Author
hasif21
View
347
Download
7
Embed Size (px)
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
1/82
PENGGUNAAN ABU KELAPA SAWIT SEBAGAI BAHAN PENGISI
DALAM CAMPURAN PANAS KONKRIT BERASFALT
KHADJIJAH BINTI NAWAWI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
2/82
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
3/82
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
4/82
PENGGUNAAN ABU KELAPA SAWIT SEBAGAI BAHAN PENGISI DALAM
CAMPURAN PANAS KONKRIT BERASFALT
KHADJIJAH BINTI NAWAWI
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Fakulti Kejuruteraan AwamUniversiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2005
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
5/82
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
6/82
iii
Buat insan-insan tersayang
Teristimewa buat
Ibu, ayah, kakak serta adik-adik yang senantiasa diingati
Terima kasih atas segala kepercayaan serta pengorbanan
dan senantiasa disisi bila diperlukan.....
Walaupun berada jauh dimata
namun kalian tetap pembakar semangat dalam meneruskan perjuangan ini.
Buat.Izuan
Terima kasih kerana memahami
serta kasih sayang yang dicurahkan selama ini.
Buat penyelia...Tuan Hj Che Ros Ismail
Terima kasih kerana tidak pernah jemu
membimbing dan membantu dalam menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini..
Salam sayang buat semua
Djah
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
7/82
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya panjatkan ke hadrat Allah kerana dengan
limpah-Nya saya telah berjaya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini
dalam tempoh yang ditetapkan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan saya kepada Tuan Haji Che Ros bin Ismail selaku penyelia saya yangtelah banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan
laporan ini.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua kakitangan Makmal
Kejuruteraan Jalan raya yang selama ini banyak membantu dan memberi tunjuk ajar
dalam mengendalikan ujian-ujian makmal dari peringkat awal sehingga ke peringkat
akhir ujian dijalankan.
Sekalung penghargaan yang tak terhingga juga diucapkan kepada kedua ibu-
bapa saya serta keluarga yang tidak jemu memberi dorongan dan semangat kepada
saya sepanjang pengajian saya di UTM ini. Dan tidak dilupa juga kepada rakan
seperjuangan saya, Hayati Jemiron, Mohd Zainazim dan juga Nur Izzi bin Yusof
yang banyak membantu saya dalam menjalankan ujikaji ini.
Ahkir sekali, ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung membantu saya dalam menjayakan
projek akhir saya ini. Jasa anda semua tidak akan saya lupakan.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
8/82
v
ABSTRAK
Ekoran daripada pertambahan beban lalulintas dari semasa ke semasa,
struktur jalan raya yang direka bentuk hendaklah mempunyai ketahanlasakan dan
kebolehkhidmatan yang tinggi dalam memainkan peranannya sebagai salah satu
media perhubungan yang terpenting. Struktur jalan yang dibina juga mestilahmempunyai kestabilan dan kekukuhan yang baik bagi memastikan keselamatan
pengguna. Para jurutera dan ahli sains berusaha dalam meningkatkan prestasi
turapan asfalt secara berterusan. Pengubahsuaian campuran merupakan salah satu
pendekatan yang diambil untuk tujuan tersebut. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji
kesesuaian abu kelapa sawit sebagai bahan pengisi alternatif bagi menggantikan
simen yang lazimnya digunakan sebagai bahan pengisi dalam campuran asfalt.
Kajian ini dilakukan dengan penyediaan sampel kawalan dan juga sampel dengan
peratus kandungan abu kelapa sawit yang berbeza iaitu sebanyak 1%, 2%, 3%, 4.5%,
5.5% dan 6.5% sebagai bahan pengisi. Ujian Marshall digunakan untuk menilai
kesesuaian abu kelapa sawit sebagai pengisi. Perbandingan keputusan ujikaji dibuat
di antara campuran kawalan dan juga campuran yang mengandungi abu kelapa sawit.
Hasil kajian mendapati abu kelapa sawit tidak sesuai digunakan sebagai bahan
pengisi dalam konteks kestabilan, aliran, kepadatan, peratus lompang dalam
campuran, lompang terisi bitumen dan lompang dalam agregat kerana pada awal
peringkat penambahan abu kelapa sawit telah menunjukkan keputusan yang kurang
memuaskan.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
9/82
vi
ABSTRACT
Due to the increasing number of traffic load from time to time, road
pavement must be designed in with durability and serviceability as one of an
important linkages. Road structure built must have good strength and stiffness
aspects to ensure user safety. Engineer and scientist are constantly trying to improvethe performance of asphalt pavement. Modification of mixture is one of the
approaches taken to improve pavement performance. This study was conducted to
investigate the suitability on the utilization of Palm Oil Fly Ash (POFA) as an
alternative filler to replace the use of cement which is practically used as filler in
asphalt mixtures. Asphalt mixture containing POFA at various percentage 1%, 2%,
3%, 4.5%, 5.5% and 6.5% and control sample were prepared. Marshall test method
was used to evaluate the suitability of Palm Oil Fly Ash as filler. Results obtained
from the test will be compared between asphalt mixture containing Palm Oil Fly Ash
and control mix. The results show that Palm Oil Fly Ash are not suitable to be used
as a filler in Hotmix asphalt. Furthermore, the POFA mixture does not performed
satisfactorily even at the early stage of additional of Palm Oil Fly Ash.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
10/82
vii
KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASIiii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SIMBOL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 3
1.4 Skop Kajian 4
1.5 Kepentingan Kajian 4
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 6
2.2 Campuran Berbitumen 7
2.3 Bahan-Bahan Campuran Turapan 7
2.3.1 Bitumen 7
2.3.1.1 Sumber dan Pengkelasan Bitumen 8
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
11/82
viii
2.3.1.2 Jenis-jenis Bitumen 9
2.3.2 Agregat 9
2.3.2.1 Agregat Kasar 10
2.3.2.2 Agregat Halus 11
2.3.3 Bahan Pengisi 11
2.3.3.1 Jenis-jenis Bahan Pengisi 12
2.3.3.2 Penggredan Bahan Pengisi 14
2.4 Kajian Lepas Mengenai Penggunaan Bahan Pengisi 14
2.5 Abu Kelapa Sawit 15
2.5.1 Komposisi Kimia dan Fizikal Abu Kelapa Sawit 16
2.6 Campuran Panas Konkrit Berasfalt 18
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Ujian-Ujian Makmal 21
3.2.1 Pemilihan Agregat 22
3.2.1.1 Pengasingan Agregat 22
3.2.2 Analisis Ayakan Abu Kelapa Sawit 23
3.2.3 Penentuan Graviti Tentu Agregat Kasar 24
3.2.4 Penentuan Graviti Tentu Agregat Halus 25
3.2.5 Penentuan Graviti Tentu Habuk Kuari 26
3.2.6 Penentuan Graviti Tentu Simen 27
3.2.7 Bitumen 28
3.3 Penyediaan Sampel bagi Kandungan Abu yang
Berbeza Peratusan 28
3.4 Ujian Marshall 30
3.5 Penentuan Graviti Tentu Pukal Sampel Terpadat 31
3.6 Ujian-Ujian Ke Atas Sampel Marshall 32
3.6.1 Ujian Kestabilan Dan Aliran 32
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 34
4.2
Ujian Analisis Ayakan 34
4.3 Penentuan Graviti Tentu 35
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
12/82
ix
4.3.1 Graviti Tentu Bitumen 36
4.3.2 Graviti Tentu Agregat 36
4.3.3
Graviti Tentu Bahan Pengisi 36
4.3.4 Graviti Tentu Campuran Agregat 37
4.3.5 Graviti Tentu Pukal Sampel 37
4.4 Kandungan Bitumen Optimum 38
4.5 Analisis Kesan Abu Kelapa Sawit dalam Campuran 38
4.5.1
Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan
Kestabilan Campuran 38
4.5.2 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan
Ketumpatan Campuran 39
4.5.3 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan
Aliran Campuran 40
4.5.4 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan
Peratus Lompang Terisi Bitumen 41
4.5.5 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan
Lompang dalam Campuran 42
4.5.6 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan
Lompang dalam Mineral Agregat 43
4.5.7 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan
Kekukuhan Campuran 44
4.6 Penutup 45
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2
Kesimpulan 47
5.3 Masalah yang Dihadapi 48
5.4 Cadangan 49
5.5
Penutup 50
RUJUKAN 51
LAMPIRAN A-G 54-66
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
13/82
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Penggredan bahan pengisi 14
2.2
Perbandingan ciri fizikal dan komposisi kimia abu kelapasawit dan simen portland 16
3.1 Had penggredan agregat bagi ACW20 23
3.2 Jisim agregat bagi setiap saiz untuk kandungan bitumen
optimum 29
3.3 Penyediaan sampel mengikut peratusan abu kelapa sawit
yang digunakan 29
3.4 Faktor pembetulan kestabilan sampel Marshall 33
3.5 Piawaian JKR/SPJ/1988 bagi lapisan haus dan lapisan
pengikat 33
4.1 Peratus jisim tertahan dan jisim agregat untuk kandungan
bitumen optimum 35
4.2 Nilai graviti tentu setiap agregat 36
4.3 Nilai graviti tentu bahan pengisi 37
4.4 Graviti tentu pada kandungan bitumen optimum dengan
peratusan abu kelapa sawit yang berbeza 37
4.5 Perbandingan nilai parameter campuran kawalan,
campuran abu kelapa sawit dan spesifikasi JKR 46
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
14/82
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Penggunaan bahan buangan kelapa sawit 17
2.2 Abu kelapa sawit sebelum proses pengisaran dan ayakan 172.3 Abu kelapa sawit selepas proses pengisaran dan ayakan 18
3.1 Carta aliran metodologi kajian 20
3.2 Carta aliran ujian-ujian yang akan dijalankan 21
4.1 Kesan abu kelapa sawit ke atas kestabilan campuran 39
4.2 Kesan abu kelapa sawit ke atas ketumpatan campuran 40
4.3 Kesan abu kelapa sawit ke atas aliran campuran 41
4.4 Kesan abu kelapa sawit ke atas peratus lompang terisi
bitumen 42
4.6 Kesan abu kelapa sawit ke atas peratus lompang dalam
campuran 43
4.7
Kesan abu kelapa sawit ke atas peratus lompang dalam
mineral agregat 44
4.8 Kesan abu kelapa sawit ke atas kekukuhan campuran 45
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
15/82
xii
SENARAI SIMBOL
km - kilometer
kg - kilogram
mm - millimeter
C - darjah celciuscm - sentimeter
m3 - meter padu
g - gram
m - micrometer
ACB - Asphaltic Concrete Binder
ACW - Asphaltic Concrete Wearing
ASTM - American Society for Testing and Material
AASTHO - American Association of State Highway and Transportation
Officials
SGagg - Specific Gravity Aggregate
SGbit - Specific Gravity Bitumen
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
16/82
xiii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Pra-campuran agregat 54
B Lengkung taburan agregat campuran ACW20 55C Graviti tentu bahan 56
D Komposisi sampel mengikut peratusan abu kelapa
sawit yang digunakan 57
E Keputusan ujian Marshall 58
F Data dan analisis parameter Marshall campuran
ACW20 59
G Peralatan ujikaji dan proses penyediaan sampel
Marshall 62
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
17/82
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Rangkaian sistem jalan raya merupakan salah satu medium perhubungan
yang terpenting yang mana penggunaannya semakin meluas pada masa kini. Di
negara kita, pembinaan jalan raya juga telah mengalami arus transformasi yang agak
ketara dengan terciptanya pelbagai teknologi terbaru serta pelbagai penyelidikan dan
pembangunan dalam aspek rekabentuk dan pembangunan jalan raya. Rangkaian
jalan raya juga merupakan satu-satunya infrastruktur asas yang memainkan peranan
penting dalam pembangunan sosial dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Perkembangan rangkaian sistem jalan raya juga dapat kita lihat bermula sejak
penemuan roda di Samaria sekitar tahun 3000 sebelum Masihi (Che Ros, Othman
dan Mohd Rosli, 1999). Sistem jalan pada masa itu hanyalah jalan denai yang hanya
bertujuan untuk pergerakan dan perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Namun
demikian, sistem jalan raya telah dibangunkan sehinggalah pada masa kini sistem
jalan raya telah berkembang pesat dengan kemajuan pembinaan jalanraya
berbitumen.
