12
TEKNOLOGI GRAFIK, AUDIO, ANIMASI DAN VIDEO Oleh: Zuazlina Sadri 1.0 PENGENALAN Era pendidikan pada masa kini telah melangkah setapak demi setapak bersama dengan perkembangan teknologi multimedia, yang mana salah satu daripada aplikasi penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dengan memanipulasikan penggunaan Komputer atau lebih dikenali sebagai Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK). Sebagaimana diketahui umum setiap sekolah diwajibkan mempunyai makamal komputer serta kelengkapan lain yang berupa penggunaan LCD Projektor di sediakan di dalam bilik Alat Pandang Dengan (APD), ini adalah kerana Pengajaran Berbantukan Komputer amat digalakkan dikalangan guru-guru. Menurut Jamalludin dan Zaidatun,2003 Pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna. Antara kaedah berkenaan adalah penggunaan Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran yang mampu mencapai tujuan tersebut. Lima elemen utama multimedia yang sering digunakan iaitu teks, grafik, animasi audio dan video. Namun di dalam Ulasan ini penulis lebih fokus tentang penggunaan grafik dan video dalam usaha menambah baik penganjaran dan pembelajaran. Selain itu, TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303) 1

19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

Embed Size (px)

DESCRIPTION

audio dan video

Citation preview

Page 1: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

TEKNOLOGI GRAFIK, AUDIO, ANIMASI DAN VIDEO

Oleh: Zuazlina Sadri

1.0 PENGENALAN

Era pendidikan pada masa kini telah melangkah setapak demi setapak bersama

dengan perkembangan teknologi multimedia, yang mana salah satu daripada aplikasi

penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dengan

memanipulasikan penggunaan Komputer atau lebih dikenali sebagai Pengajaran

Berbantukan Komputer (PBK).

Sebagaimana diketahui umum setiap sekolah diwajibkan mempunyai makamal

komputer serta kelengkapan lain yang berupa penggunaan LCD Projektor di sediakan di

dalam bilik Alat Pandang Dengan (APD), ini adalah kerana Pengajaran Berbantukan

Komputer amat digalakkan dikalangan guru-guru.

Menurut Jamalludin dan Zaidatun,2003 Pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi

menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna.

Antara kaedah berkenaan adalah penggunaan Multimedia dalam pengajaran dan

pembelajaran yang mampu mencapai tujuan tersebut.

Lima elemen utama multimedia yang sering digunakan iaitu teks, grafik, animasi

audio dan video. Namun di dalam Ulasan ini penulis lebih fokus tentang penggunaan

grafik dan video dalam usaha menambah baik penganjaran dan pembelajaran. Selain itu,

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

1

Page 2: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

perbincangan akan berkisarkan pro dan kontra keberkesanan grafik dan video yang

disokong oleh kajian-kajian ilmiah.

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

2

Page 3: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

1.0 SINOPSIS / DAPATAN

Melalui penbacaan yang telah dilakukan, mendapati artikel yang bertajuk “Ciri

Ciri Video Yang Berkesan Serta Peranannya Dalam Pendidikan” lebih

mengfokuskan kajian mengenai keberkesanan penggunaan video ketika proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung, peranan dan isu-isu aplikasi video dalam

pendidikan.

Artikel turut mengupas mengenai hubungkaitkan ciri-ciri video yang dapat

memberikan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, dengan

penggunaan bahan bantu mengajar yang menggunakan kemudahan aplikasi teknologi

terkini iaitu penggunaan persembahan video yang terdapat di dalamnya elemen audio,

teks, grafik atau animasi bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai.

Dengan aplikasi video, pelajar bagaikan dapat dibawa ke mana-mana sahaja,

terutamanya apabila peristiwa yang ditayangkan itu berbahaya atau terlalu jauh untuk

dilawati. Selain itu, video juga berperanan sebagai ejen yang dapat mengubah sikap

seseorang yang mana ia lebih berkesan berbanding dengan menggunakan kaedah syarahan

serta lain-lain kaedah (kaedah tradisional) yang biasa digunakan dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran.

