18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

  • Upload
    johari

  • View
    368

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    1/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    BAB 1

    APA ITU MELAYU

    Menurut Kamus Dewan edisi ketiga Melayu ialah nama suatubangsa dan bahasa terutamanya di Semenanjung Malaysia. Wikipedia

    Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas pula menyatakan Melayu merujuk

    kepada mereka yang bertutur bahasa melayu dan mengamalkan adat

    resam orang melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama

    sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang

    Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun

    dahulu sebelum atau semasa adanya kerajaan Srivijaya.

    Seterusnya dari segi etimologi, perkataan Melayu itu dikatakan

    berasal daripada perkataan Sanskrit Malaya yang bermaksud bukit

    ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa

    perkataan Melayu berasal dari Sungai Melayu di Jambi .

    1. MASYARAKAT MELAYU

    Siapa yang dikatakan melayu?

    Mereka yang dikatakan melayu secara normalnya mempunyai kulit

    beerwarna coklat, fizikalnya tahap sederhana tetapi gagah dan bersopan

    santun atau lemah lembut. Mereka juga dikenali atau dilabel sebagai

    bumiputeradi Semenanjung Malaysia. Secara amnya, terdapat dua jenis

    penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang melayu atau

    tidak. Ianya terdiri daripada penakrifan undang-undang dan penakrifan

    antropologi.

    Menurut penakrifan undang-undang, orang melayu di Malaysia

    didefinisikan dengan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dalam

    perkara 160(2) orang melayu ditakrifkan sebagai :

    Seorang yang beragama Islam

    1

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    2/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Bertutur bahasa Melayu

    Mengamalkan adat istiadat Melayu

    Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di

    Singapura atau pada hari merdeka, di bermastautin diPersekutuan atau di Singapura.

    Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di

    negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di

    mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar

    Persekutuan Malaysia. Contohnya, di selatan Thailand terdapat juga

    kelompak manusia yang berrtutur Bahasa Melayu dan mengamalkanbudaya orang Melayu.

    Manakala, penakrifan Antropologi pula menurut Syed Husin Ali yang

    merupakan ahli antropologi di Malaysia, orang Melayu itu dari segi

    zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar

    serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi

    etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkansistem kemasyarakatan dwisisi dan kenegarasian yang termasuk dalam

    bangsa Mangoloid.

    Adakah orang Kelantan orang Melayu sebenar?

    Benarkah Melayu Kelantan merupakan orang Melayu orang asal di

    negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain? Hipotesismengenainya mungkin berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di

    Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang

    kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin. Menurutnya, hipotesis itu juga

    berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid

    Deokrsiribonukleik (Mithochondial-DNA) dalam kalangan beberapa

    penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan

    mereka.

    2

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    3/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Bagaimanapun, katanya hipotesis itu memerlukan kajian lebih

    mendalam mengenai Siapa Melayu sebenarnya yang akan dijalankan

    menerusi Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga

    tahun lagi. Ketika ini, 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yangberasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari

    Kemboja dan Yunan dari China. Bagaimanapun kajian ini bukannya

    untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain

    tetapi adalah intuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita

    sendiri, katanya.

    Kajian ini bukan untuk mengelirukan status Melayu dalam kalangan

    etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik

    Melayu yang mana paling awal wujud. Penyelidikan terulung beliau dan

    pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan

    genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi

    Melayu Moden dengan Melayu Proto.

    Hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden

    berasal daripada populasi Mongoloid dari selatan China atau

    Austranasian yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6000 hingga

    8000 tahun dahulu. Manakala, populasi Melayu Proto pula wujud lebih

    awal iaitu kira-kira 200 000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika.

    Walaupun kajian ini belum dibuktikan secara keseluruhannya namun, Dr.

    Zafarina berharat hasil kajian ini dapat digunakan dengan lebih meluas

    dalam kalangan masyarakat.

    Hal ini kerana, Sejarah awal pula menyatakan kewujudan orang

    Melayu di Semenanjung sebagaimana penduduk peribumi di Sabah dan

    Sarawak, masih lagi menjadi persoalan yang agak kabur.

    Walaubagaimanapun, dengan mengkaji satu kategori orang Asli yang

    masih wujud sehingga sekarang, iaitu orang Melayu Proto atau orang Asli,

    sedikit sebanyak persoalan tentang asal-usul orang Melayu akan terurai.

    Orang Melayu Asli yang masih wujud hari ini dikatakan mempunyai

    3

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    4/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    banyak persamaan dengan orang Melayu Moden sekarang. Terdapat juga

    sejarawan yang mengatakan bahawa orang Melayu Dustro merupakan

    nenek-moyang orang Melayu hari ini.

    Sejarah ini bermula apabila berlakunya gelombang perpindahan

    suatu kumpulan baru penduduk Yunan ke Tanah Melayu, iaitu kira-kira

    pada 300 S.M. Mereka telah merempuh masuk dan menewaskan orang

    Melayu Asli dan memaksa pendatang ini, yang lebih dahulu membuat

    penempatan, berundur ke kawasan pedalaman. Orang Melayu Dustro

    yang dipercayai mempunyai salurgalur keturunan Monggol mempunyai

    kemahiran dalam penggunaan logam dan senjata mereka diperbuat

    daripada besi. Di samping itu, peralatan yang lain juga diperbuat daripada

    besi, dan kehidupan pada zaman itu dikenali sebagai zaman besi. Mereka

    tidak mengamalkan amalan berpindah-randah dan membuat penempatan

    tetap di desa.

    2. TANAH MELAYU

    Kedudukan Geografi Tanah Melayu

    Tanah Melayu adalah sebahagian daripada benua Asia dan

    kedudukan yang terletak di tengah-tengah, iaitu di antara China dengan

    India menyebabkannya menjadi laluan perdagangan yang strategik.

    Berdasarkan kedudukan geografi tersebut, Tanah Melayu amat terdedahkepada pengaruh dan peradaban kebudayaan dari kedua-dua buah

    negara tersebut khususnya dari negara India.

    Tanah Melayu menjadi tempat pertembungan dua musim angin

    yang bertiup dari dua arah pada waktu berlainan dalam tiap-tiap tahun.

    Pada bulan Mei hingga Ogos, musim tiupan angin barat daya adalah dari

    Lautan Hindi dan Khatulistiwa, manakala pada bulan November hinggaApril merupakan musim tiupan angin timur laut yang bertiup dari pesisir

    4

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    5/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    negeri China melalui Laut China. Ini akan memudahkan kapal-kapal

    perdagangan untuk belayar.

    Tanah Melayu juga merupakan tempat persinggahan merekasementara menunggu kedatangan tiupan dari arah yang berlainan untuk

    pulang ke tempat asal. Selat Melaka yang memisahkan di antara Tanah

    Melayu dengan Sumatera juga merupakan kawasan laluan yang strategik

    dan bebas serta terlindung dari ombak besar yang membolehkan banyak

    kapal dagang menggunakannya.

