63
HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN 1. Kata Alu-aluan 2 2. Soalan Tugasan 3 3. Pengurusan Kesihatan Diri 4 4. Pendidikan Kesihatan Keluarga 15 5. Set Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 5.1 Rancangan Pengajaran Harian 27 5.2. Lembaran Kerja 1 34 5.3. Lembaran Kerja 2 35 5.4. Lembaran Kerja 3 36 5.5. Lembaran Kerja 4 37 5.6. Lembaran Kerja 5 38 5.7. Lembaran Kerja 6 39 5.8. Lembaran Kerja 7 40 5.9. Lembaran Kerja 8 41 5.10. Lembaran Kerja 9 42 8. Penutup 43 9. Rujukan 44 1 MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

Embed Size (px)

DESCRIPTION

28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

Citation preview

Page 1: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1. Kata Alu-aluan 2

2. Soalan Tugasan 3

3. Pengurusan Kesihatan Diri 4

4. Pendidikan Kesihatan Keluarga 15

5. Set Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

5.1 Rancangan Pengajaran Harian 27

5.2. Lembaran Kerja 1 34

5.3. Lembaran Kerja 2 35

5.4. Lembaran Kerja 3 36

5.5. Lembaran Kerja 4 37

5.6. Lembaran Kerja 5 38

5.7. Lembaran Kerja 6 39

5.8. Lembaran Kerja 7 40

5.9. Lembaran Kerja 8 41

5.10. Lembaran Kerja 9 42

8. Penutup 43

9. Rujukan 44

10. Lampiran

10.1. Lembaran Interaktif 45

10.2. Lembaran Interaktif 46

10.3. CD Modul 47

1MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 2: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1. KATA ALU-ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,

selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya

menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan

dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu

Encik Kamaluddin bin Mokri atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau

dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan

tugasan ini. Hanya Tuhan jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan di

Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai

harganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam

meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala

kesabaran, penat jerih dan lelah pasti ada hikmah disebaliknya.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini. Akhir kata, semoga Allah SWT

melimpah rahmat ke atas mereka yang telah menyumbang kerjasama untuk menjayakan

projek penyelidikan ini.

Terima Kasih.

2MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 3: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

2. SOALAN TUGASAN

1. Aspek pengurusan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan keluarga amat penting

dipraktikkan oleh kita semua untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan

kita terjamin.

Dengan bantuan pengurusan grafik (graphic organizer) yang dipilih, bincangkan kedua-dua

pernyataan di atas dengan mengambil kira kepentingannya serta keutamaannya dalam

kehidupan kita seharian.

(15 markah)

2. Bina SATU set rancangan pengajaran harian (RPH) yang berkaitan dengan bagaimana

untuk anda mengajarkan aspek pengurusan kesihatan diri kepada murid-murid Tahun 5.

(15 markah)

[Jumlah: 30 Markah]

3MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 4: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3. PENGURUSAN KESIHATAN DIRI

3.1. Definisi Pengurusan Kesihatan Diri

Pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa

sempurna. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi asset yang penting

untuk hidup sihat sepanjang hayat.

4MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

PengurusanKesihatan Diri

Pengurusan Kebersihan Tubuh Badan

Pengurusan Tahap Kesihatan

Pengurusan Kebersihan Pakaian

Pengurusan Pemakanan yang Sihat

Pengurusan Berat Badan

Pengurusan Tekanan (Stress)

Page 5: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(a) Pengurusan Kebersihan Tubuh

5MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Pengurusan

Kebersihan Tubuh Badan

Badan

Gunakan air bersih dan sabun

Tangan

Mandi 2 kali sehari

Potong Kuku

Bersihkan dengan air bersih dan sabun

Rambut Mulut

Syampu yang sesuai dengan kulit

rambut

Gosok gigi selepas makan

Guna berus sesuai

Guna ubat gigi

Gunakan floss

Gosok gigi sebelum tidur

Akibat

Kudis

Badan berbau

Sakit Gigi

Cara

Jenis anggota badan

Cara Cara Cara

Akibat

Akibat

Sakit Perut

Akibat

Kutu

Page 6: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan

sabun dan air bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan ini dapat menjauhkan

kita daripada dijangkiti penyakit kulit seperti kudis dan badan berbau.

Tangan kita adalah di antara anggota yang paling banyak mengumpul kuman.

