2.0 Pengaruh Tamadun Islam

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    1/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    4.0 PENGARUH TAMADUN ISLAM DI ASIA.

    Sebelum kedatangan agama Islam ke Asia, masyarakat Asia

    kebanyakkannya mengamalkan agama Hinu, Budhha dan anisme. Kehidupan

    masyarakat ketika itu dipengaruhi oleh amalan-amalan mereka seperti dalam bidang

    pemerintahan, pendidikan dan bahasa dan kesustareaan. Tetapi selepas

    kedatangan islam, masyarakat Asia mula mengikut amalan Islam di dalam semua

    bidang kehidupan.

    Dalam bidang pemerintahan, sistem pemerintahan beraja telah berubah.

    Dalam sistem pentadbiran Islam, ketua kerajaan dan Negara ialah Sultan, Mufti pula

    penasihat sultan dan juga menjawat jawatan khadi, khatib, bilal, pemungut zakat,

    penyelia baitul mal, dan juga penjaga harta wakaf. Dengan gelaran Sultan, terdapat

    banyak kelebihan, iaitu, dapat mengukukuhkan kerajaan Islam tersebut. Selain

    daripada itu, penggunaan konsep Khalifah Allah telah menggantikan konsep

    dewaraja Hindu. Khalifah Allah harus menunaikan amanah, dan memerintah dengan

    adil serta perlu menerapkan unsur-unsur Islam di dalam pemerintahan seperti

    undang-undang syariah. Tambahan lagi, wanita juga diberi peluang di dalam bidang

    pemerintahan seperti di Acheh yang mana sebanyak 22 wanita mengangotai MajlisRakyat Acheh daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

    Di dalam sistem pendidikan pula, pada masa sebelum kedatangan Islam,

    pendidikan hanya kepada golongan bangsawan sahaja. Tetapi, setelah kedatangan

    Islam, pendidikan disebarkan kepada seluruh masyarakat melalui institusi Istana,

    pondok, madrasah dan surau. Sistem pendidikan ketika ini lebih teratur dengan

    peringkat-peringkat seperti sekarang iaitu rendah, menengah, dan pengajian tinggi.

    Selain daripada itu, kaum hawa juga digalakkan untuk menimba ilmu sama seperti

    kaum Adam. Subjek yang diajar di dalam institusi ini ialah Fikah, Usuludin, Tasauf,

    Hadis, dan tafsir.

    Selain daripada kesusasteraan, gaya hidup masyarakat sebelum kedatangan

    Islam, masyarakat banyak dipengaruhi dengan kepercayaan animisme, Budhha dan

    juga Hindu. Bagaimana pun, segala kepercayaan terhadap jenis-jenis unsur atau

    semangat telah beransur-ansur digantikan dengan kepercayaan dalam Islam.

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    2/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    Cara Islam telah diterapkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian

    masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat mula berpakaian sebagaimana yang

    dituntut dalam Islam, menutup aurat. Mereka mula memakai tudung bagi perempuan

    dan bersongkok bagi lelaki. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat tidak

    mengambil berat tentang pemakaian mereka kerana tiada halangan dalam agama

    atau kepercayaan yang mereka amalkan. Walau bagaimanapun, Islam telah

    menetapkan bahawa penganutnya perlu menutup aurat sebagaimana yang

    diwajibkan dan dinyatakan di dalam al-quran. Dengan ini, jelaslah bahawa Islam

    telah menjadi Ad-Din iaitu cara hidup yang menyeluruh dan lengkap. Masyarakat

    mula menuntut ilmu-ilmu agama dengan guru-guru agama.

    Selain itu, Islam telah mengajar masyarakat tentang persaudaraan antara

    Islam. Ini telah menyebabkan sistem sosial masyarakat sebelum kedatangan Islam

    telah berubah. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat hidup dalam pelbagai kelas

    dan darjat. Ini menyebabkan terdapat golongan yang ditindas kerana berada di

    golongon dan darjat bawah. Penghapusan kelas dalam masyarakat telah dijalankan

    atas dasar persamaan taraf dalam Islam. Nilai-nilai Islam juga dijadikan panduan

    hidup. Sebagai contoh, nilai murni seperti tolong-menolong, hormat-menghormati

    dan berkerjasama diterapkan di dalam masyarakat.