Seterusnya, antara isu-isu aplikasi video dalam pendidikan yang dibincangkan di

dalam artikel ini seperti isu gabungan elemen multimedia ( teks, grafik, animasi dan

audio ) yang terdapat di dalam video terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Selain itu, penggunaan video juga dapat merangsang deria penglihatan dan pendengaran

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

3

Page 4: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

pelajar. Walaubagaimana pun, timbul juga beberapa masalah di dalam penggunaan

aplikasi video seperti peralatan yang tidak lengkapi kerana kos pengurusaan dan

kewangan sekolah yang tidak mencukupi, juga timbul isu guru yang kurang berkemahiran

bagi mengendalikan aplikasi video ketika proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Namun, Perlu di perhatikan juga guru yang menggunakan video perlulah

memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai dengan mengadakan aktiviti sebelum,

semasa dan selepas video ditayangkan.

Antara aspek serta ciri-ciri video yang berkesan dijelaskan di dalam artikel ini

adalah seperti:

o Matlamat/ Objektif

Memastikan objektif penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan

pembelajaran tercapai dalam memberi kefahaman kepada pelajar.

o Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat daya penarik serta mengelakkan kebosanan. Penggunaan video

juga dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam.

o Kandungan

Kandungan mestilah mudah difahami, mengikut urutan (daripada topik

yang mudah sehingga topik yang sukar) diisi dengan maklumat terkini dan

bahasa penyampaian yang mudah.

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

4

Page 5: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

o Penggunaan

Penggunaan media mestilah bersesuaian dengan kos peralatan, selamatan

digunakan, menjimatkan masa sekaligus meningkatkan kefahaman pelajar.

o Persembahan

Teks tersusun, warna grafik dan animasi yang bersesuaian.

o Penformatan

Visual yang mempunyai skrin paparan yang dapat menarik minat pelajar.

o Kreativiti

Interagsi teks, grafik, animasi audio serta video yang dapat menggalakkan

perkembangan kreatif dan kritikal dikalangna pelajar.

o Nilai Pendidikan

Media mestilah releven dan memenuhi sukatan, menghasilkan

pembelajaran yang kekal dan bermakna serta memupuk perkembangan

koordinasi mata, otak dan kemahiran motor.

o Aspek Motivasi

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

5

Page 6: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

Keberkesanan media daripada aspek motivasi berlaku apabila

persembahan visual menarik dan diselitkan nilai murni yang bersesuaian.

o Menarik Perhatian

Gabungan elemen multimedia ( teks, grafik, animasi, video dan audio )

yang berjaya menarik perhatian pelajar.

o Kognitif

Video boleh digunakan dalam menyampaikan prinsip dan peraturan.

o Psikomotor

Video dapat dikawal sekaligus dapat dilaju atau diperlahankan dalam

menunjukkan sebarang tindak balas peringkat demi peringkat.

Ringkanya, penggunaan video dapat meningkatkan prestasi pelajar sekaligus

membantu guru mencapai objektif pembelajaran.

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

6

Page 7: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

3.0 PERBINCANGAN

Di dalam perkembangan teknologi masa kini, penggunaan elektronik amat

digalakkan terutamanya dalam memperkembangkan sistem pendidikan negara, guru-guru

digalakkan menggunakan elemen teknologi dalam menyampaikan pengajaran dan

pembelajaran kerana ia dapat merangsang deria penglihatan dan pendengaran (Nurul

Fatiha) pelajar sekaligus membantu guru untuk memastikan objektif pengajaran dan

pembelajaran dapat dicapai.

