24
CERITA BINATANG Pensyarah : Pn. Jaimah Binti Abdul Manaf Oleh : Nur Zuliana Izyan Binti Zolkalple Tasnim Binti Abdul Halim PISMP PEMULIHAN 1 SEMESTER 8/2012 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan PKP 3117

4. CERITA BINATANG

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 4. CERITA BINATANG

CERITA BINATANG

Pensyarah : Pn. Jaimah Binti Abdul ManafOleh : Nur Zuliana Izyan Binti Zolkalple

Tasnim Binti Abdul Halim

PISMP PEMULIHAN 1SEMESTER 8/2012

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan PemulihanPKP 3117

Page 2: 4. CERITA BINATANG

PENGENALAN Sejenis cerita rakyat yang disampaikan secara lisan

dari generasi ke generasi. Disebut juga cerita Mergastua. Cerita binatang ini dipercayai cerita tertua, sama

usianya dengan cerita asal usul. Cerita-cerita binatang melayu mengambil binatang

sebagai watak utama yang dipersonafikasi, binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia.

Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik antara binatang  dengan binatang atau antara binatang dengan manusia.

Sebahagian daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul binatang.

Page 3: 4. CERITA BINATANG

CIRI-CIRI CERITA BINATANG

Page 4: 4. CERITA BINATANG

ISI KARYA

Kisah yang ditimbulkan dalam cerita binatang tidak ada bezanya dengan kisah kehidupan manusia.

Contoh dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Sang Kancil memainkan

peranan tertentu, seperti menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah manusia yang berhutang.

Page 5: 4. CERITA BINATANG

Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam cerita-cerita binatang melayu Contoh : Bercakap, menipu, berbincang, berfikir dan sebagainya

Page 6: 4. CERITA BINATANG

WATAK PERWATAKAN

Watak-watak dalam cerita binatang ialah binatang.

Contoh di dalam cerita Hikayat Sang Kancil, wataknya ialah Sang Kancil dan binatang-binatang yang lain.

Binatang diberi jiwa dan tingkahlaku seperti manusia.

Contohnya sang kancil berupaya menggunakan akalnya bagi menyelesaikan kaki kerbau yang digigit oleh buaya.

Page 7: 4. CERITA BINATANG

Watak manusia tidak dipentingkan, Hanya berperanan sebagai pemburu atau manusia yang dapat

diperdayakan oleh binatang. 

Watak-watak yang lazim digunakan ialah pelanduk,buaya, gajah,harimau, anjing, ular, arnab, kura-kura, musang, ayam,burung bangau, kambing, lembu dan kerbau.

Page 8: 4. CERITA BINATANG

PLOT/SUSUNAN CERITA Bagi mana-mana cerita binatang,

plot/susunan ceritanya tersusun dengan teratur kerana cerita akan bermula dengan :› bahagian pengenalan

› bahagian perkembangan cerita

› bahagian penyelesaian cerita.

Page 9: 4. CERITA BINATANG

Setiap cerita binatang mempunyai masalah yang diselesaikan yang tertumpu di bahagian perkembangan cerita. Bahagian penyelesaian cerita biasanya watak utama berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Terdapat sesetengah cerita binatang yang mempunyai episod/siri tertentu. Setiap episod dalam cerita ini merupakan sebuah cerita yang lengkap iaitu bermula dengan bahagian pengenalan, bahagian perkembangan dan bahagian akhir. Walau bagaimanapun, watak utama dalam siri/episod ini masih pada binatang yang sama. Hal ini jelas dalam cerita Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka.

Page 10: 4. CERITA BINATANG

Contoh : Cerita Katak Membunuh Gergasi.

› Plotnya bermula apabila Gergasi membuat kekacauan di dalam hutan sehingga menganggu kehidupan haiwan-haiwan lain. Cerita terus berkembang apabila katak merancang untuk membunuh Gergasi apabila berlaku kematian dalam kalangan kelompoknya ketika Gergasi cuba melarikan diri ke hutan kerana khuatir rumahnya akan runtuh. Cerita ini tamat apabila, Katak dan rakannya berjaya membunuh Gergasi tersebut.

Page 11: 4. CERITA BINATANG

LATAR Latar tempat bagi cerita binatang adalah

melibatkan latar di hutan belantara atau kawasan-kawasan yang berkaitan dengan tempat tinggal binatang tersebut. Hal ini bermakna latar tempat bagi cerita binatang adalah di alam nyata.

Latar masanya adalah melibatkan zaman dahulu

Latar masyarakat adalah merangkumi masyarakat/kelompok binatang yang biasanya mempunyai ketua.

Page 12: 4. CERITA BINATANG

GAYA BAHASA

Cerita binatang menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi bahasanya mudah difahami. Kadang-kadang diselitkan dengan beberapa puisi Melayu lama. Hal ini dikaitkan dengan cerita binatang lebih dikhususkan pada peringkat kanak-kanak.

