35
350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali, seorang penuntut di Universiti Malaya. Saya sedang menjalankan kajian di peringkat Doktor Falsafah mengenai Orientasi Moral pelajar tingkatan empat. Tujuan utama kajian saya adalah untuk mengenal pasti cara-cara yang digunakan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah diri sendiri dan masalah orang lain. Anda akan ditemu bual sepanjang kajian ini. Temu bual ini memerlukan anda memberi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Jawapan-jawapan anda merupakan pilihan terbaik dan betul bagi diri anda. Tiada sebarang pemarkahan akan dilakukan bagi jawapan yang anda beri. Perbualan ini akan dirakam untuk memudahkan saya merekodkan apa yang diperkatakan dan saya berharap tiada halangan dipihak anda. Terima kasih di atas kesudian anda untuk ditemu bual.

350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

  • Upload
    vudieu

  • View
    309

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

350

LAMPIRAN D

Surat Akuan

Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali, seorang penuntut di Universiti

Malaya. Saya sedang menjalankan kajian di peringkat Doktor Falsafah

mengenai Orientasi Moral pelajar tingkatan empat. Tujuan utama kajian saya

adalah untuk mengenal pasti cara-cara yang digunakan oleh pelajar dalam

menyelesaikan masalah diri sendiri dan masalah orang lain. Anda akan ditemu

bual sepanjang kajian ini. Temu bual ini memerlukan anda memberi jawapan

kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Jawapan-jawapan anda merupakan

pilihan terbaik dan betul bagi diri anda. Tiada sebarang pemarkahan akan

dilakukan bagi jawapan yang anda beri.

Perbualan ini akan dirakam untuk memudahkan saya merekodkan apa

yang diperkatakan dan saya berharap tiada halangan dipihak anda. Terima kasih

di atas kesudian anda untuk ditemu bual.

Page 2: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

351

LAMPIRAN E

Surat Kebenaran Peserta Kajian

Saya,............................................dari tingkatan............................ bersetuju untuk

menyertai penyelidikan yang dijalankan oleh Puan Sakhilah binti Shahkat Ali.

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menentukan Orientasi Moral Pelajar

apabila menyelesaikan dilema-dilema moral yang dihadapi oleh diri sendiri dan

orang lain.

Saya faham bahawa penyelidikan ini akan dijalankan secara temu bual

dan perkara yang ditemu bual akan direkodkan bagi tujuan menganalisis data.

Dalam laporan penyelidikan tersebut, nama sebenar saya akan dirahsiakan.

Tandatangan:...................................................... Tarikh:................................................................

Page 3: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

352

LAMPIRAN F Kepada pelajar-pelajar yang dihormati,

Setiap insan di dunia tidak akan terlepas daripada melakukan pelbagai

kesilapan dan kesalahan dalam hidup mereka. Anggaplah semua ini sebagai

satu pengalaman hidup yang mampu mendewasakan manusia.

Berikut disediakan satu borang soal selidik yang perlu diisi oleh pelajar-

pelajar yang dikasihi. Setiap seorang antara anda diberi satu borang soal selidik

yang mengandungi sebanyak 60 kes salah laku pelajar yang telah direkodkan

oleh Jabatan Pendidikan Negeri sepanjang tahun 2002. Anda dikehendaki

menandakan mana-mana kesalahan yang pernah anda lakukan di sekolah pada

sepanjang tahun ini. Kesalahan tersebut mengambil kira kesalahan yang pernah

diambil tindakan oleh guru disiplin ataupun kesalahan yang pernah dilakukan

tetapi terlepas daripada tindakan disiplin. Anda dikehendaki menanda ‘√’ jika

pernah terlibat dengan salah laku tersebut dan ‘X’ jika tidak pernah terlibat

dengan salah laku tersebut.

Anda dikehendaki menanda secara jujur dan tiada sebarang tindakan

akan diambil terhadap anda. Senarai ini hanya untuk tujuan kajian dan tiada

kaitan dengan apa-apa tindakan susulan ke atas diri anda dikemudian hari.

Kerjasama anda amat diharapkan bagi tujuan penyempurnaan kajian ini.

Saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

Pn Sakhilah Shahkat Ali.

Page 4: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

353

Nama :_____________________________ Sekolah :_____________________________ Jantina :_____________________________ Kaum :_____________________________ Anda dikehendaki menanda ‘√ ‘ jika pernah terlibat dengan salah laku yang disenaraikan dan ‘X’ jika tidak pernah terlibat dengan salah laku tersebut.

BIL JENIS KESALAHAN √ / X 1 Berjudi 2 Mencuri 3 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru 4 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas 5 Memeras ugut 6 Membuli 7 Menganggotai kumpulan haram/ kongsi gelap 8 Menyalahguna dadah 9 Membawa senjata merbahaya 10 Mencabul kehormatan 11 Mengancam/ memukul/mencederakan murid lain 12 Menceroboh bilik khas/pejabat sekolah/asrama 13 Menunjuk perasaan/berpiket/menganggu ketenteraman

sekolah

14 Membunuh 15 Bercumbu-cumbuan 16 Berkhalwat 17 Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah 18 Mengintai murid-murid perempuan 19 Menggunakan kata/ perbuatan lucah 20 Melukis dan menulis kata-kata atau gambar-gambar lucah 21 Menonton video lucah di sekolah 22 Rambut panjang/fesyen rambut keterlaluan 23 Berkuku panjang 24 Bermisai/berjanggut 25 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah 26 Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke

sekolah

27 Berkeliaran di kawasan sekolah 28 Datang lewat ke sekolah 29 Lewat ke perhimpunan 30 Makan di kantin di luar masa rehat

Page 5: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

354

31 Lewat pulang ke asrama 32 Berkelakuan kasar terhadap guru 33 Berkelakuan kasar terhadap pengawas 34 Berkelakuan kasar terhadap murid 35 Berbahasa kesat 36 Menyimpan rokok 37 Menghisap rokok 38 Menggangu pengajaran dan pembelajaran 39 Tidak menghormati guru 40 Tidak menghormati pengawas 41 Minum minuman keras 42 Merosakkan harta benda sekolah 43 Merosakkan harta benda pengetua/gurubesar/guru-guru 44 Merosakkan harta benda kantin 45 Merosakkan harta benda murid 46 Menipu yang melibatkan wang 47 Menipu yang melibatkan kepercayaan 48 Ponteng Kelas 49 Ponteng Sekolah 50 Ponteng Perhimpunan 51 Ponteng Kegiatan Luar bilik darjah/ko-kurikulum 52 Ponteng ujian 53 Ponteng peperiksaan 54 Ponteng untuk ‘Private Study’ 55 Ponteng Asrama 56 Bergaduh/berkelahi 57 Kenakalan/Hooliganism 58 Kesalahan Siber 59 Membawa bom tangan ke sekolah 60 Membawa telefon bimbit ke sekolah

TERIMA KASIH.

