48
KAJIAN KES KUM.7 S3 PPISMP BNK 1 KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI INSTITUTE OF TEACHER EDUCATION MALAYSIA DARULAMAN CAMPUS

2 OKT 2012

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2 OKT 2012

KAJIAN KES KUM.7S3 PPISMP BNK 1

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

INSTITUTE OF TEACHER EDUCATION MALAYSIADARULAMAN CAMPUS

Page 2: 2 OKT 2012

12:37:54 AM

AHLI KUMPULAN 7

AHMAD RAFIZY BIN RAZAK

MOHAMAD HAZIM BIN AMIR NORDIN

NIK MUHAMMAD HASIFBIN NIK MAN

Page 3: 2 OKT 2012

12:37:54 AM

DAPATAN KAJIAN KES

3 KAJIAN KES

PECAH AMANAH DAN RASUAH

Page 4: 2 OKT 2012

12:37:54 AM

Carta Alir

Dapatan

Kajian Kes

Kes 1

Kes 2

Kes 3

Page 5: 2 OKT 2012

12:37:55 AM

Pengenalan

Kami menggunakan akhbar sebagai bahan stimulus dalam kajian kami. Kami meneliti

beberapa kes rasuah dan pecah amanah dalam kalangan guru dalam lima tahun kebelakangan.

Page 6: 2 OKT 2012

12:37:55 AM

Kes 1

Page 7: 2 OKT 2012

12:37:57 AM

Sinopsis Kes

Kes 1

Berkisar tentang seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah rendah di Kangar, Perlis Indera Kayangan yang didakwa atas kesalahan pecah amanah, September tahun lalu. Guru terbabit dituduh melakukan pecah amanah wang dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah RM5,400 yang sepatutnya diagihkan kepada 12 orang muridnya. Kes berkenaan dilaporkan dalam akhbar Berita Harian dan Kosmo pada 19 September 2011.

Page 8: 2 OKT 2012

12:37:57 AM

Kes 2

Page 9: 2 OKT 2012

12:37:58 AM

Sinopsis Kes

Kes 2

Ialah kes yang berlaku di Raub pada November 2008. Seorang guru penolong kanan telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki terbabit kes rasuah politik. Guru terbabit didakwa memberi rasuah RM200 kepada seseorang sebagai dorongan bagi mengundi seorang calon ketua bahagian Umno di Pahang semasa pemilihan bahagian itu. Artikel ini diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 14 Disember 2008.

Page 10: 2 OKT 2012

12:37:59 AM

Kes 3

Page 11: 2 OKT 2012

12:38:00 AM

Sinopsis Kes

Kes 3

Dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian pada 17 November 2011 tentang seorang guru besar yang meminta suapan daripada pengusaha kantin untuk mendapatkan tender kantin. Kesalahan itu dilakukan di pejabatnya di sebuah sekolah di Kajang. Kita harus berwaspada rasuah bukan setakat menerima suapan malah menyalah guna kuasa juga adalah dikira sebagai rasuah.

Page 12: 2 OKT 2012

12:38:00 AM

Dapatan KajianPecahan Kompetensi KKE

Kompetensi Personal Bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapat menguruskan dirinya sendiri Kompetensi Sosial Bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapat menguruskan hubungannya dengan orang lain. Kesedaran Kendiri Bermaksud individu yang dapat menyesuaikan dirinya dengan isyarat dalamannya seperti mengetahui kedudukan dalaman iaitu keadaan dirinya sendiri seperti cepat marah atau gembira.

Page 13: 2 OKT 2012

12:38:00 AM

Sambungan.

Pengurusan Kendiri

Bermaksud seseorang individu itu dapat menguruskan keadaan dalamannya dalam bentuk dorongan dan potensi dirinya sendiri.

Kesedaran Sosial

Bermaksud seseorang itu sedar mengenai perasaan, kemahuan dan perihal orang lain. Ini menunjukan individu tersebut mengambil tahu seseorang yang lain selain dari dirinya.

