41298388 Konsep Harta Dan Pemilikan Harta

Embed Size (px)

Citation preview

Konsep Harta dan Pemilikan HartaPENGERTIAN HARTA Istilah HARTA, atau al-mal dalam al-Quran mahupun Sunnah tidak dibatasi dalam ruang lingkup makna tertentu, sehingga pengertian al-Mal sangat luas dan selalu berkembang. Kriteria harta menurut para ahli fiqh terdiri atas : pertama,memiliki unsur nilai ekonomi. Kedua, unsur manfaat atau jasa yang diperoleh dari suatu barang. Nilai ekonomi dan manfaat yang menjadi kriteria harta ditentukan berdasarkan urf (kebiasaan/ adat) yang berlaku di tengah masyarakat.As-Suyuti berpendapat bahawa istilah Mal hanya untuk barang yang memiliki nilai ekonomi, dapat diperjualbelikan, dan dikenakan ganti rugi bagi yang merosak atau melenyapkannya. Dengan demikian tempat bergantung status al-mal terletak pada nilai ekonomi (alqimah) suatu barang berdasarkan urf. Besar kecilnya al-qimah dalam harta tergantung pada besar kecilnya manfaat suatu barang. Faktor manfaat menjadi penting dalam menetapkan nilai ekonomi suatu barang. Maka manfaat suatu barang menjadi tujuan dari semua jenis harta.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI HARTA Pandangan Islam mengenai harta dapat diuraikan sebagai berikut: Pertama, Pemiliki Mutlak terhadap segala sesuatu yang ada di muka bumi ini adalah ALLAH SWT. Kepemilikan oleh manusia bersifat relatif, sebatas untuk melaksanakan amanah mengelola dan memanfaatkan sesuai dengan ketentuanNya (QS al_Hadiid: 7). Dalam sebuah Hadits riwayat Abu Daud, Rasulullah bersabda: Seseorang pada Hari Akhir nanti pasti akan ditanya tentang empat hal: usianya untuk apa dihabiskan, jasmaninya untuk apa dipergunakan, hartanya darimana didapatkan dan untuk apa dipergunakan, serta ilmunya untuk apa dipergunakan. Kedua, status harta yang dimiliki manusia adalah sebagai berikut : harta sebagai amanah dari Allah SWT. Manusia hanyalah pemegang amanah kerana memang tidak mampu mengadakan benda dari tiada. Harta sebagai perhiasan hidup yang memungkinkan manusia dapat menikmatinya dengan baik dan tidak berlebih-lebihan ( Al Imran: 14). Sebagai perhiasan hidup harta sering menyebabkan keangkuhan, kesombongan serta kebanggaan diri.(Al-Alaq: 6-7).

3. Harta sebgai ujian keimanan. Hal ini menyangkut soal cara mendapatkan dan memanfaatkannya, apakah sesuai dengan ajaran Islam atau tidak (alAnfal: 28) 4. harta sebagai bekal ibadah, yakni untuk melaksanakan perintahNya dan melaksanakan muamalah antara sesama manusia, melalui zakat, infak, dan sedekah.(at-Taubah :41,60; Al Imran:133-134).

Ketiga, Pemilikan harta dapat dilakukan melalui usaha (amal) atau mata pencaharian (Maisyah) yang halal dan sesuai dengan aturanNya. (alBaqarah:267) Sesungguhnya Allah mencintai hambaNya yang bekerja. Barangsiapa yang bekerja keras mencari nafkah yang halal untk keluarganya maka sama dengan mujahid di jalan Allah (HR Ahmad). Mencari rezki yang halal adalah wajib setelah kewajiban yang lain(HR Thabrani) jika telah melakukan solat subuh janganlah kalian tidur, maka kalian tidak akan sempat mencari rezeki (HR Thabrani).

Keempat, dilarang mencari harta , berusaha atau bekerja yang melupakan mati (at-Takatsur:1-2), melupakan Zikrullah/mengingat ALLAH (al-Munafiqun:9), melupakan sholat dan zakat (an-Nuur: 37), dan memusatkan kekayaan hanya pada sekelompok orang kaya saja (al-Hasyr: 7) Kelima: dilarang menempuh usaha yang haram, seperti melalui kegiatan riba (alBaqarah: 273-281), perjudian, jual beli barang yang haram (al-maidah :90-91), mencuri merompak (al-Maidah :38), curang dalam takaran dan timbangan (alMuthaffifin: 1-6), melalui cara-cara yang batil dan merugikan (al-Baqarah:188), dan melalui suap menyuap (HR Imam Ahmad).