    Secara keseluruhannya, asia terbahagi kepada beberapa bahagian seperti

    Asia tenggara, Asia tengah, Asia barat dan Asia timur. Pengaruh tamadun islam

    yang akan dibincangkan meliputi Asia Tenggara, india dan china. Pengaruh

    tamadun islam juga terbahagi kepada beberapa aspek iaitu agama dan

    kepercayaan, pemerintahan, kesusasteraan, pendidikan, perundangan dan seni

    bina.

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    3/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    4.1 Pengaruh Islam Di Asia Tenggara

    Tamadun Islam berkembang di Asia Tenggara melalui perkembangan agama

    Islam. Perkembangan agama islam di Asia tenggara berlaku secara aman.

    Perdagangan merupakan saluran penting kepada perkembangan ini. Asia tenggara

    telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam sejak abad pertama Hijrah.hal ini

    dibuktikan oleh rekod China yang melaporkan telah terdapat sebuah kerajaan islam

    yang dikenali sebagai Ta-shih di sekitar Sumatera Utara. Di samping menculnya

    kerajaan-kerajaan Islam tempatan pengaruh islam turut membawa beberapa

    perubahan Asia Tenggara. Perubahan-perubahan yang berlaku merangkumi aspek-

    aspek kepercayaan, politik dan pentadbiran, ekonomi dan social.

    4.1.1 Kepercayaan

    Dalam aspek kepercayaan, tamadun islam yang berasaskan konsep tauhid

    telah Berjaya menarik minat penduduk di kepualauan Asia Tenggara untuk

    menerima agama islam. Konsep monoteisme islam telah Berjaya mempengaruhi

    aqidah sebahagian besar masyarakat tempatan. Konsep tauhid yang percaya

    kepada tuhan yang tunggal sebagai pencipta, pemilik dan pentadbir sementara alam

    semesta menjadi tanda-tanda kepada kewujudan Allah SWT. Konsep aqidah yang

    baru ini menyebabkan pandangan semesta alam matlamat serta focus kepada

    kehidupan manusia.

    4.1.2 Pentadbiran

    Tamadun islam turut membawa perubahan dari segi politik dan pentadbiran.

    Konsep dewaraja yang menjadi pegangan politik dan lambang daulat raja-raja

    tempatan telah digantikan dengan konsep khalifatullah fil-ardhi. Raja tidak lagi

    dianggap penjelmaan dewa-dewa Hindu tetapi merupakan khlalifah Allah yang

    bertanggungjawab memakmurkan bumi. Gelaran Raja telah bertukar kepada gelaran

    sultan.

    Islam turut mempengruhi undang-undang, contohnya dalam hukum kanun

    Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Walaupun tidak semua artikal-artikal

    dalam Hukum Kanun Melaka yang selari dengan islam tetapi terdapat beberapa

    fasal yang mempunyai keselarian dengan hukum islam. Contohnya, dapat dilihat

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    4/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    pada fasal 8:2, Fasal 8:3, Fasal 5:1 dan Fasal 5:3 yang berkaitan dengan hukum

    bunuh balas. Begitu juga hukuman-hukuman terhadap kesalahan-kesalahan lain

    seperti zina yang dihukum rejam atau disebat, mencuri dihukum potong tangan dan

    lain-lain. Ketelitian Hukum Kanun Melaka dalam melaksanakan hukum islam dapat

    dilihat apabila ia turut membicarakan tentang barang-barang yang tidak boleh

    diniagakan.

    4.1.3 Pendidikan

    Dari segi perkembangan pemikiran dan intelektual, tamadun islam telah

    membawa satu tahap pendidikan yang lebih baik kepada masyarakat Asia

    Tenggara. Selepas kemasukan pengaruh Tamadun Islam, bidang pendidikan telah

    berkembang. Perkembangan pendidikan mendapat dorongan daripada pihak

    pemerintah terutamanya sultan-sultan tempatan. Istana telah dijadikan pusat

    pembelajaran. Pemerintah-pemerintah Melaka dan Acheh serta Johor-Riau telah

    memberikan perhatian yang penting kepada pendidikan sehingga ketiga-tiga

    kesultaan ini memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran dan

    pendidikan islam. Usaha-usaha penyalinan dan perterjemahan buku-buku Arab telah

    dilakukan. Antara karya-karya islam yang telah disalin termasuklah Hikayat AmirHamzah, HIkayat Muhammad Ali Hanafiah, al Durr al-Manzum serta beberapa

    tulisan yang berkisar tentang kehidupan Nabi Muhammad S.a.w serta peristiwa-

    peristiwa peperangan yang berlaku dalam sejarah islam.

