan sifat-sifat kekurangan. Bahkan

(menyucikan) dari setiap sifat yang bukan padanya

kesempurnaan secara mutlak.

Apa yang masyhur di antara golongan yang

menasabkan mereka kepada imam yang agung lagi

mujtahid ini bahawa beliau pernah mengatakan sesuatu

berkaitan dengan jihah dan seumpamanya maka ianya

merupakan satu pendustaan dan pembohongan terhadap

beliau”176.

69: Syaikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini al-Misri rahimahullah (977h) berkata:

175 Lataif al-Minan Wa al-Akhlaq, al-Sya’roni, ms: 275.176 Al-Fatawa al-Hadisiyyah, al-Haitami, ms: 144.

Page 69: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Telah nyata sabit dengan dalil yang putus sesungguhnya

(Allah) bukanlah memerlukan ruang (bertempat), jika tidak

demikian, akan menjadikan (Allah) berjisim”177.

70: Syaikh Mulla A’li al-Qari al-Hanafi rahimahullah (1014h) berkata:

“Berkenaan U’luNya Taala di atas hamba-hambanya

berdasarkan kepada firman Allah ((Dan Dialah (Allah)

yang Maha Berkuasa (qahirun) atas sekelian hamba-

hambaNya)) Surah al-An’am: 18.

Maka U’lu dari sudut kedudukan, martabat,

bukannya u’lu tempat seperti mana yang diputuskan di sisi

ahli sunnah wal jamaah bahkan sekelian golongan islam di

kalangan Muktazilah, al-Khawarij dan sekelian ahli

bid’ah, kecuali golongan dari al-mujassimah dan pengikut

yang jahil dari al-Hanabilah yang mengatakan sudut (bagi

Allah). Maha Tinggi Allah dari yang demikian ketinggian

yang penuh kebesaran”178.

Mulla A’li al-Qari berkata dalam kenyatan beliau yang lain:

“Sesungguhnya Subhanahu Wa Taala tidaklah bertempat

dari tempat-tempat begitu juga tidak berzaman dari

zaman-zaman. Ini kerana tempat dan zaman semuanya

merupakan makhluk dan Dia Subhanah telah wujud azali

dan tiada bersamaNya sesuatupun dari kewujudan”179.

71: Syaikh Muhammad Bin Ali yang terkenal sebagai Ibn A’llan al-Siddiqi al-Syafii

rahimahullah (1057h) berkata:

177 Tafsir al-Quran al-Karim, al-Syarbini, Surah al-Mulk: 16, 4 / 344.178 Syarah al-Fiqh al-Akbar, A’li al-Qari, ms: 196-197.179 Ibid, ms: 64.

Page 70: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Sesungguhnya Allah Taala di atas setiap yang wujud

secara kedudukan dan penguasaan, bukannya tempat dan

jihah”180.

72: Syaikh Kamal al-Din al-Bayadi al-Hanafi rahimahullah (1098 h) berkata ketika

menghuraikan kata-kata Imam Abu Hanifah:

“Telah berkata (Abu Hanifah) dalam al-Fiqh al-Absad:

“Adalah Allah Taala (wujud azali) tanpa tempat, Dia

wujud sebelum menciptakan tempat, Dia wujud tiada

bagiNya aina (di mana)”,iaitu tempat “dan tiada kejadian

mahupun sesuatu, dan Dialah pencipta setiap sesuatu”,

yang mangadakannya selepas tiada. Maka tiada

sesuatupun dari tempat dan jihah itu qadim”181.

Al-Bayadi al-Hanafi berkata lagi:

“Dan pertemuan dengan Allah Taala bagi ahli syurga

adalah benar tanpa kaifiyyah dan tanpa tasybih

(persamaan dengan makhluk) baginya Taala dengan

sesuatu dari makhlukNya, tanpa jihah, tanpa memerlukan

ruang pada sesuatu dari yang bersudut.

Perkara ini menunjukkan: Pertama; Sesungguhnya

Taala dilihat tanpa tasybih dengan hambaNya dalam

syurga dengan cara (Allah) menciptakan kekuatan untuk

melihat pada pandangan mata tanpa perlu kepada

memerlukan ruang, bertemu, berhadapan dan

tanpa………”182

73:Syaikh Abdullah Bin A’lawi al-Haddad al-Hadrami al-Husaini rahimahullah (1132h)

berkata:

180 Al-Futuhat al-Rabbaniyyah, Ibn A’llan, 7 / 327.181 Isyarah al-Maram, al-Bayadi, ms:197.182 Ibid, ms: 201.

Page 71: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Sesungguhnya Taala suci dari berzaman dan bertempat,

juga dari persamaan dengan makhluk, tidak diliputi Dia

oleh sudut-sudut”183.

74: Syaikh Abdu al-Ghani al-Nabulisi al-Hanafi rahimahullah (1143h)

berkata:

“Maka suci Subhanahu Wa Taala dari sekelian tempat-

tempat al-a’lawiyyah (yang di atas seperti langit) dan al-

sufliyyah (yang dibawah seperti bumi) dan antara

keduanya”184.

Kata beliau lagi:

“Al-jihat kata jamak (ramai atau banyak) dari (kata

tunggal) jihah. Ianya enam: atas, bawah, kanan, kiri,

depan dan belakang. Jihah di sisi ulama kalam pula ialah

tempat itu sendiri berdasarkan sandaran jisim yang lain

kepadanya. Keadaan jisim pada jihah bermakna

keadaannya yang disandarkan kepada jisim yang lain.

Sehinggakan sekiranya jisim-jisim kesemuanya tiada,

sudah pasti terhapus jihat kesemuanya.

Kerana jihat terjadi berdasarkan kedudukan jisim-

jisim dan sandarannya seperti mana yang kami kemukakan

berkaitan tempat dan zaman. Ianya ternafi bagi Allah

Taala zaman dan tempat, (oleh itu) ternafilah jihat

kesemuanya dari (Allah) Taala juga. Kerana semua itu

merupakan kelaziman bagi jisim-jisim dan ianya mustahil

bagi hakNya Taala”185.

183 Akidah Ahlu al-Islam, al-Haddad, ms: 12.184 Ro’ihah al-Jannah Syarah Idho’ah al-Dujnah, al-Nabulisi, ms: 48.185 Ibid, ms: 48-49.

Page 72: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Untuk lebih memahami kata beliau ini, elok merujuk kepada apa yang disebutkan

oleh Imam al-Ghazali seperti yang dimuatkan dinombor 27.

75: Al-hafiz Muhammad Murtadha al-Zabidi al-Hanafi rahimahullah (1205h) berkata:

“Sesungguhnya (Allah) Subhanah tidak bertempat bagiNya

dan tanpa jihah”186.

Dan:

“Sesungguhnya Allah Taala suci lagi terpelihara dari

perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain

dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Demikian juga bercantum dan berpisah, maka

sesungguhnya keduanya merupakan sifat-sifat makhluk”187.

76: Syaikh sufi yang zuhud al-allamah Khalid Bin Ahmad al-Naqsyabandi

rahimahullah(1242h) berkata:

“Aku bersaksi bahawa sesungguhnya Allah bukanlah

berjisim, bukanlah jauhar dan bukan a’rad, begitu juga

sifat-sifatNya tidak berada padanya (sifat-sifat) seuatu

yang baharu, tidak menjelma pada sesuatu (hulul) dan

tidak bersatu dengan yang lainnya (ittihad). Terpelihara

dari tajsim dan yang lahir darinya, suci dari sudut-sudut

dan pelusuk-pelusuk”188.

Syaikh Khalid ini mengatakan bahawa Allah tidak menjelma pada sesuatu pun

dari makhluknya iaitu menafikan akidah hulul. Akidah hulul ialah kepercayaan bahawa

Allah boleh menjelma dalam makhlukNya seperti menjelma dalam tubuh badan manusia.

Beliau juga menafikan bahawa Allah tidak bersatu dengan makhlukNya iaitu menafikan

kepercayaan ittihad. Ia bermaksud menafikan yang baharu seperti manusia dari bersatu

dengan Allah yang qadim. Kedua akidah ini kufur seperti yang disebutkan oleh Imam al-

186 Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, al-Zabidi, 2 / 24.187 Ibid, 2 / 25.188 Ulamak al-Dimasq Wa A’yanuha Fi al-Qarni al-Salis A’syar al-Hijri, 1 / 312.

Page 73: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Suyuti dalam al-Fatawa al-Hadisiyyah. Kedua akidah ini merupakan kepercayaan sesat

sebahagian ahli tasauwuf yang menyeleweng.

77: Syaikh Muhammad Osman al-Miraghini al-Makki al-Hanafi (1268h) berkata:

“Mukhalafatuhu Li al-Hawadis bermaksud tidak

bersamaan dengan sesuatu pun yang baharu. Bukanlah

(Allah) Taala jauhar, jisim, a’rod, bergerak dan diam,

tidak disifatkan (Allah) Taala sebagai (berjisim) kecil atau

besar, tidak (bersudut) atas mahu pun bawah, tidak hulul

pada tempat-tempat, tidak ittihad, tidak bersambung dan

bercerai, tiada (bagiNya arah) kanan, kiri, belakang dan

depan, begitu juga selain yang tersebut dari sifat-sifat al-

hawadis”189.

78: Syaikh Ibrahim al-Baijuri al-Syafii (1277h) berkata:

“-Sesungguhnya Allah Taala-dilihat tanpa takyif bagi

seseorang dengan kaifiyyat dari kaifiyyat yang baharu

seperti berdepan, sudut, memerlukan ruang dan selain

itu”.190

Kata beliau lagi:

“Wajib bagi hak Allah Taala al-Qiyam Bi al-Nafs.

Maknanya Allah Taala tidak berhajat kepada tempat begitu

juga kepada mukhassis”191.

Antara sifat 20 bagi Allah yang dipelajari ialah sifat Qiyamuhu Taala Bi Nafsihi

yang diterjemahkan sebagai “Berdiri Allah Taala dengan sendirinya”. Bukanlah

maksudnya Allah berdiri sebagaimana manusia atau binatang berdiri, tetapi memberi

maksud bahawa Allah bersifat tidak memerlukan bantuan, tidak berhajat kepada sebarang

189 Munjiah al-A’bid, al-Miraghini, ms: 16.190 Tuhfah al-Murid Ala Jauharati al-Tauhid, al-Baijuri, nombor bait: 54, ms: 80.191 Risalah Fi Ilmi al-Tauhid, lihat Majmuk Muhimmat al-Mutun, ms: 40.

Page 74: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

benda atau perkara. Allah tidak perlu kepada yang menentukanNya (mukhassis) untuk

menjadi begini atau begitu kerana Dia adalah tuhan yang menciptakan segalanya.

