17
Adat Resam- Kelahiran

Adat Kelahiran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

PowerPoint Presentation

Adat Resam-Kelahiran

Sewaktu Mengandung

Upacara Menawar Perut

Upacara Menawar Perut

Upacara ini diadakan untuk menggalakkan anak dalam kandungan perempuan hamil membesar dengan sempurna.

Hanya bidan kampung yang berpengalaman dijemput untuk melakukan upacara ini.

Beliau akan melumuri perut wanita tersebut dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut perempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah.

Semasa bersalin

Upacara Menghalau Semangat Jahat

Memotong Tali Pusat

Upacara Menghalau Semangat Jahat

Apabila sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya.

Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun suaminya sendiri untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan.

Ini bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripada mengganggu proses kelahiran tersebut.

Memotong Tali Pusat

Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluar dari perut si ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si anak.

Anak yang baru lahir itu diletakkan di atas tikar selepas badannya dibalut dengan kain bersih untuk memanaskannya.

Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dan tajam perlu disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri sudah keluar.

Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi.

Selepas lahir

Kenduri Selepas Bersalin

Menyimpan dan Menanam Uri

Menjaga Tali Pusat

Perlindungan daripada Kome

Menamakan Anak

Kenduri Selepas Bersalin

Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bidan dan pembantunya, keluarga berkenaan akan menyembelih dan memasak ayam untuk dimakan bersama bagi menandakan kelahiran anak tadi.

Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanah berisi beras, sedikit kunyit dan kelapa kering serta wang tunai sekurang-kurangnya lima ringgit.

Pembantunya juga diberi upah yang sama kecuali wang tunai yang hanya sebanyak tiga ringgit.

Selepas itu pantang pun dijalankan selama tujuh hari tujuh malam.

Menyimpan dan Menanam Uri

Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu dapur dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga berkenaan sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan berjalan sendiri.

Kendi yang mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila si anak sudah mula belajar berjalan.

Jika anak perempuan, kendi dipecahkan dengan kayu api dan sekiranya anak lelaki, kapak akan digunakan.

Uri tadi juga akan ditanam ke dalam tanah.

Ini boleh menyebabkan si anak perempuan tadi pandai membuat kerja-kerja rumah dan anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di sawah.

Menjaga Tali Pusat

Tali Pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan sendirinya itu disimpan di dalam bekas buluh kecil yang disumbat mulutnya supaya tidak dimasuki angin.

Ia kemudian digantung di atas tempat tidur bayi tadi.

Tali pusat yang sudah kering pula hendaklah dijaga supaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak tersebut akan menjadi penakut dan pelupa.

Selepas upacara di atas selesai, maka bilik kediaman anak itu dikenakan pantang selama tujuh hari tujuh malam.

Perlindungan daripada Kome

Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah buluh yang tajam yang diikat bersama digantung pada siling rumah di atas tempat bersalin.

Ia berfungsi sebagai pelindung kepada si ibu dan anaknya daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh semangat jahat(kome) dan hantu(kok-anak).

Menamakan Anak

Suwe adalah kata-kata umum untuk anak lelaki dan sipira untuk anak perempuan.

Nama-nama ini digunakan untuk mengelirukan semangat-semangat jahat.

Nama tetap hanya diberi apabila anak itu sudah berusia dua tahun.

Bagaimanapun, jika anak itu jatuh sakit selepas diberi nama tetap tadi, ibu bapanya hendaklah menamakannya semula samada dengan nama timangan atau nama baru.