KEPEMILIKAN HARTA Di atas telah dinyatakan bahawa Pemilik Mutlak harta adalah Allah SWT. Penisbahan kepemilikan kepada Allah mengandung tujuan sebagai jaminan emosional agar harta diarahkan untuk kepentingan manusia yang selaras dengan tujuan penciptaan harta itu sendiri. Namun demikian, Islam mengakui kepemilikan individu, dengan satu konsep khusus, iaitu konsep khilafah. Bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi yang diberi kekuasaan dalam mengelola dan memanfaatkan segala isi bumi dengan syarat sesuai dengan segala aturan dari Pencipta harta itu sendiri. Harta dinyatakan sebagai milik manusia, sebagai hasil usahanya. Al-Quran menggunakan istilah al-milku dan al-kasbu (QS 111:2) untuk menunjukkan kepemilikan individu ini. Dengan pengakuan hak milik perseorangan ini, Islam juga menjamin keselamatan harta dan perlindungan harta secara hukum. Islam juga mengakui kepemilikan bersama (syrkah) dan kepemilikan negara. Kepemilikan Bersama : Diakui pada bentuk-bentuk kerjasama antara manusia yang bermanfaat bagi kedua belah pihak dan atas kerelaan bersama. Kepemilikan Negara : Diakui pada asset-asset penting (terutama Sumber Daya Alam) yang pengelolaannya atau pemanfaatannya dapat mempengaruhi kehidupan bangsa secara keseluruhan.

http://zaifbio.wordpress.com

ZAKAT"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103) "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)

PENGERTIAN ZAKATDARI SEGI BAHASA Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG" Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. DARI SEGI SYARAK Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah: Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. Membersihkan diri pembayar zakat. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat. Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:

ISLAM Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja. MERDEKA Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib. SEMPURNA MILIK Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat. HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat. CUKUP NISAB Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak. CUKUP HAUL Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan. Ada 2 jenis zakat iaitu: Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. [lagi..] Zakat Harta Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut: Zakat Pendapatan Zakat Perniagaan Zakat Binatang Ternakan Zakat Pertanian Zakat Wang Simpanan Zakat Emas dan Perak Zakat Saham Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *

*** Ma'adin Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut. Kunuz Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun). Rikaz Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia

tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah: ASNAF FAKIR Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain. ASNAF MISKIN Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya. ASNAF AMIL Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat. ASNAF MUALLAF Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam. ASNAF RIQAB Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya. ASNAF GHARIMIN Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan: Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya. Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak. Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan. ASNAF FISABILILLAH Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam. ASNAF IBNI SABIL Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat: Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya. Pengembaraan diharuskan oleh syarak. PENGERTIAN ZAKAT FITRAH Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah: Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said alKhudry bermaksud: "...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim

KADAR FITRAH Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5: WAKTU WAJIB Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. WAKTU YANG PALING AFDHAL Sebelum sembahyang Hari Raya WAKTU SUNAT Sepanjang bulan Ramadhan WAKTU MAKRUH Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal WAKTU HARAM Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya. ZAKAT PENDAPATAN TAKRIF PENDAPATAN (AL-MUSTAFAD) Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali. DALIL WAJIB ZAKAT Firman Allah s.w.t: "Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Surah al-Baqarah (ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat. Sabda Rasulullah s.a.w: "Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tunaikanlah zakat harta kamu". (Riwayat at-Tirmizi) Kalimah 'am-wa-lakum' yang digunakan dalam hadis di atas memberi maksud umum merangkumi segala jenis harta.

JENIS-JENIS HARTA PENDAPATAN Ulama' mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada tiga jenis seperti berikut 1. Penggajian dan Upah Kerja Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian. Contoh : - Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya. Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.

