2. (Jurang pencapaian)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Membincangkan tentang jurang pencapaian dalam pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Matematik.

Citation preview

  • ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

    JURANG PENCAPAIAN

    AHLI:

    1. CATHERINE LIM

    2. CHRISTINA MELES

    3. LIZA AWASANG

    4. PRISSLA JATI

    5. SUZIANAH BAKRI

  • Pendahuluan

    Daripada RMK-10, PIPP hinggalah kepada PPPM salah satu tujuan utama kerajaan adalah untuk merapatkan jurang pencapaian pelajar.

    Definisi jurang pencapaian

    Jurang perbezaan yang membezakan satu generasi dengan generasi lain

    Pencapaian- sesuatu yang telah dicapai, prestasi

    Jurang pencapaian:

    Jenis sekolah, jantina, status eko, Awam dan Swasta, Normal dan berkeperluan khas, Bandar dan luar bandar, Negeri dan tahap pencapaian

  • Jenis Sekolah

    SK SJK

    SEKOLAH BERASRAM

    A PENUH

    SEKOLAH SUKAN

    SEKOLAH BERKEPERLUAN

    KHAS

    SEKOLAH AGAMA SEKOLAH

    WAWASAN

    SEKOLAH MUBALIGH

    SBT

    SEKOLAH KLUSTER

    SEKOLAH BESTARI

    SEKOLAH AMANAH

  • Faktor personaliti memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik

    Personaliti pelajar adalah sukar diramal

    Che Mah dan Mariani (2001)

    Perbezaan personaliti ini dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jantina dan jenis sekolah.

    McDemort (1995)

    Terdapat perbezaan personaliti kestabilan emosi pelajar berdasarkan kepada jenis sekolah. Mohd Zuri Ghani,

    et.al (2010)

    Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar.

    PIPP

  • FAKTOR PELAJAR

    KEPERLUAN MURID

    nutrisi

    pakaian

    tempat tinggal

    infrastruktur

    MOTIVASI PELAJAR

    Kestabilan emosi

    keyakinan

  • KELUARGA

    PENDIDIKAN

    Tahap pendidikan ibu bapa yang rendah menyebabkan tahap sosio-eko juga rendah dan keadaan kemiskinan memaksa pelajar untuk terjerumus kepada masalah-masalah disiplin.

    EKONOMI

    Keluarga miskin juga kurang mampu menyediakan rumah yang selesa untuk seisi keluarga menyebabkan suasana tidak kondusif untuk menjadi tempat belajar (mohd Johdi salleh et. al, 2009)

    Pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi mempunyai kecenderungan untuk mempunyai aspirasi tinggi, ekspektasi tinggi dan pencapaian akademik tinggi.

  • SEKOLAH

    KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN

    Menurut Mohd. Tahir (2006), kualiti kepimpinan pentadbir di sekolah seperti pengetua, guru besar dan penolong-penolong kanan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap kualiti kerja guru dan kejayaan sesebuah sekolah.

    Guru yang kurang berkesan.

    Infrastruktur pembelajaran yang tidak kondusif dan tidak mencukupi.

    Pelaksanaan dasar yang telah diarahkan oleh kementerian.

    Pengagihan tugas yang tidak seimbang

  • KPM PCG

    Peruntukkan per kapita pelajar.

    Sekolah berkeperluan khas menerima peruntukkan kewangan yang lebih sedikit berbanding dengan sekolah yang biasa.

    PENEMPATAN GURU

    Penempatan guru yang tidak selaras dengan keperluan sekolah.

    Program baru yang terlalu banyak menyebabkan guru tidak fokus kepada pengajaran dan pembelajaran

  • JANTINA

    LELAKI

    PEREMPUAN

  • PIPP

    Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar.

    PPPM (2013-2025)

    Jurang Pencapaian yang disebabkan oleh gender semakin meningkat. Murid perempuan tekal mengatasi murid lelaki. Perbezaan prestasi telah mula ketara dalam UPSR dan meningkat sepanjang laluan akademik murid.