Sila kosongkan bahagian ini.

Bilangan kesalahan keseluruhan:__________________

Page 6: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

355

LAMPIRAN G

Tarikh:

Perkara: Penyemakan dan pengesahan orientasi dilema sebenar.

Dr,

Saya, Sakhilah Shahkat Ali calon kedoktoran di Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya, Kuala Lumpur memohon kerjasama dan bantuan daripada Dr

untuk menyemak jenis-jenis orientasi moral bagi vignet dilema sebenar yang

telah saya kategorikan. Tujuan penyemakan ini dilakukan untuk memastikan

bahawa saya telah melakukan “inter-rater relibility’. Sebanyak empat orientasi

telah dikenal pasti daripada data yang diperoleh dan setiap orientasi juga telah

dikategorikan.

Untuk melicinkan proses penyemakan, beberapa contoh petikan telah

dikategorikan di bawah orientasi-orientasi tersebut. Dr diminta mengesahkan

sama ada setiap petikan telah diletakkan pada orientasi yang betul. Sekiranya Dr

merasakan terdapat kesilapan atau kekeliruan maka catatan boleh dilakukan

pada bahagian kanan lampiran. Saya juga berbesar hati sekiranya Dr dapat

mengesahkan dan mencatat sebarang komen untuk saya muatkan di dalam

lampiran tesis saya nanti.

Bersama ini saya sertakan lampiran yang disediakan:

a) Lampiran A: empat contoh vignet dilema sebenar

Page 7: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

356

b) Lampiran B: lampiran petikan yang telah dikategorikan dan memerlukan

pengesahan

Saya berbesar hati sekiranya Dr dapat menghubungi saya bagi mendapatkan

maklumbalas. Segala kerjasama yang Dr berikan amat saya hargai.

Terima kasih.

Yang Benar,

……………………………

Sakhilah Shahkat Ali Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Pej: 03 79675185

Page 8: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

357

LAMPIRAN H

PANDUAN SOALAN TEMU BUAL PERINGKAT PERTAMA

A. Soalan umum/pengenalan

1. Ceritakan tentang latar belakang diri anda? 2. Ceritakan tentang keluarga anda? 3. Apakah pandangan anda tentang persekolahan? 4. Bagaimanakah tingkah laku pelajar-pelajar di sekolah ini? 5. Adakah anda memegang sebarang jawatan di sekolah? 6. Ceritakan tentang perjalanan harian hidup anda.

B. Soalan tentang masalah dan dilema yang sedang dialami?

1. Bagaimanakah hubungan anda dengan rakan-rakan di sekolah ini? 2. Bagaimana hubungan anda dengan keluarga? 3. Apa pandangan anda tentang diri anda sendiri? 4. Kenapa anda atau rakan menghadapi masalah dan dilema? 5. Bagaimana cara anda mengatasi masalah anda? 6. Apakah pandangan anda tentang masalah moral yang berlaku di sekolah? 7. Siapakah yang bertanggungjawab apabila pelajar bermasalah? 8. Siapakah yang bersalah apabila pelajar terlibat dengan masalah

moral?

Page 9: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

358

LAMPIRAN I

PANDUAN SOALAN TEMU BUAL PERINGKAT KEDUA

A. BERPANDUKAN VIGNET DILEMA SEBENAR Mengenal pasti tahap pemahaman peserta terhadap isu yang diutarakan dalam vignet.

1. Siapakah watak utama di dalam vignet tersebut? 2. Apakah pandangan kamu terhadap watak utama tersebut? 3. Kenapa kamu berkata begitu?

Mengenal pasti tindakan yang harus diambil untuk mengatasi isu dilema

4. Apakah dilema yang dihadapi oleh watak utama? 5. Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh watak utama? 6. Kenapa anda memilih tindakan itu? 7. Adakah tindakan tersebut yang terbaik? 8. Kenapa anda katakan begitu? 9. Boleh kamu cadangkan tindakan lain yang boleh diambil? 10. Kenapa anda memilih tindakan itu? 11. Adakah tindakan yang telah kamu ambil itu paling baik? 12. Antara semua tindakan yang telah diberikan, yang mana tindakan

paling baik? 13. Kenapa?

Page 10: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

359

LAMPIRAN J

TRANSKIP TEMU BUAL PERINGKAT PERTAMA Tarikh : 17 September 2003 Sesi : 1 (Temu bual peringkat pertama) Responden : FANG (NAMA SAMARAN) Masa : 11.30-12.00 P Boleh ceritakan tentang diri anda? PK Saya (FANG), duduk di Desa Tasik, berek polis, datang jalan kaki P Bapak polis? PK Ya P Berapa adik beradik? PK Tiga orang, saya anak tengah, seorang abang bersekolah di Victoria

Institution dan adik lelaki di sekolah Cina P Bapa polis pangkat apa? PK Konstabel P Konstabel pendapatannya lebih kurang berapa? PK RM 1000 P Cukupke, ibu kamu bekerja? PK Suri rumah sepenuh masa P Tak ada cari duit sampingan? PK Ada, menjahit baju P Ambil tempahan baju daripada siapa? PK Ayah saya ambil daripada kawan-kawan, banyak P Ayah kamu ber minat menjadi polis? PK Minat, tapi kecewa jugaklah sebab dah 20 tahun kerja tapi tak naik

pangkat, anak tiga orang, ada tuisyen, gaji tak cukup jadi mak tolonglah…kadang-kadang tengokpun susah sangat, abang sekolah jauh…

P Kenapa abang tak bersekolah di sini? PK Dia form six, dulu sekolah di sini famouslah abang, kerana dia pandai

Page 11: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

360

P Keputusan dapat apa? PK Dia banyak dapat A1 P Abang kamu pandai, abang kamu best student? apa pandangan cikgu

terhadap diri kamu apabila abang kamu best student? PK Ada, kadang-kadanglah… abang saya pandai, cikgu selalu tanya abang

saya, saya rasa tertekanlah…dulu kalau masa ini abang boleh kejar tapi saya sampai sekarang ini tak boleh kejar..tak boleh kejar…tak boleh hafal tak ingat…takut sangat

