Upload
masturahzim
View
98
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
HASIL TUGASAN :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
KELAS : BM A
NAMA KURSUS : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
KOD KURSUS : 3117
PENSYARAH :
MENTOR :
1
BIODATA DIRI
NAMA :
TARIKH LAHIR :
TEMPAT LAHIR :
ALAMAT RUMAH :
ALAMAT BERTUGAS :
STATUS :
2
SEKAPUR SIRIH
Didahului dengan kalimah Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang dan Puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, serta selawat dan
salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW, saya mulakan bicara dalam
ruangan ini, iaitu Kerja Kursus Bahasa Melayu 3117 Kaedah pengajaran dan
pembelajaran.
Sebagai seorang guru, pengisian ilmu perlulah diperbaharui seiring dengan
perkembangan pendidikan masa kini. Biar pun telah bergelar seorang guru namun
saya merasakan penambahan ilmu dan memantapkan ilmu yang telah diperoleh
sebelum ini sangatlah penting demi meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Saya mendapat banyak faedah daripada tugasan ini terutama dalam
mengaplikasikan pelbagai kaedah dan pendekatan serta teknik pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Jika sebelum ini saya keliru dengan pelbagai istilah yang
terkandung dalam sukatan Bahasa Melayu, namun kini saya semakin memahami
dan cuba mengamalkan di sekolah nanti.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada xxxx
pensyarah pembimbing Bahasa Melayu 3117, yang begitu mengambil berat tentang
penghasilan kerja kursus ini. Beliau telah memberi garis panduan yang tepat dengan
memberi penerangan dan penyampaian ilmu yang bernas bagi memudahkan saya
dan rakan-rakan pelajar lain memahami objektif kursus ini.
Walau pun menghadapi kekangan masa dan komitmen tugas sebagai guru, saya
telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan ini mengikut tarikh
yang ditetapkan. Segala rintangan dan cabaran yang saya lalui semasa saya
menghasilkan tugasan ini, akan saya jadikan sebagai dorongan untuk saya terus
maju kehadapan. Untuk itu juga saya ingin mengucapkan penghargaan kepada
rakan-rakan sekelas dan keluarga saya yang turut memberi komitmen sehingga
saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Sekian. Terima kasih
3
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIODATA
SEKAPUR SIRIH
JADUAL PELAKSANAAN TUGAS
BORANG BUKTI KOLABORASI
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
PENGENALAN
DEFINISI BAHASA
TEORI BEAHAVIOURISME
TEORI MENTALIS
TEORI KOGNITIF
TEORI INTERAKSIONALISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
KONSEP DAN PELAKSANAN P&P
STRATEGI
PENDEKATAN
TEKNIK
KAEDAH
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
ANALISA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
APLIKASI PENDEKATAN DALAM RPH
PENGAJARAN KONTEKSTUAL DALAM RPH
PENGAJARAN KONTRUKTIVISME DALAM RPH
REFLEKSI
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
JADUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS
4
NAMA PELAJAR :
KUMPULAN : PPG BM A
KURSUS : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SR BMM 3117
PENSYARAH :
TARIKH PERKARA CATATAN
25 Feb 2012 Interaksi yang pertama bersama pensyarah.
Menerima soalan tugasan kerja kursus
BMM3117
Mengumpul maklumat melalui pembacaan
dan melayari internet.
10 Mac 2012 Interaksi yang kedua. Penerangan dan
taklimat oleh pensyarah mengenai kerja
kursus.
Perbincangan dengan rakan.
15 Mac 2012 Mula menaip muka depan, sekapur sirih dan
tajuk pemerolehan bahasa.
31 Mac 2012 Interaksi yang ketiga. Perbincangan bersama
pensyarah mengenai kerja kursus.
2 April 2012 Mengumpul maklumat berkaitan pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik. Perbincangan
dengan rakan.
5 April 2012 Menaip bahan bertajuk strategi pengajaran
dan pembelajaran
7 April 2012 Membina RPH berdasarkan soalan dan
membuat analisa berkaitan konsep
pendekatan
10 April 2012 Menyiapkan dan membuat penambahbaikan
terhadap hasil kerja dalam komputer.
14 April 2012 Interaksi yang keempat. Menghantar hasil
tugasan.
BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS
5
NAMA PELAJAR :
KUMPULAN : PPG BM A
KURSUS : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SR BMM 3117
PENSYARAH :
TARIKH PERKARA CATATAN
25 Februari
2012
Interaksi kali pertama.
Menerima soalan tugasan kerja kursus
BMM3117
Mengumpul maklumat melalui pembacaan
dan
Menghubungi Rohana untuk bertanyakan
perkembangan maklumat yang dikumpul
Interaksi yang Kedua. Penerangan lebih
lanjut oleh pensyarah.
Perbincangan bersama Norhaniza melalui
telefon.
Perbincangan bersama Rohana melalui
telefon dan sms
Perbincangan bersama Ruslida melalui
telefon
Interaksi yang ketiga. Perbincangan secara
umum bersama pensyarah.
1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan
manusia itu sendiri. Bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara semula jadi
6
dan dipengaruhi oleh alam sekitar. Ia berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkat-
peringkat mengikut perkembangan otaknya. Kanak-kanak akan belajar bermula
dengan bunyi-bunyian pada peringkat bayi, diikuti dengan perkataan iaitu hasil
gabungan beberapa bunyi dan seterusnya membentuk ayat secara langsung dan
tidak langsung tanpa kita sedari.
Keupayaan individu berbahasa dengan berkesan dapat melahirkan komunikasi yang
amat diharapkan. Ini adalah kerana bahasa telah wujud sebagai alat berkomunikasi
antara satu sama lain seiring dengan kemajuan manusia. Perhubungan sesama
manusia adalah melalui bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi.
Melalui bahasa, manusia dapat menyampaikan idea, pemikiran atau perasaan
dengan lebih berkesan.Dalam hal ini,bahasa merupakan alat perhubungan yang
sangat penting dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah menekankan beberapa kemahiran
berbahasa iaitu kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk
memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya.
Sebagai seorang guru , kita perlu memahami apa sahaja masalah yang dihadapi
oleh murid-murid yang diajar. Oleh sebab itu , guru perlu memahami bagaimana
seorang kanak-kanak memperoleh bahasa dan menggalakkan mereka
menggunakan bahasa yang bersesuaian untuk berhubung dengan berkesan. Guru
juga perlu sentiasa sedar dan mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah
kemahiran berbahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak agar proses pembelajaran
berjalan lancar dan mencapai objektifnya.
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
1.1 Definisi Bahasa
7
Terdapat berbagai-bagai definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga
linguistik. Diantaranya adalah seperti berikut:
“Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus
untuk mewakili sesuatu”
(Reed, C.A., 1994)
“Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun
secara sewenang-wenang ( arbitary) untuk dipakai oleh seuatu masyarakat untuk
berhubung.”
(Simanjuntak, 1978)
“Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan
dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.”
(Bloom, 1988)
Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-
lambnag pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitary). Menurut
Hayakawa (1964), arbitary bermaksud sebagai “no necessary connection between
the symbol and that which is symbolized…”
Bagi menjelaskan lagi maksud sewenang-wenang atau arbitary ini, Asmah Hj. Omar
(1986) menerangkan bahawa unit yang kita tuturkan sebagai “rumah” itu bukanlah
benda yang konkrit yan mempunyai bumbung, lantai, dinding, tingkap, dan pintu
yang menjadi tempat berteduh, tetapi adalah apa yang mewakili benda itu. Dengan
itu benda-benda yang konkrit yang mempunyai ciri-ciri yang disebut itu boleh
mempunyai lambang-lambang lain. Misalnya bait ( bahasa Arab), house ( bahasa
Inggeris), het huis ( bahasa Belanda), griya ( bahasa Jawa halus), dan walay
( bahasa Kadazan), dan sebagainya.