Di negara kita, sistem jalan raya kebanyakannya merupakan jalan raya
berbitumen. Dalam pembinaan jalan berbitumen ini, teknik dan kaedah pembinaan
jalan juga merupakan faktor yang menjadikan sesebuah jalan itu dapat berfungsi
dengan sempurna dalam memberi kebolehkhidmatan pada struktur jalan agar dapat
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
18/82
2
memainkan peranannya sebagai salah satu medium perhubungan yang terpenting.
Dengan berkembangnya rangkaian jalan raya juga menunjukkan kemajuan sesebuah
komuniti, masyarakat serta negara.
1.2
Pernyataan Masalah
Perkembangan industri pertanian di negara kita semakin berkembang pesat
terutamanya penanaman kelapa sawit. Malaysia merupakan pengeluar terbesar
minyak kelapa sawit dan juga produk kelapa sawit di dunia. Menurut statistik,
pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia telah meningkat secara berterusan sejak
Februari 2004 sehingga September 2004. Pengeluaran pada bulan Februari adalah
sebanyak 862,554 tan manakala pengeluaran pada bulan September adalah sebanyak
1,488,215 tan dan ini adalah satu tahap pengeluaran yang paling tinggi dalam tahun
2004 (Berita Sawit, Disember 2004).
Ekoran daripada peningkatan pengeluaran minyak kelapa sawit ini, pelbagai
masalah telah timbul terutamanya pembuangan sisa kilang sawit yang tidak
digunakan seperti batang sawit, pelepah, cangkerang buah sawit dan juga tandan
kosong dan akhirnya menjadi salah satu bahan yang boleh membawa masalah kepada
alam sekitar jika tidak diuruskan dengan baik.
Sisa sawit ini adalah dalam kuantiti yang banyak dan menjadi masalah untuk
melupuskannya yang mana jumlahnya semakin hari semakin bertambah. Lazimnya
sisa buangan ini dibakar bagi mendapatkan tenaga elektrik oleh kilang sawit. Abu
kelapa sawit yang terhasil daripada pembakaran ini juga dibuang tanpa sebarang
pulangan komersial.
Oleh itu, beberapa kajian telah dijalankan bagi memanfaatkan penggunaan
abu kelapa sawit sebagai baja semulajadi dan juga bahan tambah dalam konkrit bagi
meningkatkan kekuatan konkrit. Kajian mengenai penggunaan abu kelapa sawit
sebagai bahan pengisi bagi mengurangkan penggunaan simen dalam turapan jalan
juga telah dibuat.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
19/82
3
Simen lazimnya digunakan sebagai pengisi dalam campuran konkrit berasfalt.
Pertumbuhan pesat dalam sektor pembinaan bangunan dan jalan raya menyebabkan
meningkatnya permintaan terhadap simen untuk sektor itu. Justeru itu, harga simen
juga semakin mahal ekoran permintaan yang tinggi terhadap bahan tersebut.
Penambahan abu kelapa sawit dalam campuran turapan dijangkakan dapat
mengurangkan kos pembinaan jalan disamping membantu dalam mengurangkan
masalah yang berlaku pada turapan melalui penambahbaikan kualiti campuran.
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian
Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesesuaian
penggunaan abu kelapa sawit sebagai bahan untuk turapan jalan serta mengkaji kesan
daripada penggunaannya sebagai bahan pengisi dalam meningkatkan prestasi turapan
panas konkrit berasfalt (HMA).
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:-
i. mengenalpasti potensi penggunaan abu kelapa sawit sebagai bahan
pengisi dalam HMA disamping mencari sumber-sumber baru yang boleh
menggantikan simen dan batu kapur sebagai bahan pengisi;
ii. mengkaji kesan penggunaan abu kelapa sawit terhadap parameter
Marshall; dan
iii. menentukan kandungan optimum abu kelapa sawit sebagai bahan pengisi
dalam HMA.
Bagi mencapai objektif di atas, beberapa aspek perlu dilaksanakan dengan
membuat perbandingan campuran yang menggunakan abu kelapa sawit dengan
campuran yang menggunakan simen.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
20/82
4
1.4 Skop Kajian
Skop kajian yang dijalankan merangkumi beberapa aspek seperti penggunaan
abu kelapa sawit sebagai bahan pengisi dan juga sebagai bahan pengganti kepada
simen dan habuk kuari mengikut peratusan tertentu. Kajian yang dijalankan ini
berdasarkan kepada ujian Marshall yang dilakukan dengan mencampurkan abu
kelapa sawit pada kadar 0%, 1%, 2%, 3%, 4.5%, 5.5% dan 6.5% ke dalam campuran
dan membandingkannnya dengan campuran tanpa abu kelapa sawit sebagai
campuran kawalan.
Seterusnya, kajian ini dijalankan dengan membuat perbandingan parameter
Marshall iaitu kestabilan, aliran, kekukuhan, ketumpatan dan lompang antara
campuran kawalan dengan campuran yang menggunakan abu kelapa sawit.
Campuran yang digunakan dalam ujikaji ini adalah jenis lapisan haus konkrit
berasfalt, ACW20.
1.5 Kepentingan Kajian
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, abu hasil pembakaran bahan
sisa kelapa sawit boleh mendatangkan masalah kepada alam sekitar sekiranya tidak
diuruskan dengan sempurna. Salah satu kaedah untuk mengurangi masalah
pencemaran sisa buangan sawit ini adalah dengan mengguna semula bahan terbuang
ini seperti menjalankan kajian mengenai penggunaan abu kelapa sawit sebagai bahan
pengisi alternatif dalam campuran turapan jalan raya.
Penggunaan abu kelapa sawit ini juga diharap dapat mengurangkan kos
dalam pembinaan jalan raya yang semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan
ekonomi negara dalam sektor pembinaan bangunan dan jalan raya. Di samping itu
juga, ianya sebagai alternatif menggantikan simen bagi mengimbangi kenaikan harga
simen yang semakin mahal sekiranya bahan tersebut boleh diguna pakai.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
21/82
5
Abu kelapa sawit ini juga merupakan satu alternatif yang lebih ekonomi
penggunaannya kerana ianya mudah didapati. Diharap dengan adanya kajian
seumpama ini dapat mengenalpasti kesesuaian penggunaan abu kelapa sawit sebagai
salah satu sumber baru dalam teknologi pembinaan jalan raya.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
22/82
6
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Pelbagai jenis turapan berbitumen telah digunakan dalam pembinaan jalan
dan lebuhraya baik di negara-negara maju mahupun di negara kita, Malaysia.
Turapan berbitumen sangat meluas penggunaannya kini kerana mempunyai hayat
reka bentuk yang panjang dan berupaya memainkan peranan yang diharapkan pada
sesuatu turapan bermutu tinggi.
Ekoran daripada pertambahan beban lalu lintas dari semasa ke semasa,
struktur jalan raya yang direkabentuk hendaklah mempunyai ketahanlasakan dan
kebolehkhidmatan yang tinggi dalam memainkan peranannya sebagai salah satu
media perhubungan yang terpenting. Ketahanlasakan dan kebolehkhidmatan struktur
jalan untuk menanggung beban lalulintas yang tinggi itu juga banyak bergantung
kepada kekuatan, kekukuhan dan juga kestabilan sesuatu turapan jalan.
Faktor utama yang menjamin sesuatu turapan jalan itu dapat berfungsi
sepenuhnya dengan baik bergantung kepada campuran bancuhan bahan turapan jalan
itu dalam pembinaan jalan. Campuran bahan turapan yang mengikut spesifikasi
yang ditetapkan sangat memainkan peranan yang penting dalam menyediakan satu
permukaan yang rata serta memberi keselesaan kepada penggunanya di samping
mengekalkan ciri-ciri dan sifat-sifat yang perlu ada pada sesuatu turapan jalan itu.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
23/82
7
2.2 Campuran Berbitumen
Campuran berbitumen merupakan suatu campuran yang mengandungi
agregat, bitumen dan juga bahan pengisi yang diikat menjadi suatu campuran yang
kukuh dan biasanya digunakan dalam pembinaan jalan raya boleh lentur. Campuran
ketiga-tiga bahan ini hendaklah mengikut spesifikasi tertentu bagi mendapatkan
turapan yang benar-benar berkualiti, ekonomi dan bermutu tinggi.
Agregat memainkan peranan penting dalam menentukan sifat dan ciri turapan
jalan dalam menyediakan struktur saling-mengunci. Bahan pengikat bitumen
merupakan bahan yang mempunyai sifat visco-elastik yang sangat dipengaruhi oleh
faktor suhu dan juga beban lalulintas yang tinggi. Bahan pengikat ini bertindak
sebagai perekat diantara partikel agregat atau di antara agregat dengan lapisan bawah
permukaan jalan. Manakala bahan pengisi akan mengisi rongga-rongga yang
terdapat di antara campuran agregat dan bahan pengikat dalam memberikan kekuatan
tambahan dalam mereka bentuk turapan berbitumen.
2.3 Bahan-Bahan Campuran Turapan
Bahan-bahan yang lazim digunakan dalam menghasilkan satu campuran
panas konkrit berasfalt ialah:
i. bitumen;
ii. agregat; dan
iii.
bahan pengisi.
2.3.1 Bitumen
Bitumen merupakan cecair likat atau bahan pepejal, berwarna hitam atau
perang yang mempunyai ciri-ciri lekatan serta mengandungi campuran hidrokarbon
yang berasal dari petroleum mentah dan juga berlaku secara semulajadi. Ia juga
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
24/82
8
mengandungi juzuk-juzuk bukan logam seperti gas, cecair, separuh pepejal dan akan
larut dalam karbon disulfida (Krebs dan Walker, 1971).
Bahan berbitumen ini juga digunakan secara meluas dalam pembinaan jalan
kerana sifat semulajadinya yang merupakan bahan penyimen yang kuat, mudah
merekat dan juga mempunyai ketahanlasakan yang tinggi. Di samping itu juga, ia
mempunyai sifat kalis airnya yang tinggi serta mempunyai kebolehlenturan yang
terkawal apabila bercampur dengan agregat (Mohd Rehan, Meor Othman dan Asri,
1997).
2.3.1.1 Sumber dan Pengkelasan Bitumen
Bitumen boleh diperolehi daripada dua sumber utama iaitu bitumen yang
diperolehi secara semulajadi dan juga bitumen yang terhasil daripada proses
penyulingan petroleum mentah.
a.
Bitumen Semulajadi
Bitumen semulajadi merujuk kepada pelbagai jenis bahan bitumen yang
boleh didapati secara semulajadi. Antara sifat-sifat bitumen semulajadi adalah
lembut dan merekat atau keras dan mudah rapuh. Sumber bitumen yang lembut boleh
didapati dari Tasik Trinidad yang mana mengandungi sekitar 54% bitumen manakala
bitumen semulajadi yang keras boleh didapati di dalam liang-liang dalam batuan
sedimen seperti batu kapur dan pasir yang mengandungi kandungan bitumen sekitar
4% hingga 18%. Bitumen semulajadi juga tidak mengandungi kandungan bitumen
yang tinggi berbanding dengan bitumen petroleum (Krebs dan Walker, 1971).
b. Bitumen Petroleum
Bitumen petroleum merupakan bitumen dalam bentuk koloid yang terdapat
dalam petroleum mentah yang terhasil daripada proses penyulingan berperingkat dan
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
25/82
9
digunakan secara meluas dalam pembinaan jalan (Che Ros, Othman dan Mohd Rosli,
1999).