Setiap kali kita memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman orang lain

dipindahkan kepada tangan kita. Bersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali

selepas ke tandas sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan. Kuku yang panjang

akan menyediakan ruang masuk untuk kuman pindah ke mulut dan makanan kita.

Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan bersih.

Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang bersesuaian dengan

jenis kulit kepala. Biasanya terdapat dua jenis kulit kepala iaitu berminyak dan kering.

Pilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Kutu rambut dan masalah kulit kepala

adalah di antara masalah kesihatan yang biasa berlaku. Dapatkan rawatan dan nasihat di

klinik.

Penjagaan mulut termasuk gigi penting dalam pengurusan kesihatan diri. Gosok

gigi menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi. Pastikan mulut dan gigi dibersihkan

setiap kali selepas makan dan sebelum tidur malam. Gunakan, floss untuk membuang

sisa makanan pada celah gigi. Dapatkan pemeriksaan gigi 2 kali setahun. Gunakan alat

pelindung gigi jika terlibat dalam sukan lasak.

Tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk memulihkan

tenaga dan minda. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Kanak-kanak dan remaja

memerlukan masa tidur yang lebih berbanding dengan orang dewasa. Pastikan tubuh

dibersihkan sebelum tidur.

6MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 7: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(b) Pengurusan Kebersihan Pakaian

Negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Tubuh kita cepat berpeluh.

Oleh yang demikian adalah penting untuk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan

pakaian dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita juga perlu membersih dan menjemur

bantal, selimut, tilam dan cadar untuk mengelak pembiakan hama.

7MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Pengurusan

Kebersihan Pakaian

Tukar pakaiansetiap hari

Bantal

Bersihkan pakaian sebelum dipakai semula

Tempat Tidur

Selimut

Tilam Cadar

Bersihkan

Jemur

Pakaian

Cara Penjagaan

Baju

Seluar

Page 8: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

Jantung

Strok

Diabetis

Buah Pinggang Pemeriksaan Tekanan Darah

Saringan paras glokus darah

Indeks Jisim Badan

Saringan paras kolesterol

Ujian Kadar Lemak

Saringan Minda Sihat

Hospital

Klinik

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(c) Pengurusan Tahap Kesihatan

8MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Pengurusan

Tahap Kesihatan

Jenis

Penyakit

Tempat Pemeriksaan Kesihatan

Jenis

Pemeriksaan

Page 9: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Sesetengah penyakit adalah pembunuh senyap. Ada di antara kita tidak

mengetahui bahawa kita sedang diancam penyakit. Misalnya penyakit kardiovaskular

seperti penyakit Jantung dan strok. Penyakit ini dikenal pasti sebagai salah satu

daripada 10 penyebab kematian di Malaysia. Kita boleh mengurus tahap kesihatan

melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Pemeriksaan kesihatan membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal sesuatu

penyakit, misalnya melalui pemeriksaan tahap glukos darah, seseorang dapat mengetahui

sama ada dirinya berisiko untuk mendapat penyakit diabetis

9MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 10: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

KarbohidratProteinLemakVitamin

Dll

Pengurusan Pemakanan Yang Sihat

Memberi TenagaMembina Badan

Mencegah Penyakit

Komponen Makan Seimbang Faedah Makan Seimbang

Sarapan PagiMakan Tengahari

Makan Malam

Waktu Makan Utama

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(d) Pengurusan Pemakanan Yang Sihat

10MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 11: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Makanan seimbang bermaksud makanan yang terdiri dari komponen karbohidrat,

protein, lemak, vitamin dan lain-lain. Pengambilan makanan seimbang daripada setiap

komponen akan memberi tenaga, membina badan dan mencegah penyakit.

Pengurusan pemakanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan seseorang.

Tiga waktu makan utama ialah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Kita

dinasihatkan supaya wajib makan sarapan pagi. Pengambilan sarapan pagi mampu

memberikan kita tenaga untuk memulakan kerja. Tenaga dan zat-zat ini perlu ditambah

untuk memulih tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Makan mengikut keperluan

adalah salah satu daripada pengurusan amalan makan yang sihat. Pengambilan jumlah

makanan hendaklah bersesuaian dengan jenis pekerjaan atau penggunaan tenaga kita.

Kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar dan aktif secara fizikal memerlukan jumlah

makanan yang banyak. Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai petani, nelayan

dan buruh. Penggunaan tenaga mereka adalah tinggi. Mereka yang bekerja tanpa

memerlukan penggunaan tenaga yang banyak seperti bekerja di pejabat kurang

memerlukan tenaga yang banyak. Oleh yang demikian, amalan makan berlebihan akan

menyebabkan badan mereka menyimpan lebih tenaga dalam bentuk lemak. Lemak yang

berlebihan ini akan menyebabkan seseorang menjadi gemuk.

11MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 12: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(e) Pengurusan Berat Badan

12MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Pengurusan

Berat Badan

Diabetis

Jantung

Darah Tinggi

Kanser

Akibat

Obesiti

Punca

Obesiti

Cara

Mengatasi

Kurang Bersenam

Merokok

Kecergasan Fizikal

Page 13: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Obesiti merupakan salah satu risiko untuk mendapat penyakit diabetis, jantung,

darah tinggi dan kanser. Risiko lain ialah merokok dan kurang bersenam. Di Malaysia,

prevalen penyakit diabetis dalam kalangan penduduk Malaysia pada tahun 1986 ialah

6.3% dan meningkat kepada 8.3% pada tahun 1996. (National Health and Morbidity

Survey, 1996).

Fizikal yang cergas adalah satu indikator untuk kesihatan tubuh badan.

Kecegasan fizikal di sini tidak merujuk kepada senaman yang tetap semata-mata. Ia meliputi

segala aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal seperti menjalankan kerja di rumah dan

membersihkan kawasan rumah. Aktiviti fizikal memerlukan tenaga yang berupa

pembakaran lemak dalam tubuh kita. Pembakaran lemak secara konsisten akan

menyisihkan lebihan lemak yang disimpan di dalam badan. Penyisihan lemak mengelak

badan daripada berlebihan berat. Aktiviti fizikal akan meningkatkan high density lipoprotein

(HDL) atau lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk melindungi jantung. Ia

adalah bahan darah yang dapat memungut kolesterol dan membantu membuangnya dari

badan melalui hati. Ia dikenali sebagai kolesterol baik.

13MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 14: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(f) Pengurusan Tekanan (Stress)

PuncaJenis

TindakbalasAkibat

Cara

Mengatasi

Tekanan

PerubahanFizikal

Penyalahgunaan

DadahPengurusan Masa

Tekanan

CabaranEmosi

Minuman

BeralkoholPengurusan Kerja

Mental Pemikiran Positif

Komunikasi Positif

Bantuan orang lain

Tekanan (stress) adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap

perubahan dan cabaran. Stres boleh dialami sama ada di rumah, sekolah dan tempat

kerja. Stres yang sedikit boleh menjadi faktor motivasi kepada kita. Seseorang individu

yang mengalami stres yang serius mungkin cenderung untuk terlibat dalam

penyalahgunaan dadah dan alkohol. Kita mesti belajar hidup dengan stres kerana ia

adalah sebahagian dari kehidupan. Belajar mengurus stres dapat menjauhkan

kerunsingan. Pengurusan masa dan kerja secara bijak dapat membantu mengurangkan stres.

Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif. Dapatkan bantuan jika tidak mampu

menguruskan tekanan dengan sendiri.

14MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 15: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

Tubuh Badan Manusia

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

4 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

4.1. Definisi

Pendidikan kesihatan adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam

lingkungan individu dan komuniti. Pendidikan kesihatan keluarga bertujuan untuk

meningkatkan status kesihatan ke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan

setiap ahlinya. Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan sebagai

suatu matlamat yang ingin dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu amalan kehidupan

seharian. Pendek kata, ia melibatkan usaha-usaha setiap ahli dalam keluarga itu untuk

mencapai tahap kesihatan yang baik demi kesejahteraan mereka.

15MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Kesihatan Diri Dan Keluarga

Nilai Moral Dan Agama

Pendidikan

Kesihatan

Keluarga

Page 16: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(a) Tubuh Badan Manusia

16MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Sistem Rangka

Sistem

Penghadaman

Sistem Otot

Sistem

Kardiovaskular

Sistem Limfatik

Sistem

Endokrin

Sistem

Saraf

Sistem

Perkumuhan

Sistem

Reproduktif

Sistem Saraf Mengumpul, menghantar

dan memproses maklumat di antara otak,

saraf tunjang, saraf pheriferal dan saraf.