1.2 Teori Behaviourisme
Teori ini lebih menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa
daripada fenomena mental. Aliran ini banyak dipengaruhi oleh teori-teori dan ilmu
psikologi. Pelopor teori ini antaranya ialah Bloomfeild, Edward Sapir, Fries, Boas dan
Brooks. Manakala ahli psikologinya terdiri daripada B. F Skinner, Pavlov, Hull dan
Thorndike. Mereka menganggap pelajaran suatu proses mekanis bagi membentuk
8
sesuatu kebiasaan dan pembelajaran mempunyai kaitan dengan perubahan tingkah
laku iaitu hasil daripada ransangan dan tindak balas.
Proses pengajaran seharusnya menekankan latihan dan pengulangan yang
banyak. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, stu bentuk latihan melanisme
bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekirtaran murid untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru,
kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.
Skinner dan Brain telah melanjutkan teori ini dalam menghuraikan pembelajaran
bahasa. Ia menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam pembelajaran
bahasa. Sesuatu unjuran yang dilafazkan dan diucapkan tebentuk dengan adanya
ransangan dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa.
Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kana-kanak berlaku apabila ibu bapa atau
ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan
dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut
perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu
pelakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Diantara
ganjaran yang diberikan adalah pujian, seperti “pandai”, senyuman, ciuman,tepuk
tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.
B.F Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semulajadi dilahirkan
dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentk
perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk
berdasarkan prinsip Teori Behavioris. Kanak-akank juga bertutur disebabkan ada
orang yang bercakap dengannya atau kanak-kanak itu sendiri yang perlu bercakap
untuk memenuhi keperlluan asasinya seperti makanan, minuman, keselesaan dan
lain-lain.
Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan perlu diteguhkan dengan cara
pengulangan. Terdapat pelbagai cara peneguhan yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa atau guru contohnya dengan senyuman, kata pujian, semangat dan lain-
lainlagi. Proses ulangan memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan
9
bahasa. Kanak-kanak akan cepat mempelajari sesuatu jika sering di beri peneguhan
dan pengulangan.
1.2.1 Antara ciri-ciri teori behavioris adalah:
i. Pembelajaran ialah suatu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan
antara rangsangan dan gerakbalas.
ii. Sesuatu gerakbalas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran dan
peneguhan yang positif akan membentuk kebiasaan.
iii. Proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang
banyak untuk membentuk kebiasaan.
iv. Pembelajran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta- merta.
v. Latih tubi amat digalakakan semasa proses pembelajaran. Pengajara
tatabahasa berdasarkan pendekatan induktif iaitu dengar kemudian tutur.
vi. Pembelajaran mementigkan persekitaran.
1.2.2 Prinsip-prinsip Teori Behaviourisme
Prinsip pertama ialah bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan.Bahasa tulisan
merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme telah menegasakan
bahawa pengajaran bahasa mestilah didahului dengan bahasa lisan. Ini diikuti pula
dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Prinsip seterusnya ialah bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini amat esuia sekali
diterapkan ke dalam proses pembelajaran bahasa kedua di mana tabiat bahasa
yang baru perlu diajar kepada murid-murid itu. Untuk membentuk kebiasaan ini
latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa diutamakan. Pembelajaran bahasa
kedua mestilah dilaksanakan secara intensif dan bukan secara selang seli. Ini akan
segera menolong membentuk kebiasaan yang diingini itu.
Prinsip ketiga ialah pengukuhan adalah syarat penting dalam pembelajaran. Hal
ini karana ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku
yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa, pengukuh-pengukuhnya
adalah pujian. Keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya.
Sesuatu ujaran terbentu karana adanya rangsangan dan gerak balas sama ada
10
dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa. Antara contohnya ialah penggunaan kata
bagus, syabas, dan anggukan . Jika setiap kali kanak-kanak melakukan sedmikian
tingkah lakunya pasti akan mendapat pujian. Mengikut prinsip dan falsafah
Behaviourisme, sesuatu gerak balas yang betul perlu diberikan peneguhan oleh guru
dengan cara melafaz kata-kata bertatasusila dan sopan-santun.
Prinsip keempat ialah latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan.
Latihan yang dimkasudkan ialah ulangan satu satu gerak balas dengan satu-satu
ransangan. Laihan dan latih tubi hendaklah dijalankan dalam keadan yang
bermakna. Kebijaksanaan guru mengurus dan melaksanakan latihan dengan
sistematik dan sempurna akan menghasilkan pembelajaran yang berkekalan
sepanjang masa. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara melalui penggunaan
bahan-bahan makmal bahasa dan komputer. Jika murid melakukan kesilapan atau
kegagalan, ia boleh diperbetulkan oleh guru. Ini kerana menurut fahaman teori ini,
pengajaran adalah berdasarkan pendekatan induktif atau kaedah terus, dengar tutur,
dan teknik latih-tubi.
Manakala prinsip kelima ialah model-model bahasa yang terbaik haruslah
dikukuhkan. Kanak-kanak menguasai daripada apa yang didengar dan dialami. Oleh
itu, dari segi pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah , bahasa guru adalah model
yang mutlak yang diikuti oleh murid-murid tanpa banyak bicara. Jika model-model ini
menggunakan bahasa yang betul, matlamat hal ini akan menguntung murid-murid
itu.
Akhir sekali ialah prinsip keenam iaitu wujud operasi ransangan dan tindakbalas
dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi dan tindakbalas.
Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika sekiranya kedua-dua unsur ini dapat
diwujudkan.
1.2.3 Kebaikan Teori Behaviourisme
Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:
11
i. Proses pemerolehan atau penguasaan sesuatu bahasa dalah melalui latihan
secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa
adapat dilakukan secara bersistem.
ii. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri
serta suasana dalam bilik darjah.
iii. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari
sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.
1.2.4 Kelemahan Teori Behaviourisme.
Walaupun demikian terdapatbeberapa kelemahan teori ini iaitu:
i. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar.
Contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna
dalam proses pembelajaran, guru perlu menghasilkan banhan bantu
mengajar bagi membolhkan penjaran dan pembelajaran dijalankan.
ii. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini
bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan
dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri.
iii. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri
kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru
membimmbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna
murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar.
1.2.5 Mengaplikasikan teori dalam Kelas Bacaan.
Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara
berulang-ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut sukukata
contohnya KV + KVK ( rumah), guru akan meminta murid mengulangi sebutan bagi
suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar.
Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasan murid
itu. Sekiranya murid itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika
sebaliknya, pengulangan adalah agak lam sesuai dengan kemahiran murid. Setelah
menguasai kemahiran menyebut suku kat, guru akan memperkenalkan perkataan-
perkatan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya murid diminta
12
memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini
adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.
Kesimpulannya teori ini terbahagi kepada empat konsep yang penting iaitu tindak
balas (ransangan) daripada murid. Ia boleh dilakukan dengan cara aktiviti soal jawab
secara lisan, ganjaran, latih tubi dan pengulangan.
1.3 Teori Mentalis
Teori mentalis dikenali juga dengan nama Koda Kognitif atau Innatif. Ahli-ahli
pemikiran yang terlibat ialah Jean Piaget, E.H Lennerberg, Robert Lee, Robin Lakoff,
George Miller, D. Slobin, dan Mangantar Simananjuntak. Teori ini menekankan
fungsi mental seseorang manusia itu.
