54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    1/25

    BAB 6

    MASA DEPAN DUNIA BERBILANG TAMADUN: DIALOG TAMADUN DAN ISU-ISU SEMASA Oleh MohdHazim Shah Abdul Murad Osman Bakar Azizan Baharuddin 6.0 6.1 Pengenalan Dunia Berbilang Tamadun: Apa Dunia Barat Boleh Belajar Daripada Tamadun Islam dan Tamadun Asia 6.2 Dunia Berbilang Tamadun: Cabaran Globalisasi 6.2.1 Dampak Budaya Kebendaan Barat 6.2.2 Dominasi Politik 6.2.3 Dominasi Ekonomi 6.2.4 Dominasi Media 6.2.5 Dominasi Budaya 6.2.6 Teori Pertembungan Tamadun Huntington 6.2.7 Dampak Peristiwa 11 September 6.3 6.4 6.5 6.6 Dialog Peradaban Sebagai Mekanisme Menyahut Cabaran Pemupukan Nilai-Nilai Sepunya Menerusi Dialog Tamadun Isu-Isu Yang Perlu Ditangani Dalam Dialog Tamadun Dialog Tamadun

    1

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    2/25

    6.6.1 Dimensi Dalaman 6.6.2 Dimensi Luaran 6.7 Kesimpulan Rujukan

    2

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    3/25

    6.0

    Pengenalan Pendedahan kepada pelbagai tamadun sewajarnya telah memberikan pengalaman yang

    istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian tamadun secara turun-temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa kehidupan antara tamadun ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan tamadun kita sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun lain. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian tamadun akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat ini dengan lebih realistik dan penuh perasaan muhibbah. Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tabiat tamadun-tamadunini. Penilaian yang tepat bermaksud kita harus boleh meneruskan perasaan muhibah antara tamadun sekalipun kita masing-masing mengakui wujud perbezaan ketara antara tamadun-tamadun ini. Dengan mengakui perbezaan antara tamadun tidak bermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara-perkara yang bolehdisepakati bersama. Tamadun dan peradaban seperti yang diterangkan oleh pelbagai tamadun yang telah kita pelajari banyak menyentuh persamaan dari segi adab dankehidupan beradab, manusia dan kehidupan kemanusiaan. Begitu juga halnya dengansoal alam tabii dan keperluan untuk hidup berharmoni dengan alam tabii. Perkara-perkara sebegini, walaupun kelihatan kecil dan sedikit tetapi sangat luas dan be

    sar potensinya untuk diperkembang ke arah kesefahaman sejagat melalui usaha-usaha dialog antara tamadun. Permuafakatan dan persepakatan dalam hal-hal akhlak kemanusiaan dan alam tabii ini pun sudah cukup penting bagi menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bermakna pada abad yang mendatang. Sesungguhnya kesemua tamadun yang telah dikaji mengajar kita pelbagai pengajaran yang amat penting bagi umat manusia dewasa ini yang kebanyakannya telah hilang pertimbangan terhadapsoal akhlak, moral dan kemanusiaan di samping hilang juga kesedaran tentang keperluan memelihara alam tabii dari bencana yang ditimpakan oleh perbuatan kerakusan manusia itu sendiri.

    3

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    4/25

    Sesungguhnya manusia moden seperti kita ini telah banyak melupai hikmah daripada khazanah peninggalan tamadun kita sendiri sehinggakan kehidupan yang kita jalani menjadi begitu keliru dan hilang arah tujuannya. Oleh sebab itu, usaha-usaha mengembalikan hikmah dari khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan hidup masyarakat manusia di muka bumi ini. Perkara inilah sebenarnya nilainilai yang tidak ternilai yang boleh kita peroleh dari pengkajian dan pendedahan mengenai tamadun-tamadun milik masyarakat kita sendiri. Penilaian terbaik yang boleh dibuat oleh kita ialah dengan merasai bahawa kita sendiri adalah sebahagian dari mata rantai tamadun-tamadun tersebut yang perlu kekal dalam rantaian yang telah sedia terbina itu. Penilaian yang kita lakukan mestilah akhirnya akan membawa kita ke satu tahap kehidupan yang lebih beradab dan bertamadun, sesuai dengan semangat dan sikap yang telah dilahirkan oleh tamadun-tamadun yang telah kita pelajari.

    6.1

    Dunia Berbilang Tamadun: Apa Dunia Barat Boleh Belajar Daripada Tamadun

    Islam dan Tamadun Asia Bab-bab sebelum ini telah menegaskan hakikat bahawa dunia kita adalah sebenarnya dunia berbilang tamadun. Penganut pelbagai agama ingin melihat dunia global ini terus wujud sebagai dunia berbilang budaya dan tamadun.Setelah kita menilai tamadun-tamadun yang dikaji serta memahami nilai-nilai terpenting yang perlu kita ambil dan hayati, maka kini perlu pula kita melihat perhubungan antara tamadun-tamadun sebelah sini dengan tamadun Barat yang dominan har

    i ini. Tamadun-tamadun sebelah sini sebenarnya telah wujud bersama untuk satu jangka masa yang lama dan kadangkala agak tidak wajar untuk kita membicarakan keperluan mereka untuk berinteraksi. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan bahawa sebelum ini seperti tidak wujud interaksi antara tamadun Islam misalnya dengan tamadun Cina dan tamadun India dan begitu juga sebaliknya. Bukti-bukti sejarah telah banyak menjelaskan interaksi antara tamadun-tamadun ini memang telah sedia wujud dari dahulu kala lagi. Malah yang lebih penting ialah bukti kehidupan yang masih hidup, subur dan segar antara masyarakat dan tamadun yang pelbagai inilah yang lebih penting. Masyarakat negara kita yang berbilang tamadun ini telah pun hidup sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini dengan penuh interaksi dan perasaan muhibah.