Memberi sokongan, perlindungan dan struktur

kepada organ-organ.

Pergerakan anggota tubuh badan

Mengepam dan menghantar darah dalam badan

Keseimbangan bendalir dalam

badan, perkumuhan air kencing

serta keseimbangan elektrolit.

Pemindahan limfa di antara tisu dan darah

Memproses makanan

Suatu bentuk komunikasi dalam badan

menggunakan hormon yang dikeluarkan

oleh kelenjar hormon seperti hipotalamus,

kelenjar tiroid, kelenjar adrenal dan

sebagainya.

Mengandungi organ reproduktif lelaki

dan perempuan.

Page 17: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Tubuh badan manusia terbahagi kepada beberapa sistem. Dalam setiap sistem terdapat

beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan tersendiri. Sebagai sebuah sistem,

setiap organ dan jaringan saling bergantungan di antara satu sama lain tetapi mempunyai

matlamat yang sama iaitu mengekalkan keseimbangan.

17MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 18: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(b) Kesihatan Diri dan Keluarga

18MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Kesihatan Diri dan Keluarga

Kebersihan Tubuh Badan

Amalan Pemakanan Sihat

Melakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan

Fizikal

Amalan Kesihatan Mental yang Baik

TidakMerokok

Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak

Jenis

Page 19: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Tunjang utama kepada kesihatan diri dan keluarga ialah amalan cara hidup sihat.

Perubahan penyakit pada masa dahulu dengan masa kini ialah daripada penyakit berjangkit

seperti malaria, kolera dan taun kepada penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak

sihat seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan buah pinggang.

Amalan cara hidup sihat dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti ini.

Amalan kesihatan diri dalam konteks sesebuah keluarga perlu melihat peranan setiap ahli

dalam sesebuah keluarga. Keluarga yang sihat melahirkan anak yang sihat.

Kesihatan diri dan keluarga berfokus kepada:

(a) Kebersihan Tubuh Badan

Kebersihan tubuh badan meliputi penjagaan kebersihan rambut,

kesihatan gigi, tangan, muka, kaki dan kulit. Penjagaan kebersihan tubuh

badan ialah melalui mandi, memotong kuku, memberus gigi serta membasuh

tangan.

(b) Amalan Pemakanan Sihat

Amalan pemakanan sihat dalam sesebuah keluarga memerlukan

perancangan, penyediaan dan penyajian makanan yang seimbang untuk

keluarga. Makanan yang sihat tidak semestinya makanan yang mahal.

Misalnya, buah-buahan yang penuh berzat tidak semestinya buah-buahan

import seperti epal atau anggur tetapi buah-buahan tempatan seperti betik,

pisang dan limau.

(c) Melakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan Fizikal

Aktiviti fizikal ialah sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan

anggota badan serta menggunakan tenaga. Ia amat penting untuk

meningkatkan tahap kecergasan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit

yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari seperti penyakit jantung, angin

ahmar, darah tinggi, kencing manis dan obesiti. Amalkan bersenam sekurang-

kurangnya tiga kali seminggu dengan setiap sesi sekurang-kurangnya selama

19MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 20: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

30 minit. Jika kita tidak dapat melakukannya kerana kesibukan di tempat

kerja, jangan berputus asa tetapi amalkan tabiat berjalan kaki, berkebun,

mencuci kereta atau naik tangga tanpa menggunakan lif. Amalan ini juga

boleh merupakan satu bentuk senaman.

(d) Amalan Kesihatan Mental yang Baik

Pengurusan stres atau tekanan merupakan salah satu komponen

kesihatan yang amat penting. Stres perlu diurus dengan bijak. Kita tidak dapat

mengelakkan stres sama ada di tempat kerja atau di rumah.

Amalkan pemikiran dan sikap sebagai salah satu langkah ke arah

kesihatan mental yang baik. Berikut adalah beberapa kaedah pengurusan stres

yang dapat menjamin kesihatan mental kita sentiasa berada dalam keadaan

yang baik.

Bagaimanakah caranya untuk menangani stres? Ianya boleh dilakukan

dengan teknik penyelesaian masalah yang efektif. Rajah 3.5 menggariskan

kaedah yang boleh digunakan untuk mengurus atau menyelesaikan masalah.