2.3.1.2 Jenis-jenis Bitumen
Jenis-jenis bitumen yang sering digunakan dalam pembinaan turapan jalan
boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu:-
i. Bitumen gred penusukan/simen asfalt - digunakan dalam pembinaan
turapan boleh lentur kelas terbaik
ii. Bitumen cutback - digunakan dalam pembinaan turapan jalan raya kelas
rendah
iii. Bitumen emulsi - digunakan dalam kerja-kerja pemulihan dan
penyelenggaraan jalan raya.
iv. Bitumen tertiup - digunakan dalam kerja-kerja menampal atau
mengkedap retakan yang terbentuk pada turapan konkrit.
2.3.2 Agregat
Agregat merupakan bahan asas dalam pembinaan turapan berbitumen.
Agregat berperanan menanggung beban lalu lintas dari permukaan jalan dan
menyalurkannya kepada lapisan bawah. Agregat biasanya digunakan bersama-sama
bahan pengikat seperti simen dan asfalt dalam menghasilkan turapan jalan yang
mempunyai kebolehtahanlasakan yang tinggi.
Dalam menghasilkan suatu permukaan jalan berturap yang berkualiti tinggi,
kuantiti agregat yang digunakan hendaklah sekurang-kurangnya 95% daripada berat
turapan (OFlaherty, 1974). Turapan yang berkualiti tinggi juga banyak bergantung
kepada sifat dan ciri agregat. Antara sifat-sifat agregat yang perlu ada dalam
pembinaan turapan adalah seperti mempunyai kekuatan dan ketahanlasakan yang
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
26/82
10
tinggi, keliangan yang rendah, sifat hidrofobik serta mempunyai saiz partikel dan
penggredan yang bersesuaian dengan jenis pembinaannya.
Agregat untuk pembinaan jalan boleh didapati samada dari sumber
semulajadi atau tiruan. Kebanyakan agregat yang digunakan dalam pembinaan
turapan jalan adalah daripada jenis batuan semulajadi. Batuan semulajadi boleh
diklasifikasikan kepada tiga berdasarkan kejadiannya iaitu batuan igneus, batuan
sedimen dan batuan metamorfosis.
Di samping agregat semulajadi, terdapat beberapa jenis agregat tiruan yang
boleh digunakan sebagai agregat untuk turapan jalan. Salah satu jenis yang agak
meluas penggunaannya adalah jermang iaitu keluaran sampingan daripada proses
peleburan bijih besi.
Agregat yang lazimnya digunakan dalam campuran turapan jalan dibahagikan
mengikut saiz iaitu:
i. agregat kasar; dan
ii. agregat halus.
2.3.2.1 Agregat Kasar
Agregat kasar ditakrifkan sebagai agregat yang tertahan pada ayak saiz #8
(2.36 mm) (Mohd Rehan, Meor Othman dan Asri, 1997). Ianya memainkan peranan
dalam memberikan kestabilan turapan dengan wujudnya sifat saling-mengunci antara
agregat dan juga rintangan geserannya terhadap anjakan. Antara sifat-sifat agregat
yang baik adalah keras, bentuk bersegi dan mempunyai permukaan yang kasar. Di
samping itu, bentuk dan tekstur permukaan agregat juga banyak memberikan
sumbangan terhadap kestabilan turapan.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
27/82
11
Dalam menghasilkan turapan yang kukuh dan stabil, ciri-ciri yang perlu ada
pada agregat adalah:
i.
kekuatan;
ii. ketahanan;
iii. bentuk dan tekstur permukaan yang baik;
iv. kebersihan dan ketulenan;
v. afiniti terhadap bitumen;
vi.
kadar penyerapan air yang rendah;
vii.
tahan penggilapan; dan
viii. mempunyai penggredan yang baik.
2.3.2.2 Agregat Halus
Agregat halus merupakan semua agregat yang menelusi ayak saiz #8 (2.36
mm) dan tertahan pada ayak saiz #200 (Mohd Rehan, Meor Othman dan Asri, 1997).
Agregat halus berperanan dalam mengurangkan rongga-rongga yang terdapat dalam
agregat kasar disamping menambahkan kestabilan bancuhan berasfalt melalui zarah-
zarah yang saling-mengunci.
Sifat-sifat yang perlu ada pada agregat halus adalah kebersihan dan keaslian,
kesegian dan mempunyai penggredan yang baik. Bahan-bahan yang selalu
digunakansebagai agregat halus adalah pasir asli seperti pasir sungai, pasir lombong
dan batu hancur terayak seperti debu kuari yang terhasil selepas penghancuran
sekunder.
2.3.3 Bahan Pengisi
Bahan pengisi merupakan serbuk halus yang digunakan dalam bancuhan
turapan jalan yang kebanyakannya menelusi ayak saiz #200 (75 m) (Mohd Rehan,
Meor Othman dan Asri, 1997). Secara praktiknya, bahan pengisi berperanan dalam
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
28/82
12
meningkatkan kelikatan bitumen dan mengurangkan kepekaannya terhadap suhu.
Selain itu, bahan pengisi juga berfungsi dalam mengeraskan lapisan bitumen serta
mengisi rongga-rongga yang terdapat dalam campuran. Kesesuaian dan
kebolehkerjaan bahan pengisi bergantung kepada sifat-sifat yang ada pada bahan
pengisi tersebut. Sifat-sifat yang perlu ada pada sesuatu bahan pengisi adalah
kebersihan, keaslian, kehalusan dan afiniti terhadap bitumen.
Komposisi bahan pengisi yang digunakan dalam campuran hendaklah
mempunyai had-had tertentu kerana jika kadar bahan pengisi terlalu tinggi akan
menyebabkan turapan mudah rapuh dan retak ketika menerima beban lalu lintas.
Sebaliknya, jika kadar bahan pengisi kurang akan menyebabkan turapan menjadi
lemah dan mudah mencair apabila cuaca panas (Hatherlay dan Leaver, 1967).
Secara amnya, kandungan bahan pengisi yang tinggi dalam campuran akan
merendahkan kadar kandungan bitumen yang optimum tetapi ketumpatan dan
kestabilan campuran akan meningkat (Roberts, et al., 1996). Penggunaan bahan
pengisi semakin meluas kerana banyak memainkan peranan dalam:
i. meningkatkan kekukuhan asfalt;
ii.
mengurangkan jumlah pengaliran turun asfalt dalam campuran semasa
pembinaan turapan; dan
iii. meningkatkan ketahanlasakan campuran dengan mengekalkan
kandungan asfalt yang digunakan dalam campuran.
2.3.1.1
Jenis-Jenis Bahan Pengisi
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, bahan pengisi berperanan mengisi
rongga-rongga yang terdapat dalam campuran berbitumen bagi menghasilkan suatu
turapan yang bermutu dan berkualiti tinggi. Terdapat berbagai-bagai jenis bahan
pengisi yang boleh digunakan dalam pencampuran bahan turapan samada bahan
pengisi semulajadi mahupun yang terhasil daripada bahan-bahan buangan.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
29/82
13
Jenis-jenis bahan yang sering digunakan sebagai bahan pengisi adalah seperti:
i. simen;
ii.
batu kapur; dan
iii. abu terbang.
a. Simen
Simen yang biasa digunakan dalam pencampuran reka bentuk campuran
turapan adalah simen Portland biasa (OPC). Penggunaan simen sebagai bahan
pengisi dalam campuran dapat meningkatkan kelikatan dan juga kekerasan bitumen.
Penggunaannya juga akan mempengaruhi sifat kemuluran dan kehilangan akibat
pemanasan tetapi akan merendahkan suhu titik lembut bitumen (Mohd Rawawi,
2002).
Kelikatan dan kekerasan bitumen didapati semakin meningkat pada
kandungan simen melebihi 2%. Penambahan kuantiti simen yang dicampurkan
dalam bancuhan turapan secara berterusan akan menyebabkan suhu titik lembut
berkurang dan menyebabkan kenaikan haba semakin tinggi.
b. Batu Kapur
Batu kapur adalah bahan pengisi yang ditambah ke dalam campuran panas
konkrit berasfalt yang bertindak sebagai agen anti-penanggalan bagi mengurangkan
masalah penanggalan pada agregat. Kajian mengenai mekanisma anti-penanggalan
mendapati batu kapur bertindak dengan kebanyakan agregat silika untuk membentuk
kerak kalsium silika yang mempunyai ikatan yang kuat dengan agregat ketelapan
yang cukup bagi membolehkan penusukan ke dalam bitumen untuk membentuk
ikatan yang kuat (Mohd Rawawi, 2002).
c. Abu Terbang
Penggunaan abu terbang sebagai bahan pengisi dalam pembinaan turapan
jalan telah digunakan dengan meluasnya. Antara abu terbang yang telah
dipraktikkan penggunaan dalam pembinaan jalan adalah seperti abu arang, sisa enap
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
30/82
14
cemar minyak, debu batu reput dan abu sekam padi (Mohd Rawawi, 2002). Kajian
yang dijalankan ini lebih memberi penekanan kepada pengunaan abu kelapa sawit
sebagai bahan pengisi.
2.3.3.2 Penggredan Bahan Pengisi
Bahan pengisi perlulah diayak terlebih dahulu bagi mendapatkan bahan
pengisi yang benar-benar halus. Ini adalah penting bagi mendapatkan hasil
campuran yang sempurna. Jadual di bawah menunjukkan penggredan bahan pengisi.
Jadual 2.1: Penggredan bahan pengisi (ASTM, 1992)
Saiz ayak ( No. ayak ) Peratus Lulus
600 mm ( No. 30 ) 100
300 mm ( No. 50 ) 95 - 100
75 m ( No. 200 ) 70 - 100
2.4 Kajian Terdahulu Mengenai Penggunaan Bahan Pengisi dalam
Campuran Panas Konkrit Berasfalt
Beberapa kajian telah dijalankan sebelum ini bagi mengenalpasti kesesuaian
beberapa bahan pengisi alternatif sebagai bahan pengganti dan juga sebagai bahan
pengurang simen dalam campuran panas konkrit berasfalt. Bahan-bahan yang
digunakan kebanyakannya merupakan bahan-bahan buangan. Di antara bahan-bahan
pengisi yang telah diuji kesesuaiannya adalah abu sekam padi (RHA), debu batu
reput, debu kuari dan sisa enap cemar minyak serta sisa keluli. Pemilihan bahan-
bahan ini juga banyak bergantung kepada mudahnya sumber bahan tersebut
diperolehi dan juga kosnya tidak terlalu tinggi.
Hasil daripada kajian yang dijalankan mengenai penggunaan debu batu reput
sebagai pengisi, sebanyak 40% kandungan batu reput adalah sesuai untuk
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
31/82
15
menggantikan simen dalam campuran tanpa menjejaskan parameter-parameter
Marshall (Abd. Rani, 2003).
Manakala penggunaan abu sekam padi juga menunjukkan prestasi yang baik
dalam campuran serta boleh digunakan di lapangan kerana dengan penambahan abu
sekam padi sebanyak 2% dalam campuran dapat meningkatkan kestabilan dan juga
kekukuhan campuran (Siti Hawa, 2003).
Sisa enap cemar juga telah dikaji kesesuaiannya sebagai pengisi dalam
campuran panas konkrit berasfalt. Didapati, penilaian ke atas sisa enap cemar
minyak ini mempunyai keupayaan dari segi kestabilan, ubah bentuk, ketumpatan,
kandungan lompang dalam campuran dan juga lompang terisi bitumen sebagaimana
yang telah ditentukan oleh piawaian JKR (Fauzi, 1996).