2. Zakat Harta Kerja Bebas Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional. Contoh : - Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya. - Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim. - Komisyen dan residual income - pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya. - Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

3. Zakat Harta al-Mustaghallat Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh : - Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya. - Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya. - Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual

TOLAKAN ZAKAT DAN KEPERLUAN ASASI (HAD KIFAYAH) Fuhaqa' berittifaq (bersepakat) bahawa keperluan asasi yang sangat dihajari oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat. Dalil : Firman Allah s.w.t: "Dan mereka bertanya kepada kamu " apakah yang mereka akan belajakan (dermakan)? Katakanlah : Yang berlebih dari keperluan (kamu)." Surah al-Baqarah (ayat 219) Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Cukup seseorang itu berdosa apabila ia mengabaikan nafkah orang yang ditanggungnya". (sunan Abu Daud)

Keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had al-Kafayah adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perlindungan Makanan dan minuman Pakaian Perubahan Pendidikan Pengangkutan

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT Berikut adalah jadual taksiran zakat pendapatan mengikut Fatwa Zakat Pendapatan, Mac 2010 seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. JADUAL PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

BAHAGIAN A : Komponen Pendapatan A1 : Hasil Penggajian & Upah Gaji & Elaun & Bonus Ganjaran, Gatuiti dan Keuntungan ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja) Lain-lain A2 : Hasil Bebas & Professional Perkhidmatan Konsultansi Professional Komisyen dan Residual Income Royalti & Honorarium Hasil projek bermusim Hasil tunai sekali sekali seperti hasil pembiayaan semula aset atau jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain. A3 : Hasil al-Mustagallat Hasil sewaan Tanah / Bangunan / Kenderaan / Pengangkutan Hasil pertanian kekal seperti getah, kelapa sawit, durian dan sebagainya yang pokok dan tapaknya tidak dijual Lain-lain JUMLAH PENDAPATAN (A1 + A2 + A3)

RM

BAHAGIAN B : Komponen Kos Projek B1 : Kos Hasil Bebas & Profesional (Jika Berkenaan) Bayar upah pekerja Pembelian barang dan peralatan kerja Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain Lain-lain kos B2 : Kos Hasil al-Mustaghallat Penyelenggaraan & baik pulih aset tetap Kos penjagaan tapak ladang/ternakan Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain JUMLAH KOS HASIL BEBAS & PROFESIONAL DAN KOS HASIL al-MUSTAGHALLAT (B1 + B2)

RM

BAHAGIAN C : Tolakan Had Kifayah C1 : Had Kifayah Isi Rumah Diri Isteri Tanggungan tidak bekerja (18 tahun ke atas) Anak berumur 7-17 tahun Anak berumur 0-6 tahun C2 : Had Kifayah Tambahan (Jika Berkenaan) RM5,000/seorang RM2,900/seorang RM2,200/seorang RM1,500/seorang

RM

8,200

Tanggungan anak cacat Tanggungan pesakit kronik Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain JUMLAH TOLAKAN HAD KIFAYAH (C1 + C2)

RM2,400/seorang RM2,400/seorang

BAHAGIAN D : Tolakan lain Kategori Tolakan Lain Caruman KWSP (Jumlah kasar gaji x 11%) Caruman tahunan di institusi yang membayar zakat bagi ahli ataupun pemegang saham seperti : Lembaga Tabung Haji Koperasi/Institusi yang membayar zakat JUMLAH TOLAKAN LAIN

RM

BAHAGIAN E : Pendapatan Bersih yang Dizakatkan = Jumlah Bahagian A TOLAK (-) (Jumlah Bahagian B + Jumlah Bahagian C + Jumlah Bahagian D) Zakat Wajib Dibayar = Amaun Bahagian E x 2.5% *Amaun Bahagian E mestilah sekurang-kurangnya sama dengan nisab zakat.

RM

ZAKAT PERNIAGAAN Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

DALIL WAJIB ZAKAT Firman Allah s.w.t: "Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu." Surah al-Baqarah (ayat 267) Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN 1. Kaedah Model Berkembang "Growth Model" Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur denganKeuntungan. Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat 2. Kaedah Model Modal Kerja "Working Capital" Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan. Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

