12
7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat Oleh Muhamad Naim 9 Comments 5.4k Share Tweet Share Khusyuk dalam solat Tanyakan pada diri kita, bagaimana fikiran, perasaan dan rasa hati semasa mengerjakan solat? Adakah fokus kita tertumpu sepenuhnya kepada Allah? Atau hati masih liar, fikiran masih merawang dan perasaan masih kacau semasa mendirikan solat? Bagaimana pula soal penghayatannya?

7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

Citation preview

Page 1: 7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam SolatOleh Muhamad Naim 9 Comments

5.4k Share

Tweet

Share

Khusyuk

dalam solat

Tanyakan pada diri kita, bagaimana fikiran, perasaan dan rasa hati semasa

mengerjakan solat?

Adakah fokus kita tertumpu sepenuhnya kepada Allah? Atau hati masih liar,

fikiran masih merawang dan perasaan masih kacau semasa mendirikan

solat?

Bagaimana pula soal penghayatannya?

Page 2: 7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

Adakah kita dapat merasai apa yang telah kita fahami itu? Semasa

mengucapkan bacaan-bacaan dalam solat itu adakah kita lakukan dengan

sedar?

Atau hanya sekadar ucapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna

dan rasa?

“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk

dalam solatnya.” [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]

.

Apakah itu khusyuk?

Solat yang khusyuk tercapai apabila hati,

fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah

sepanjang waktu mengerjakan solat.

Semasa solat, seseorang itu berhubung secara langsung dengan Allah.

Sepanjang mendirikan solat, seseorang hamba berdoa terus dihadapan-

Nya.

Hubungan dengan Allah ini akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di dalam

hati yang kemudian membentuk hati itu akur, taat dan patuh kepada Allah.

Diriwayatkan apabila para sahabat Rasulullah SAW solat ditengah padang

pasir, burung-burung akan hinggap dibahu, malah ada diatas kepala dan

Page 3: 7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

badan mereka, kerana menyangka mereka ialah pohon kayu. Begitulah,

diam dan pegunnya jasad mereka ketika solat.

Bagaimana pula dengan kita insan biasa untuk khusyuk di dalam solat?

Saya pasti ramai diantara kita sangat teringin dan tercari-cari formula untuk

menjadi salah seorang hamba Allah yang khusyuk di dalam solat.

InsyaaAllah, dalam artikel ini akan berkongsi formula yang dengan izinNya,

akan membantu kita untuk khusyuk di dalam solat.

.

Tujuh Langkah Menuju Khusyuk Dalam Solat

1. Mencari Pengertian (Faham)

Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun

qauli) dan erti setiap perbuatan dalam solat.

Apabila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah al-Fatihah

misalnya, makna setiap kalimahnya perlu diketahui satu per satu.

Jadi, belajarlah bahasa Arab sekurang-kurangnya untuk mengetahui makna

bacaan-bacaan yang wajib dan sunat dalam solat.

“Jangan jadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menuturkan kata-

kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksudnya.”

Namun memahami makna sahaja tidak memadai, kita perlu melangkah ke

tahap seterusnya.

.

Page 4: 7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

2. Memusatkan Fikiran (Fokus)

Tahap kedua ialah pemusatan fikiran. Menghindarkan gangguan hal-hal

lain, sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus

sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat.

Mungkin kita telah memahami makna bacaan, tetapi oleh sebab tidak

fokus, seseorang yang membacanya hanya umpama “orang mengigau”

dalam tidur.

Sekiranya seketika kita terfikir juga hal-hal lain, tapi ingatan dan fikiran

tetap terikat pada tujuan solat (mengingati Allah), keadaan ini samalah

seperti orang yang sedang memandu kereta.

Fikirannya tetap fokus kepada destinasi yang hendak dituju walaupun

sekali – sekala ternampak juga objek-objek dan pemandangan di tepi-tepi

jalan.

Semua itu tidak menggangu fokusnya.

Lain pula halnya jika dia “terlalai” dengan pemandangan-pemandangan di

tepi jalan sehingga dia tidak sedar bahawa sudah terlajak jauh daripada

destinasinya.

.

3. Membesarkan Allah (Rasa ‘Haibah’)

Perlu diingat, pemusatan fikiran bukan ditujukan kepada bacaan itu sahaja

tetapi pada makna di sebalik bacaan itu.

Ertinya, tumpuan bukan hanya pada huruf dan ayat serta sebutan, tetapi

pada makna dan tafsirannya. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘pengertian’.

Page 5: 7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

Hanya orang yang kenal raja

akan bercakap-cakap dengan penuh penghormatan, rasa takut, malu dan

rendah diri.

Sebaliknya, orang yang tidak kenal raja, akan bercakap-cakap dengan

baginda secara biasa-biasa sahaja.

Apabila orang yang kenal Allah mengucapkan kalimah “Allahuakbar”

misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar) malah

hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah yang telah mencipta

dirinya, alam semesta, akhirat dan segala makhluk.

Pada ketika itulah terpancarnya rasa-rasa yang seni dan indah dalam

fikiran dan jiwa yang tidak mungkin terjadi diluar solat.

Page 6: 7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

Oleh itu pada peringkat permulaan, cubalah untuk merasakan kita sedang

berhadapan seorang raja yang sangat berkuasa dan kita perlu fokus

dihadapanNya.

