of 38 /38
USAHAWAN Vespanathan a/l Supramaniyam

2 Topik Asas Usahawan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2 Topik Asas Usahawan

USAHAWAN

Vespanathan a/l Supramaniyam

Page 2: 2 Topik Asas Usahawan

DEFINISI USAHAWANterjemahan daripada perkataan Inggeris, entrepreneur yang sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis entreprender. usahawan ialah seseorang yang memulakan atau mengusahakan sesuatu perniagaan atau perusahaan. usahawan sebagai individu yang membentuk dan memajukan sesuatu perniagaan atau perusahaan untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang.

Page 3: 2 Topik Asas Usahawan

Hubungan antara usahawan dengan peniaga dan

perniagaan

Bidang Perniagaan

PeniagaUsahawan

Page 4: 2 Topik Asas Usahawan

Perbezaan Antara Peniaga Dengan Usahawan

Peniaga Usahawan

a) membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan sedia ada

a) berusaha mereka cipta dan mengubahsuaikan barangan serta perkhidmatan baru yang lebih bernilai

b) menceburi perniagaan dalam pasaran sedia ada b) merancang dan berusaha untuk mewujudkan pasaran baru

c) mementingkan keuntungan jangka pendek c) mementingkan keuntungan jangka panjang selain mengutamakan sumbangan dan bakti kepada masyarakat dan negara

d) hanya sanggup menghadapi risiko yang terhad d) sanggup menghadapi risiko yang besar

e) berpuas hati dengan pencapaian sedia ada e) sentiasa berusaha mengembangkan perniagaan sedia ada

f) skala operasi lebih kecil dengan pengendalian pengurusan yang statik

f) skala operasi mungkin kecil pada peringkat awal tetapi berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan

Page 5: 2 Topik Asas Usahawan

Ciri-ciri Utama UsahawanA) Kreatif kebolehan mengilhamkan dan mereka cipta sesuatu produk atau perkhidmatan yang baru dan belum ada lagi di pasaran. Produk atau perkhidmatan baru tersebut harus mempunyai nilai dan berfaedah kepada masyarakat. Ciptaan baru ini kemudiannya akan dipasarkan dan menjadi satu daripada pelbagai pilihan kepada pengguna.

B) Inovatifkemampuan mengubahsuaikan nilai dan kualiti sesuatu produk di pasaran hingga menjadi lebih baik dan sempurna. Ciptaan yang berinovatif bukan sahaja memberikan faedah dan kelebihan kepada produk berkenaan tetapi juga kepada usahawan dalam menghadapi persaingan di pasara.

 

Page 6: 2 Topik Asas Usahawan

C) Sanggup Menghadapi Risiko Usahawan mesti sanggup dan berani menghadapi risiko. Risiko yang mungkin dihadapi oleh usahawan termasuklah produknya tidak laku di pasaran, persaingan yang sengit, kerugian dan sebagainya. Usahawan tulen beranggapan bahawa lebih tinggi risiko yang dihadapi maka lebih tinggi kemungkinana keuntungan yang akan diperolehinya.

D) Bijak Mengambil Peluangbijak mengambil peluang dengan tindakan yang pantas dan berkesan. Dia mestilah bijak memilih dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan baru yang dapat memberikan keuntungan. Dalam pada itu, usahawan juga cekap mengatur strategi untuk mengatasi sebarang masalah persaingan di pasaran.

Ciri-ciri Utama Usahawan

Page 7: 2 Topik Asas Usahawan

E) Daya Usaha BerterusanUsahawan tidak harus cepat berpuas hati dengan kejayaan yang ada. Dia perlu berusaha terus untuk memajukan dan mengembangkan perniagaannya. Usahawan juga tidak mudah berputus asa jika menghadapi masalah dalam bidang yang diceburinya. Usahawan yang berjaya akan sentiasa mencari peluang baru, membuat pilihan, merancang dan melaksanakannya sehingga berjaya.

Ciri-ciri Utama Usahawan

Page 8: 2 Topik Asas Usahawan

Kelebihan Menjadi Usahawan

Berbanding Makan Gaji Kriteria Usahawan Makan Gaji

a) Pendapatan Semakin kuat daya usaha semakin besar pulangan atau pendapatan

Menerima gaji tetap pada setiap bulan dan pertambahan pendapatan berdasarkan kepada prestasi kerja

b)Tugas/ Tanggungjawab Bidang tugas meliputi semua aspek

Bidang tugas yang terhad, berdasarkan jawatan yang disandang

c) Waktu Bekerja fleksibel Mengikut masa yang ditetapkan

d) Membuat keputusan sendiri majikan

e) Kreativiti Bebas berkreativiti untuk memastikan kejayaan perniagaan

Kreativiti tersekat oleh pelbagai peraturan yang ditetapkan

Page 9: 2 Topik Asas Usahawan

Peranan Usahawan A) Menghasilkan pengeluaran

Dalam usaha memperluaskan dan meninggikan mutu keluarannya, seorang usahawan akan menghasilkan keluaran yang baru dan lebih bermutu lagi dari semasa ke semasa.

Seorang usahawan yang kreatif dan inovatif pula akan mengjasilkan beraneka jenis keluaran untuk memenuhi kehendak masyarakat.

B) Meluaskan penggunaan barangan melalui pengubahsuaian

Usahawan yang kreatif dan inovatif akan sentiasa mengubahsuaikan keluarannya supaya barang itu dapat digunakan dengan lebih meluas lagi. Contohnya adalah melalui penyelidikan dan pengubahsuaian penggunaan minyak kelapa sawit dapat diperluaskan lagi.

Page 10: 2 Topik Asas Usahawan

c) Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

Usaha usahawan menghasilkan pelbagai barangan adalah untuk memenuhi keperluan asa manusia. Usahawan juga memenuhi kehendak manusia yang pelbagai dan sentiasa berubah.

d) Mewujudkan peluang perniagaan

Dengan menceburi bidang perniagaan yang abru usahawan dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat yang akhirnya dapat mengurangkan atau mengatasi masalah pengangguran yang kian meruncing di negara kita.

Peranan Usahawan

Page 11: 2 Topik Asas Usahawan

e) Meninggikan taraf hidup masyarakat setempat

Kemajuan hasil daripada perkembangan perniagaan akan menambahkan pendapatan masyarakat setempat. Penambahan dalam pendapatan membolehkan masyarakat menikmati pelbagai jenis barangan dan juga perkhidmatan. Maka dengan itu, taraf hidup masyarakat setempat dapat dipertingkatkan.

f) Memajukan negara

Usahawan dapat memajukan negara dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan menambahkan hasil pendapatan kerajaan melalui cukai perniagaan yang perlu dibayar.

Peranan Usahawan

Page 12: 2 Topik Asas Usahawan

Bidang Kegiatan Usahawan

BIDANG PERNIAGAAN

Perkhidmatan:Pereka fesyen

PerhotelanKatering

Pengeluaran:EkstratifPertanian

PerkilanganTekstil

Pemasaran/AgihanPemborongJualan terus

Page 13: 2 Topik Asas Usahawan

Bidang Kegiatan Usahawan

A) Bidang Pengeluaran

menghasilkan bahan mentah, barang separuh siap dan juga barang siap. Usahawan berperanan mengurus factor-faktor pengeluaran seperti modal, bahan, dan buruh. Pengurusan yang cekap akan dapat mengurangkan kos pengeluaran dan dapat memaksimumkan keuntungan. i) Ekstraktif kegiatan mengeluarkan bahan mentah daripada alam

semula jadi seperti aktiviti-aktiviti perlombongan, pembalakan dan perikanan.

Page 14: 2 Topik Asas Usahawan

ii) Pertanian

kegiatan mengeluarkan bahan mentah dengan cara bercucuk tanam dan berternak. Kegiatan pertanian tidak mempunyai unsure susutan kerana dapat ditukar ganti dengan usaha menanam semula atau membiak baka ternakan yang sedia ada.

iii) Perkilangan

Bahan mentah yang diperolehi melalui kegiatan ekstraktif dan pertanian dapat diproses menjadi barang separuh siap dan barang siap. Pemprosesan bahan mentah ini dilakukan di tempat yang khusus iaitu di kilang. Peralatan seperti mesin, jentera, loji dan sebagainya turut digunakan dalam proses perkilangan.

Bidang Kegiatan Usahawan

Page 15: 2 Topik Asas Usahawan

iv) Pembinaan

Pembinaan adalah kegiatan membina, memasang atau membangunkan hasil perkilangan menjadi satu produk siap dan boleh terus digunakan. Antara contoh hasil kegiatan dalam bidang pembinaan termasuklah jambatan, jalan raya, kereta, kapal terbang dan sebagainya.

Bidang Kegiatan Usahawan

Page 16: 2 Topik Asas Usahawan

b) Bidang Perkhidmatan

kegiatan menawarkan perkhidmatan secara langsung kepada pengguna. Perkhidmatan yang ditawarkan boleh dalam bentuk kepakaran, pengetahuan, kemahiran dan tenaga kepada pelanggan. Antara contoh perkhidmatan termasuklah perkhidmatan kewangan, makanan, pelancongan, pendidikan dan sebagainya.

Bidang Kegiatan Usahawan

Page 17: 2 Topik Asas Usahawan

C) Bidang Pemasaran atau Agihan

kegiatan menyalurkan barang-barang dan perkhidmatan daripada pengeluar hinggalah kepada pengguna terakhir; iaitu orang ramai. Dalam bidang pemasaran, usahawan boleh menceburi aktiviti perniagaan sebagai pengeluar, pemborong dan peruncit. Usahawan boleh juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sokongan atau bantuan agihan seperti komunikasi, pengangkutan, pergudangan dan lain-lain lagi.

Bidang Kegiatan Usahawan

Page 18: 2 Topik Asas Usahawan

BIODATA USAHAWAN BERJAYA: HIJJAS KASTURI

Hijjas Kasturi dilahirkan pada 26 September 1936. berasal daripada sebuah keluarga miskin. Ayah beliau bekerja di bahgaian percetakan di Utusan Melayu manakala ibu beliau suri rumah sepenuh masa. Namun berkat usahanya yang berterusan serta sikap yang rajin dan bijak, Hijjas berjaya mencapai kecemerlangan di sekolah dan dalam bidang arkitek yang diceburinya sekarang ini.

Page 19: 2 Topik Asas Usahawan

Hijjas memulakan kerjaya sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat di Singapura. Dalam amsa yang sama beliau mengambil kursus seni bina dan reka bentuk melalui pos dengan England International School selama dua tahun. Kemudian beliau menyambung pengajian di Universii Adelaide dalam bidang Seni Bina Dan Reka Bentuk serta di Universti Melbourne dalam bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah.

BIODATA USAHAWAN BERJAYA: HIJJAS KASTURI

Page 20: 2 Topik Asas Usahawan

Dari Singapura, Hijjas berhijrah ke Malaysiadan kini menjadi Ketua Pengarah Perundingan Seni Bina dan Perancang Bandar di Hijjas Kasturi Associates (HKAS) miliknya sendiri. Melalui HKAS ribuan projek reka bentuk bangunan telah dihasilkan. Antaranya termasuklah Masjid Negara, Bangunan Tabung Haji, Ibu Pejabat Telekom, Hotel Nikko, Menara Maybank, dan Stadium Shah Alam. Cita-cita Hijjas untuk mewujudkan identity Malaysia denagn menerapkan cirri-ciri seni bina Melayu dengan beberapa pengubahsuaian pada seni bina rekaannya telah membuahkan hasil. Cita-citanya itu jelas digambarkan melalui kata-katanya “kalau kita kehilangan seni bina, bahasa, kesusasteraan dan muzik bermakna kita kehilangan bangsa”.

BIODATA USAHAWAN BERJAYA: HIJJAS KASTURI

Page 21: 2 Topik Asas Usahawan

Hijjas banyak menerima anugerah sepanjang penglibatannya dalam bidang seni bina dan reka bentuk antaranya termasuklah Anugerah Pingat Emas Pertubuhan Arkitek Malaysia 2001, Anugerah Kreatif anjung Seri 2002, Anugerah Pingat Emas oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) 2001 dan Anugerah Cemerlang PAM 2000.Bagi Hijjas untuk mengecap kejayaan seseorang itu harus bersabar dan terus berusaha tanpa putus asa. Kemiskinan tidak harus dijadikan sebagai alas an untuk terus gagal dalam hidup, sebaliknya dijadikan sebagai obor pembakar semangat untuk mara kehadapan mengejar kejayaan.

BIODATA USAHAWAN BERJAYA: HIJJAS KASTURI

Page 22: 2 Topik Asas Usahawan

PERANAN KERAJAAN DALAM MEMBANTU USAHAWAN

Golongan usahawan merupakan antara penyumbang kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan negara. Oleh itu, kerajaan melaui agensinya yang pelbagai sentiasa berusaha melahirkan dan memperbanyak usahawan yang berjaya.

Page 23: 2 Topik Asas Usahawan

Agensi Kerajaan yang Membantu Usahawan

a) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

b) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)

c) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

d) UDA Holdings Berhad (UDA)

e) Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)

f) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM BERHAD)

g) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Page 24: 2 Topik Asas Usahawan

Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA)

a) memberikan latihan dan bimbingan secara teori dan amali

b) menyediakan prasarana seperti ruang niaga, kedai, komleks perniagaan dan pejabat, arked serta bengkel perusahaan.

Membiayai perniagaan dengan memberikan pinjaman modal.

Page 25: 2 Topik Asas Usahawan

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)

MEDEC ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah kelolaan Institut Teknologi Mara yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM). Fungsinya adalah untuk memberikan latihan dan pendidikan, membuat penyelidikan keusahawanan dan memberikan khidmat perundingan serta nasihat kepada usahawan.

Page 26: 2 Topik Asas Usahawan

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

(MIDA)MIDA berperanan memajukan dan menyelaraskan segala aktiviti yang berkaitan denagn pembangunan perindustrian. Selain itu, MIDA turut memberikan khidmat nasihat kepada kementerian dan kerajaan negeri tentang dasar dan strategi pembangunan perindustrian. Badan ini juga bertanggungjawab mengurus permohonan lessen, perlindungan tariff, pemberian taraf perintis, dan pelepasan cukai import.

Page 27: 2 Topik Asas Usahawan

UDA Holdings Berhad (UDA)

Fungsi UDA Holdings Berhad adalah merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan Bandar dan pinggir bandar. Untuk itu, UDA turut menyediakan infrastruktur, kawasan petempatan, kawasan perdagangan serta kawasan perindustrian untuk kemudahan usahawan.

Page 28: 2 Topik Asas Usahawan

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian

Malaysia (MARDI)MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pelbagai hasil pertanian negara. Tujuannya adalah untuk membantu meningkatkan produktiviti pertanian. Selain itu, MARDI mngadakan kursus-kursus tentang teknologi pertanian dan produk baru pertanian kepada usahawan.

Page 29: 2 Topik Asas Usahawan

Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM BERHAD)

SIRIM BERHAD adalah syarikat milik penuh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan yang mula beroperasi pada 1 September 1996. antara fungsinya termasuklah menentukan dan memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi.

SIRIM menjalankan akjian dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti. Selain itu, SIRIM turut menjalankan penyelidikan dan menyampaikan maklumat tentang pembangunan dan perubahan teknologi.

Page 30: 2 Topik Asas Usahawan

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

MPOB ditubuhkan dengan matlamat untuk menggalakkan, membangunkan dan memajukan industri kelapa sawit negara. Antara fungsinya termasuklah menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang biologi, kejuruteraan dan pemprosesan serta pembangunan produk sawit. Di samping itu, MPOB turut menyediakan khidmat nasihat dan latihan kepada usahawan tempatan.

Page 31: 2 Topik Asas Usahawan

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

MLVK adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Agensi berperanan mengurus dan mengawal kualiti kemahiran negara. Beberapa skim latihan ditawarkan kepada orang ramai untuk melahirkan sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan industri negara. MLVK merupakan badan tunggal yang menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada peserta-peserta latihan.

