14
Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 1 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single Lens Reflex. Kamera ini banyak digunakan sekarang kerana ia merupakan trend, dan harganya mampu dimiliki oleh ramai peminat fotografi. Kamera DSLR mempunyai Lensa yang boleh ditukar ganti dan apa-apa komposisi yang dibuat didalam viewfinder akan dirakam didalam sensor setelah menekan butang shutter. Kamera DSLR mempunyai saiz sensor yang lebih besar dari kamera kompak (atau kadang disebut sebagai PNS-Point & Shoot). Pemilihan kamera SLR jangan dipengaruhi oleh MegaPixel tetapi sebaliknya lihatlah pada saiz sensor. Saiz sensor yang besar membolehkan gambar dirakam dengan resolusi yang lagi tinggi. Kamera DSLR membolehkan seseorang jurugambar tersebut mengawal focus, ISO, shutter speed dan aperture secara manual. Bukan semua mode Auto yang ada didalam kamera DSLR dan PNS akan menyelesaikan masalah, sebaliknya masalah-masalah ini harus ditangani dengan cara manual. Pengguna DSLR yang sudah mahir mengendalikan kamera, sudah boleh membaca situasi sebelum memetik shutter, dan mereka tidak berasa kekok kerana tahu dimana kedudukan kawalan tersebut berada. Oleh yang demikian saya berhasrat anda juga seperti begitu, membiasakan diri dengan kamera sendiri dan berupaya untuk mengambil gambar yang bermakna. 2.2 Kawalan di dalam kamera DSLR Kamera mempunyai 3 kawalan utama iaitu: 1. Focusing Ring 2. Shutter Speed 3. Aperture Minolta X-700 (1985)

2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

  • Upload
    vandan

  • View
    232

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 1

2.1 Pengenalan Kamera DSLR

Kamera DSLR bermaksud Digital Single Lens Reflex. Kamera ini banyak digunakan sekarang

kerana ia merupakan trend, dan harganya mampu dimiliki oleh ramai peminat fotografi.

Kamera DSLR mempunyai Lensa yang boleh ditukar ganti dan apa-apa komposisi yang dibuat

didalam viewfinder akan dirakam didalam sensor setelah menekan butang shutter.

Kamera DSLR mempunyai saiz sensor yang lebih besar dari kamera kompak (atau kadang

disebut sebagai PNS-Point & Shoot). Pemilihan kamera SLR jangan dipengaruhi oleh

MegaPixel tetapi sebaliknya lihatlah pada saiz sensor. Saiz sensor yang besar membolehkan

gambar dirakam dengan resolusi yang lagi tinggi.

Kamera DSLR membolehkan seseorang jurugambar tersebut mengawal focus, ISO, shutter

speed dan aperture secara manual. Bukan semua mode Auto yang ada didalam kamera DSLR

dan PNS akan menyelesaikan masalah, sebaliknya masalah-masalah ini harus ditangani

dengan cara manual.

Pengguna DSLR yang sudah mahir mengendalikan kamera, sudah boleh membaca situasi

sebelum memetik shutter, dan mereka tidak berasa kekok kerana tahu dimana kedudukan

kawalan tersebut berada. Oleh yang demikian saya berhasrat anda juga seperti begitu,

membiasakan diri dengan kamera sendiri dan berupaya untuk mengambil gambar yang

bermakna.

2.2 Kawalan di dalam kamera DSLR

Kamera mempunyai 3 kawalan utama iaitu:

1. Focusing Ring

2. Shutter Speed

3. Aperture

Minolta X-700 (1985)

Page 2: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 2

Focusing Ring bertujuan untuk memfokuskan subjek. Subject di dalam focus akan kelihatan

jelas dan boleh menjadi subject utama.

Shutter Speed pula bertujuan mengawal kemasukan cahaya (atau dikenali sebagai dedahan

atau Exposure) melalui tempoh masa. Ia akan membuka shutter mengikut kadar kelajuan

yang di setting pada kamera

Manakala aperture pula bukaan cahaya dari lensa yang mengawal ke masukkan cahaya

mengikut diameter yang tertentu.

Kedua-dua kawalan ini Shutter dan Aperture berkait di antara satu sama lain. Sekiranya

shutter speed perlahan digunakan, cahaya yang masuk mungkin agak berlebihan. Ianya

boleh dikawal dengan membuat bukaan kecil pada aperture untuk mengimbanginya.

