11
TAJUK 2 : ASAS SISTEM KOMPUTER PENDAHULUAN Secara mudah komputer boleh ditafsirkan sebagai alat yang digunakan untuk mengira. Maka sebarang alat walaupun sebuah sempoa boleh juga dipanggil komputer. Pada masa ini komputer adalah sebuah mesin yang berkebolehan untuk menyimpan, mendapatkan semula dan memproses pelbagai maklumat. Maklumat tersebut mungkin dalam bentuk nombor, perkataan, ganbar ataupun bunyi. Fungsi dan Bahagian Utama Komputer Rajah 1 : Bahagian-bahagian sebuah unit komputer dan perkakasan. Asas Sistem Komputer terdiri daripada: Perkakasan ( Hardware ) Unit Pemprosesan Perisian ( Software ) Perkakasan terdiri daripada: 1. Peranti Input - di mana pengguna dapat memasukkan data ke dalam komputer. Di antara contoh-contoh peranti output ialah; kayu ria tetikus papan kunci kad tebuk telefon menyentuh skrin monitor 2. Pemprosesan (memory) dimana data diproses. Ingatan Utama RAM - ROM Ingatan Sekunder disket - CD

2.2.1 Peranti Input

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2.2.1 Peranti Input

TAJUK 2 : ASAS SISTEM KOMPUTER

PENDAHULUAN Secara mudah komputer boleh ditafsirkan sebagai alat yang digunakan untuk mengira. Maka sebarang alat walaupun sebuah sempoa boleh juga dipanggil komputer. Pada masa ini komputer adalah sebuah mesin yang berkebolehan untuk menyimpan, mendapatkan semula dan memproses pelbagai maklumat. Maklumat tersebut mungkin dalam bentuk nombor, perkataan, ganbar ataupun bunyi.

Fungsi dan Bahagian Utama Komputer

Rajah 1 : Bahagian-bahagian sebuah unit komputer dan perkakasan.

� Asas Sistem Komputer terdiri daripada: Perkakasan ( Hardware ) Unit Pemprosesan Perisian ( Software )

� Perkakasan terdiri daripada: 1. Peranti Input - di mana pengguna dapat memasukkan data ke dalam komputer.

Di antara contoh-contoh peranti output ialah; • kayu ria • tetikus • papan kunci • kad tebuk • telefon • menyentuh skrin monitor

2. Pemprosesan (memory) – dimana data diproses. • Ingatan Utama – RAM

- ROM • Ingatan Sekunder – disket

- CD

Page 2: 2.2.1 Peranti Input

3. Peranti Output - dimana data dapat dikeluarkan atau dibaca daripada komputer. • monitor • pencetak • pembesar suara

4. Peranti Input

Peranti input merupakan perkakasan yang berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer. Ia terdiri daripada papan kekunci dan tetikus. Peranti pemprosesan mengandungi Unit Pemprosesan Pusat, Memori, dan Storan. Sementara monitor dan pencetak pula dikategorikan sebagai peranti output.

Maklumat yang dimasukan ke dalam komputer untuk diproses akan melalui peranti input. Maklumat ini boleh berbentuk: • teks • data • grafik • imej • bunyi

Alat-alat input terdiri daripada: • Kad tebuk Merupakan salah satu cara input data yang mula-mula digunakan oleh komputer. Penggunaannya dalam pemprosesan data dipopularkan oleh Dr herman Hollerith. Kad ini terdiri daripada turusturus 96 dan 80. Setiap turus melambang jumlah turus dan setiap satu turus mewakili satu abjad, nombor atau simbol. Input pada komputer dilakukan oleh mesin pembaca kad tebuk. Maklumat pada kad diwakili dalam bentuk kombinasi tebukan lubang-lubang yang ditentukan mengikut Kod Hollerith • Pita kertas Berfungsi sama seperti kad tebuk tetapi ia juga mewakili output di samping input. Pada asalnya, pita kertas digunakan untuk menghantar pesanan telegraf. Seperti kad tebuk, pita kertas membaca dan merekod data berpandukan kombinasi lubang. Setiap aksara, nombor dan simbol mempunyai kod tersendiri. Kod ini ditafsir maksudnya di dalam komputer oleh mesin pembaca kertas. • Papan Kekunci Peranti yang berbentuk mesin taip diguna untuk memasuk data atau teks ke dalam kenyataan untuk diproses.