Menurut Chomsky, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat
perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat rendah deria motor,
kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh,
dalam pembelajaran bahasa , kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami
terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur. Pada pembelajaran pertama, guru
mungkin menetapkan dua criteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada
pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehuingga semua murid
berjaya.
Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa
pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan
dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini, kanak-
kanak berpotensi secara semulajadi untuk mempelajari apa sahaja bahasa.
Chomsky mendasarkan torinya kepada satu hipotesis iaitu hepotesis Nurani (The
Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan
secara semula jadi ( genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan
dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD (Language Acquisition
Device).
Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan
iaitu:
13
i. Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
ii. Proses pemerolehan bahasa tidak ada kaitan dengan kecerdasan ( anak
yang IQ nya rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang
hamper sama)
iii. Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi
kanak-kanak; dan
iv. Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari
bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;
i. Wujudnya unsure-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan
formal yang terdiri daripada cirri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substanif
yang berupa kategori-kategori tatabahasa.
ii. Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya
tanpa keupayaan sejadi; dan
iii. Kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh empat
hingga lima tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan
dikuasai.
Manurut aliran mentalis, iaitu Kohler, teori belajar menjadi bermakna jika fikiran
dimasukkan ke dalam satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan. Dalam
pemecahan persoalan , sesorang itu mesti menggunakan pola fikiran. Kohler
berpendapat pembelajran dan pemecahan masalah ialah perubahan yang terjadi
pada penglihatan. Perubahan diperoleh dengan mempelajri situasi dan elemen-
elemen situasi.
Menurut George A. Miller pula, proses mental berlaku apabila seseorang
pendengar menghadapi sesuatu pertuturan. Proses yang terlibat ialah mendengar,
memadan, menerima,mentafsir, memahami dan mempercayai. Peerubahan ini
melibatkan mental, sebab itulah teori ini dikenali sebagai teori mentalis.
1.3.1 Ciri-ciri Teori Mentalis
14
i. Manusia sejak lahir mempunyai kebolehan menguasai bahasa yang
dinamakan Jentera Penguasaan Bahasa.
ii. Seseorang mempunyai kecekapan iaitu undang-undang bahasa yang ada
dalam stok mental seseorang.
iii. Seseorang mempunyaiprestsi iaitu merupakan penggunaan dan penghasilan
bahasa berdasarkan apa yang diketahui atau apa yang ada pada kecekapan.
iv. Bahasa mengandungi cirri-ciri kretiviti iaitu penutur mempunyai daya cipta
menggunakan bahasa yang dimakluminya.
v. Terdapat hubungan yang erat antara bahasa dengan pemikiran.
vi. Murid-muriod harus diajar dengan ayat gramatis iaitu ayat yang sempurna
bentuknya dan makna dengan ketetapan pola-pola. Ia adalah amat penting
dalam proses pembentukan ayat
vii. Dalam menghjuraikan bahasa nahu transformasi generative diterapkan.
viii. Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran.
ix. Pengajaran tatabahasa diajar secara formal.
1.3.2 Kebaikan Teori Mentalis
Teori Mentalis sangat menekankan proses perkembangan pemikiran kanak-kanak.
Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut
kematangan murid itu. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik
dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-
peringkat.
Selain itu, teori ini juga menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar
kendiri, di mana murid berpeluang belajar seuatu pengetahuan ataui kemahiran
berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitf mereka sendiri.
Teori Mentalis juga menekankan kaedah berpusatkan murid. Pengajaran
berpusatkan murid bermaksud murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
dan penggunaan bahan-bahan pembelajran berbanding guru. Oleh itu, ia amat
sesuai digunakan untuk mengajar Kemahiran Berbahasa.
1.3.3 Kelemahan Teori Mentalis
15
Walau bagaimana pun, Teori Mentalis mempunyai kelemahan yang mana ia
mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran
Bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan
menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan
dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (kemahiran mendengar dan bertutur).
1.3.4 Aplikasi teori dalam kelas bacaan.
Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan
melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna,
murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai
dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan
dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran
itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca
sebaris ayat yanglengkap.
Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria
yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran
membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin
menetapkan dua criteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran
akan dating dan begitulah seterusnya sehingga semua murid Berjaya mencapai
criteria tersebut.
Kesimpulannya, teori Mentalis mengutamakan kemahiran membaca dan
menulis. Pengajaran tatabahasa diajar secara formal.
1.4 Teori Kognitif
16
Kognitif pada diri manusia membezakan manusia dengan haiwan serta makhluk lain
di dunia. Kognitif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan minda dan akal.
Menurut kamus elektronik Besta, kognitif ialah perkara yang berkaitan dengan
kognisi seperti proses penerimaan maklumat, pemahaman dan penggunaan
pengetahuan. Bagi Haliza Hamzah dan Joy N Samuel (2009: 42), kemahiran kognitif
merupakan kebolehan individu untuk berfikir, member pendapat, memahami,
mengingat, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,
mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Menurut merka lagi perkembangan kognitif
merupakan corak perubahan pemikiran yang berlaku daripada zaman kanak-kanak.
Bagi Mok Song Sang (2008:75) kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi iaitu
aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria.
Atan Long (1982 :261) pula menyatakan kognirif adalah melibatkan proses
penanggapan, pembinaan, konsep, penaakulan, penilaian dan penyelesaian
masalah. Pembinaan daya pemikiran kanak-kanak dipengaruhi oleh penekanan
terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Bagi Mok Song Sang (2008:42) lagi,
kemahiran kognitif membolehkan individu member pendapat,memahami, dan
mengingat perkara-perkara yang berlaku di sekeliling. Jelaslah di sini bahawa
perkembangan kognitif sebenarnya melambangkan proses mental. Semakin
berkembang mental individu semakin berkembang kemahiran minda mengikut kadar
umur bagi kanak-kanak normal. Bagi kanak-kanak yang tidak normal, kognitif
mereka berkembang dengan corak yang sama tetapi pada kadar yang berbeza.
Ahli-ahli pemikiran kognitif yang terdiri daripada Jean Peaget dan Sinclair,
masing-masing berpendapat pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak berkait rapat
dengan perkembangan deria motor dan mengikut tahap perkembangan kognitif.
Mazhab kognitif berpendapat pembelajaran bahasa ialah satu proses dalaman yang
berlaku dalam akal fikiran dan tidak diperhatikan secara langsung daripada tingkah
laku. Ahli psikologi Bruner dan Peaget menekankan kepada cara pembelajaran celik
akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan inkuiri dan pengkategorian.
Menurut Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat perkembangan kognitif yang
sam tetapi pada usia yang berbeza. Mereka membina pengetahuan secara aktif
untuk memahami persekitarannya. Beliau menggariskan empat konsep utama.
17
i. Skema
Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun maklumat dan
pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya.
Struktur mental berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya
perkembangan mental dan pembelajaran.Skema digunakan untuk mengenal
pasti, memproses dam menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah
boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan
menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman. Ia membolehkan individu
mengurus dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
ii. Asimilasi
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang pelajar
mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia
ada.
iii. Akodomasi
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang pelajar
mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia
ada. Semasa pembelajaran , proses asimilasi berlaku hasil daripada interaksi
pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan
bertambahnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh
itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru
dengan bantuan skema yang ada.
iv. Adaptasi
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara
akodomasi dengan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan
kehendak persekitaran.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul pada tahap
tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau mendapati bahawa
18
perkembangan kognitif adalah berbeza, berubah-ubah melalui empat
peringkat. Tahp perkembangan tersebut ialah:
1. Peringkat Sensorimotor @ deria motor ( dari lahir hingga 2 tahun )
Kanak-kanak mula menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi
dengan persekitarannya. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan
melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.
Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui
pemerhatian (observational learning).