Jika shutter speed laju digunakan, maka cahaya yang masuk akan berkurangan, oleh yang

demikian, bukaan cahaya yang luas diperlukan untuk mengimbangi cahaya yang masuk.

2.3 Exposure / Dedahan

Fotografi adalah proses rakaman cahaya kepada media fotografi tersebut. Jika kita

menggunakan DSLR, media kita adalah sensor. Maka sensor tersebut mesti mempunyai

keupayaan untuk merakam cahaya.

Cahaya yang masuk mestilah mencukupi perkadarannya, jika tidak gambar tersebut akan

menjadi gelap atau terlalu cerah. Gambar yang tidak cukup cahaya dipanggil underexpose,

manakala gambar yang terlebih cahaya dipanggil overexposed.

Gambar yang kurang cahaya boleh menyebabkan noise juga meningkat, manakala gambar

yang terlebih cahaya akan menyebabkan gambar tersebut ‘burn’ atau terbakar. gambar yang

terbakar ini tidak boleh di’recover’ kerana nilai cahayanya (exposure value) dirakam pada

kadar maksimum.

Sensitiviti sesuatu sensor itu bergantung kepada kepekaan ISO nya. ISO yang rendah (e.g. ISO

100) akan mengekalkan noise yang paling minima, dan keupayaannya untuk

memperlahankan penggunaan shutter speed dan meningkatkan bokeh yang maksimum.

Manakala ISO yang tinggi (e.g. ISO 1600) akan menyebabkan tambahan ‘gain’ yang

menyebakan kesan noise kelihatan ketara. ISO yang tinggi membolehkan seseorang

jurugambar tersebut merakam gambar dengan kelajuan shutter yang tinggi dan

membenarkan jurugambar untuk menggunakan lensa bukan laju (fast lenses e.g. f/2.8).

Masalahnya, apabila kita merakam gambar dengan ISO yang tinggi, kita terpaksa

mengimbangkan kadar noise yang mempengaruhi kualiti gambar tersebut. Kita khuatir

apabila menggunakan noise yang tinggi akan menyebabkan gambar tidak mempunyai detail

dan seterusnya tidak membawa sebarang makna jika terus dirakam.

Page 3: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 3

2.3.1 ISO

ISO adalah salah satu kawalan kepekaan cahaya yang selalu kita setkan di dalam kamera. ISO

yang rendah mempunyai sensitiviti cahaya yang kurang, manakala ISO yang tinggi

mempunyai sensitiviti cahaya yang tinggi. ISO berkait rapat dengan kewujudan noise pada

sesuatu gambar itu. ISO yang rendah mempunyai kadar noise yang rendah, manakala ISO

yang tinggi mempunyai kadar noise yang tinggi.

Pertimbangan ini bergantung kepada hasil yang ingin diperoleh dan keperluan pada semasa

itu. Sekiranya kita ingin mengambil gambar landskap, gunakanlah ISO yang rendah seperti

ISO 50 atau ISO 100. dan jika mengambil gambar di tempat yang kurang cahaya, pastinya ISO

yang rendah akan menyebabkan kesan ’slow shutter’ berlaku… untuk menyelesaikan

masalah ini, kita mungkin terpaksa menaikkan ISO dan mengetepikan isu noise yang tinggi….

Mengapa tidak kita menggunakan sahaja ISO yang tinggi?? buat apa mengujudkan ISO yang

rendah??? emmmm… sebenarnya ada beberapa keadaan kita memerlukan ISO yang

rendah… seperti contohnya bila kita mengambil gambar aliran sungai menggunakan shutter

speed yang rendah…. kita boleh menggunakan ND filter, tetapi jika ISO boleh di set serendah

yang mungkin, pasti ianya akan lagi membantu….

2.3.2 Shutter Speed

Shutter Speed Dial

Shutter speed bertujuan untuk mengawal kemasukkan cahaya mengikut masa. Sekiranya

kita ingin memegunkan sesuatu pergerakkan itu, kita perlu menggunakan shutter speed

yang tinggi.

Kadang2 apabila kita menghadapi masalah kekurangan cahaya, maka kita terpaksa

menggunakan shutter speed yang perlahan untuk membenarkan lebih cahaya masuk ke

sensor kita.