Rajah 2 : Papan kekunci jenis 101 kekunci

Page 3: 2.2.1 Peranti Input

Terdapat tiga jenis papan kekunci

o 84 kekunci

o 101 kekunci

o 102 kekunci

� Pada umumnya, sesuatu papan kekunci mengandungi jenis kunci seperti berikut::

o Butang kekunci mesin taip

o Ruang menaip biasa dengan nombor dan aksara seperti mesin taip.

o Butang kekunci numerik

o Ruang nombor untuk memasukkan angka. Tekan Numlock untuk

menggunakannya

o Butang Kursor

o Kekunci untuk menggerakkan kursor di antara aksara atau barisan.

o Butang fungsi

o Kekunci untuk mengendalikan sesuatu fungsi yang diprogramkan

o Butang kekunci komputer

o Sekumpulan kekunci hanya terdapat pada papan kekunci komputer sahaja,

contohnya: 1. ALT ( Alternate) 2. CTRL (Control) 3. ESC (Escape) 4. ENTER

o Butang kekunci “Toggle”

o Kekunci yang berfugsi “ON” atau “OFF” sekali tekan menghidupkan fungsi dan

sekali tekan lagi mematikan fungsi. Contohnya

1. NUM LOCK (Kunci nombor) 2. CAPS LOCK (Kunci huruf besar/kecil) 3. SCROLL LOCK (Kunci Paparan)

Rajah 3 : Kayuria dan Tetikus

Page 4: 2.2.1 Peranti Input

• Tetikus Sesuatu peranti penuding yang disambungkan pada computer berupa seakan-akan seekor tikus yang mempunyai ekor yang panjang. Tetikus ini sering digunakan dengan animasi, grafik dan program desktop publishing. Dengan menggunakan tetikus ini kita dapat meletakkan penunding di mana-mana kawasan pada skrin. Terdapat 3 jenis tetikus: � Q Tetikus 1 butang � R Tetikus 2 butang � S Tetikus 3 butang

• Tablet grafik

• Skrin sentuh (Touch screen)

Rajah 5 : Penggunaan jari pada skrin sentuh

Rajah 4 : Tablet grafik digunakan untuk Lukisan Terbantu Komputer.

Skrin sentuh adalah sejenis monitor yang sensitif kepada sentuhan. Teknik ini membolehkan pengguna menggunakan sentuhan jari pada ikon di skrin untuk mengaktifkan sesuatu arahan.

Page 5: 2.2.1 Peranti Input

• Pengimbas (Scanner)

Rajah 6 : Pengimbas

• Pad sentuhan

• Pemacu cakera

Rajah 7 : Jenis pemacu cakera

Pengimbas digunakan untuk mengimbas teks atau imej grafik untuk dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses. Ianya perlu disambungkan pada sistem unit dengan menggunakan program

.

Rajah 1.13 : Pad sentuhan pada komputer bimbit.

Page 6: 2.2.1 Peranti Input

• Kamera digital

• Pembaca kod bar

Rajah 9 : Pembaca Kod Bar

5. Peranti Output Maklumat-maklumat yang dibaca melalui peranti input akan diproses oleh CPU dan dihantar kepada peranti output. Maklumat yang dihasilkan boleh berbentuk:

• Teks • Data • Grafik / imej • Bunyi / suara

Rajah 8 : Kamera Digital yang digunakan untuk komunikasi

Peranti ini digunakan dengan meluas dalam perniagaan. Ianya digunakan untuk mengimbas maklumat yang berbentuk kod bar pada barangan seperti minuman dalam tin, buku-buku dan sebagainya. Peranti ini memerlukan perisian yang tertentu dan disambungkan pada komputer sebelum ianya dapat digunakan.