    4

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    5/25

    Justeru kita boleh menyatakan bahawa interaksi antara pelbagai tamadun yang kita lalui ini ialah suatu yang nyata dan benar-benar hidup. Oleh sebab itu, hakikat ini perlulah difahami dengan baik supaya kita tahu di mana kita berada dan apakah sebenarnya yang perlu kita lakukan. Dialog peradaban ini atau interaksi antara tamadun ini, jika ia diilhamkan ataupun dipelopori oleh tamadun Barat maka orientasi dan hala tujunya sudah pasti berbeza dengan kita. Tamadun Barat sebenarnya sangat miskin dalam soal pengalaman hidup antara tamadun. Dalam sepanjang sejarah tamadun Barat mereka sangat kurang berpeluang untuk hidup bersama dengan tamadun lain seperti yang dialami oleh tamadun-tamadun sebelah sini. Justeru itu jika mereka berbicara mengenai dialog peradaban sifatnya sangatlah teoritikal dankonjektural. Hakikat ini disebabkan mereka sendiri tidak pernah merasai secara realiti dan praktikal pengalaman hidup dalam pelbagai tamadun. Hakikat sebegini sebenarnya merupakan satu kekuatan yang tidak wajar kita perkecilkan kerana ia tidak dimiliki oleh tamadun Barat. Menyedari perkara tersebut, orientasi dan halatuju dialog peradaban kita tidaklah sewajarnya bersifat teori dan telahan apatah lagi bersifat polemik seperti yang lazimnya wujud dalam tradisi dialog di Barat. Kita mestilah mengungkapkan aspirasi dialog tamadun kita dengan lebih yakin bila berhadapan dengan tamadun Barat kerana kita lebih arif tentang soal ini. Kita memiliki pengalaman beratus tahun hidup bersama (co-exist) dengan tamadun-tamadun lain yang tidak pernah dialami oleh tamadun Barat. Justeru tidak wajar bagi tamadun Barat untuk mengajar kita bagaimana mahu berdialog atau bertoleransi sesama kita. Merekalah yang sebenarnya yang perlu diajar oleh tamadun sebelah sini tentang cara-cara berdialog antara tamadun. Kita bukan sahaja perlu menunjukkan kepada mereka cara bertoleransi, malah yang lebih penting ialah cara bermuhibah a

    tau berkasih-sayang sesama manusia dari kalangan tamadun yang pelbagai ini. Sikap seperti inilah sebenarnya yang perlu kita kemukakan terhadap tamadun Barat. Peranan ini juga merupakan sumbangan paling besar yang boleh diberikan oleh tamadun sebelah sini kepada tamadun Barat khususnya dan tamadun manusia umumnya di tengah-tengah kemelut kehidupan yang tidak putus-putus hari ini. Interaksi sebenarantara tamadun dapat dilihat dari perspektif ini.

    5

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    6/25

    6.2 6.2.1

    Dunia Berbilang Tamadun: Cabaran Globalisasi Dampak Budaya Kebendaan Barat Samaada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini yang mencabar

    tamadun Islam dan tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh dunia Barat moden. Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidak akan dapat merancang masa depan kita dengan sebaikbaiknya. Kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-ciri jati diri (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun Islam dan jati diri tamadun-tamadun Asia pada peringkat kolektif. Keseluruhan dunia pada hari ini kelihatan seolah-olah `sebuah dunia Barat yang besar' yang bersifat hegemonik, yang tidak langsung memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat. Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang.Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budayanya. Disebabkan kuasa penjajahan Barat begitu kuat dominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telah mengalami perasaan rendah diri ketara,malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri. Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia. Tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri. Penjajahan pemikiran seperti inilah sebenarnya kemuncak penjajahan Ba

    rat dalam memperkukuhkan dominasinya ke atas bangsa manusia yang lain sehingga hari ini. Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapai kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Bentuk dominasi baru telah muncul sehinggakan dimanipulasi oleh penjajahan yang lampau. Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan gaya hidup seseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan. Kebebasan yang sepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat

    6

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    7/25

    atau negara dalam menentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka sendiri telah dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi yang baru. 6.2.2 Dominasi Politik Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selaindaripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa, masih tertakluk kepadatelunjuk kuasa Barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yangsecara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas Perang Dunia Kedua, di mana negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang telah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun, memperolehi kuasa veto. Negara Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China. Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik dunia yang terpenting. Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar mengesahkan keputusan negara-negara kuasa besar terutama Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan tertentu. Anadainya sesuai dengan kepentingannya, Amerika Syarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektif-objektif tertentu yang berkaitan dengan polisinya. Pada masa-masa yang lain mereka akan bertindak secara bersendirian membelakangkanMajlis Keselamatan PBB seperti dalam persitiwa pengeboman Sudan dan Afghanistanpada tahun 1998, dengan helah untuk memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang-sarang pengganas. Pendekatan unilateralisme di dalam politik antarab

    angsa ini terbukti sekali lagi apabila Amerika Syarikat, tanpa restu PBB telah menyerang dan menakluki Iraq pada 2003. Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Khasmir dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai `polis dunia. Situasi ini mencerminkan kuasa politik yang mendominasi dunia. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai

    7

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    8/25

    sebuah kuasa politik global adalah disebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari. Setelah perang dingin berakhir dengan robohnya tembok Berlinpada 1989, dan perpecahan Soviet Union pada 1991, maka Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak mempunyai saingan, hingga mewujudkan satu dunia unipolar, tanpa imbangan kuasa. Negara tersebut memilikisenjata-senjata nuklear yang besar dan senjatasenjata yang tercanggih. Paling menggerunkan senjata-senjata ini dipunyai oleh sebuah negara yang mengambil pendekatan hegemonik ke atas masyarakat bangsa-bangsa manusia yang lain. Pada masa yang sama ia melarang dengan keras, usaha negara-negara lain seperti Korea Utara dan Iran, untuk mempunyai program nuklear mereka sendiri. 6.2.3 Dominasi Ekonomi Sekiranya semasa zaman penjajahan sebelum ini penjajah Barat mendominasikan sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka hari ini keadaan yang hampir sama berlaku. Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat,United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikat berkenaan telah mendominasi penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan sains dan teknologi (S&T) sesebuah negara. Tidak cukup sekadar itu, sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang dan jugapengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain. Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8. Mereka telah bertindak mencorakkan bent

    uk ekonomi global sebegitu rupa sehingga segala kepentingan negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utara mendapat keutamaan mengatasi persoalan kebajikan negara-negara miskin di hemisfera selatan. Masyarakat manusia di negara-negara membangun dan mundur tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk mencapai kepentingan mereka dan pada masa yang sama, sumber-sumbersemula jadi di negara-negara tersebut dimonopoli secara tidak disedari. Fenomena seperti ini merupakan satu bentuk penjajahan baru yang terselindung

