14
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank 155 Ahli-Ahli Lembaga Pengarah 157 Jawatankuasa Pengurusan 159 Jawatankuasa Dasar Monetari 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan 163 Majlis Penasihat Shariah 165 Jawatankuasa Kestabilan Kewangan

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa

Ahli-AhliLembaga Pengarah dan

Jawatankuasa Bank

155 Ahli-Ahli Lembaga Pengarah157 Jawatankuasa Pengurusan 159 Jawatankuasa Dasar Monetari 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan 163 Majlis Penasihat Shariah 165 Jawatankuasa Kestabilan Kewangan

Page 2: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa
Page 3: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa

Ahli-A

hli Lemb

aga Pengarah d

an Jawatankuasa B

ank

155Laporan Tahunan 2017

Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma binti Yaakob

Ahli Jawatankuasa

Tadbir Urus Lembaga

Dato Sri Lim Haw Kuang

Pengerusi, Jawatankuasa

Risiko Lembaga

Muhammad bin Ibrahim, FCB

Gabenor dan Pengerusi

Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

Ketua Setiausaha

Perbendaharaan

Dato’ N. Sadasivan a/l N.N. Pillay

Ahli Jawatankuasa

Tadbir Urus Lembaga

Ahli Jawatankuasa Audit

Lembaga

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman bin Mahbob

Pengerusi, Jawatankuasa

Tadbir Urus Lembaga

Ahli Jawatankuasa Audit

Lembaga

Datuk Chin Kwai Yoong

Pengerusi, Jawatankuasa

Audit Lembaga

Ahli Jawatankuasa

Tadbir Urus Lembaga

Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CB

Timbalan Gabenor

Lembaga Pengarah ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Dr. Yusof bin Basiran dan Dato’ Lee Yeow Chor yang tamat tempoh perkhidmatan mereka pada 28 Februari 2018, dan Dr. Sukudhew Singh yang bersara sebagai Timbalan Gabenor pada 31 Disember 2017.

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah

Chew Cheng Lian (Jessica), CB

Timbalan Gabenor

Page 4: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa
Page 5: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jaw

atankuasa Bank

157Laporan Tahunan 2017

Jawatankuasa Pengurusan

Ahmad Hizzad bin Baharuddin, FCBPenolong Gabenor

Abu Hassan Alshari bin YahayaPenolong Gabenor

Norzila binti Abdul AzizPenolong Gabenor

Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CBTimbalan Gabenor

Muhammad bin Ibrahim, FCBGabenor

Chew Cheng Lian (Jessica), CB Timbalan Gabenor

Donald Joshua Jaganathan, FCBPenolong Gabenor

Marzunisham bin OmarPenolong Gabenor

Mohd. Adhari bin Belal DinPenolong Gabenor

Ahli-ahli dari kiri ke kanan

Page 6: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa
Page 7: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa

Ahli-A

hli Lemb

aga Pengarah d

an Jawatankuasa B

ank

159Laporan Tahunan 2017

Jawatankuasa Dasar Monetari

Dasar monetari dirumuskan secara bebas oleh Jawatankuasa Dasar Monetari berasaskan rangka kerja tadbir urus yang mantapMatlamat utama dasar monetari di Malaysia adalah untuk mengekalkan kestabilan harga dengan mengambil kira perkembangan dalam ekonomi. Di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Central Bank of Malaysia Act 2009, CBA 2009), Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia diberi tanggungjawab untuk merumuskan dasar monetari dan dasar bagi mengendalikan operasi dasar monetari1. Dalam hal ini, MPC membuat keputusan mengenai kadar faedah dasar iaitu Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) untuk mempengaruhi kadar faedah lain dalam ekonomi.

Dalam melaksanakan mandat ini, MPC menentukan hala tuju dasar monetari berasaskan penilaian terhadap imbangan risiko kepada prospek pertumbuhan dan infl asi domestik. MPC juga memantau risiko ketidakseimbangan kewangan berdasarkan implikasinya terhadap prospek ekonomi. Jawatankuasa ini bermesyuarat sekurang-kurangnya enam kali setahun untuk membuat keputusan mengenai OPR. Selepas setiap mesyuarat, Pernyataan Dasar Monetari (Monetary Policy Statement, MPS) diterbitkan bagi memberikan penjelasan mengenai keputusan yang telah dibuat.

Ahli-ahli MPC terdiri daripada Gabenor, Timbalan-Timbalan Gabenor, dan antara tiga hingga tujuh orang ahli lain, termasuk ahli dari luar Bank yang dilantik oleh Menteri Kewangan atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga Bank. Pada masa ini, MPC mempunyai enam orang ahli, dua daripadanya adalah ahli dari luar Bank. Keahlian MPC bertujuan untuk menggabungkan pelbagai kepakaran dan pengalaman yang kritikal dalam membuat keputusan yang mantap mengenai dasar monetari.

Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlanbin GhazaliNaib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia

Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CBTimbalan Gabenor

Muhammad bin Ibrahim, FCBGabenor dan Pengerusi

Chew Cheng Lian (Jessica), CBTimbalan Gabenor

Prof. Dr. Yeah Kim LengProfesor Ekonomi, Sunway University Business School,

Sunway University

Norzila binti Abdul AzizPenolong Gabenor

Ahli-ahli dari kiri ke kanan

1 Untuk keterangan terperinci tentang evolusi MPC, dan tadbir urus serta prosesnya, sila rujuk rencana ‘Evolusi Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia: Peristiwa Penting Sejak Penubuhannya’ dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2015.

Page 8: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa
Page 9: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa

Ahli-A

hli Lemb

aga Pengarah d

an Jawatankuasa B

ank

161Laporan Tahunan 2017

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan (Jawatankuasa Eksekutif) ditubuhkan pada tahun 2010 menurut Seksyen 37 Akta Bank Negara Malaysia 2009 (CBA 2009). Tujuan utama jawatankuasa ini adalah untuk membantu Bank melaksanakan mandat berkanunnya bagi memelihara kestabilan kewangan, melalui kuasa yang dipegang untuk menentukan langkah-langkah dasar tertentu yang boleh diambil oleh Bank bagi menghindari atau mengurangkan risiko terhadap kestabilan kewangan. Langkah-langkah tersebut adalah:

• Mengeluarkan arahan kepada individu atau institusi kewangan yang tidak dikawal selia oleh Bank untuk mengambil langkah-langkah tertentu;

• Memberikan bantuan mudah tunai kepada institusi kewangan yang tidak dikawal selia oleh Bank, atau kepada operasi luar negeri institusi kewangan berlesen di Malaysia; dan

• Memberikan sokongan modal kepada institusi kewangan berlesen di Malaysia yang tidak berdaya maju.

Jawatankuasa Eksekutif merupakan komponen utama rangka kerja akauntabiliti yang telah diinstitusikan untuk melaksanakan kuasa kestabilan kewangan yang luas yang diberikan kepada Bank di bawah CBA 2009. Jawatankuasa ini bertindak untuk memastikan langkah-langkah yang dicadangkan dalam bidang kuasanya adalah wajar, mantap dan menyeluruh untuk menangani risiko sistemik yang dikenal pasti. Jawatankuasa Eksekutif bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Jawatankuasa Eksekutif ini terdiri daripada tujuh orang ahli, dengan majoriti daripada mereka mestilah terdiri daripada ahli bukan eksekutif yang tidak terlibat dengan Pengurusan Bank. Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ini tertakluk pada Kod Etika dan Konfl ik Kepentingan, yang bertujuan untuk memelihara integriti dalam keputusan yang dibuat.

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan

Yoong Sin Min

Pakar Luar

Muhammad bin Ibrahim, FCB

Gabenor dan Pengerusi

Rafi z Azuan Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif,Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Datuk Johan bin Idris

Pakar Luar

Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CB

Timbalan Gabenor

Tan Sri Dato’ Seri Ranjit Ajit Singh

Pengerusi, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Page 10: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa
Page 11: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa

Ahli-A

hli Lemb

aga Pengarah d

an Jawatankuasa B

ank

163Laporan Tahunan 2017

Burhanuddin bin LukmanKetua Unit Takaful, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA)

Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed NaimDekan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia

Prof. Dr. Mohamad Akram bin LaldinPengarah Eksekutif, ISRA

Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifl i bin Mohamad Al-BakriMufti Wilayah Persekutuan

Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim (Timbalan Pengerusi)Ketua Pegawai Eksekutif, ISRA Consultancy

Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar (Pengerusi)Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Amanie Group

Dato’ A. Aziz bin A. RahimPengerusi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abdul RahmanPenasihat Undang-undang Syariah, Jabatan Peguam Negara

Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah binti Engku AliProfesor, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Institute of Islamic Banking and Finance, IIiBF)

Dr. Shamsiah binti MohamadPenyelidik Kanan, ISRA

Ahli-ahli dari kiri ke kanan

Majlis Penasihat Shariah

Majlis Penasihat Shariah

Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada bulan Mei 1997 sebagai badan berautoriti Syariah tertinggi dalam perbankan Islam dan takaful di Malaysia. Berdasarkan peruntukan Akta Bank Negara Malaysia 2009 (CBA 2009), peranan dan fungsi MPS telah diperkukuh lagi sebagai badan berautoriti dalam menentukan hukum Syarak bagi aktiviti kewangan Islam yang dikawal selia oleh Bank.