P Adakah kamu nak lebih baik atau sekurang-kurangnya sama dengan

abang kamu? PK Saya harap sekurang-kurangnya sama dengan abang saya, kerana cikgu

akan membandingkan, saya dari sekolah rendah hingga sekarang mereka bandingkan, adik saya pun dia orang badingkan, adik saya akan cakap cikgu tanya abang tapi tak tanya kakak pun, mereka suka banding so saya rasa tertekanlah…

P So kamu rasa tertekanlah, kamu pun dah risaukan..macam mana kamu fikir nak atasi masalah itu, macammana nak buat? PK Kalau saya saya cuba mambaca dan hafal, walaupun saya cuba-cuba tapi

tak dapat juga,… P You dah aim agaknya untuk dapat keputusan sama dengan abang, jadi

makin lama makin risau? PK Cikgu masa saya mula form four subjek biologi cikgu rasa saya macam

abangkan tapi bila exam keputusan….. saya rasa cikgu pandang saya lain P Apa yang kamu buat untuk pertingkatkan pelajaran you? PK Sama jugak, malam baca buku untuk kejar pelajaran…pergi tuisyen

selalu di pusat tuisyen saya faham tapi bila dah keluar daripada pusat tuisyen dah tak faham balik...itu sebab saya risau

P Kamu tuisyen di mana? PK Di kuala Lumpur, ayah saya hantar..saya cepat-cepat balik sekolah terus

pergi sekolah P Jadi ambil tuisyen? PK Malam ulang kaji pelajaran…lebih kurang 2 jam…abang ajar tapi dia

selalu naik angin..saya tak faham saya tanya, tanya lagi nanti dia marah biasalah abang

P Lagi tension tak, tak ada sokongan? PK Ialah nak belajar tak faham sokongan tak ada…kadang-kadang nak tanya

tapi mood dia tak baik, kalau nak Tanya kena tengok situasi abang sebab

Page 12: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

361

dia cepat marah..biasanya mak bapak saya kata saya lembap sikit..abang saya tekun saya tekun pun tak dapat

P Tension tak? PK Ya…kadang-kadang saya menangis P Jadi awak sangat sedih sangat? PK Kalau nak tanya cikgu, tapi cikgu buzy atau cikgu tak ada jawapan yang

lebih tepat…macam ini saya kurang tanya dan malas nak tanya abang saya…fikir sendiri

P Bolehke? PK Kadang-kala boleh, kadang tidak, so letak tepilah dulu, lepas itu dah lama-

lama kita tahulah atau tanya…pelajaran ini kadang-kadang depan kita tak faham tapi belakang kita faham…kalau sekarang form 4 saya ingat form 3 punya…

P Habis nanti form 5 macammana? P So buat macammana? PK Saya nak tanya abang pun saya risaulah, biasanya tanya-tanya tapi slow-

slow baru saya faham..satu soalan kadang-kadang setengah jam baru saya faham untuk nak buat saya duduk sebelah abang, dia lost tempered…tadi saya kan dah ajar macam ini!

P Kalau marah you buat macammana? PK Sebenarnya saya rasa saya tersilap pilih sains stream, tapi knowledge

saya tak seperti abang P Kamu minat? PK Minat sebab saya nak jadi cikgu sains, Kalau form 4 ini tak ada satu pun

yang saya minat, saya minat bio sebenarnya ..tapi keputusan saya ini macam saham naik dan turun

P Jadi mereka tak harapkan apa-apa? PK Mereka cuma harap supaya gred B.M, B.I dan Maths saya baik, kalau

abang itu biasalah, dia lelakikan nanti kena tanggung keluarga, adik saya kalau boleh nak lebih pandai daripada abang…cuma saya ditengah-tengah..adik pandai…saya bolehlah

P Mak tak marahke bila dapat keputusan tak baik? PK Biasanya mereka biarlah..asalkan baik B.M dan B.I, kalau lepas ini dapat

keputusan baik….kalau tengok muka mereka pun paksa jugak kerana abang pandai , adik pun pandai…

Page 13: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

362

P Mereka pun banding jugak… PK Mereka kata abang lebih baik sekurang-kurangnya macam abang..adik

pun kalau ada maslah tak tanya saya dia tanya abang sebab cara saya kompleks sikit abang lebih simple…kalau terang kena panjang lebar kalau abang cara simple…kalau abang tak ada ..mak kata yang ini pun awak belum belajar ke?

P Mak bapak kamu paling sayang dengan siapa? PK Biasanya adik lelaki kemudian abang, adik saya bila buat salah mak saya

akan pertahankan dia kadang tu memang dia salah bila saya nak pukul mak saya pertahankan dia, nanti dia kata awak pun sama satu anjing satu kucing

P Macammana perasaan kamu? PK Geramlah…jeolouslah…apa dia nak mesti bagi, keluarga saya bukan

kaya sangat tapi minta apa dapat.. kadang-kadang saya dengan abang buat kerja rumahkan, kita dah beza dalam pelajarankan..kena belajar, suruh dia,dia kata saya anak kecil saya tak nak buat saya rasa nak cekik tapi mak kata tak payah buatlah. Ayah saya ada sakit jantung tapi bukan serius sangat…mak saya pun ada darah tinggi sebab risaukan .. ada kencing manis… kadang-kadang naik tangga mengah sangat.. saya pun risaulah.. itu saya marah adik kalau jadi apa-apa nak pakai duitkan.. kesian mak saya jahit baju…cari duit dahlah lembap sangat

P Jadi adik kamu diberi muka, apa tindakan kamu? PK Simpan dalam hatilah (menangis) P Tak selesaikan? PK Saya pun risau pasal mak dan ayah, sebenarnya saya tak nak tuisyen..

tapi mak ayah….. P Kenapa? PK Sebab tak nak bazirkan duit, abang boleh tolong tapi pasal dia panas

baran tak nak tolong so saya pun risau jugak sebab mak bapak pun ada penyakit, saya sebenarnya nak tolong jugak….saya nak simpan duit itu untuk mak bapak…