    8

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    9/25

    di sebalik gagasan perdagangan tanpa sempadan, perdagangan bebas, atau economicglobalisation. 6.2.4 Dominasi Media Dunia Barat melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Tidak cukup dengan dominasi dalam bidang politik dan ekonomi, dunia Barat khususnya Amerika Syarikat mahu turut mendominasi media massa. Satu situasiyang begitu ketara mutakhir ini, media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan syarikat-syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Agensi berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlakudalam negara di luar dunia Barat sering dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negara-negara jirannya oleh agensi berita Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu. Tegasnya, masyarakat di luar dunia Barat melihat jiran-jiran mereka bahkan mereka sendiri sendiri menurut kaca mata Barat. 6.2.5 Dominasi Budaya Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam tiga dekad kebelakangan ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeskportan budayanya. Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem, muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia. Rancangan-rancangan televisyen seperti American Idol juga telah tersebar luas dan ditiru di beberapa negara lain termasuk Malaysia sebagai satu fenomena globalisasi budaya, di mana cita-cita remaja diberi ekspresi secara kompetitif, dan nilai-nilai seperti menghormati dan menjaga perasaan seseorang individu tidak lagi diutamakan, ata

    s nama keterbukaan di dalam memberi pandangan. Selain daripada itu, budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama-janama seperti Coca-cola, McDonalds, Levi's dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada budaya global. Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut dan mengasimilasikan jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala-Amerika dalam jumlah yang besar dan belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. Namun bukan sahaja

    9

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    10/25

    Amerika Syarikat yang telah mengeksport budaya mereka tetapi juga syarikat-syarikat dari Eropah dan Jepun turut mengeksport kartun dan muzik ciptaan Amerika Syarikat. Berdasarkan kepada keterangan tentang dominasi kuasa Barat dalam bidang-bidang tersebut, dapat diperhatikan penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkam ke atas bangsabangsa manusia yang lain termasuklah masyarakat Islam dan Asia. Gergasi media Barat khususnya dari Amerika Syarikat seperti CNN, telah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalam masyarakat Islam dan Asia di mana mereka beroperasi. Syarikat-syarikat multinasional yang sedang beribu pejabat di Amerika Syarikat telah menjadi global dari segi pengeluaran, pemasaran dan penyelidikan. Pedagang-pedagang mata wang yang terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit, pada akhirnya tidak mempunyai ketaatan pada mana-mana negara. Tegasnya, kemelut yang berkaitan dengan dominasi Barat telah menjadi begitu global atau sejagat, sehingga pada hari ini dominasi tersebut tidak lagi mengenali sempadan penempatan geografi atau budaya tertentu. Dominasi Barat daripada cara hidup seseorang sehingga kedaulatan politik wujud di mana-mana. Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Keputusan-keputusan mereka dalam politik dan ekonomi secara mudah memberi kesan yang besar kepada politik dan ekonomi kita. Mereka telah memakaikan kaca mata mereka kepada kita sehingga kita melihat sesuatu menurut perspektif mereka. Dengan menjadi sebegitu global dunia Barat telahmenjadikan diri mereka sebagai norma dan mudah diterima di mana-mana sahaja. Menyedari tentang hakikat tersebut, penilaian terhadap kesan dan dampak dunia Barat ke atas tamadun Islam dan Asia bukanlah mudah. Tidak dapat dinafikan, dari sudut yang positif manfaat S&T yang dikembangkan oleh tamadun Barat begitu ketara kepada kita. Bidang S&T ini telah membantu mengurangkan kemiskinan, meningkatkan t

    araf hidup dan membawa keselesaan material kepada sebahagian daripada masyarakat manusia. Pertumbuhan dan pekembangan ekonomi pasaran juga telah menambahkan kemewahan golongan menengah di kebanyakan negara-negara di dunia sehingga kepada kadar tertentu. Sebagai kesan daripada pengaruh tamadun Barat juga, idea dan institusi yang berkaitan dengan demokrasi seperti kebebasan individu, hak menyuarakan bangkangan, akauntabiliti awam, perwakilan parlimen yang dipilih rakyat dan kehakiman yang bebas telah mempengaruhi kebenaran di peringkat global. Dunia Baratjuga bertanggungjawab menimbulkan 10

