24

Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17
Page 2: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

' ~'Isat Khidmat Maklumat Akadem p" KHIDMAT MAKLUMAT r-J[YERSITI MALAYSIA SARAWA

PELAKSANAAN PENDIDlKAN"JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

DAERAH TANAH MERAH, KELANTAN

Ab Rahman Bin Yusoff

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia

1997

/

Page 3: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

PENGESAHAN tEMBAGA PEMERIKSA

Lembaga Pemeriksa yang telah bersidang pada . 18. 7­ ''1ct7­

bagi melaksanakanpemeriksaan lisan (viva) bagi cal on fig R.Jt:iHMArJ SIr) YLlS 0 F P.

tUltuk ijazah MSc (HRD) yang tesisnya bertajuk:

P6~uttJA-AN peJ"/)JP/UAN (J1rSMA-N/ 1#4fV K6SJI-H4TlirJ

.])/ S EJ,<.A L.f\1t _ Scz,<J:ll../tH ME:f.J e1'I ~H 1>,q..~H . 7141\..1 AH

dengan ini telah bersetuju mengesahkan bahawa tesis tersebut adalah sempurna bagi memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi ijazah

MSc (HRD).

Penyelia: Pf2.0F. fl..A.ZAt../ ~F

Pcmeriksa Luar: '.

Pemcriksa Dalam: 1#!.. AB.N-JG- A1#\11.It~ 14.D ~I}-"" !JOPrtJ<:j ~ l/.

Tanda tangan

i ~.

land

Page 4: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

PELAKSANAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

DAERAH TANAH MERAH, KELANTAN

Oleh Ab Rahman Bin Yusoff

Tesis yang diserahkan bagi memenuhi sebahagian dari syarat untuk ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia

Fakulti Sains Kognitifdan Pembangunan Sumber Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Julai 1997

Page 5: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap

keberkesanan pelaksanaan pengajaran PJK eli sekolah-sekolah

menengah daerah Tanah Merah, Kelantan. Dalam menentukan tahap

keberkesanan pelaksanaan ini, peranan dan penglibatan guru,

kurikulum dan kandungan pelajaran PJK, falsafah dan objektif

pelajaran PJK serta penggunaan masa pengajaran PJK elijadikan asas

kajian. Kajian ini elijalankan dengan menggunakan kaedah 'survey' di

lapan (8) buah sekolah menengah eli daerah Tanah Merah, Kelantan.

Responden dalam kajian ini terdiri dari semua guru, seramai 84 orang

yang mengajar PJK. Soal selidik eligunakan bagi tujuan mengumpul

data. Data elianalisis menggunakan statistik eliskriptif. Bagi mendapat

skor min, kekerapan dan peratusan data eliproses menggunakan

perisian SPSS. Keputusan menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan

pengajaran PJK eli sekolah-sekolah berkenaan adalah pada tahap yang

'sederhana' dengan skor min 152.02. Secara keseluruhannya implikasi

dari kajian ini menunjukkan tahap pelaksanaan pengajaran PJK eli

sekolah-sekolah berkenaan boleh elipertingkatkan. Penekanan dan

tumpuan harus eliberikan kepada aspek-aspek seperti kelayakan, sikap,

pemilihan isi kandungan, kp.edah penyampaian, ketepatan objektif dan

penggunaan masa pengajaran. Semoga dengan ini tahap keberkesanan

pelaksanaan pengajaran PJK eli sekolah-sekolah dalam sampel kajian

ini khususnya dapat elitingkatkan kepada tahap yang membanggakan

dan setanding dengan mata pelajaran lain.

Page 6: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

Abstract

The purpose of this study was to identify the level of the effectiveness of

the implementation of Physical and Health Education in secondary

schools in the district o{'Tanah Merah, Kelantan. The study described

factors such as the teacher's role, curriculum and contents, philosophy

and objectives and time management of physical and health education

which formed the basis of this study to determine the effectiveness level of

the implementation. The survey research method was carried out in eight

(8) secondary schools in the district. All respondents are teachers of

Physical and Health Education in their respecive schools (84

respondents). 11 questionnaire was used for the purpose ofgathering data

which was later analysed using descriptive statistics. Results of the

study revealed that the effectiveness level of the implementation of

Physical and Health Education in the surveyed schools was at a 'fair'

level with its mean score of 152.02. The study also showed that the overall

effectiveness in the implementation of Physical and Health Education in

the schools concerned could be further enhanced. A more prominent

attention should be given to aspects such as qualifications, attitude,

choice of contents, style of instructions (presentations), statement of

objectives and the time management of Physical and Health Education. It

is hoped that such steps may place Physical and Health Education at par

with other subjects in schools with respect to the effectiveness level in its

implementation.