Page 4: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 4

Kawalan Shutter Speed adalah seperti berikut :

1 s

1/2 s

1/4 s

1/8 s

1/15s

1/30s

1/60s

1/125s

1/250s

1/500s

1/1000s

atau lebih…

setiap pertukaran speed ini dipanggil 1 stop.

1/1000s bermaksud, shutter akan dibuka bersamaan dengan 1/1000 saat cahaya yang

masuk.

1/4s bermaksud, shutter akan dibuka selama 1/4 saat.

2.3.3 Aperture

Aperture Ring

Aperture merupakan kawalan cahaya yang masuk melalui bukaan cahaya pada lensa.

Kawalan di dalam lensa ini adalah dengan membuka bukaan lubang cahaya besar dan lubang

kecil yang mana dikenali sebagai f/stop.

Page 5: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 5

Kawalan f/stop adalah :

f/1

f/1.4

f/2

f/2.8

f/4

f/5.6

f/8

f/11

f/16

f/22

Aperture mempunyai beberapa peranan yang sangat penting dalam fotografi:

1.Mengimbang kemasukan cahaya mengikut shutter speed

2. Mengawal kesan depth of field

3. Memberikan kesan sharpness yang paling tinggi pada sesuatu lens.

Page 6: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 6

2.4 Lensa

Terdapat pelbagai jenis lensa di pasaran, masing-masing mempunyai penggunaannya yang

tertentu. Juga yang membezakan lensa-lensa ini adalah dari segi kualitinya. Lensa yang

berkualiti tinggi menggunakan kaca optic yang komplikated dari segi design dan bahannya.

Lensa Wide Angle

Penggunaan Lens Wide Angle, diambil pada jarak 2 kaki dari tok imam

Lensa wide angle mempunyai sudut pandangan yang luas, cantik digunakan untuk

mengambil gambar landskap, dan mampu mengambil gambar pada ruang yang sempit.

Lensa ini senang untuk difokuskan, ia mempunyai kesan depth of field yang tinggi, yang

mana fotografer tidak perlu susah untuk memfokuskan objek.

ia juga boleh mengambil gambar pada jarak yang dekat, dan boleh menampakkan kesan

lengkungan.

Lensa wide angle tidak sesuai digunakan untuk mengambil gambar potrait, kerana ia

menampakkan seseorang itu kelihatan lebih gemuk kerana kesan lengkungan.

Mengambil gambar menggunakan lensa ini akan menyebabkan sesuatu ruang itu kelihatan

lebih luas. Jadi jangan mudah terpedaya apabila melihat gambar yang luas apabila gambar

tersebut diambil menggunakan lens wide angle.

lensa wide angle mempunyai focal lenght dari 14mm - 28mm

Page 7: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 7

Standard Lens

Standard Lens 50mm

Standard Lens bagi kamera Fullframe adalah 50mm, lensa ini mempunyai sudut pandangan

yang paling hampir dengan mata. Ia amat mudah untuk digunakan kerana seseorang

fotografer itu boleh mengagak sudut pandangan merujuk kepada mata. Bagi kamera APSC

kesan standard lens ini boleh dicapai apabila kita menggunakan lens 35mm. Lens 50mm

mempunyai aperture paling maksima f/1.2 ke f/1.8. Ini menyebabkan ianya sesuai untuk

mengambil gambar sukan dan keadaan low light.

Telephoto

Telephoto adalah lens yang mampu membesarkan imej yang berjarak jauh. Kadang2 ia

dikenali dengan ‘Long Lens’ kerana lens ini selalunya memang panjang. Lensa ini mempunyai

Jarak Depth of Field yang pendek berbanding dengan lens2 yang lain. Ia senang

menghasilkan bokeh dan subject mudah untuk diasingkan dari backgroundnya.

Page 8: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 8

Zoom Lens

Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur glasses yang sangat komplek. Ia

mempunyai kumpulan2 lensa dan mempunyai tujuan2 yang tertentu. Salah satu bertujuan

untuk mengubah pembesaran imej, memfokuskan dan membuat pembetulan.