    Kandungan pengajaran meliputi ilmu-ilmu Islam contohnya ilmu syariah,

    fekah, usulludin dan tasawuf. Guru-guru yang mengajar, majarotinya adalah

    berbangsa Arab. Pengajaran ilmu pengetahuan islam dilakukan melalui tulisan jawi.

    Pengenalan tulisan jawi menjadi pemangkin kepada perkembangan intelektual dan

    pemikiran masyarakat Melaka.

    4.1.4 Seni bina

    Tamadun islam dan peribumi Asia Tenggara turut mempengaruhi bidang seni

    bina terutamanya seni bina masjid. Bentuk kubah potong bawang adalah pengaruh

    seni bina Arab dan Parsi. Oleh kerana islam di Asia Tenggara dikatakan datang

    daripada beberapa daerah yang berbeza, maka tamadun Islam tidak hanyamembawa unsur seni bina Arab tetapi juga bentuk seni bina China dan India. Malah

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    5/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    bangunan masjid yang dibina juga mempertahankan ciri-ciri seni bina tempatan.

    Contohnya masjid terawal di Asia Tenggara yang terdapat di pulau Jawa mempunyai

    bentuk bumbung bertingkat atau mercu bumbung berbentuk limas atau perabung

    lima. Sementara di tanah melayu, terdapat masjid yang mempunyai bumbung

    berbentuk limas potong perak. Walaupun terdapat ciri-ciri seni bina asing yang

    diaismilasikan dalam pembinaan bangunan masjid di Asia tenggara tetapi ciri

    tempatan iaitu bentuk mercu yang beratap tumpang masih dikekalkan.

    4.2 Pengaruh Tamadun Islam Di India

    Hasil daripada usaha Nabi Muhammad (569-632M), masyarakat Arab

    memeluk agama islam dan terus berkembang ke Balucintan (650 M), sind (712 M)

    dan bahagian selatan Punjab. Negeri negeri ini diletakkan di bawah kekuasaan

    Khalifah di Banghdad dan Turkilah yang Berjaya menyebarkan agama islam di

    kebanyakan kawasan di India pada Akhir abad ke 10 Masihi. .(Ahmad Zaki Abd.

    Latif, et.al 2009: 112)

    Pertapakan Islam di India telah memberi pengaruh yang besar kepada kehidupanmasyarakat india. Antaranya adalah seperti dalam beberapa bidang penting iaitu

    4.2.1 kepercayaan dan agama.

    Mengikut Ahmad Zaki Abd. Latif, et.al (2009: 112), Penerimaan ciri-ciri

    islam oleh masyarakat Hindu menjadi dorongan untuk mereka menentang beberapa

    amalan dalam masyarakat Hindu seperti ketidaksamaan sosial, penyembahan

    patung-patung serta lain-lain amalan songsang.

    Selain itu, Zulkiflee Haron et.al (2011:205) turut menyatakan bahawaAgama

    sikh muncul di india sekitar abad ke-15 masehi. Ajaran ini diasaskan oleh Kabir yang

    kemudiannya dikembangkan oleh Guru Nanak (1469-1533). Agama ini merupakan

    gabungan unsur keagamaan yang ada dalam islam dan Hindu. Kabir yang tidak

    memahami secara mendalam ajaran Islam terpengaruh dengan persekitaran

    kehidupan masyarakat Hindu yang telah merangka gagasan awal agama Sikh ini.

    Atas daya usaha Guru Nanak, maka ajaran ini berkembang pesat di India.

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    6/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    Natijahnya, kemunculan islam di India telah melahirkan satu corak ketamadunan

    bercorak agama yang baru di India.