Page 7: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

,..

PERAKUAN

Tiada bahagian daripada tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu

pennohonan lain untuk mendapatkan kelayakan ijazah di universiti ini atau di institusi

pengajian tinggi yang lain.

11 I

Page 8: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

Penghargaan

Bersyukur kehadrat Allah S. W. T kerana dengan limpah keizinanNya

disertasi ini dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Razali Bin

Arof, Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Unimas,

selaku penyelia saya dalam penulisan disertasi ini. Segala tunjuk ajar dan

panduan yang te]ah diberikan sehingga siapnya penulisan ini.

Terima kasih juga ditujukan kepada Dr. Ibrahim Bin Ahmad Bajunid,

Pengarah, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Dr. Haji Abang

Ahmad Ridzuan Bin Haji Abang Awit dan Tuan Haji Noor Bin Bakar selaku

pengurus bersama Program Kembar IAB- UNIMAS Kohort 1, institusi dan

para pensyarah yang telah memberi dorongan dan semangat serta semua

pihak yang terlibat terutama rakan sekohort yang telah memberi kerjasama

sepanjang pengajian pasca siswazah dijalankan.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Encik Nik Kemaruzaman Bin

Sulong di atas sokongan yang telah diberikan. Diabadikan kenangan buat

isteri tercinta, Hanimun Binti Hamzah dan anak-anak di atas pengorbanan,

dorongan dan kesabaran yang telah diberikan sepanjang pengajian ini

III

Page 9: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

1 11 at Khid t M klum' t au > ,I

UNIVERSI MALAYSIA ARAWP..,.

SENARAIKANDUNGAN

Tajuk Abstrak Abstract Perakuan II

Penghargaan ill

SenaraiKandungan IV

Senarai Jadual Vll

Senarai Rajah Vlll

BAB 1: PENGENALAN

1.0 PendahuIuan 1

1.1 Pernyataan Masalah 5

1.2 Tujuan Kajian 10

1.3 Persoalan Kajian 12

1.4 Kepentingan Kajian 14

1.5 Batasan Kajian 14

1.6 Definisi Konsep 15

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.0 Pendahuluan 17

2.1 Teori Berkaitan 17 2.1.1 Penekanan kepada komponen guru 22 2.1.2 Penekanan kepada komponen isi pelajaran 23 2.1.3 Penekanan kepada komponen objektif 24

2.2 Kajian-kajian berkaitan 26 2.2.1 Peranan dan penglibatan guru dalam

dalam pelaksanaan PJK 29 2.2.2 Kurikulum PJK 32 2.2.3 Falsafah dan objektifPJK 35 2.2.4 Penggunaan masa pengajaran PJK 36

2.3 Kerangka Konseptual 39

IV

Page 10: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

BAB 3: METODOLOGI

3.0 Pendahuluan 42

3.1 Reka Bentuk Kajian 42

3.2 Subjek Kajian 43

3.3 Instrumen Kajian 44

3.4 Pentadbiran Kajian 45 3.4.1 Prosedur kajian 47

3.5 Analisis Data 48

BAB4: DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pendahuluan 51.