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati penggunaan bahan-
bahan tersebut berupaya meningkatkan kestabilan dan kekukuhan turapan jalan pada
kandungan optimum bahan tersebut. Di samping itu juga, bahan-bahan tersebut
mempunyai prestasi yang baik dalam menghasilkan turapan yang kukuh dan mampu
untuk menahan beban lalu lintas yang bertindak ke atasnya.
2.5 Abu Kelapa Sawit
Abu kelapa sawit yang digunakan dalam menjalankan ujikaji ini terhasil
daripada pembakaran tempurung dan sabut kelapa sawit. Abu kelapa sawit ini
diperolehi daripada kilang sawit Jengka 3, Pahang. Ia merupakan sisa buangan sawit
yang tidak digunakan lagi. Pada masa sekarang, penggunaan abu kelapa sawit
sebagai bahan pengisi dalam turapan jalan raya masih kurang meluas
penggunaannya. Rajah 2.1 menunjukkan penggunaan bahan-bahan buangan kelapa
sawit.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
32/82
16
2.5.1 Komposisi Kimia dan Ciri-Ciri Fizikal
Abu kelapa sawit boleh didapati sama ada dalam warna hitam atau kelabu
gelap. Warna abu ini banyak dipengaruhi oleh kandungan karbon yang terkandung
di dalamnya. Zarahnya juga berbentuk sfera dan mempunyai saiz yang lebih kecil
daripada simen(Muhammad Kamil, 2002).
Seperti yang ditunjukkan dalam jadual, kehalusan abu adalah 519 m2/kg dan
graviti tentunya adalah 2.22. Dari segi kehalusannya, abu kelapa sawit lebih halus
daripada simen Portland. Daripada analisis kimia yang dijalankan, abu kelapa sawit
mempunyai kandungan SiO2 (43.6%), Al2O3 (11.4%) dan Fe2O3 (4.7%). Dari segi
kealkalian juga, abu kelapa sawit mempunyai kealkalian yang tinggi (Muhammad
Kamil, 2002). Rajah 2.2 menunjukkan abu kelapa sawit sebelum proses pengisaran
dan ayakan dan Rajah 2.3 menunjukkan abu kelapa sawit selepas proses pengisaran
dan ayakan dilakukan.
Jadual 2.2 : Perbandingan ciri fizikal dan komposisi kimia abu kelapa sawit dan
simen portland (Muhammad Kamil, 2002)
Ujian Simen
Portland
Abu Kelapa
Sawit
Ciri-ciri fizikal
Kehalusan-Luas permukaan (m2/kg)
Graviti Tentu
Analisis Kimia (%)
Silicon dioxide ( SiO2)
Aluminium Oxide ( Al2O3)
Ferric Oxide ( Fe2O3)Calcium Oxide ( CaO )
Magnesium Oxide ( MgO )
Sulphur Trioxide ( SO3)
Alkali
Loss on Ignition ( LOI )
314
3.28
20.2
5.7
3.062.5
2.6
1.8
0.16
2.7
519
2.22
43.6
11.4
4.78.4
4.8
2.8
0.39
18.0
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
33/82
17
Kelapa sawit
Fiber, tempurung, tandan
kelapa sawit kosong
Effluen
BajaBahan penebat
elektrik,tali dll
Bahan api untuk
menjana haba dan
elektrik
Bahan penutup tanah
sekitar pangkal pokok
kelapa sawit mudaAbu-abu hasil
pembakaran
Abu Kelapa
Sawit
Rajah 2.1: Penggunaan bahan buangan kelapa sawit (Muhammad Kamil,2002)
Rajah 2.2: Abu kelapa sawit sebelum proses pengisaran dan ayakan
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
34/82
18
Rajah 2.3 : Abu Kelapa Sawit selepas proses pengisaran dan ayakan
2.6 Campuran Panas Konkrit Berasfalt
Campuran panas konkrit berasfalt (HMA) adalah turapan paling stabil dan
tahan lasak yang digunakan dalam pembinaan jalan raya. Lapisan ini mengandungi
agregat yang tergred dengan baik, daripada saiz yang kasar sehinggalah kepada saizdebu yang dicampurkan dengan bitumen gred penusukan.
Turapan konkrit berasfalt lebih berkesan daripada jenis-jenis turapan yang
lain dalam mengurangkan tegasan lalulintas di dalam lapisan turapan tersebut kerana
lapisan ini mempunyai kekuatan mekanik yang tinggi. Sifat ini mudah terhasil
kerana agregat yang digunakan tergred dengan baik.
Keadaan saling mengunci antara agregat juga mudah dicapai dan dapat
dikekalkan untuk jangka waktu yang lama dengan adanya bitumen gred penusukan
untuk mengikat agregat tersebut. Ciri-ciri campuran panas konkrit berasfalt ini
adalah: (Mohd Rehan, Meor Othman dan Asri, 1997)
i. tahan lasak serta tidak mudah pecah dan menyepai akibat cuaca dan
bebanan lalulintas;
ii. mempunyai hayat reka bentuk yang panjang walaupun dikenakan beban
trafik yang maksimum;
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
35/82
19
iii. mempunyai rintangan gelinciran yang tinggi; dan
iv. mempunyai kestabilan dan ketahanlasakan yang tinggi.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
36/82
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bahagian ini merangkumi beberapa kaedah dan pendekatan yang digunakan
bagi memastikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai projek serta
perlaksanaan projek yang baik. Rajah 3.1 menunjukkan secara ringkas metodologi
kajian yang dijalankan.
Kenalpasti Masalah Pengumpulan data dan
maklumatUjian Makmal
Data dan AnalisisAnalisis Keputusan
Ujikaji
Kesimpulan dan
Cadangan
Rajah 3.1: Carta aliran metodologi kajian
Sebelum kajian secara terperinci dijalankan, kajian mengenai bahan yang
digunakan adalah perlu bagi memastikan bahan yang digunakan bersesuaian dan
menepati spesifikasi yang ditetapkan. Kajian ini penting kerana kualiti dan
kesesuaian bahan sedikit-sebanyak akan mempengaruhi keputusan ujian yang akan
dilakukan.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
37/82
21
Pelbagai kaedah pengumpulan data digunakan bagi mendapatkan maklumat
serta data yang diperlukan dalam kajian ini. Ianya meliputi pengumpulan data
melalui pembacaan daripada bahan bercetak yang terdiri daripada buku rujukan
daripada pelbagai sumber, kertas kerja, artikel-artikel dan juga jurnal. Ia merupakan
sumber utama yang penting kerana ia memberi keterangan yang lebih sistematik dan
jelas. Selain itu, internet juga merupakan sumber yang penting memandangkan
pelbagai bahan mudah diperolehi.
Setelah semua maklumat diperolehi, ujian makmal dilakukan. Melalui ujian
ini data diperolehi dan dibandingkan dengan piawaian yang digunakan di Malaysia.
Data daripada ujikaji dianalisis dan keputusan ujikaji diperolehi. Kesimpulan akan
dibuat dan cadangan mengenai kaedah terbaik akan dicadangkan.
3.2 Ujian-Ujian Makmal
Ujian makmal yang akan dilakukan diringkaskan dalam carta alir di bawah.
Pemilihan
Agregat
Analisis Ayakan
Agregat
Penentuan Kandungan
Bitumen Optimum
(OBC)
Penyediaan
Sampel Ujikaji
Ujian
Kestabilan
Ujian Aliran
Analisis DataUjian
Marshall
Penentuan
Graviti Tentu
Pukal Sampel
Penentuan Graviti
Tentu Agregat dan
Abu Kelapa Sawit
Rajah 3.2 : Carta alir ujian-ujian yang akan dijalankan
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
38/82
22
3.2.1 Pemilihan Agregat
Agregat yang digunakan dalam ujikaji ini diambil dari kuari yang berdekatan
iaitu Hanson Quarry, Batu Pahat yang mana telah dikenalpasti mempunyai ciri yang
sesuai sebagai bahan campuran HMA. Agregat yang diperlukan dalam menjalankan
ujikaji ini adalah mengikut saiz yang diperlukan. Agregat ini diayak dan dimasukkan
ke dalam bekas yang berasingan mengikut saiz tertentu. Kemudian agregat ini
dicampurkan mengikut saiz dan jisim yang diperlukan.
3.2.1.1 Pengasingan agregat
Radas yang diperlukan untuk menjalankan ujikaji ini adalah;
i. Alat penimbang;
ii. Set ayak;
iii. Penggetar ayak mekanikal; dan
iv. Ketuhar;
Prosedur ujian pengasingan agregat berdasarkan AASHTO T30-84
(AASTHO, 1986a):
a. Timbang dan dapatkan berat kering agregat.
b. Set ayak mengikut turutan menurun saiz daripada atas ke bawah dan
letakkan di atas penggetar (28.0mm, 20.0mm, 14.0mm, 10.0mm, 5.0mm,
3.35mm, 1.18mm, 425m, 150m, 75m dan dulang)
c.
Letakkan agregat yang telah ditimbang di ayak yang teratas dan
digetarkan mengikut masa yang ditetapkan.
d. Agregat yang telah diayak diasingkan di dalam bekas yang berasingan.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
39/82
23
Spesifikasi penggredan agregat yang digunakan dalam bancuhan ACW20
adalah seperti dalam Jadual 3.1 di bawah.
Jadual 3.1: Had penggredan agregat bagi ACW20 (JKR,1988)
Saiz Ayak % Lulus berdasarkan jisim
28.0mm 100
20.0mm 90 100
14.0mm 70 100
10.0mm 56 85
5.0mm 45 71
3.35mm 32 58
1.18mm 20 42
425m 12 28
150m 6 1575m 4 9
Dulang -
3.2.2 Analisis Ayakan Abu Kelapa Sawit
Abu kelapa sawit yang digunakan dalam ujikaji ini diperolehi dari kilang
yang berdekatan. Sebelum proses pengayakan dibuat, proses pengeringan
merupakan satu proses yang mesti dilakukan. Ini bertujuan untuk mengelakkan abu
kelapa sawit melekat di antara satu sama lain akibat kandungan kelembapan yang
tinggi semasa proses pengayakan dan pengisaran dibuat.
Abu kelapa sawit dikeringkan dengan memanaskan dalam ketuhar yang
bersuhu 105oC-110oC. Kemudian abu yang kering diayak untuk mengambil abu
yang melepasi saiz ayak 75m (No.200) iaitu bersamaan dengan saiz simen. Selain
itu juga, nilai graviti tentu perlu dianalisis terlebih dahulu untuk tujuan pengiraan
semasa analisis nanti.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
40/82
24
3.2.3 Penentuan Graviti Tentu Agregat Kasar
Ujikaji ini bertujuan untuk menentukan graviti tentu bagi agregat kasar.
Penentuan graviti tentu ini menggunakan agregat yang telah direndam selama 24
jam. Radas yang diperlukan adalah:
i. Alat penimbang;
ii. Bekas pensampelan;
iii.
Takungan air; dan
iv.
Set ayak
Prosedur ujian berdasarkan kepada prosedur ASTM C 127-88 (ASTM,
1992b):
a. Agregat dibasuh terlebih dahulu untuk membuang sebarang habuk dan
selaput yang terdapat pada agregat dan dikeringkan pada suhu
110oC5oC. Kemudian agregat disejukkan pada suhu bilik selama 1-3
jam.
b. Kemudian agregat direndam dalam air pada suhu bilik selama 244
jam.
c.
Agregat yang direndam diletakkan dan dikeringkan menggunakan kain
penyerap sehingga semua agregat kering permukaan.
d. Agregat yang dalam keadaan tepu dan kering permukaan ditimbang.
Jisimnya dicatat sebagai B.
e.