2. Peringkat Praoperasi ( 2 tahun hingga 7 tahun)
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting pada tahap ini ialah
penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada pada tahap ini mula
menggunakan simbol dalam permainan , contohnya mengandaikan buku sebagai
kereta apabila ditolak di atas lantai. Kanak-kanak mula menggambarkan sesuatu
konsep, contoh bola berbentuk bulat, air untuk diminum, susu rasanya sedap dan
sebaginya. Pemikiran kognitif kanak-kanak mula meningkat.
3. Peringkat Operasi konkrit ( 7 tahun hingga 12 tahun)
Kanak-kank mula mempelajari konsep transformasi dan boleh belajar lebih
daripada satu perkara pada satu masa.
4. Peringkat Formal ( 12 tahun hingga 21 tahun)
Peringkat remaja dan boleh berfikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah
yang kompleks.
Ciri-ciri Teori Kognitif adalah seperti berikut:
1. Pengetahuan bukan latihan peancaindera tetap[I pemikiran manusia.
2. Adanya ciri-ciri kesejagatan yang ada hubungan dengan kognitif.
3. Bahasa besifat kreatif, iaitu tidak hanya terbatas kepada objek dan peristiwa-
peristiwa atau pengalaman-pengalaman perilaku.
4. Komponen bahasa berkembang secara kreatif yang melangkau batasan
pengalaman naluriah, iaitu ransangan dan tindak balas.
5. Peranan otak / kognitif (akal) amat penting dalam menproses bahasa.
19
6. Teori belajar hanya bermakana jika fikiran dimasukkan ke dalam pemikiran
sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan.
Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi
oleh teori kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan
satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-
murid dan menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku
dalam pembelajaran.
Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk
memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif
ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid banyak membantu
mereka menyelesaikan masalah.Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama
kepada proses pembelajaran murid-murid ialah merangsang ingatan kanak-kanak
semula.
Pembelajaran kognitif lebih kepada menggunakan pengalaman yang tersedia
bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran
kognitf dapat meransang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-
kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran
yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti
kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan semasa
pra sekolah, tentu situasi ini tidak menyukarkan kanak-kanak itu mempelajari pada
Tahun Satu.
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat
semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan –
perubahan tingkah laku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga
dewasa. Jean Peaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang
berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka
masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahp
atau pun tingkat umur mereka.
20
Di samping itu, implikasi pemikiran kognitif yang lain ialah isi-isi pelajaran
hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Oleh yang
demikian, isi pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini
demikian kerana pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur
atau pun tahap pemikiran masing-masing. Di sini guru haruslah menyampaikan dan
menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.
1.5 Teori Interaksional
Teori ini dikenali juga sebgai teori Halliday kerana ahli pemikiran yang terlibat dalam
aliran ini ialah Mark halliday mula berkembang dalam tahun-tahun 1960an hingga
1970an.Ahli pemikirann lain yang terlibat dalam teori ini ialah Bloom, Bowemen dan
Schlesinger yang berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat
menjelaskan pengusaan bahasa. Ini adalah kerana kebolehan kognitif hanya
membolehkan kanak-kanak mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini
boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa.
Menurut Halliday, perkembangan bahasa melibat proses kognitif dan proses
interaksi bahasa. Interaksi bahasa penting untuk menbantu kanak-kanak menguasai
system baku. Beliau menegaskan kepentingan peranan situasi social dalam
pemerolehan bahasa.
1.5.1 Antara Prinsip-prinsip Teori Interaksionalisme ialah:
i. Dalam komunikasi penyampaian, makna lebih diutamakan. Pembelajaran
bahasa bukan sahaja mempelajari struktur bahasa tetapi apa yang amat
penting ialah belajar untuk berinteraksi.
ii. Pembelajaran merupakan proses mental dan linguistic
iii. Unsur makna dan struktur bahasa adalah penting.
iv. Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap
tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna.
Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian barulah mereka
dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam
pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang
21
bemakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang
saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur
bahasa yang diajar.
Selain itu, pengajaran bertutur mestilah melaui huraian bahasa dalam teks
dan wacana dan bukan secara ayat percikan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi
dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam satu
wacana.
Pengajaran bertutur juga hendaklah mementingkan pengetahuan tentang
bahasa dan penggunaan unsure bahasa dalam konteksnya. Dengan erti kata lain,
pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau
latih amal unsure-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti
penggunaan unsure-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilalatih amal.
Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan
bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya
semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka
gunakan.
Yang penting sekali teori ini mementingkan komunikasi dan interaksi. Contoh
komunikasi secara lisan ialah bercerita, berpidato, syarahan, dan sebagainya.
Kanak-kanak menguasai bahasa melalui interaksi. Teori ini menekankan pentingnya
proses pembentukan mental dan linguistic dan menyarankan agar guru member
banyak latihan kepada murid-murid. Pembelajaran bahasa bukan hanya
mempelajari struktur tetapi makna dan belajar untuk berinteraksi secara lisan juga
melalui tulisan.
1.6 Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalm minda manusia. Mengikut Kefahaman Konstruktivisme,
22
ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada guru
dalam bentuk yang sempurna. Murid-murid perlu membina sesuatu pengetahuan
mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha
murid itu sendiri dan guru tidak boleh balajar untuk murid.
Untuk membantu murid mebina konsep atau pengetahuan baru, guru haruslah
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat
baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan
kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu penegt5ahuan
dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang tekemika berpendapat bahawa pembelajaran
yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa
pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai
proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Mengikut teori ini, pengetahuan kanak-kanak dibina secara aktif oleh
kanak-kanak melalui daya pemikirannya. Kanak-kanak akan menyesuaikan segala
maklumat baru yang diterimanya dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk
pengtahuan baru dalam mindanya.
Ada juga yang berpendapat teori ini adalah satu pendekatan pengajaran
berdasarkan penyelidikan bagaimana kanak-kanak belajar. Ia menuinjukkan bahawa
setiap kanak-kanak membina pengetahuan dan bukannya hanya penerima
pengetahuan. Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan
pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikan
dengan situasi baharu meallui pengintegrasian pengetahuan baru yang diperoleh
dengan bunaan intelektual yang sedia ada.
Antara implikasi teori ini terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah yang
pertama pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Yang kedua
pengetahuan yang diterima oleh murid adalah hasil daripada aktiviti oleh murid dan
bukannya pengajaran yang diterima oleh murid secara pasif. Yang ketiga guru kan
23
mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajaran.
Yang keempat guru berpernan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang
memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Akhir sekali guru
sebagai fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan memberi
pengetahuan baru.
Contoh dalam pengajaran Penulisan yang bertajuk Lawatan ke Kuala lumpur,
guru boleh bersoaljawab dengan murid mengenai pengalaman mereka ketika ke
Kuala Lumpur.
Guru boleh memberi bahan bacaan ataupun gambar tempat-tempat menarik di
Kuala Lumpur sebagi rujukan untuk murid. Murid juga boleh menulis surat kiriman
kepada rakanuntuk menceritakan pengalaman mereka ketika melawat Kuala
Lumpur. Terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan dalam Teori ini.
1.6.1 Kebaikan
i. Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan
pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat
menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham.
ii. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid
akan berusaha untuk memperkambangkan kemahiran/pengetahuan mereka
berdasarkan penerokaan dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian
masalah.
iii. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupik semangat berdikari di
kalangan murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran
meskipun tanpa kehadiran guru, ataupun di luar waktu kelas.
1.6.2 Kelemahan
i. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh
merangsang minda pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu
dengan pengalaman sedia ada mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa
24
menyediakan pelbagai bahan bantu sebelum dapat melaksanakan
pengajarannya.
ii. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau
sedia ada tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah
perkara utama dalam pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat,
berkemungkinan murid tidak akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut.