4.1 Dapatan dan Perbincangan 55

4.1.1 Perbincangan Berdasarkan Soalan Kajian 55 4.1.1.1 Peranan dan Penglibatan Guru55 4.1.1.2 Kurikulum PJK 58 4.1.1.3 Falsafah dan ObjektifPJK 60 4.1.1.4 Penggunaan Masa Pengajaran PJK 63 4.1.1.5 Faktor Keseluruhan 65

4.1.2 Faktor Demografi 67 4.1.2.1 Faktor Sekolah 67 4.1.2.2 Faktor Pengalaman 70 4.1.2.3 Faktor Umur 72 4.1.2.4 Faktor Jantina 74 4.1.2.5 Faktor Bidang Pengkhususan 75

BAB5: PENUTUP

5.0 Pendahuluan 76

5.1 Ringkasan 78 5.1.1 Peranan dan penglibatan guru PJK 79 5.1.2 Kurikulum PJK 79 5.1.3 Falsafah dan objektifPJK 80 5.1.4 Penggunaan masa pengajaran 80 5.1.5 Faktor keseluruhan 81

v

Page 11: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

5.2 Implikasi 81

5.3 Cadangan Kajian Seterusnya 86

RUJUKAN 88

LAMPIRAN 107

i) Lampiran 'A' Soal selidik kajian ii) Lampiran 'B' Salinan surat kebenaran Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan

iii) Lampiran 'C' Salinan surat kebenaran Jabatan Pendidikan Kelantan.

VI

Page 12: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

SENARAI JADUAL

Jaduall Skor dan skala rating 45 Jadual2 Skor dan skala rating bagi perkara

I - V 50 Jadual3 Skor dan skala rating setiap faktor

yang dikaji 54 Jadual4 Skor dan skala rating bagi peranan dan

penglibatan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran PJK 56

Jadua15 Skor dan skala rating bagi kurikulum dan kandungan pelajaran PJK 59

Jadual6 Skor dan skala rating bagi falsafah dan objektif pelajaran PJK 62

Jadual 7 Skor dan skala rating bagi penggunaan masa pengajaran PJK 64

Jadual8 Skor dan skala rating secara keseluruhan 66

Jadual9 Skor dan skala rating mengikut sekolah terhadap keseluruhan faktor kajian 69

JaduallO Skor dan skala rating mengikut pengalaman 71

Jadualll Skor dan skala rating mengikut umur terhadap keseluruhan faktor 72

Jadual12 Skor dan skala rating jantina terhadap keseluruhan faktor 74

Jadual13 Skor dan skala rating bidang pengkhususan terhadap keseluruhan faktor 76

VB

" .

Page 13: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

SENARAIRAJAH

Rajah 1 Aliran proses pembelajaran dan hubunganya dengan kandungan, guru dan objektifberdasarkan teori pembelajaran Gagne 20

Rajah 2 Interaksi antara guru, objektif dan isi pelajaran. Komponen guru sebagai fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran 23

Rajah 3 Interaksi antara guru, pelajar dan isi pelajaran. Komponen isi pelajaran sebagai fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran 24

Rajah 4 Hubungan antara peranan guru, objektif dan pelajar. Komponen objektif sebagai fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran 25

Rajah 5 Hubungan antara komponen guru, kandungan dan objektif dalam proses pembelajaran mengikut jangka masa tertentu 40

Rajah 6 Hubungan faktor kajian dengan faktor demografi 43

Vlll

Page 14: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

BABSATU

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Mata pelajaran Pendiclikan Jasrnani kini banyak mengalami perubahan,

sarna ada dari segi konsep ataupun perkembangan isi kandungannya.

Walau bagaimanapun, penerimaan dan pengiktirafannya terhadap rnata

pelajaran ini masih dipertikaikan. Bahkan ia masih lagi dianggap

sebagai satu mata pelajaran yang tidak penting kerana mata pelajaran

ini bukan satu mata pelajaran peperiksaan. Kebanyakan pentadbir atau

pengurus sekolah pada umumnya lebih mengutamakan pencapaian

akademik. lni untuk memastikan sekolah mereka tidak digolongkan

dalam kategori sekolah berprestasi rendah, iaitu pencapaian kurang dari

60 % kelulusan dalam mana-mana peperiksaan anjuran Kementerian

Pendidikan Malaysia. Sehubungan itu, pentadbir sekolah tidak

mernberi penekanan dan menunjukkan perhatian yang serius dalam

melaksanakan program dan aktiviti dalam pengajaran mata peiajaran

ini. Keadaan ini telah menggalakkan berlakunya ketidakseimbangan

dalam pelaksanaan program pendiclikan, terutama bagi mata pelajaran

Pendidikan Jasmani berbanding dengan mata pelajaran lain yang diajar

di setiap sekolah. Secara tidak langsung, ia menunjukkan satu

pertentangan terhadap Falsafah Pendiclikan Negara yang berhasrat

untuk memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan

Page 15: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

bersepadu untuk mewuj.udkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

kepada Tuhan. Hasrat dan cita-cita ini adalah ke arah pembentukan

masyarakat yang cemerlang yang berperibadi seimbang dan harmonis

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1985).