Selepas ditimbang, agregat diletakkan semula dalam air dan berat
agregat dalam air ditimbang pada suhu 23oC1.7oC. Jisimnya
dicatatkan sebagai C.
f.
Agregat dikeluarkan dan dikeringkan semula pada suhu 110oC5oC dan
disejukkan pada suhu bilik selama 1-3 jam.
g.
Setelah dikeringkan, agregat ditimbang dan jisimnya dicatatkan sebagai
A
h. Nilai graviti tentu dapat diperolehi dengan menggunakan formula:
A
Graviti Tentu Agregat Kasar =
( B C )
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
41/82
25
Dengan ;
A = jisim kering agregat di udara, g
B = jisim agregat tepu dan kering permukaan di udara, g
C = jisim tepu agregat dalam air, g
3.2.4 Penentuan Graviti Tentu Agregat Halus
Ujikaji ini bertujuan untuk menentukan graviti tentu bagi agregat halus.
Penentuan graviti tentu ini menggunakan agregat yang telah direndam selama 24jam. Radas yang diperlukan dalam ujikaji ini adalah:
i. Alat penimbang;
ii. Piknometer;
iii. Acuan; dan
iv. Penghentak (Tamper).
Prosedur ujian berdasarkan kepada prosedur ASTM C 128-88 (ASTM,
1992c):-
a. Piknometer diisi dengan air. Berat air dalam piknometer kemudiannya
ditimbang dan jisimnya dicatat sebagai B.
b.
Timbang agregat halus yang tepu dan kering permukaan lebih kurang
50010g. Jisimnya dicatatkan sebagai S.
c. Masukkan agregat halus yang tepu dan kering permukaan ke dalam
piknometer yang berisi air kira-kira 90% daripada isipadunya dan
digoncang untuk mengeluarkan semua gelembung udara yang terdapat
di dalam agregat. Kemudian ditimbang dan jisimnya dicatat sebagai
C.
d. Keluarkan agregat halus dari piknometer dan dikeringkan dengan
memasukkannya ke dalam oven pada suhu 1105oC. Kemudian berat
kering agregat halus ditimbang dan jisimnya dicatatkan sebagai A.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
42/82
26
Nilai graviti tentu agregat halus boleh ditentukan dengan memasukkan data
yang diperolehi ke dalam persamaan berikut:-
A
Graviti Tentu Agregat Halus =
( B + S C )
Dengan;
A = jisim kering agregat di udara, g
B = jisim piknometer berisi air, g
C = jisim piknometer + agregat + air , g
S = jisim agregat tepu dan kering permukaan di udara, g
3.2.5 Penentuan Graviti Tentu Habuk Kuari
Penentuan graviti tentu habuk kuari ini menggunakan habuk kuari yang lulus
ayak saiz 75m iaitu yang tertahan dalam dulang. Radas yang diperlukan dalam
ujikaji ini adalah:
i. Piknometer;
ii.
Alat penimbang; dan
iii. Ketuhar.
Prosedur penentuan graviti tentu habuk kuari berdasarkan prosedur ujikaji
dalam AASTHO T-100-86 (AASTHO, 1986b):
a.
Keringkan habuk kuari sehingga mencapai berat malar pada suhu
1105oC selama 10-20 minit.
b.
Habuk kuari ditimbang lebih kurang 25g0.01g dan dimasukkan ke
dalam piknometer. Kemudian berat abu bersama piknometer
ditimbang. Jisimnya dicatatkan sebagai A.
c.
Air dimasukkan ke dalam piknometer sehingga isipadu piknometer.
Berat air dan habuk kuari dalam piknometer kemudiannya ditimbang
dan jisimnya dicatat sebagai B
d. Vakum dikenakan ke atas sampel yang bercampur air tadi pada tekanan
100mm Hg selama lebih kurang 10-20 minit.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
43/82
27
e. Kesemua isi piknometer dibuang dan kemudian air diisi semula
sehingga sama dengan paras air tadi. Berat piknometer bersama air
diimbang pada suhu yang sama C.
Nilai graviti tentu abu kelapa sawit boleh ditentukan dengan memasukkan
data yang diperolehi ke dalam persamaan berikut;
A
Graviti Tentu Habuk Kuari =
A + (C B )
Dengan ;
A = jisim piknometer + habuk kuari, g
C = jisim piknometer + air pada suhu Tx , g
B = jisim piknometer + habuk kuari + air, g
3.2.7 Penentuan Graviti Tentu Simen
Simen Portland adalah salah satu bahan pengisi yang digunakan dalam
menjalankan ujikaji ini. Simen Portland yang digunakan diambil terus dari makmal.
Bahan pengisi ini bertujuan sebagai bahan pengisi kawalan dalam rekabentuk
campuran ACW20.
Prosedur untuk menentukan graviti tentu simen adalah berdasarkan kepada
BS 890:1972 (Appendix K):-
a.
Berat bekas kaca dan sekeping plat kaca untuk menutupnya ditimbang
pada keadaan kering dan jisimnya dicatatkan sebagai m1.
b. Bekas kaca itu diisikan penuh dengan air suling pada suhu bilik dan plat
kaca itu diletakkan di atasnya untuk memastikan tiada gelembung udara
terperangkap di bawah plat kaca. Air berlebihan di luar bekas kaca dan
plat kaca dikeringkan.
c. Berat kaca yang dipenuhi dengan air dan plat kaca ditimbangkan dan
dicatatkan sebagai m2. Timbangkan berat kaca yang dipenuhi dengan
air dan plat sebanyak 3 kali untuk mendapatkan purata.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
44/82
28
d. Berat bersih air ditentukan dengan (m2-m1). Dengan itu, isipadu bekas
kaca dapat ditentukan dengan membahagikan berat bersih air itu dengan
ketumpatan air iaitu 1000kg/m3.
e. Kemudian bekas kaca yang diisi penuh dengan simen dan ditutupkan
dengan plat kaca yang sama ditimbangkan dicatakan sebagai m3.
Ulang langkah ini sebanyak 3 kali untuk mendapatkan purata.
f. Berat simen yang terdapat dalam bekas kaca itu ditentukan dengan (m3-
m1). Ketumpatan simen dapat ditentukan dengan menggunakan formula
berikut:
= m
V
Dengan;
= ketumpatan simen (kg/m3)
m = jisim simen (kg)
V = isipadu bekas kaca (m3)
3.2.8 Bitumen
Bitumen yang digunakan dalam ujikaji ini adalah bitumen dari gred
penusukan 80/100. Bitumen yang digunakan dalam pencampuran ini juga diambil
terus dari makmal yang telah lulus kesemua ujian bagi bitumen.
3.3 Penyediaan Sampel bagi Kandungan Abu Kelapa Sawit Berbeza
Peratusan
Sebelum menyediakan sampel bagi kandungan abu kelapa sawit mengikut
peratusan tertentu, kandungan bitumen optimum hendaklah ditentukan terlebih
dahulu. Dalam ujikaji yang dijalankan ini, kandungan bitumen optimum telah
ditentukan iaitu 5.2%. Sekurang-kurangnya tiga sampel diperlukan bagi setiap
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
45/82
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
46/82
30
3.4 Ujian Marshall
Ujian ini dilakukan bertujuan untuk menilai campuran berdasarkan
spesifikasi yang telah ditetapkan melalui keputusan ujikaji penentuan kestabilan dan
aliran.
Prosedur Ujian Marshall berdasarkan kepada prosedur ASTM D 1559-89
(ASTM, 1992d):-
a.
Agregat yang terpilih dikeringkan sehingga mencapai berat malar pada
suhu antara 105oC hingga 110oC. Agregat seterusnya diasingkan
kepada pecahan saiz tertentu melalui pengayakan kering. Pecahan saiz
berdasarkan penggredan yang dipilih.
b. Suhu pembancuhan dan pemadatan ditentukan.
c. Acuan spesimen dan pasangannya serta permukaan tukul perlulah
dibersihkan dan dipanaskan kepada suhu antara 93oC hingga 149oC.
d. Sekeping kertas turas diletakkan di sebelah dalam di bahagian bawah
acuan sebelum campuran asfalt dimasukkan ke dalamnya.
e. Agregat yang telah disediakan mengikut saiz tertentu tadi ditimbang ke
dalam bekas berasingan untuk setiap spesimen.
f. Bekas yang mengandungi agregat itu dipanaskan pada suhu lebih
kurang 28oC diatas suhu pembancuhan.
g. Bitumen ditimbang dan dimasukkan ke dalam bekas agregat itu satu
persatu mengikut sukatan berat yang telah dihitung.
h. Agregat dan bitumen digaul sehingga membentuk satu campuran yang
sebati pada suhu 140oC.
i.
Campuran ini seterusnya dimasukkan ke dalam acuan dan dikenakan
cucukan dengan menggunakan spatula sebanyak 15 kali di sekeliling
lilitan dan 10 kali di tengah-tengah acuan. Sekeping lagi kertas turas
diletakkan pada permukaan campuran bitumen di dalam acuan sebelum
pemadatan dilakukan.
j. Acuan dipasang pada tempat pemadat dan hentaman sebanyak 75 kali
dikenakan terhadap permukaan campuran dengan menggunakan tukul
yang jatuh secara bebas melalui jarak 457mm.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
47/82
31
k. Acuan kemudian diterbalikkan dan bilangan hentaman yang sama
dikenakan terhadap permukaan campuran yang sebelah lagi.
l.
Setelah pemadatan spesimen selesai, spesimen campuran bitumen
dikeluarkan dari acuan dan diletakkan di atas permukaan rata dan
dibiarkan menyejuk pada suhu bilik.
m. Apabila spesimen campuran yang telah disediakan menyejuk kepada
suhu bilik, ujian graviti tentu pukal bolehlah dijalankan.
3.5 Penentuan Graviti Tentu Pukal Sampel Terpadat
Penentuan graviti tentu pukal bagi spesimen terpadat adalah berdasarkan
kepada prosedur atau piawaian ASTM D 2726-90 (ASTM, 1992e). Prosedur ujikaji
adalah seperti berikut:-
a. Rekodkan suhu air (oC).
b. Keringkan spesimen di dalam ketuhar sehingga mencapai berat malar
pada suhu 110oC5oC. Kemudian sejukkan spesimen pada suhu bilik
dan jisimnya ditimbang dan dicatatkan sebagai A.
c. Spesimen direndam di dalam air pada suhu 25oC selama 3 hingga 5
minit. Kemudian timbang spesimen di dalam air. Jisimnya dicatatkan
sebagai C. Suhu spesimen mestilah sekitar 2oC daripada suhu air.
d.
Spesimen yang direndam diletakkan dan dikeringkan menggunakan
kain penyerap sehingga kering.
e. Spesimen yang dalam keadaan tepu dan kering permukaan ditimbang.
Jisimnya dicatat sebagai B.
Nilai graviti tentu pukal campuran bitumen terpadat boleh ditentukan dengan
menggunakan persamaan:
A
Graviti tentu pukal campuran terpadat =
( B C )
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
48/82
32
Dengan ;
A = jisim kering spesimen di udara, g
B = jisim spesimen tepu dan kering permukaan di udara, g
C = jisim spesimen dalam air, g
3.6 Ujian-ujian ke atas Sampel Marshall
Beberapa ujian perlu dilakukan ke atas sampel bagi menentukan nilai-nilai
parameter-parameter Marshall. Antara ujian yang perlu dilakukan adalah:
a. Ujian Kestabilan dan Aliran; dan
b. Analisis Ketumpatan dan Lompang.
3.6.1 Ujian Kestabilan dan Aliran
Selepas graviti tentu pukal ditentukan, ujian kestabilan dan aliran perlu
dijalankan. Langkah yang perlu dilakukan berdasarkan ASTM D 1559-89 (ASTM,
1992d):
a. Spesimen yang hendak diuji direndam di dalam air pada suhu 60oC1oC
selama 30-40 minit.
b.