  • FAKTOR

    PELAJAR MOTIVASI PELAJAR

    Pelajar perempuan lebih mengambil berat tentang tugas, melakukan kerja dengan teratur dan mengikut jadual serta mengikut arahan dengan teliti berbanding pelajar lelaki. (Zalizan M. Jelas, 2005)

    Mohamed Amin (2000) yang mendapati bahawa pelajar perempuan sekolah menengah lebih berstrategi dalam pembelajaran mereka. Tegasnya, pelajar perempuan lebih bersedia dan berfokus dalam menghadapi pembelajaran di bilik darjah.

  • KELUARGA

    Pelajar perempuan lebih mendapat galakan keluarga, sokongan moral dan material, dan lebih diharapkan oleh keluarga untuk cemerlang dalam pendidikan berbanding pelajar lelaki.

    Kawalan keluarga yang lebih ke atas pelajar perempuanmemberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar perempuan untukmenumpukan perhatian kepada pelajaran.(Zalizan M. Jelas, 2005)

    Temu bual dengan ibu bapa, guru, dan pengetua/guru besar mendapati bahawa banyak murid lelaki sukar menguasai kurikulum akademik perdana, dan berkemungkinan akan mendapat manfaat daripada lebih akses kepada latihan vokasional atau kerja kursus berbentuk aplikasi. Walau bagaimanapun, kekurangan tempat di sekolah teknik dan vokasional menghalang berlakunya perkara ini.

    Lelaki diharapkan untuk menyara kehidupan keluarga (PPPM)

  • SEKOLAH & KEMENTERIAN

    Ketidak serasian pelajar dengan guru dalam pembelajaran.

    Guru perempuanmempunyai pandangan yang kurang positif terhadap pelajar lelaki. Keadaan ini bolehmempengaruhi tingkah laku dan sikap guru terhadap pelajar (Eisenberg et al. 1996).

    Keadaan semakin membimbangkan kerana jumlah guru perempuan jauh melebihi jumlah guru lelaki (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000)

    pendominasian wanita dalam dunia pendidikan telah menyebabkan kurikulum sekolah yang tidak seimbang dan menyebabkan kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan adalah lebih menyebelahi pelajar wanita berbanding pelajar lelaki (Maynard, 2002

  • LANGKAH PENYELESAIAN

    JANTINA JENIS

    SEKOLAH

  • Jenis Sekolah Pelajar

    - Menanamkan keyakinan diri.

    - Menggunakan prasarana yang diberikan dengan baik demi kegunaan pelajar akan datang.

    keluarga

    - Memberikan sokongan kepada anak-anak

    - Bersikap terbuka

    - Memberikan sokongan terhadap usaha yang dijalankan oleh sekolah.

    Sekolah

    - Berusaha untuk memberikan prasarana yang terbaik

    - Menjalankan LDP untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru

    - Pembahagian tugas yang seimbang kepada guru.

    - Mengadakan seminar dan motivasi yang berkaitan

  • Jantina Pelajar

    - Pelajar lelaki perlu meningkatkan motivasi untuk belajar.

    Keluarga

    - Memberikan peluang yang sama rata kepada anak-anak untuk belajar.

    - Perancangan keluarga yang sistematik.

    Sekolah

    - Memberikan bantuan kepada meraka yang benar-benar memerlukan.

    - Memberikan peluang kepada pelajar untuk berubah.

    - Menjalankan motivasi dan seminar yang berkaitan dengan pendidikan

  • Kerajaaan (RMK-10)

    - Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih.

    - Tawaran kepada guru untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan

    - Meningkatkan sistem TEVT di Malaysia

    - Merendahkan umur bagi permulaan persekolahan

    - Memperkenalkan tawaran baiah baru.

  • Kerajaaan (PIPP 1996-2010)

    - RMT dan PSS

    - KWAPM

    - Bantuan Makanan Asrama

    - SPBT dan SBT

    - BKP

    - Asrama harian

  • Kerajaaan (PPPM, 2012)

  • DEFINISI

    Sekolah Awam

    - Pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia.

    - Ketua eksekutifnya ialah pengetua atau guru besar.

    - Semua aktiviti, sukatan pelajaran dan peruntukan sumber kewangan, sumber manusia adalah tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • DEFINISI

    Sekolah Swasta

    - sekolah menengah atau sekolah rendah sepenuh masa yang menyediakan pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan awam anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

    - Sekolah ini adalah dimiliki, ditadbir dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta dan berdaftar dengan Jabatan Swasta Kementerian Pendidikan dan juga Pendaftaran Perniagaan atau Pendaftar Syarikat.