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    11/25

    kesedaran yang bertambah-tambah berhubung persoalan-persoalan ini dalam tamadunIslam dan Asia. Barat juga kadangkala menggunakan nilai politik sebagai senjatadi dalam persaingan perdagangan antarbangsa, di mana negara yang tidak mengamalkan demokrasi ala Barat, atau mempunyai rekod hak asasi manusia yang 'buruk', akan dikenakan sekatan ekonomi. Namun sifat hipokrit ini terbongkar dengan adanya pendedahan mengenai kekejaman tentera Amerika terhadap tahanan di Iraq, dan di TelukGuantanamao. Namun dalam konteks tersebut juga terdapat kesan-kesan yang negatif. Kemunculan sistem ekonomi pasaran global yang mengutamakan negara-negara perindustrian kuat yang kebanyakannya terletak di dunia Barat, sebahagiannya bertanggungjawab terhadap kemiskinan yang berterusan terhadap golongan tertentu manusia. Jurang pemisahan antara golongan yang berada dan tidak berada semakin melebar.Pada tahun 1960 nisbah pendapatan antara 20 peratus yang golongan teratas dan 20 peratus yang golongan terbawah dalam dunia ialah 1:30. Kemudian pada tahun 1994 nisbah ini semakin melebar kepada 1:78. Bukan sekadar permasalahan kemiskinan dan jurang perbezaan kaya-miskin, tetapi juga pemusatan kuasa di Barat terutama di Amerika Syarikat telah mencipta satu cengkaman ekonomi global yang menjadikanperdagangan senjata dan dadah lebih menguntungkan daripada perdagangan komoditidan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada manusia. Malah lebih parah lagi apabila dalam ekonomi global hari ini, spekulasi mata wang dan kewujudan suasana perjudian telah berleluasa di seluruh dunia yang secara tepat dinamakan sebagai `kapitalisme kasino'. Melihat kepada situasi tersebut, bagaimana boleh wujud kesaksamaan dalam konteks ekonomi di dunia hari ini. Sesungguhnya ekonomi global yang dipupuk dan ditaja oleh dunia Barat tidak mungkin dilestarikan. Banyak tempat di merata pelosok dunia ini telah mengalami kepupusan sumber semula jadi dan pencemar

    an persekitaran yang teruk. Demikian juga keadaannya bila sesebuah masyarakat begitu didesak oleh tekanan pertumbuhan ekonomi yang menggila, tekanan sosial danpsikologi turut bertambah-tambah justeru memberi kesan yang buruk kepada institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. Sama ada disedari atau tidak keadaan yang seperti ini sudah pun berlaku dalam masyarakat Islam dan Asia di tempat-tempat tertentu.

    11

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    12/25

    Sekiranya kita melihat kesan pengaruh Barat ke atas sistem pemerintahan dan politik, meskipun semangat demokrasi tersebar, sistem politik global di dominasikanoleh Barat. Pada hari ini kuasa Baratlah sebenarnya yang tidak demokratik dengan membelakangkan kehendak masyarakat dunia melalui kuasa veto yang diberikan pada lima negara kuasa besar. Kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat boleh mencabuli undang-undang antarabangsa tanpa sebarang pembalasan (impunity). Contoh yang begitu ketara ialah siri-siri pengeboman ke atas Iraq. Majoriti manusiatiada lagi suara untuk menentukan nasib masa depan mereka sendiri. Dari satu sudut budaya dan tamadun bukan Barat bahkan bukan Amerika Syarikat, sebenarnya tidak banyak peranan besar pada tahap global. Budaya dan tamadun lain sememangnya begitu takut kepada kuasa penyamarataan (homogenising) yang dimiliki oleh budaya Amerika Syarikat yang sangat dominan. Oleh sebab itu, perjuangan untuk menjaga dan meneruskan kepelbagaian budaya dan tamadun merupakan satu tema perjuangan yang harmonis dengan agama Islam dan agama-agama Asia yang lain. Tema ini akan menjadi cabaran yang terpenting pada masyarakat Islam dan Asia dalam abad ke-21 akandatang. Dari sudut yang lain, kita juga harus akur bahawa tamadun dan kuasa Barat bukanlah sinonim dengan Amerika Syarikat dan Britain. Ini jelas terbukti dengan adanya tentangan daripada Jerman dan Perancis terhadap penaklukan Iraq oleh Amerika dan Britain. Namun demikian Jerman dan PerancisÐdan juga RusiaÐjuga akhirnya akur kepada kehendak Amerika Syarikat di dalam isu berkaitan dengan program nuklear Iran pada tahun 2005 ini. Walaupun Barat tidak semestinya bersatu, sebagaimana juga dunia Islam tidak bersatu dan tidak bersifat monolitik, namun pada umumnya terdapat jurang di antara dunia Barat dan Timur, yang sebahagian darinya disebabkan oleh faktor budaya dan ketamadunan. 6.2.6 Teori Pertembungan Tamadun Hunti

    ngton Pada tahun 1989, menjelang berakhirnya era perang dingin seorang penulis Amerika, Francis Fukiyama telah mengemukakan teori `The End of History' yang menyatakan bahawa dunia akan menjadi homogen dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme. Teori Fukiyama ini hampir menjadi kenyataan bilamana kuasakuasa besar blok Timur sendiri dilihat mula menerima pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat dalam menentukan halatuju sosial, ekonomi dan politik masing-masing. Negara Rusia dan

    12

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    13/25

    China yang dilihat sebagai simbol blok Timur sebelum ini sudah mula membuka pintu kepada dunia luar dan memberi lebih kebebasan kepada kegiatan sosial, ekonomidan politik. Bagaimanapun telahan ini kelihatan pudar apabila seorang Profesor sains politik di Uniersiti Harvard, Samuel P. Huntington mengemukakan teori `The Clash of Civilizations' (Pertembungan Tamadun). Dalam makalahnya yang diterbitkan oleh jurnal Foreign Affairs tahun 1993 bertajuk ªThe Clash of Civilizations?º, Huntington telah menjangkakan akan berlaku pertembungan antara Tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan politik sejagat. Huntington kemudiannyamemperkembangkan makalah ini untuk dijadikan sebuah buku dengan judul ªThe Clash of Civilizations and the Remaking of World Orderº yang diterbitkan pada tahun 1996. Buku ini telah menghuraikan dengan lebih mendalam tesisnya tentang pertembungan tamadun bagi tujuan menjawab isu-isu yang telah ditimbulkan oleh para pengkritik makalah asalnya. Teori Pertembungan Tamadun yang dikemukakan oleh Huntington telah mengundang pelbagai reaksi baik di kalangan masyarakat Islam mahu pun di kalangan masyarakat Barat sendiri. Secara umum teori Huntington tersebut boleh didasarkan kepada tiga andaian utama: a. Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi ideologi, politik dan ekonomitetapi budaya.b. Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah

    disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun.c. Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarn

    ya

    berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun. Menurut Huntington dalam dunia yang berpelbagai tamadun (multiple civilizations), ianya seperti tidak boleh dielakkan lagi. Tamadun Barat akan bertembung dengan tamadun-tamadunlain terutama tamadun Islam. Malah beliau menyatakan antara petanda awal pertembungan tersebut ialah peristiwa Peperangan Teluk pada tahun 1990. Teori Huntington ini dilihat sebagai satu ramalan besar yang harus diberi perhatian oleh semuapihak, di samping tidak kurangnya mereka yang mengkritik pandangan beliau. Para13