Kepala alat penguji mestilah bersih dan dikekalkan pada suhu 21-
37.8oC.
c.
Spesimen kemudiannya dikeluarkan dan permukaannya dikeringkan.
Spesimen kemudiannya diletakkan di dalam kepala alat uji dan dipasang
pada alat pembeban.
d.
Beban dikenakan ke atas spesimen dengan kadar 51mm seminit
sehingga berlaku kegagalan, iaitu sehingga ketika bacaan maksimum
diperolehi. Jumlah beban yang diperlukan untuk menghasilkan
spesimen tersebut pada suhu 60oC direkodkan sebagai nilai kestabilan
spesimen tersebut.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
49/82
33
e. Semasa ujian kestabilan sedang berjalan, bacaan pada meter aliran
direkodkan ketika bacaan beban maksimum diperolehi. Bacaan nilai
aliran itu diungkapkan dalam unit 0.25 mm.
f. Seluruh prosedur ujian kestabilan dan aliran yang bermula ketika
spesimen uji dikeluarkan dari rendaman mesti diselesaikan dalam
tempoh 30 saat.
Jadual 3.4 : Faktor pembetulan kestabilan sampel Marshall (ASTM, 1992)
Isipadu Sampel
cm3Faktor Pembetulan
Marshall
457 - 470
471 - 482
483 - 495496 - 508
509 - 522
523 -535
536 - 546
547 - 559
560 - 573
574 - 585
1.19
1.14
1.091.04
1.00
0.96
0.93
0.89
0.86
0.83
Jadual dibawah menunjukkan piawaian reka bentuk campuran Marshall
berdasarkan JKR/SPJ/1988.
Jadual 3.5: Piawaian JKR/SPJ/1988 bagi lapisan haus dan lapisan pengikat
Parameter Lapisan Haus Lapisan Pengikat
Kestabilan (kg) > 500 kg > 450 kg
Aliran (mm) > 2.0 mm > 2.0 mm
Kekukuhan (kg/mm) > 250 kg/mm > 225 kg/mm
Lompang Udara (%) 3.0 5.0 % 3.0 7.0 %
Lompang Terisi Bitumen (%) 75 85 % 65 80 %
Selepas graviti tentu pukal campuran yang mengandungi abu kelapa sawit
ditentukan, ujian kestabilan dan aliran perlu dijalankan. Parameter Marshall seperti
ketumpatan, aliran, kestabilan, lompang udara (VTM) dan lompang terisi bitumen
(VFB) dihitung dan dibandingkan dengan spesifikasi JKR/SPJ/1988. Graf nilai
parameter Marshall diplot melawan peratus kandungan abu kelapa sawit untuk
menentukan kandungan optimum abu kelapa sawit.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
50/82
BAB 4
ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan
Berdasarkan keputusan ujian makmal yang telah dijalankan, data dan
keputusan yang diperolehi akan dianalisis dan dinilai bagi menentukan prestasi dan
kesesuaian abu kelapa sawit dalam campuran panas konkrit berasfalt. Analisis data
keputusan dilakukan dengan membuat perbandingan di antara data ujikaji dengan
nilai piawai yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
4.2 Ujian Analisis Ayakan
Analisis ayakan merupakan ujian peringkat pertama yang perlu dijalankan.
Analisis ayakan ini meliputi analisis ayakan bagi agregat kasar, agregat halus, habuk
kuari dan juga bahan pengisi. Ujian ini bertujuan bagi menentukan taburan saiz
agregat yang dikehendaki dalam campuran. Taburan saiz agregat ini akan
mempengaruhi ciri-ciri penting dalam campuran seperti kekukuhan, kestabilan,
ketahanlasakan, kebolehtelapan, kebolehkerjaan, rintangan lesu, rintangan gelinciran
dan rintangan terhadap kerosakan lembapan (Che Ros, Othman dan Mohd Rosli,
1999). Dalam analisis ini, bahan yang tertahan pada setiap ayak akan diasingkan
mengikut saiz tertentu.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
51/82
35
Bagi mendapatkan penggredan campuran konkrit asfalt yang diperlukan,
beberapa agregat perlu dicampurkan mengikut sukatan dan perkadaran yang tertentu.
Pencampuran setiap saiz agregat dan bahan pengisi dibuat berdasarkan peratus jisim
yang tertahan dalam setiap ayak. Jadual 4.1 menunjukkan peratus jisim yang
tertahan serta jisim agregat yang diperlukan bagi campuran ACW20 yang digunakan
dalam mereka bentuk campuran.
Jadual 4.1 : Peratus jisim tertahan dan jisim agregat untuk kandungan bitumen
optimum
%lulus berdasarkan
jisim
Jisim tertahan bagi
kandungan bitumen
optimum
Saiz Ayak
Median
% jisim
tertahan
5.2 %
28.0 mm 100 100.0 0 -
20.0 mm 95 - 100 97.5 5.0 56.9
14.0 mm 70 - 100 85.0 10.0 113.8
10.0 mm 56 - 85 70.5 14.5 165.0
5.0 mm 45 - 71 58.0 12.5 142.2
3.35 mm 32 - 58 45.0 13.0 147.9
1.18 mm 20 - 42 31.0 14.0 159.2
425 m 12 - 28 20.0 11.0 125.1
150 m 6 - 15 10.5 9.5 108.1
75 m 4 - 9 6.5 4.0 45.5
Dulang - - 6.5 739.9
Jumlah 1137.6
4.3 Penentuan Graviti Tentu
Graviti tentu diperlukan bagi menghitung nilai graviti tentu maksimum teori.
Nilai graviti tentu bahan yang perlu ditentukan adalah nilai graviti tentu bitumen dan
graviti tentu setiap agregat yang merangkumi agregat kasar, halus dan juga bahan
pengisi. Selain itu juga, penentuan graviti tentu pukal setiap sampel juga perlu
dilakukan.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
52/82
36
4.3.1 Graviti Tentu Bitumen
Bitumen yang digunakan dalam reka bentuk campuran ini adalah bitumen
jenis gred penusukan 80/100 dan telah lulus semua ujian bitumen yang ditetapkan.
Nilai graviti tentu bitumen yang digunakan dalam mereka bentuk campuran ini
adalah 1.02 dan nilai tersebut digunakan bagi mendapatkan nilai graviti tentu teori
maksimum untuk setiap sampel.
4.3.2 Graviti Tentu Agregat
Penentuan graviti tentu agregat ini meliputi penentuan graviti tentu bagi
agregat kasar, halus dan habuk kuari. Untuk mendapatkan nilai graviti tentu ini, dua
sampel bagi setiap jenis agregat diperlukan. Nilai yang diperolehi bagi setiap agregat
dipuratakan bagi mendapatkan nilai graviti tentu purata. Jadual 4.2 menunjukkan
nilai graviti tentu bagi agregat kasar, agregat halus dan juga habuk kuari.
Jadual 4.2: Nilai graviti tentu setiap agregat
Bahan Graviti Tentu
Agregat Kasar 2.665
Agregat Halus 2.599
Habuk Kuari 2.453
4.3.3 Graviti Tentu Bahan Pengisi
Bahan pengisi yang digunakan dalam mereka bentuk campuran adalah simen
portland dan abu kelapa sawit. Dalam ujikaji ini, nilai graviti tentu bagi kedua-dua
bahan diperolehi daripada kajian awal (Mohd Warid dan Awal, 1996). Jadual 4.3
menunjukkan nilai graviti tentu bagi simen dan juga abu kelapa sawit.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
53/82
37
Jadual 4.3: Nilai Graviti Tentu Bahan Pengisi (Mohd Warid dan Awal,1996)
Bahan Pengisi Nilai Graviti Tentu
Simen Portland 2.98
Abu kelapa sawit 2.22
4.3.4 Graviti Tentu Campuran Agregat
Setelah semua nilai graviti tentu agregat dan bahan pengisi diperolehi, nilai
graviti tentu efektif campuran agregat ditentukan. Nilai graviti tentu ini seterusnya
akan digunakan dalam menentukan nilai graviti tentu teori maksimum bagi setiap
peratus abu kelapa sawit yang digunakan.
4.3.5 Graviti Tentu Pukal Sampel
Penentuan graviti tentu pukal dilakukan setelah pemadatan sampel dijalankan
dan sampel menyejuk pada suhu bilik. Bagi mendapatkan nilai graviti pukal ini,
setiap jisim sampel di udara, jisim tepu dan kering permukaan serta jisim sampel
dalam air perlu ditentukan. Nilai graviti tentu pukal setiap sampel ditunjukkan dalam
Jadual 4.4. Nilai graviti tentu pukal diperolehi dengan melengkapkan borang
Marshall. Ujian ini perlu dilakukan bagi mendapatkan ketumpatan dan analisis
lompang dalam campuran.
Jadual 4.4 : Graviti tentu pada kandungan bitumen optimum dengan peratusan abu
kelapa sawit yang berbeza
% Abu kelapa sawit Graviti Tentu
Spesimen
0% 2.349
1% 2.351
2% 2.338
3% 2.356
4.5% 2.273
5.5% 2.2756.5% 2.272
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
54/82
38
4.4 Kandungan Bitumen Optimum
Sebelum campuran terubahsuai abu kelapa sawit dijalankan, campuran lazim
dengan peratusan bitumen 4.5%, 5.0%, 5.5%, 6.0% dan 6.5% perlu dilakukan
terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mendapatkan kandungan bitumen optimum yang
diperlukan yang mana akan digunakan dalam mereka bentuk campuran terubahsuai
abu kelapa sawit. Kandungan bitumen optimum ditentukan berdasarkan nilai
maksimum dari graf kestabilan, ketumpatan, lompang dalam campuran dan lompang
terisi bitumen. Berdasarkan reka bentuk, kandungan bitumen optimum adalah 5.2%
merupakan jumlah jisim bitumen yang akan digunakan dalam penyediaan sampel.
4.5 Analisis Kesan Abu Kelapa Sawit dalam Campuran
Campuran yang mengandungi abu kelapa sawit diuji menggunakan Ujian
Marshall untuk mengkaji prestasi penggunaannya dalam campuran berbitumen. Data
dan keputusan yang diperolehi daripada ujikaji dianalisis dan dibuat perbandingan
dengan data yang diperolehi daripada campuran tanpa abu kelapa sawit. Parameter-
parameter Marshall yang diperlukan adalah kestabilan, ketumpatan, aliran, lompang
terisi bitumen, lompang dalam campuran dan juga kekukuhan campuran. Graf bagi
setiap parameter diplot bagi memudahkan membuat perbandingan antara campuran
kawalan dan campuran mengandungi abu kelapa sawit.