Selain itu, dalam penggunaan aplikasi video yang terdapatnya elemen grafik,

animasi, dipercayai mempunyai kelebihan berbanding grafik statik (Aminordin Che

Lah). Penggunaan grafik dalam Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat

menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kerana segala bentuk mesej yang

diterima oleh manusia melalui penglihatan mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan

yang lebih tinggi (Jamalludin, Baharuddin dan Zaidatun), Menurut Aminordin Che Lah

lagi, grafik animasi turut membekalkan maklumat tambahan melalui dua atribut penting

iaitu gerakan dan trajektori. Penggunaan grafik animasi untuk menyampaikan maklumat

digambarkan sebagai pendekatan “ belajar melalui melihat” kerana gabungan

penyampaian grafik dan teks mampu mengukuhkan ingatan.

Apabila menyentuh aspek tarikan video dalam membantu guru ketika pengajaran

dan pembelajaran yang dijelaskan dalam artikel berkenaan, saya amat bersetuju ini

berdasarkan pandangan ilmiah yang lain, antaranya, penggunaan multimedia interaktif,

mendapati pelajar lebih berminat dan berasa seronok ketika pembelajaran (Lee Jun Choi,

Noor Shah Mohd, Salleh Peter Songan). Menurut Lee Jun Choi, Noor Shah Mohd,

Salleh Peter Songan, ini adalah disebabkan keupayaan multimedia memaparkan pelbagai

visual dan suara jika dibandingkan dengan media cetak misalnya, buku teks matematik

dan lain-lain bahan bantu mengajar yang bersifat statik. Mendapatkan perhatian pelajar

merupakan peristiwa pengajaran yang penting. Grafik animasi mampu memberi

rangsangan untuk mendapatkan perhatian melalui kesan khas sama ada teks atau grafik(

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

7

Page 8: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Walau bagaimanapun, persembahan grafik

animasi tidak mencukupi hanya sekadar menarik perhatian pelajar dalam set induksi

tetapi perlulah dilihat penggunaannya dengan lebih mendalam sebagai jentera

pembelajaran (Aminordin Che Lah). Bahkan, menurut Dublin (1996) pembelajaran

melalui komputer dapat menambahkan inspirasi dan meningkatkan minat.

Namun begitu, terdapat juga kajian yang dilakukan bagi mendapatkan data tentang

kaitan penggunan aplikasi video atau lebih umumnya penggunaan aplikasi penggunaan

multimedia dalam pendidikan dengan pencapaian pelajar mendapati mendapati keputusan

yang diperolehi daripada kutipan data kuantitatifnya memihak kepada peratusan yang

lebih tinggi bagi kumpulan bahan bercetak berbanding bagi kumpulan pelajar yang

mempunyai pencapaian matematik sederhana dan tinggi (Lee Jun Choi, Noor Shah Mohd,

Salleh Peter Songan). Namun begitu Keputusan kualitatif pula memberikan keputussan

yang sebaliknya. Ini jelas menunjukkan PBK menghasilkan dapatan yang tidak konsisten

(Aminordin Che Lah), hal ini terbukti melalui kajian yang dilakukan oleh Rieber yang

menjalankan meta-analisis ke atas 12 kajian kesan grafik animasi dalam PBK mendapati

hanya 4 kajian menunjukkan kelebihan grafik animasi secara signifikan berbanding grafik

statik.

Manakala meta-analisis oleh Szabo dan Schlender ke atas 22 kajian mendapati 11

kajian menunjukkan kelebihan grafik animasi dalam PBK dan 11 yang lain tidak

menunjukkan kelebihan grafik animasi seperti yang diharapkan. Meta-analisis 45 kajian

oleh Anglin, Towers dan Levie pula mendapati 21 kajian menunjukkan kelebihan grafik

animasi secara signifikan berbanding grafik static. Kulik, Bergert dan William (1983)

telah mengkaji keberkesanan penggunaan PBK terhadap 48 orang pelajar. Hasil kajiannya

menunjukkan bahawa 39 orang pelajar yang menggunakan komputer memperoleh markah

yang labih tinggi berbanding dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Ini

menunjukkan bahawa kita mesti sedar akan bahawa tidak ada satu media yang sempurna

dan boleh memenuhi semua keperluan. Namun, kita mestilah berusaha untuk menjadikan

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

8

Page 9: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

teknologi tersebut dapat digunakan semaksima mungkin. Penggunaan teknologi

multimedia merupakan alternatif yang tepat saat ini kerana multimedia dapat menyentuh

seluruh media pendidikan dalam satu perisian (Gagne,1971).

Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran fokus utama seorang guru

adalah memastikan setiap matlamat pengajaran mencapai objektifnya. Justeru itu, proses

pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang pendidik sebelum terlibat

secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Zawawi

Hj. Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-mata dengan hanya

menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Seorang guru

perlulah kreatif, menurut Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) Kreativiti bagi

seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu

bentuk pengajaran dinamik. Selain itu guru yang bermatlamat sentiasa mempersiapkan diri

dengan dengan ilmu pengetahuan terkini sebagai contohnya kemahiran menggunakan

aplikasi penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian

yang telah dijalankan oleh Yusri Mat Johor (2004) mendapati 92.5% daripada 40 orang

guru sejarah di 12 buah sekolah menengah dalam daerah Bentong, Pahang bersetuju

bahawa penggunaan komputer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran

sejarah. Namun menuruut Yusri Mat Johor (2004), hanya terdapat sebilanag kecil sahaja di

kalangan para guru yang dapat mengendalikan dan menguasai aplikasi komputer ini

sepenuhnya. Oleh itu, kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh guru memberi kesan

kepada proses pengajaran yang melibatkan penggunaan aplikasi multimedia.

Kesimpulannya, segala kaedah-kaedah serta penemuan baru di dalam penyampaian

pengajaran dan pembelajaran adalah dengan satu tujuan murni iaitu bagi memastikan

setiap pelajar dapat menguasai ilmu pengetahuan bagi menempuhi dunia yang semakin

memcabar ini.

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

9

Page 10: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

4.0 KESIMPULAN

Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang

bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini tidak

bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran dan

pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh membantu

mempertingkatkanlagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran teknologi

multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media pembelajaran ini

mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh oleh media lain sebelum ini.

Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang boleh

digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ini

adalah kerana multimedia menyepadukan pelbagai media; vedio, teks, suara, imej, grafik

dan animasi. Selain daripada gabungan itu, satu lagi keistimewaannya yang utama ialah

kebolehan interakviti. Ini dapat menarik minat pelajar serta menyokong perkembangan

pelajar yang masih dalam intelensi dan kreativiti. Sekaligus memastikan objektif

pengajaran dan pembelajaran tercapai dan mengembang esatkan lagi system pendidikan

Negara.

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

10

Page 11: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

RUJUKAN

Grafik Dalam Pembelajaranwww.sahc.kedah.edu.my/esei_karya, 7 Januari 2009

Teknologi Internet Dalam Pendidikan : Ciri, Penggunaan, Aplikasi Dan Multimedia Interaktif

www.scribd.com/doc/4762752/Peranan-ICT-Dalam-Pendidikan, 8 Januari 2009

Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan

www.ctl.utm.my/publication/manuals/mm/elemenMM.pdf, 8 Januari 2009

Lee Jun Choi, Noor Shah Mohd Salleh, Peter Songan

www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan, 10 Januari 2009

Penggunaan Teknologi Pengkomputeran Atau Bergantung Kepada Kreativiti Guru.www.faizalsarail.files.wordpress.com, 10 Januari 2009

Multimedia Dan Teknologi Komunikasi Dalam Pengajaran

www.pibgsekolah.com/anaini/file/file/multimedia, 10 Januari 2009

Penbinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Pendidikan Islam KBSR

Tahun 6

www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/p, 14 Januari 2009

Kepentingan Komputer Kepada Manusia

www.semestian.net/ghalib/?p=41, 14 Januari 2009

Aliran Pendidikan

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

11

Page 12: 19208723 Teknologi Grafik Animasi Audio Dan Video

www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=378,

14 Januari 2009

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

12