Zoom Lens boleh mengubah focal lenght dalam tahap beberapa kali seperti 2x, 3x, 4x

dsbnya. Contoh2 Lensa Zoom adalah:

18-24mm : Zoom Wide Angle

24-85mm : Zoom Standard

70-210mm : Zoom Telephoto

Masalah dalam zoom lens ini adalah, ia selalunya tidak mempunyai aperture yang besar,

tidak boleh mengekal aperture yang sama pada focal lenght yang berbeza dan harganya

yang agak mahal. Seperti contoh lensa 18-55mm mempunyai aperture f/3.6-5.6. Jika adapun

aperture yang maksima adalah f/2.8 tetapi harganya terlalu mahal. Aperture maksima pada

18mm adalah f/3.5 manakala aperture maksima pada 55mm adalah f/5.6.

Fikirkan jika harga Lensa 18-55mm adalah RM1,100 adakah berbalaoi untuk menggunakan

focal lenght pada 50mm f/5.6??? sedangkan harga 50mm f/1.8 adalah RM480!! Sebab itu

saya lebih gemar menggunakan fixed lens untuk mengekalkan kualiti gambar dan

mendapatkan bukaan aperture yang maksima.

Zoom Lens banyak membantu journalist & wedding photographer, kerana ia banyak

membantu untuk meringankan bag mereka, mereka tidak perlu membawa lensa yang

banyak. Ia memudahkan mereka untuk membuat komposisi tanpa perlu bergerak belakang

dan hadapan. Banyak flexibility yang membantu mereka bila menggunakan lensa ini.

Fish Eye

Lensa Fish Eye mempunyai sudut pandangan hampir kepada 180 darjah. Ia mempunyai

kelengkungan yang membulat apabila menggunakan lensa ini. Lensa ini sangat mahal dan

sesuai digunakan dalam beberapa keadaan sahaja. Selain dari besar dan sukar dibawa, ia

juga sukar untuk dijaga. Ia tidak boleh menggunakan filter untuk mengelakkan dari lens

tercalar (scratch). Tetapi hasil gambar yang diambil akan kelihatan menarik.

Page 9: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 9

Macro

lens AF micro

Lensa makro adalah lensa yang mampu mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat

seperti 5 inci dsbnya. Lensa ini selalunya digunakan untuk mengambil gambar spesis2

serangga yang kecil, bunga, dan lain2 gambar still photo. Harganya juga mahal tetapi

berbaloi untuk dimiliki.

2.5 Aksesori

Terdapat pelbagai Aksesori yang biasa digunakan untuk Kamera SLR antaranya:

1) Flash

2) Filter

3) Extension Tube

4) Battery Grip

5) Tripod

6) Lens Hood

7) Hot Shoe (Off Flash)

Masing-masing mempunyai tujuan dan kelebihan yang tertentu.

Page 10: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 10

2.5.1 Flash

Flash merupakan aksesori yang wajib dan perlu ada setiap kamera SLR. Asas Flash

mempunyai no GN (Guide Number) yang diguna untuk menetapkan f/no pada sesuatu jarak.

Nombor GN yang tinggi mempunyai kekuatan cahaya yang tinggi.

Bukan semua GN yang tinggi merupakan flash yang terbaik, ia bergantung kepada kekuatan

yang diperlukan. GN yang terlalu tinggi menyebabkan kita tidak boleh mengambil gambar

dengan jarak yang dekat (seperti Macro Photography)

Penentuan Aperture dibuat mengikut formula :

f = GN / jarak

Seperti contoh jika GN pada flash adalah 40. Jarak objek dari flash adalah 10 meter, maka

aperture perlu diset kepada f/4.

Kebanyakan dedicated flash adalah berbentuk Digital dan mempunyai fungsi TTL (Through

the Lens), di mana ‘GN’nya juga boleh berubah-ubah. Dedicated Flash boleh berkomunikasi

dengan Kamera untuk menentukan jumlah cahaya flash yang perlu disimbahkan kepada

subjek.

Di dalam fungsi TTL, pre flash akan memancarkan Cahaya Awalan untuk menyukat kadar

cahaya di dalam Kamera, sekiranya cahaya kurang 2 stop, cahaya yang sebenarnya akan

ditambah 2 stop. Begitu juga jika cahaya terlebih 1 stop, ia akan mengurangkan kadar cahaya

1 stop.