Bagi mengatasi serta mengubah persepsi sempit dan penerimaan salah

terhadap mata pelajaran ini, maka mata pelajaran Pendidikan Jasmani

telah digabungkan pula dengan Pelajaran Kesihatan. Gabungan kedua

mata pelajaran ini telah kemudiannya dijadikan satu mata pelajaran

teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1988; Pusat Perkembangan Kurikulum

1992). Ia menekankan kepada konsep pendidikan melalui aktiviti fizikal

dan kesihatan. Langkah ini diharap dapat mempertingkatkan

penerimaan positif dan menggalakkan penglibatan semua pihak supaya

pelaksanaan Pendidikan J asmani dan Kesihatan (PJK) dapat menjamin

perkembangan pendidikan yang berkualiti dan menyeluruh. Konsep

"throw the ball and let them play" (Hoffman, 1971) yang menjadi asas

kepada pengajaran mata pelajaran ini dahulu turut diubah.

Gabungan mata pelajaran ini memberi tumpuan dan penekanan kepada

aspek pertumbuhanpotensidiri setiap pelajar secara menyeluruh

selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Pusat

Perkembangan KurikuluID, 1992).

2

Page 16: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

1a memberi penekanan kepada hubungan dan interaksi antara guru,

pelajar, objektif pelajaran dan kandungan yang berlatarkan kepada

pengetahuan dalam satu suasana pembelajaran yang positif. Oleh itu,

Mosston (1965), Metzler (1970), Harrison (1983) dan Asmah Hj. Ahmad

(1990) mendapati bahawa pendekatan perubahan yang begini berupaya

menjamin peningkatan kualiti dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Seterusnya, PJK menggalakkan penglibatan diri dalam aktiviti dan

tugasan pelajaran seeara aktif. Menurut Singer (1976) penglibatan

dalam aktiviti dan tugasan yang teraneang ini memberi peluang kepada

pelajar men cuba dan merasai keadaan yang sebenar. Percubaan ini

secara tidak langsung memberikan satu bentuk pengalaman baru. 1ni

menunjukkan bahawa bentuk dan eorak pembelajaran PJK dianggap

sebagai mata pelajaran yang menggabungkan proses-proses pendidikan

melalui pengalaman dan percubaan selaras dengan konsep belajar

melalui aktiviti fizikal. Sehubungan itu, proses ini memerlukan satu

teknik pengajaran yang berkesan berlandaskan model. prinsip dan teori

pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Pengajaran akan ditumpukan

kepada pelajar dengan berlatarkankepada satu "setting" atau

persekitaran pembelajaran yang positif dan melibatkan interaksi,

objektif serta kandungan yang teraneang lagi tersusun dalam jangka

masatertentu agar pembelajaran menjadi lebih berkualiti dan

bermakna. Pembelajaran yang berkualiti sebenarnya bergantung kepada

kebolehan pendidik menggunakan pendekatan pengajaran yang dapat

3

Page 17: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

memenuhi kehendak, minat serta kebolehan pelajar agar proses

pengajaran ini dapat menepati objektifnya. Menurut Banks dan Ayres

(1993), guru atau pendidik jasmani hendaklah dapat menggalakkan

pelajar menguasai kemahiran berfikir supaya setiap tugasan pelajaran

dapat difahami dan dinilai untuk dilaksanakan. Schwager dan Labate

(1993) pula, turut mengakui pendapat ini dengan mengatakan bahawa

galakan untuk berfikir secara kritikal dapat membantu pelajar lebih

memahami sesuatu tugasan belajar dan turut membantu sesuatu

pengajaran mencapai objektifnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, didapati bahawa mata pelajaran PJK

sekarang ini telah diberi kedudukan dan pengiktirafan yang lebih tinggi

dalam sistem pendidikan di negara ini. lni terbukti lagi dengan

wujudnya pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 1993). Penilaian ini meliputi aspek kecergasan fizikal,

psikomotor, kognitif, afektif dan sosial.