Kesimpulannya teori konstruktivisme merupakan satu teori yang berpusatkan
pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan
mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini
mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan
pengalaman sedia ada mereka.
Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti
yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan
pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah
mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan.
Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau
dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang
baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia
terlibat secara aktif.
2.1 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Semua bidang memerlukan strategi dan perancangan yang rapi agar objektif yang
dirangka dapat mencapai matlamatnya. Kamus Dewan (1998), strategi bermaksud
25
rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat atau kejayaan . Strategi juga
bermakna kebijaksanaan mengurus sesuatu perkara.
Sebagai seorang guru strategi adalah penting untuk memastikan pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru perlu memastikan beberapa sumber
seperti kemudahan dalam bilik darjah, pencahayaan, bahan bantu mengajar dan
tempat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran seperti dalam kelas, makmal
komputer dan sebagainya sesuai dengan kehendak objektif pengajaran dan
pembelajaran yang hendak dicapai pada masa itu.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar
pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta
minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang
digunakan untuk mengjara kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu.
Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mengatur strategi
untuk pengajaran dan pembelajaran. Pertama, pemilihan kaedah dan teknik
mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan. Kedua, penyusunan kaeda dan
teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.
Ketiga, pengagihan masa untuk setiap pengajaran dan pembelajaran dirancang
secara optimum. Keempat, penggunaan BBM mengikut keperluan kaedah dan
teknik yang telah dipilh. Kelima, pengurusan kelas berdasarkan keperluan
pendekatan yang digunakan.
Terdapat tiga jenis Strategi. Pertama ialah pemusatan guru. Dalam strategi ini
guru memainkan peranan yang penting . Komunikasi adalah dalam bentuk sehala.
Guru banyak bercakap dan mengeluarkan pendapat. Kepimpinan guru secara
autokratik. Pencapaian objektif guru diutamakan. Penyebaran ilmu pengetahuan
lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.
Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat. Interaksi
antara murid adalah pasif. Kaedah yang digunakan adalah untuk seluruh kelas.
Teknik yang digunakan ialah penerangan, syarahan, taklimat, bercerita dan
sebagainya.
26
Jenis Strategi kedua ialah pemusatan kepada murid. Murid memainkan
peranan penting. Komunikasi adalah berbentuk dua hala. Guru akan menyoal dan
membimbing murid. Kepimpinan guru secara demokratik. Pencapaian objektif murid
diutamakan. Begitu juga dengan perkembangan murid dari segi JERI dapat
dilihat.Strategi ini juga dapat memberi peluang murid berinteraksi positif bersama
murid lain. Kaedah yang digunakan dalam strategi jenis ini ialah kaedah kumpulan
yang berbeza kecerdasan. Teknik yang digunakan pula ialah inkuiri, perbincangan,
penyelesaian masalah , simulasi, main peranan, sumbangsaran, dan sebagainya.
Strategi ketiga ialah pemusatan bahan. Bahan pembelajaran memainkan
peranan yang penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Objektif akan tercapai berdasarkan bahan-bahan yang digunakan. Komunikasi
berlaku sama ada antara guru dengan bahan atau murid dengan bahan. Kecekapan
atau kemahiran penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Sifat
sosial yang positif dapat dipupuk melalui kumpulan kecil seperti ujikaji, projek,
perbincangan dan sebagainya.
Sebagai seorang penyampai ilmu, guru perlu bijak merancang strategi dan
menginterasikan pendekatan yang dipilih dengan kemahiran-kemahiran lain
Khususnya Kemahiran terkini supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan menyeronokkan murid-murid.
2.2 PENGENALAN PENDEKATAN
Pendekatan bermaksud arah atau hala yang diambil untuk menuju sasaran. Dalam
pengertian lain boleh diertikan sebagai jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu
yang biasanya dipilih berasaskan kepada teori dan generalisasi tertentu. Dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran pendekatan bermaksud cara bagaimana
sesuatu pembelajaran itu diajarkan mengikut objektif yang ditentukan. Dengan kata
lain pendekatan bermakna satu pandangan , pendirian, pegangan atau falsafah bagi
melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi,
gagasan pendekatan bercorak abstrak kerana falsafah yang berkaitan dengan
pendekatan itu bersifat teoritis.
27
Menurut Kamus Dewan (1998) definisi pendekatan ialah cara atau langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi
masalah.Kamarudin Hj. Husin (1998) pula berpendapat pendekatan satu kumpulan
andaian yang saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa
dan hakikat pembelajaran bahasa. Menurut Gestalt pula pendekatan ialah situasi
mempelajari sesuatu secara kesweluruhan dahulu dan kemudian mempelajari
elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori
pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan.
Pendekatan dalam pengajaran bahasa harus mencerminkan teori linguistic, iaitu
teori pengajaran dan pembelajaran. Ia memerlukan kaedah-kaedah tertentu dan
sesuatu pendekatan pengajaran itu wujud berasaskan sesuatu teori. Sehubungan
dengan itu, pengajaran bahasa terbahagi kepada empat iaitu induktif, deduktif
elektif dan komunikatif.
2.2.1 Pendekatan Induktif
Pendekatan Induktif dipelopori oleh aliran pemikiran Behaviourisme di mulai dengan
contoh-contoh khusus kepada kesimpulan umum. Ia merupakan satu pendekatan
pengajaran yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Menurut John .M.
Kierzek dan Walker Gibson (1960) pendekatan ini dimulakan dengan sesuatu sebab
atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Manakala
Kamarudin Hj. Husin (1998), pula berpendapat induktif merupakan satu pendekatan
pengajaran yang bermula dengan contoh-contoh kemudian guru membuat
pengitlakan terhadap unsure-unsur yang terdapat dalam contoh-contoh tersebut.
Dalam konteks ini , iaitu pengajaran dan pembelajaran bahasa, guru-guru akan
mengumbpulkan contoh-contoh daripada teks, kemudian menerangkan dan
menunjukkan kesimpulan yang sesuai berdasarkan contoh-contoh yang diberikan.
Dalam pengajaran bahasa pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan
gramatikal, iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsure-unsur
tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya.
Kaedah pencarian digunakan, iaitu melibatkan proses pemerhatian, kajian,dan
analisis tentang aspek bahasa pada awal pengajaran, kemudian kesimpulan umum
daripada data-data yang dipelajari. Dalam pendekatan ini guru-guru digalakkan
28
memberi definisi , menerangkan peraturan, isi atau kandungan keseluruhan
pengajaran dan pada akhir pengajaran guru perlu membuat generalisasi.
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendekatan Induktif
Proses pertama, sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah memahami dahulu
idea keseluruhan yang melibatkan proses pengajaran secara induktif.Dalam konteks
ini bermakna guru-guru perlu memastikan matlamat yang ingin dicapai dan hasil
yang perlu disampaikan dan kemudiannya memberikan contoh-contoh yang sesuai.
Dengan adanya elemen ini, murid akan dapat membentuk konsep dengan mudah
dan membuat generalisasi mengenai perkara yang dipelajari.
Proses kedua ialah pelaksanaan aktiviti. Dalam hal ini, guru akan memulakan
pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan
dengan isi pelajaran. Contoh yang dikemukakan oleh guru haruslah menepati
objektif atau hasil pembelajaran pada hari itu dan kemudia guru akan menyimpulkan
hasil pembelajaran yang dipelajari. Peringkat seterusnya, guru perlu memberikan
beberpa contoh tambahan bagi mengukuhkan lagi konsep dan generalisasi murid
dan membuat penilaian secara tidak formal.