Sekiranya kita ingin menggunakan slave unit, pastikan anda mematikan fungsi TTL, jika tidak,

flash akan menyala semasa pre-flash menyemburkan cahaya. Dan tiada cahaya akan

terakam pada gambar kerana cahaya dari slave telah menyala dahulu dan perlu menunggu

proses recycle untuk mendapatkan caj penuh semula.

Untuk flash yang mempunyai sensor di badannya sendiri, ia mengawal cahaya dengan

mengawal masa simbahan. Jika jarak subjek hampir dengan flash, sensor yang menerima

cahaya terus memotong cahaya flash. Jika jarak subjek jauh dari flash, cahaya akan di terus

disimbah sehingga kadar cahaya tersebut mencukupi.

Flash menyimbah cahaya mengikut masa, sekiranya jarak dekat ia akan menyimbah flash

pada kadar kelajuan 1/10,000s. dan boleh menyimbah dengan cahaya maksima pada

kelajuan 1/1000s. Ini bermakna flash mampu menghentikan pergerakan pada kelajuan yang

sama iaitu 1/1000s atau lebih laju!!. Seperti contoh kita boleh menghentikan pergerakkan

titisan air dari kepala paip jika menggunakan flash, walaupun kita set shutter speed pada

1/8s.

Didalam penggunaan flash, kita tidak boleh menggunakan shutter speed yang melebihi dari

synch speed. Kerana shutter akan terbuka sepenuhnya pada synch speed kamera tersebut.

Ini kadang menyebabkan masalah apabila kita ingin menggunakan aperture yang besar dan

shutter speed yang laju. Di mana shutter speed itu pula melebihi synch speed.

Page 11: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 11

Sebab itu, flash yang baru mempunyai mode ‘FP’ (focal plane) Di mana cahaya flash

disimbahkan pada masa yang lama sama seperti shutter speed yang digunakan. Oleh yang

demikian, banyak tenaga yang digunakan dan boleh menyebabkan flash kehilangan kuasa

bateri dengan cepat.

Flash yang boleh dikawal ‘flash head’nya membolehkan seseorang fotografer mengawal atau

berkreatif dgn mengubah posisi ‘flash head’nya. Ada ‘flash head’ yang boleh membuat

pusingan 360 darjah dan boleh mendongak sehingga 90 darjah ke atas.

2.5.2 Filter

Filter

Mengambil gambar terus dari lensa tidak dapat menyelesaikan semua masalah di dalam

fotografi. Kadang2 kita terpaksa menggunakan aksesori lain untuk mendapatkan gambar

yang kita kehendaki.

Terdapat pelbagai filter yang ada di pasaran, seperti contoh :

1) CPL - Circular Polarizer

2) ND Filter - Neutral Density

3) Graduated Filter

4) Star Filter

5) Soft Filter

6) Macro Filter

dll

CPL digunakan untuk menghalang polarisasi cahaya yang berselerak melalui filter ini dan

hanya membenarkan sudut yang sama sahaja yang melaluinya. Ia mampu untuk

menghilangkan kesan reflection pada air, tingkap dsbnya.

ND Filter bertujuan untuk membantu photographer menjatuhkan dedahan kepada 1 stop

sehingga 3 stop. Ada sesetengah lensa tidak boleh diubah aperturenya, maka ia terpaksa

menggunakan ND filter untuk mengawal dedahan cahaya ini.

Page 12: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 12

Graduated Filter pula digunakan untuk mengawal atau mengimbang exposure yang tidak

seragam, terutamanya apabila kita mengambil gambar langit yang mempunyai perubahan

stop sehingga 2 -4 stop!!

Star filter digunakan untuk menghasilkan kilauan, Cross 4 akan menghasilkan 4 silangan,

Cross 6 akan menghasilkan 6 silangan pada cahaya yang tertumpu.

Soft Filter boleh digunakan untuk melembutkan gambar supaya kelihatan soft.

Macro lens digunakan untuk mengambil gambar jarak dekat, ia disukat mengikut diopter.

dan terdapat pelbagai lagi filter untuk pelbagai tujuan.

2.5.3 Extension Tube

Extension tube adalah aksessori untuk mengambil gambar makro. ia merupakan tube yang

kosong disambung di antara lensa dan body kamera.

Pemasangan tube ini membolehkan kita mengambil gambar pada jarak yang dekat seperti 2

inci, tetapi menyebabkan kita kehilangan beberapa stop exposure.