Makhluk seperti manusialah yang memerlukan kepada benda dan perkara, serta perlu

kepada mukhassis.

Contohnya untuk hidup, manusia bergantung atau perlu kepada ruh, oksigen,

makan dan minum, tubuh badan, darah, tempat, masa dan sebagainya. Kesemua itu, Allah

yang mencipta dan menentukan demikian kerana Dia adalah pencipta dan manusia adalah

makhluk. Bagi Allah tiada sesuatupun menentukanNya dan Dia Maha Kaya dari

memerlukan kesemua tersebut.

79: Syaikh al-muhaddis Abu al-Mahasin Muhammad al-Qawiqiji al-Hanafi (1305h)

berkata:

“Apabila telah berkata bagimu: Di manakah Allah?

Jawablah: Bersama setiap orang dengan ilmunya (bukan

zatNya), di atas setiap orang dengan qudratNya, yang

Zahir bagi setiap sesuatu dengan kesan-kesan sifatNya,

yang Batin dengan hakikat zatNya (tidak dapat

digambarkan), terpelihara dari sudut dan jisim, maka tidak

dikata bagiNya kanan, kiri, belakang, depan, bukan di atas

Arasy mahu pun bawahnya, bukan di kanannya mahu pun

kirinya, bukan di dalam alam mahu pun di luarnya. Tidak

dikatakan: Tidak mengetahui tempatNya kecuali Dia”192.

80: Syaikh Muhammad Husnain Makhluf (1355h), mufti Negara Mesir berkata:

“Sesungguhnya Allah terpelihara dari segala kekurangan

dan sifat-sifat yang baharu, antaranya zaman dan tempat.

Oleh itu tidak diiringiNya oleh zaman dan tidak diliputi

oleh tempat, di mana Dialah al-Khaliq bagi keduanya.

Maka bagaimanakah Dia perlu kepada keduanya”193.

192 Al-Iktimad Fi al-Iktikad, al-Qawiqiji, ms: 2.193 Mukhtasar Syarah Akidah Ahlu al-Islam, Husnain Makhluf, ms: 12-13.

Page 75: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Dalam kata beliau yang lain:

“Tidak dilingkungi oleh sudut-sudut seperti hadapan,

belakang, atas, bawah, kanan dan kiri oleh kerana ianya

nisbah yang baharu dengan baharunya sesuatu, sedangkan

Allah Taala Qadim azali”194.

81: Syaikh Yusuf al-Dajwa al-Misri (1365h) dalam Majalah al-Azhar yang dikeluarkan

oleh syaikh-syaikh al-Azhar di Mesir berkenaan tafsiran firman Allah Taala:

((Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi)) Surah al-

A’la: 1.

berkata:

“Al-A’la sifat Tuhan. Dimaksudkan al-Ulu (ketinggian)

ialah al-Ulu dengan kegagahan serta kekuasaan, bukan

bertempat dan bersudut kerana suciNya dari demikian”195.

Beliau menegaskan lagi:

“Ketahuilah bahawa salaf mengatakan mustahilnya al-Ulu

tempat bagi Allah Taala, berlainan dengan sebahagian

golongan yang jahil….”196.

Syaikh al-Dajwa merupakan salah seorang anggota ulama-ulama besar di al-

Azhar, Mesir. Rujuk makalah beliau yang berjudul Tanzih Allah Ani al-Makan Wa al-

Jihat197 untuk mengetahui lebih lanjut. Oleh itu jangan tertipu oleh golongan al-

musyabbihah yang mengaku sebagai salafus soleh atau salafiyyun. Sebenarnya mereka

pengikut salaf al-toleh dari golongan al-musyabbihah terdahulu yang didominasi oleh

Yahudi laknatullah.

82: Syaikh Muhammad Abdul Azim al-Zurqani (1367h) yang merupakan pensyarah

Ulum al-Quran dan hadis di kuliah usuluddin di al-Azhar, Mesir berkata:194 Opcit, ms: 12-13.195 Majalah al-Azhar, Bulan Muharam, 1357h, Jilid 9, 1 / 16.196 Ibid, 1 / 17.197 Maqalat Wa Fatawa al-Dajwa, al-Dajwa, 1 / 183-194, 201-211.

Page 76: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Dalil-dalil yang putus menunjukkan sucinya Allah dari

menyamai ciptaanNya atau perlu kepada sesuatu darinya,

tidak kiralah sama ada tempat ia menjelma padanya atau

yang lain”198.

Beliau menegaskan lagi dengan berkata:

“Sebelum Dia menciptakan zaman dan tempat dan sebelum

berlaku di sana arah yang enam, tiada bagiNya arah dan

tempat, dan Dia sekarang seperti dahulu, tanpa arah dan

tempat”199.

Selepas dari kata-kata ini, beliau mengecam golongan yang mendakwa sebagai al-

salafiyyah dan menerangkan kebatilan iktikad mereka serta membongkarkan syubhah

yang dilontarkan oleh mereka. Rujuklah buku beliau Manahil al-U’rfan untuk

mengetahui lebih lanjut.

83: Wakil Syaikh-syaikh islam di zaman Khilafah Osmaniyyah, Syaikh Muhammad

Zahid al-Kausari al-Hanafi (1371h) berkata selepas menerangkan dalil-dalil berkenaan

sucinya Allah dari bertempat dan sudut:

“Maka zahirlah demikian, kebatilan untuk berpegang

dengan kalimat fauqa (atas) dari ayat-ayat dan hadis-hadis

bagi menetapkan jihah bagiNya Taala. Maha Tinggi Allah

dari apa yang diiktikadkan oleh al-mujassimah”200.

Seterusnya beliau berkata pula ketika menghuraikan ayat 11, dari Surah al-Syura:

“Firman Allah Taala ((Tiadalah sesuatupun menyerupai

Dia (Allah)))Surah al-Syura:11,menaskan dalam

198 Manahil al-Urfan Fi Ulum al-Quran, al-Zurqani, 2 / 186. Tertulis di hadapan kulit muka kitab ini bahawa ianya cetakan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi al-Azhar bagi pengajian di kuliah al-Azhar. Ianya bermakna al-Azhar di Mesir mengajarkan umat akidah tanzih berlainan dengan orang yang mengaku salaf tetapi mengajar akidah Yahudi.199 Ibid, 2 / 190.200 Takmilah al-Roddu Ala Nuniayyah Ibn al-Qaiyyim, al-Kausari, ms: 88.

Page 77: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

menafikan jihah dari Allah Taala, sekiranya tidak ternafi

dariNya jihah sudah pasti bagiNya persamaan-persamaan

yang tidak terbilang, Maha Suci Allah dari yang

demikian”201.

Syaikh al-Kausari memuatkan kata-katanya dalam kitab beliau yang merupakan

sanggahan dan kecaman beliau terhadap qasidah yang disusun oleh Ibn al-Qaiyyim al-

Jauziyyah. Qasidah tersebut telah memperbodohkan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah di

mana Ibn al-Qaiyyim menisbahkan kepada Ahli Sunnah sebagai al-muattilah dan al-

Jahmiyyah. Sebelum itu qasidah tersebut dikecam oleh al-hafiz Imam Taqiy al-Din al-

Subki dalam kitab beliau yang berjudul Al-Saif al-Soqil Fi al-Roddi Ala Ibn Zafil.

84: Al-muhaddis Syaikh Muhammad Arabi al-Tibban al-Maliki, pensyarah di Madrasah

al-Fallah dan di Masjid al-Makki (1390h) berkata:

“Bersepakat cerdik pandai di kalangan Ahli Sunnah yang

bermazhab al-Syafii, Hanafi, Maliki dan Fudolak al-

Hanabilah dan selain mereka bahawa Allah Tabaraka Wa

Taala suci dari sudut, jisim, had, tempat dan persamaan

dengan makhluk-makhklukNya”202.

85: Syaikh Muhammad al-Tahir Bin A’syur al-Maliki (1393h). Beliau merupakan ketua

para mufti bagi Mazhab Maliki di Tunis dan merupakan Syaikh Universiti al-Zaitun dan

cawangannya di Tunis. Beliau berkata:

“Firman Allah Taala ((Siapa yang di langit)) Surah al-

Mulk: 17, di dua tempat (dalam al-Quran) dalam kategori

al-mutasyabih yang secara zahir bermakna menjelma di

tempat, (makna) demikian itu tidak sesuai bagi Allah”203.

201 Opcit, ms: 102.202 Baraah al-Asy’ariyyin Min Aqaid al-Mukhalifin, 1 / 79.203 Tafsir al-Tahriru Wa al-Tanwir, Ibn A’syur, 29 / 33.

Page 78: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

86: Muhaddis Negara Maghribi Syaikh Abdullah Bin Muhammad al-Siddiq al-Ghumari

(1413h) berkata:

“Telah berkata al-Nisaburi dalam tafsir beliau: Berkenaan

firmanNya ((Dan mengangkatmu (Nabi Isa) kepadaKu))

Surah Ali Imran:55, maka golongan al-musyabbihah

berpegang teguh dengan yang seumpamanya bagi

menetapkan tempat bagi Allah dan sesungguhnya Dia di

langit, tetapi dalil-dalil yang putus telah menunjukkan

bahawa Allah Maha Suci dari bertempat dan sudut. Oleh

itu wajiblah membawa zahir (ayat) ini kepada takwil

bahawa maksudnya ialah: kepada tempat kemuliaanKu”204.

87: Syaikh Abdu Rabbah Bin Sulaiman Bin Muhammad yang lebih terkenal dengan al-

Qaliubi al-Misri, salah seorang ulama al-Azhar berkata:

“Kami berkata: Dari apa yang di tetapkan oleh akal dan

naqal (nas) bahawa Allah Taala tuhan yang Qadim, Maha

Kaya dari selainNya, dan selainNya memerlukanNya.

Maka bagaimanakah Dia menjelma di langit sedangkan

ianya dalil kepada memerlukan. Sesungguhnya Allah Taala

sekiranya bertempat sudah pasti ada kadar yang

merupakan penghujungnya, sekiranya demikian maka

ianya baharu, dan Allah Taala Qadim, maka mustahil

bagiNya muncul di tempat atau sudut”205.

88: Syaikh al-muhaddis Abdullah al-Harari yang lebih terkenal sebagai al-Habasyi

berkata:

“Ahli yang haq berkata: Sesungguhnya Allah bukanlah

bertempat di sesuatu tempat, iaitu tidak harus bagiNya

bersentuhan dengan tempat dan menetap di atasnya.

Tempat pula bukan hanya bermaksud yang bersambung

204 Akidah Ahlu al-Islam Fi Nuzuli I’sa Alaihi al-Salam, Abdullah al-Ghumari, ms: 29.205 Faid al-Wahhab Fi Bayan Ahli al-Haq, al-Qaliubi, 2 / 26-27.