Contohnya:Maka sempah Raja Gajah "Ya Tuan Syeikh, bilakah kiranya binatang-binatang itu akan sampai ke mari".

Page 13: 4. CERITA BINATANG

JENIS CERITA BINATANG

Page 14: 4. CERITA BINATANG

Jenis asal-usul ciri atau sifat binatang, menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu.

Contoh : kenapa kerbau tiada bergigi di atas, mengapa puyuh tiada berekor, mengapa anjing bermusuhan dengan kucing,kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain- lain.

Bercorak fable iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiaran terhadap tingkah laku manusia. iaitu watak binatang diberikan watak seperti manusia.

Contoh : kerbau dengan buaya, seperti anjing dengan bayang-bayang

Page 15: 4. CERITA BINATANG

Beast epik iaitu seekor binatang yang memegang watak utama sebagai hero.

Contoh : Cerita Hikayat Pelanduk Jenaka, watak utamanya ialah seekor pelanduk yang memainkan peranan-peranan tertentu.

Jenis “sambut-bersambut” iaitu rangkaian cerita sebab akibat, menerangkan kenapa perkara itu terjadi dan melibatkan binatang yang banyak. Penyempaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik.

Contoh : Cerita “Bangau oh bangau” yang dapat menjelaskan sebab dan akibat daripada pertanyaan, kenapa bangau itu kurus.

Page 16: 4. CERITA BINATANG

FUNGSI CERITA BINATANG

Page 17: 4. CERITA BINATANG

Sebagai hiburan Cerita yang melucukan seperti binatang yang kecil dapat memperdayakan binatang yang lebih besar. Contoh harimau diperdayakan oleh sang kancil dengan menyuruhnya menukul sarang tebuan yang dikatakan gong.

Sebagai pengajaranPengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya Sang Kancil dapat menyeberangi sungai dengan menyuruh buaya berbaris kerana diminta untuk membilang jumlah buaya di dalam sungai.

Page 18: 4. CERITA BINATANG

Sebagai Kritikan/sindiranHal ini berkaitan dengan sifat-sifat buruk yang cuba ditonjolkan oleh binatang yang sebenarnya mempunyai sindiran /kritikan secara halus. Sindiran ini disampaikan secara tidaklangsung kepada pembaca.

Contohnya, dalam Cerita Katak Membunuh Gergasi di mana menyindir orang yang berkuasa akan jatuh pada masanya apabila melakukan kejahatan.

Page 19: 4. CERITA BINATANG

Sebagai gambaran masyarakatCerita binatang menggambarkan hidup dalam kelompok masyarakat binatang tetapi digambarkan menyerupai manusia. Oleh itu, melalui cerita-cerita ini dapat digambarkan tentang kehidupan masyarakat pada zaman tersebut.

Page 20: 4. CERITA BINATANG

KUPASAN CERITA BINATANG

Page 21: 4. CERITA BINATANG

Anjing Dengan Bayang-bayang

Contoh cerita untuk mengkritik orang yang bersikap tamak

Melalui cerita ini,pada suatu hari watak

utamanya,seekor anjing telah terjumpa seketul tulang.

Anjing itu menggongong tulang itu dan berjalan

melalui sebatang sungai.Ia terlihat ada anjing lain di

dalam sungai itu menggongong tulang juga,anjing itu

berasa marah lalu membuka mulut hendak merampas

tulang itu dari mulut anjing di dalm sungai itu

sedangkan  anjing itu refleksi bayang-bayangnya

sendiri.

Page 22: 4. CERITA BINATANG

Apabila anjing itu membuka mulut,maka tulang yang ada di

dalam mulut jatuh ke dalam sungai itu. Akibatnya anjing itu

terlepas untuk merasai kenikmatan yang ada pada tulang

yang digonggongnya, malahan memperolehi kerugian.

Page 23: 4. CERITA BINATANG

Helang dengan Ayam Contoh cerita untuk mengkritik orang yang

tidak jujur

Melalui cerita ini,Si Ayam dengan Si Helang

sebenarnya bersahabat baik tetapi kemudiannya

bermusuhan apabila si Ayam tidak mahu

memulangkan jarum sakti kepunyaan Si Helang.

Akibatnya Si Helang berasa marah dan menyimpan

dendam terhadap Si Ayam sampai ke hari ini. Itulah

sebabnya Si Helang suka menangkap dan makan

ayam.

Page 24: 4. CERITA BINATANG

Melalui cerita ini, Si Ayam diumpamakan sebagai

manusia yang tidak jujur terhadap temannya.

Dan Si Helang pula diumpamakan sebagai

manusia pedendam yang tidak mahu

memaafkan kesalahan rakannya.