    4.2.2 Pemerintahan

    Penulis sejarah istana seperti Zia- ul-din Basri, menggambarkan

    pemerintahan sebagai model kesucian Islam dengan memusnahkan kuil-kuil

    masyarakat tempatan yang kuat beragama dan telah membina masjid, sekolah dan

    madrasah. Di sini, kitab suci al-Quran dan undang-undang Islam diajar. Alim ulama

    atau sarjana-sarjana perundangan dan teologi Islam menganggap diri mereka

    sebagai pendakwah serta perlindung islam. .(Ahmad Zaki Abd. Latif, et.al 2009:

    113).

    Menurut Ros Aiza Mohd Mokhtar et.al (2011: 169) pula, pemerintahan

    islam telah Berjaya meninggalkan kesan kepada tamadun india yang meliputi

    seluruh aspek kehidupan masyarakat india termasuklah kerohanian dan kebendaan

    (Osman Bakar,2009 :89). Ini kerana tamadun india telah muncul sebagai pusat

    perkembangan intelektual, kebudayaan, dan kesenian islam. Ghazna misalnya, telah

    menjadi pusat pertemuan para intelektual, ahli sufi, ahli fiqah, ahli bahasa, dan ahli

    falsafah islam. Pada masa inilah munculnya ahli falsafah islam yang terkenal iaitu

    Abun Nasr al-Fadabi, Abu Raihan al- Biruni dan Abu Bakar al- Khawarizmi. Antara

    sumbangan pemerintahan islam kepada tamadun india ialah menyatukan

    pemerintahan di bawah satu kuasa yang berpusat di Delhi, melahirkan bahasa baru

    (bahasa Urdu), seni bina (Taj Mahal, Kota Agra, Quth Minar), serta mewujudkan

    pusat-pusat pengajian yang penting dan terkenal sehingga kini.

    Manakala menurut Zulkiflee Haron et.al (2011:204), orang islam telah

    memperkenalkan satu sistem pemerintahan yang kemas dan teratur. Aurangzeg

    (1618-1707M) adalah salah seorang daripada anak Shah Jehan. Pada masa

    pemerintahaan terdapat seorang ulama terkenal bernama Syeikh Ahmad Sirhindi

    (1564-1624M). syeikh Ahmad telah berusaha untuk memulihkan ajaran agama islam

    yang telah dirosakkan oleh Akbar. Ajaran Syeikh Ahmad banyak mempengaruhi

    Aurangzeb dan inilah yang menjadi factor utama Aurangzeb mempunyai pegangan

    islam yang kuat. Pada pemerintahannya, beliau telah menyusun fatawa al-Alamgiri

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    7/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    dalam bahasa Turki, adalah himpunan undang-undang yang dibukukan atas inisiatif

    maharaja Aurangzeb dari pemerintah Mughal.

    4.2.3 Pendidikan

    Menurut Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004 :398), pendidikan

    islam dikatakan telah berkembang di India dengan tertubuhnya madrasah-madrasah

    yang dibina oleh pihak pemerintah dan orang perseorangan. Pembina institusi

    pendidikan yang terkemuka pada masa itu ialah Alauddin Khilji. Baginda banyak

    membina pusat pendidikan seperti maktab dan madrasah untuk tempat anak-anak

    islam belajar. Masjid turut menyediakan pendidikan, dan bukan semata-mata

    sebagai tempat beribadat.

    Hal ini turut dosikong oleh Zulkiflee Haron et.al (2011:203) bahawa islam

    amat menekankan pendidikan kepada para penganutnya. Apabila islam memerintah

    India, banyak institusi pendidikan didirikan bagi mendidik masyarakat agar terlepas

    daripada bencana kajahilan. Bidang ilmu seperti kesusasteraan, seni bina,

    matematik, astronomi diperkenalkan. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai

    tempat penyebaran ilmu asas islam di samping tempat beribadat.

    4.2.4 Kesusasteraan

    Menurut Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004 :398),Ahli sastera

    terkemuka yang pernah berkhidmat di istana Ghiyasuddin Balban ialah Amir

    Khusrau yang menjadi sasterawan istana sehingga zaman Ghiyasuddin Tughluq.