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    14/25

    intelektual telah mengkritik pandangan Huntington daripada persoalan konsep seperti takrif tamadun sehinggalah kepada isu-isu yang dibangkitkan seperti perang di Bosnia-Herzegovina. Bagaimanapun, teori Huntington ini sangat penting dari segi mencambahkan disiplin ilmu pengajian tamadun dan sains politik. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadun sehinggalah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Tamadun seperti yang dicadangkan oleh Presiden Iran ketika itu, iaitu Mohammad Khatami. Meskipun pelbagai kritikan akademik telah dikemukakan untuk menyanggah teoripertembungan tamadun sehingga pernah disebut bahawa teori Huntington ini telah runtuh, perkembangan yang mutakhir telah memperlihat situasi yang berlainan. Bagi sesetengah pihak mungkin situasi yang berlaku ini tidak boleh dikaitkan denganramalan akan berlakunya pertembungan tamadun seperti teori Huntington. Namun begitu, konflik antara dunia Barat dengan dunia Islam dengan pelancaran `Perang Terhadap Keganasan' oleh Amerika Syarikat dan sekutunya seolah-olah membenarkan teori Huntington. Yang pastinya, dunia Barat dan dunia Islam sedang bergolak sehingga kelihatan tiada titik penghujungnya. 6.2.7 Dampak Peristiwa 11 September Peristiwa 11 September 2001 selalu dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dan dunia Barat. Sebelum peristiwa 11 September, beberapa peristiwa serangan ke atas kepentingan Barat khususnya Amerika Syarikat telah berlaku. Pada tahun 1993, WorldTrade Center telah diserang oleh Ramzi Ahmed Yousef yang dikatakan seorang fundematalis Islam. Pada tahun 1996 pula, 19 tentera Amerika Syarikat telah terbunuhdan 300 lagi cedera dalam satu serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi. Kemudian pada tahun 1998, kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salaam dan Nairobi telah dibom menyebabkan 250 mati. Dan yang terakhir sebelum peristiwa 11 Septe

    mber, pada Oktober tahun 2000, Kapal USS Cole telah diserang di Yemen menyebabkan kematian 17 orang dan 38 yang lain cedera. Kesemua peristiwa di atas dikaitkan dengan pengganas Muslim sehingga menimbulkan kecurigaan yang mendalam terhadapmasyarakat Islam keseluruhannya. Perjuangan rakyat Palestine yang menuntut kemerdekaan di negara sendiri turut digolongkan sebagai rangkaian pengganas. Begitu juga perjuangan masyarakat Islam lain di Kashmir dan Chechnya turut

    14

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    15/25

    dilabelkan sebagai kumpulan pengganas. Malah golongan yang disebut sebagai fundamentalis Islam yang sederhana turut dicurigai pegangan mereka. Yang agak boleh diterima oleh dunia Barat ialah golongan Modernist Islam, justeru dorongan ke arah mewujudkan versi Islam yang seperti ini perlu diperluaskan. Kecurigaan dunia Barat ini sudah pasti memuncak selepas peristiwa serangan 11 September 2001. Beberapa operasi ketenteraan yang di ketuai oleh Amerika Syarikat di Afghanistan, Asia Tenggara dan yang terakhir di Iraq dilihat sebagai satu pencabulan ke atas dunia mereka oleh sebahagian besar masyarakat Islam. Sekatan demi sekatan telah dikenakan ke atas masyarakat Islam termasuklah sekatan dari segi penyebaran sainsdan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Masyarakat Islam dari kalangan negara-negara Arab khususnya hampir ditutup peluang untuk meneruskan pengajian S&T mereka di peringkat tinggi di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Negara-negara yang sebelumnya dilihat tiada masalah dengan dunia Islam seperti Jepun turut mula memikirkan semula dasar luar mereka berkaitan dengan dunia Islam. Pada umumnya, peristiwa September 11 telah meninggalkan dampak yang besar ke atas hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam, khususnya ke atas peta politik Asia Barat. Hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam menjadi semakin keruh dan tidak menentu. Banyak pihak di dunia Islam menaruh kecurigaan terhadap tindak tanduk masa depan Amerika Syarikat di rantau Asia Barat. Perubahan besar yang berlaku di Iraq sebagai akibat daripada pelanggaran Amerika Syarikat akan pastinya merubah peta politik dan agama negara itu dan jiran-jirannya. Bukan sahaja Asia Barat yang menerima padah buruk daripada pencerobohan Amerika Syarikat. Amerika sendiri telah ditimpa krisis ekonomi yang semakin meruncing dengan terpaksa menanggung perbelanjaan perang yang begitu tinggi

    . Bagaimana pun, sebagai akibat September 11 juga, dialog antara golongan Islamminoriti dan golongan bukan Islam majoriti semakin meningkat. Menerusi dialog-dialog ini dan juga menerusi bacaan mereka sendiri tentang agama Islam semakin ramai rakyat Amerika yang mendakwa bahawa mereka kini lebih memahami tentang ajaran Islam. Menurut sesetengah pihak, masyarakat Islam di Amerika boleh menyumbang ke arah mewujudkan kesefahaman yang lebih baik antara Amerika Syarikat dan duniaIslam di masa depan.