2.5.4 Battery Grip

Battery Grip merupakan gadget untuk menampakkan kamera anda bersaiz besar dan sedap

untuk di pegang. Tetapi ia sebenarnya berperanan untuk menampung keperluan kuasa

bateri. Dan beberapa model battery grip mempunyai shutter release dan dial knob. Ia

memudahkan photographer untuk mengambil gambar cara vertical.

Jika kamera SLR dahulu, gadget yang dipasang di bawah kamera adalah motor drive, ia

memberi membantu photographer untuk memacu frame ke hadapan, tanpa perlu

menggunakan ibu jari. Ia juga berat kerana ia menggunakan 4-6 bateri AA.

2.5.5 Tripod

Pemilihan tripod adalah bergantung kepada keperluan kepada seseorang photographer itu,

bagi saya sesuatu tripod itu perlu memiliki ‘berat’ yang tertentu untuk menampung ’stability’

sesuatu kamera. Tapi hal ini menambah ‘beban’ kepada photographer untuk membawanya

ke hulu dan ke hilir.

Selain dari itu, kita perlu melihat features2 yang ada pada tripod itu, seperti contoh untuk

peminat macro, tripod itu mesti ada fleksibiliti untuk dipatah2kan ‘tengkok’, dipusing

‘upside-down’, dan dikangkangkan seluas-luasnya dsbnya. Untuk potrait photography,

product dan yang suka menggunakan long lenses mereka memerlukan tripod yang cukup

kemas dan cukup berat untuk berdiri. Kadang2 tripod jenis ini mempunyai cangkuk untuk

digantungkan bag kamera supaya tripod tersebut betul2 berat.

Page 13: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 13

Satu aspek lain lagi adalah, kemudahan untuk menukar ‘balls’ pada mounting disebelah atas

tripod. Ada mounting khas (tanpa pemegang - handle) yang memudahkan seseorang

photographer membuat level dan mengunci kedudukan kamera dengan pantas. Saya

mempunyai satu ‘balls’ yang memudahkan saya untuk menukar posisi horizontal & vertical

dengan cepat. selain dari itu ia senang membuat ‘full 360 rotation’ setelah saya mengunci

pin horizontal & vertical. Tripod saya juga mempunyai 2 air bubble untuk memudahkan saya

membuat levelling.

Oleh kerana saya banyak membuat product shot, jadi memilih tripod yang betul2 berat dan

tidak goyang semasa saya menekan shutter pada kamera.

Tripod yang baik juga tidak akan beralun semasa proses mengambil gambar. Selalunya tripod

yang kecil dan ringan tidak mempunyai stability ini.

2.5.6 Lens Hood

Lens Hood adalah aksesori di hadapan lens yang dipasang untuk membuang kesan ‘flare’

pada lens. Ia sering berlaku bila mana kita mengambil gambar di hadapan sebuah intensiti

cahaya yang terang kan menyebabkan kesan wash-out pada detail. dengan penggunaan

hood yang betul, hal ini boleh dielakkan.

Rekabentuk sesuatu lens adalah tidak sama untuk focal lenght yang berbeza. Jika hood yang

digunakan tidak ‘match’ pada lens tersebut ia akan menyebabkan 2 keadaan:

1. Kesan vignette berlaku pada hujung 4 bucu kerana hood tersebut adalah sempit dan tidak

cukup luas.

2. Tiada kesan ‘hilang’ flare, kerana hood tidak cukup sempit untuk membuang flare.

Saya tidak gemar kepada hood ini, kerana:

1. Menambah berat dan ruang didalam kamera bag saya.

2. Hood tidak berfungsi dalam ke banyakkan lens zoom, kerana setiap perubahan focal

lenght akan menyebabkan reka bentuk hood mesti diubah.

3. Menyusahkan saya semasa memfokuskan, jika hood tidak digunakan.

4. Hood menyebabkan lensa saya menjadi terlalu panjang, dan susah nak simpan di dalam

bag.

5. Saya lebih suka menggunakan tangan untuk dijadikan hood, atau saya menggunakan

magazine.

Rujukan :

Suhaimi Salleh (Juru gambar)

http://miephoto.com/wp3/?cat=3

Page 14: 2.1 Pengenalan Kamera DSLR - … · 2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single ... tetapi jika ISO boleh di set ... Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur

Fotografi – Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com 14