    Amir Khusrau banyak menghasilkan ciptaannya dalam bentuk prosa, puisi, dan

    muzik. Beliau diberi gelaran kakaktua Hind. Selain itu, beliau juga banyak

    mencatatkan kegiatan Alauddin terutama tentang penaklukan oleh baginda.

    4.2.5 Kemasyarakatan

    Hal ini dapat dibuktikan melalui pendapat Osman bakar 2009:89,

    muhayudin Yahya,1986:499 dalam buku Ros Aiza Mohd Mokhtar et.al (2011:

    169) bahawa Islam di india juga memperkenalkan sistem kemasyarakatan tanpa

    kasta dan memartabatkan kedudukan wanita dengan menghapuskan Dowri dan

    amalan sati.

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    8/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    4.2.6Bahasa

    Bahasa memainkan peranan penting dalam sesebuah tamadun kerana

    bahasa merupakan alat perhubungan dan komunikasi dalam masyarakat . Mengikut

    Zulkiflee Haron et.al (2011:205) menyatakan bahawa kewujudan kerajaan islam di

    india telah melahirkan tamadunnya. Hasilnya, pengaruh dan idea Islam telah

    menyerap masuk dalam lapangan seni bina, muzik, kesusasteraan, agama, dan

    pakaian penduduk tempatan. Suatu yang amat penting dapat dilihat adalah

    kemunculan bahasa Urdu pada waktu kesultanan Islam Delhi. Bahasa ini adalah

    hasil daripada percampuran bahasa pertuturan yang berasaskan Sanskrit, Parsi,

    Turki dan Arab yang berpindah ke sana di bawah pemerintah Islam. Bahasa Urdu

    kini menjadi salah satu bahasa yang kaya dengan ibaratnya yang mendalam dan

    halus terutama dalam bidang kesenian kesusasteraan.

    4.2.7 Seni bina

    Menurut Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004 :398), Kubah dan

    menara yang terdapat di semua masjid merupakan hasil ciptaan tamadun islam

    yang dibawa masuk ke india. Orang islam juga telah memperkenalkan penggunaan

    konkrit dan motor, serta alat geometri dalam pembinaan bengunan dan penulisan

    inskripsi pada bangunan itu. Sultan yang memerintah kesultanan ini merupakan

    penaung bagi pembinaan bangunan yang indah. Sebagai contoh, Qutbuddin Adibak

    telah membina sebuah masjid yang terbesar di Delhi yang dikenali sebagai Quwwat-

    ul Islam. Baginda juga telah membina sebuah masjid yang idah di Ajmer yang

    dikenali sebagai Arhai-din-ka-jhompra. Salah sebuah ciptaan teragung orang islam

    ialah Qutb-Minaryang didirikan oleh Qutbuddin Aibak dan disiapkan oleh Altamish.

    Seni bina islam di india juga memperlihatkan beberapa pusara yang indah seperti

    pusara Balban, pusara Altamish, dan pusara Firuz Syah Tughlug.

    Mengikut Zulkiflee Haron et.al (2011:171) juga ,dalam bidang seni bina,

    tamadun india boleh berbangga dengan seni bina Islam iaitu Taj Mahal. Binaan Taj

    Mahal dengan keindahan dan kehalusan seninya telah memukau setiap pencipta

    seni bina di seluruh dunia. Binaan yang begitu unik dan tiada tandingannya ini

    disiapkan pada masa pemerintahan Shah Jehan (1592-1666M), salah seorang

    maharaja Moghul. Taj Mahal menjadi salah satu daripada tujuh perkara ajaib di

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    9/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    dunia. Taj Mahal yang terletak di Agra berhampiran Delhi begitu unik dengan ciri

    keindahan yang tersendiri. Pandangan luaran bangunan ini sentiasa berbeza

    bergantung pada cuaca dan waktu disebabkan sifat binanan semula jadinya, iaitu

    daripada marmar putih makhana.

    Rajah : Taj Mahal

    Seterusnya, Zulkiflee Haron et.al (2011:171) turut menyatakan ciptaan

    teragung seni bina islam iaitu Qutb Minar, masjid ini dinamai sebagai Quwwat al-

    Islam atau masjid kekuatan islam. Masjid ini telah dibina di delhi oleh pemerintah

    kesultanan Delhi (Dinasti Hamba) Qutbuddin Aibak. Masjid ini dianggap sebagai

    antara masjid tertua dan masih bertahan hingga ke hari ini di Delhi. Masjid ini telah

    dibina untuk menginatkan umat islam tentang kemenangan mereka membuka india.