    15

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    16/25

    6.3

    Dialog Peradaban Sebagai Mekanisme Menyahut Cabaran Tamadun kontemporari dunia telah mewarisi tradisi, persoalan dan permasalahan yang

    timbul melalui sejarah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai kepincangan, ketidakadilan dan penindasan di dalam hubungan di antara tamadun di dunia hari ini. Selain itu wujud juga salah faham, jurang komunikasi dan prejudis di dalam hubungan antara tamadun. Ini amat jelas dan ketara di dalam hubungan antara dunia Barat dan dunia Islam masakini, di peringkat antarabangsa. Di peringkat dalam negeri, walaupun hubungan antara kaum yang berdasarkan pelbagai tamadun seperti tamadun Melayu, Islam, India dan Cina, adalah agak baik, namun masih wujud rasa curiga di kalangan setengah pihak berdasarkan perbezaan-perbezaan antara mereka. Dengan kata lain, usaha ke arah menjalin persefahaman antara kaum dikalangan rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai tamadun, tidak boleh diabaikan dan mesti terus dipupuk untuk memastikan supaya hubungan harmonis di kalanganrakyat Malaysia akan terus terjalin. Di peringkat antarabangsa, permasalahan yang diwarisi di dalam perhubungan antara tamadun perlu ditangani bukan dengan secara keganasan atau konfrontasi, tetapi menerusi dailog. Maka di sinilah dailog peradaban mempunyai peranan di dalam hubungan manusia dan hubungan antarabangsa masakini. Malahan PBB telah menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dailog antara tamadun dunia. Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas golongan yang lebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi, kewangan, teknologi, ketenteraan dan politik akan menjadi cabaran terpent

    ing yang bakal dihadapi oleh manusia dalam abad ke-21 nanti. Bagi memahami sifat dominasi ini dan akibatnya ke atas tamadun manusia merupakan satu masalah yangbesar kerana dominasi sedemikian telah dianggap sebagai biasa atau normal. Disebabkan hakikat tersebut, sepanjang perjuangan menentang dominasi ini, kita terpaksa menekankan persoalan keadilan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tangan minoriti merupakan ketidakadilan yang sangat nyata. Ketidakadilan seperti ini merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia di mana-mana. Kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya dan bukannya kepentingan sesuatu tamadun seharusnyamenjadi tema perjuangan masa dalam menghadapi dominasi kumpulan

    16

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    17/25

    teratas (elit). Kesan buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga ke peringkat global. Dengan pembesaran jumlah dan jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulan elit dalam sesebuah negara, telah mendorong mereka menyalahgunakan sumber kekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut sepatutnya digunakan untuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar telah berlaku sama ada di India mahupun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat. Seperti juga manipulasi pasaran kewangan oleh para spekulator mata wang akan merosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, samalah juga dengan negara membangun di Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghomogenan (homogenesation) budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman sama ada kepada budaya Perancis yang menjadiciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki yang menjadi ciri penting tamadun Islam. Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang berpunca daripada kesan dominasi akan menjejaskan manusia di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, seluruh masyarakat manusia mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina kesedaran dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir manusia tertentu. Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialah melalui sesi-sesi dialog di semua tempat. Dalam sesi dialog tersebut, manusia mesti sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun masing-masing mengandungi nilai dan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruah dan kebebasan manusia. Kesemua nilai dan pandangan semesta tersebut begitu bertentangan dengantindakan dominasi. Melalui sesi dialog di kalangan manusia di mana-mana sahaja,masyarakat Islam, masyarakat Asia dan lain-lain dapat membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusia terutama kuasa Barat d

    an bonekanya. Sesi dialog antara manusia dalam pelbagai budaya dan tamadun jugabanyak membawa manfaat yang lain. Hari ini seluruh manusia menghadapi pelbagai masalah yang besar seperti pencemaran alam sekitar, pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, penyalahgunaan dadah dan kedurjanaan penyakit AIDS. Kesemua kemelut ini memerlukan

    17

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    18/25

    jawapan dan penyelesaian daripada manusia. Kemelut ini telah melanda seluruh dunia tidak terkecuali kepada masyarakat yang berada di dunia Islam dan Asia. Sesungguhnya kebanjiran masalah yang dihadapi oleh manusia masa kini merupakan kesandaripada krisis nilai. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar semula jadi yang tidak lagi diutamakan telah membawa kepada krisis alam sekitar. Kasih sayang dan hormatmenghormati yang sudah hilang kekuatan moralnya dan sentiasa tercabar dalam rumah tangga moden telah melunturkan ketahanan hubungan kekeluargaan. Nilaietika yang telah diketepikan dalam ekonomi hari ini telah melahirkan `kapitalismekasino' yang merebak secara global. Bila persoalan memberi perkhidmatan tidak lagi menjadi tanggungjawab utama politik, maka kesempatan berkuasa dilihat sebagai satu peluang terbuka untuk memperolehi kekayaan dan kepentingan diri. Disebabkanperasaan rendah diri dan pengorbanan telah dipencilkan dalam kehidupan peribadidan masyarakat, maka sifat tamak dan takbur (ego) menjadi semakin dominan dalammasyarakat. Tamadun Islam dan tamadun Asia sentiasa menekankan penolakan terhadap sifat tamak dan kepentingan diri. Dalam sistem falsafah tamadun-tamadun ini, nilai-nilai sejagat, kerohanian dan moral sentiasa diutamakan. Persoalan etika tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Setiap bidang dalam masyarakat menurutpendirian Islam dan tamadun-tamadun berasaskan agama yang lain mesti diasaskan di atas nilai-nilai moral. Ke arah melahirkan nilai moral dalam masyarakat kita yang berbilang agama, etnik dan kebudayaan mesti diadakan sesi dialog yang berterusan di kalangan kita semua. Tanpanya kita tidak mungkin dapat membentuk benteng moral yang kukuh. Bila manusia menyedari nilai-nilai yang mereka kongsi bersama dalam pemerintahan dan politik, ekonomi dan pengurusan sumber, keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi, maka ikatan dan perasaan

     saling hormat-menghormati, mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dan membesar dalam masyarakat yang pelbagai etnik, budaya dan agama. 6.4 Pemupukan Nilai-Nilai Sepunya Menerusi Dialog Tamadun Demi untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilaisejagat yang dikongsi bersama dalam tamadun Islam dan tamadun Asia, maka hendaklah diadakan sesi dialog dalam semua peringkat masyarakat. Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah boleh memainkan