Proses ketiga ialah penilaian aktiviti yang melibatkan proses melihat kembali
keberkesanan pengajaran yang disampaikan kepada murid-murid. Pada peringkat
ini guru akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran. Di
samping itu guru juga berpeluang mengubahsuaikan pendekatan yang digunakan
dan mencari beberapa alternative lain bagi mengatasi kelemahan dalam proses
pelaksanaan aktiviti yang menggunakan pendekatan induktif.
2.2.2 Pendekatan Deduktif
Pendekatan Deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan
pengajaran dan pembelajaran murid kepada hokum-hukum tertentu dan
menggunakan penaakulan yang tinggi. Menurut Kamarudin hj. Husin (1988),
pendekatan deduktif melihat aspek pembelajaran secara keseluruhan pada awalnya
sebelum membuat kesimpulan yang spesifik tentang aspek pembelajaran.
Pendekatan ini selaras dengan teori pembelejaran Gelstalt yang menjelaskan
bahawa kita mempelajari seuatu situasi secara keseluruhan sebelum mempelajari
29
elemen-elemen situasi itu. Kemudian bimbingan diberikan bersama-sama dengan
contoh yang sesuai.Dalam pendekatan ini pemahaman murid amat dipentingkan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pendekatan deduktif melibatkan
murid-murid mempelajari perturan-peraturan dan diberikan maklumat-amaklumat
tertentu tentang bahasa yang hendak dipelajari. Mereka kemudian mengaplikasikan
peraturan-peraturan itu apabila menggunakan bahasa tersebut. Dalam kebayakan
situasi, terutama dalam menyusun isi, pendekatan ini mengutamakan generalisasi
dilakukan pada bahagian awal pengajaran dan bergerak kepada contoh-contoh yang
disediakan.Dalam konteks ini , guru memberikan definisi, menerangkan peraturan-
peraturan, isi dan kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan.
Selain itu guru juga boleh memberitahu objektif pengajaran pada bahagian awal
pengajaran. Sebagai contoh, jika guru hendak mengajar tajuk ‘ kata nama’, guru
akan memberikan definisi kata nama dahulu, misalnya kata yang digunakan untuk
merujuk manusia, haiwan, tempat, dan benda. Selepas itu barulah guru
memberikancontoh-contoh dalam ayat dan latihan-latihan berdasarkan contoh yang
diberikan bagi mengukuhkan pemahaman murid.
Kelebihan Pendekatan Deduktif
Walaupun penyampaian pengajaran adalah berbentuk tradisional, tetapi guru dapat
menyampaikannya dengan mudah kerana guru tidak perlu menggunakan banyak
masa untuk membuat persediaan . Justeru, banyak tenaga dan masa dapat
dijimatkan ,malah aktiviti pengajarandan pembelajaran lebih terkawal terutama
kepada murid yang pandai sebab mereka mudah memahami dan mengikutinya.
Kepada murid yang sederhana dan lemah, mereka boleh menghafal dan
memberikan contoh-contoh berdasarkan peraturan-peraturan bahasa yang telah
dipelajari.
2.2.3 PENDEKATAN EKLEKTIK
Eklektik atau ‘Eclektic’ bermakna campuran atau gabungan. Pendekatan eklektik
merupakan pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan
30
pendekatan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pembelajaran. Segala cirri
yang baik yang baik bagi kedua-dua pendekatan ini digabungkan untuk digunakan
dalam satu-satu pengajaran. Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa
pendekatan ini bertujuan untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih seimbang, berfaedah, berkesan dan mantap untuk
mengajarkan bahasa kepada murid-murid.
Dalam konteks ini , guru tidak perlu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi
pengajarannya pasti lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan murid-
murid. Tegasnya, pendekatan eklektik ialah pendekatan yang cuba mencantumkan
unsure-unsur penting kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif untuk
menghasilakan satu strategi yang seimbang.
Pendekatan Eklektik boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
a) Contoh generalisasi contoh
b) Generalisasi contoh ganeralisasi
Dalam variasi pertama, pengajaran dimulakan dengan contoh-contoh berkaitan dan
contoh tambahan daripada murid. Kemudian murid dibimbing langkah demi langkah
untuk menghasilkan generalisasi. Akhirnya murid dibimbing untuk memberikan
contoh-contoh lain dalam konteks yang hamper sama apabila generalisasi
berkenaan diaplikasikan.
Dalam variasi kedua, pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan menyatakan
generalisai yang berkenaan. Kemudian contoh-contoh diberikan oleh guru dan
pelajar untuk menjelaskan generalisasi berkenaan. Akhirnay generalisasi ini
diaplikasikan dalam konteks yang sama.
Kelebihan Pendekatan Eklektik
Pendekatan Elektik memudahkan guru mengubahsuai pengajaran mereka mengikut
keperluan murid sama ada memberikan contoh, generalisasi dan contoh dahulu
atau generalisasi, contoh dan generalisasi dalam proses pembelajaran bahasa.
Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-
murid yang menpunyai pelbagai kebolehan. Murid dapat belajar dan mengikuti
pembelajaran dengan mudah dan yakin mengikut kebolehan masing-masing.
31
Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan secara tidak
langsung dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam setiap
pendekatan dan akhirnya penggunaannya dapat diseimbangkan.
2.2.4 PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Pendekatan Komunikatif diasaskan oleh ahli-ahli linguistic fungsional yang
berpendapat bahawa bahasa ialah satu sistem yang terbuka dan dinamik dan
digunakan oleh sesuatu masyarakat untuk bertukar-tukar pandangan atau pendapat.
Penguasaan bahasa bukan semata-mata merupakan penguasaan rumus-rumus
tatabahasa, tetapi juga merangkumi penguasaan peraturan-peraturan menggunakan
bahasa dalam konteks kewujudan sama da dalam wacana lisan atau penulisan.
Menurut Juriah Long (1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikatif yang
terdiri daripada ahli linguistik Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa
sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan
sahaja kecekapan berbahasa,iaitu penguasaan sistem tatabahasa , tetapi juga
kecekapan komunikatif.Pada masa berkomunikasi , kecekapan bahasa akan
membolehkan seseorang menyampaikan mesej kepada pendengar dengan
menggunakan struktur bahasa yang tepat khususnya dari segi tatabahasa.
Strategi pengajaran bahasa yang dimajukan oleh pendekatan komunikasi
berasaskan proses perolehan bahasa ibunda kanak-kanak. Hal ini demikian selaras
dengan tujuan seseorang memperoleh bahasa ibundanya, iaitu untuk memenuhi
keperluan-keperluannya.Keperluan-keperluan mereka akan tercapai sekiranya
kanak-kanak tersebut memilih struktur ayat yang paling tepat dari segi
tatabahasanya dan sesuai dari segi maknanya dengan konteks bahasa yang
dihadapinya.
2.3 PENGENALAN KAEDAH
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah lebih bercorak jangka
32
pendek dan merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur yang tersusun
dan berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.
Mengantar Simanjuntak (1982) berpendapat kaedah merupakan satu rencana
(Prosedur yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang pada
keseluruhannya mestilah berdasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Parera
(1986) pula berpendapat kaedah ialah satu rancangan menyeluruh untuk
menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagian
yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan pendekatan.
Mengikut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan ( membuat dan
melakukan sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru, sesuatu kaedah terdiri daripada
sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat.
