9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4 (KSSR) Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Modul : Kecergasan Standard Kandungan : 3.3 Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan kelenturan. Tarikh : 1 April 2014 (Selasa) Masa : 7.30 pagi 8.00 pagi (30 minit) Tahun/ Kelas : 4 Uranus Bil. Pelajar : 26 orang (16 lelaki, 10 perempuan) Standard Pembelajaran : 3.3.1 Melakukan pelbagai senaman regangan pada otot paha, bahu, tangan dan bahagian atas badan dengan lakuan yang betul. 4.3.1 Menamakan otot-otot yang terlibat semasa melakukan regangan. 5.3.2 Mengikhtiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya. Objektif : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : Psikomotor a. Melakukan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 aktiviti kelenturan seperti melentik, berjalan melalui gelung dan limbo-rock dengan teknik yang betul dan selamat. Kognitif a. Menyatakan secara lisan sekurang-kurangnya 2 jenis otot yang terlibat semasa aktiviti kelenturan.

4 Uranus Kelenturan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

RPH tajuk kelenturan

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4 (KSSR)

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniModul: KecergasanStandard Kandungan: 3.3 Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan kelenturan.Tarikh: 1 April 2014 (Selasa)Masa: 7.30 pagi 8.00 pagi (30 minit)Tahun/ Kelas: 4 UranusBil. Pelajar: 26 orang (16 lelaki, 10 perempuan)

Standard Pembelajaran : 3.3.1 Melakukan pelbagai senaman regangan pada otot paha, bahu, tangan dan bahagian atas badan dengan lakuan yang betul. 4.3.1 Menamakan otot-otot yang terlibat semasa melakukan regangan. 5.3.2 Mengikhtiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya.

Objektif: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

Psikomotora. Melakukan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 aktiviti kelenturan seperti melentik, berjalan melalui gelung dan limbo-rock dengan teknik yang betul dan selamat.

Kognitifa. Menyatakan secara lisan sekurang-kurangnya 2 jenis otot yang terlibat semasa aktiviti kelenturan.

Afektifa. Memberikan sokongan dengan menyebut nama rakan dalam kumpulan ketika melakukan aktiviti gelung pengimbas.Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah didedahkan dengan aktiviti berunsurkan kelenturan pada setiap P&P semasa melakukan regangan.

Bahan Bantu Mengajar:Bil.Alatan/ BahanSpesifikasiKuantiti

1. Kad hurufHuruf K, Y dan X3 keping

2. Kon kecil-4

3. Puding jeli-2 biji

4. Gelung Rotan26

Elemen Merentas kurikulum: Kreativiti dan inovasi.Penerapan Nilai: Menerima cabaran, bertolak ansur, keyakinan diri dan bekerjasama.Kesepaduan: Bahasa Melayu (komunikasi dan membentuk huruf), Matematik (mengira semasa meregang), dan Sains (meniru pergerakan pengangkutan dan mengetahui nama otot yang terlibat)Penggabungjalinan : Kecergasan-Koordinasi.Teori Kecerdasan Pelbagai: Kinestetik dan InterpersonalKBKK: Menjana idea (menjawab soalan guru), mengingat (penerangan guru), membuat gambaran mental (bayangkan mendayung sampan semasa sesi penutup)

Masa/ FasaAktiviti/ StrategiFokus PembelajaranOrganisasiCatatan

Permulaan (5 Minit)1. Penerangan konsep kelenturan

Memanaskan Badan1. Mobiliti & regangan1. Huruf Saya

1. Regangan

0. Kelenturan bermaksud keupayaan pergerakan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya.

1. Huruf Saya1. Dalam kawasan yang ditanda, murid bergerak bebas dengan meniru jenis pengangkutan yang disebut oleh guru.1. Apabila mendengar bunyi wisel, pandang guru dan lihat kad huruf yang ditunjuk.1. Buat bentuk huruf tersebut menggunakan seluruh tubuh badan dan regang selama 8 saat.

Jenis kenderaan dan perlakuan:1. Kereta Fleksi kedua-dua siku di hadapan pada paras dada seperti memegang stereng kereta. Sambil berjalan, pusingkan tangan dalam bentuk bulatan ke kanan dan kiri. Bunyikan hon kereta.

1. Motosikal Fleksikan lutut seluas bahu. Fleksi kedua-dua siku di hadapan pada paras dada seperti memegang pemegang motosikal. Bunyikan Vroom seperti motosikal dan bergerak bebas.