Kemahiran Sosial

Bermaksud seseorang individu dapat menyesuaikan dirinya dalam sesuatu situasi dan menginginkan tindak balas daripada orang lain.

Page 14: 2 OKT 2012

12:38:00 AM

KKE

Kompetensi Personal

Kesedaran Kendiri

Kesedaran emosi kendiri

Kesedaran ketepatan

kendiri

Keyakinan kendiri

Penghormatan kendiri

Kesejahteraan kendiri

Pengurusan Kendiri

Kawalan emosi kendiri

Keboleh suaian

Keboleh percayaan

Ketekunan

Daya usaha

Berorientasikan pencapaian

Inisiatif

Optimis

Motivasi kendiri

Kompetensi Sosial

Kesedaran Sosial

Membangun individu

Empati

Kesedaran organisasi

berorientasikan perkhidmatan

Melayani kepelbagaian

Kemahiran Sosial

Kepimpinan berinspirasi

Komunikasi

Pengaruh

Pemangkin perubahan

Pengurusan konflik

Membina perhubungan

Kerja berpasukan & kolaborasi

Page 15: 2 OKT 2012

12:38:01 AM

Emosi Kendiri

Kesedaran emosi kendiri bermaksud individu tersebut sedar tahap emosi sendiri dan mengenal ciri-ciri serta kesannya.

Ini bermakna, individu seperti ini sedar tahap emosinya yang berkaitan dengan perasaan, memikiran, tindak balas, tingkah laku dan pertuturannya dengan jelas serta sentiasa sedar bagaimana emosinya mempengaruhi personaliti dan tingkah lakunya dalam kehidupan seharian.

Page 16: 2 OKT 2012

12:38:01 AM

Sambungan.

Merujuk kes 1, guru penolong kanan hel ehwal murid tersebut melakukan pecah amanah wang dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah RM5,400.

Pada penelitian kami, guru ini tidak menyedari emosinya yang tidak baik telah mempengaruhi tingkah laku sehingga memberi kesan terhadap kerjayanya sebagai seorang guru. Guru tersebut sepatutnya membahagikan wang tersebut kepada anak muridnya yang layak, bukannya menggelapkan dana yang diberikan kerajaan itu.

Page 17: 2 OKT 2012

12:38:01 AM

Keyakinan Kendiri

Keyakinan kendiri bermaksud seseorang itu mempunyai tahap kesedaran tinggi pada keupayaan diri sendiri terhadap nilai dan matlamat hidup.

Untuk mempunyai tahap keyakinan kendiri yang tinggi, individu ini haruslah sedar kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.

Page 18: 2 OKT 2012

12:38:01 AM

Sambungan.

Berdasarkan kes 3, seorang guru penolong kanan didakwa memberi rasuah RM200 kepada seseorang sebagai dorongan bagi mengundi seorang calon ketua bahagian di Raub pada pemilihan bahagian itu.

Kami berpendapat guru penolong kanan tersebut tidak percaya pada keupayaan diri sendiri sehingga sanggup mengupah individu lain untuk mengundi calon ketua bahagian tersebut.

Page 19: 2 OKT 2012

12:38:01 AM

Penghormatan Kendiri

Individu yang mempunyai penghormatan kendiri sering menggunakan pemikiran reflektif untuk menambah prestasi kendiri.

Mereka juga memiliki penghargaan diri yang positif. Berdasarkan kes 2, guru tersebut mempunyai tahap penghormatan kendiri yang rendah.

Amanah yang sepatutnya digalas untuk mengagihkan bantuan kewangan telah disalahgunakan.

Akibatnya, guru yang juga ibu tunggal tersebut terpaksa menanggung malu dan menjejaskan professionnya.