P Adakah itu sebagai pengorbanan? PK Macam abang saya pun nak pergi luar negeri untuk jadi doktor tapi mak

bapak saya tak ada duit jadi mereka pun risaulah…lepas itu abang saya beriya-iya nak pergi, adik saya macam tak ada benda berlaku..abang saya masa cuti nak kerja bolehlah simpan duit sedikit tetapi ayah tak bagi…kurang-kurang dia ada duit sedikit, kadang-kadang saya nak bayar duit untuk apa-apa rasa tak sanggup sebab saya saya mungkin nak guna duit nanti…kalau cuti pun saya nak kerja juga tapi ayah tak bagi pasal

Page 14: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

363

saya perempuan pasal jauhkan.. tapi di rumah saya pun tolong jugak sikit-sikit

P Jadi kamu fikir tentang future…kamu rasa risau, tertekan, susah hati ini,

kamu tak cakap dengan mak bapak kamu? PK Kalau saya cakap pun mereka kata saya ini banyak problem, ayah pernah

tanya saya kenapa saya asyik mencari pasal dengan mak sahaja..saya sebenarnya geram dan sakit hati sebab mak pertahankan adik, sekarang nak naik form one…nanti kalau form five akan ponteng sebab sekarang dah mula ikut budak nakal, anak jiran-jiran, belajar benda yang tak baik…kalau di luar takut ponteng..ayah saya pun kalau pukul saya takut tengok…mereka yang boleh jaga mak kalau saya apa-apakan saya risau…saya tengok abang saya selamba sahaja…adik saya main-main…jadi saya korbanlah…..masalah adik saya ini kalau tak boleh kejar pelajaran…nanti dah besar tak ada kerja..mak saya pulak kena tanggung dia…dia pulak suka kawan budak jahat …takut jadi gangster

P Kalau kamu takut adik bercampur dengan budak nakal macammana kamu

bercakap dengan adik kamu? PK Saya cakap dengan adik saya tapi dia tak hirau nanti dia cakap bising

buat apa, bukan masalah engkau kalau cakap dengan mak, dia kata biarkan aje dia, dia nak buat apa dia buatlah...

P So rasa macammana? PK Kalau terus macam itu, rosaklah lagi P Abang macammana? PK Dia macam tak kisah aje..dia macam fikir diri dia sahaja, tak kisah apa

berlaku…perkara macam ini dia tak buat…yang mengamuk cuma saya P Maknanya dia cuma fikir diri dia sahaja, tapi kalau mak tak sihat ini abang

macammana? PK Abang tetap tak kisah….saya ini macam periangkan tapi sebenarnya saya

sedih, di rumah pun saya sedih habis kat sekolah buat gembiralah P Apa yang kamu nak bukti? PK Saya nak cuba yang terbaik P Maknanya? PK Sebab anak lelaki kena tanggung mak, abang nak jadi doktor kena

belajar lama, mungkin adik boleh tanggung mak jugak P Baik lah. Terima Kasih

Page 15: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

364

LAMPIRAN K

TRANSKRIP TEMU BUAL PERINGKAT KE DUA BERDASARKAN VIGNET DILEMA

Nama : Chan (NAMA SAMARAN) Tarikh : 3 Oktober 2003 Masa : 10.30-11.00 AM Vignet : Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim P Siapakah Lim? PK Saya rasa dia seorang yang rajin jugak, bercita-cita tinggi untuk menjadi

pensyarah di universiti, saya rasa kalau ada cita-cita dan fikir cita-cita, saya rasa dia rajinlah..

P Selain itu?.. PK Dia juga boleh dibawa berbincanglah, kalau dalam situasi ini dia pernah

juga berbincang dengan kedua ibu bapa untuk tumpu lebih perhatian pada pelajaran

P Kalau macam ini kan, ibu bapa suruh dia bekerjakan so apa yang patut

dia buat? PK Saya rasa dia patut berbincang dengan ibu bapa dia lah walaupun pada

pertama kali dia tidak berjaya, dia perlu beri lebih perhatian pada pelajaranlah

P Tapi mak bapak diakan perlukan dia kerja di pasar malam? PK Kalau ibu bapa perlukan seseorang untuk bantu, saya rasa dia perlu upah

seorang pekerja sajelah, kalau suruh Lim bantu, ini rosakkan harapan dia untuk jadi pensyarah di universiti

P Tapi kalau mak bapak dia faham, sure dia boleh fikir semua itu, tapi bila

Lim bincang terus kena marah so macam mana nak buat? PK Bincang dengan ibulah P Sama saje saya rasa PK Kalau berbincang beberapa kali saya rasa mereka akan lebih faham P You rasa perlu berbincang beberapa kali, selain itu apa yang boleh buat? PK Saya rasa kalau Lim tunjuk pencapaian telah terjejas pasti ibu bapa akan

upah seseorang

Page 16: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

365

P Kalau ibu bapa memang berhasrat nak Lim teruskan perniagaan pasar

malam macam mana? PK Saya rasa Lim perlu berpegang kepada prinsip dia, pegang cita-cita dia P Macam mana nak buat, pagi pergi sekolah, balik bungkus barang, malam

pergi bekerja? PK Kalau boleh bawa buku masa bantu ibu bapa kalau ada masa lapang,

rancang masa dengan bijak P You rasa boleh ke belajar di pasar malam? PK Memang tempat tak berapa baguslah tapi kalau langsung tak baca ia

boleh bantu jugak P Selain itu apa boleh buat? PK Saya rasa berbincang dengan ibu bapa beberapa kali sampai mereka

faham dengan masalah mereka P Kalau you buat macam itu? PK Ya P Mungkin kerana you, mak bapak boleh bawak bincang, tapi kalau mak

bapak yang baru nak bukak mulut saje sudah kena sepak, berani macam itu?

PK Minta guru kelas di sekolah berbincang dengan ibu bapa, mungkin ini boleh membantu

P You rasa dia kena terus belajar? PK Perlu, kerana kalau dia terus bercita-cita untuk menjadi pensyarah di

universiti, kalau terus belajar boleh dapat ilmu juga P Jadi you lihat dari segi ilmu sahaja? PK Dari segi ilmu dan dari segi prinsip dia P Apa sifat Lim yang you nampak? PK Seorang yang rajin P Selain itu? PK Dia seorang anak yang baguslah, lebih taat pada ibu bapa, sanggup

bantu ibu bapa P Kalau apa saje cadangan yang awak cakap tadikan tak boleh buat, ibu

bapa bagi banyak alasan so.. PK Saya rasa dia tak boleh bantu ibu bapa dan hanya meneruskan pelajaran,

kalau last sekali tak payah pergilah

Page 17: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

366

P Kalau you buat macam itu? PK Itu last sekali, kerana pada saya pelajaran paling pentinglah P Walaupun dah ada satu pekerjaan untuk dia, bekerja di pasar malam.. PK Ini satu pekerjaan, tapi cita-cita nak jadi pensyarah di universiti, tapi kalau

tak dapat kerja di pasar malam pun satu pekerjaaan yang bagus juga. Dia patut cuba kejar cita-cita dia dahulu.