Page 79: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

dengan sesuatu jisim dalam keadaan dua jisim yang dapat

dirasai sahaja, bahkan ruang kosong yang memenuhi

sesuatu jisim padanya, menjadi tempat baginya. Seperti

matahari, tempatnya ruang kosong di mana ia beredar

padanya206.

Di kalangan al-musyabbihah, al-Karramiyyah serta

al-mujassimah, Allah Taala menetap di atas Arasy. Mereka

berpegang dengan zahir firman Allah Taala ((Al-Rahman

di atas Arasy istawa)) Surah Taha: 5, lalu mereka

mengatakan: al-istiwak adalah menetap, sebahagian

mereka yang lain berkata: duduk. Bagi golongan al-

musyabbihah, sebahagian mereka beriktikad bahawa Allah

menetap di atas Arasy. Memadai bagi mereka dengan

ucapan ini tanpa menafsirkan adakah menetap ini secara

bersambung (bersentuh) atau menetap tanpa bersentuh

(terapung). Sebahagian yang lain pula secara terang

mengatakan duduk”207.

Seterusnya Syaikh Abdullah menyambung berkenaan akidah keji tersebut:

“Lebih keji dari iktikad yang sesat ini ialah beriktikad

bahawa Allah Taala duduk atas Arasy atau berdiri di

atasnya. Ini kerana ianya menjadikan Allah Taala yang

ditanggung oleh Arasy dan Arasy pula ditanggung oleh

malaikat-malaikat.

206 Ada sesuatu yang menarik dari kata-kata Syaikh Abdullah di sini. Ijmak Ahli Sunnah memutuskan bahawa matahari yang beredar dan bumi pula tetap. Ianya berdasarkan firman Allah dalam Surah Yasin ayat 38 disamping dalil-dalil lain yang menerangkan bahawa matahari yang beredar. Tiada dalil yang menyebutkan bumi beredar. Oleh itulah Syaikh Abdullah menolak teori orientalis barat dalam satu penulisan beliau dalam Majalah Manar al-Huda. Teori itu diterima pakai oleh masyarakat dunia di mana oreantalis hanya mengagungkan akal berdasarkan logik semata-mata, sedangkan umat islam mengagungkan wahyu yang melampaui batasan akal. Jika mereka mengatakan itulah fakta ilmiah dan sains membuktikannya, ia masih merupakan teori dan adakah sains boleh menetapkan adanya Syurga dan Neraka, di mana Allah telah pun ciptakan keduanya dan berbagai lagi yang menjadi tunjang akidah umat islam??? Lihat nukilan ijmak tersebut dalam al-Farqu Baina al-Firaq oleh Abu Mansur al-Baghdadi.207 Syarah al-Akidah al-Thahawiyyah, al-Harari, ms: 164-165.

Page 80: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Berdasarkan iktikad ini malaikat-malaikat telah

menanggung Allah Taala. Maka bagaimanakah layak

dengan tuhan yang menjadikan seluruh isi alam

ditanggung oleh sesuatu dari makhlukNya sendiri”208.

Amat bernas sekali apa yang dijelaskan oleh Syaikh Abdullah bagi menolak dan

mengecam golongan al-musyabbihah yang terkutuk. Apakah seseorang yang berakal

akan mengatakan dan beriktikad bahawa Allah ditanggung, dijaga serta dipelihara oleh

makhlukNya sendiri? Waliyazubillah. Sedangkan Allah jualah yang menciptakan segala

isi langit dan bumi.

Ucapan serta iktikad yang mengatakan Allah berada di atas Arasy lalu ditanggung

oleh malaikat inilah yang di kecam oleh Imam Ja’far al-Sadiq seperti yang telah

dikemukakan pada nombor tiga dalam fasal pertama; Iktikad Ahli Sunnah kewujudan

Allah tanpa bertempat.

208 Opcit, al-Harari, ms: 164-165.

Page 81: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

FASAL KEDUA

KEBATILAN UCAPAN ALLAH DI MANA-MANA

Selepas dihidangkan dengan kata-kata ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah berkaitan

iktikad yang sebenar bahawa Allah wujud tanpa bertempat, maka sudah semestinya pula

kita menghindarkan diri kita dari mengucapkan perkataan “Allah di mana-mana”.

Ucapan ini sekalipun dimaksudkan oleh seseorang sebagai “Allah Maha Mengetahui

setiap sesuatu” tetapi lafaznya adalah batil dan tidak tepat sama sekali dengan

maksudnya. Mari kita teliti batilnya ucapan tersebut seperti yang diterangkan oleh ulama

Ahli Sunnah seperti berikut:

1: Ibn Furok al-Asy’ari (406h) berkata:

“Ketahuilah bahawa al-Salji dahulunya berpendapat

seperti Mazhab al-Najjar pada mengatakan bahawa Allah

di setiap tempat dan ianya merupakan Mazhab al-

Muktazilah. Takwil ini (iaitu Allah di mana-mana) di sisi

kami adalah mungkar kerana tidak boleh dikatakan

sesungguhnya Allah Taala di satu tempat atau di setiap

tempat”209.

Beliau berkata lagi sebagai bantahan bagi sesiapa yang menakwilkan sebagai

Allah Maha Mengetahui bagi ucapan Allah di mana-mana:

“Apabila mereka kembalikan pada makna yang diucapkan

(iaitu Allah di mana-mana) sebagai ilmu dan mentadbir,

maknanya memang sahih (tetapi) lafaz ditegah. Tidakkah

mereka melihat bahawa tidak boleh diterima (lafaz) untuk

mengatakan sesungguhnya Allah Taala berjiran bagi setiap

209 Musykil al-Hadis, Ibn Furok, ms:63.

Page 82: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

tempat, bersentuhan dengannya, menjelma padanya atau

berada padanya berdasarkan makna sesungguhnya Dia

Alim (dengan perkara) demikian, yang mentadbirnya”210.

2: Al-hafiz Abu Bakar al-Baihaqi al-Syafi’i al-Asy’ari (458h) berkata:

“Seperti mana yang kami tuliskan dari ayat-ayat

(merupakan) dalil untuk membatalkan dakwaan bagi

sesiapa yang menyangkakan dari golongan al-Jahmiyyah

bahawa Allah Subhanahu Wa Taala zatNya (diriNya) di

setiap tempat. Firman Allah Taala ((Dan Dia di mana

sahaja kamu berada)) Surah al-Hadid: 4, dimaksudkan

ilmuNya bukan zatNya”211.

3: Syaikh Abu Hamid al-Ghazali al-Syafii al-Asy’ari Rahimahullah (505h) berkata ketika

membantah terhadap Jahmun Bin Safwan:

“……..Antaranya silap sesiapa yang berkata:

Sesungguhnya Dia (Allah) di setiap tempat. Dan sesiapa

sahaja yang menisbahkanNya kepada tempat atau jihah

telah sesat”212.

Ini merupakan penafian yang jelas dari Imam al-Ghazali bahawa tidak boleh

menyebutkan kalimat Allah di setiap tempat iaitu di mana-mana. Jika ada yang

menisbahkan kepada Imam al-Ghazali berlainan dari itu maka ianya merupakan satu

penipuan terhadap beliau. Oleh itu perkara ini diterangkan oleh Syaikh Abdullah al-

Harari berkenaan kalimat yang dinisbahkan kepada Imam al-Ghazali dengan katanya:

“Perhatian; Berwaspadalah daripada kalimat dalam bait-

bait yang dinisbahkan kepada al-Ghazali yang bukan lahir

darinya iaitu rangkap ini: “Dan Dialah (Allah) di setiap

pelusuk senantiasalah Dia”. Sesungguhnya ianya

210 Opcit, ms:65-66.211 Kitab al-Iktikad, al-Baihaqi, ms: 70.212 Al-Arbain Fi Usul al-Din, al-Ghazali, ms: 198.

Page 83: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

bersamaan dengan qaul Muktazilah (iaitu) Allah di setiap

tempat. Ali al-Khawas telah berkata: Tidak boleh qaul

yang mengatakan Allah di setiap tempat”213.

4: Ibn Kathir (774h) berkata:

“Telah sepakat ahli-ahli tafsir mengingkari qaul al-

Jahmiyyah yang pertama yang mengatakan sesungguhnya

Dia (Allah) di setiap tempat, Maha Suci Allah dari qaul

tersebut”214.

5: Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani al-Syafii al-Asy’ari (852h) pula berkata:

“Sesungguhnya telah timbul oleh segolongan Muktazilah

yang mengatakan bahawa Allah di setiap tempat, ianya

merupakan kejahilan yang nyata. Padanya (iaitu pada

hadis “Sesungguhnya seseorang kamu apabila

mengerjakan solatnya maka sesungguhnya dia

bermunajat kepada tuhannya, maka sesungguhnya

tuhannya di antaranya dan diantara Kiblat”) merupakan

penolakan bagi sesiapa yang menyangkakan bahawa Dia

di atas Arasy dengan zatNya”215.

Jika kita teliti dari kata-kata Ibn Hajar ini, ianya merupakan satu bantahan serta

penolakan yang jelas terhadap al-musyabbihah di samping Muktazilah. Bagi al-

musyabbihah yang mengatakan Allah Taala diriNya sendiri berada di atas Arasy, apa

yang akan mereka katakan berkenaan hadis tersebut yang jelas menyebutkan Allah dekat

dengan seseorang hamba? Bagi Muktazilah pula, pada sangkaan mereka ucapan tersebut

bertujuan menyucikan Allah Taala dari bertempat tetapi dalam masa yang sama

menyifatkan Allah Taala bertempat dan bukannya di satu tempat sahaja, tetapi di semua

tempat. Ini merupakan akidah yang teruk dan lagi keji daripada menyifatkan Allah di satu

213 Al-Dalil al-Qawim A’la al-Sirod al-Mustaqim, al-Harari, ms: 58.214 Tafsir Ibn Kathir, Ibn Kathir, 3 / 7.215 Fath al-Bari, Ibn Hajar al-Asqalani, 1 / 508.

Page 84: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

tempat sahaja. Sebabnya ia menetapkan bahawa Allah berada di tempat yang baik seperti

masjid dan berada di tempat yang keji seperti tempat maksiat dan di tempat kotor seperti

tandas, waliyazubillah.

Oleh itulah Ahli Sunnah mengatakan setiap ayat yang mutasyabihat perlu dirujuk

kepada ayat yang muhkamat agar ianya dapat dikompromikan dan seterusnya memberi

makna yang tepat melalui proses pentakwilan216. Bukannya dengan cara beriman dengan

sebahagian ayat yang mutasyabihat seolah-olah ianya muhkamat tanpa menggunakan

metod takwil, pada satu ketika yang lain pula menggunakan metod tersebut apabila

terdapat ayat mutasyabihat lain yang berlawanan dengannya. Tetapi perkara sebegini

berlaku dan dipertahankan seperti yang dilakukan oleh golongan yang beriktikad Allah di

atas Arasy. Kepada Allah jualah kita memohon hidayah.