(e) Tidak Merokok

Merokok merupakan salah satu amalan yang meningkatkan risiko

seseorang itu mendapat penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan kencing

manis. Di samping itu, amalan merokok yang tidak sihat ini juga

membazirkan! Merokok bukan setakat membahayakan si perokok tetapi orang

lain di sekeliling mereka. Ini dinamakan sebagai perokok pasif. Walaupun

mereka tidak merokok tetapi boleh menghidu asap rokok yang dihembuskan

oleh perokok. Mereka mungkin ahli keluarga seperti anak atau isteri atau

mungkin rakan pejabat. Mari kita lihat apakah kebaikan yang akan diperolehi

oleh seseorang yang tidak merokok serta panduan berhenti merokok

20MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 21: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(f) Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak

21MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak

Perancangan Keluarga Kesihatan Bayi

Kesihatan Ibu Hamildan

Selepas Bersalin

Jenis

Page 22: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(i) Perancangan Keluarga

Pasangan suami isteri perlu bijak mengurus dan merancang

keluarga mengikut kemampuan ekonomi dan sosial. Khidmat nasihat

secara professional berkaitan perancangan keluarga boleh diperoleh

daripada pakar kesihatan keluarga di klinik kesihatan kerajaan, hospital

kerajaan atau hospital swasta. Pada masa kini, tanggungjawab kepada

keluarga bukan setakat memenuhi keperluan asas tetapi member

pendidikan dan penjagaan kesihatan yang secukupnya kepada

anakanak. Anak-anak mesti mempunyai pendidikan berkualiti,

penjagaan kesihatan menyeluruh dan mengamalkan tingkah laku yang

sihat.

(ii) Kesihatan Ibu Hamil dan Selepas Bersalin

Pemeriksaan secara berkala semasa hamil amat penting.

Masalah awal atau komplikasi semasa hamil boleh dirawat jika dikenal

pasti dengan lebih awal. Amalan pemakanan sihat penting untuk si ibu

dan bayi dalam kandungan dan selepas bersalin. Begitu juga dengan

sokongan suami dari segi emosi sebelum dan selepas isteri bersalin.

Ibu-ibu terutamanya yang pertama kali hamil perlu mendapatkan

maklumat yang secukupnya berkaitan penjagaan kesihatan ibu hamil

dan cara-cara bersalin. Mereka tidak harus terpengaruh dengan petua

atau pantang-larang yang boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi

yang dilahirkan. Penyusuan susu ibu harus diberi kepada bayi untuk

sekurang-kurangnya enam bulan pertama.

22MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 23: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(iii) Kesihatan Bayi

Penjagaan kesihatan bayi untuk dua tahun pertama memerlukan

mereka dibawa ke klinik kesihatan secara berkala untuk mendapat

suntikan imunisasi dan pemeriksaan fizikal. Amalan pemakanan yang

sihat, kebersihan dan pemberian imunisasi secara berkala amat penting

untuk menjamin kesihatan bayi. Dalam tempoh usia satu tahun pertama

bayi amat mudah dijangkiti penyakit. Pemberian imunisasi dapat

memberi mereka perlindungan daripada penyakit berjangkit seperti

polio, tetanus (kancing gigi), difteria, campak, hepatitis B dan tibi.

Pemeriksaan berat badan bertujuan untuk melihat perkembangan bayi

mengikut bulan. Di samping itu, doktor atau jururawat akan menguji

gerak balas bayi terhadap rangsangan.

(g) Peranan Keluarga

Andaian kita terhadap sesebuah keluarga ialah bapa sebagai ketua

keluarga manakala ibu sebagai penjaga. Anak perempuan atau anak lelaki

mempunyai peranan untuk mengikut apa yang disuruh oleh ibu bapa. Namun

peranan ini semakin berubah dengan bertambahnya kes-kes perceraian. Ini

mewujudkan istilah ibu tunggal atau bapa tunggal. Di samping itu, isu-isu

seperti remaja lari dari rumah kerana pelbagai factor seperti penderaan,

perpecahan rumah tangga, inginkan kebebasan atau terjebak dengan gejala

yang tidak sihat. Isu anak-anak menghantar ibu bapa yang sudah tua atau

meninggalkan mereka di rumah orang tua atas alasan tidak ada masa untuk

menjaga mereka sering berlaku.

23MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 24: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(h) Institusi Perkahwinan

Perkahwinan menjadi isu apabila ia tidak dilakukan mengikut nilai dan

norma sesebuah masyarakat. Antara isu-isu tersebut adalah seperti berkahwin

atas dasar paksaan, kahwin lari kerana tidak dipersetujui oleh ibu bapa serta

perceraian. Persoalan juga timbul seperti ingin berkahwin tetapi tidak bersedia

dari segi kewangan dan emosi. Individu sama ada lelaki atau wanita yang

semakin lewat berkahwin atau langsung tidak berkahwin juga merupakan

salah satu isu yang kerap dibincangkan.

24MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 25: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(d) Nilai Moral dan Agama

25MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Nilai Moral

dan

Agama

Bertingkah-laku di luar

batasIsu Gander

Sumbang Mahram

Homenseksual

Pencabulan

Kes Rogol

Kes Buang Bayi

Kehamilan Remaja

Isu Seksualiti

Page 26: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Terdapat isu-isu seksualiti dan gender yang berkaitan dengan nilai moral dan agama.

Ianya dibincangkan seperti berikut:

(a) Seksualiti

Isu-isu berkaitan dengan masalah kesihatan seksualiti seperti

kehamilan remaja, kes membuang anak, kes rogol, pencabulan, homoseksual

dan sumbang mahram sering menjadi topik hangat perbincangan.

(b) Gender

Isu-isu yang berkaitan dengan peranan gender pula adalah seperti

bertingkah laku melampaui batas dari nilai dan norma yang ditetapkan oleh

masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan.

26MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 27: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3. RANCANGAN MENGAJAR (RPH) PENGURUSAN KESIHATAN DIRI

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan

Tarikh : 07 Mac 2010

Hari : Rabu

Masa : 7.20 pagi – 8.30 pagi (70 minit )

Tahun : 5 Al-Farabi

Bilangan Murid : 32 orang ( 15 lelaki & 17 perempuan)

Tunjang : Kesihatan Diri dan Keluarga (Tahap 1)

Tajuk : Kesihatan Diri

Sub Tajuk : Mengenali Bahagian-bahagian Anggota Badan

Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran murid dapat:

Hasil Pembelajaran : Aras 1 :

Memahami maksud akil baligh, haid dan ihtilam.

Menerangkan perubahan fizikal semasa akil baligh.

Menerangkan langkah penjagaan kebersihan yang diambil

semasa haid dan ihtilam.

Kognitif :

1. Mengenali bahagian-bahagian dan fungsi-fungsi anggota badan.

2. Menyatakan secara lisan bahagian-bahagian anggota badan.

Afektif :

1. Berasa seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran

2. Bekerjasama dengan ahli kumpulan menulis semula semua anggota dan fungsi

badan.

27MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 28: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Pengetahuan sedia ada :

1. Murid pernah mengenali anggota badan dan fungsinya hasil didikan awal

keluarga.

2. Murid mempunyai pendedahan awal semasa pra sekolah

Penerapan Nilai :

1. Kerjasama

2. Tanggungjawab

3. Menyayangi diri sendiri

Penggabungjalinan :

1. Sains (Fungsi tubuh badan Manusia)

2. Lukisan (Melakar bentuk Anggota badan)

3. Muzik (Nyanyian)

Alat Bantu Mengajar :

1. Kertas Soalan

2. Gambarajah

3. Kertas Mahjong

28MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 29: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LANGKAH/

MASAISI PELAJARAN

AKTIVITI

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN/

BAHAN

BANTU

MENGAJAR

(BBM)

SET

INDUKSI

(5 minit)

Lagu –

“Aku Dah Dewasa”

Rentak –

“Old McDonald Had A

Farm”

TKP :

Kecerdasan muzik

dan kinestatik

Murid diminta menari dan

menyanyikan bersama-sama

guru, lagu “Aku Dah

Dewasa”

Guru membuat perkaitan

antara lirik lagu dengan isi

pembelajaran hari ini.

Slaid

Powerpoint

Penggabungjalin

an

Pendidikan

Muzik.

LANGKAH

1

(15 minit)

Contoh Soalan:

Apakah maksud akil

baligh.?

Apakah maksud haid?

Apakah maksud ihtilam?

Jawapan

Akil baligh – Satu proses

yang berlaku semasa

proses pertumbuhan dan

pembesaran manusia.