  • JENIS SEKOLAH SWASTA

    Kategori Sekolah

    Rendah Sekolah Rendah Agama Swasta

    Sekolah Rendah Swasta

    Menengah Sekolah Menengah Agama Swasta

    Sekolah Menengah Swasta

    Sekolah Persendirian Cina

    Antarabangsa Sekolah Antarabangsa

    Expatriat Sekolah Expatriat

    Pendidikan Khas/Istimewa Sekolah Pendidikan Khas/Istimewa

    Gaya Pos Sekolah Gaya Pos

    Pusat Bahasa

    Tuisyen

    Pedagangan/Kemahiran

  • FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI JURANG PENCAPAIAN PELAJAR

    SEKOLAH AWAM

    VS

    SEKOLAH SWASTA

  • SEKOLAH

    AWAM

    PENDAFTARAN MENGIKUT KETETAPAN KPM

    JUMLAH MURID YANG RAMAI

    KESIBUKAN PENTADBIRAN SEKOLAH

    SWASTA

    PENDAFTARAN MENGIKUT PIAWAIAN YANG DIINGINKAN OLEH IBU BAPA

    PERHATIAN KEPDA KELOMPOK PELAJAR YANG SEDIKIT

    MEMPERKASAKAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH MENGIKUT ACUAN SENDIRI

  • KOS

    AWAM

    YURAN MINIMUM (DITETAPKAN OLEH KPM)

    TIDAK SEMUA SEKOLAH MENYEDIAKAN KEPERLUAN KHAS PELAJAR MENGIKUT PIAWAIAN

    KEKANGAN KOS DAN MASA

    SWASTA

    YURAN TINGGI (MENGIKUT PROGRAM YANG DITAWARKAN)

    PRASARANA YANG MENCUKUPI DAN MENGIKUT KEPERLUAN KHAS PELAJAR.

    PIHAK PENGURUSAN LEBIH RESPONSIF TERHADAP PERKEMBANGAN PELAJAR

  • KESAN

    Jurang pencapaian dalam peperiksaan awam antara sekolah awam dan sekolah swasta adalah 6%.

    Enrolmen pelajar sekolah swasta meningkat

    mengikut trend ekonomi semasa. Permintaan terhadap sekolah swasta akan

    meningkat dan boleh mengurangkan keyakinan ibu bapa terhadap pengurusan sekolah awam.

  • LANGKAH MENGATASI

    Sekolah Amanah - Kerjasama pihak kerajaan dan swasta - Mempunyai autonomi dalam membuat keputusan berkaitan

    kurkulum, kewangan dan sumber manusia. - Bebas memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan ,

    penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.

    - Pihak KPM akan mengambil alih penajaan jika tidak menunjukkan

    prestasi yang memuaskan selepas 5 tahun.

  • Jurang Pencapaian Pelajar Antara

    Negeri-Negeri di Seluruh Malaysia

  • PENGENALAN

    Negeri-negeri yang menghadapi kesukaran dan menunjukkan spektrum pencapaian yang luas antara daerah adalah negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

    Analisis prestasi menunjukkan sekolah di

    Malaysia merentasi spektrum prestasi daripada julat besar dalam keberhasilan Negara melalui band NKRA yang berasaskan gred purata peperiksaan awam dan pentaksiran kendiri sekolah.

  • FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI JURANG PENCAPAIAN PELAJAR

    LOKASI

  • LOKASI

    Wilayah persekutuan adalah bandar dan mempunyai sekolah-sekolah berprestasi tinggi berbanding Sabah dan Sarawak

    Negeri Sabah, Sarawak, dan Kelantan mempunyai kawasan yang luas. Pemantauan ke atas sekolah-sekolah memerlukan perbelanjaan yang tinggi

  • SEKOLAH KURANG MURID (SKM)

    enrolmennya kurang daripada 150 orang murid.

    Hampir 90 peratus SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekuarangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih

    Melibatkan negeri-negeri yang mempunyai kawasan yang luas dan banyak sekolah luar bandar dibangunkan di pendalaman

    mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

  • SOSIOEKONOMI

    Perbazaan taraf ekonomi antara negeri dan keupayaan pelajar

    Kurang penyediaan kemudahan fizikal serta berlakukeciciran pelajar

  • KESAN

    keadaan tidak seimbang yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk di Malaysia.

    Peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan miskin setara antara wilayah dan kaum menunjukkan jurang yang ketara akibat ketidaksamarataan pembahagian sumber-sumber dan kemudahan Negara.

    Jurang anatara tahap pencapaian pelajar yang mengalami kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum

    pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan adalah tinggi bagi negeri berprestasi pendidikan rendah seperti di Sabah.

  • LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

    Program Transformasi Negeri dan Daerah

    Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) perlu fokus untuk meningkatkan pencapaian sekolah

    sekolah, daerah dan negeri mencapai sasaran sesi dialog bagi setiap peringkat akan diadakan secara berdisiplin

    GURU

    Tindakan PPD-Mementingkan masa pembelajaran dengan menguatkuasakan garis panduan waktu maksimum di luar sekolah.

    Tindakan KPM-Meluaskan peranan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC) secara sepenuh masa

    PENGETUA

    Tindakan PPD- Komuniti pembelajaran, diterajui Pengetua Cemerlang yang dilantik, atau dimudahcara oleh pegawai PPD

    Tindakan KPM- Meluaskan peranan Rakan Pembimbing Pembangunan Sekolah (SIPartners) secara sepenuh masa dengan mengadakan bimbingan secara 1-1 dalam bidang kepimpinan instrusional.

    MURID

    Tindakan PPD- Intervensi ke atas kehadiran ke sekolah dan masalah disiplin contohnya penyediaan pengangkutan, penglibatan ibu bapa dan komuniti.

    Tindakan KPM- LINUS 2.0 diperkenalkan iaitu perlaksanaan literasi Bahasa Inggeris, serta mengkaji semula proses dan kandungan LINUS

  • Jurang antara tahap pencapaian murid

  • Di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    2006 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyatakan jurang antara tahap pencapaian murid merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan murid berisiko untuk cicir daripada sistem pendidikan.

  • Jurang antara tahap pencapaian murid dalam penguasaan 3M

    membaca

    menulis

    mengira.

  • Menurut Kamus Dewan edisi keempat 2008, perkataan 'membaca' membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Menulis ialah perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Perkataan kira bermaksud taksiran, kiraan pertimbangan dan perhitungan.

  • Dalam situasi ini, kebanyakan murid sekolah rendah tidak mampu menguasai 3M ini disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada faktor dalaman mahupun luaran.

    Selain itu, kegagalan mencapai standard minimum seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan, salah satu faktornya. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang murid itu berisiko tinggi tercicir daripada sistem pendidikan.

  • Situasi ini sangat membimbangkan banyak pihak bermula dari ibu bapa sehingga ke peringkat Negara dan global.

    Asas 3M ini merupakan kemahiran yang perlu dikuasai tahap satu persekolahan iaitu darjah 1 hingga 3.

    Kini dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) fokusnya kepada 4M yang mana satu lagi M bermaksud menaakul.

    Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

  • Apakah faktor ataupun punca masalah penguasaan 3M ini?

    Adakah guru, keluarga, persekitaran ataupun pihak pengurusan sekolah?

  • keluarga

    Punca utama masalah ini bermula di rumah iaitu keluarga atau lebih tepat lagi ibu bapa:

    memberikan intervensi awal kepada anak-anak .

    Contohnya: memberikan pendedahan awal seperti memperkenalkan abjad, suku kata atau asas nombor

  • Kerjasama antara ibu bapa dengan sekolah

    Ibu bapa bertanggungjawab terutama dari aspek pengurusan diri murid

    Misalannya: Kelengkapan sekolah, makanan, kesediaan murid dan kehadiran murid ke sekolah

    MalangnyaIbu bapa yang kerap memberi alasan tiada masa

    Ibu bapa yang tidak mengambil berat pendidikan anak-anak

    Ibu bapa yang sentiasa sibuk

  • Cara mengatasi masalah penguasaan 3M perlu menjalani program pemulihan khas di sekolah.

    Program pemulihan khas Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan

    dalam pekeliling KP (BS) 8502151PKIJ1d. V (26) bertarikh 8 Januari 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai atu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

  • memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya ibu bapa.

    berjumpa dan berbincang dengan guru-guru di sekolah.

    Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan kerjasama dan penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa.

  • Kesan-kesannya:

    Jika masalah penguasaan 3M tidak ditangani secara serius akibatnya kita akan melahirkan generasi buta huruf yang pasti akan membebankan Negara yang dalam usaha mencapai Negara maju menjelang 2020. Isu ini akan sentiasa wujud jika tiada langkah pencegahan yang sentiasa diusahakan secara maksimum mungkin.

  • Pelajar Normal dan Keperluan Khas

    Konsep dan Pengertian Jurang Pelajar Biasa dengan OKU

    Cabaran yang Timbul Pendekatan untuk Mengatasi

  • Konsep dan Pengertian

    Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai.

    Pelajar yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah mereka yang mengalami masalah seperti kognitif ringan, masalah tingkah laku, simdrom down serta autisme.

    Pelajar normal pula merujuk kepada mereka yang dapat belajar secara normal seperti dapat memahami sesuatu mata pelajaran dengan baik berbanding mereka yang kurang upaya.

  • Jurang Pelajar Biasa Dengan Orang Kurang Upaya (OKU)

    Isu penyediaan kemudahan kepada kedua-dua

    golongan pelajar ini telah menjadi isu utama dan menjadikan jurang yang ketara antara mereka dari aspek pembelajaran.

    Golongan OKU kurang mendapat perhatian daripada pihak tertentu untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

  • Selain itu, program yang dijalankan itu tidak bersesuaian dengan kategori pemasalahan pelajar tidak berkeupayaan khas ini.

  • Cabaran yang timbul antara pelajar biasa dengan Pelajar Kurang Upaya

    Antara cabaran yang wujud ialah dari aspek

    pelajar OKU itu sendiri. Fenomena ini berlaku kerana mereka lebih suka mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat sekeliling.

    Di samping itu juga, cabaran yang dihadapi ialah ketiadaan bajet untuk menyediakan kemudahan infrastruktur khusus bagi golongan pelajar pendidikan khas.

  • Kekurangan buku rujukan kepada pelajar pendidikan khas misalnya kepada pelajar buta yang kurang mendapat bahan rujukan untuk belajar.

  • Pendekatan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah antara pelajar biasa dengan OKU

    Pihak kerajaan harus menjalankan latihan kepada golongan OKU ini, misalnya dengan menjalankan latihan penjagaan diri dan kemahiran hidup asas.

    KPM perlu menyediakan lebih banyak infrastruktur dengan menambahkan bajet seperti kemudahan dan program yang releven.

  • Jurang pencapaian

    Lokasi bandar dan luar bandar

    Kemudahan awam

    Sekolah Guru Pentadbir sekolah

    sosioekonomi

    Kemudahan

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), dalam statistiknya menunjukkan bahawa bilangan sekolah rendah luar bandar di Sabah adalah yang tertinggi iaitu 89.5 peratus daripada jumlah sekolah di Sabah manakala Sarawak pula sebanyak 86 peratus. Bagi sekolah menengah di Sabah, 71 peratus adalah sekolah luar bandar dan Sarawak sebanyak 64 peratus.

    Statistik sekolah luar bandar

  • Bandar, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Banci Penduduk dan Perumahan 2010 (Buletin Perangkaan KKLW, 2011), didefinisikan sebagai kawasan pembangunan khusus yang boleh dikenal pasti kawasannya yang mana sekurang-kurangnya mempunyai penduduk 10,000 orang dan sekurang-kurangnya 60 peratus penduduknya yang berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.

    Definisi bandar

  • Kekurangan Kemudahan awam

    Pengangkutan awam (2013) mendefinisikan pengangkutan awam sebagai pengangkutan umum dan biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Pengangkutan di kawasan luar bandar di Sabah yang mengangkut penduduk kampung ke pekan atau pusat pentadbiran adalah kenderaan persendirian. Biasanya waktu operasi kenderaan ini bergantung kepada jarak kampung dengan pekan dan kebiasaannya sehari sekali iaitu kenderaan ini bergerak dari kampung pada awal pagi dan balik pada sebelah tengah hari. Bagi kampung yang jauh, kenderaan ini hanya akan bergerak pada hari-hari khusus seperti Tamu di mana penduduk kampung akan memasarkan hasil pertanian mereka. Ketiadaan pengangkutan yang tetap boleh menjejaskan peluang murid luar bandar yang berkemampuan untuk mendapatkan tuisyen yang ada ditawarkan di kawasan lain.