P Kalau semua yang dia buat tak jadi, dan dia buat keputusan keluar dari

rumahkan dan sambung pelajaran? PK Tak bagus jugak sebab dia tinggalkan keluarga dia, tak baguslah larikan

diri daripada situasi dia, patut lebih positif, ini tindakan negatif, mungkin boleh sambung pelajaran tapi kurang dapat kasih sayang daripada ibu bapa

P Jadi you tak galakkanlah? PK Tak, sebab itu tindakan yang negatif P O.k. Terima Kasih

Page 18: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

367

LAMPIRAN L

VIGNET DILEMA SEBENAR KENDIRI MOI MOI

Moi Moi ialah seorang pelajar tingkatan empat. Ibu bapanya ialah peniaga dan

tidak mempunyai masa yang cukup untuk berbual-bual dengannya. Setiap hari

Moi Moi berpeluang berjumpa dengan ibu bapanya tidak lebih daripada lima

minit. Namun segala kemahuan Moi Moi akan diberi tanpa banyak soal.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan duit lebih, pada hujung minggu dia akan

bekerja. Wang tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan ketika melepak di

pusat membeli belah, membeli rokok atau membelanja kawan-kawannya. Moi

Moi juga lebih senang bersama kawan-kawanya kerana mereka merupakan

tempat dia berbincang masalahnya. Sekiranya mengetahui ada ‘spot check’ di

sekolah, Moi Moi akan ponteng kerana takut didenda. Pada masa itu, dia

bersama-sama kawan-kawannya akan lepak di kedai kopi atau pusat hiburan.

Beliau pernah digantung sekolah kerana terlibat dengan pergaduhan dan selalu

ponteng sekolah. Pada hakikatnya, Moi Moi akan lebih membenci keluarganya

dan bertindak lebih liar. Kadang kala Moi Moi merasakan dirinya bukan anak

kandung keluarga tersebut memandangkan ibu bapanya tidak memberi

perhatian kepadanya dan lebih menyayangi adiknya.

Page 19: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

368

LAMPIRAN M

VIGNET DILEMA SEBENAR KELUARGA LIM

Lim ialah seorang pelajar yang sederhana dalam pelajaran. Walau

bagaimanapun, dia menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah di

universiti. Ini adalah cita-cita Lim sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun, ibu

bapanya telah memulakan perniagaan pasar malam ketika Lim berada di

tingkatan dua. Sebagai anak pertama, Lim telah diminta oleh ibu bapanya untuk

membantu di pasar malam. Mereka mengharapkan Lim untuk meneruskan

pekerjaan tersebut. Pulang sahaja dari sekolah, Lim telah diminta membungkus

barang-barang yang ingin dijual di pasar malam. Setiap malam Lim terpaksa

membantu di pasar malam, kadangkala sehingga larut malam. Ini menyebabkan

Lim mengantuk ketika di sekolah. Lim tidak dapat menumpukan perhatian

kepada pelajaran dan pelajarannya merosot hari demi hari. Lim pernah

memberitahu bapanya yang dia ingin menumpukan perhatian pada pelajaran

tetapi telah dimarahi oleh bapanya. Selepas itu dia tidak bersuara lagi mengenai

hasratnya dan meneruskan kerja membantu keluarganya. Jauh di sudut hati,

Lim masih berharap untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang

pensyarah.

Page 20: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

369

LAMPIRAN N

VIGNET DILEMA SEBENAR RAKAN SEBAYA RAJU

Raju ialah pelajar yang rajin dan bertanggungjawab. Raju sering dipuji oleh

guru kerana sikapnya itu. Walau bagaimanapun, ramai pelajar-pelajar tidak suka

kepada Raju kerana dia sangat disenangi oleh guru-guru. Apabila pencalonan

sebagai pengawas dibuat, Raju telah dipilih sebagai pengawas di sekolah. Raju

telah menjalankan tugas dengan baik sekali. Namun sikapnya yang tegas tidak

disukai oleh pelajar-pelajar yang sering melanggar disiplin sekolah. Setiap hari

mereka mengganggu Raju dengan melontarkan kata-kata yang kesat dan kasar.

Sekiranya Raju membuat laporan kepada guru disiplin, pelajar-pelajar ini akan

menggugut dan mengejek-ejeknya. Buku-buku Raju juga akan diconteng dan

hasil kerjanya akan dimusnahkan. Ini menyebabkan Raju berasa tertekan.

Page 21: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

370

LAMPIRAN O

VIGNET DILEMA SEBENAR ORANG SEKELILING KABIR Kabir ialah seorang pelajar tingkatan empat. Keputusan peperiksaan PMR yang

lepas agak memuaskan. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut tidak sebaik

keputusan PMR kakaknya. Kabir telah mencuba sedaya upaya untuk

meningkatkan prestasi pelajarannya namun sukar menandingi keputusan yang

biasa diperoleh oleh kakaknya. Guru-guru, kawan, adik beradik dan ibu bapa

juga sering membanding-bandingkan keputusan peperiksaan Kabir dengan

kakaknya. Ini menyebabkan Kabir berasa tertekan. Kabir juga merasakan ibu

bapa dan adik beradiknya tidak menyayangi drinya kerana segala cadanngan

dan pandangan yang diberinya tidak pernah diendahkan. Sikap ibu bapa Kabir

yang terlalu memanjakan adik beradik yang lain juga menyebabkan Kabir

berasa terpinggir. Memandangkan keluarganya tidak berpendapatan tinggi

mereka tidak berpeluang bercuti bersama. Kabir juga tidak berpeluang untuk

keluar bersama kawan-kawannya kerana tidak diizinkan oleh ibu bapanya.

Setiap hari Kabir menjalani kehidupan yang berulang-ulang iaitu ke sekolah,

kelas tambahan dan pada malam hari mengulangkaji pelajaran atau menonton

televisyen. Ini menyebabkan Kabir berasa kecewa dan berniat untuk membunuh

diri.