Haid - Darah yang keluar

dari rahim.

Ihtilam – Suatu keadaan

apabila air mani keluar

secara tidak sedar semasa

bermimpi sesuatu yang

memberahikan

Guru bertanya secara

rambang kepada murid

tentang maksud akil baligh,

haid dan ihtilam.

Murid diminta memberi

maksud berdasarkan

pemahaman sedia ada

mereka.

Guru menerangkan

maksud akil baligh, haid

dan ihtilam dengan

menayangkan slaid

powerpoint.

Murid diminta mencatat

setiap maksud tersebut

Slaid

Powerpoint

29MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 30: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

sebagai bahan hafazan.

LANGKAH

2

(20 minit)

Menyenaraikan

perubahan-perubahan

fizikal yang berlaku

selepas akil baligh.

KBKK

Proses

Perbandingan

Pembentangan oleh wakil

kumpulan

TKP

Kecerdasan

Linguistic Rumusan

Perubahan perubahan

Fizikal selepas akil baligh.

Murid dibahagikan kepada

4 kumpulan yang terdiri

daripada 2 kumpulan murid

lelaki dan 2 kumpulan

murid perempuan.

Setiap ahli kumpulan adalah

seramai 6 orang.

Kumpulan murid lelaki akan

dibekalkan dengan kad

gambar L manakala

kumpulan murid

perempuan dibekalkan

dengan kad gambar P..

Setiap kumpulan diminta

berdiskusi dan

menyenaraikan

perubahan-perubahan fizikal

yang mereka nampak di

dalam kad gambar masing-

masing.

Wakil kumpulan akan

menyusun dan membacakan

hasil dapatan kumpulan

masing-masing.

Setiap kumpulan diedarkan

dengan modul pengajaran

Kad Gambar

Slaid

Powerpoint

Lembaran

aktiviti

30MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 31: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

untuk dibuat perbandingan

dan juga catatan. (Bahan

pengukuhan)

Guru membimbing murid

membuat rumusan tentang

perubahan-perubahan yang

berlaku selepas akil baligh.

Murid diedarkan dengan

lembaran aktiviti.

Hasil dapatan murid

disemak oleh guru.

LANGKAH

3

(15 minit)

Menyatakan langkah-

langkah penjagaan

kebersihan semasa

haid dan ihtilam

KBKK

Proses menyusun ikut

kriteria

Guru bertanyakan murid

jika ada di antara mereka

yang mengenali produk

dengan jenama “stayfree”,

“kotex”, “whisper”,

“laurier” dan lain-lain

jenama.

Bersoal jawab dengan murid

tentang kegunaan tuala

pelekat wanita dan iklannya

di kaca televisyen.

Murid diedarkan dengan

satu petikan karangan.

Murid menyenaraikan

Kad Gambar

31MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 32: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

langkah-langkah

penjagaan kebersihan

berdasarkan petikan yang

dibaca

Guru membantu murid

membina pengukuhan yang

peripentingnya menjaga

kebersihan khususnya

semasa haid.

LANGKAH

4

(15 minit)

Mengulangi dan ingat

kembali maksud akil

baligh, haid dan ihtilam.

Generalisasi tentang

perubahan perubahan

Fizikal semasa akil baligh.

Kepentingan menjaga

kebersihan semasa haid.

KBKK : Membina

Guru meminta murid

menyebut dan mengingat

kembali maksud akil baligh,

haid dan ihtilam.

Murid menyatakan yang

mereka akan mengalami

perubahan fizikal apabila

mencapai akil baligh.

Guru mengingatkan dan

menegaskan kepada murid

agar memahami situasi

semasa haid dan bersedia

menghadapinya.

Guru menegaskan perbuatan

mengejek kawan yang

dalam haid adalah perbuatan

tidak matang dan tiada

sopan serta tidak

• Hasil kerja

berkumpulan

(melibatkan

keseluruhan

kelas)

32MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 33: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

menghormati perasaan

orang lain. Lagipun, haid

adalah

fungsi normal badan

perempuan

yang sihat dan bersifat

peribadi.

Guru menggalakan murid

menambah pengetahuan

melalui

pembacaan buku-buku

mengenai

akil baligh, haid dan

ihtilam.