6: Syaikh Abdul Wahhab Bin Ahmad al-Sya’roni (973h) menyebutkan bahawa Ali al-

Khawas rahimahullah berkata:

“Tidak boleh mengatakan sesungguhnya Allah Taala di

setiap tempat seperti yang dikatakan oleh al-Muktazilah

dan al-Qadariyyah”217.

7: Al-Muhaddis Syaikh Abdullah al-Harari berkata:

“Kemudian al-Muktazilah dan jumhur al-Najjariyyah

berkata: “Sesungguhnya (Allah) Taala di setiap tempat

dengan ilmu, kudrah dan tadbir bukannya zat”. (Ucapan)

ini batil kerana sesiapa yang/////////… tidak dikatakan dia di

tempat tersebut dengan ilmu. Apa yang tersebar

dikalangan sebahagian yang menasabkan diri mereka

kepada tasawwuf berkata: “Sesungguhnya Allah Taala di

setiap tempat”, tidak boleh (ucapan ini). Sesungguhnya al-

Sya’roni telah menukilkan dari Ali al-Khawas bahawa

beliau berkata: “Tidak boleh mengatakan bahawa (Allah)

216 Sila rujuk buku yang ditulis oleh penulis berkaitannya iaitu Takwil Ahli Tanzih.217 Al-Yawaqit Wa al-Jawahir, al-Sya’roni, 1 / 65.

Page 85: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Taala di setiap tempat”. Pengarang Ruh al-Bayan berkata

dalam tafsirnya: “Sesungguhnya ianya ucapan orang

tasuwwuf yang jahil”.

Pun begitu, mereka tidak mengatakan: “Maujud

(berada atau wujud) di setiap tempat”, bahkan berkata:

“Sesungguhnya (Allah) Taala di setiap tempat”, tanpa

menambahkan kalimat maujud. Berbanding dengan yang

berkata: “Sesungguhnya Allah di setiap tempat” dengan

yang berkata: “Sesungguhnya Allah maujud di setiap

tempat”.

Ada perbezaan yang ketara kerana kalimat maujud

menetapkan (bagi Allah) memerlukan ruang di sesuatu

tempat secara jelas. Kecualilah berlaku bagi sebilangan

orang yang tidak memahaminya dari ucapan tersebut

memerlukan ruang di sesuatu tempat.

Bagi mereka ini dilihat, sekiranya mereka tidak

beriktikadkan zat Allah perlukan tempat dari tempat-

tempat maka mereka tidak kafir, tetapi kalam mereka ini

salah. Asalnya kembali kepada al-Muktazilah dan al-

Jahmiyyah”218.

Syaikh Abdullah menerangkan lagi berkenaan kejinya ucapan tersebut:

“Bagaimanakah pula orang yang beriktikad Allah perlukan

ruang pada setiap tempat maka dia menjadikanNya

tersebar di tempat-tempat yang bersih dan di tempat-

tempat yang kotor. Tetapi mereka ini sebagai orang awam,

keadaan mereka menunjukkan bahawa mereka tidak

bermaksudkan (Allah) memerlukan ruang (untuk berada),

218 Izhar al-Akidah al-Sunniyyah Bi Syarhi al-Akidah al-Tahawiyyah, al-Harari, ms: 140-141

Page 86: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

yang sebenarnya memaksudkan Allah Taala iaitu

kudrahNya dan IlmuNya meliputi kejadianNya. Kecuali

sebahagian mereka beriktikad dengan iktikad yang sesat

iaitu zatNya tersebar (di serata tempat)”219.

Telah kita ketahui bahawa ulama Ahli Sunnah menerangkan kebatilan ucapan

“Allah di mana-mana” yang asalnya berpunca dari golongan al-Muktazilah dan al-

Jahmiyyah dan mereka juga amat mengutuk ucapan tersebut. Penyelewengan akidah ini

kita dapati ada diteruskan oleh seorang penulis yang dikatakan sebagai pentafsir, ahli

harakah islamiyyah serta intelek islam. Dalam kitab tafsirnya ketika menafsirkan ayat

yang bermaksud:

(( Dan dialah Allah di mana sahaja kamu berada)) Surah al-Hadid: 4,

Dia menafsirkan sebagai:

“Ianya merupakan kalimah yang menunjukkan hakikat

bukannya kinayah mahupun majaz220. Maka Allah

Subhanah bersama setiap individu dan bersama setiap

sesuatu, pada setiap waktu dan di setiap tempat”.

Bagaimanakah tafsirannya yang batil ini yang asalnya lahir dari al-Muktazilah

dan al-Jahmiyyah, amat bercanggah dengan iktikad Ahli Sunnah seperti yang telah

disebutkan, ianya menjadi rujukan segolongan yang mendakwa kononnya tafsirannya

sesuai dengan harakah islamiyyah? Antara kalamnya lagi ialah berkaitan akidah al-hulul

ketika menafsirkan Surah al-Ikhlas. Banyak lagi tafsirannya yang sesat lagi batil boleh

didapati sekiranya dibandingkan tafsirannya dengan puluhan bahkan ratusan tafsiran

ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sedia ada.

219 Izhar al-Akidah al-Sunniyyah Bi Syarhi al-Akidah al-Tahawiyyah, al-Harari, ms: 140-141220 Majaz ataupun kinayah merupakan kata kiasan dalam Bahasa Arab. Contohnya seorang murid berkata: Harimau sudah datang ke kelas. Perkataan harimau itu adalah majaz yang memberi makna seorang guru yang garang seperti harimau, bukanlah maksudnya harimau sebenar yang datang.

Page 87: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

FASAL KETIGA

HUKUM MENYIFATKAN ALLAH BERTEMPAT

Seperti yang telah dimaklumi dari apa yang telah dibentangkan berkaitan dalil-

dalil yang ampuh bahawa Allah Taala tidak bertempat, ulama Ahli Sunnah juga telah

berijmak bahawa kufur sesiapa sahaja yang menisbahkan Allah Taala bertempat. Di

bawah ini merupakan himpunan kata-kata Ahli Sunnah berkenaan hukum tersebut:

Page 88: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

1: Imam Abu Hanifah rahimahullah (150h) mengkufurkan sesiapa sahaja yang

menisbahkan kepada Allah Taala tempat seperti mana katanya:

“Sesiapa yang berkata aku tidak tahu tuhanku di langit

atau di bumi maka sesungguhnya dia kafir. Demikian juga

sesiapa yang mengatakan sesungguhnya Dia di atas Arasy

dan aku tidak tahu Arasy itu adakah ianya (berada) di

langit atau di bumi”221.

Rangkap pertama dari kata-kata Imam Abu Hanifah ini mengkafirkan sesiapa

yang menetapkan tempat bagi Allah sekalipun dia tidak pasti di mana sebenarnya.

Rangkap kedua pula menghukum kafir sesiapa yang menetapkan Allah bertempat di atas

Arasy sekali pun dia tidak tahu di mana sebenarnya Arasy berada.

Imam al-Iz Bin Abdu al-Salam al-Syafii (660h) berkata dalam kitabnya Hillu al-

Rumuz ketika menerangkan maksud Imam Abu Hanifah ini:

“Kerana ucapan ini menimbulkan sangkaan bahawa bagi

al-Haq (Allah) tempat. Sesiapa yang menyangkakan bagi

Allah tempat maka dia adalah musyabbih”222.

Kata-kata Ibn Abdu al-Salam ini disokong oleh Mulla Ali al-Qari dengan katanya:

“Tidak syak lagi bahawa Ibn Abdu al-Salam merupakan di

antara ulama yang agung dan yang paling dipercayai.

Maka wajib berpegang teguh apa yang dinukilnya”223.

2: Imam Abu Ja’far al-Thahawi (321h) dalam risalah akidahnya yang masyhur iaitu

Akidah al-Thahawiyyah berkata:

“Barang sesiapa menyifatkan Allah Taala dengan sifat-

sifat manusia sesungguhnya dia telah kafir”.

3: Abu al-Qasim al-Qhusyairi (465h) dalam risalahnya berkata:221Al-Fiqh al-Absad, lihat dalam Majmuah Rasail Abi Hanifah yang disunting oleh al-Kausari, ms: 12.222 Dinukilkan oleh Mulla Ali al-Qari dalam Syarah al-Fiqh al-Akbar selepas beliau selesai menghuraikan risalah tersebut, ms: 198.223 Syarah al-Fiqh al-Akbar, Ali al-Qari, ms: 198

Page 89: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Aku telah mendengar Imam Abu Bakar Bin Furok

Rahimahullah berkata: Aku telah mendengar Abu Osman

al-Maghribi berkata: Aku dahulunya beriktikad sesuatu

berkenaan hadis al-jihah, ketika mana aku memasuki

Baghdad hilanglah demikian dari hatiku.Lalu aku tuliskan

kepada sahabat-sahabat kami di Mekah:Ssesungguhnya

aku telah islam kembali sekarang islam yang baru”224.

4: Abu al-Muin Maimun Bin Muhammad al-Nasafi al-Hanafi (508h) berkata:

“Allah Taala menafikan persamaan antara zatNya dengan

zat daripada sesuatu yang lain. Maka ucapan yang

menyebutkan penetapan tempat bagiNya (Allah)

merupakan penolakan terhadap nas (al-Quran dan hadis)

yang muhkam (iaitu firman Allah Taala yang bermaksud

((Tiadalah sesuatupun menyerupai Dia (Allah) ))Surah

al-Syura: 11, yang tiada kebarangkalian padanya selain

makna tersebut yang zahir. Maka penolakan terhadap nas

adalah kafir. Moga Allah memelihara kita dari yang

demikian”225.

Kata beliau lagi:

“Pandangan mengenai tempat (iaitu mengatakan Allah

bertempat) menafikan tauhid”226.

5: Syaikh Zain al-Din yang lebih terkenal sebagai Ibn Nujaim al-Hanafi (970h) berkata:

“Kafir sesiapa yang menetapkan bagi Allah Taala tempat.

Sekiranya dia berkata: Allah fi al-samak (di langit) dengan

memaksudkan kata hikayat (iaitu menceritakan kembali)

seperti mana yang tersebut dalam al-akhbar (iaitu nas

224 Al-Risalah al-Qhusyairiyyah, al-Qhusyairi, ms: 5.225 Tabsirotu al-Adillah, al Nasafi, 1/ 169.226 Ibid, 1 / 171.

Page 90: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

seperti hadis al-jariyyah) tidaklah kafir, sekiranya pula

memaksudkan tempat, dia kafir”227.