PELARASAN Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut: 1. Ditolak Daripada Aset Semasa. Semasa mengambil kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan: Barang-barang Tidak Wajib Zakat Hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba, judi dan arak. Bukan Milik Sempurna Bayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna. (Zakat hanya tunduk kepada penerima deposit yang berkenaan seperti Telekom, TNB). Si Penghutang Kewangan Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas pinjaman itu. Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua Kali Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan. Aset Semasa Mestilah Yang Produktif Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak. Tabung-tabung Yang Bersifat Kebajikan Tabung bagi tujuan kebajikan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat. Walaubagaimanapun, tabung kebajikan yang bersifat pusingan seperti pinjaman Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan zakat adalah nilai pokok yang dimanfaatkan manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat 'hangus' melalui pemberian derma, khairat maka hanya nilai baki tabung yang dikecualikan. Bagi Kategori Inventori / Stok Barangan akhir siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak diambil kira

1.1 Aset Semasa (Kes Pelarasan yang perlu dicampur) Semua sumbangan, derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (sukuan terakhir) perlu dicampurkan semula (dengan andai derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa kerana harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan masih dikenakan zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan. 2. Dicampur Kepada Tanggungan Semasa Menurut pendapat Imam Syafie - Tidak ada syarat hutang dalam menentukan samaada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat. Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk: Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors). Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon Cukai. Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut: Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu 'financial loans' dan pengkelasan semula pinjaman berjangka. Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable). 'Overdraf'. Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease). ZAKAT WANG SIMPANAN Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram)

DALIL WAJIB ZAKAT "Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."

Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan Simpanan Tetap Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut. Simpanan Biasa Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut. Simpanan Dalam Satu Akaun Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan. Simpanan Dalam Beberapa Akaun Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.

ZAKAT EMAS & PERAK Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

DALIL WAJIB ZAKAT Firman Allah s.w.t: "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu" (Surah At-Taubah: 34-35) Sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka". (Hadis riwayat Abu Hurairah)

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK Emas Perhiasan Wanita Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram Contoh: (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%) 900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125 Emas Yang Disimpan Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya. Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram Contoh: Timbangan emas x harga semasa x 2.5% 90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112 Perak Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih

Contoh: 800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18 ZAKAT SAHAM

DALIL WAJIB ZAKAT Dalil dan syarat wajib mengeluarkan zakat saham adalah sama seperti dalil dan syarat atas zakat wang simpanan. "Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."

KAEDAH KIRAAN ZAKAT SAHAM Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi. Panduan umum pengiraan zakat ialah 2.5% daripada nilai semua saham yang dimiliki selama setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada) dan sama atau melebihi nilai nisab seamsa JADUAL KIRAAN ZAKAT SAHAM

PERINCIAN PELABURAN DI PASARAN MODAL 1. Nilai di hujung haul untuk portfolio saham (atau sebarang jenis pelaburan di pasaran modal ; BSKL atau luar negara) 2. Untung bersih yang ditunaikan (atau kerugian tunai) sepanjang haul (jika ada) Nilai pelaburan wajib zakat ( No1 + No2 )

RM

Zakat Wajib Dibayar (Nilai pelaburan Wajib Zakat x 2.5%

*Nota : 1. Kaedah kiraan baru akan mengabaikan harga terendah sepanjang haul 2. Kos bayaran ansuran pinjaman yang dibayar dalam tahun taksiran akan ditolak dari nilai pelaburan pada hujung haul ZAKAT KWSP DALIL WAJIB ZAKAT

"Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu

mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukuphaulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."

KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa. KAEDAH KIRAAN ZAKAT KWSP Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP. Milik Sempurna Bersama pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika pencaruman mengeluarkan wang tersebut (samada ketika bersara atau membeli rumah). Kadarnya ialah 2.5%. Nilai zakat = Jumlah wang caruman yang dikeluarkan x 2.5% (Catatan : Pusat Zakat Selangor mengambil pandangan ini dalam pengiraan zakat atas KWSP) Milik Tidak Sempurna Mengikut pandangan ini, caruman pekerja (tidak termasuk caruman majikan) yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul. Ini bermakna zakat wajib dikeluarkan pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syarat walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung KWSP. Kadar zakatnya adalah 2.5%. FATWA ZAKAT KUMPULAN SIMPANAN PEKERJA (KWSP) FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47, Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu. Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT KWSP Zakat KWSP wajib dikeluarkan dengan kadar 2.5% apabila wang caruman dikeluarkan melalui pelbagai Skim Pengeluaran KWSP atau mengeluarkan sebagian daripada caruman tersebut. Antara Skim Pengeluaran yang disediakan oleh KWSP ialah : 1. Skim Pengeluaran Membina/Membeli Rumah 2. Skim Pengeluaran Mengurangkan/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan 3. Skim Pengeluaran Pendidikan 4. Skim Pengeluaran Kesihatan 5. Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB) 6. Skim Pengeluaran Persaraan Pilihan (SPP) 7. Skim Pengeluaran Mencapai Umur 50 Tahun 8. Skim Pengeluaran Mencapai Umur 55 Tahun 9. Skim Pengeluaran Hilang Upaya 10. Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara 11. Skim Pengeluaran Kematian