4.5.1 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan Kestabilan Campuran
Kestabilan sesuatu campuran berkait rapat dengan kekuatan campuran iaitu
kemampuan campuran untuk menahan ubah bentuk akibat beban lalu lintas yang
bertindak ke atasnya. Rajah 4.1 menunjukkan nilai kestabilan campuran yang mana
menunjukkan penurunan yang agak ketara dengan bertambahnya kandungan abu
kelapa sawit dalam campuran. Walaupun nilai kestabilan campuran ini secara
puratanya semakin menurun namun keseluruhannya nilai kestabilan campuran untuk
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
55/82
39
semua sampel ujikaji memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JKR/SPJ/1988
iaitu melebihi 500kg. Penurunan nilai kestabilan ini mungkin disebabkan
pertambahan kandungan abu kelapa sawit dalam campuran yang mana menyebabkan
rekatan antara agregat dan bitumen berkurang. Faktor lain yang mungkin
mempengaruhi nilai kestabilan juga adalah peningkatan nilai rongga dalam mineral
agregat (VMA).
y = -13.124x2+ 12.131x + 1367
R2= 0.614
800
900
1000
1100
1200
1300
1400
1500
0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0
% Abu Kelapa Sawit
Kestabilan(
kg)
Rajah 4.1: Kesan abu kelapa sawit ke atas kestabilan campuran
4.5.2 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan Ketumpatan Campuran
Ketumpatan menunjukkan kepadatan sesuatu campuran. Daripada Rajah 4.2,
didapati nilai ketumpatan tertinggi adalah pada penambahan abu kelapa sawitsebanyak 1% dengan nilai 2.351g/cm3. Nilai ketumpatan kemudiannya semakin
menurun pada setiap penambahan abu kelapa sawit. Ini menunjukkan kepadatan
campuran semakin berkurang disebabkan abu kelapa sawit tidak mengisi rongga
antara agregat dan juga agregat tidak melekat dengan baik menyebabkan sampel
tidak termampat sepenuhnya.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
56/82
40
y = -0.0015x2- 0.0048x + 2.3553
R2= 0.7995
2.240
2.260
2.280
2.300
2.320
2.340
2.360
2.380
0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0
% Abu Kelapa Sawit
Ketumpatan(g
/cm3)
Rajah 4.2: Kesan abu kelapa sawit ke atas ketumpatan campuran
4.5.3 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan Aliran
Nilai aliran berhubung rapat dengan sifat kebolehlenturan campuran. Nilai
aliran yang tinggi menunjukkan kebolehlenturan yang tinggi. Rajah 4.3menunjukkan nilai aliran campuran semakin meningkat dengan bertambahnya kadar
abu kelapa sawit dalam campuran. Ini dapat disimpulkan bahawa kebolehlenturan
adalah semakin tinggi. Nilai aliran tertinggi adalah pada kadar penambahan abu
kelapa sawit sebanyak 6.5% dengan nilai aliran sebanyak 9.09mm berbanding
dengan nilai aliran bagi sampel kawalan sebanyak 3.46mm. Secara keseluruhannya
nilai aliran yang diperolehi untuk semua sampel memenuhi spesifikasi yang telah
ditetapkan oleh JKR/SPJ/1988 iaitu melebihi 2.0mm.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
57/82
41
y = -0.1228x2+ 1.4838x + 3.8818
R2= 0.7521
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
9.0
10.0
0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0
% Abu Kelapa Sawit
Aliran(mm)
Rajah 4.3: Kesan abu kelapa sawit ke atas aliran campuran
4.5.4 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan Peratus Lompang Terisi
Bitumen
Peratus lompang terisi bitumen bermaksud setiap partikel agregat dalamsampel mestilah tersalut dengan bitumen dan juga ruang antara zarah-zarah agregat.
Walaupun nilai rongga dalam campuran adalah konsisten, Rajah 4.4 menunjukkan
dengan penambahan kandungan abu kelapa sawit dalam campuran akan
menyebabkan lompang terisi bitumen berkurang. Penurunan nilai ini menunjukkan
agregat tidak tersalut sempurna dengan bitumen. Peratus lompang terisi bitumen
tertinggi adalah pada kandungan abu kelapa sawit 1% iaitu sebanyak 79.8%.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
58/82
42
y = -0.2668x2- 0.55x + 80.051
R2= 0.6908
50.0
60.0
70.0
80.0
90.0
0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0
% Abu Kelapa Sawit
Lompangterisibitumen(%)
Rajah 4.4: Kesan abu kelapa sawit ke atas peratus lompang terisi bitumen
4.5.5 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan Lompang dalam Campuran
Nilai lompang dalam campuran (VTM) adalah parameter yang umumnya
dikaitkan dengan ketahanan dan kekuatan campuran. Nilai lompang dalam
campuran yang kecil akan memberikan campuran yang lebih kalis air. Namun nilai
lompang dalam campuran yang terlalu kecil akan menyebabkan berlakunya cecair
bitumen naik ke permukaan jalan (bleeding)akibat kesan pemadatan daripada beban
lalulintas yang bertindak di atasnya. Peratus lompang yang tinggi juga akan
menyebabkan udara dan kelembapan mudah mengganggu ikatan antara bitumen dan
agregat.
Daripada Rajah 4.5, didapati peratus lompang dalam campuran semakin
meningkat dengan kadar pertambahan abu kelapa sawit dalam campuran. Campuran
tanpa abu kelapa sawit memberikan nilai peratus lompang yang kecil iaitu sebanyak
3.2% jika dibandingkan dengan campuran 6.5% abu kelapa sawit iaitu sebanyak
5.5%. Ini mungkin disebabkan kandungan abu kelapa sawit yang tinggi menyerap
bitumen yang diperlukan untuk menyaluti agregat dan untuk mengisi lompang udara
antara agregat. Selain itu, peningkatan nilai peratus ini juga mempunyai hubungkait
dengan peningkatan kadar peratus lompang dalam agregat.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
59/82
43
y = 0.0474x2+ 0.1796x + 2.8997
R2= 0.6861
0.0
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0
% Abu Kelapa Sawit
Lompangdalamc
ampuran(%)
Rajah 4.5: Kesan abu kelapa sawit ke atas peratus lompang dalam campuran
4.5.6 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan Lompang dalam Mineral
Agregat
Peratus lompang dalam mineral agregat (VMA) mempunyai hubungan
dengan peratus lompang dalam campuran. Nilai peratus lompang dalam agregat
banyak bergantung kepada bentuk partikel, tekstur dan saiz agregat serta kaedah
pemadatan yang digunakan. Nilai peratus lompang dalam mineral agregat yang kecil
adalah untuk mengurangi lompang udara yang mana menyebabkan mineral agregat
menjadi poros. Pada campuran tanpa abu kelapa sawit, nilai peratus lompang dalam
mineral agregat adalah rendah iaitu 15.2% manakala campuran dengan 6.5% abu
kelapa sawit sebanyak 17.1% seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.6. Ini
menunjukkan semakin banyak abu kelapa sawit dalam campuran, nilai peratus
lompang dalam mineral agregat juga semakin meningkat. Peningkatan peratus
lompang ini turut dipengaruhi oleh perbezaan kehalusan abu kelapa sawit dan
kehalusan simen serta habuk kuari yang digunakan.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
60/82
44
y = 0.0456x2+ 0.1118x + 14.946
R2
= 0.6775
14.0
15.0
16.0
17.0
18.0
0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0
% Abu Kelapa Sawit
Lompangdalama
gregat(%)
Rajah 4.6: Kesan abu kelapa sawit ke atas peratus lompang dalam mineral agregat
4.5.7 Hubungan antara Abu Kelapa Sawit dengan Kekukuhan Campuran
Berdasarkan kepada analisis data kestabilan dan aliran yang dibuat, nilai
kestabilan semakin berkurangan manakala nilai aliran meningkat dengan
penambahan abu kelapa sawit dalam campuran. Oleh yang demikian, nilai
kekukuhan juga berkurangan apabila abu kelapa sawit digunakan dalam campuran.
Daripada Rajah 4.7, dapati hampir kesemua nilai kekukuhan yang diperolehi tidak
memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JKR/SPJ/1988 iaitu melebihi
250kg/mm. Hanya pada kadar penambahan 1% abu kelapa sawit memenuhi
spesifikasi yang ditetapkan iaitu 281.0kg/mm dan selepas penambahan 1% abu
terebut, nilai kekukuhan mula menurun.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
61/82
45
y = 6.4672x2- 78.065x + 353.01
R2= 0.9092
50.0
100.0
150.0
200.0
250.0
300.0
350.0
400.0
0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0
% Abu Kelapa Sawit
Kekukuhan(kg
/mm)
Rajah 4.7: Kesan abu kelapa sawit ke atas kekukuhan campuran
4.6
Penutup
Daripada perbandingan yang ditunjukkan dalam Jadual 4.5, beberapa
parameter Marshall dengan campuran mengandungi abu kelapa sawit memenuhi
JKR/SPJ/1988 iaitu kestabilan, aliran, kekukuhan dan lompang terisi bitumen.
Manakala parameter lain seperti peratus lompang dalam campuran ternyata tidak
memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Rumusan yang dibuat berdasarkan
kepada analisis data yang dibuat mendapati campuran yang mengandungi abu kelapa
sawit ini dianggap tidak sesuai digunakan untuk konkrit berasfalt.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
62/82
46
Jadual 4.5 : Perbandingan nilai parameter campuran kawalan, campuran abu kelapa
sawit dan spesifikasi JKR
Abu Kelapa Sawit (%)
Parameter
Marshall 0% 1% 2% 3% 4.5% 5.5% 6.5% PiawaiJKR
Kestabilan
(kg)
1249 1447 1455 1389 894 996 1011 >500
Aliran
(mm)
3.46 5.15 7.97 6.24 8.39 7.15 9.09 >2.0
Kekukuhan
(kg/mm)
361 281 183 223 107 139 111 >250
Lompang terisi
bitumen (%)
78.7 79.8 77.5 82.0 66.1 67.5 67.9 75-85
Lompang dalam
campuran (%)
3.2 3.0 3.5 2.6 6.0 5.6 5.5 3.0-5.0
Ketumpatan(g/cm
3)
2.349 2.351 2.338 2.356 2.273 2.275 2.272 -
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
63/82
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Daripada ujian makmal yang telah dijalankan, kesan penggunaan abu kelapa
sawit sebagai bahan pengisi ke atas sifat-sifat fizikal bitumen boleh dilihat dalam dua
aspek utama iaitu:
i. kesan secara keseluruhan berdasarkan kepada ujian-ujian yang
dilakukan dan
ii. kesan pertambahan abu kelapa sawit untuk setiap sampel ujian.
5.2 Kesimpulan
Kajian penggunaan abu kelapa sawit dalam campuran menghasilkan pelbagai
keputusan. Sebahagian daripada keputusan yang diperolehi menunjukkan keupayaan
dalam meningkatkan sifat campuran manakala sebahagiannya tidak. Berdasarkan
analisis yang telah dibuat, beberapa rumusan dapat dibuat iaitu seperti berikut:
i. kestabilan campuran secara keseluruhannya menurun dengan
penambahan abu kelapa sawit. Ini adalah disebabkan rekatan antara
agregat dan bitumen berkurang;
ii.
nilai aliran semakin meningkat dengan penambahan setiap peratus abu
kelapa sawit ke dalam campuran dan nilai aliran tertinggi adalah
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
64/82
48
sebanyak 9.09mm pada kadar penambahan 6.5% abu kelapa sawit.
Berdasarkan ketinggian nilai aliran, ini boleh dirumuskan bahawa
campuran menjadi semakin lembut dengan penambahan abu kelapa
sawit;
iii. nilai ketumpatan pukal bagi sampel yang diperolehi tidak konsisten
serta menunjukkan naik turun yang tidak sekata. Ini mungkin
disebabkan kaedah pengambilan data bagi ketumpatan mempengaruhi
keputusan ujikaji. Nilai ketumpatan bagi sampel adalah tinggi mungkin
disebabkan kesilapan semasa menimbang sampel dalam air. Bakul
yang digunakan untuk menimbang jisim sampel dalam air tidak
direndam sepenuhnya dan ini menyebabkan tekanan udara luar
bertindak ke atas sampel dan mempengaruhi jisim sampel. Sebaliknya
jika bakul yang digunakan terendam sepenuhnya, berat sampel hanya
dipengaruhi oleh daya apungan air sahaja;
iv. penambahan abu kelapa sawit meningkatkan peratus lompang dalam
campuran. Nilai terendah peratus lompang dalam campuran adalah
sebanyak 3.2% yang mana berlaku pada campuran tanpa abu kelapa
sawit dan nilai tersebut memenuhi piawaian yang ditetapkan. Kemudian
nilai lompang dalam campuran meningkat dengan penambahan abu
kelapa. Peningkatan peratus lompang dalam campuran ini turut berkait
rapat dengan peningkatan peratus lompang dalam mineral agregat. Ini
kerana kandungan udara yang banyak dalam mineral agregat akan
menyebabkan agregat menjadi poros.