6: Syaikh Syihab al-Din Ahmad Bin Muhammad al-Misri al-Syafii al-Asy’ari yang lebih

dikenalai sebagai Ibn Hajar al-Haitami (974h) berkata:

“Ketahuilah! Bahawa al-Qorafi dan selain beliau

menceritakan dari al-Syafii, Malik, Ahmad dan Abu

Hanifah Radiyallahu Anhum berkenaan kafir ucapan

orang-orang yang berkata al-jihah dan al-tajsim (bagi

Allah), dan mereka benar-benar (maksudkan) demikian”228.

Apa yang disebutkan oleh Ibn Hajar al-Haitami dari al-Qurafi ini amat terang dan

jelas bahawa ijmak Mazhab Ahli Sunnah dari imam mazhab yang empat iaitu Mazhab

Hanafi (Imam Abu Hanifah, al-Nu’man Bin Sabit), Mazhab Maliki (Imam Malik Bin

Anas), Mazhab al-Syafii (Imam Al-Syafii, Muhammad Bin Idris) dan Mazhab Hanbali

(Imam Ahmad Bin Hanbal) menghukumkan sebagai kafir sesiapa yang mengatakan Allah

dengan sifat-sifat makhluk atau menjisimkan Allah. Al-Qorafi merupakan seorang ulama

usul yang masyhur dan beliaulah yang menukilkan ijmak dari mazhab yang empat

tersebut.

7: Syaikh Mulla Ali al-Qari al-Hanafi (1014h) berkata:

“Maka siapakah yang terlebih zalim daripada orang yang

berdusta terhadap Allah atau mendakwa dengan dakwaan

yang tertentu, terkandung penetapan tempat, al-hai’ah

(cara-cara) dan sudut dari berdepan (sesuatu dengan

sesuatu), wujudnya jarak dan seumpamanya seperti

keadaan itu, maka jadilah kafir tidaklah disangsikan”229.

Beliau menambah lagi dengan katanya yang lain:

227 Al-Bahru al-Raiq, Ibn Nujaim, Bab Ahkam al-Murtaddin, 5 / 129.228 Al-Minhaj al-Qawim, al-Haitami, ms: 224.229 Syarah al-Fiqh al-Akbar selepas selesai beliau mensyarahkannya, ms: 215.

Page 91: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

“Bahkan telah berkata keseluruhan mereka (iaitu salaf)

dan dari khalaf: Sesungguhnya iktikad al-jihah kafir

seperti yang dijelaskan aleh al-Iraqi. Dan (al-Iraqi) telah

berkata: Sesungguhnya ia merupakan qaul (yang datang)

dari Abu Hanifah, Malik, al-Syafii, al-Asy’ari dan al-

Baqillani”230.

8: Syaikh al-Allamah Kamal al-Din al-Bayadi al-Hanafi (1098h) dalam menghuraikan

kata-kata Imam Abu Hanifah berkata:

“Pertama: Sesungguhnya ucapan orang yang berkata al-

jismiyyah (bagi Allah) dan al-jihah memungkiri kewujudan

sesuatu melainkan yang dapat dicapai dengan

pancaindera. Maka antara mereka memungkiri bahawa zat

Allah terpelihara (suci) dari (bersifat) demikian (iaitu zat

Allah tidak dapat dicapai dengan pancaindera). Maka

semestinya bagi mereka ini kafir tidaklah disangsikan..

Kedua: Kafir sesiapa yang mentasybihkan (Allah)

dan bertempat. Kepadanya ditunjukkan dengan hukum

yang tersebut bagi yang menetapkannya (tasybih bagi

Allah).Ianya (hukum kafir merupakan pendapat) yang

dipilih oleh Imam al-Asy’ari. Beliau telah berkata dalam

(kitabnya) al-Nawadir: “Barang sesiapa yang beriktikad

bahawa Allah jisim maka dia bukanlah orang yang

mengenali penciptanya dan sesungguhnya dia telah kafir

denganNya”. Ianya seperti (yang termuat) dalam Syarah

al-Irsyad oleh Abu Qasim al-Ansari”231.

9: Syaikh Abdu al-Ghani al-Nabulisi al-Hanafi (1143h) berkata:

“Berkenaan bahagian-bahagian kafir maka berdasarkan

syarak ianya (terbahagi kepada) tiga bahagian yang

230 Mirqatu al-Mafatih, Ali al-Qari, 3 / 300.231 Isyaratu al-Maram, al-Bayadi, ms: 200.

Page 92: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

kembali ke semua jenis-jenis kafir kepadanya iaitu al-

tasybih, al-ta’til, al-takzib…………...

Tasybih ialah iktikad bahawa Allah menyamai

sesuatu dari kejadianNya seperti 1) orang-orang yang

beriktikad bahawa Allah Taala berjisim di atas Arasy, 2)

atau beriktikad bahawa bagiNya dua tangan berdasarkan

makna keduanya anggota, 3) atau bagiNya gambaran

seseorang atau bercirikan cara-cara seseorang, 4) atau

Dia adalah cahaya yang tergambar di fikiran, 5) atau dia

(berada) di langit atau di sudut-sudut tertentu yang enam,

6) atau Dia di sesuatu tempat dari tempat-tempat atau di

semua tempat, 7) atau Dia memenuhi ruang langit dan

bumi, 8) atau bagiNya (Allah) hulul (menjelma) pada

sesuatu dari segala sesuatu (makhluk) atau (menjelma)

pada setiap sesuatu, 9) atau Dia ittihad (bercantum atau

bergabung) dengan sesuatu atau setiap sesuatu, 10) atau

sesuatu menjelma dariNya atau (Allah merupakan dari)

sesuatu itu. Kesemua (yang disebutkan) itu kafir yang

nyata waliyazubillah Taala. Sebabnya kerana kejahilan

untuk mengetahui perkara tersebut secara sebenarnya”232.

10: Syaikh Muhammad Bin I’llisy al-Maliki Rahimahullah (1299h) ketika menghuraikan

perkara yang menyebabkan kafir berkata:

“Dan (kafir) seperti beriktikad jismiyyah bagi Allah dan

memerlukan ruang (tempat). Maka sudah semestinya

(iktikad demikian) menjadikanNya baharu dan perlu

kepada yang menjadikannya”233.

232 Al-Fath al-Rabbani Wa al-Faid al-Rahmani, al-Nabulisi, ms: 124. Urutan berdasarkan nombor dibuat oleh penulis untuk mudah memahaminya.233 Manhu al-Jalil Syarah Mukhtasor Khalil, I’llisy, 9 / 206.

Page 93: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

11: Syaikh al-Muhaddis Abu al-Mahasin Muhammad al-Qawiqiji al-Tarabulisi al-Hanafi

(1305h) berkata:

“Barang sesiapa yang berkata aku tidak mengetahui Allah

di langit atau di bumi, kafir (kerana dia menjadikan bagi

Allah tempat di salah satu dari keduanya)”234.

12: Dalam kitab al-Fatawa al-Hindiyyah oleh sekumpulan ulama dari India memuatkan:

“Kafir sesiapa yang menetapkan tempat bagi Allah Taala.

Sekiranya berkata: “Allah Taala di langit” bermaksud

menceritakan seperti yang tersebut secara zahir dalam nas

tidak kafir, sekiranya maksudkan dengan kata itu tempat,

dia kafir”235.

13: Syaikh Mahmud Bin Muhammad Bin Ahmad Khitab al-Subki al-Misri (1352h)

berkata:

“Telah menyoalku sebahagian yang berminat untuk

mengetahui berkenaan akidah agama dan berpegang

mengikut mazhab salaf dan khalaf pada al-mutasyabih dari

ayat-ayat serta hadis-hadis seperti berikut: Apakah yang

dikatakan oleh alim ulama yang mulia semoga Allah

memelihara mereka, bagi orang yang beriktikad bahawa

Allah Azza Wa Jalla ada jihah bagiNya dan Dia duduk di

atas Arasy pada tempat yang tertentu? Mereka mendakwa

pula ianya merupakan akidah salaf serta menyarankan

manusia agar beriktikad dengan iktikad ini.

Dia berkata kepada mereka: Sesiapa yang tidak

beriktikad demikian jadi kafir berdalilkan kepada firman

Allah ((Al-Rahman (Allah) di atas Arasy istawa))Surah

Toha:5, dan firmanNYa ((Adakah kamu beriman dengan

234 Al-I’timad Fi al-Iktikad, al-Qawiqiji, ms: 5.235 Al-Fatawa al-Hindiyyah, 2 / 259.

Page 94: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

man (sesiapa) di langit )) Al-Mulk: 16, adakah ianya

iktikad yang sahih?

Sekiranya ianya batil, adakah kafir orang yang

berkata demikian dengan iktikad yang disebutkan dan batal

segala amalannya seperti solat, puasa dan lain-lain dari

segala amalan keagamaan dan dipisahkan isterinya

darinya? Sekiranya mati dalam keadaan demikian sebelum

bertaubat, dia tidak dimandikan, tidak di sembahyangkan

dan tidak ditanam diperkuburan muslimin? Adakah sesiapa

yang membenarkannya dengan (iktikad) demikian jadi kafir

sepertinya?

Maka jawabku dengan petunjuk dari Allah, maka

aku berkata: Bismillahi al-Rahmani al-Rahim. Segala puji

bagi Allah yang memberi petunjuk kepada kebenaran,

Selawat dan Salam ke atas yang didatangkan hikmah dan

ucapan yang benar dan ke atas ahli keluarga serta

sahabat-sahabat baginda yang diberikan petunjuk oleh

Allah, yang diberikan taufiq dan kesempurnaan, amma

ba’du…

Maka hukumnya iktikad ini batil dan orang yang

beriktikadkan demikian kafir secara ijmak dari ulama

yang diambil kira (ijmak mereka) di kalangan ulama islam.

Dalil akal berkenaannya ialah Qidamnya Allah

Taala dan Mukhalafatuhu Li al-Hawadis. Dalil naqli pula

ialah firman (Allah) Taala ((Tiadalah sesuatupun

menyerupai Dia (Allah) dan Dialah Yang Maha

Mendengar lagi Maha Melihat)) Surah al-Syura: 11.

Maka setiap orang yang beriktikad bahawa (Allah)

Taala menjelma di tempat, bersambung dengannya atau

dengan sesuatu yang baharu seperti Arasy, Kursi, langit,

bumi atau selainnya, berpisahlah isterinya, wajiblah dia

Page 95: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

bertaubat segera. Sekiranya mati dalam keadaan iktikad

yang demikian Wal Iyazu Billah Taala, dia tidak

dimandikan, tidak di sembahyangkan dan tidak ditanam di

perkuburan islam. (Hukum) sepertinya juga sesiapa yang

membenarkannya iktikad yang sedemikian. Semoga Allah

menjauhkan kita darinya dari kejahatan diri kita dan

kejahatan amalan kita.