Page 22: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

371

LAMPIRAN P

MATRIKS Orientasi Moral berdasarkan Vignet Dilema Lim

Nama

peserta Pertimbangan

kendiri Keadilan Keprihatinan Gabungan

REZA hingga ganggu pelajaran kan dah tak ada masa tumpukan pelajaran(PK1)

Dia kena berbincang dengan mak atau ayah dia, kata tak boleh tumpukan perhatian pada pelajaran sebab kena tolong dengan mak ayah dia(A4)

Tolonglah kalau mereka dah merayu kena tolonglah(K1)

Saya cakap dengan mak bapak saya kalau tak boleh saya cuba (A4)tapi kalau tak boleh saya jumpa kawanlah kalau pasl pelajaran (PK4)-G2

Dia boleh jumpa kawan suruh bagi tahu kawan telefon mak bapak dia kata nak bincang dengan kawan(PK4)

dia ada cita-cita, peranan cita-cita besar, kalau rajin bolehlah berjaya(A1)

Dia mungkin tak boleh luahkan, dia macam hormat pada ibu bapa dia(PK3)

ibu bapa dia nak dia bekerja sahaja so dia, cita-cita dia musnahlah(A5)

Kena selang seli tolong bapa dan belajar, atau korban masa untuk belajar bila ada masa, kalau rasa boleh mungkin boleh(PK4)

Tapi saya rasa mak bapak kena korbankan untuk besarkan anak-anak tapi kalau mak bapak dah uzur baru kita berkorban untuk mak bapak kita(A3)

Selang-selanglah, atau minta adik beradik lain juga tolong(PK4)

Mak bapak kena fahamlah bahawa anak kena cari ilmu untuk masa depan mereka so ibu bapa kena korban(A2)

Page 23: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

372

Saya kejar cita-cita(A1)

Boleh bincang dengan cikgu malam tadi saya kerja so tak dapat tumpukan perhatian pada pelajaran so mungkin cikgu boleh bantu(A4)

CHAN Kalau ibu bapa perlukan seseorang untuk bantu dia, saya rasa dia perlu upah seorang pekerja sajelah (PK4)

kalau dalam situasi ini dia berbincang dengan kedua ibu bapa (A4)

Perlu terus belajar kerana kalau dia terus bercita-cita untuk menjadi pensyarah di universiti(PK2), kalau terus belajar boleh dapat ilmu juga(A1)

kalau suruh Lim bantu, ini rosakkan harapan dia untuk jadi pensyarah di universiti (PK1)

Saya rasa dia patut berbincang dengan ibu bapa dia lah walaupun pada pertama kali dia tidak berjaya(A4)

Saya rasa kalau Lim tunjuk pencapaian telah terjejas pasti ibu bapa akan upah seseorang(PK4)

Bincang dengan ibulah(A4)

Kalau boleh bawa buku masa bantu ibu bapa kalau ada masa lapang, rancang masa dengan bijak(PK4)

Kalau berbincang beberapa kali saya rasa mereka akan lebih faham(A4)

Tak bagus jugak sebab dia tinggalkan keluarga dia, tak baguslah larikan diri daripada situasi dia,

Saya rasa Lim perlu berpegang kepada prinsip dia, pegang cita-cita dia(A1)

Page 24: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

373

(PK3) Saya rasa

berbincang dengan ibu bapa beberapa kali sampai mereka faham dengan masalah mereka(A4)

Minta guru kelas di sekolah berbincang dengan ibu bapa, mungkin ini boleh membantu(A4)

Saya rasa dia tak boleh bantu ibu bapa dan hanya meneruskan pelajaran, kalau last sekali tak payah pergilah(A2)

Dia patut cuba kejar cita-cita dia dahulu(A1)

RAJ Dia boleh jugak pergi tapi kena cari waktu rehat..pasal kena sekolah so dia kena rehat, Kalau waktu nak bungkus barang, dia bungkuslah, waktu lain boleh rehat atau belajar(PK4)

Dia kena jumpa ibu bapa untuk berbincang(A4)

Kalau tak ada cara lain kena kerja.. (K1)

Suruh seseorang bagi tahu ibu bapa dia jangan suruh dia bekerja(A4)... kalau jadi pensyarah mungkin kemudian dia boleh tolong keluarga dia(K1)- G3

Jadi dia kena bahagi kerja atau tugas..kalau tak, kena 50-50 (PK4)

Terpaksalah menolong. Dia kena korbankan satu perkara, kalau di sekolah tak boleh mengantuk..kena betul-betul beri perhatian(A1)

Mungkin dia boleh tolong, tapi kalau ramai orang senang sikit, kalau tiga orang terpaksa tolong(K1)

Besar masalah dia, dia sedih kalau macam ini(PK3)

Perlu bincang berulangkali agar dia orang boleh tukar fikiran kena yakinkan mereka(A4)

Kalau mak bapak paksa terpaksalah kerja(K1), tapi kita bagi tahu mereka jika

Page 25: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

374

dia belajar mungkin satu hari nanti dia boleh bantu keluarga tapi kalau kerja pasar malam pendapatan dia kecil(A4)...G3

Dia kena buktikan pada parent dia...(A1)

belajar betul-betul untuk buktikan(A1)

Kena juga bincang minta parent beri peluang(A4)

SHAH lepas dah habis belajar barulah niaga…(PK4)

Patut tumpukan perhatian pada pelajaran(A1)

Tolong ibu bapa dia di pasar malam, siang belajar malam tolonglah(K1)

Tolong sekejab dahlah lepas tu baliklah…tak payah takut kena marah(PK1)

tapi boleh jugak…suruh cikgu selesaikan masalah dia orang…(A4)

keluarga kena tolong sebab nak cari duit…kalau tak, nak makan apa”(K1)

Tolong dapat duit..masukkan dalam bank, janji ada kerja dapat duit(PK1)

Ialah..kerja rumah buatlah(K1)

YAP terus kejar cita-cita dialah(PK2)

kena bagi tahu bapa dia (A4)

mereka perlukan bantuan(K1)

Pensyarah di universiti adalah lebih berjaya daripada penjaja di pasar malam(PK2)

Cuba bincang dengan ibulah(A4)

Cari jalan lain suruh bagi tahu guru suruh bagi tahu mak bapak(PK4)

teruslah cuba bincang dan menasihat bapa(A4)

Page 26: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

375

nasihat mak bapak kata ini masa depan(A4)

bagi tahu guru bincang mak bapak(A4)