MPS memegang peranan penting untuk memastikan ketekalan keputusan Syariah yang diterima pakai dalam industri perbankan Islam dan takaful. Keputusan Syariah yang dibuat oleh MPS merupakan sumber rujukan utama institusi kewangan Islam bagi memastikan pematuhan Syariah yang menyeluruh dalam struktur dan pelaksanaan produk dan perkhidmatan kewangan mereka. Di samping itu, CBA 2009 memperuntukkan bahawa apa-apa kemusykilan berkenaan hal ehwal Syariah di mahkamah atau prosiding timbang tara hendaklah dirujuk kepada MPS, dan keputusan MPS adalah mengikat.

MPS menyediakan asas Syariah untuk pembangunan rangka kerja pengawalseliaan berasaskan kontrak Syariah yang komprehensif untuk perbankan Islam dan takaful di Malaysia. Dalam hal ini, MPS menggariskan ciri-ciri penting kontrak dengan mengambil kira pelbagai pandangan Syariah, dapatan penyelidikan, serta adat kebiasaan dan amalan pasaran. Melangkah ke hadapan, ahli-ahli MPS, secara individu dan secara kolektif, akan memperluas lingkungan pengaruhnya untuk menyokong lebih banyak inovasi produk dan menggalakkan pengharmonian tafsiran Syariah di peringkat tempatan dan global.

Pelantikan ahli-ahli MPS dibuat setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri Kewangan selepas mendapat maklum balas Bank. Pada masa ini, MPS mempunyai sepuluh (10) orang ahli yang terdiri daripada pakar Syariah dan undang-undang terkemuka.

Page 12: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa
Page 13: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jaw

atankuasa Bank

165Laporan Tahunan 2017

Jawatankuasa Kestabilan Kewangan

Jawatankuasa Kestabilan Kewangan (Financial Stability Committee, FSC) adalah jawatankuasa dalaman peringkat tinggi Bank. Jawatankuasa ini bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan untuk mengurangkan atau mengelakkan risiko kepada kestabilan kewangan yang berpunca daripada perkembangan sistem keseluruhan dan institusi. Seksyen 29 Akta Bank Negara Malaysia 2009 mentakrifkan “risiko kepada kestabilan kewangan” sebagai “risiko yang pada pendapat Bank boleh menggugat, atau berkemungkinan untuk menggugat, proses pengantaraan kewangan termasuk operasi pasaran wang dan pasaran pertukaran asing yang teratur, atau boleh menjejaskan, atau berkemungkinan untuk menjejaskan, keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan atau kestabilan sistem”.

FSC menilai dan memutuskan:• dasar kehematan makro untuk mengurangkan atau mengelakkan risiko yang dikenal pasti kepada sistem kewangan secara

keseluruhannya;• tindak balas pengawalseliaan penting untuk menangani risiko yang timbul dalam setiap institusi kewangan yang dikawal selia

oleh Bank;• tindakan penyelesaian suatu institusi kewangan yang tidak lagi berdaya maju, atau akan tidak berdaya maju. Ini termasuk

memaklumkan kepada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) bagi tujuan tindakan penyelesaian oleh PIDM, jika berkenaan; dan

• saranan kepada Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan mengenai perlaksanaan mandat di bawah bidang kuasanya.

Peranan penting FSC ialah untuk memantau keberkesanan dasar dan tindakan yang diambil; dan memastikan mereka tetap relevan, dengan mengambil kira perkembangan risiko.

FSC dipengerusikan oleh Gabenor dan anggotanya terdiri daripada semua Timbalan Gabenor dan Penolong Gabenor yang bertanggungjawab terhadap pengawalseliaan, pengawasan, operasi perbendaharaan dan sistem pembayaran. Mesyuarat ini secara amnya dijalankan empat kali setahun. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai kanan Bank yang terpilih.

Jawatankuasa Kestabilan Kewangan

Marzunisham bin OmarPenolong Gabenor

Ahmad Hizzad bin Baharuddin, FCBPenolong Gabenor

Muhammad bin Ibrahim, FCBGabenor dan Pengerusi

Donald Joshua Jaganathan, FCBPenolong Gabenor

Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CBTimbalan Gabenor

Chew Cheng Lian (Jessica), CBTimbalan Gabenor

Page 14: Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank · Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank Laporan Tahunan 2017 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Jawatankuasa