Berdasarkan pendefinisian dan pendapat tokoh-tokoh di atas, ini bermakna bahawa
tiada satu kaedah terbaik untuk semua mata pelajaran bagi setiap murid dalam
setiap keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan, masa, tempat dan
kumpulan murid..Oleh yang demikian, guru harus pandai dan bijak memilih kaedah
yang terbaik , sesuai dengan keadaan dengan mengambil kira faktor murid, masa,
kemudahan,objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat pelbagai kaedah mengajarkan kemahiran bahasa mengikut teori linguistik
atau perolehan bahasa. Berikut ialah contoh-contoh kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa;
i. Kaedah Natural
ii. Kaedah Tatabahasa Terjemahan
iii. Kaedah Terus
iv. Kaedah Ajuk Hafaz
v. Kaedah Kod-Kognitif
vi. Kaedah Linguistik
vii. Kaedah Bahasa Komuniti
viii. Kaedah Oral-Aural
33
Setiap jenis kaedah tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangannya.
Kesemuanya bergantung kepada kebijaksanaan dan kewibawaan guru yang
melaksanakannya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
2.4 PENGENALAN TEKNIK
Teknik merupakan satu set himpunan kelakuan atau cara dalam kaedah.
Contohnya, jika kaedah yang hendak digunakan oleh guru ialah kaedah
penerangan, maka teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan
penerangan tersebut ialah melalui teknik bercerita, syarahan, taklimat dan
sebagainya.
Pendapat lain mengatakan teknik merupakan pelaksanaan kaedah dalam bilik
darjah. Teknik juga digunakan untuk mencapai satu-satu objektif dalam pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai contoh , penggunaan pita rakaman ialah satu bentuk
pengajaran untuk memenuhi keperluan Kaedah Bunyi, Kaedah Pandang dan Sebut
dan sebagainya.Setiap teknik yang digunakan harus seirama atau selaras dengan
kaedah yang digunakan.
Berikut ialah jenis-jenis teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran;
i. Teknik latih tubi
ii. Teknik Simulasi
iii. Teknik Main Peranan
iv. Teknik Sumbangsaran
v. Teknik Permainan Bahasa
vi. Teknik Soal jawab
vii. Teknik Bercerita
viii. Teknik Drama
ix. Teknik Inkuiri
x. Teknik Perbincangan
xi. Teknik Forum
xii. Teknik Perbahasan
xiii. Teknik Kuiz.
34
Kesimpulannya kesemua istilah yang dibincangkan berkaitan strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran membawa maksud yang
berbeza , namun ia terangkum dalam satu pengertian yang besar . Perbezaan dan
persamaan itu dapat dirumuskan sebagai strategi ialah perancangan yang
menyeluruh melibatkan tiga jenis iaitu berpusatkan murid, berpusatkan guru, dan
berpusatkan bahan. Pendekatan dirumuskan sebagai kaedah-kaedah yang
digunakan berdasarkan teori linguistik, iaitu teori pengajaran dan
pembelajaran.Kaedah pula dirumuskan sebagai cara-cara atau langkah-langkah
berurutan yang disusun untuk disampaikan mengikut pendekatan yang dipilih.
Manakala teknik pula dirumuskan sebagai cara melaksanakan kaedah untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada masa yang tertentu.
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
35
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Arif
Bil. Murid : 43 orang
Tema : Masyarakat di Malaysia
Tajuk : Hidup Berjiran
Tarikh : 4 September 2011
Masa : 2.10 - 3.10 petang ( 60 minit )
Fokus utama 6.1 : Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk
mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji
termasuk maklumat internet.
Aras 2 (i) : Merujuk kamus peribahasa untuk mendapatkan
makna simpulan bahasa yang betul.
Fokus sampingan 3.3 : Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam
aktiviti terancang.
Aras 2 (i) : Mengemukakan pandangan tentang sesuatu isu
dengan menggunakan diksi yang tepat dan maklumat
yang betul.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i) Merujuk kamus peribahasa untuk mendapatkan
makna bagi simpulan bahasa yang terdapat
dalam petikan.
ii) Menyatakan pandangan tentang kepentingan
hidup berjiran.
Sistem Bahasa : Kosa kata – bertolak ansur, erat, menghargai, mengamal
36
Ilmu : Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Nilai : Kerjasama, baik hati, kasih sayang
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mencirikan, menilai, menjana
idea.
Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik
Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui tentang jiran
Bahan Bantu Belajar : Buah-buahan dalam bakul, carta simpulan bahasa,
Lembaran kerja, Buku Teks jilid 1 dan buku aktiviti
Jilid 1.
LANGKAHISI
KANDUNGANAKTIVITI CATATAN
SET
INDUKSI
(5 MINIT)
Bercerita
tentang jiran
yang yang sakit
dan dimasukkan
ke hospital.
Sebagai jiran,
kita perlu
melawat jiran
yang sakit.
a. Murid melihat guru
membawa sebakul buah-
buahan ke dalam kelas.
b. Guru bercerita tentang
jiran yang sakit dan “buah
tangan” yang dibawa
untuk melawat jiran yang
berada di hospital.
KB T :
Kontekstual -
Menghubung
kaitkan
Isi pelajaran
dengan
pengalaman
sedia ada murid.
BCB :
Mendengar aktif
BBB :
Buah-buahan
dalam bakul atau
dijadikan hamper.
LANGKAH
1
Membaca teks
tajuk Hidup
a. Murid membaca teks
Hidup Berjiran secara
BCB :
Membaca
37
(15 MINIT) Berjiran.
Bersoal jawab
tentang isi
kandungan teks.
kuat.
b. Murid lain mendengar.
c. Ulang beberapa orang
murid.
d. Murid dan guru bersoal
jawab tentang isi petikan.
mekanis,
mendengar
BBB :
Buku Teks Jilid 1
muka surat 64
Ilmu :
Pendidikan
Islam /
Pendidikan Moral
Nilai :
Baik hati, kasih
sayang.
LANGKAH
2
(15 MINIT)
Mengenal pasti
simpulan
bahasa dalam
petikan.
Mencari makna
simpulan
bahasa dalam
kamus
peribahasa.
a. Murid kenal pasti
simpulan bahasa yang
berhuruf tebal dalam
petikan.
b. Murid mencari makna
simpulan bahasa dalam
kamus peribahasa.
c. Murid bacakan makna
yang mereka dapat.
d. Pastikan semua murid
cuba mencari makna
dalam kamus.
KB T :
Kemahiran
berfikir – menjana
idea
BCB :
Bercerita dan
berbincang
BBB :
Kamus
Peribahasa,
Teks petikan.
Nilai :
Berusaha,
berdikari,rajin
38
LANGKAH
3
(20
MINIT)
Latihan mencari
makna
Simpulan
Bahasa.
Melengkapkan
ayat dengan
Simpulan
Bahasa yang
sesuai.
a. Murid membaca carta
Simpulan Bahasa.
b. Murid bincang dalam
kumpulan mencari
makna Simpulan
Bahasa yang diberi
c. Murid melengkapkan
ayat dengan simpulan
bahasa yang sesuai.
d. Minta murid baca
semula ayat-ayat yang
telah dilengkapkan.
KBT :
Kontekstual-
menghubungkaitk
an simpulan
bahasa dengan
ayat.
KB :
Kemahiran
membaca
BBB :
Carta , lembaran
kerja.
PENUTUP
(5 MINIT)
Penutup kognitif
Membuat
rumusan isi
pelajaran.
Menjalankan
aktiviti kuiz –
Siapa Cepat
Penutup sosial
Memberi pujian
dan motivasi.
a. Murid diberikan soalan
kuiz tentang simpulan
bahasa.
b. Murid berikan dengan
cepat makna simpulan
bahasa apabila guru
bacakan kad-kad
simpulan bahasa.
c. Kuiz boleh dijalankan
antara murid lelaki dan
murid perempuan.