Page 32: 2 Topik Asas Usahawan

JENIS BANTUAN DAN KEMUDAHAN KERAJAAN KEPADA USAHAWAN

BIMBINGAN & LATIHANAgensi-agensi Kerajaan Jenis Bimbingan dan Latihan

a) Pusat daya Pengeluaran negara (PDPN)

Pengetahuan perniagaan

b) Pusat pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)

Pengurusan perniagaan

c) Pusat Giat Mara (PGM) Merekod simpan kira & perakaunan

d) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Motivasi

e) Institut Latihan Perindustrian Latihan semasa bekerja

f) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

Latihan kemahiran/persijilan

Page 33: 2 Topik Asas Usahawan

JENIS BANTUAN DAN KEMUDAHAN KERAJAAN KEPADA USAHAWAN

PRASARANA

Agensi-agensi Kerajaan Jenis Prasarana

a) UDA Holdings Berhad (UDA) Premis perniagaan (MARA, UDA, PKEN)

b) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Kawasan perindustrian (MARA, UDA, PKEN)

c) Jabatan Bekalan Air (JBA) Bekalan air

d) Tenaga Nasional Berhad Bekalan elektrik

Page 34: 2 Topik Asas Usahawan

JENIS BANTUAN DAN KEMUDAHAN KERAJAAN KEPADA USAHAWAN

KAJIAN PENYELIDIKANAgensi-agensi Kerajaan Jenis Kajian dan Penyelidikan

a) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)

Mengawal dan menetapkan mutu keluaran industri mengikut standard piawaian yang ditetapkan

b) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Membuat kajian serta membangunkan dan memajukan keluaran industri kelapa sawit

c) Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM)

Membuat kajian tentang produk yang berkaitan dengan getah

d) Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)

Membuat kajian tentang produk pelbagai hasil pertanian

e) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM

Membuat kajian tentang hasil-hail laut dan air tawar (sungai, kolam dan tasik)

Page 35: 2 Topik Asas Usahawan

JENIS BANTUAN DAN KEMUDAHAN KERAJAAN KEPADA USAHAWAN

PINJAMAN KEWANGAN

Agensi-agensi Kerajaan Jenis Bantuan

a) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Skim pinjaman MARA

b) Syarikat permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF)

Pinjaman berpemggal MIDF

c) Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB)

Skim Rancangan Berniaga Kecil-kecilan

d) Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (SJKM)

SJKM menjadi penjamin kepada usahawan yang ingin membuat pinjaman daripada institusi kewangan

Page 36: 2 Topik Asas Usahawan

JENIS BANTUAN DAN KEMUDAHAN KERAJAAN KEPADA USAHAWAN

GALAKAN INSENTIF

Galakan Keterangan

Taraf Perintis Bermaksud memberikan pengecualian cukai perniagaan selama beberapa tahun kepada syarikat yang baru sehingga perniagaannya maju dan stabil

Duti Import Bermaksud mengenakan cukai terhadap barang yang dibeli dari luar negeri.

Bertujuan menaikkan harga barang import di pasaran tempatan dan memberikan peluang kepada barang tempatan untuk bersaing

Kouta Bermaksud menghadkan jumlah pembelian barang dari luar negeri yang hendak dijual di pasaran tempatan

Bertujuan melindungi barang dalam negeri daripada persaingan dengan barang import

Page 37: 2 Topik Asas Usahawan

JENIS BANTUAN DAN KEMUDAHAN KERAJAAN KEPADA USAHAWAN

GALAKAN INSENTIF

Galakan Keterangan

Galakan Eksport

Memberikan bantuan kepada usahawan tempatan supaya dapat meluaskan pasaran produk mereka di peringkat antarabangsa.

Contoh galakan yang diberikan adalah mengurangkan cukai eksport supaya barang dalam negara dapat bersaing dengan barang luar negara serta menganjurkan pameran dan lawatan.

Embargo Bermaksud dasar pemulauan terhadap barang dan perkhidmatan dari negara tertentu. Sebagai contohnya, kerajaan Malaysia tidak menjalankan perdagangan dengan negara Israel. Oleh itu pengimportan barangan dan perkhidmatan dari negara itu tidak dibenarkan.

Page 38: 2 Topik Asas Usahawan

SEKIAN TERIMA KASIH