    Berdasarkan faktor geografi ini, Tanah Melayu dianggap sebagai

    rumah separuh jalan yang penting kepada kegiatan perdagangan sejak

    zaman-berzaman dan telah berjaya menemukan pelbagai kelompok

    manusia yang telah membawa kepada pembentukan kepelbagaian pola

    kebudayaan, peradaban, tamadun, agama dan corak pemerintahan.

    Zaman Batu di Tanah Melayu

    Sewaktu penduduk di Lembah Nil sudah membentuk satu

    peradaban tamadun, penduduk di Tanah Melayu masih lagi di zaman

    batunya. Pada waktu itu, terdapat beberapa puak manusia sedang

    bergerak turun dari Utara menuju ke Selatan melalui Tanah Melayu.

    Antara puak-puak tersebut ialah orang Negrito dan Semang. Kedatangan

    mereka kemudiannya disusuli oleh kedatangan orang Melayu Asli yang

    dikatakan berasal dari Daerah Yunan dan mereka ini dipercayai menjadi

    nenek-moyang orang Melayu yang

    mendiami Malaysia sekarang.

    3. BAHASA MELAYU

    Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah

    keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di Wilayah Indonesia,

    Malaysia dan persekitarannya sejak melebihi 1000 tahun lagi. Walaupun

    5

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    6/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    assal usul bangsa Melayu yang paling asal belum diketahui secara pasti

    tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari

    Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa

    Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yangdijumpai di Sumatera Selatan.

    Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan

    Brunei serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa

    Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia dan di Malaysia, bahasa Melayu

    juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara

    tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di

    Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

    Bahasa Melayu Piawai ialah bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti

    yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia dan Brunei. Bahasa Melayu

    Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa

    Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an

    Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun

    sejak akhir-akhir ini, nama Bahasa Melayu digunakan semula. Bermula

    pada tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali

    kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa

    untuk semua dan tidak mengira kaum.

    Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek

    mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,

    bahasa Melayu Jawa atau bahassa Jawa mempunyai banyak perkataan

    yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu,

    bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat

    (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran

    antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Pada awal tahun 2004, Dewan

    Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan

    bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk

    6

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    7/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun,

    perkara ini masih dalam perbincangan.

    Sejarah Bahasa Melayu

    Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah Kuno Asia

    Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun,

    istilah Melayu adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam

    tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang

    Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan:

    ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang

    mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang

    bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan

    terjumpanya empat buah batu bersurat:

    1. di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi

    2. di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi

    3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi

    4. di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.

    Ada yang berpendapat bahasa Melayu beasal daripada Asia Tengah, ada

    juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan

    Melayu.

    Perkembangan Bahasa Melayu

    Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia

    Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara

    bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini

    menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat

    memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa

    membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama

    dan setiap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa

    7

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    8/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Melayu Kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat dan

    bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam.

    Manakala bahasa Melayu Moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah

    barat terutama sekali Inggeris.

    Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

    Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang

    paling popular ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Namun

    begitu, di Malaysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat

    mengenai nama apakah yang patut digunakan sebagai bahasa rasmi.Ada

    pihak yang memikirkan Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul

    Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memeperkenalkan istilah

    Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

    Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas. Sebenarnya

    istilah bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul

    Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas Mei 13, 1969. Ini dibukti

    dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu wujud

    persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun,

    Perlembagaan Malaysia tidak berubah. Pada tahun 1986, istilah bahasa

    Malaysia ditukar kepada Bahasa Melayu. Menurut Perkara 152

    Perlembangan Persekutuan Malaysia, bahasa kebangsaan [Malaysia]

    ialah bahasa Melayu.

    Namun begitu, pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk

    menukarkan pennggunaan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia.

    Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat

    pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan

    8

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    9/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    untuk menggunakan istilah Bahasa Malaysia dalam surat menyurat,

    notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat

    perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pada 5

    November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri ZainuddinMaidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru Bahasa

    Malaysia adalah Muktamad. Namun, kuasa menukar istilah demikian

    bukanlah hak individu. Oleh itu, istilah bahasa Melayu tetap digunakan.

    Pendapat ahli sejarah terhadap asal usul Bahasa Melayu

    Ada beberapa pendapat mengenai asal usul Bahasa Melayu. Salah

    satunya ialah Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah. Teori ini disokong

    oleh beberapa ahli sejarah dan bahasa. Berikut merupakan kajian mereka

    terhadap bahasa Melayu :

    R.H. GELDERN

    Beliau menemui kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu

    Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze dan Hwang. Beliau

    juga menemui kapak yang mempunyai bentuk dan jenis yang sama di

    beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern membuat kesimpulan

    kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke kepulauan Melayu

    ini.

    J.H.C. KERN

    J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang

    digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan dan

    nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di

    Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagascar, Filipina, Taiwandan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara

    9

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    10/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    lain ialah padi, buluh, rotan, nyiur, pisang , pandan dan ubi. Berdasarkan

    senarai perkataan yang dikajinya itu, Kern berkesimpulan bahawa bahasa

    Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

    W. MARSDEN

    W. Marsden mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia

    (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan

    Pasifik) merupakan bahasa yang rumpun.

    E. AYMONEIR, A. CABATON DAN HAMY

    E. Aymoneir dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Champa

    serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat

    bahawa bahasa Melayu dan bahasa Champa merupakan warisan daripada

    bahasa Melayu Kontinental.

    W. HUMBOLDT

    W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu

    (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang

    berasal dari India.

    J.R. FOSTER

    J.R. Foster berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata

    dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa

    kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang

    dinamainya Melayu Polinesia Purba.

    A.H. KEANE

    10

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    11/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa

    dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

    SLAMETMULJANA

    Berdasarkan perbandingan bahasa, Slametmuljana berkesimpulan

    bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu

    berasal dari Asia.

    ASMAH HAJI OMAR

    Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari

    daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui

    satu laluan. Ada yang melalui daratan iaitu Tanah Semenanjung melalui

    Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau

    menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya, asal bahasa

    mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor

    geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa

    Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu

    Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan

    yang keliru.

    BAB 2

    KONSEP MELAYU

    Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal

    daripada satu punca, mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya

    berbeza daripada segi pengaruh alam sekitar. Konsep Melayu yang

    digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai penduduk asal di alam

    Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan daripada

    sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Melayu dapat didefinisikan sebagai

    11

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    12/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    nama suatu bangsa dan bahasa termasuk di Semenanjung Malaysia iaitu

    mengikut cara hidup orang Melayu (Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga :

    874). Pembinaan masyarakat dan budaya Melayu yang lebih luas adalah

    hasil daripada kepelbagaian kelompok sosial dan sub budaya yang telahmemberikan kekuatan tentang kekayaan khazanah budaya Melayu.

    Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Melayu

    didefinisikan sebagai mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dan

    mengamalkan adat resam orang Melayu. Melayu mungkin berasal

    daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu

    Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya sebuah Kerajaan Melayu

    sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan

    Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu

    dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud

    "bukit" ataupun tanah tinggi. Terdapat juga sumber sejarah yang

    mengatakan bahawa perkataan "Melayu" ialah berasal dari "Sungai

    Melayu" di Jambi.

    Pengertian Melayu di Malaysia dinyatakan dengan lebih khusus lagi

    dalam Perlembagaan Malaysia yang mengandungi kepentingan daripada

    aspek sosial dan politik. Pengertian itu adalah berasaskan kepada prinsip

    bahasa, budaya dan Islam. Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah

    "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu

    yang menganuti agama Islam. Dengan kata lain, bukan semua orang yang

    berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah merupakan orang

    Melayu. Pengertian Melayu secara khusus tersebut merupakan

    sebahagian daripada konsep Melayu yang luas.

    Oleh yang demikian, apabila pelbagai kelompok sosial yang terdiri

    daripada penduduk asal, seperti Orang Asli yang tidak beragama Islam,

    tidak dapat mencakupi dalam pengertian Perlembagaan ini. Pengertian

    Melayu yang digunakan dalam pentadbiran dan kepentingan politik

    terdapat perbezaan dengan konsep Melayu yang digunakan dalam realiti

    iaitu lebih berasaskan kepada kelompok sosial Melayu dengan sub

    12

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Etimologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Etimologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijaya
  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    13/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    budaya masing-masing. Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan

    menurut Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2). Menurut

    perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai :

    1. Seorang yang beragama Islam

    2. Bertutur dalam bahasa Melayu

    3. Mengamalkan adat istiadat Melayu

    4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di

    Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di

    Persekutuan atau di Singapura.

    Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik

    di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat

    bahawa sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di

    luar Persekutuan Malaysia contohnya di selatan Thailand terdapat

    segelintir kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan

    mengamalkan budaya orang Melayu. Bagaimanapun, menurut UNESCO

    pada tahun 1972 istilah "Melayu" ditakrifkan sebagai suku bangsa Melayu

    di Semenanjung Malaysia,Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

    Menurut Syed Husin Ali yang merupakan seorang ahli antropologi di

    negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit

    sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah

    lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna

    kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi

    dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid. Penggunaan

    istilah "Melayu" muncul buat pertama kalinya pada kira-kira 100-150

    Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan

    istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada

    perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk

    kepadaTanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia.

    13

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perlembagaan_Persekutuan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Adat_istiadat_Melayu&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Politikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/UNESCOhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1972http://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Filipinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Madagaskarhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syed_Husin_Ali&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Etnologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakathttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mongoloid&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/100http://ms.wikipedia.org/wiki/150http://ms.wikipedia.org/wiki/Ptolemyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanjung_Kuantan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perlembagaan_Persekutuan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Adat_istiadat_Melayu&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Politikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/UNESCOhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1972http://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Filipinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Madagaskarhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Syed_Husin_Ali&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Etnologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakathttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mongoloid&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/100http://ms.wikipedia.org/wiki/150http://ms.wikipedia.org/wiki/Ptolemyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanjung_Kuantan&action=edit
  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    14/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada

    Tanjung Penyabung. Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana,

    sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha

    sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" danberdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji

    beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera. Istilah "Mo-lo-

    yu" juga turut dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina

    pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para

    pengkaji berpendapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan

    itu ialah merupakan kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera

    dan juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

    Sejarah peradaban Melayu yang berasaskan kepada perkembangan

    budaya Melayu merupakan fenomena penting dalam pembinaan identiti

    Melayu dalam konteks yang luas itu. Peradaban Melayu itu telah dibina

    oleh kelompok-kelompok Melayu di alam Melayu ini secara umumnya dan

    daripada keadaan ini maka terbinanya identiti Melayu yang berasaskan

    kepada tradisi sejarah yang sama yang telah dilalui oleh kumpulan Melayu

    tersebut. Penduduk asal atau lebih dikenali sebagai orang Melayu yang

    mendiami di alam Melayu ini telah membina asas peradaban yang telah

    mantap sebelum mereka bertembung dan melalui proses difusi budaya.

    Pertembungan dengan peradaban India dan kemudian Islam telah

    memperkukuhkan peradaban Melayu setelah sekian lama.

    Kerajaan-kerajaan Melayu yang terdapat di alam Melayu telah

    menyumbang dan memainkan peranan yang begitu penting dalam

    pembinaan pusat-pusat peradaban itu. Islam juga telah membawa kepada

    peradaban penting dalam pembinaan peradaban Melayu.

    Walaubagaimanapun, pengaruh-pengaruh tersebut meningkatkan

    peradaban Melayu. tetapi tidak menjejaskan dan menghilangkan identiti

    budaya Melayu. Konsep Melayu juga bukan sahaja merangkumi aspek-

    aspek etnik, suku kaum atau negara bangsa, tetapi entiti budaya yang

    merangkumi pelbagai etnik, suku kaum dan negara bangsa, asalkan

    14

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanjung_Penyabung&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Purana&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gautama_Buddhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/500http://ms.wikipedia.org/wiki/Sumaterahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Chinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/644http://ms.wikipedia.org/wiki/645http://ms.wikipedia.org/wiki/Dinasti_Tanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jambihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sumaterahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sriwijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palembanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanjung_Penyabung&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Purana&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gautama_Buddhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/500http://ms.wikipedia.org/wiki/Sumaterahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Chinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/644http://ms.wikipedia.org/wiki/645http://ms.wikipedia.org/wiki/Dinasti_Tanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jambihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sumaterahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sriwijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palembang
  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    15/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    semua itu tercerna dan terjelma dalam tiga ciri budaya Melayu yang asasi

    iaitu berpengantar bahasa Melayu, beradat resam dan bertingkah laku

    sebagai manusia Melayu dan mengamalkan agama islam.

    Berdasarkan konsep Melayu sedemikian, kita telah menerima

    bahawa Melayu merupakan orang yang berasal atau berketurunan dari

    Arab atau India seperti Malik Ibrahim iaitu seorang wali songo pembuka

    Gerisek pada tahun 1396, Syarif Abu Bakar atau dikenali sebagai Sultan

    Syarif Hashim Sultan Sulu pada tahun 1405, Sultan Syarif Ali Brunei pada

    tahun 1426, Syarif Muhammad Kebongsuan Sultan Mindango pada tahun

    1515, Syeikh Nuruddin al-Raniri Syeikh al-Islam di Aceh pada tahun 1637,

    dan puluhan ulama dan pendakwah dari keturunan al-Eidrus, al-Attas, al-

    Haddah, al-Habsyi, al-Sagot, al-Badawi, dan lain-lain.

    Konsep Melayu Lama

    Melayu lama merupakan sebuah warisan peninggalan nenek

    moyang pada zaman dahulu kala. Warisan tersebut memberikan

    sumbangan yang begitu penting dan berharga pada generasi pada masa

    kini. Secara amnya, takrifan Melayu boleh dikenal pasti berdasarkan

    bangsa yang tergolong dalam Rumpun Melayu-Indonesia atau Nusantara

    seperti Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau dan sebagainya.

    Berdasarkan bahasa pula takrifan Melayu terdiri daripada golongan

    keluarga bahasa Austronesia. Menurut Perlembagaan Persekutuan

    Malaysia Perkara 160 Fasal 2 ialah Melayu ertinya seseorang yang

    menganuti adat-istiadat dan resam Melayu .

    Melayu lama juga bermakna ia akan mengekalkan apa sahaja yang

    diajarkan dan diperturunkan oleh datuk neneknya seperti adat

    bersanding, kenduri kendara dan menghidupkan budaya lama seperti

    berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan mendendangkan

    lagu berunsur khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong.

    Peribahasa Melayu yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat ialah

    15

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    16/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    merupakan sebuah peribahasa lama yang membawa maksud yang cukup

    mendalam. Hal ini membuktikan bahawa pemikiran orang dahulu yang

    sanggup mati anak semata-mata mahu mempertahankan adat.

    Orang Melayu lama telah membungkus agama dan adat, di dalam

    satu peti emas yang dianggap sebagai jati dan harga diri mereka. Agama

    dan tatasusila adat Melayu, berfungsi untuk membentuk sebuah

    kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik

    dipandang, sedap didengar dan manis dirasa. Oleh yang demikian, jika

    kita bertemu dengan watikah bertulis sebagai Hukum Adat, janganlah

    terus dihumban ke tepi bahawa adat itu adalah budaya resam yang

    merosakan agama. Hal ini kerana, adat itulah merupakan agama pada

    bahasa Melayu Lama.

    Selain itu, konsep Melayu turut melibatkan pemikiran iaitu lebih

    dikenali sebagai konsep pemikiran Melayu yang menggambarkan

    keunikan pemikiran Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain.

    Orang Melayu menggunakan kaedah berfikir yang bukan sahaja bersifat

    emprikal dengan menggunakan kuasa inderawi atau pacaindera merekauntuk memahami realiti alam di luar diri mereka, untuk memahami

    kelakuan manusia dan keadaan sosial tetapi bersifat abstrak dan

    metafizik.

    Proses fikiran ini bersifat non-linear iaitu lebih banyak menggunakan

    kuasa imaginasi dari otak sebelah kanan iaitu akal kreatif dan kemudian

    digabungkan dengan proses berfikir yang menggunakan akal rasional dari

    bahagian otak sebelah kiri untuk melahirkan makna dan nilai yang

    emprikal sekaligus bersifat abstrak. Proses pemikiran ini dapat dikaji dan

    dibuktikan berdasarkan puisi tradisional Melayu iaitu pantun berdasarkan

    peribahasa serta pepatah Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam pantun 4

    kerat, misalnya rangkap pertama yang disebut sebagai rangkap

    pembayang maksud iaitu digunakan secara kreatif untuk melahirkan

    maksud pada rangkap kedu berikutnya.

    16

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    17/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Jikalau Shakespeare sering diagungkan sebagai manusia yang

    mampu berfikir atau menyatakan maksudnya melalui sajak atau puisi,

    pemantun atau pemikir Melayu tradisional pun tidak kurang agungnya.

    Stuktur pantun juga turut mengandungi rima dan rentaknya, penggunaanbahasa yang halus, tepat dan bernas. Walaubagaimanapun Shakespeare

    tidak mengungkapkan maksudnya melalui rangkap pembayang maksud

    sebagaimana yang dilakukan oleh pemantun Melayu. Struktur dan cara

    berfikir Melayu ini tentunya menunjukkan konsep pemikiran yang lebih

    kreatif dan lebih kompleks lagi.

    Konsep Melayu Baru

    Manusia bukannya objek statik tetapi manusia ialah makhluk

    ciptaan Tuhan yang terbaik dalam kalangan makhluk yang lain. Salah satu

    aspek yang mencerminkan kualitinya ialah tahap kebolehannya untuk

    membaiki dan menjadikan dirinya lebih baik daripada sebelumnya, malah

    lebih baik daripada manusia yang lain. Oleh yang demikian apabila

    merangka kelahiran manusia Melayu yang baru sebenarnya perkara

    tersebut bukannya merupakan tempelak atau satu sinis kepada Melayu

    yang sebelumnya. Hal ini adalah kerana kita berlandaskan kepada hakikat

    bahawa manusia pada hari esok mesti lebih baik daripada manusia pada

    hari ini. Hal ini menunjukkan bahawa perubahan daripada Melayu Lama

    kepada Melayu Baru adalah merupakan satu keperluan.

    Melayu Baru bukanlah merupakan satu utopia tetapi Melayu Baru

    adalah merupakan satu jangkauan yang real atau nyata yang boleh

    dicapai dengan menggunakan strategi dan gerakan yang sempurna dan

    menyeluruh. Menggunakan strategi secara sempurna adalah bermaksud

    dari segi apa yang mesti dibuat dan menyeluruh bermaksud

    komitmen daripada setiap individu . Konsep Melayu Baru ini telah

    diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir

    Mohammad. Konsep Melayu Baru ini sebenarnya adalah penerusan

    daripada konsep Revolusi Mental yang dipelopori oleh sebuah panel yang

    ditubuhkan oleh UMNO pada tahun 70 an dan telah dipimpin oleh Dato

    17

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    18/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Senu Abdul Rahman iaitu Setiausaha Agung UMNO pada masa itu. Salah

    seorang daripada ahli panel tersebut ialah Dato Seri Abdullah Ahmad

    Badawi.

    Pada masa sekarang konsep Melayu Baru ini disempurnakan pula

    oleh Wawasan Islam Hadhari atau Islam yang Bertamadun yang menjadi

    pegangan Kerajaan pimpinan Pak Lah iaitu Perdana Menteri Malaysia pada

    hari ini. Konsep Islam Hadhari ini adalah merupakan salah satu paksi yang

    penting dalam manifesto Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Yang

    Kesebelas pada tahun lalu yang memperlihatkan kemenangan yang cukup

    besar dan membanggakan kepada Barisan Nasional. Pilihanraya tersebut

    telah menghasilkan penubuhan Kerajaan Negeri Terengganu oleh BN dan

    tumbangnya Kerajaan PAS di Terengganu manakala Kerajaan BN yang

    semakin bertambah kuat di Kedah dan PAS hanya menang tipis dengan

    kelebihan dua kerusi di Negeri Kelantan. Pilihanraya tersebut telah

    memperlihatkan dan membuktikan bahawa kembalinya kekuatan UMNO

    dan BN di Pulau Pinang, Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang,

    Sabah dan Sarawak. Faktor yang menyumbang kepada kekuatan

    gelombang biru ini adalah merupakan faktor Islam Hadhari dan personaliti

    Pak Lah sendiri yang cukup menawan hati rakyat terutamanya Orang

    Melayu.

    Konsep Melayu Baru iaitu merupakan lanjutan daripada Revolusi

    Mental adalah merupakan faktor yang telah membuka minda orang

    Melayu yang kemudiannya menjurus kepada slogan Melayu Boleh dan

    Malaysia Boleh. Hal ini telah membuka jalan bagi melepaskan Orang

    Melayu daripada sebarang limitation atau sekatan dan belenggu yang

    wujud dalam diri kita sendiri. Melayu Baru lebih menjurus kepada Melayu

    Global yang penuh dengan ketahanan dan kuat peribadi untuk bergerak

    diperingkat global dan antarabangsa samada sebagai usahawan, peniaga,

    sarjana, pemikir, pujangga, ahli sukan dan lain-lain lapangan atau bidang.

    18

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    19/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Selain itu, Melayu Baru berasaskan prinsip Islam Hadhari tersebut

    tidak akan terkongkong oleh fikiran agama yang sempit dan yang tidak

    mengikut peredaran masa. Sebaliknya Islam Hadhari akan menjadikan

    agama Islam sesuai dengan kurun yang kedua puluh satu ini bahkan IslamHadhari juga amat sesuai untuk kehidupan umat Islam bagi generasi yang

    akan datang selagi dunia ini masih kekal hingga kiamat.

    Dengan kata lain Islam Hadhari memastikan Melayu Baru yang

    global serba handal lagi kebal itu tetap mempunyai aqidah dan iman

    didalam hatinya. Ini akan memastikan bahawa Orang Melayu bukan

    sahaja berjaya di dunia bahkan juga di akhirat.

    BAB 3

    PERUBAHAN ANTARA MELAYU BARU MELAYU LAMA

    MELAYU LAMA

    Kepercayaan Animisme

    Dari segi kepercayaan animisme iaitu sebelum kedatangan Islam,

    manusia pada umumnya mempunyai naluri ingin tahu terutama tentang

    19

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    20/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    alam di sekeliling yang mereka diami. Manusia melayu pada zaman

    purbakala juga mempunyai sifat yang sama. Tetapi kerana manusia purba

    tidak memahami tentang fenomena alam dan kejadian tabii, maka

    mereka memberi tafsiran terhadap sesuatu kejadian mengikut fahamanmereka. Menurut E.B Taylor, manusia awal yang hidup di dunia

    menempuh pengalaman seperti mimpi, khayalan dan peristiwa kematian.

    Peristiwa-peristiwa yang ditempuhi itu menjadi tanda tanya kepada

    mereka sehingga mereka berfikir dan meyakini tentang wujudnya roh

    (spirit) dalam diri manusia atau apa yang diistilahkan oleh Taylor sebagai

    animisme.

    Menurut beliau lagi, kepercayaan kepada makhluk halus dan roh

    merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam

    alam pemikiran manusia primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu

    bentuk cultural universals yang wujud di kalangan suku-suku primitif.

    Terdapat pelbagai kepercayaan karut yang diamalkan dan dipercayai oleh

    masyarakat melayu lama seperti pemujaan arwah datuk nenek, hantu,

    hubungan dengan alam ghaib dan sebagainya.

    Pemikiran Melayu Lama

    Sebelum kedatangan Islam, pengaruh agama Hindu telah tersebar

    di alam melayu. Oleh itu, pengaruh Hindu telah mempengaruhi pemikiran

    melayu lama pada masa itu. Sebelum agama Hindu tersebar di alam

    melayu, orang melayu dipengaruhi fahaman animisme yang diwarisi sejak

    zaman purba. Fahaman ini berbentuk kepercayaan kepada semangat,

    pemujaan roh datuk nenek dan makhluk-makhluk alam ghaib.

    Kepercayaan kepada animisme ini adalah suatu kepercayaan yang

    kompleks. Kepercayaan ini mengatur tingkah laku manusia terhadap alam

    20

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    21/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    sekeliling kerana mereka mempercayai bahawa setiap fenomena alam

    mengandungi kuasa ghaib atau penunggu. Apabila agama Hindu dibawa

    ke daerah ini dan berkembang dengan pesat pada abad ke-4 dan ke-5

    Masihi, tidak banyak pembaharuan yang dilakukan terhadap pemikiranmelayu malah konsep ketuhanan agama Hindu Vidaisme yang percaya

    kepada kekuasaan dewa-dewa atau tuhan telah mengambil tempat dan

    mengisi ruang kepercayaan kepada penunggu atau kuasa ghaib yang

    dipercayai oleh orang melayu wujud pada setiap fenomena seperti hujan,

    ribut, bukit, lautan, hutan belantara dan sebagainya.

    Pengaruh Hindu dalam Sistem Pemerintahan Melayu Lama

    Pengaruh Hindu bukan sahaja mempengaruhi dalam kepercayaan

    dan agama orang melayu sahaja tetapi turut mempengaruhi dalam sistem

    pemerintahan. Menurut Coedes, kebudayaan Hindu yang berkembang di

    daerah Asia Tenggara hanya tertumpu di kalangan kaum bangsawan atau

    masyarakat atasan. Oleh yang demikian tidak hairan kalau banyak kesan

    pengaruh Hindu dalam sistem pemerintahan melayu tradisional. Konsep

    Raja dan kerajaan adalah istilah yang dipinjam daripada kebudayaan

    Hindu. Raja disamakan dengan konsep devaraja atau pemerintah yang

    sama kedudukannya dengan dewa-dewa. Sistem pentadbiran melayu juga

    dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu. Misalnya sistem pewarisan

    pemerintahan adalah diasaskan kepada keturunan. Dalam pelaksanaan

    pentadbiran melalui undang-undang, sistem pemerintahan melayu telah

    meminjam beberapa aspek daripada undang-undang Hindu seperti

    undang-undang jenayah yang berdasarkan kitab Dharmasutra. Pengaruh

    Hindu juga jelas dilihat dalam peraturan-peraturan mengenai pakaian,

    senjata-senjata dan warna kuning yang dikhususkan untuk Raja.

    Pengaruh Hindu dalam Bahasa dan Sastera Melayu Lama

    Selain itu, pengaruh Hindu juga mempengaruhi dalam bahasa dan

    sastera melayu. Bahasa sanskrit telah mempengaruhi bahasa melayu

    21

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    22/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    sejak pengaruh di kebudayaan Hindu berkembang di daerah Nusantara

    dari awal kurun Masihi hingga zaman kedatangan Islam pada abad ke-13

    Masihi. Di samping bahasa, pengaruh sastera dari India telah banyak

    berkembang dalam sastera melayu. Epik-epik Ramayana dan Mahabratatelah melahirkan berbagai-bagai prosa atau hikayat-hikayat dalam sastera

    melayu. Unsur sastera Hindu juga turut mempengaruhi cerita-cerita

    penglipur lara, cerita jenaka dan lain-lain. Di samping itu, Hindu juga

    mempengaruhi puisi melayu seperti seloka dan gurindam.

    Kepercayaan Melayu Lama Selepas Kedatangan Islam

    Selepas kedatangan Islam, Islam telah mengubah pandangan dunia

    orang melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka

    anuti pada zaman Hindu kepada kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha

    Esa (Allah). Di samping itu, mereka itu mempercayai nabi-nabi, rasul,

    malaikat, kitab-kitab suci seperti Injil, Zabur dan Al-Quran, percaya

    kepada hari akhirat dan kepada qadak dan qadar. Keimanan mereka

    diikuti dengan amal ibadat seperti yang tersebut dalam Rukun Islam yang

    berbentuk sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan

    rukun haji.