1. Kapal terbang Depakan kedua-dua tangan. Berlari anak di dalam kawasan yang ditanda. Condongkan badan ke kanan dan kiri.

1. Huruf K1. Berdiri di atas kaki kanan dan angkat kaki kiri.1. Luruskan tangan kanan ke atas.1. Angkat tangan kiri 45 darjah ke sisi.1. Imbangkan badan dan regang selama 8 saat.

1. Huruf X Buka kaki seluas yang boleh. Luruskan kedua-dua tangan di atas pada sudut 45 darjah. Regangkan badan selama 8 saat.

1. Huruf Y Rapatkan kedua-dua kaki. Luruskan kedua-dua tangan di atas kepala pada sudut 45 darjah. Regangkan kedua-dua tangan selama 8 saat.G

G

15 m8 m

Petunjuk:G - Guru - MuridKonArah pergerakanGelung Kesepaduan: Sains, Matematik & Bahasa Melayu TKP: Kinestetik Alatan: Kon kecil, kad huruf

Gambar 1: Memegang stereng kereta

Gambar 2: Meniru pergerakan menaiki motosikal

Gambar 3: Lari seperti kapal terbang

Gambar 4: Huruf K

Gambar 5: Huruf X

Gambar 5: Huruf Y

Perkembangan(15 minit)

Aktiviti 1(3 minit)

Aktiviti 2 (7 minit)

Aktiviti 3(5 minit)

Aktiviti 1i. Lunjur dan jangkau (individu)

Aktiviti 2i. Berjalan Melalui Gelung (Berkumpulan)

Aktiviti 3i. Limbo-rock (individu)

i. Lunjur dan jangkau (individu) Duduk dan luruskan kedua-dua kaki dalam keadaan berlunjur. Kedua-dua tangan ditindih. Jari kaki lurus menghala ke atas. Bongkokkan badan dan cuba sentuh hujung kaki. Rapatkan dagu ke dada. Tahan selama 8 saat. Ulang 3 kali.

i. Berjalan Melalui Gelung (Berkumpulan) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Kumpulan A dan B akan memegang gelung dalam barisan. Gelung dipegang di sisi pada paras lutut dan pinggang berselang-seli. Kumpulan C dan D akan berjalan melalui gelung tanpa melepaskan tangan rakan dan menyentuh gelung. Tukar kumpulan untuk memegang gelung setelah selesai.

i. Limbo-rock Dalam kumpulan yang sama, Kumpulan A dan B akan memegang gelung dalam barisan. Gelung dipegang pada paras bahu dan dada secara berselang seli. Kumpulan C dan D berjalan ke gelung dengan melentik ke belakang tanpa menyentuh gelung. Tukar pemegang gelung setelah selesai.

Nilai: Keyakinan diri & bertolak ansurOtot terlibat: Trisep, Bisep, Obliques, HamstringBBM: Gelung

Gambar 6: Lunjur dan jangkau

Gambar 7: Berjalan melepasi gelung

Gambar 8: Limbo rock

Kemuncak(5 minit)

Permainan kecil Gelung Pengimbas (Berkumpulan)

i. Gelung Pengimbas Dalam kumpulan yang sama, berdiri tegak sambil kaki dibuka seluas bahu. Pegang tangan rakan sekumpulan. Berdiri dalam barisan memanjang. Masukkan badan melalui gelung tanpa melepaskan tangan. Gelung yang paling cepat tiba pada ahli yang terakhir dikira sebagai pemenang. Permainan boleh diulang jika terdapat masa.

8 m15 m

Petunjuk:G - Guru - MuridKonArah menghantar gelungGelung

TKP: Kinestetik Penerapan nilai: Menerima cabaran & bekerjasamaOtot terlibat: Trisep, Bisep, ObliquesBBM: Gelung

Penutup(5 minit) Pernafasan & Regangan

i. PerbincanganSoal Jawabi. Mengayuh sampana. Duduk melunjurkan kaki.b. Bayangkan kedua-dua tangan memegang pendayung.c. Tarik nafas sedalam yang mungkin dan angkat kedua-dua tangan ke sisi kanan.d. Hembus nafas, rapatkan badan dengan paha dan kayuh sekuat hati sambil menyebut HAH!.e. Ulang 3 kali.

Soalan:1. Nyatakan 2 nama otot yang terlibat semasa aktiviti kelenturan.

Jawapan:i. Trisepii. Hamstring iii. BisepKBKK: Menjana idea dan gambaran mental

Gambar 9: Mengayuh sampan