Selain itu, pihak kementerian atau jabatan pendidikan turut

menyediakan peruntukan khas bagi menjamin pelaksanaan PJK

dijalankan dengan bailc Setiap sekolah diperuntukan "grant" tahunan

mengikut gred sekolah dan bilangan pelajar bagi tujuan pengurusan dan .

memperlengkapkan kemudahan PJK. Sekolah juga turut mengenakan

bayaran yuran tahunan ke atas semua pelajar bertujuan untuk

manampung kekurangan peruntukan tahunan kerajaan sebagai tabung

4

Page 18: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

')usat Khidmat Maklumat Akadem' UNIVERsm MALAYSIA SARAWA"

pelbagai guna melibatkan segala aktiviti pembelajaran yang diletak di

bawah tabung sumbangan wang awam (SUWA). Namun demikian,

masih terdapat juga sesetengah sekolah yang menghadapi masalah

dalam usaha untuk memperlengkapkan kemudahan-kemudahan sukan.

Bagi menghadapi masalah ini penglibatan orang ramai atau pihak

Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah dialukan. Mengikut laporan Wan

Mohd Suri Wan Yaakub (1995), sebagai menyahut saranan kementerian,

Sekolah Menengah Dato Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah, Kelantan

telah membina kompleks sukan yang berharga RM35,OOO secara gotong­

royong sebagai usaha ke arah penggalakan "Sukan Untuk Semua" dan

"Sukan Untuk Kecemerlangan". Kompleks ini dilengkapi dengan

pelbagai jenis gelanggang sukan termasuk gelanggang sepak takraw,

tenia, bola tampar, bola jaring, gelanggang hoki dewan, boling padang

(lawn bowling) dan juga gelanggang untuk latihan kecergasan fizikal.

Usaha ini bertujuan untuk menggalakan penglibatan pelajar dalam PJK

dan aktiviti ko kurikulum.

1.1 Pernyataan Masalah

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) merupakan satu-satunya

pelajaran yang dapat menghasilkan pendidikan yang menyeluruh

meliputi domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. PJK

memberi peluang :Kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses

5

Page 19: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

pembelajaran melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal yang

merupakan aktiviti pelajaran. Anne Marie Bird (dalam Colfer, Hamilton,

Magill dan Hamilton, 1986) berpendapat bahawa PJK merupakan

pelajaran yang "task oriented" dan dapat menghasilkan kejayaan kepada

sesuatu kumpulan pelajar. Oleh itu, mata pelajaran ini memerlukan

satu pendekatan pengajaran yang lebih mantap supaya mampu

menghasilkan proses pendiclikan yang menyeluruh dan berkesan.

Seperti yang telah dijelaskan di bahagian sebelum ini, untuk mencapai

matlamat di atas, pelaksanaan pengajaran PJK perlulah dilakukan

mengikut kaedah-kaedah tertentu. Di antaranya ia perlu selari dengan

falsafah dan objektif pelajaran PJK. lni bermakna bahawa keberkesanan

pelaksanaan pengajaran PJK sebenarnya bergantung kepada keupayaan

dan kebolehan guru untuk menyampaikan isi pelajarannya sebagaimana

yang terkandung dalam kurikulum PJK. Keupayaan dan kebolehan ini

dapat memastikan pencapaian sesuatu objektif pengajaran yang telah

ditetapkan. Setiap objektif pengajaran hendaklah selaras dan menepati

kehendak falsafah pendiclikan masa kini.