SIVA Kalau nak tolong mak bapak, pelajaran dia merosot..boleh minta duduk asrama(PK2)

kena cakaplah dengan mak bapak sikit(A4)

kena ikut cita-cita kita lah cikgu…lagi o.k…kerja pensyarah…lagi baik daripada pasar malam..kerja ini mana untung(PK2)

kita nak ikut cita-cita kita(A1)

Kena buat jadual harian… berniaga sampai pukul sepuluh.. balik mandi makan..tidur, besok pagi bangun pergi sekolah… susah jugak… belajarlah di sekolah(PK4)

Kalau saya, saya tak pergi meniaga..saya duduk rumah saje, mereka tak dengar kita, kita pun tak dengar merekalah..(A3)

Tukar perniagaanlah, pergike pasar pagilah, kerja pagi hingga petang, tak kacau Limlah, nanti pagi Lim pergi sekolah, balik sekolah tolonglah sikit sampai pukul tujuh ke tigake, malam boleh belajar (PK4)

Mesti marahlah..kalau marah…habislah… kita pun boleh marah jugak..(A3)

Page 27: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

376

Cita-cita tak boleh lupa cikgu, mesti nak kejar kita punya cita-cita…itu kena usahalah dulu.(A1)

NOR Ini untuk masa depan agar hidup dan masa depan lebih berkemampuan (PK2)

Kena jumpa kaunselor sekolah dan ceritakan masalah(A4)

itukan keluarga dia, mesti rasa nak tolong(K1)

sebagai anak memang tanggungjawab kita bantu (K1)kalau tak takut kena marah pulak (PK1)

Kena yakinkan ibu bapa, kena betul-betul berbincang perkara ini (A4)

Jumpa berulangkali sampai ayah tu terima kehendak Lim dan tahu Lim nak jadi pensyarah (A4)

Kena yakinkanlah, bincang kata tolong boleh tapi kena limitkan masa untuk ulangkaji pelajaran dan kepasar(A4)

kena kejar pelajaran demi cita-cita yang lebih sempurna(A1)

Ibu bapa dia, mana boleh suruh dia bantu, salah keluarga kalau dia gagal nanti dalam pelajaran (A5)

GINA Sebenarnya keluarga dia kena kurangkan beban dia, kerana dia sedang belajar, keluarga dia buat dia tak dapat tumpu pada pelajaran(A5)

Tolong family.. (K1) masa sama baca bukulah (PK4)-(G1)

Cakap masalah dia.. cakap macamana nak

Page 28: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

377

buat(A4) FANG Pelajaran lebih

penting kerana kerja sebagai pasar malam, dia rasa susah nak hidup, jadi kena pentingkan pelajaran(PK1)

saya pujuk mereka untuk memilih pekerjaan lain(A4)

saya rasa macam ini dia sepatutnya minta tolong daripada guru untuk bincangkan dengan ibu bapanya(A4), dan di sekolah boleh belajar sendiri bila cikgu tak ada, jangan membazirkan masalah di sekolah (PK4)-G2

saya rasa dia patut minta guru…Berikan dia biasiswa ke..so boleh kurangkan beban ibu bapa dia dari kerja dipasar malam kerana gaji sedikit…(PK4)

saya rasa mak dia ini pentingkan duit dan tak pentingkan pelajaran… yang penting duit, habis cerita duit.. mereka tahu hidup hari ini susah…tak pentingkan pelajaran(A5)

boleh belajar bila free, atur masa dengan baik-baiklah(PK4)

tapi satu hari nanti cita-cita saya akan tercapai juga, sekurangnya dapat faedah daripada perkara yang saya idamkan(PK3)

DILA mungkin dia lari dari rumah kot, pergi cari kerja sambilan, lepas tu belajarlah

saya cakap kat mak bapak saya, dia orang tak nak dengar, saya cakap ok tak apa, saya

Kena jugak sebab mak bapak kadang-kadang ini menentukan

Supaya mak bapak kita sedar, kita lari bukan kerana kita suka-suka

Page 29: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

378

(PK2) pergi kerja kat pasar malam(A4)

jugak masa depan mak bapak dia sebab jadi pensyarah tak semestinya kita dapat jadi pensyarah(K2)

tetapi kerana kita nak belajar(PK2), lepas dia orang dah marah, pukul ke, lepas tu kita terangkanlah, kita lari sebab itu sebab ini, itu hak kita(A1)..G2

Kita cakap pun dia orang tak nak dengar so terpaksalah lari demi masa depan (PK2)

sebagai anak kita kena ikut cakap mak bapak kita (A4)

Dengarlah.. kita kena dengar cakap mak bapak… kerana kalau mak bapak tak restu…apa yang kita nak buat tak akan jadi(K2)

KRISTINA saya belajar saya tak tolong…itu cita-cita saya..(PK2)

Minta cikgu nasihat dan berbincang dengan dia punya ibu bapa (A4)

Saya mungkin tinggal mak bapak.. (PK2)

panggillah cikgu cakap dengan ibu bapa..atau cakap dengan guru besar (A4)

Dia susah kita pun susah..kita akan periksa nak ujian, mana boleh tolong.. (PK2)

Mungkin kena jumpa ibu bapa lepas tu cakaplah, mesti kena bincang ini macam punya perkara.. (A4)

Boleh juga suruh kawan-kawan bagi tahu sama ibu bapa dia, jangan suruh Lim kerja biar dia belajar, cakap anak dia suka belajar(A4)

DEVI Atau bapa dia boleh ambil orang lain kerja sana(PK4)

Kalau nak jadi pensyarah, kena usaha lagi lepas datang sekolah usaha pada semua mata pelajaran

sebab bapak dia marah suruh datang pasar malam, kena tolonglah (K1)

Page 30: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

379

datang sekolah kena dengar, kalau tak faham kena tanya cikgu, tanya kawan-kawan (A1)

Bapak dia yang bersalah, sebab tak bagi dia belajar (A5)

Itu bukan kerja cuma tolong mak bapak, kerana dia orang tua, kena hormat mereka(K1)

Dia kena cakaplah, bapak saya nak belajar...tak boleh kerja macam ini..(A4)

Page 31: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

380

DILEMA LIM : LELAKI TIDAK SALAH LAKU DAN SALAH LAKU LAMPIRAN Q LM- PELAJAR MELAYU 1- TIDAK SALAH LAKU LC-PELAJAR CINA 2- SALAH LAKU LI-PELAJAR INDIA

ORIENTASI MORAL

ALASAN YANG DIBERI

LM1

LC1

LI1

LM2

LC2

LI2

Orientasi Pertimbangan Kendiri:(PK) Alasan yang memberikan kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama. Mempamerkan perasaan peribadi serta cadangan alternatif yang menguntungkan dan memberikan kebaikan kepada watak utama.