    Pada awalnya masjid ini merupakan sebuah dinding yang menghala ke Mekkah, dan

    juga permaidani dan tali yang direntang bagi dijadikan ruang atau kawasan masjid.

    Keluasan masjid ini ialah 212 x 150 kaki persegi. Bahagian barat masjid tersebut

    terdapat sebuah dewan terbuka. Terdapat lma menara yang hujungnya tajam dan

    meruncing. Menara ini yang terletak di barat daya dan mencapai ketinggian 238 kaki

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    10/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    Rajah 2 : Quth Minar

    4.3 Pengaruh Tamadun Islam Di China

    Menurut Abdullah (1994) dalam buku Ahmad Zaki Abd. Latiff et.al ,2012

    :156, menyatakan terdapat Sesetengah pendakwah ke negara China melalui laut

    bersama pedagang dan menyebarkan Islam di Bandar-bandar seperti Shanghai,

    Guangzhou dan sebagainya. Musyiddin Hasan (1987) pula menyatakan pada abad

    ke-14 M, raja Turkestan Timur telah memeluk Islam. Ini memudahkan lagi

    penyebaran Islam di Turkestan Timur dan Negara China.

    Apabila masyarakat berbangsa Uyghur yang tinggal di Turkestan Timur

    memeluk islam, maka mereka mula menyerbarkan Islam du Turkestan Timur dan

    Negara China (Abdur-Rauf,1994) Apabila Maharaja China, Tang II mula tertarik

    dengan kebaikan agama islam, maka beliau menjemput beberapa pendakwah Islam

    secara rasmi. Pendakwah tersebut dapat menyebarkan islam dengan bebas dan

    selesa (Jameel Abdullah). (Ahmad Zaki Abd. Latiff et.al ,2012 :156)

    Kedatangan tamadun Islam ke china telah memberi pengaruh yang besar

    daripada pelbagai sudut. Antaranya pengaruh yang terbesar ialah daripada seni

    bina, penerimaan agama islam, kesusasteraan, ilmu astronomi, matematik dan

    ketenteraan. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa penulisan sejarah yang sahiholeh ilmuwan-ilmuwan di Negara Malaysia.

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    11/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    4.3.1 Kepercayaan Dan Agama

    Menurut Azhar Hj. Mad Aros, et.al (2000), penulis china menggunakan

    konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran Konfusiunisme bagi memperkenalkan

    islam kepada masyarakat China melalui tulisannya. Persamaan beberapa Konsep

    Konfusianisme dengan konsep Islam seperti Xiao(ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu

    (altruisme) telah membantu panulis-penulis China muslim memperkenalkan agama

    islam kepada masyarakat china. Penulis china Berjaya memperkenalkan aspek-

    aspek ajaran konfusianisme dan aspek ajaran Islam yang sesuai sehingga kedua-

    dua ajaran ini dapat dilihat sebagai saling melengkapi.

    4.3.2 Sistem ekonomi dan kewangan

    Zulkiflee Haron et.al (2011:173), menyatakan zaman kegemilangan

    pemerintahan Islam di China sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pengaruh Baitul Mal

    iaitu sebagai Pusat Perbendaharan Negara. Baitul Mal berfungsi menyelenggarakan

    harta umum di samping menjadi tempat menyimpan barangan berharga seperti

    wang, emas, perak, batu permata dan barang perhiasan yang berharga. Sementaraitu, sebuah badan penyelenggara telah diwujudkan dengan nama Superintendercies

    if trading ships untuk mengutip hasil perdagangan. Antara tugas lain unit ini adalah

    mengumpul dan melaksanakan senarai cikai import-eksport barangan yang

    diniagakan.