Contoh Pengiraan Zakat KWSP: Nisab Tahun 2008 : RM6 400.00

Encik Ali mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM10,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan. Jumlah zakat yang dikenakan : RM10,000 X 2.5% = RM250.00 ZAKAT PERTANIAN Zakat pertanian ialah satu zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya.Contohnya, bagi penduduk di Malaysia, makanan asasinya adalah nasi dan nasi dihasilkan daripada padi. Maka zakat pertanian yang sesuai dikeluarkan bagi negara Malaysia adalah zakat padi. DALIL ZAKAT PERTANIAN Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu...." (Surah Al-Baqarah:267) SYARAT WAJIB ZAKAT PERTANIAN 1. Islam 2. Sempurna milik 3. Merdeka 4. Cukup Nisab - * cukup sukatan iaitu 5 Ausuk bersamaan 363 gantang Malaysia) 5. Biji-bijian dan buah-buahan hendaklah ditanam oleh manusia * Hasil tanaman yang tidak asas seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan lainlain buah-buahan dikenakan zakat perniagaan jika diperniagakan KAEDAH MENGELUARKAN ZAKAT PERTANIAN Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dibayar zakatnya mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilannya. Secara ringkasnya, fatwa di negeri Selangor telah menetapkan jumlah zakat yang wajib dibayar untuk zakat pertanian adalah sebanyak 5% berbanding beberapa perbezaan yang perlu dibayar sebelum ini.Contohnya, zakat padi yang perlu dikeluarkan selepas musim menuai adalah sebanyak 5% bagi keseluruhan hasil tanaman. ZAKAT TERNAKAN Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta. DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)." (Riwayat Ibnu Majah) * Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih ** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN 1. Islam 2. Sempurna milik 3. Merdeka 4. Cukup Nisab (Genap setahun)

5. Binatang ternakan yang tidak digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah, menarik kereta dan sebagainya. KETERANGAN Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat." (Surah Al-Baqarah:267) SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU/KERBAU KADAR NISAB Bilangan (ekor) 30 - 39 40 - 49 60 - 69 70 - 79 80 - 89 90 - 99 100 - 109 110 - 119 120 ke atas KADAR ZAKAT Bilangan 1 ekor 1 ekor 2 ekor 1 ekor & 1 ekor 2 ekor 3 ekor 2 ekor & 1 ekor 2 ekor 3 ekor atau 4 ekor Jantina Jantan Betina Jantan Jantan & Betina Betina Jantan Jantan & Betina Jantan Betina @ Jantan Umur 1 tahun lebih* 2 tahun lebih** 1 tahun lebih* 1 tahun lebih & * 2 tahun lebih** 2 tahun lebih** 1 tahun lebih* 1 tahun lebih & * 2 tahun lebih** 1 tahun lebih* 2 tahun lebih & ** 1 tahun lebih*

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun. ** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemeliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat. SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI KADAR NISAB Bilangan (ekor) 40 - 120 KADAR ZAKAT Bilangan 1 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor kambing 2 ekor kambing biri-biri atau 2 ekor kambing 3 ekor kambing biri-biri atau 3 ekor kambing Jantina Jantan/Betina Jantan/Betina Jantan/Betina Jantan/Betina Jantan/Betina Jantan/Betina Jantan/Betina Jantan/Betina 2 tahun 1 tahun 2 tahun Umur 1 tahun 2 tahun 1 tahun

121 - 200

201 - 399

Penambahan seterusnya: 1 ekor kambing biri-biri atau Tiap-tiap 100 ekor 1 ekor kambing

Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya. Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina. Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

RUJUKAN: www.e-zakat.com.my