Page 7: 2.2.1 Peranti Input

Alat-alat output terdiri daripada: 1. Monitor

Rajah 10 : Monitor

Terdapat 2 jenis monitor: • Monokrom • Monitor jenis ini memerlukan kad adapter yang disambungkan pada unit system sebelum ianya dapat berfungsi sebagai unit paparan. • Monitor Warna • Monitor warna juga memerlukan kad adapter yang disambung pada unit sistem sebelum ianya dapat berfungsi. Kita juga perlu memahami bahawa apabila dirujuk kepada sistem paparan, ianya bermaksud monitor beserta kad adapter. • Berikut adalah beberapa jenis monitor warna yang tertdapat dalam pasaran: • CGA (Color Graphic Adapter) • Resolusi 640 x 200 • EGA (Enhanced Graphic Adapter) • Resolusi 649 x 350 • 16 warna • VGA (Video Graphic Array) • Resolusi 640 x 480 • 256 warna • SVGA (Super Video Graphic Array) • Resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 • XGA (Extended Graphic Array) • Resolusi 2048 x 2048

Monitor juga dikenali dengan berbagai nama seperti VDU (Video/Visual Display Unit), Console, CRT ( Cathode Ray Tube ) atau skrin. Fungsi monitor adalah untuk memaparkan maklumat. Apa yang ditaipkan pada papan kekunci akan dipaparkan pada skrin monitor. Tanpa monitor kita tidak dapat mengetahui apa yang kita taip. Komunikasi di antara kita dengan komputer akan terhalang.

Page 8: 2.2.1 Peranti Input

2. Pencetak

Pencetak Matriks Bintik Pencetak Pancutan Dakwat

Pencetak Laser Pencetak Terma

Pencetak adalah suatu peranti yang digunakan untuk menghasilkan maklumat di kertas.

Pencetak Matriks Bintik Output daripada pencetak ini terdiri daripada bintik-bintik halus yang dicetak di kertas. Pencetak ini sesuai untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan kehalusan.

Page 9: 2.2.1 Peranti Input

3. Storan Penstoran juga dipanggil storan tambahan atau bantuan menyimpan data, arahan dan maklumat untuk kegunaan akan datang

Peranti storan boleh berfungsi sebagai input dan output. Contohnya setiap kali peranti storan menghantar data, arahan dan maklumat dari perantara storan ke memori - proses ini dipanggil 'read' maka ia berfungsi sebagai input. Sebaliknya bila peranti storan menghantar data dari memori ke perantara storan - proses ini dipanggil 'writing' maka ia berfungsi sebagai output.

Jenis-jenis storan • Pita magnetik • Cakera liut

Cakera liut atau disket ialah perantara storan yang mudah dibawa dan murah. Ia boleh digunakan dari satu komputer dengan komputer yang lain. Sebelum menyimpan data dalam disket ia mestilah di format dahulu. 'Formatting' ialah proses memformat sesuatu disket atau cakera keras dengan aplikasi tertentu.

Rajah 12 : Cakera liut

Cakera padat Rajah 13 : Binaan Dalaman cakera keras

Page 10: 2.2.1 Peranti Input

CD - ROM berwarna perak , penggunaannya sama seperti teknologi cakera padat pancaran cahaya untuk merekod muzik. Ianya tidak boleh dipadamkan atau diubahsuai. Oleh itu namanya hanya untuk baca sahaja. CD - ROM boleh menyimpan 650 MB data , pengajaran dan maklumat. Saiz CD adalah bergaris pusat 4.6” Rajah 14 : Penjagaan CD

Rajah 13 : CD-ROM

Page 11: 2.2.1 Peranti Input

• Disk Video Digital • Zip disk Rajah 16 : Zip Disk dan pemacunya jenis bina dalam dan mudahalih.

Rajah 15 :

DVD dan pemacunya

Jenis DVD mengikut versi: - DVD-ROM. Boleh mencapai 4.7 GB Saiz tertinggi sehingga 17 GB. - DVD-R (recordable) boleh mencapai saiz 3.9 GB per side . - DVD RAM boleh tulis dan baca seperti HD