(PK1) Kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama. (PK2) Manfaat kepada watak utama (PK3) Perasaan peribadi kepada watak utama (PK4) Pertimbangan alternatif

/ / ///

/ / ///

/ //

/ / //

// /

// //

Orientasi Keprihatinan:(K) Menyuarakan mengenai perhubungan, pertalian, rasa tanggungjawab watak utama terhadap orang lain.

(K1) Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain (K2) Kesan mengekalkan perhubungan (K3) Perasaan terhadap orang lain (K4) Menjaga kelakuan dan kehormatan diri

/

//

///

/

Orientasi Keadilan: (A) Merujuk kepada peraturan, undang-undang, kebenaran dan kesaksamaan watak utama di suarakan

(A1) Tugas dan tanggungjawab seseorang (A2) Mempertahankan keadilan (A3) Timbal balik (A4) Menurut perintah (A5)Menyalahkan/tidak menyalahkan

//

/

/

//

/

//

/

//////

///

///

/

/

////

//

//

/

Orientasi Gabungan: (G) Lebih daripada satu orientasi disuarakan

(G1)Orientasi Pertimbangan Kendiri-Keprihatinan (G2)Orientasi Pertimbangan Kendiri-Keadilan (G3)Orientasi Keprihatinan-Keadilan

/

/

//

Page 32: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

381

DILEMA LIM : PEREMPUAN TIDAK SALAH LAKU DAN SALAH LAKU LAMPIRAN R PM- PELAJAR MELAYU 1- TIDAK SALAH LAKU PC-PELAJAR CINA 2- SALAH LAKU PI- PELAJAR INDIA / - KEKERAPAN

ORIENTASI MORAL

ALASAN YANG DIBERI

PM1

PC1

PI1

PM2

PC2

PI2

Orientasi Pertimbangan Kendiri:(PK) Alasan yang memberikan kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama. Mempamerkan perasaan peribadi serta cadangan alternatif yang menguntungkan dan memberikan kebaikan kepada watak utama.

(PK1) Kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama. (PK2) Manfaat kepada watak utama (PK3) Perasaan peribadi kepada watak utama (PK4) Pertimbangan alternatif

/

/ / ///

//

///

/

Orientasi Keprihatinan:(K) Menyuarakan mengenai perhubungan, pertalian, rasa tanggungjawab watak utama terhadap orang lain.

(K1) Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain (K2) Kesan mengekalkan perhubungan (K3) Perasaan terhadap orang lain (K4) Menjaga kelakuan dan kehormatan diri

/

//

//

Orientasi Keadilan: (A) Merujuk kepada peraturan, undang-undang, kebenaran dan kesaksamaan watak utama di suarakan

(A1) Tugas dan tanggungjawab seseorang (A2) Mempertahankan keadilan (A3) Timbal balik (A4) Menurut perintah (A5)Menyalahkan/tidak menyalahkan

/

////

/

/

/

/

/

//

////

/

/

/

Orientasi Gabungan: (G) Lebih daripada satu orientasi disuarakan

(G1)Orientasi Pertimbangan Kendiri-Keprihatinan (G2)Orientasi Pertimbangan Kendiri-Keadilan (G3)Orientasi Keprihatinan-Keadilan

/

/

/

Page 33: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

382

LAMPIRAN S

Peserta kajian Lelaki

Orientasi Moral Peserta kajian Lelaki Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim

Kekerapan alasan Peserta kajian tidak salah laku

Peserta kajian salah laku

Orientasi Moral

Reza Chan Raj Shah Yap Siva Orientasi pertimbangan kendiri

5 5 3 4 3 4

Orientasi keprihatinan 2 - 2 3 1 - Orientasi keadilan 7 9 6 2 4 5 Orientasi gabungan 1 1 2 - - -

Peserta kajian perempuan

Orientasi Moral Peserta Kajian Perempuan berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim

Kekerapan alasan Peserta kajian tidak salah

laku Peserta kajian salah laku

Orientasi Moral

Nor Fang Gina Dila Kristina Devi Orientasi pertimbangan kendiri

1 5 - 2 3 1

Orientasi keprihatinan 1 - - 2 - 2 Orientasi keadilan 6 2 2 2 4 3 Orientasi gabungan 1 - 1 1 - -

Page 34: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

383

Kekerapan alasan bagi kategori-kategori Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim

Lelaki Perempuan Alasan yang diberi R C Rj S Y Si N F G D K Dv

(PK1) Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama. (PK2) Manfaat dan kebaikan pada watak utama (PK3) Perasaan peribadi pada watak utama (PK4) Pilihan Alternatif

1 1 3

1 1 3

1 2

1 1 2

2 1

2 2

1

1 1 3

2

3

1

Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi Kekerapan alasan bagi kategori-kategori Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Vignet Dilema Lim

LELAKI PEREMPUAN Alasan yang diberi R C Rj S Y Si N F G D K Dv

K1 Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain K2 Kesan mengekalkan perhubungan K3 Perasaan terhadap orang lain K4 Menjaga kelakuan dan kehormatan diri K5 Berkhidmat demi keharmonian

1

2 3 1 1 2

2

Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi

Page 35: 350 LAMPIRAN D Surat Akuan Saya Pn. Sakhilah binti Shahkat Ali

384

Kekerapan alasan bagi kategori-kategori Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim

LELAKI PEREMPUAN Alasan yang diberi R C Rj S Y Si N F G D K Dv

Tugas dan tanggungjawab seseorang(A1) Mempertahankan keadilan (A2) Timbalbalik (A3) Menurut perintah atau mendapatkan persetujuan (A4) Menyalahkan atau tidak menyalahkan(A5)

2 1 1 2 1

2 1 6

3 3

1 1

4

2 2 1

1 4 1

1 1

1 1

2

4

1 1 1

Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi

Kekerapan alasan bagi kategori-kategori Orientasi Gabungan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim

LELAKI PEREMPUAN Alasan yang diberi R C Rj S Y Si N F G D K Dv

Orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan (G1) Orientasi pertimbangan kendiri-keadilan(G2) Orientasi keprihatinan-keadilan (G3)

1

1

2

1

1 1

Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi