7
2.0 Pembangunan Kawasan Rancangan Tempatan Dalam Konteks Dasar Dan Strategi Nasional Dan Negeri

2.0 Pembangunan Kawasan Rancangan Tempatan Dalam Konteks Dasar Dan Strategi Nasional Dan Negeri

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2.0 Pembangunan Kawasan Rancangan Tempatan Dalam Konteks Dasar Dan Strategi Nasional Dan Negeri

2.0 Pembangunan KawasanRancangan Tempatan Dalamg pKonteks Dasar Dan Strategi

Nasional Dan Negeri

Page 2: 2.0 Pembangunan Kawasan Rancangan Tempatan Dalam Konteks Dasar Dan Strategi Nasional Dan Negeri

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

2-1

2.0 PEMBANGUNAN KAWASAN RANCANGAN TEMPATAN DALAM KONTEKS DASAR DAN STRATEGI NASIONAL DAN NEGERI

2.1 KONURBASI KUALA LUMPUR Rancangan Fizikal Negara (RFN) telah menyatakan Konurbasi Kuala Lumpur adalah meliputi kawasan seluas 504,000 hektar. Kawasannya melibatkan Wilayah Lembah Klang sedia ada dan kawasan pembesaran yang meliputi Daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sepang dan Kuala Langat di Selangor serta Daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan (rujuk Rajah 2.1). Jumlah penduduk tahun 2000 dianggarkan seramai 4.8 juta orang. Pada tahun 2020, jumlah penduduk konurbasi ini diunjurkan akan mencapai 12.6 juta orang. Konurbasi Kuala Lumpur merupakan Konurbasi Taraf 1 yang dikenali sebagai Konurbasi Pertumbuhan Nasional (rujuk Jadual 2.1).

Jadual 2.1: Hierarki Konurbasi Perbandaran

TARAF HIERARKI KAWASAN

1 Konurbasi Pertumbuhan Nasional

Kuala Lumpur-Lembah Klang-Seremban

2 Konurbasi Pertumbuhan Wilayah

i. George Town-Kulim-Sungai Petani-Perak Utara

ii. Johor Bahru-Pasir Gudang-Tanjung Pelepas

iii. Kuantan-Kemaman

3 Konurbasi Pertumbuhan Pertengahan

i. Ipoh ii. Melaka

4 Pusat Pertumbuhan Perbandaran / Konurbasi Masa Hadapan

i. Alor Setar ii. Kota Bharu iii. Kuala Terengganu iv. Kangar v. Temerloh-Mentakab vi. Lumut- Sitiawan-Manjung vii. Muar- Batu Pahat-Kluang

Sumber: Rancangan Fizikal Negara, 2005 Pembangunan Konurbasi Kuala Lumpur akan berterusan berpaksi kepada Bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai misi untuk mencapai status ‘World Class City’ menjelang tahun 2020. Salah satu pengaruh Bandaraya Kuala Lumpur dapat dilihat kepada sumbangan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja sekitarnya (rujuk Jadual 2.2). Pada tahun 2000, dianggarkan 53.1 peratus peluang pekerjaan yang diwujudkan di dalam Bandaraya Kuala Lumpur adalah untuk tenaga kerja yang datang dari luar Bandaraya. Unjuran yang dibuat pada tahun 2020 menunjukkan peratusan ini semakin mengecil iaitu 37.1 peratus. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar peluang pekerjaan yang disediakan untuk tenaga kerja dari luar Bandaraya Kuala Lumpur meningkat dari 445,400 pada tahun 2000 kepada 520,000 pada tahun 2020.

Page 3: 2.0 Pembangunan Kawasan Rancangan Tempatan Dalam Konteks Dasar Dan Strategi Nasional Dan Negeri

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

2-2

"A

"A

í

?

e

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

##

#

#

#

#

##

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

##

#

#

##

#

#

#

##

# #

#

#

#

##

#

#

#

#

#

#

Pulau Ketam

Pulau Carey

Seremban

Shah AlamKUALA LUMPUR

KUALA LUMPURInternational Airport

Pengkalan TUDM Sungai Besi

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Airport

Kuala SelangorNorth Peat Swamp

Forest

SelangorState Park

Krau WildlifeReserve

Jeram

Kapar

Klang

Kuang

Rawang

Kajang

Sepang

Ampang

Banting

Kerling

Dengkil

Sekincan

Serendah

S. Buloh

Kelumpang

Asam Jawa

Sabak Bernam

Sungai Besar

Tanjong Karang

Kuala Selangor

K. Kubu Baharu

Kg. Sungai Lima

Hulu Yam Baharu

Bandar Baru BangiPuchong Batu Dua Belas

Kota

Titi

Nilai

Pajam

Broga

Bahau

Rantau Rembau

Mantin

Pertang

Seremban

Kg. Dangi

Gemenche

Ayer Hitam

Kuala Pilah

Port Dickson

Kuala Klawang

Kg. Terengtang

Pekan Simpang Durian

Rajah 2.1: Pelan Konurbasi Kuala Lumpur

Sumber: Rancangan Fizikal Negara, 2005

PETUNJUK:-

Jadual 2.2: Penduduk Dan Peluang Pekerjaan Bandaraya Kuala Lumpur, 2000 Dan 2020

PENDUDUK DAN PEKERJAAN TAHUN 2000 TAHUN 2020

Bilangan Penduduk Bandaraya Kuala Lumpur 1.4 juta 2.2 juta

Bilangan Pekerjaan Bandaraya Kuala Lumpur 838,400 1,419,500

Bilangan Tenaga Kerja Bandaraya Kuala Lumpur 393,000 880,000

Bilangan Tenaga Kerja dari Luar Bandaraya Kuala Lumpur 445,400 520,000

% Tenaga Kerja dari luar Bandaraya Kuala Lumpur 53.1 % 37.1%

Sumber: Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020

Page 4: 2.0 Pembangunan Kawasan Rancangan Tempatan Dalam Konteks Dasar Dan Strategi Nasional Dan Negeri

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

2-3

2.2 STRATEGI PEMBANGUNAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2020 (RSN SELANGOR 2020)

Strategi ‘Multi Focus’ RSN Selangor 2020 memberi penekanan terhadap perkembangan pusat-pusat pertumbuhan sebagai pusat ekonomi yang maju dan ‘self contained’ serta mudah dikawal dan diurus, berbanding amalan semasa yang menggalakkan ‘urban sprawl’. 2.2.1 Ciri-Ciri Utama Strategi ‘Multi Focus’ i. Pengekalan Dan Pemuliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Kawasan Sensitif Alam Sekitar yang telah dikenalpasti akan terus dipulihara. Di antara kawasan yang terlibat ialah kawasan hutan simpan kekal, kawasan berbukit dan bercerun curam, kawasan pesisiran pantai dan sungai, kawasan kepulauan dan kawasan tadahan air. Ia bertujuan untuk memastikan aset semula jadi tidak musnah dan pupus sehingga menimbulkan risiko bencana dan untuk dinikmati oleh generasi akan datang. ii. Pengekalan Wilayah Lembah Klang Sebagai Pusat Pembangunan Yang Dinamik Kawasan Wilayah Lembah Klang merupakan kawasan pembangunan perbandaran yang termaju di Malaysia dan sebahagian besarnya terletak di Negeri Selangor. Pembangunan perbandaran di dalam Wilayah Lembah Klang akan terus digalakkan dan dijadikan pemangkin pembangunan negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Memandangkan kawasan ini hampir mencapai tahap tepu, pembangunan secara ‘infill’ dan pembangunan semula adalah digalakkan terutamanya di pusat-pusat bandar utama yang mengalami tekanan pembangunan yang tinggi. Strategi pembangunan di wilayah ini juga memberi penekanan kepada peningkatan pengurusan lalu lintas dan penyediaan infrastruktur yang lebih sempurna bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dan banjir kilat yang sering berlaku di kawasan ini. Ini adalah untuk memastikan persekitaran Wilayah Lembah Klang akan terus kondusif untuk pembangunan ekonomi bandar. iii. Peluasan Zon Pembangunan Perbandaran Di Pinggir Wilayah Lembah Klang Untuk menampung pertambahan penduduk dan aktiviti pembangunan ekonomi, peluasan kawasan perbandaran adalah diperlukan. Oleh itu, zon perbandaran diperluaskan ke kawasan selatan Daerah Kuala Selangor dan utara Daerah Kuala Langat sebagai zon pembangunan utama. Peluasan ini juga meliputi kawasan tengah Daerah Kuala Selangor dan selatan Kuala Langat sebagai zon pembangunan sekunder yang mengambilkira pembangunan-pembangunan komited di kawasan berkenaan. Pembangunan di kawasan ini bagaimanapun ditumpukan di pusat-pusat pertumbuhan yang dikenalpasti. iv. Pengukuhan Pembangunan Ekonomi Semasa Dan Pembentukan Asas-Asas Ekonomi Baru

Terutamanya Di Kawasan Kurang Maju Pembangunan ekonomi negeri dipertingkatkan melalui pengukuhan aktiviti semasa dan mempelbagaikan lagi aktiviti ekonomi berdasarkan kepada kekuatan asas ekonomi tempatan sesuatu zon pembangunan yang dikenalpasti. v. Penyerakan Pembangunan Ke Luar Wilayah Lembah Klang Melalui Pembangunan Pusat-Pusat

Pertumbuhan Strategik Yang Bersifat Mandiri Dan Berorientasikan Transit Pendekatan utama penyerakan pembangunan ke luar Wilayah Lembah Klang adalah dengan mengenalpasti pusat-pusat pertumbuhan sedia ada yang sesuai untuk menjadi pusat-pusat pertumbuhan strategik serta pusat-pusat transit di lokasi yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi di kawasan sekitarnya. Pembangunan dan perkembangan pusat-pusat ini akan dipergiatkan untuk menjadikannya sebagai pemangkin utama pembangunan di kawasan luar Wilayah Lembah Klang.

Page 5: 2.0 Pembangunan Kawasan Rancangan Tempatan Dalam Konteks Dasar Dan Strategi Nasional Dan Negeri

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

2-4

vi. Pengintegrasian Pusat Transit Antarabangsa, Utama Dan Sekunder Serta Penekanan Kepada Perkembangan Fungsi Penggunaan Transit

Ciri istimewa yang dipamerkan oleh strategi pembangunan ini adalah penekanan terhadap pembangunan infrastruktur pengangkutan yang mampan serta konsep pembangunan koridor transit untuk seluruh Negeri Selangor. Pengintegrasian pusat transit dan pembangunan berasaskan koridor transit ini adalah untuk mengambil manfaat daripada kewujudan pusat-pusat pengangkutan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta kedapatan rangkaian perhubungan darat yang menyeluruh. Penekanan ini menuntut pembangunan sistem pengangkutan yang berintegrasi untuk memberi manfaat terhadap pergerakan manusia serta barangan dari segi keselesaan, keselamatan dan ‘reliability’ serta pemeliharaan alam sekitar secara menyeluruh. 2.2.2 Hubungkait Strategi RSN Selangor 2020 Dengan Kawasan MPAJ Beberapa aspek yang terkandung di dalam strategi RSN Negeri Selangor jelas menyediakan rangka kerja kepada pembangunan kawasan MPAJ. Antara aspek yang disentuh termasuklah :- i. Menekankan kepada perkembangan pusat-pusat pertumbuhan sebagai pusat yang maju dan

’self contained’ serta mudah dikawal dan diurus. Pusat-pusat pertumbuhan yang dicadangkan di dalam kawasan MPAJ ialah Hulu Klang sebagai ’Core Area’. Di antara dasar-dasar yang terdapat dalam RSN Selangor 2020 berkaitan dengan strategi pembangunan ini adalah:- DASAR FZ 9:- ARAH DAN STRATEGI PEMBANGUNAN FIZIKAL NEGERI SELANGOR DITUMPUKAN KEPADA PEMBANGUNAN PELBAGAI PUSAT PERTUMBUHAN DAN PENGGUNAAN KONSEP PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT BAGI KAWASAN PEMBANGUNAN BARU Cadangan Am:-

FZ9 C1: Menggalakkan corak pembangunan yang padat dan mendiri serta mengandungi

pelbagai guna tanah di pusat-pusat pertumbuhan (nuclei)

ii. Strategi Pembangunan Berorientasikan Transit mengesyorkan pembangunan pusat-pusat transit bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan rel dan pengangkutan awam. Dasar-dasar yang berkaitan adalah:- DASAR FZ 9:- ARAH DAN STRATEGI PEMBANGUNAN FIZIKAL NEGERI SELANGOR DITUMPUKAN KEPADA PEMBANGUNAN PELBAGAI PUSAT PERTUMBUHAN DAN PENGGUNAAN KONSEP PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT BAGI KAWASAN PEMBANGUNAN BARU

Cadangan Am:-

FZ9 C2: Menggalakkan pembangunan berorientasikan transit di lokasi-lokasi yang strategik di

laluan-laluan utama di seluruh negeri untuk memberi kemudahsampaian yang tinggi ke pusat-pusat pembangunan

FZ9 C3: Menggalakkan pelaksanaan amalan ’Smart Growth’ dalam pemajuan guna tanah

di pusat-pusat transit di mana penekanan adalah terhadap:-

• Pembangunan yang padat (compact) tetapi mampan; • Penyediaan guna tanah yang bercampur tetapi tidak bercanggah; • Penyediaan pelbagai mod pengangkutan dan sistem pengangkutan mampan; • Pembangunan baharu dalam kawasan tepubina sedia ada; • Pembangunan berskala manusia untuk mesra penduduk; dan • Pewujudan lingkungan awam.

Page 6: 2.0 Pembangunan Kawasan Rancangan Tempatan Dalam Konteks Dasar Dan Strategi Nasional Dan Negeri

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

2-5

iii. Strategi Pembangunan Zon Ekonomi Mandiri menggalakkan pembangunan ekonomi berasaskan kekuatan sumberjaya ekonomi yang boleh didapati di sekitar kawasan MPAJ seperti zon pelancongan eko; zon industri sokongan dan automatif; zon pembangunan ekonomi bandar utama. Dasar-dasar yang berkaitan termasuklah :- DASAR EK 1 :-

ZON PEMBANGUNAN FIZIKAL HENDAKLAH DIMAJUKAN DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI EKONOMI YANG BERSESUAIAN SEPERTI BERIKUT :- a. Ekonomi Bandar (Wilayah Lembah Klang) b. Aktiviti Berteknologi Tinggi Dan Penyelidikan Dan Pembangunan (Koridor Raya Multimedia) c. Pelancongan (Pulau Carey – Sungai Pelek) d. Maritim (Pelabuhan Klang) e. Pelancongan Dan Perikanan (Kuala Selangor) f. Pertanian Dan Perindustrian Tani (Tanjung Karang- Sabak) g. Pertanian Dan Pelancongan Agro (Lembah Agro) h. Automotif Dan Industri Sokongan (Rawang – Bernam Jaya) i. Pelancongan Eko (Taman Negeri)

Cadangan Am :-

EK1 C1 : Membangunkan zon-zon pembangunan ekonomi yang dicadangkan EK1 C2 : Memajukan sekurang-kurangnya sebuah pusat perkhidmatan yang lengkap bagi

setiap zon pembangunan EK1 C3 : Menyediakan kawasan pembangunan yang sesuai dan mencukupi di setiap zon

pembangunan EK1 C4 : Menyediakan kemudahan awam, perhubungan dan infrastruktur yang lengkap dan

cekap bagi menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi sesuai dengan zon pembangunan ekonomi berkenaan

EK1 C5 : Mengawal perancangan dan pembangunan di setiap zon pembangunan agar tidak bercanggah dengan aktiviti pembangunan yang ditetapkan bagi zon berkenaan

DASAR EK 4 :-

PEMBANGUNAN EKONOMI DI LUAR WILAYAH LEMBAH KLANG AKAN DIPERTINGKATKAN, DIPERKUKUHKAN DAN DIPELBAGAIKAN

Cadangan Am:-

EK4 C1: Meningkatkan aktiviti pembangunan ekonomi di luar Wilayah Lembah Klang

berdasarkan kekuatan sumber ekonomi di zon berkenaan serta menggalakkan lagi pertumbuhan industri hiliran

Page 7: 2.0 Pembangunan Kawasan Rancangan Tempatan Dalam Konteks Dasar Dan Strategi Nasional Dan Negeri

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 STRATEGI DAN CADANGAN PEMBANGUNAN

2-6

Rajah 2.2: Hubungkait Strategi RSN Selangor 2020 Dengan Kawasan MPAJ

STRATEGI PEMBANGUNAN ‘MULTI FOCUS’

STRATEGI PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT

STRATEGI PEMBANGUNAN ZON EKONOMI MANDIRI

STRATEGI PEMBANGUNAN PELBAGAI ‘NUCLEI’

Strategi ini memberi penekanan terhadap

perkembangan pusat-pusat pertumbuhan sebagai pusat ekonomi yang maju dan‘self

contained’ serta mudah dikawal dan diurus

berbanding amalan semasa yang menggalakkan ‘urban

sprawl’

Strategi ini adalah inspirasi daripada kewujudan

rangkaian perhubungan infrastruktur dan perkhidmatan

pengangkutan awam yang cekap, serta pembangunan perbandaran yang tertumpu di kawasan pusat transit. Ia bertujuan untuk mengatasi

masalah kesesakan dan konflik lalulintas

Strategi pembangunan ini menekankan

pendekatan pembangunan ekonomi berasaskan

kekuatan sumber jaya ekonomi yang boleh didapati

di sekitar kawasan yang dikenal pasti. Ini bertujuan untuk mempelbagaikan

asas ekonomi dan memastikan setiap kawasan

di Selangor dapat dibangunkan serentak

• Pusat Pinggir Metro -Ampang

• ‘Core Area’ – Hulu Klang • Pengekalan dan

Pemuliharaan KSAS • Sempadan Koridor

Pembangunan Bandar

• Zon Pembangunan Ekonomi Bandar Utama

• Zon Automotif dan Industri Sokongan

• Zon Pengekalan, Pemuliharaan dan Pelancongan Ekonomi