Mengenai saranannya agar orang lain beriktikad

dengan iktikad yang kafir ini dan katanya kepada mereka:

Sesiapa yang tidak beriktikad dengan iktikad ini kafir,

maka dialah yang kafir dan (ianya) satu pendustaan yang

amat besar”236.

14: Syaikh al-Kausari (1371h) yang merupakan wakil syaikh-syaikh islam dalam Dar al-

Khilafah al-Osmaniyyah berkata:

“Sesungguhnya ucapan yang menetapkan al-jihah bagi

(Allah) Taala kafir di sisi a’immah yang empat yang

memberi petunjuk kepada umat ini seperti yang dinukilkan

dari mereka oleh al-Iraqi yang termuat dalam Syarah al-

Misykah oleh Ali al-Qari”237.

15: Syaikh al-Muhaddis Abdullah al-Harari yang dikenali sebagai al-Habasyi berkata:

“Hukum orang yang berkata: Sesungguhnya Allah Taala di

setiap tempat atau di semua tempat-tempat, kafir sekiranya

dia memahami dari ucapan tersebut bahawa Allah, zatNya

tersebar atau muncul di tempat-tempat. Sekiranya dia

memahami dari ucapan tersebut bahawa (Allah) Taala

menguasai setiap sesuatu dan Alim bagi setiap perkara,

tidaklah kafir. Maksud yang ini banyak lahir dari orang

236 Ithaf al-Kainat, al-Subki al-Misri, ms: 3-4.237 Maqalat al-Kausari, al-Kausari, ms: 321.

Page 96: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

yang tersilap dengan dua ucapan tersebut. Wajiblah

menegah keduanya dalam apa jua keadaan”.238

Syaikh Abdullah berkata lagi:

“Kafir sesiapa yang beriktikad Allah memerlukan ruang

atau beriktikad bahawa Allah merupakan sesuatu seperti

angin, cahaya yang memenuhi tempat, bilik atau masjid.

Kami namakan masjid-masjid Baitullah bukanlah kerana

Allah tinggal di dalamnya bahkan kerana ianya merupakan

tempat-tempat yang di dalamnya Allah disembah.

Demikian juga kafir sesiapa yang berkata: Allah

menetap dalam hati wali-walinya, sekiranya dia memahami

al-hulul. Bukanlah maksudnya al-Mi’raj sampainya rasul

ke tempat di mana merupakan penghabisan wujudnya

Allah Taala. Kafir sesiapa yang beriktikad demikian.

Maksud sebenar dari al-Mi’raj ialah memuliakan Rasul

Sallallahu Alaihi Wa Sallam dengan memperlihatkan

kepada baginda keajaiban di alam alawiy, dan

memperbesarkan kedudukan baginda dan memperlihatkan

baginda zat Allah Yang suci lagi Mulia dengan hatinya

tanpa berada zat Allah disesuatu tempat”239.

238 Al-Sirod al-Mustaqim, al-Harari, ms: 26.239 Al-Sirod al-Mustaqim, al-Harari, ms: 26.

Page 97: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

PENUTUP

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang bersifat penuh kesempurnaan yang

layak bagiNya, dan Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan sifat yang tercela yang

tersisih dariNya. Solawat dan Salam atas junjungan besar nabi Muhammad Sallallahu

Alaihi Wa Sallam, ahli keluarga serta para sahabat baginda.

Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana dengan taufik dan

hidayahNya, penulis dapat menyajikan kepada para pembaca akidah Ahli Sunnah Wal

Jamaah yang sebenarnya, yang menyucikan Allah dari sifat-sifat makhlukNya. Sebarang

kesilapan yang disedari oleh pembaca, di mana ianya berlaku hasil kecuaian penulis

secara disedari mahu pun tidak, penulis mengharapkan teguran yang membina agar kita

sama-sama beroleh rahmat dari Allah Taala.

Akhir kata, jadikanlah buku ini sebagai pedoman hidup kita sebagai ahli Sunnah

Wal Jamaah. Janganlah biarkan diri kita tertipu oleh dakyah-dakyah golongan-golongan

yang telah diketahui sesat. Di samping itu, sebar dan ajarkanlah akidah tanzih ini kepada

sesama umat islam yang lain. Ketahuilah, bahawa mengajarkan ilmu berkaitan

ketuhanan, akidah, amat besar ganjarannya di sisi Allah Taala. Semoga kita semua

dirahmati dan diberkati Allah, Amin.

Sekian. Assalamualaikum.

Page 98: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

Yang benar;

Ustaz Ibn Ibrahim

RUJUKAN

1. Al-Quran.

2. Abkar al-Afkar, al-Amidi, Aya Sufia.

3. A’klam al-Hadis Fi Syarhi Sahih al-Bukhari, al-Khattabi, Markaz Ihyak al-Turos, al-Riyad.

4. Akidah Ahlu al-Islam, Abdullah A’lawi, al-Qaherah.

5. Akidah Ahlu al-Islam Fi Nuzuli I’sa Alaihi al-Salam, Abdullah al-Ghumari, Maktabah al-Qaherah,

Mesir.

6. A’ridah al-Ahwazi Bi Syarhi Sahih al-Tirmizi, Ibn al-Arabi, Dar al-Fikr, Beirut.

7. Al-Arbain Fi Usul al-Din, al-Ghazali, Dar al-Afaq al-Jadidah, Beirut.

8. Al-Ajwibah al-Fa,khirah, al-Qarafi, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

9. Al-Asmak Wa al-Sifat, al-Baihaqi, Dar Ihyak al-Turos al-Arabi, Beirut.

10. Al-Bahru al-Ra,iq Syarah Kanzu al-Daqa,iq, Ibn Nujaim, Dar al-Makrifah , Beirut.

11. Al-Baz al-Asyhab al-Munqad Ala Mukhalifi al-Mazhab, Ibn al-Jauzi, Dar al-Janan, Beirut.

12. Al-Burhan al-Muayyad.????????????????????????????????????????????????

13. Al-Dalil al-Qawim Ala al-Sirod al-Mustaqim, al-Harari, Dar al-Masyari’ Li al-Tibaah Wa al-Nasyru

Wa al-Tauzi’, Beirut.

14. Al-Farqu Baina al-Firaq, Abi Mansur al-Bahgdadi, Dar al-Makrifah, Beirut.

15. Al-Fatawa al-Hadisiyyah, Ibn Hajar al-Haitami, Dar al-Fikr, Beirut.

16. Al-Fatawa al-Hindiyyah, Jama’ah Min Ulama al-Hindi, Dar Ihyak al-Turos al-Arabi, Beirut.

17. Al-Fathu al-Rabbani Wa al-Faid al-Rahmani, al-Nabulisi, Beirut.

18. Al-Futuhat al-Rabbaniyyah Ala al-Azkar al-Nawawiyyah, Ibn A’llan, Dar al-Fikr, Beirut.

19. Al-Ghunyah Fi Usul al-Din, al-Mutawalli, Muassasah al-Kutub al-Saqafiyyah, Beirut.

20. Al-Ihsan Bi Tartibi Sahih Ibn Hibban, Ibn Balaban, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

21. Al-Iktikad Wa al-Hidayah Ila Sabili al-Rasyad, al-Baihaqi, Alam al-Kutub, Beirut.

22. Al-Insaf Fi Ma Yajibu I’tiqaduhu Wa La Yajuzu al-Jahlu Bihi, al-Baqillani, Alam al-Kutub, Beirut.

23. Al-Irsyad Ila Qawati’ al-Adillah Fi Usuli al-Iktikad, al-Juwaini, Muassasah al-Kutub al-Saqafiyyah,

Beirut

24. Al-I’timad Fi al-Iktikad, al-Qawiqiji, Tabaah Bi Izni Najal al-Muallif, al-Qaherah.

25. Al-Jamik Li Ahkami al-Quran, al-Qurtubi, Dar al-Fikr, Beirut.

26. Al-Madkhal Ila Tanmiyyati al-A’mali Bi Tahsini al-Niyyati, Ibn al-Hajj, Dar al-Fikr, Beirut.

Page 99: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

27. Al-Maqasid al-Hasanah Fi Bayani Kasir Min al-Ahadis al-Musytaharoh Ala al-Alsinah, al-

Sakhawi, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

29.Al-Mawaqif??????????????????????????????????????????????????????????

28. Al-Milal Wa al-Nihal, al-Syahrustani, Dar al-Makrifah, Beirut.

30. Al-Minhaj al-Qawim Ala al-Muqaddimah al-Hadramiyyah, Ibn Hajar, Muassasah Ulum al-Quran,

Dimasy.

31. Al-Muwatta Imam Malik, Dar al-Afaq al-Jadidah, Beirut.

32. Al-Nihayah Fi Gharib al-Hadis, Ibn al-Athir, al-Maktabah al-Ilmiah, Beirut.

33. Al-Nur al-Lami’ Wa al-Burhan al-Sati’ Fi Syarhi Aqa’id al-Islam, Mankubaros.

34. Al-Qaul al-Mukhtar Li Bayan Fanak al-Nar , Matbaah Safir, al-Riyad.

35. Al-Risalah al-Qusyairiyyah Fi Ilmi al-Tasawwuf, al-Qusyairi, Dar al-Kutab al-Arabi, Beirut.

36. Al-Saifu al-Soqil Fi al-Roddi Ala Ibn Zafil, al-Kausari, Matbaah al-Saadah, Mesir.

37. Al-Siqat, Ibn Hibban, Muassasah al-Kutub al-Saqafiyyah, Beirut.

38. Al-Sunan al-Kubra, Al-Baihaqi, Dar al-Makrifah, Beirut.

39. Al-Sunnah, Ibn Abi A’sim, Tabaah Zuhair al-Syawisy, Beirut.

40. Al-Tabsir Fi al-Din, Abi al-Muzaffar al-Isfarayini, Alam al-Kutub, Beirut.

41. Al-Tauhid, Abi Mansur al-Maturidi, Dar al-Masyriq, Beirut.

42. Al-Wasa’il Ila Musamarah al-Awa,il, al-Suyuti, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

43. Al-Yawaqit Wa al-Jawahir Fi Bayan al-Aqa,id al-Akabir, al-Sya’roni, Mustafa al-Babil al-Halabi,

Mesir.