Seterusnya ia juga mesti diajar oleh guru-guru yang terlatih di dalam

bidang PJK. lni penting seperti yang dinyatakan oleh Khoo ( Utusan

Malaysia, 1995) bahawa, guru-guru yang mengajar PJK adalah terdiri

daripada mereka yang tidak terlatih atau tidak mempunyai pengalaman

dalam bidang ini. Keadaan ini merupakan punca berlakunya pengabaian

dalam pelaksanaan pengajaran PJK di sekolah-sekolah hari ini. Oleh

itu, Mohd Taufek Razak ( Utusan Malaysia, 1995) mengatakan bahawa

6

Page 20: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

guru seperti ini tidak menunjukkan kesungguhan dalam menggunakan

kebolehan dan kemahiran dalam pengajaran mereka. Pendapat ini turut

disokong oleh Rahman Shaari ( Berita Harian, 1996) yang mengatakan

bahawa kurangnya kreativiti menyebabkan sesuatu pengajaran itu

menjadi lemah dan tidak berkesan. 1ni menyebabkan guru pada

umumnya akan lebih menekankan kepada tujuan untuk mengekalkan

tahap kecergasan sahaja tanpa mengira objektif lain yang lebih penting.

Oleh itu, PJK hanya dijalankan sebagai "low organised game" yang

tidak mengutamakan objektif, pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai

yang dikehendaki (Arshad, 1992). Maka konsep "throw the ball and let

them play" yang diutarakan oleh Hoffman (1971), menjadi unsur utama

sesuatu pengaj aran guru.

Selain itu, masa pengajaran merupakan faktor yang penting dalam.

menentukan keberkesanan sesuatu aktiviti pengajaran. Sebaliknya,

faktor ini kurang diberi perhatian. Masalah ini telah mendapat

perhatian umum apabila Timbalan Nlenteri Pendidikan, Leo Michael

Toyad dalam ucapan perasmian sempena Kuiz Kesihatan Kebangsaan (

The Star, 1992), mengatakan bahawa terdapat pelajar di sesetengah

sekolah tidak mengikuti pelajaran PJK kerana masa yang

diperuntukkan telah digunakan untuk mengulang kaji mata pelajaran

lain atau sebaliknya pelajar dibenarkan ke padang dengan ketiadaan

guru dan dianggap sebagai masa bebas (free period) sedangkan

mengikut Beauchamps, Darst dan Thompson (1990) masa pembelajaran

merupakan petunjuk terhadap kualiti sesuatu pelajaran.

7

Page 21: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

Walau bagaimanapun, keberkesanan pelaksanaan pengajaran PJR

bergantung kepada saling hubungan antara faktor-faktor tersebut.

Kepentingan fakor-faktor ini telah dinyatakan oleh Marliave et al (1977)

dalam kajiannya "Beginning Teacher Evaluation Study" serta Siedentop,

Birdwell dan Metzler (1979) yang mendapati bahawa keberkesanan

sesuatu pengajaran adalah bergantung kepada saling hubungan antara

fakter pengajaran guru, kandungan, objektif dan masa yang digunakan.

Manakala Mehander (1995) dalam kajiannya terhadap pelaksanaan PJR

di sekolah-sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur mendapati bahawa

keberkesanan dan kepentingan pelaksanaan pengajaran PJR

bergantung kepada keselarasan penyeliaan pihak pentadbir terhadap

faktor-faktor yang berkaitan dengan pengajaran PJR. 1ni akan

meletakkan PJR setaraf dengan mata pelajaran lain yang diajar di

sekolah-sekolah. Oleh itu, faktor-faktor ini merupakan penentu kepada

tahap keberkesanan pelaksanaan pengajaran PJK.

Terdapat pelbagai rungutan berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran

PJK di sekolah-sekolah menengah daerah Tanah Merah, Kelantan.

Didapati pre stasi pelajar dalam program PJK adalah semakin menurun.

Kelas-kelas PJK tidak dijalankan dengan baik dan teratur. Pelajar

hanya melibatkan diri secara bebas tanpa kawalan dan pengawasan

daripada guru yang mengajar. Pelajar juga be bas memilih aktiviti atau

permainan semata-mata untuk menghabiskan masa yang

8

Page 22: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

diperuntukkan untuk masa PJK. lni menunjukkan bahawa kelas-kelas

PJK dijalankan mengikut kehendak pelajar agar senang dikelolai.