    18

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    19/25

    peranan yang penting. Pengajian mengenai tamadun Islam dan tamadun Asia mesti dimasukkan dalam kurikulum di peringkat sekolah lagi. Pertubuhan agama dan budayahendaklah menjadikan sesi dialog sebagai agenda utama dalam kegiatan-kegiatan mereka. Sesi dialog juga mesti menjadi perkara utama dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Akhbar dan majalah popular pula mesti memperkenalkan ruang-ruang yang ditumpukan kepada dialog peradaban. Program di radio dan televisyen yang membicarakan tema itu sudah pasti akan meningkatkan lagi usaha ini. Namun begitu, sesi-sesi dialog demikian melalui media massa dan sistem pendidikan tidak akan berjaya tanpa disertai oleh dialog tentang kehidupan sebenar. Manusia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama mesti digalakkan untuk bergaul, berkenalan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dan kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain. Menghidupkan situasi seperti inilah sebenar-benarnya dialog, iaitu dialog dalam kehidupan. Tanpa dialog seumpama ini, usaha dialog tamadun pada tahap akal dan minda sahaja, tidak membawa sebarang kesan bermakna. Seharusnya diakui dialog tamadun pada tahap mana sekalipun akan menempuhi halangan yang kuat. Dalam sebarang masyarakat tentunya terdapat elemen yang menganggap dialog tamadun sebagai ancaman terhadap kepentingan mereka. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yang berpandangan sempit, penuh kebencian dan permusuhan terhadap budaya dan agama lain serta menebal kejahilannya terhadap manusia selain daripada mereka. Golongan seperti ini tidak akan menerima dengan senang hati terhadap dialog tamadun. Terdapat juga golongan yang melihat dialog tamadun sebagai kegiatan terawang (esoterik) semata-mata. Bagi mereka ada lagi kegiatan penting dan pragmatik yang perlu untuk diberi keutamaan. Biar apapun bangkangan terhadap dialog tamadun, haruslah disedari bahawa tidak akan wujud satu masa yang

    paling baik dalam sejarah untuk memperkenalkan dialog peradaban. Pada hari ini,kebangkitan gerakan agama mula bertapak di dunia Islam dan juga beberapa tempatdi Asia yang lain. Dengan lain pengertian, kebangkitan gerakan keagamaan menjadi satu fenomena global. Lambang dan simbol agama, upacara dan peristiwa serta nilai dan prinsip yang ditunjangi oleh agama semakin diterima oleh masyarakat yangbeberapa dekad terdahulu tidak menerimanya. Kebangkitan agama memberi peluang kepada kita untuk memulakan dan

    19

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    20/25

    mengembangkan dialog tamadun. Hujahnya sangat jelas, berdasarkan sejarah tamadun-tamadun tradisional, tamadun Islam dan tamadun Asia yang lain begitu berkait rapat dengan agama masing-masing. Pelbagai agama dan tamadun tidak boleh tidak mesti menjalankan dialog apatah lagi dalam zaman teknologi komunikasi yang telah berupaya untuk mendekatkan manusia daripada merata pelosok dunia, iaitu satu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum daripada ini. Kini penghuni dunia pada penghujung abad ke-20 ini lebih sedar akan kewujudan penghuni yang lain, iaitu masyarakat manusia daripada pelbagai agama dan tamadun berbanding dengan masyarakat manusia sebelum ini. Sekiranya kita tidak berusaha berdialog dan mengenali antara satu sama lain dalam suasana kita disemukakan sebegini, maka kejahilan kita bersama akan berubah kepada saling membenci antara satu sama lain. Fenomena ini boleh membawa kepada ketegangan dan konflik yang besar. Melihat kepada perkara-perkara diterangkan atas, kita mesti membuat pendirian untuk berdialog antara satu sama lain. Pilihan yang diberikan begitu mudah, sama ada kita memilih untuk berdialog dan seterusnya hidup bersama secara aman atau kita memilih untuk berkonflik dan bertelingkah untuk selama-lamanya. 6.5 Isu-Isu Yang Perlu Ditangani Dalam Dialog Tamadun Dialog tamadun boleh memainkan peranan yang penting di dalam hubungan domestik dan antarabangsa pada masakini. Ini adalah kerana sebahagian dari permasalahan yang wujud pada hari ini, yang telah menimbulkan keganasan dan ketidakadilan, adalah berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibat untuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja rundingan yang berasaskan dialog, termasuk dialog tamadun. Dailog tamadun mampu mengurangkan ketegangan yang wujud di dalam hubungan manusia, melalui kesefahaman yang dipupuk mengenai pemikiran dan cara kehidupan masing-masing. Memang diakui bahawa bukan semua masalah ber

    punca daripada kejahilan tentang tamadun, justeru penyelesaiannya tidak mungkintercapai melalui dialog tamadun. Ada masalah yang berpunca daripada perebutan kuasa politik atau ekonomi mithalnya. Malahan konflik antara dunia Islam dan Barat, lebih tepat dilihat sebagai konflik di antara Amerika dan sekutunya Britain, dengan golongan Islam radikal, yang 20