5.3 Masalah yang Dihadapi
Semasa menjalankan ujikaji di dalam makmal, terdapat beberapa masalah
yang dihadapi. Antara masalah-masalah yang dihadapi adalah:-
i. berlakunya kesilapan semasa menjalankan ujian untuk menentukan
graviti tentu pukal sampel terpadat yang mana menjejaskan ketepatan
terhadap keputusan ujikaji;
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
65/82
49
ii. semasa menjalankan ujian kestabilan, bacaan yang diambil kurang tepat
kerana mesin untuk ujian kestabilan dan aliran mengalami sedikit
kerosakan; dan
iii. kesukaran dalam menentukan prosedur yang sesuai dalam penentuan
graviti tentu abu kelapa sawit.
Walaupun mengalami pelbagai kesukaran, setiap masalah tersebut dapat
diatasi dengan bantuan daripada penyelia dan juga juruteknik-juruteknik makmal
jalan raya.
5.4 Cadangan
Reka bentuk campuran berbitumen yang menggunakan bahan pengisi abu
kelapa sawit merupakan bidang kajian yang masih baru dan berpotensi besar untuk
kajian pada masa akan datang. Berdasarkan keputusan yang diperolehi dan kajian
literatur yang telah bincangkan sebelumnya serta rumusan-rumusan yang telah
dibuat, beberapa cadangan perlu dipertimbangkan bagi memantapkan lagi hasil
ujikaji supaya masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji tidak berlaku lagi pada
masa hadapan.
Antara cadangan-cadangan yang boleh membantu adalah:
i. bahan yang digunakan hendaklah mudah didapati serta ekonomi jika
digunakan;
ii.
dalam penentuan graviti tentu abu kelapa sawit, bahan tersebut
hendaklah terlebih dahulu dikisar sehalusnya bagi mendapatkan nilai
graviti tentu yang tepat;
iii.
penggabungan abu kelapa sawit ke dalam campuran bitumen akan
mempengaruhi reologi dan ciri fizikal lapisan bitumen yang digunakan.
Perubahan yang berlaku perlu diberi penekanan dan dikaji bagi
mengetahui sekiranya terdapat sebarang hubungan dan pergantungan
antara sifat ciri-ciri bitumen dan juga ciri-ciri abu kelapa sawit;
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
66/82
50
iv. lakukan rekabentuk campuran abu kelapa sawit dengan menggunakan
campuran jenis ACB20 dan juga ACW14 bagi melihat prestasi dan
kesesuaiannya dalam kedua-dua campuran tersebut;
v. kualiti awal campuran reka bentuk dan kebaikan serta faedah daripada
penambahan abu kelapa sawit hendaklah dikaji dengan lebih lanjut lagi.
Bagi mencapai matlamat serta objektif ujikaji ini, ujian Marshall
hendaklah dilakukan setelah campuran yang mengandungi abu kelapa
sawit benar-benar telah bertindakbalas dengan bitumen dan juga agregat
dalam campuran; dan
vi. prestasi campuran abu kelapa sawit yang diperolehi daripada ujian
makmal hendaklah diikuti dengan ujian di tapak bagi mengenalpasti
masalah yang mungkin timbul dengan pencampuran dan penambahan
abu kelapa sawit dalam campuran panas konkrit berasfalt.
5.5 Penutup
Berdasarkan hasil ujikaji yang telah dijalankan, penggunaan abu kelapa sawit
tidak sesuai digunakan sebagai bahan pengisi dalam campuran panas konkrit
berasfalt. Jika dilihat prestasi campuran yang mengandungi abu kelapa sawit adalah
tidak memuaskan jika dibandingkan dengan campuran tanpa abu kelapa sawit.
Keputusan yang diperolehi ini mungkin dipengaruhi oleh ciri-ciri fizikal abu kelapa
sawit yang mana mempunyai kehalusan yang lebih halus daripada simen dan juga
lebih licin daripada simen dan juga bahan pengisi lain seperti abu sekam padi.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
67/82
51
RUJUKAN
AASHTO (1986a). Standards Method of Tests for Mechanical Analysis of Extracted
Aggregate. Washington D.C. 20001, T30-84.
AASHTO (1986b). Standards Method of Tests for Specific Gravity of Soil.Washington D.C. 20001, T100-86.
Abd. Rani bin Zainon (2003). Penggunaan Batu Reput sebagai Pengisi dalam
Campuran Berbitumen Lapisan Haus. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda.
Annual Book of ASTM Standards (1992a). Road and Paving Materials; Pavement
Management Technologies.Philadelphia, USA; Easton, MD, USA.
ASTM (1992b). Test Method for Specific Gravity and Absorption of Coarse
Aggregate.Philadelphia, USA, C 127-88.
ASTM (1992c). Test Method for Specific Gravity and Absorption of Fine Aggregate.
Philadelphia, USA, C 128-88.
ASTM (1992d). Test Method for Resistance to Plastic Flow of Bituminous Mixtures
Using Marshall Apparatus.Philadelphia, USA, D 1559-89.
ASTM (1992e). Test Method for Bulk Specific Gravity and Density of Compacted
Bituminous Mixtures Using Saturated Surface-Dry Specimens.Philadelphia, USA, D
2726-90.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
68/82
52
Berita Sawit (4 Disember 2004). Pengeluaran Minyak Kelapa Sawit Malaysia
(MSM) Meningkat dalam http:// www.mpob.gov.my/.
Bristish Standard (1972). Determination of Density of Putty and Volume Yield of
Lime. London, BS 890:1972, Appendix K.
Che Ros Ismail, Othman Che Puan dan Mohd Rosli Hainin (1999) Kejuruteraan
Jalanraya dan Lalulintas. Nota Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Malaysia. Tidak Diterbitkan.
Fauzi bin Sarif (1996). Penggunaan Sisa Enap Cemar Minyak sebagai Bahan Pengisi
dalam Campuran Asfalt. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Hatherlay, L. W. and Leaver, P. C., (1967), Asphaltic Road Materials. London:
Edward Arnold (Publisher) LTD.
Jabatan Kerja Raya (1988). Standard Specification for Road Works. Kuala Lumpur,
(JKR/SPJ/1988) JKR 20401-0017-88.
Krebs, R. D. dan Walker, R. D. (1971).Highway Material.New York: Mc Graw-Hill
Book Company.
Mohamed Rehan Karim, Meor Othman Hamzah dan Asri Hasan (1997). Pengenalan
Pembinaan Jalan Raya Berbitumen.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rawawi Awg Ngah (2002). Pengeluaran Abu Terbang di Malaysia: Kajian
Kes. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Mohd Warid Hussin dan Abd Awal (1996). Properties of Fresh and Hardened
Concrete Containing Palm Oil Fuel Ash.Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti
Teknologi Malaysia.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
69/82
53
Muhammad Kamil Hj Abd Rahman (2002). Sifat-Sifat Kejuruteraan Bagi Konkrit
Berkandungan Tinggi POFA. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda.
O Flaherty, C. A (1974).Highway Engineering. Leed: Edward Arnold.
Roberts, F. L., Kandhal, P. S., Brown, E. R., Dah Yinn Lee dan Kennedy, T. W.
(1996). Hot Mix Asphalt Materials, Mixture Design and Construction. Lanham,
Maryland, NAPA Research dan Education Foundation.
Siti Hawa Abu Mansor (2003). Kesan Abu Sekam Padi Terhadap Campuran
Turapan Konkrit Asfalt (ACW20). Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda.
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
70/82
54
LAMPIRAN A
Pra-campuran agregat
%lulus berdasarkan
jisim
Jisim tertahan bagi
kandungan
bitumen optimum
Saiz Ayak
Median
% jisim
tertahan
5.2 %
28 mm 100 100 0 -
20 mm 95 - 10 97.5 5.0 56.9
14 mm 70 - 100 85.0 10 113.8
10 mm 56 - 85 70.5 14.5 165.0
5 mm 45 - 71 58.0 12.5 142.2
3.35 mm 32 - 58 45.0 13.0 147.91.18 mm 20 - 42 31.0 14.0 159.2
425 m 12 - 28 20.0 11.0 125.1
150 m 6 - 15 10.5 9.5 108.1
75 m 4 - 9 6.5 4.0 45.5
Dulang - - 6.5 739.9
Jumlah 1137.6
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
71/82
55
LAMPIRAN B
Lengkung Taburan Agregat Campuran ACW20
Lengkung Taburan Agregat Campuran ACW20
0.00
10.00
20.00
30.00
40.00
50.00
60.00
70.00
80.00
90.00
100.00
0.01 0.1 1 10 100
Saiz Ayak (mm )
PeratusLulus(%)
Campuran Agregat Had Bawah Had Atas
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
72/82
56
LAMPIRAN C
GRAVITI TENTU BAHAN
Penentuan Graviti Tentu Agregat Kasar
Berat Agregat Sampel 1 Sampel 2
Berat kering agregat di Udara, A 988.6 994.7
Berat Agregat tepu dan kering permukaan di udara, B 998.6 1005.8
Berat kering tepu agregat dalam air, C 630.1 630.8Graviti Tentu = A / ( B - C ) 2.68 2.65
Graviti Tentu Purata 2.665
Penentuan Graviti Tentu Agregat Halus
Berat Agregat Sampel 1 Sampel 2
Berat kering agregat di Udara, A 488.4 488.6
Berat piknometer berisi air, B 785.5 785.5
Berat piknometer + agregat + air, C 1094.4 1097.7
Berat agregat tepu dan kering permukaan di udara, S 497.1 500.1
Graviti Tentu = A / ( B + S C ) .2595 2.603
Graviti Tentu Purata 2.599
Penentuan Graviti Tentu Habuk Kuari
Berat Agregat Sampel 1 Sampel 2
Berat piknometer kosong 302.9 302.3
Berat piknometer + habuk kuari, 552.6 551.9
Berat habuk kuari, A 249.7 249.6Berat piknometer + habuk kuari + air, B 932.3 932.8
Berat Piknometer + air pada suhu Tx, C 784.2 785.2
Graviti Tentu = A / ( B + S C ) 2.458 2.447
Graviti Tentu Purata 2.453
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
73/82
57
LAMPIRAN D
Komposisi sampel mengikut peratusan Abu Kelapa Sawit yang digunakan
Berat agregat dalam campuran
Bahan PengisiBerat
Bitumen
(g)
Berat
Agregat
(g)
%
POFA Agregat
Kasar
(g)
Agregat
Halus
(g)Simen
(g)
Habuk
Kuari
(g)
POFA
(g)
Jumlah
Berat
Sampel
(g)
62.4 1137.6 - 477.9 585.8 22.7 51.2 - 1200
62.4 1137.6 1 477.9 585.8 22.7 39.8 11.4 1200
62.4 1137.6 2 477.9 585.8 22.7 28.5 22.7 1200
62.4 1137.6 3 477.9 585.8 22.7 17.1 34.1 1200
62.4 1137.6 4.5 477.9 585.8 22.7 - 51.2 1200
62.4 1137.6 5.5 477.9 585.8 11.4 - 62.5 1200
62.4 1137.6 6.5 477.9 585.8 - - 73.9 1200
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
74/82
8/10/2019 Abu Kelapa Sawit
75/82
59
LAMPIRAN F
Data dan Analisis Parameter Marshall untuk Campuran ACW20
y = -13.124x2+ 12.131x + 1367
R2= 0.614
4.0 5.0 6.0 7.0
apa Sawit
800
900
1000
1100
1200
1300
1400
1500
0.0 1.0 2.0 3.0
% Abu Kel
Kesta