    4.3.3 Kesusasteraan

    Menurut Israeli (1990) dalam buku Tamadun melayu, china, india dan

    jepun (2004: 498), bidang sastera berkembang dengan adanya kertas. Pada zaman

    Dinasti Tang, seorang pendeta bernama Tu Hua, telah menulis sebuah buku

    berjudul Jing Hsing Chee. Dalam buku ini, beliau mencatatkan secara terperinci

    prinsip agama Islam. Buku ini jelas mejelaskan tentang keyakinan, iaitu perkara

    yang paling asas dalam agama Islam. Buku ini juga menghuraikan masalah puasa.

    Inilah karya yang pertama tentang islam di China.

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    12/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    Pengaruh islam di China juga boleh dilihat melalui hasil karya sastera yang

    bermutu. Wang Dai Zing adalah salah seorang tokoh sastera China yang

    mengharmonikan sastera China dengan nilai islam. Antara karyanya yang terkenal

    bertajuk penjelasan Benar Mengenai Agama Sebenar(Islam) dan Pengajian

    Tinggi selain itu, Yusuf Ma Zhu pula katif dalam menegakkan islam agar selari

    dengan situasi masyarakat China. Salah satu daripada karya beliau yang penting

    ialah Arab Islam. (Zulkiflee Haron et.al, 2011:172)

    4.3.4 Astonomi dan matematik

    Pengetahuan tentang matematik, aljabar dan trigonometri yang dimiliki oleh

    orang Arab telah membantu pengajian astronomi di China. Sebuah balai cerap diberi

    nama Hu Hui Chu Tien Chin dibangunkan pada tahun 1277 masihi. Ramai sarjana

    muslim datang ke china dari barat melalui Jalan Sutera. Jamaluddin telah menyusun

    kalender China yang berasaskan kaedah Kalender Islam. Kalender ini telah

    digunakan pada zaman Dinasti Yuan (1265- 1281 masihi). Jamaluddin juga turut

    menterjemah nama bintang dalam bahasa Arab kepada bahasa Cina. (Esa Khalid

    dan Mohd. Azhar Abd. Hamid, 2004 :398),

    Hal ini juga terurt disokong oleh Zulkiflee Haron et.al (2011:171) bahawa

    pengkajian dalam ilmu astronomi, iaitu kaji bintang di china banyak dibantu oleh

    pencapaian orang Arab. Begitu juga dengan perkembangan ilmu matematik,

    algebra, dan trigonometri. Bukti kepesatan ilmu astronomi ini ialah pembinaan

    makmal kaji bintang pada tahun 1272 Masihi sewaktu Dinasti Yuan. Pada dinasti

    Ming, iaitu dalam tahun 1620 Masihi, semua pekerja makmal tersebut beragama

    islam. Menurut beliau juga, salah seorang tokoh utama dalam ilmu astromoni di

    China ialah Tcha-Ma-Tin tau Jamaluddin dari Parsi yang merupakan sarjana yang

    dipinjamkan oleh parsi kepada kerajaan China. Beliau telah mencipta tujuh alat

    astronomi dan menterjemahkan nama bintang daripada bahasa Arab kepada

    bahasa China.

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    13/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    Zulkiflee Haron et.al (2011:171)juga menyatakan pengaruh tamadun isalam

    dalam bidang Matematik melalui penggunaan pengiraan pada zaman Dinasti Tang

    dan Sung. Kaedah penyusunan kalender diperkenalkan pada zaman Dinasti Sung

    dan Jamaluddin juga telah memperkenalkan kalender 10 ribu tahun atau Wan-nien-

    li. Takwim tersebut digunakan oleh pemerintah China dan dijadikan takwim rasmi

    kerajaan dari tahun 1265 hingga tahun 1281 M. pada zaman Dinasti Tang dan Sung,

    masyarakat Islam di China teah memperkenalkan kaedah pengiraan Arab dan

    kaedah 60 darjah. Ini merupakan titik tolak penyelidikan cina Muslim dalam bidang

    astronomi.

    4.3.5 Seni bina

    Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004 :398) menyatakan bahawa

    Arkitek muslim di china telah mencipta kaedah baru dalam bidang pembinaan,iaitu

    dengan menggabungkan seni Cina dan Seni Arab. Seorang arkitek terkenal

    bernama Muslim Shiheftaertin telah diamanahkan untuk membina istana Dinasti

    Yuan. Istana itu dibina dengan menggunkan jubin hijau dan biru. Istana ini

    merupakan warisan bagi masyarakat cina dan amat popular. Semasa Kublai Khan

    memilih sebuah tempat yang bernama Yenjing untuk dijadikan ibu kota, para arkitektelah ditugaskan untuk membina istana. Akhirnya, sehingga kini, Beijing masih

    menjadi ibu kota China.