KB :
Kemahiran
mendengar dan
bertutur
KBT :
BCB – kemahiran
mengingat
4.0 ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3 ARIF
4.1 Analisis Pendekatan dalam pengajaran dan Pembelajaran
39
Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan ini, adalah merujuk kepada
pendekatan Eklektik yang mana guru menggabungkan dua pendekatan iaitu
pendekatan deduktif dan pendekatan induktif. Guru tidak terikat dengan mana-mana
kaedah dan pengajaran lebih luas dan mudah diubah mengikut keperluan murid.
Pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan memberikan contoh simpulan
bahasa yang terdapat dalam petikan. Guru membimbing murid menghasilkan
generalisasi mengenai simpulan bahasa. Kemudian,murid diminta memberikan
contoh-contoh simpulan bahasa yang lain dalam konteks yang sama . Akhir sekali,
generalisasi mengenai simpulan bahasa diaplikasikan dalam aktiviti kemahiran
membaca,kemahiran bertutur dan mendengar dan kemahiran menulis.
4.2 Analisis Pengajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang menggabung isi
kandung pelajaran dengan pengalaman harian murid atau individu, masyarakat dan
alam pekerjaan.
Berdasarkan langkah-langkah pengajaran tersebut, murid akan melalui satu atau
atau lebih kaedah yang diringkaskan sebagai REACT dalam melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca. Hal ini dapat dilihat melalui
aktiviti menghubungkaitkan pengetahuan baru mengenai simpulan bahasa dalam
teks dengan contoh-contoh simpulan bahasa lain. Mereka perlu merujuk kepada
kamus untuk mencari makna dan seterusnya diaplikasikan dalam bentuk kemahiran
menulis iaitu melengkapkan ayat dengan simpulan bahasa yang sesuai.
4.3 Analisis Pengajaran Kontruktivisme.
Pengajaran dan pembelajaran Konstruktivisme terdiri daripada Koperatif dan
kolaboratif. Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran dalam kumpulan kecil. Murid
bekerjasama , membantu sesama sendiri bagi memenuhi kehendak tugasan individu
dan kumpulan. Pembelajaran kolaboratif pula merupakan pembelajaran
berdasarkan perkongsian maklumat dan kuasa antara guru dengan murid dan murid
dengan murid.
40
Berdasarkan langkah-langkah dalam RPH tersebut, Pengajaran koperatif dapat
dilihat dalam langkah 3 yang mana murid dibahagikan dalam kumpulan. Mereka
dikehendaki mencari makna simpulan bahasa yang dinyatakan dalam lembaran
kerja. Setiap murid perlu bekerja sama untuk menyelesaikan tugasan mereka
dengan aktiviti membaca ayat, mencari makna simpulan bahasa, menulis makna
simpulan bahasa dan membentangkan hasil tugasan.
Pembelajaran koperatif juga dapat dilihat dalam langkah penutup, yang mana murid
dibahagikan mengikut jantina untuk melaksanakan aktiviti pengukuhan iaitu
menjawab soalan berbentuk kuiz. Ahli dalam kumpulan boleh memilih kad soalan
untuk dijawab oleh kumpulan lain. Sekirannya pihak yang menjawab tidak dapat
menjawab soalan dengan betul, ahli dalam kumpulan tersebut boleh membantu.
Pada akhir aktiviti, kumpulan yang menang diberi ganjaran berbentuk alatulis
sebagai menghargai usaha mereka.Begitu juga kumpulan yang kalah akan diberi
tepukan semangat oleh ahli kumpulan yang menang.
5.0 REFLEKSI
Tiada perkataan yang lain yang dapat saya luahkan sebaik sahaja saya berjaya
menyiapkan tugasan ini selain rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT
kerana diberi kesempatan masa dan kebaikan kesihatan pada sepanjang saya
menyempurnakan tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada
pensyarah iaitu Dr. Tuan Jah bt. Tuan Yusuf di atas penerangan dan maklumat
berkaitan kerja kursus ini. Tidak terkecuali ahli keluarga dan rakan-rakan yang
menjadi motivasi saya untuk melengkapkan kerja kursus ini.
Mengimbas kembali perasaan saya semasa mula-mula mendapat kerja kursus ini
ialah perasan was-was. Pelbagai pertanyaan yang datang dalam minda saya ketika
itu. Persoalan apa ?, bagaimana ?, bila ? datang silih berganti. Walau bagaimana
pun saya cuba bersikap positif bahawa jika orang lain boleh mengapa saya tidak
boleh.
Saya cuba merancang strategi dengan melakukan beberapa tindakan. iaitu
peringkat pertama ialah mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
antaranya melalui pembacaan , maklumat dari internet dan perbincangan sesama
41
rakan. Pada masa ini juga saya cuba mentafsirkan kehendak soalan tugasan. Saya
cuba membuat pemetaan agar hasil yang dibuat nanti tidak terpesong atau
tertinggal.
Tindakan seterusnya ialah mendapatkan seberapa banyak maklumat daripada
pensyarah berkaitan kerja kursus ini setiap kali diadakan kelas atau interaksi. Saya
cuba mendapatkan contoh daripada rakan untuk mendapatkan gambaran sebenar
tugasan ini. Selain itu, saya juga menghubungi rakan-rakan untuk bertukar-tukar
maklumat berkaitan kerja kursus ini.
Walaupun ketika itu saya merasakan belum cukup maklumat yang dikumpul, saya
tetapkan hati untuk menaip tugasan agar saya mempunyai cukup masa untuk
membuat penambaikan hasil tugasan ini.Setiap kali saya menaip maklumat saya
akan membuat penambahbaikan sehingalah tugasan ini selesai.Aktiviti menaip ini
mengambil masa yang agak lama.Pada peringkat ini, saya perlu mengagihkan
masa antara tugas sebagai guru, isteri, ibu dan ahli masyarakat agar segalanya
berjalan dengan lancar. Akhirnya dengan berkat kesabaran dan kesungguhan, saya
dapat menyiapkan tugasan ini.
Selepas saya menyiapkan tugasan ini, banyak manfaat yang saya peroleh.
Antaranya ialah sentiasa bersikap positif apabila berhadapan dengan tugasan yang
mencabar yang memerlukan kesabaran dan ketekunan. Jangan mudah putus asa
apabila gagal mendapat apa yang diimpikan. Yakin dengan apa yang dilakukan dan
tetap pendirian apabila telah berada dalam landasan yang betul.
Perkara yang sangat penting, selepas saya menyiapkan tugasan ini ialah anjakan
paradigma. Jika sebelum ini saya kurang arif dengan konsep-konsep pengajaran
dan pembelajaran, insyaallah selepas ini saya akan cuba praktikkan pengetahuan ini
semasa saya mengajar terutama dalam kelas ajaran saya yang terdiri daripada
murid-murid tahun satu. Segala pengalaman dan pengetahuan yang peroleh ini
diharap dapat menjadikan saya seorang guru yang berdedikasi.
Sekian, terima kasih.
42
BIBLIOGRAFI
43
Abdul Aziz Abdul Talib (2000) Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip Kaedah Dan
Teknik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamaruddin Hj.Husin ( 1995 ) Pedagogi Bahasa , Perkaedahan . Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd
Mok Song Sang ( 1994 ), Pedagogi Asas Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd
Noraiti A.Rashid ( 2009 ), Siri Pendidikan Guru, Murid dan Alam Belajar. Kuala
Lumpur : Oxford Fajar Sdn.Bhd
Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2003 : Krikulum Bersepadu Sekolah Rendah,
sukatan Pelajaran Bahasa Melayu : Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tuan Jah Tuan Yusof PhD (2012), Kadah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah, Kuala Lumpur, Multi Media.
Sumber daripada internet
http:// www.scribd.com/doc/3951911/ TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://slideshare.net/search/slideshow?
lang=**&submit=post&q=+teori+nahu+tradisional &commit=search
44