    Walaupun kepercayaan lama tidak dapat dihapuskan sepenuhnya,

    namun kebudayaan Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk

    kepercayaan melayu lama dengan memperkenalkan konsep Allah sebagai

    Tuhan Yang Maha Esa dan Muhammad sebagai Rasul-Nya. Walaupun

    unsur-unsur dewa-dewa masih lagi diwarisi dalam sastera melayu, namun

    fungsi mereka tidak lagi sebagai tuhan-tuhan, tetapi hanya sebagai

    makhluk-makhluk alam ghaib seperti hantu dan jembalang yang masih

    lagi mempengaruhi pemikiran orang melayu hingga ke dewasa ini.

    22

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    23/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Lama Selepas Kedatangan

    Islam

    Sebelum kedatangan Islam, bahasa melayu dipengaruhi oleh

    bahasa Sanskrit dan Jawa kuno. Menurut Winstedt, bahasa melayu pada

    zaman Hindu itu ditulis dalam bentuk huruf Kawi dan Nagari yang berasal

    dari Pallava, India. Selepas kedatangan Islam, bahasa Arab sebagai

    bahasa rasmi agama Islam mulai mengambil alih tempat bahasa sanskrit

    di kalangan orang melayu. Huruf Arab telah digunakan untuk penulisan

    bahasa melayu yang dipanggil huruf jawi. Huruf baru yang berasal

    daripada al-Quran ini telah menggantikan huruf Kawi dan Nagari. Selepas

    kedatangan Islam ini, bahasa melayu telah mengalami perubahan yang

    pesat dengan peminjaman kata-kata Arab sehingga bahasa melayu

    menjadi media kepada ilmu pengetahuan seperti teologi, falsafah, etika

    dan lain-lain.

    Pengaruh Islam telah membawa pinjaman kata-kata Arab dalam

    bahasa melayu dengan begitu luas sekali meliputi semua aspek dalam

    bidang kehidupan orang melayu seperti dalam aspek agama, pemikiran,

    pendidikan mahupun undang-undang. Dalam segi kesusasteraan pada

    zaman permulaan Islam, pemyebar-penyebar Islam telah menulis risalah-

    risalah agama yamg menerangkan tentang rukun-rukun Iman dan rukun-

    rukun Islam. Di samping tulisan tentang ajaran Islam, penyebar-penyebar

    agama Islam itu telah turut mengisahkan tentang pembawa ajaran

    tersebut iaitu Nabi Muhammad. Cerita-cerita tentang Nabi Muhammad

    dapat dianggap sebagai yang paling tua usianya, jika dibandingkan

    dengan karya kesusasteraan pengaruh Islam yang lain.

    Menurut R.O Winstedt, hikayat-hikayat bercorak Islam dalam

    kesusasteraan melayu klasik diterjemahkan dari sumber Islam yang asal.

    Sebagai contoh, Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Khoja Maimun, Hikayat

    Khoja Mubarak dan Cerita Taifah diterjemah dari Parsi sungguhpun

    23

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    24/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    berasal dari kesusasteraan Sanskrit yang bernama Sukasaptati. Menurut

    S. Sontoso pengaruh Islam juga memberi kesan terhadap penulisan

    melayu klasik seperti Sejarah Melayu yang mengandungi unsur-unsur

    Islam yang dimasukkan oleh penulis melayu. Gaya penulisan dalamSejarah Melayu dan kebanyakan persoalannya menunjukkan buku Sejarah

    Melayu itu berdasarkan tradisi penulisan Islam.

    Sistem Politik Melayu Tradisional

    Dalam sistem politik melayu tradisional, perpaduan di kalangan

    masyarakat melayu pada masa lampau berdasarkan kepada asas

    kekeluargaan dan kesukuan. Kepentingan ramai lebih diutamakan

    daripada kepentingan individu dan individu itu terikat pula dengan

    peraturan dan adat istiadat serta kepercayaan yang dianuti oleh

    masyarakatnya. Sementara itu, anggota masyarakat tersebut tidak pula

    menentang dasar perpaduan dalam masyarakat kerana perpaduan dapat

    menjamin keamanan dan keselamatan setiap anggota di dalam

    masyarakat. Masyarakat alam melayu pada peringkat awalnya adalah

    sebuah masyarakat yang hampir tertutup, tidak mudah bagi seseorang itu

    melepaskan hubungannya dengan suku atau kelompok masyarakatnya.

    Orang luar pula tidak mudah dterima menjadi anggota dalam kelompok

    atau sesuatu suku itu. Sebelum orang asing diterima menjadi anggota

    dalam sesuatu kelompok masyarakat atau suku itu ia harus menjalani

    upacara penerimaan masuk ke dalam satu-satu kumpulan atau initiation.

    Dalam upacara ini, individu yang menjalani upacara itu mengumumkan

    peninggalannya daripada ikatan yang lama dan ia diperkenalkan dengan

    suasana yang baru. Ia diibaratkan sebagia sudah mati dan dilahirkan

    kembali dalam suku yang baru. Sebenarnya upacara ini dianggap sebagai

    satu ujian untuk menghadapi hari dewasa dan sebagai anggota

    masyarakat yamg bertanggungjawab. Oleh itu, upacara ini dilakukan juga

    kepada semua anak di dalam sesuatu kelompok masyarakat.

    24

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    25/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Pemimpin Masyarakat

    Dalam kelompok keluarga terdapat seorang ketua atau pemimpinyang mengetuai upacara adat dan bertanggungjawab tentang kebajikan

    dan keselamatan keluarga. Pada peringkat yang lebih luas diwujudkan

    organisasi yang bercorak kawasan. Seseorang yang ingin memimpin

    perkumpulan yang bercorak kawasan atau daerah ini perlu memenuhi

    syarat utama iaitu memiliki kepandaian yang tertentu seperti pandai

    bermain senjata untuk memimpin peperangan atau mempunyai kuasa

    yang sakti atau ghaib yang menjadikan pengikutnya patuh kepadanya

    dan tidak barani bertindak menentangnya. Walau bagaimanapun, dalam

    urusan masyarakat, anggota-anggota suku sering mengadakan

    perbincangan atau permesyuaratan di kalangan mereka tentang kerja-

    kerja yang dilakukan, sementara pekerjaan mereka dilaksanakan dengan

    cara gotong-royong.

    Sistem Pemerintahan

    Menurut Koentjaraningrat bermula daripada organisasi-organisasi

    desa, suku-suku yang kecil itu berkembang menjadi sebuah negara

    melalui penaklukan oleh salah satu persekutuan kelompok-kelompok yang

    kecil. Kumpulan yang menang menggunakan tenaga tawanan mereka

    untuk dijadikan buruh paksa atau hamba. Maka dengan itu timbullah satu

    sistem kenegaraan dengan golongan yang menang memegang kuasa dan

    menikmati faedah yang lebih daripada masyarakat. Sistem pemerintahan

    seperti yang tersebut diatur amat rapi sehingga orang yang ditakluk tidak

    dapat memberontak menentang mereka yang berkuasa melalui

    penanaman kepercayaan tentang kekuasaan luar biasa yang dimiliki oleh

    golongan pemerintah dan hukuman berat yang dikenakan terhadap orang

    yang menentang. Dalam sistem pemerintahan yang terawal diadakan

    pasukan tentera yang bertujuan untuk menakluki kawasan yang lain dan

    25

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    26/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    meluaskan daerah kekuasaannya. Pasukan tentera itu dikerah daripada

    rakyat biasa, sedangkan keluarga para pemimpin menjadi golongan

    bangsawan dan raja merupakan pemimpin tertinggi yang mempunyai

    kekuasaan mutlak dan memiliki kewangan yang banyak. Istana rajamenjadi pusat pendidikan dan budaya untuk melatih pemimpin dan

    pentadbir negara.