    Malahan itu, Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004 :398) juga

    juga menyatakan dalam bukunya bahawa masjid telah dibina di sepanjang tempoh

    pemerintahan dinasti Cina seperti masjid Kwang Tah Se dan Chee Lin Se pada

    zaman Dinasti Tang. Sebuah masjid yang diberi nama masjid Raya turut didirikan

    pada zaman Dinasti Tang dan dibaik pulih hingga ke zaman Dinasti Ming. Masjid ini

    berbentuk istana dan inskripsi ukiran Arab lama digunakan untuk mengindahkan lagi

    masjid tersebut. Masjid yang dibina pada zaman dinasti Sung pula tetap teguh

    sehingga kini. Binaan masjid tersebut menggabungkan seni bina Arab dan seni bina

    China yang nyata. Dengan ini, jelas bahawa kesan pembinaan islam sangat

    berpengaruh dalam pembinaan masjid di China. Pengaruh keseniaan Islam dapat

    dilihat pada menara masjid, hiasan pada ruang utama, rangka susunan batu, dan

    symbol bintang-anak bulan pada pembinaan masjid di china.

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    14/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39

    Zulkiflee Haron et.al (2011:171) turut menyokong bahawaKesan pengaruh

    islam terhadap kebudayaan cina dapat dibuktikan dari segi fizikalnya melalui reka

    bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca al-quran, dan tanah perkuburan di

    seluruh Negara china. Secara umumnya, reka bentuk masjid di China terbahagi

    kepadadu jenis yang utama, iaitu mengekalkan masjid di Xinjiang dan mirip kepada

    rekabentuk kuil atau istana china tradisional. Walau bagaimanapun, hanya struktur

    luar sahaja kelihatan menerima pengaruh seni bina china tradisional sedangkan

    bahagian dalaman masjid di china mengikut prinsip asas agama islam.

    4.3.6 Ketenteraan

    Pengaruh dalam bidang ketenteraan telah diberikan oleh masyarakat Siam

    sejak zaman Dinasti Sung lagi. Islam di china telah mewujudkan sistem pentadbiran

    ketenteraan berasaskan islam yang dilakukan oleh Ahnan Da, gabenor wilayah Ansi.

    Kesannya, lebih 1.5 juta orang telah memeluk islam. Pembuatan meriam untuk

    kegunaan tentera telah dicipta oleh dua orang pedagang Arab Islam, iaitu Alaudin al-

    Mufasi dan Ismail al-Syami. Orang islam juga turut menceburi bidang kepimpinan

    wilayah dan Pentadbiran Tentera yang sedikit sebanyak telah meresap pengaruh

    tamadun islam dalam ketenteraan di Negara China. (Zulkiflee Haron et.al ,2011:174)

    Agama Islam juga tersebar ke China melalui Laluan Sutera (Silk Route). Pada

    abad ke-13 M, ramai orang islam dibawa masuk ke Monggol dari Asia Barat untuk

    membantu dalam pentadbiran. Sehingga kini, masih terdapat ramai penganut agama

    Islam di China. Kebanyakannya terdiri daripada kaum minority dari bahagian barat

    laut dan barat Xin jiang, Qin Hai, dan Ning Xia. (Ahmad Zaki Abd. Latiff et.al

    ,2012 :156). Kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci ini bersifat

    sejagat dan Berjaya merentas benua. Penerimaan islam oleh masyarakat China juga

    menunjukan kesesuaian ajarannya kepada mereka yang kemudiannya

    diasimilasikan supaya lebih sesuai dengan kehidupan tempatan mereka. Natijahnya,

    islam dan umatnya Berjaya membawa China menjadi salah sebuah kuasa yang

    digeruni ketika zaman kegemilangannya.

  • 7/29/2019 2.0 Pengaruh Tamadun Islam

    15/15

    Pengaruh Tamadun Islam Di Asia 2013

    39