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    21/25

    juga melibatkan kepentingan ekonomi seperti penguasaan telaga minyak di Teluk Parsi. Namun demikian tidak dapat dinafikan juga bahawa unsur-unsur kejahilan tamadun wujud di kalangan pihak terbabit hingga keganasan yang tercetus sering dilihat sebagai permusuhan tamadun. Misalnya layanan buruk terhadap orang-orang Islam yang bermastautin di negara-negara Barat di satu pihak, dan pengeboman hotel dan tempat pelancongan yang dikunjungi oleh orang Barat, di pihak yang lain. Untuk mewujudkan kesefahaman mengenai pelbagai tamadun yang boleh membawa kepada keamanan yang berkekalan, maka mestilah wujud kesediaan di kalangan pihak-pihak yang terlibat, untuk cuba memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain. Usahausaha sedemikian boleh dilakukan di peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa, melalui pendidikan, majlis forum, program pertukaran dan lain-lain. Di peringkat Kebangsaan, iaitu dalam negeri atau dialog yang bersifat intra-civilisational, perlulah diwujudkan persefahaman mengenai tamadun Islam, Melayu, Cina, India, dan kaum Peribumi yang lain, supaya wujud toleransi di antara kaum-kaum di negara ini yang budaya mereka berlatarbelakangkan tamadun-tamadun tersebut. Kepercayaan agama dan kehidupan beragama, yang menjadi teras budaya kaum-kaum tersebut,perlulah difahami bersama, agar mereka dapat menerima perbezaan tersebut, tanpamenimbulkan konflik. Di samping itu, nilainilai sejagat yang murni yang dikongsi bersama oleh agama-agama tersebut, perlulah diketengahkan, supaya di dalam kepelbagaian tersebut, dapat juga dilihat unsur-unsur persamaannya. Mithalnya sifatkesabaran, keikhlasan dan kejujuran, serta saling menghormati sesama manusia, adalah dianjurkan oleh kesemua agama besar di dunia ini. Tidak ada agama yang menanamkan sifat benci di antara manusia di dunia ini. Sekiranya terdapat perbezaanpada zahirnya, sama ada dari segi kepercayaan atau pun amalan, maka ini juga per

    lu dijelaskan supaya pihak lain dapat melihat kerasionalan di sebalik perbezaantersebut. Dengan secara demikian, maka prasangka dan fikiran negatif mengenai kepercayaan dan amalan golongan lain, dapat dikurangkan. Satu contoh yang baik ialah Hari Perayaan setiap kaum di negara ini, seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina,dan Deepavali, di mana

    21

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    22/25

    kepercayaan dan amalan masing-masing perlulah dijelaskan supaya konsep dan amalan rumah terbuka akan menjadi lebih bermakna lagi.6.6 Dialog Tamadun: Dimensi Dalaman dan Dimensi Luaran

    6.6.1 Dialog Dalaman: Dialog Antara Tamadun di Malaysia · · · · Persefahaman kaum yang erasaskan nilai-nilai budaya dan tamadun sepunya Peranan Rukunegara sebagai asas pembagunan tamadun baru Malaysia Islam Hadhari dan Penjelasannya kepada orang Islam dan Bukan Islam Menjelaskan kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun di dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia 6.6.2 Dialog Luaran: Dialog Antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam dan Asia · · · · · Isu nilai-nilai sepunya Dunia Ba perlu mengiktiraf dan menghormati konsep dunia berbilang tamadun Isu saling kebergantungan dalam pembangunan ketamadunan Memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun Barat dan tamadun Islam Memahami isu keganasan dan terrorisme bukan sahaja dari perspektif Barat tetapi juga dari perspektif masyarakat Islam dan masyarakat Asia 6.7 Kesimpulan Zaman yang kita diami pada hari ini adalah merupakansatu zaman yang cukup mencabar dan salah satu sebab terpenting ialah cabaran yang timbul hasil daripada pertembungan tamadun yang dibawa oleh proses globalisasi. Cabaran ini tidak boleh dihadapi dengan berdiam diri atau berpeluk tubuh, kerana itu akan memburukkan keadaan serta membawa kerugian kepada mereka yang kecil, lemah dan mudah tertindas. Untuk menghadapi cabaran ini, kita perlu proaktif di dalam mengenengahkan wacana kita sendiri mengenai dialog tamadun dengan harapan akan wujud titik pertemuan di antara pelbagai pihak dan tamadun, yang berbeza dan justeru berpotensi bertelagah. Bagi masyarakat Malaysia, cabaran dialog tamadun harus dihadapi di dua peringkat;

    22

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    23/25

    iaitu dalaman dan luaran. Dialog dalaman harus menumpukan perhatian kepada hubungan antara kaum yang didasari oleh tamadun, agama dan budaya yang berlainan di dalam negara-bangsa yang satu, iaitu Malaysia. Di peringkat luaran pula, kita harus berdepan dengan hubungan antara dunia Barat dan dunia Islam, yang kadangkalategang. Menangani isu-isu yang berkaitan dengan dialog tamadun bukan satu perkara yang mudah kerana ia melibatkan asas kehidupan dan pandangan alam yang berlainan. Namun kita tidak harus membiarkan perbezaan dan kepelbagaian menjadi faktorbagi pertelingkahan dan peperangan. Kita perlu menghadapi situasi sedemikian dengan penuh hikmah dan dialog tamadun adalah satu cara yang berhikmah untuk menghadapi cabaran tersebut.

    23

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    24/25

    Rujukan

    Bakar, Osman. 1997. Islam and Civilizational Dialogue: The Quest for a Truly Universal Civilization. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Bakar, Osman. `Theimpact of the American war on terror on Malaysian Islam.' Journal of Islam and Christian-Muslim Relations, vol. 16, no. 2 (April 2005), pp. 107-128 Brecher, Jeremy, et. Al. (eds.). 1993. Global Visions. Boston: South End Press. Camilleri Joseph A. dan Chandra Muzaffar, (eds.). 1998 Globalisation: The Perspectives and Experiences of the Religious Tradition of Asia Pasific. Petaling Jaya: JUST Chandra Muzaffar, 1993. Human Right and the New World Order. Pulau Pinang: JUST Childers, Erskine (ed.) 1994. Challenges to United Nations. London: St. Martin's Press Huntington, Samuel. 1996. The Clash of Civilisations and the Remarking of World Orde. New York: Simon and Schuster. Korten, David, 1995. When Corporations Rule the World. Connecticut: Kumarian Press. Ness, Peter Van (ed.), 1999. Debating Human Rights. London: Routledge

    24

  • 8/20/2019 54071048 Bab 6 Dialog Tamadun Dan Isu Isu Semasa

    25/25