44. Bahjah al-Nufus, Ibn Abi Jamrah, Dar al-Jail, Beirut.

45. Baraah al-Asy’ariyyin Min Aqaid al-Mukhalifin, Abi Hamid Bin Marzuq, Dimasy.

46. Bayan Talbis al-Jahmiyyah?????????????????????????????????????????//

47. Daf’u Syibhu al-Tasybih, Ibn al-Jauzi, al-Maktabah al-Taufiqiyyah, al-Qaherah.

48. Faid al-Wahhab Fi Bayan ahli al-Haq, al-Qaliubi, Maktabah al-Qaherah, Kaherah.

49. Fath al-Bari Bi Syarhi Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-Asqalani, Dar al-Makrifah, Beirut.

50. Fath al-Majid????????????????????????????????????????????????????//

51. Ghayatu al-Bayan Fi Tanzih Allah Ani al-Makan Wa al-Jihat, Qisim al-Abhas Wa al-Dirasat al-

Islamiyyah Fi Jam’iyyah al-Masyari’ al-Khairiyyah al-Islamiyyah, Dar al-Masyari Li al-Tibaah Wa al-

Nasyr Wa al-Tauzi’, Beirut.

52. Hasyiah al-Risalah al-Qusyairiyyah, Zakaria al-Ansari, Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut.

53. Hikam Ahmad al-Rifai’, al-Rifai’, Matbu,at Maktabah al-Hilwani, Dimasy.

54. Hilyah al-Auliyak Wa Tabaqat al-Asfiyak, Abu Nuaim, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

55. Ibn Majah, Ibn Majah al-Qazwini, Maktabah al-Ilmiah, Beirut.

56. Idhoh al-Dalil Fi Qat’i Hujaj Ahlu al-Ta’til, Ibn Jamaah, Dar al-Salam, Mesir.

57. Ihyak Ulum al-Din, al-Ghazali, Dar al-Fikr, Beirut.

Page 100: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

58. Ijabah al-Dai’ Ila Bayani Iktikad al-Imam al-Rifai’, Dar al-Masyari’ Li al-Tibaah Wa al-Nasyr Wa

al-Tauzi’, Beirut.

59. Ilmu al-Kalam, Ibn Hazim, Dar al-Jail, Beirut.

60. Irsyad al-Sari Li Syarhi Sahih al-Bukhari, al-Qastalani, Dar al-Fikr, Beirut.

61. Istihsan al-Khaud Fi Ilmi al-Kalam, Abi al-Hasan al-Asy’ari, Dar al-Masyari’ Li al-Tibaah Wa al-

Nasyr Wa al-Tauzi’, Beirut.

62. Isyarah al-Maram Min Ibarat al-Imam, al-Bayadi, Mustafa al-Halabi, al-Qaherah.

63. Ithaf al-Kainat Bi Bayani Mazhabi al-Salaf Wa al-Khalaf Fi al-Mutasyabihat, Mahmud al-Subki,

Matbaah al-Istiqamah, Mesir.

64. Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Bi Syarhi Ihyak Ulum al-Din, Murtadha al-Zabidi, Dar al-Fikr, Beirut.

65. Izhar al-Akidah al-Sunniyyah Bi Syarhi al-Akidah al-Tahawiyyah, Abdullah al-Harari, Dar al-

Masyari’ Li al-Tibaah Wa al-Nasyr Wa al-Tauzi’, Beirut.

66. Kasyf al-Asrar Li Tanwir al-Afkar, Syaikh Mustafa Naja, Taba’ Beirut.

67. Lataif al-Minan Wa al-Akhlaq, al-Sya’roni, Alam al-Fikr, al-Qaherah.

68. Lisan al-Arab, Ibn Manzur, Dar Sodir, Beirut.

69. Liqak al-Bab al-Maftuh, Muhammad Bin Soleh al-U’saimin………..

70. Majalah al-Azhar, Masyaikhah al-Azhar, Matbaah al-Azhar, Mesir.

71. Majmuah Rasail Abi Hanifah, al-Kausari.

72. Majmuk Muhimmat al-Mutun, Mustafa al-Babi al-Halabi, Mesir.

73. Manhu al-Jalil Syarah Mukhtasor Khalil, Muhammad I’llisyh, Dar al-Fikr, Beirut.

74. Maqalat al-Kausari, al-Kausari, Dar al-Ahnaf, al-Riyad.

75. Maqalat Wa Fatawa al-Dajwa, al-Qaherah, 1401 H.

76. Minhaj al-Sunnah?????????????????????????///////////////?????????????

77. Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam Ibn Taimiyyah Wa Muhammad Bin Abdul Wahab,

Soleh Bin Fauzan al-Fauzan, Taba’ Wa al-Nasyr al-Ri,asah al-A’mmah Li Idarati al-Buhus al-Ilmiah Wa

al-Iftak Wa al-Dakwah Wa al-Irsyad, al-Saudiyyah.

78. Mirqatu al-Mafatih Syarah Misykatu al-Masabih, Mulla Ali al-Qari, Dar al-Fikr, Beirut.

79. Mufid al-Ulum Wa Mabidu al-Humum, al-Qazwini, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

80. Mukhtasar Syarah Akidah Ahlu al-Islam, Husnaian Makhluf, Maktabah al-Hidayah, Beirut.

81. Munjiah al-A’bid Fi Ilmi al-Tauhid, Muhammad al-Miraghini, al-Maktabah al-Islamiah.

82. Musykil al-Hadis, Ibn Furaq, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

83. Muwafaqah al-Khabari al-Khabar Fi Takhriji Ahadis al-Mukhtasor, Al-Hafiz al-Asqalani,

Maktabah al-Rusyd, al-Riyad.

84. Nihayah al-Aqdam, al-Syahrustani, Maktabah al-Saqafiyyah al-Diniyyah, al-Qaherah.

85. Risalah al-Qusyairiyyah Fi Ilmi al-Tasawwuf, al-Qusyairi, Dar Kitab al-Arabi, Beirut.

86. Ro’ihah al-Jannah Syarah Idho’ah al-Dujnah, al-Nabulisi, Mustafa al-Babil al-Halabi, al-Qaherah.

87. Syarah al-Fiqh al-Akbar, Mulla Ali al-Qari, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

Page 101: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

88. Syarah al-Luma’, al-Syirazi, Dar al-Gharb, Beirut.

89. Sunan Abi Daud, al-Sajastani, Dar al-Janan, Beirut.

90. Syarah al-Fiqh al-Akbar, Mulla Ali al-Qari, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

91. Syarah Sohih Muslim, al-Nawawi, Dar Ihyak al-Turos al-Arabi, Beirut.

92. Soidu al-Khothir, Ibn al-Jauzi, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

93. Syarah al-Toyyibi Ala Misykati al-Masobih, al-Toyyibi, Mansyurat Idarah al-Quran Wa al-Ulum al-

Islamiyyah, Pakistan.

94. Syarah Sunan al-Nasa’i, al-Suyuti, Dar al-Makrifah, Beirut.

95. Ta’arruf Li Mazhab Ahli al-Tasawwuf, al-Kalabazi, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

96. Tabaqat al-Syafiiyyah al-Kubra,Taj al-Din al-Subki, Dar Ihyak al-Kutub al-Arabiyyah, al-Qaherah.

97. Tabsirotu al-Adillah Fi Usul al-Din, Abi Muin al-Nasafi, Dimasy.

98. Tabyin Kazib al-Muftari Fi Ma Nusiba Ila al-Imam Abi al-Hasan al-Asy’ari, Ibn A’sakir, Dar al-

Kitab al-Arabi, Beirut.

99. Tafsir al-Asma Wa al-Sifat, Abi Mansur al-Bahgdadi, Qaisori, Turki.

100. Tafsir Asmak Allah al-Husna, al-Zajjaj, Dar al-Makmun Li al-Turos, Dimasy.

101. Tafsir Ayat al-Kursi?????????????????????????////////////////////??????????

102. Tafsir al-Kabir Wa Mafatih al-Ghaib, al-Razi, Dar al-Fikr, Beirut.

103. Tafsir al-Nasafi, al-Nasafi, Dar al-Fikr, Beirut.

104.Takmilah al-Roddu Ala Nuniayyah Ibn al-Qaiyyim, al-Kausari, Matbaah al-Saadah, Mesir.

105. Tarikh al-Umam Wa al-Muluk, Ibn Jarir al-Tabari, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

106. Tafsir al-Quran al-Azim, Ibn Kathir, Dar al-Andalus, Beirut.

107. Tafsir al-Quran al-Karim, al-Khatib al-Syurbini, Dar al-Makrifah, Beirut.

108. Tafsir al-Tahriru Wa al-Tanwir,Ibn A’syur, al-Dar al-Tunisiyyah Li al-Nasyr, Tunis.

109. Tarikh Baghdad, Al-Khatib al-Baghdadi, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

110. Tuhfah al-Murid Ala Jauharati al-Tauhid, al-Baijuri…………….

111. U’mdah al-Qari Syarah Sahih al-Bukhari, al-A’ini, Dar al-Fikr, Beirut.

112. Ulamak Dimasq Wa A’yanuha Fi al-Qarni al-Salis A’syar al-Hijri, Muhammad Muti’ Wa Ahmad

Abazah, Dar al-Fikr al-Muasir, Beirut.

113. Usul al-Din, Abi Mansur al-Tamimi, Istanbul.

Page 102: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN

FASAL PERTAMA:

IKTIKAD AHLI SUNNAH

KEWUJUDAN ALLAH TANPA BERTEMPAT

1: Sayyidina Ali Radiyallahu Anhu (40h)

2: Imam Zain al-Abidin Ali Bin al-Husain Bin Ali Radiyallahu

Anhu (94h)

3: Imam Ja’far al-Sadiq Bin Muhammad al-Baqir Bin Zain al-

Abidin Radiyallahu Anhum(148h)

4: Imam Abu Hanifah, al-Nukman Bin al-Sabit al-Kufi

Rahimahullah (150h)

5: Imam al-Syafi’i, Muhammad Bin Idris Rahimahullah

(204h)

6: Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah (241h)

7: Imam Muhammad Bin Ismail al-Bukhari Rahimahullah

(256h)

8: Imam Abu Jaafar Muhammad Bin Jarir al-Tabari

Rahimahullah (310h)

9: Imam al-Tahawi, Abu Ja’far Ahmad Bin Salamah al-Hanafi

Rahimahullah (321h)

10: Al-Zajjaj, Ibrahim Bin al-Sariy Rahimahullah (311h)

11: Abu al-Hasan al-Asy’ari, Ali Bin Ismail Rahimahullah

(324h)

12: Abu Mansur al-Maturidi Rahimahullah (333h)

13: Al-Hafiz Ibn Hibban, Muhammad Bin Hibban

Rahimahullah (354h)

14: Abu Osman al-Maghribi Said Bin Salam Rahimahullah

(373h)

Page 103: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

15: Syaikh Abu Bakar Muhammad Bin Ishaq al-Kalabizi al-

Hanafi Rahimahullah (380h)

16: Syaikh Abu Sulaiman al-Khatabi Rahimahullah (388h)