  • Kekurangan Kemudahan awam

    Murid juga kadang-kadang tidak hadir ke sekolah kerana perlu ke pekan memandangkan perkhidmatan pengangkutan hanya beroperasi pada waktu pagi sahaja. Ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan masa mengulangkaji murid terhad iaitu mereka hanya boleh melakukannya pada waktu siang sahaja. Jika ditambah dengan ketiadaan bekalan air, murid perlu membahagikan masa mereka mendapatkan air untuk keperluan seisi rumah. Senario seperti ini memang biasa berlaku di kawasan pedalaman yang mana anak-anak yang memikul tanggungjawab yang ringan seperti mengangkat air dan mencuci pakaian kerana ibu bapa mereka sibuk bercucuk tanam di ladang atau mencari hasil hutan. Keluarga yang berkemampuan dari segi ekonomi tidak dapat membeli komputer dan melanggan perkhidmatan internet kerana ketiadaan kemudahan elektrik dan telekomunikasi ini di kawasan mereka.

  • Kekurangan sekolah luar bandar

    1. Kemudahan infrastruktur sekolah

  • 2. Kewujudan SKM di luar bandar

    Kewujudan sekolah kurang murid juga menyumbang kepada jurang pencapaian. Pada masa ini, 34% sekolah rendah di Malaysia mempunyai kurang daripada 150 murid dan secara rasminya telah diklasifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Mereka menyumbang 7% daripada enrolmen sekolah rendah, (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

  • Kelemahan SKM

    1. 73% sekolah kurang murid berada di kawasan agak jauh di luar bandar. Faktor ini menyebabkan murid terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk hadir ke sekolah, dan mengurangkan kemungkinan untuk menempatkan guru dan guru besar berprestasi tinggi berkhidmat di sekolah berkenaan

  • 2. Kedua, sekolah ini kurang mendapat manfaat dari segi kokurikulum, dan interaksi dengan rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang dan kemudahan yang lebih baik yang mana hampir 90 peratus SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan dan kemudahan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)

  • 3. kebanyakan sekolah ini berada dalam kawasan status sosioekonomi rendah dan menghadapi masalah yang berkaitan dengan status sosioekonomi itu. Keluarga berpendapatan rendah biasanya akan berdepan dengan cabaran untuk mengekalkan anak mereka di sekolah kerana terpaksa menanggung kos berkaitan bekalan, pakaian seragam, dan pengangkutan, yang membawa kepada pertambahan kadar tidak hadir ke sekolah

  • 4. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

  • 3. Taburan guru tidak sekata

    Terdapat seramai 190,336 orang guru di sekolah rendah dan 136,598 orang guru di sekolah menengah. Daripada jumlah ini, 15,444 guru di sekolah rendah dan 2,895 guru di sekolah menengah ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan/sementara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).

  • Cabaran KPM adalah untuk memastikan guru terlatih mengikut opsyen ditempatkan di semua sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan p&p berjalan dengan lancar dan berkesan.

  • 4. Pentadbir sekolah

    Pemantauan yang tetap dan berkala

    Pembahagian tugas pentadbiran yang adil antara guru

  • Sosioekonomi penduduk

  • Tidak mampu...

    1. Kemudahan fizikal seperti kerusi, meja, komputer, buku rujukan

    2. Perkhidmatan seperti internet, tuisyen

  • Cara mengatasi

    1. KPM

    Meneruskan dasar/program terkini: KWAMP, susu sekolah, RMT, Gelombang SKM

    Mewujudkan atau menggubal dasar seperti penempatan guru, pemilihan guru pelatih

    Pertukaran guru yang telus

  • Cara mengatasi

    2. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - sosioekonomi

    Penyebaran maklumat

    3. Guru kursus

    4. Pentadbir sekolah- NPQEL

  • IMPLIKASI

  • 1 Kekurangan modal insan yang berkualiti, inovatif dan

    berkemahiran tinggi

    2

    Tidak dapat mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi.

    3 Perpaduan kaum akan tergugat

    4 Penurunan kualiti profession keguruan