 

4. Kagum dan Takut akan Keagungan Allah (Rasa Khauf)

Hasil daripada merasai kebesaran Allah, maka timbul pula rasa takut dan

kagum kepada-Nya. Rasa takut dan kagum kepada Allah ini tidak sama

dengan rasa takut dan kagum kepada perkara-perkara lain.

Kita takut kepada harimau kerana keganasannya, tetapi kita takut kepada

Allah kerana kehebatan-Nya. Takut akan harimau, kita lari menjauhinya,

tetapi takut akan Allah kita datang menghampirinya.

Rasa takut akan timbul apabila seseorang gerun akan kemurkaan Allah dan

Neraka-Nya.

Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat dengan perbuatan berdiri betul,

menundukkan kepala, mata melihat ke tempat sujud (tidak berani

mendongak), rukuk serta sujud.

.

5. Rasa Mengharap Kepada Allah (Rasa Raja’)

Apa yang dimaksudkan dengan rasa mengharap?

Page 7: 7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

Rasa mengharap ialah

pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang

dan syurga Allah.

Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa, dikhuatiri akan timbul

sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah.

Padahal dalam reality, Allah lebih suka mengampunkan dosa berbanding

menyeksa hamba-Nya yang berdosa.

Oleh sebab itu, ulama berpesan dalam keadaan biasa seseorang

hendaklah menyeimbangkan rasa  takut dan harapnya umpama dua sayap

pada burung yang membolehkannya terbang dengan stabil dan selamat.

Page 8: 7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

Jangan terlalu takut, nanti timbul sangka buruk kepada Allah. Jangan terlalu

harap, nanti terjadi sikap sambil lewa serta “berangan-angan” akan

keampunan Allah.

Rasa harap dalam solat ini adalah menerusi penghayatan ketika bacaan al-

Fatihah (mengharapkan jalan yang lurus), bacaan qunut (mengharapkan

hidayah, kesihatan dan lain-lain) dan bacaan ketika duduk diantara dua

sujud (mengharap keampunan, belas kasihan, ditinggikan darjat, dan lain-

lain)

Manakala melalui perbuatan duduk dalam tahiyat awal dan akhir, sujud

serta rukuk – semuanya melambangkan rasa pengharapan seorang hamba

yang sedang meminta-minta dan merayu-rayu.

.

6. Rasa Malu dan Hina Diri (Rasa Haya’) dalam solat

Rasa malu dan hina diri ialah kemuncak segala rasa yang timbul

sebelumnya. Oleh itu PERLU ditimbulkan rasa berdosa kepada Allah.

Apabila ada rasa berdosa maka barulah timbul rasa malu.

Cara untuk menimbulkan rasa berdosa ialah dengan menimbulkan

kesedaran (insaf) akan kelalaian diri, lemah melaksanakan tanggungjawab,

kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan reda dengan takdir

dan banyak “berhutang” kepada Allah.

Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa

berada “di atas” (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat

sujud).

Page 9: 7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

Manakala dubur yang sentiasa disorokkan dibawah, ketika sujud telah

dijongketkan ke atas sebagai cara meleburkan kesombongan dan

kebesaran diri!

 

7. Memakai Pakaian Yang Paling Selesa Dan Paling Cantik Ketika

Solat

Untuk kaedah yang terakhir ini,

tidak berkaitan dengan enam kaedah diatas. Nampak seperti remeh,

namun ia juga adalah salah satu langkah yang boleh dipraktikkan untuk

mencapai khusyuk di dalam solat.

Sebolehnya pilihlah pakaian yang paling selesa, suci dan khas untuk solat.

Pilih pakaian  yang diperbuat daripada material yang paling baik, yang tidak

membuatkan kita berpeluh apabila panas, tidak longgar atau ketat sehingga

mengganggu pergerakan solat.

Dan juga pilihlah yang paling cantik, sempurna dan dikhaskan untuk solat.

Kerana solat kita adalah untuk menghadap Allah, Raja yang paling Agung

dan Allah sangat sukakan kecantikkan.

Page 10: 7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan

kecantikan.

Buat para Muslimah, boleh mencuba koleksi telekung Siti Khadijah yang

sangat selesa digunakan untuk mengerjakan solat.  Ianya berbaloi untuk

dicuba

.

Penutup: Solat yang Khusyuk Akan Mendidik Hati Membina Rasa Bertuhan

Sebagai ingatan, ada bezanya antara solat yang khusyuk dan solat yang

sah. Solat yang khusyuk sudah semestinya sah. Tetapi solat yang sah

belum tentu khusyuk.

Solat yang khusyuk ialah solat yang berjaya menyentuh dan mendidik hati,

akal dan nafsu manusia. Ia juga akan membina rasa bertuhan.

Rasa bertuhan akan mendatangkan rasa gagah, berani dan optimis dalam

hidup.

Page 11: 7 Langkah Berkesan Menuju Khusyuk Di Dalam Solat

Walau sekuat mana pun ujian hidup melanda, segala-galanya dapat diatasi

dengan baik kerana adanya “talian hayat” denga Yang Maha Berkuasa.

Diri yang lemah akan menjadi gagah apabila hati diserahkan sepenuhnya

untuk ditadbir oleh Allah. Rasa bertuhan juga menimbulkan harapan dan

impian yang sentiasa hidup dan menyala-nyala.

Inilah booster utama dalam usaha meraih kejayaan dalam kehidupan =)