17: Syaikh Abu Abdullah al-Husain Bin al-Hasan al-Halimi

al-Syafii Rahimahullah (403h)

18: Qadi al-Baqillani, Abu Bakar Muhammad al-Maliki al-

Asya’ri Rahimahullah (403h)

19: Imam Abu Mansur al-Baghdadi, Abdul Qahir Bin Tahir

al-Tamimi Rahimahullah (429h)

20: Ibn Hazim al-Zahiri (456h)

21: Al-Hafiz al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad Bin Husain al-

Syafii Rahimahullah (458h)

22: Imam al-Qusyairi, Abu al-Qasim Abdul Karim

Rahimahullah (465h)

23: Abu al-Muzaffar al-Isfarayini al-Asya’ri Rahimahullah

(471h)

24: Imam al-Syirazi, Abu Ishaq al-Syafii al-Asya’ri

Rahimahullah (476h)

25: Imam al-Haramain Abu al-Ma’ali Abdul Malik Bin

Abdullah al-Juwaini al-Asya’ri Rahimahullah (478h)

26: Abu Said al-Mutawalli al Syafii al-Asya’ri Rahimahullah

(478h)

27: Imam al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad Bin al-Syafi’i

al-Asya’ri Rahimahullah (505h)

28: Syaikh Abu al-Mu’in Maimun Bin Muhammad al-Nasafi

Rahimahullah (508h)

29: Ibn al-Qhusyairi, Syaikh Abu Nasr Abdul Rahim Bin

Abdul Karim Rahimahullah (514h)

30: Ibn Rusyd al-Jadd al-Maliki, Al-Qadhi Abu al-Walid

Muhammad Bin Ahmad Rahimahullah (520h)

31: al-Syahrustani, Muhammad Bin Abdul Karim al-Syafii

Rahimahullah (548h)

32: Al-Hafiz Ibn A’sakir, Abu al-Qasim Ali Bin al-Hasan Bin

Hibatullah, al-Dimasyqi Rahimahullah (571h)

33: Imam Ahmad al-Rifa’I al-Syafii al-Asy’ari Rahimahullah

(578h)

35: Sultan Solahuddin al-Ayyubi Rahimahullah (589h)

Page 104: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

35: Imam al-Hafiz Ibn al-Jauzi, Abdul Rahman Bin Ali al-

Hanbali Rahimahullah (597h)

36: Ibn Asir, Al-Mubarak Bin Ahmad Rahimahullah (606h)

37: Imam Fakhr al-Din al-Razi Rahimahullah (606h)

38: Ibn A’sakir, Abu Mansor Fakhr al-Din Abdul Rahman Bin

Muhammad Rahimahullah (620h)

39: Syaikh Saif al-Din al-Amidi Rahimahullah (631h)

40: Syaikh Jamal al-Din Mahmud Bin Ahmad al-Hasiri

Rahimahullah (636h)

41: Syaikh Ibn al-Hajib al-Maliki, Jamal al-Din Abu A’mru

Osman Bin Umar Rahimahullah (646h)

42: Najm al-Din Mankubarus Rahimahullah (656h)

43: Imam al-Qurtubi, Muhammad Bin Ahmad al-Ansari al-

Maliki Rahimahullah (671h)

44: Imam al-Nawawi, Abu Zakaria Muhyi al-Din Yahya Bin

Syarf al-Syafii al-Asy’ari Rahimahullah (676h)

45: Syaikh Zakaria Bin Muhammad al-Ansari al-Qazwini

Rahimahullah (682h)

46: Al-Qarafi, Ahmad Bin Idris al-Maliki Rahimahullah

(684h)

47: Syaikh al-Baidhawi Rahimahullah (685h)

48: Syaikh Ibn Abi Jamrah, Abdullah Bin Saad Rahimahullah

(699h)

49: Al-Hafiz Ibn Daqiq al-I’d, Taqiyyudin Abu al-Fath

Muhammad Bin Ali Bin Wahab al-Qusyairi

Rahimahullah (702h)

50: Abdullah Bin Ahmad al-Nasafi Rahimahullah (710h,

dikatakan juga 701h)

51: Ahmad bin A’toillah al-Iskandari Rahimahullah (709h)

52: Al-Allamah Ibn Manzur, Muhammad Bin Makarram al-

Misri Rahimahullah (711h)

53: Al-Qadi Ibn Jamaah, Badru al-Din Muhammad Bin

Ibrahim al-Syafii al-Asy’ari Rahimahullah (733h)

54: Syaikh Ibn Jahbal, Syihab al-Din Ahmad Bin Yahya Bin

Ismail al-Kilabi al-Halabi Rahimahullah (733h)

55: Syaikh Ibn al-Hajj al-Maliki, Abu Abdullah Muhammad

Bin Muhammad al-A’bdari Rahimahullah (737h)

Page 105: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

56: Syaikh Husain Bin Muhammad al-Toyyibi Rahimahullah

(743h)

57: Imam A’dod al-Din Abdu al-Rahman al-Iji Rahimahullah

(756h)

58: Al-hafiz al-mujtahid Taqiy al-Din Ali Bin Abdu al-Kafi al-

Subki al-Syafii al-Asy’ari Rahimahullah (756h)

59: Syaikh Taj al-Din al-Subki Abu Nasir Abdu al-Wahhab

Bin Ali Bin Abdu al-Kafi Rahimahullah (771h).

60: Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah (852h)

61: Syaikh Badru al-Din Mahmud Bin Ahmad al-A’ini al-

Hanafi Rahimahullah (855h)

62: Syaikh Jalal al-Din Muhammad Bin al-Mahalli al-Syafii

Rahimahullah (864h),

63: Al-Hafiz al-Sakhawi, Muhammad Bin Abdu al-Rahman

Rahimahullah (902h)

64: Al-Hafiz al-Suyuti, Jalal al-Din Abdu al-Rahman Bin Abu

Bakar al-Syafii al-Asy’ari Rahimahullah (911h)

65: Syaikh Abu al-Abbas Syihab al-Din Ahmad Bin

Muhammad al-Qastalani al-Misri Rahimahullah (923h)

66: Syaikh al-Qadi Zakariyya al-Ansari al-Syafii al-Asy’ari

Rahimahullah (926h)

67: Syaikh al-Sya’roni al-Misri Rahimahullah (973h)

68: Syaikh Ibn Hajar al-Haitami, Syuihab al-Din Ahmad Bin

Muhammad Rahimahullah (974h)

69: Syaikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini al-Misri

Rahimahullah (977h)

70: Syaikh Mulla A’li al-Qari al-Hanafi Rahimahullah (1014h)

71: Syaikh Muhammad Bin Ali, Ibn A’llan al-Siddiqi al-Syafii

Rahimahullah (1057h)

72: Syaikh Kamal al-Din al-Bayadi al-Hanafi Rahimahullah

(1098 h)

73:Syaikh Abdullah Bin A’lawi al-Haddad al-Hadrami al-

Husaini Rahimahullah (1132h)

74: Syaikh Abdu al-Ghani al-Nabulisi al-Hanafi Rahimahullah

(1143h)

75: Al-Hafiz Muhammad Murtadha al-Zabidi al-Hanafi

Rahimahullah (1205h)

Page 106: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

76: Syaikh al-Allamah Khalid Bin Ahmad al-Naqsyabandi

Rahimahullah (1242h)

77: Syaikh Muhammad Osman al-Miraghini al-Makki al-

Hanafi Rahimahullah (1268h)

78: Syaikh Ibrahim al-Baijuri al-Syafii Rahimahullah (1277h)

79: Syaikh al-muhaddis Abu al-Mahasin Muhammad al-

Qawiqiji al-Hanafi Rahimahullah (1305h)

80: Syaikh Muhammad Husnain Makhluf Rahimahullah

(1355h)

81: Syaikh Yusuf al-Dajwa al-Misri Rahimahullah (1365h)

82: Syaikh Muhammad Abdul Azim al-Zurqani Rahimahullah

(1367h)

83: Syaikh Muhammad Zahid al-Kausari al-Hanafi

Rahimahullah (1371h)

84: Al-muhaddis Syaikh Muhammad Arabi al-Tibban al-

Maliki Rahimahullah (1390h)

85: Syaikh Muhammad al-Tahir Bin A’syur al-Maliki

Rahimahullah (1393h)

86: Al-Muhaddis Syaikh Abdullah Bin Muhammad al-Siddiq

al-Ghumari al-Maghribi Rahimahullah (1413h)

87: Syaikh Abdu Rabbah Bin Sulaiman Bin Muhammad al-

Qaliubi al-Misri.

88: Al-Muhaddis Syaikh Abdullah al-Harari al-Habasyi.

FASAL KEDUA:

KEBATILAN UCAPAN ALLAH DI MANA-MANA

1: Ibn Furok al-Asy’ari (406h)

2: Al-hafiz Abu Bakar al-Baihaqi al-Syafi’I al-Asy’ari (458h)

3: Syaikh Abu Hamid al-Ghazali al-Syafii al-Asy’ari

Rahimahullah (505h)

4: Ibn Kathir (774h)

5: Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani al-Syafii al-Asy’ari (852h)

6: Syaikh Abdul Wahhab Bin Ahmad al-Sya’roni (973h)

7: Al-Muhaddis Syaikh Abdullah al-Harari

Page 107: Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

FASAL KETIGA:

HUKUM MENYIFATKAN ALLAH BERTEMPAT

1: Imam Abu Hanifah rahimahullah (150h)

2: Imam Abu Ja’far al-Thahawi (321h)

3: Abu al-Qasim al-Qhusyairi (465h)

4: Abu al-Muin Maimun Bin Muhammad al-Nasafi al-Hanafi

(508h)

5: Syaikh Zain al-Din, Ibn Nujaim al-Hanafi (970h)

6: Syaikh Syihab al-Din Ahmad Bin Muhammad al-Misri al-

Syafii al-Asy’ari, Ibn Hajar al-Haitami (974h)

7: Syaikh Mulla Ali al-Qari al-Hanafi (1014h)

8: Syaikh al-Allamah Kamal al-Din al-Bayadi al-Hanafi

(1098h)

9: Syaikh Abdu al-Ghani al-Nabulisi al-Hanafi (1143h)

10: Syaikh Muhammad Bin I’llisy al-Maliki Rahimahullah

(1299h)

11: Syaikh al-Muhaddis Abu al-Mahasin Muhammad al-

Qawiqiji al-Tarabulisi al-Hanafi (1305h)

12: Dalam kitab al-Fatawa al-Hindiyyah

13: Syaikh Mahmud Bin Muhammad Bin Ahmad Khitab al-

Subki al-Misri (1352h)

14: Syaikh al-Kausari (1371h)

15: Syaikh al-Muhaddis Abdullah al-Harari

PENUTUP

RUJUKAN