Di samping itu, sikap dan penerimaan pelajar terhadap mata pelajaran

PJK semakin kurang memuaskan. Mereka menganggap mata pelajaran

PJK tidak penting dan mereka sentiasa mencari alasan untuk tidak

melibatkan diri dalam aktiviti PJK. Keadaan ini jelas dapat dilihat

dengan kehadiran pelajar ke kelas PJK dan aktiviti yang berkaitan.

Guru juga tidak menunjukkan ketegasan mereka terhadap sikap pelajar

bahkan pelajar dibiarkan tanpa mengambil sebarang tindakan yang

sewajarnya.

Terdapat beberapa sekolah yang tidak langsung menjalankan

pengajaran PJK kerana menganggap PJK sebagai pelajaran 'main-main'

yang merugikan pelajar. Masa pJK digantikan dengan pelajaran lain

yang dianggap lebih penting. Berdasarkan fahaman dan penerimaan ini,

maka pengagihan guru yang mengajar PJK tidak diutamakan,

sebaliknya diberikan kepada mana-mana guru untuk mencukupkan

bilangan waktu pengajaran semata-mata. Sikap seperti ini telah

menyebabkan beberapa aspek pengajaran dan pembelajaran PJK

diabaikan. Mengikut Mehander (1995), sikap ambil mudah seperti ini

menyebabkan guru mengajar PJK berdasarkan " whims and fancies"

mereka.

9

Page 23: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

Keadaan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi prestasi pelajar

dalam aktiviti sukan sahaja, sedangkan sukan merupakan aktiviti yang

berkait Tapat dengan program PJK eli sekolah-sekolah. PJK dianggap

sebagai aktiviti yang menjurus kepada aktiviti sukan yang sehenar.

Pencapaian pelajar dalam bidang ini hanya terhad kepada beberapa

jenis permainan sahaja dan sebilangan kecil pelajar berjaya ke

peringkat negeri. Oleh itu, Colfer, Hamilton, Magill dan Hamilton (1986)

memberi penekanan terhadap aktiviti sukan dengan mengatakan

bahawa sukan merupakan alat sosial yang berkesan dan berupaya

memberi aspirasi dan motivasi untuk belajar.

Persoalannya ialah mengapakah masalah seperti ini wujud di sekolah­

sekolah daerah Tanah Merah, Kelantan. Banyak faktor yang boleh

dikaitkan kepada kewujudan masalah ini untuk menentukan

keberkesanan pelaksanaan pengajaran PJK. Oleh itu, kajian 1m

bertujuan untuk melihat sejauh manakah faktor-faktor lID

mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan PJK di sekolah-sekolah

berkenaan.

1.2 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keberkesanan pelaksanaan

pengajaran PJK di sekolah-sekolah menengah daerah Tanah Merah,

Kelantan. Kajian ini cuba mengenal pasti sejauh manakah aspek-aspek

10

Page 24: Ab Rahman Bin Yusoff - Welcome to the UNIMAS Institutional ... Pendidikan Jasmani dan... · IV . Senarai . J. adual . Vll . ... BAB 2: SOROTAN LITERATUR . 2.0 Pendahuluan 17

yang berkaitan dengan peranan dan penglibatan guru, kurikulum,

falsafah dan objektif serta penggunaan masa pelajaran PJK

dilaksanakan dengan sempurna di samping mengenal pasti sama ada

terdapatnya pengabaian dalam pelaksanaan PJK yang dijalankan di

sekolah-sekolah berkenaan.

Secara khususnya objektifkajian ini adalah untuk:­

i) Mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan peranan dan

penglibatan guru dalam. pelaksanaan PJK di sekolah-sekolah

menengah berkenaan.

ii) Melihat sejauh manakah kurikulum PJK dilaksanakan dengan

sempurnanya dalam pengajaran di sekolah-sekolah menengah

berkenaan.

iii) Melihat sejauh manakah falsafah dan objektif PJK diamalkan

dalam pengajaran di sekolah-sekolah menengah berkenaan.

iv) Melihat sejauh manakah kesesuaian mas a pengajaran mata

pelajaran PJK dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah

berkenaan.

v) Menentukan tahap keberkesanan pelaksanaan pengajaran

PJK mengikut faktor-faktor demografi (sekolah, pengalaman,

umur, jantina dan bidang pengkhususan)

11