    Dengan itu, struktur organisasi politik melayu tradisional itu

    bermula dari desa dan kampung, kemudian diikuti dengan daerah atau

    jajahan dan seterusnya menjadi negeri. Ketua kampung merupakan

    pemimpin yang terkecil. Pembesar-pembesar menjadi pemimpin pada

    peringkat daerah atau jajahan dan raja menjadi pemimpin atau ketua

    organsasi politik pada peringkat negeri. Pusat pemerintahan negeri

    adalah di bandar-bandar yang terletak di kuala-kuala sungai yang mudah

    dihubungi melalui sungai atau lautan. Kedudukan pusat pemerintahan di

    kuala-kuala sungai bertujuan membolehkan raja mengawasi orang ramai

    yang keluar masuk di dalam negerinya bagi menjamin keselamatan dan

    pertahanan daripada musuh. Di samping itu, kedudukan tersebut juga

    memudahkannya mengutip cukai yang menjadi sumber kewangan negara

    yang terpenting. Jajahan atau daerah merupakan unit pentadbiran di

    dalam negara yang diketuai oleh pembesar negeri. Jajahan yang

    bersempadan dengan sungai-sungai yang menjadi jalan perhubungan

    yang penting. Oleh sebab sistem perhubungan yang sukar dengan

    jajahan-jajahan dalam negara, maka pembesar-pembesar daerah menjadi

    amat berkuasa di daerah masing-masing.

    Menurut Ralph Linton, organisasi politik penduduk alam melayu

    sebelum dipengaruhi oleh peradaban luar merupakan unit-unit politik

    yang kecil pada peringkat desa yang diketuai oleh pemimpin mereka yang

    bernama penghulu. Sering kali permasalahan pentadbiran pada peringkat

    desa tersebut dibincangkan melalui permesyuaratan di kalangan

    anggotanya terutama di kalangan ahli-ahli yang sudah tua. Pada

    peringkat unit yang terkecil itu penduduk-penduduknya biasanya terdiri

    26

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    27/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    daripada anggota-anggota yang mempunyai pertalian darah atau berasal

    daripada suku yang sama. Wertheim pula berpendapat bahawa ciri

    organisasi politik tradisional di daerah alam melayu pada peringkat awal

    terbahagi kepada tiga jenis seperti berikut:

    1. Di daerah-daerah di mana terdapat penanaman padi yang

    menjadi asas kehidupan atau sumber rezeki penduduknya,

    maka sistem politiknya adalah bercorak sistem beraja yang

    berpusatkan sistem pentadbiran di istana atau keraton yang

    dikelilingi oleh perkampungan petani yang bekerja di sawah.

    2. Unit politik melayu tradisional yang kedua bercorak sebuah

    negara kota yang kebanyakannya terletak dipesisir pantai di

    seluruh kepulauan melayu. Bentuk negara kota ini diketuai

    oleh seorang raja dan sumber rezeki dan kewangan

    penduduknya bergantung kepada aktiviti perdagangan.

    3. Unit politik melayu tradisional yang lain ialah dalam bentuk

    negara-negara kecil yang berpusat di pedalaman yang

    mengandungi rakyat yang melakukan aktiviti

    perekonomiannya melalui penanaman padi huma.

    Pengaruh Hindu

    Apabila pengaruh Hindu-Buddha mulai memasuki alam melayu

    organisasi politik pada awal masihi, mulai berkembang daripada bantuan

    penguasaan bagi satu kawasan yang kecil kepada sebuah organisasi

    politik yang besar dan menguasai jajahan yang luas. Sistem pentadbiran

    politik Hindu telah dipinjam oleh orang melayu dan dilaksanakan setelah

    dilakukan berbagai-bagai penyesuaian. Ketua negara yang memimpin

    kerajaan dipanggil raja iaitu istilah yang dipinjam daripada bahasa

    sanskrit. Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat melayu adalah

    sebagai pemimpin kerajaan. Di samping itu, raja juga dikatakan

    berketurunan daripada dewa-dewa.

    27

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    28/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Raja-raja seperti yang disebut dalam Hikayat Pendawa Lima (karya

    saduran daripada Kitab Mahabrata) dikatakan sebagai berketurunan

    daripada dewa-dewa atau tuhan-tuhan yang dipanggil devaraja. Sistem

    politik yang menerima pengaruh Hindu memberi kedudukan yang tinggikepada raja sehingga mempunyai kekuasaan mutlak tanpa boleh

    dipersoalkan lagi. Dalam sistem politik pengaruh Hindu ini raja dianggap

    sebagai berdarah dewa atau penjelmaan dewa dari kayangan. Untuk

    menyesuaikan dengan kepercayaan tersebut, maka raja-raja di Pulau Jawa

    telah mendirikan istana mereka di tempat-tempat yang tinggi seperti

    kerajaan Sailendra (gunung) kerana dipercayai bahawa syurga terletak di

    atas gunung.

    Sistem perlantikan raja dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan adalah

    berdasarkan keturunan. Raja-raja hanya dipilih daripada putera yang

    dipanggil gahara iaitu putera raja daripada permaisurinya yang sah.

    Sementara pegawai-pegawai tinggi kerajaan juga dilantik berdasarkan

    keturunan seperti jawatan bendahara yang bersamaan dengan perdana

    menteri. Selain itu, perlantikan orang besar untuk membantu perjalanan

    pentadbiran negara pula adalah berdasarkan sistem astrologi Hindu

    seperti orang besar berempat, orang besar lapan, orang besar enam

    belas, orang besar tiga puluh dua sebagaimana yang diamalkan di negeri

    Perak dan Pahang hingga ke hari ini.

    Zaman Islam

    Selepas raja Melaka menganut agama Islam, sistem pemerintahan

    telah disesuaikan dengan agama Islam. Walau bagaimanapun, pengaruh

    Hindu masih lagi berlanjutan. Beberapa perubahan telah dilakukan,

    misalnya gelaran Sri Maharaja yang dipakai dalam kerajaan Sriwijaya

    telah diubah kepada gelaran sultan seperti yang digunakan oleh raja-raja

    Islam di India dan di Asia Barat. Pemikiran Hindu yang beranggapan

    bahawa raja sebagai berketurunan daripada dewa (devaraja) telah

    dihapuskan. Sebagai gantinya sultan dikatakan sebagai berasal dari

    28

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    29/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    keturunan pahlawan Islam, iaitu Zulkarnain dan sultan itu sebagai

    bayangan tuhan di atas muka bumi (Zillullah Fil alam). Untuk

    mengekalkan sifat keistimewaan sultan sebagai pemerintah maka

    ditonjolkan kepercayaan bahawa sultan itu mempunyai kuasa yang luarbiasa yang dipanggil sebagai daulat. Seorang yang melakukan kesalahan

    kepada raja seperti tidak bertutur dengan menggunakan bahasa raja di

    hadapannya akan mendapat tulah (kecelakaan) akibat daripada

    kekuasaan daulat yang dimiliki oleh setiap sultan itu.