PENILAIAN

(3 minit)

Beberapa orang murid

akan ditanya berkaitan

kefahaman terhadap isi

pelajaran.

Rumusan isi pelajaran

daripada guru

33MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 34: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 1

SET INDUKSI

34MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 35: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 2

LANGKAH 1

Penerangan guru dan soal-jawab.

35MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 36: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 3

LANGKAH 2

KAD AKTIVITI

( UNTUK PELAJAR PEREMPUAN)

36MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 37: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 4

LANGKAH 2

KAD AKTIVITI

( UNTUK PELAJAR LELAKI)

37MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 38: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 5

LANGKAH 2

Senaraikan perubahan fizikal selepas akil baligh

38MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

PEREMPUAN DIRI SAYALELAKI

PERUBAHAN FIZIKALSEMASA AKIL BALIGH

Page 39: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 6

LANGKAH 3

39MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 40: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 7

LANGKAH 3

Baca petikan di bawah dan senaraikan langkah-langkah penjagaan kebersihan berdasarkan

petikan yang dibaca.

Ani seorang murid Tahun 5 Bestari di sebuah sekolah di Daerah Johor

Bahru. Ani seorang murid yang aktif dalam kokurikulum dan dalam masa

yang sama sangat cemerlang dalam akademik. Beliau dilantik sebagai

Penolong Ketua Murid sesi persekolahan tahun 2010.

Seperti murid-murid lain yang sebaya dengannya, Ani sudah mula

didatangi haid. Walaupun pada mulanya Ani agak tidak selesa dan

bermasalah namun semua terkawal kerana Ani sudah bersedia untuk

menghadapinya. Ani sentiasa nampak ceria dan cergas walaupun semasa

haid.Ani bijak menjaga kebersihan dirinya semasa dala keadaan haid.

Badannya sentiasa bersih. Kebersihan pakaiannya sentiasa dijaga.

Ani menggunakan tuala pelekat yang sesuai untuk dirinya. Ani selalu

memastikan tuala pelekat yang telah digunakan dibuang di tempat yang

betul. Ani tetap aktif dalam gerak kerja kokurikulum walaupun semasa haid.

Pendek kata haid tidak mengganggu rutin hariannya.

40MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 41: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 8

LANGKAH 3

41MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Langkah-langkah penjagaan kebersihan Semasa

Haid

LANGKAH 1

LANGKAH 2

LANGKAH 3

LANGKAH 4

LANGKAH 5

Page 42: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

LEMBARAN AKTIVITI 9

LANGKAH 3

42MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 43: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

8. PENUTUP

Institusi keluarga adalah tunjang kepada kekuatan sesebuah negara. Jika ia tidak teguh

maka lemahlah sesebuah negara. Keluarga yang sihat adalah tonggak kepada pembangunan

insan sesebuah negara. Penghayatan kepada nilai dan norma yang terkandung dalam amalan

pendidikan kesihatan keluarga mampu melahirkan warga sekolah yang sihat

Dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara hidup sihat adalah satu aset untuk

kehidupan seharian. Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita

dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang terbaik mengikut kemampuan

kita. Oleh itu, pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat melihat kepada aspek kesihatan

sahaja tetapi perlu melihat kepada aspek ekonomi dan sosial.

Matlamat pendidikan kesihatan keluarga ialah untuk meningkatkan pengetahuan,

sikap serta kemahiran dalam mengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat menuju atau

mencapai taraf kesihatan keluarga yang optimum. Keluarga sihat ditakrifkan sebagai keluarga

yang memenuhi keperluan fizikal, psikologikal, sosial dan kerohanian ahli-ahlinya. Dengan

memenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh mencapai kesejahteraan optimum daripada segi

fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001). Ini mampu

melahirkan generasi rakyat Malaysia yang sihat dan cergas pada masa akan datang.

43MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 44: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

9. RUJUKAN

Mok Soon Sang. (2004). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2001). Sihat Sepanjang Hayat . Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme; Julai 2001: Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Sani Ibrahim, (1998) Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-guru

Sekolah Bestari. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

44MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 45: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

10.1. LAMPIRAN 1

RPH TAHUN 5

45MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 46: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

10.2. LAMPIRAN 2

LEMBARAN

INTERAKTIF

46MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 47: 28794941 Pendidikan Kesihatan Diri Dan Keluarga

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

10.3. LAMPIRAN 3

CD PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

47MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303