Page 20: 2 OKT 2012

12:38:01 AM

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan bermaksud amanah dan boleh dipercayai. Seorang guru yang beretika dan berdedikasi di dalam tugasnya mereka akan menjadikan etika perguruan sebagai satu garis pengukur atau panduan dalam mereka melaksanakan tugas mereka sebagai seorang pendidik yang profesional.

Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion keguruan (Pengantar Pendidikan, Syed Ismail Syed Mustafa, 2011).

Page 21: 2 OKT 2012

12:38:02 AM

Sambungan.

Dalam kes 1 dimana berlakunya penyelewangan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah mengakibatkan profesion keguruan di pandang negatif oleh masyarakat luar.

Implikasi daripada tindakan yang dilakukan oleh guru penolong kanan tersebut telah menyebabkan masyarakat dan komuniti hilang kepercayaan kepada pendidik untuk mengurus dan mentadbir institusi sekolah kerana nilai kebolehpercayaan dari aspek amanah dan dipercayai.

Page 22: 2 OKT 2012

12:38:02 AM

Sambungan.

Manakala bagi kes 2 dimana guru telah memberi rasuah juga mencemarkan imej profesion keguruan dimana implikasinya kepada dunia pendidikan, pendidik akan dipandang negatif oleh masyarakat kerana pengamalam rasuah.

Seterusnya kes yang 3 iaitu kes guru besar yang meminta suapan. Kes ini telah mencemarkan nama baik kementerian dan profesion keguruan. Antara faktor penyebab berlakunya perkara seperti ini nilai kebolehpercayaan penyumbang yang terbesar.

Page 23: 2 OKT 2012

12:38:02 AM

Kawalan Emosi Kendiri

Kawalan emosi kendiri bermaksud keupayaan untuk mengawal emosi. Menurut Dr C.C Scoot jiwa manusia itu lebih kukuh berbanding apa pun yang mungkin menimpanya (Chicken Soup for The Soul,Jack Carnfield, 2012).

Dalam ketiga-tiga kes dimana kes yang pertama berlakunya pecah amanah, kes kedua dan ketiga pengamalan rasuah. Kita dapat lihat sekiranya para pendidik ini mempunyai nilai kawalan emosi yang tinggi mereka tidak akan terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak beretika ini.

Page 24: 2 OKT 2012

12:38:02 AM

Sambungan.

Perkara ini berlaku mungkin disebabkan berlakunya tekanan kerana peningkatan taraf hidup, untuk memenuhi kehendak yang terlalu banyak dan mahupun kehidupan yang selesa dan mewah. Namun tindakan mereka telah mengakibatkan dunia pendidikan mula dipandang negatif oleh pihak luar.

Justeru satu inisiatif perlu difikirkan bagi menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan intergriti pendidik. Pendidik yang mampu mengawal emosinya pasti tidak akan mempunyai permasalahan untuk menghadapi cabaran yang datang iaitu menanganinya dengan bijak dan rasional.

Page 25: 2 OKT 2012

12:38:02 AM

Motivasi Kendiri

Motivasi kendiri bermaksud keupayaan untuk meningkatkan semangat optimis dan nilai-nilai murni sama ada dalam diri sendiri ataupun individu lain. Menurut Hugh Downs seseorang mengecap nikmat bahagia bukan kerana situasi yang dia alami, tetapi kerana sikapnya ketika menangani situasi tersebut (Chicken Soup for The Soul,Jack Carnfield, 2012).

Nilai motivasi kendiri amat penting kepada setiap individu. Sekiranya motivasi tidak diberikan kepada seseorang dirinya tidak akan menjadi kompetetif dan persaingan secara tidak sihat akan berlaku. Malah pengamalan dalam pekerjaan juga akan berlaku perkara yang negatif.

Page 26: 2 OKT 2012

12:38:02 AM

Sambungan.

Justeru pihak yang bertanggungjawab seharusnya mencari satu solusi kepada masalah pekerja yang tidak mempunyai nilai motivasi kendiri yang tinggi.

Seperti contoh kes yang diberikan kita dapat lihat bagaimana pendidik berkenaan gagal mengaplikasikan nilai motivasi kendiri mungkin kerana di dalam diri mereka masih kurang nilai tersebut. Justeru nilai-nilai motivasi yang merangkumi aspek nilai-nilai murni harus diberi penakanan

Page 27: 2 OKT 2012

12:38:02 AM

Kesedaran Organisasi

Kesedaran organisasi bermaksud keupayaan membaca perubahan emosi selaras dengan perubahan semasa. Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik seharusnya pihak pentadbir, ketua jabatan ataupun pihak pengurusan organisasi tertinggi seharusnya memainkan peranan yang penting bagi memastikan pengurusan sesebuah institusi itu berjalan dengan lancar.

Page 28: 2 OKT 2012

12:38:03 AM

Sambungan.

Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan ( Pengantar Pendidikan, Syed Ismail Syed Mustafa, 2011). Sekiranya para pengurus sesebuah institusi itu mengamalkan dan memegang dengan kod dan etika permasalah seperti ini pasti tidak akan menular dalam dunia pendidikan.

Pemantauan haruslah kerap dilakukan bagi memastikan kualiti pendidik yang tersedia ada masih lagi terjamin dan satu tindakan tegas harus dikenakan keatas guru yang melanggar kod dan etika perguruan sehingga mencemarkan nama baik profesion keguruan.

Page 29: 2 OKT 2012

12:38:03 AM

Berorientasi Perkhidmatan

Menurut Mok Soon Sang (2010:64) berorientasikan perkhidmatan membawa maksud kecekapan mengenali, menjangka dan memenuhi hasrat dan keperluan orang lain, sama ada keluarga, sahabat, pelanggan dan sebagainya. Merujuk kepada kes pertama, iaitu guru penolong kanan hal ehwal murid tersebut melakukan pecah amanah wang dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah RM5,400 di pejabat Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.

Page 30: 2 OKT 2012

12:38:03 AM

Sambungan.

Pada pandangan kami guru ini tidak mampu untuk memenuhi kompentensi berorientasi perkhidmatan, hal ini kerana beliau tidak berjaya untuk mengendalikan wang yang diamanahkan kepadanya dengan baik, dan ia sepatutnya disalurkan kepada pelajar yang miskin, namun sebaliknya berlaku iaitu wang tersebut digunakan untuk keperluan peribadi. Tambahan lagi, perbuatan guru tersebut jelas melanggar kod etika profesion keguruan, merujuk kepada buku Pengantar Pendidikan hasil karya Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2011:57),

Page 31: 2 OKT 2012

12:38:03 AM

Sambungan.

Salah satu kod etika profesion keguruan adalah ‘guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan’, sebagai guru penolong kanan hal ehwal murid beliau sepatutnya lebih memahami dan arif berkenaan kod etika profesion yang beliau ceburi, tetapi apa yang kita lihat sekarang, beliau sendiri mencabuli etika tersebut.

Apa yang dapat kami simpulkan di sini, jika guru tersebut memiliki kompentensi berorientasi perkhidmatan beliau tidak akan melakukan penyelewengan ini dan seterusnya mengurus wang tersebut.

Page 32: 2 OKT 2012

12:38:03 AM

Kepimpinan Berinspirasi

Menurut Mok Soon Sang (2010:71) kepimpinan berinspirasi bermaksud suatu kemahiran memimpin dan memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam sesebuah organisasi yang diterajuinya. Dalam erti kata lain pemimpin yang mempunyai kemahiran ini adalah individu yang memiliki nilai-nilai peribadi yang positif dan seterusnya mampu menjadi suri teladan kepada orang bawahannya.

Page 33: 2 OKT 2012

12:38:03 AM

Sambungan

Apabila kita melihat kepada kes guru besar berusia lingkungan 50-an yang baru sahaja setahun berpindah ke sekolah rendah di Kajang, Selangor ditahan oleh SPRM berkaitan dakwaan meminta suapan daripada pengusaha kantin

Page 34: 2 OKT 2012

12:38:03 AM

Sambungan.

Berdasarkan kes ini, jelas kita dapat melihat bahawa pemimpin ini tidak layak untuk dijadikan sebagai contoh ikutan kepada guru-guru lain malah pelajar yang senantiasa memerhatikan perwatakan gurunya, hal ini sesuai dengan kata-kata Saidina Ali Bin Abi Thalib di dalam buku 1200 Prinsip & Falsafah Hidup karya Akmal Hj. Mhd. Zain (2000:195) yang mengatakan bahawa, “Rakyat tidak akan baik kalau pemerintahnya tidak baik….,” maka jelaslah bahawa guru besar ini tidak mampu untuk melabelkan dirinya sebagai suri teladan.

Page 35: 2 OKT 2012

12:38:04 AM

Sambungan.

Menurut fakta kes, beliau bukan sahaja melakukan jenayah rasuah malah meminta suapan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja tidak memiliki kemahiran kepimpinan berinspirasi malah beliau juga telah melanggar kod etika profesion keguruan dan melanggar undang-undang negara.

Page 36: 2 OKT 2012

12:38:04 AM

Pengaruh

Pengaruh ditafsirkan sebagai suatu kebolehan untuk menggunakan teknik yang berkesan untuk mendapat penerimaan, kepercayaan dan keyakinan orang lain. Insan yang memiliki kemahiran ini biasanya memiliki kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memimpin.

Merujuk kepada kes seorang guru penolong kanan sebuah sekolah di Raub, Pahang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang kerana disyaki terbabit kes rasuah politik iaitu beliau didakwa memberi rasuah RM200 kepada seseorang sebagai dorongan bagi mengundi seorang calon ketua bahagian parti politik berkenaan di Pahang pada pemilihan bahagian itu November tahun 2008.

Page 37: 2 OKT 2012

12:38:04 AM

Sambungan.

Pada pandangan kami, guru ini telah menyalahgunakan pengaruhnya untuk melakukan jenayah rasuah. Sebagai seorang guru, beliau sepatutnya menyalurkan pengaruhnya pada saluran yang betul seperti dengan perbualan di warung, dan sebenarnya ketika itu beliau boleh menggunakan pengaruhnya untuk menyeru pendengarnya mengundi calon tersebut dan bukannya dengan memberi wang suapan yang bukan sahaja mencemarkan imej seorang guru malah berpontensi menyebabkan terhalangnya calon yang selayaknya untuk mendapat jawatan tersebut sebagaimana yang kami nyatakan sebelum ini.

Page 38: 2 OKT 2012

12:38:04 AM

Pengurusan Konflik

Mok Soon Sang (2010:68), pengurusan konflik bererti kemahiran berunding untuk menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan sosial. Menurutnya lagi, individu yang memiliki kemahiran ini biasanya memiliki ciri diplomasi , boleh memikir secara kritis serta logikal dan sebagainya. Merujuk kepada kes guru penolong kanan hal ehwal murid yang didakwa melakukan pecah amanah wang dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Page 39: 2 OKT 2012

12:38:04 AM

Sambungan.

Menurut fakta kes, beliau merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai tanggungan seorang anak. Pada pendapat kami, mungkin sahaja beliau mengalami kesempitan kewangan dalam membiayai dirinya serta anaknya. Namun begitu, masih terdapat pelbagai kaedah yang sesuai seperti memohon skim bantuan kewangan bagi golongan ibu tunggal.

Page 40: 2 OKT 2012

12:38:04 AM

Sambungan.

Merujuk kepada laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat, jabatan tersebut telah menyediakan skim bantuan kewangan untuk ibu tunggal bagi membantu golongan ini memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarganya supaya golongan ini dapat berdikari dan terus menjaga anak-anak mereka dengan sempurna. Tetapi menurut fakta kes yang dihadapi oleh guru ini perkara yang sebaliknya telah berlaku. Dana kewangan yang sepatutnya dibayar kepada 12 murid tahun satu pada 4 November 2008 lalu dimasukkan ke dalam poketnya. Maka jelaslah bahawa guru ini tidak memiliki kemahiran pengurusan konflik yang betul.

Page 41: 2 OKT 2012

12:38:04 AM

LANGKAH MENGATASI

Page 42: 2 OKT 2012

12:38:04 AM

Para guru seharusnya diberi kursus kecerdasan emosi secara mendalam dan sesuai. Jika kita renungi kembali, kebanyakkan kes-kes yang berlaku dalam kalangan pendidik mahupun golongan lain kerana kurangnya kemahiran dalam menguruskan kecerdasan emosi ataupun (EQ).

Mewujudkan Kursus Pemantapan Kecerdasan

Page 43: 2 OKT 2012

12:38:05 AM

Sambungan.

Pendedahan ini wajar diberikan kepada individu ini, hal ini kerana profesion ini merupakan karier yang melibatkan masyarakat dan lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang baru mengenal dunia. Jika guru menunjukan suri telada yang kotor maka pelajar juga akan menelladaninya. Justeru itu, kursus ini wajar diwujudkan oleh pihak berkaitan bagi memantapkan lagi pengurusan kecerdasan emosi para guru serta memartabatkan profesion keguruan ini.

Page 44: 2 OKT 2012

12:38:05 AM

Memantapkan Institusi Kewangan Di Sekolah

Pihak pentadbiran sekolah seharusnya mempertingkatkan urusan di pejabat terutamanya yang melibatkan wang ringgit. Pendidikan bukanlah suatu kegiatan yang berorientasikan keuntungan. Dalam hal ini, guru besar sebagai jawatan tertinggi dalam sekolah hinggalah kepada pembantu pejabat mestilah mempunyai kesedaran organisasi yang tinggi. Kesedaran organisasi bermakan seseorang mampu membaca situasi semasa dalam organisasi, jaringan, dan politik di peringkat organisasi.

Page 45: 2 OKT 2012

12:38:05 AM

Sambungan.

Apabila individu ini peka terhadap situasi sekeliling, maka peluang untuk melakukan pecah amanah mahupun rasuah dapat dibendung dengan berkesan. Individu yang ingin memberi rasuah turut berjaga-jaga kerana dikelilingi orang yang ambil berat terhadap organisasi tersebut.

Page 46: 2 OKT 2012

12:38:05 AM

Penilaian Tahap Kecerdasan Emosi

 Setiap institusi seharusnya membuat satu penilaian terhadap tahap kecerdasan emosi setiap pekerjanya di dalam sektor pendidikan sama ada staf, pensyarah, guru dan para pelajar ini bertujuan untuk memastikan satu tindakan atau langkah yang boleh diambil selepas membuat analisis penilaian tersebut.

Page 47: 2 OKT 2012

12:38:05 AM

Sambungan

Justeru pihak pengurusan dan pentadbiran harus memainkan peranan yang penting dalam membantu membentuk dunia pendidikan yang berkualiti. Kita tidak mahu kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Page 48: 2 OKT 2012

12:38:05 AM

Rujukan

Akmal Haji Mohamad Zain (2000). 1200 Prinsip dan Falsafah Hidup. Kuala Lumpur:Al-Hidayah Publisher Sdn.Bhd.

Jack Canfeld, Mark Victor Hensen, Amy Newmark (2012). Chicken Soup For The Soul. Kuala Lumpur : PTS Publshing Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Selangor : Penerbitan Multimedia

Syed Ismail Syed Mustafa, Ahmad Subki Miskon (2011). Pengantar Pendidikan.Perak:Penerbitan Multimedia

Sdn.Bhd.