    Dalam menjalankan pentadbiran negara, sultan masih mengekalkan

    sistem politik yang lama yang mengandungi pengaruh kebudayaan Hindu.

    Sultan dibantu dalam menjalankan pemerintahannya oleh orang-orang

    besar yang menjadi pegawai-pegawai tinggi yang dilantik oleh sultan

    menurut sistem yang lama. Misalnya bendahara masih menjalankan

    tugasnya sebagai perdana menteri seperti dalam sistem kesultanan

    melayu Melaka. Sistem politik melayu tradisional adalah berbentuk

    piramid. Raja diletakkan di atas puncak dan diikuti oleh golongan

    bangsawan yang terdiri daripada keluarga diraja, diikuti pada peringkat

    bawahan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang lain, sementara golongan

    rakyat jelata terletak pada peringkat paling rendah. Sistem pentadbiran

    seperti ini adalah bercorak sistem feudal kerana sistem ini membahagikan

    golongan-golongan rakyat di dalam negara mengikut susun lapis yang

    tertentu.

    Pendidikan Melayu Lama

    Sebelum perkembangan pengaruh peradaban luar di alam melayu,

    orang melayu mempunyai sistem pendidikan dan pengajaran mereka

    sendiri yang bercorak informal dan formal. Sistem pendidikan yang tidak

    formal berlaku dalam peringkat keluarga yang mengajar nilai-nilai budaya

    masyarakat tradisional melalui tradisi cerita-cerita lisan. Kanak-kanak juga

    mempelajari segala pantang larang, adat istiadat dan adab kesopanan

    melalui proses sosialisasi. Salah satu media pendidikan yang berkembang

    dalam masyarakat melayu tradisional ialah melalui institusi bercerita atau

    29

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    30/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    sastera lisan. Cerita-cerita lisan dituturkan kepada anak-anak secara

    perseorangan atau perkumpulan oleh orang dewasa sebagai memainkan

    peranan dalam pendidikan budi dan tatasusila. Pendidikan melalui

    bercerita merupakan cara pendidikan yang paling berkesan kepadakanak-kanak. Pendidikan bentuk ini masih diteruskan hingga ke zaman

    moden ini. Cerita-cerita lisan ini memainkan peranan yang penting untuk

    pendidikan anak-anak dalam masyarakat melayu tradisional.

    Selain itu, masyarakat melayu tradisional juga menyampaikan

    pendidikan melalui peribahasa, pantun, teka-teki dan lain-lain. Jila kita

    mengkaji segala puisi melayu lama akan temui unsur-unsur pengajaran

    dan falsafah pendidikan untuk memberi pendidikan secara informal

    khususnya kepada orang muda yang tidak berpengalaman. Pendidikan

    bercorak formal dalam masyarakat melayu pula berlaku dalam bentuk

    mempelajari seni mempertahankan diri seperti permainan silat dan teknik

    peperangan. Sistem pendidikan seperti ini bercorak sistematik dengan

    mempelajari ilmu daripada guru-guru yang ahli dalam bidang ini dan

    dikenakan pula syarat dan keperluan yang tertentu. Pengajian yang

    bercorak separuh formal juga berlaku dalam mempelajari berbagai-bagai

    cabang seni termasuk kemahiran dalam pertukangan. Walau

    bagaimanapun, ilmu-ilmu dalam bidang-bidang seperti ini biasanya

    diperturunkan kepada ahli keluarga sahaja. Pengajian yang bercorak

    separuh informal juga diamalkan dalam mempelajari ilmu perubatan atau

    perbomohan serta berbagai-bagai kepakaran yang lain.

    Zaman Hindu

    Pada zaman Hindu-Buddha, bidang ilmu pengetahuan hanya

    dimonopoli oleh keraton kerana golongan bangsawan khususnya raja-raja

    dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa. Kebijaksanaan yang mereka

    miliki membolehkan mereka memerintah negeri dan menguasai ilmu

    kependetaan. Dongeng-dongeng daripada kebudayaan Hindu langsung

    tidak membicarakan kehidupan rakyat jelata tetapi hanya memberi

    30

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    31/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    penekanan kepada golongan bangsawan yang didakwa sebagai golongan

    istimewa yang mempunyai hubungan keturunan dengan dewa-dewa dari

    alam kayangan. Akibat daripada sistem agama tersebut maka golongan

    raja dan kaum bangsawan sahaja diberikan pendidikan demimembolehkan mereka memerintah negeri dan menjalankan pentadbiran

    negara. Oleh itu, pendidikan formal diadakan di istana atau keraton.

    Pendidikan ini diberi oleh guru yang ditugas khas untuk menyampaikan

    pengajaran kepada bakal-bakal pemerintah dan pegawai-pegawai negeri.

    Zaman Islam

    Kedatangan Islam ke alam melayu membuka lembaran baru dalam

    penyebaran ilmu pengetahuan. Sistem pendidikan yang bercorak formal

    mulai berkembang dengan pesatnya pada zaman ini di kalangan rakyat

    biasa dan juga golongan bangsawan. Sistem pendidikan ini lebih bercorak

    keagamaan. Antaranya seperti pengajian di rumah khusus untuk

    mempelajari bacaan al-Quran, institusi pendidikan masjid dan surau yang

    penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan agama Islam, institusi

    pendidikan madrasah atau pondok yang merupakan perkembangan

    daripada sistem pendidikan di masjid atau surau, pengajian di Mekah

    yang merupakan lanjutan daripada pengajian di peringkat sekolah pondok

    dalam masyarakat melayu tradisional dan pendidikan di istana.

    Sistem Ekonomi Melayu Lama

    Masyarakat melayu lama mengamalkan sistem ekonomi sara diri.

    Penempatan dan kegiatan ekonomi orang melayu pada umumnya terletak

    di kawasan tanah yang subur seperti di tepi sungai dan di pinggir laut.

    Usaha ekonomi cukup hidup atau ekonomi sara diri hanya setakat untuk

    keperluan penggunaan peribadi dan keluarga. Lebihan pula ditukarkan

    untuk mendapatkan barang keperluan yang tidak dapat mereka hasilkan

    sendiri. Sistem ekonomi sara diri tidak menggunakan teknologi moden.

    31

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    32/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Tenaga ahli keluarga adalah penting dari peringkat penanaman sehingga

    ke peringkat pengeluaran. Unit keluarga merupakan unit pengelur dan

    unit pengguna. Keluarga bukan sahaja merupakan unit sosial tetapi juga

    unit ekonomi. Masyarakat melayu tradisional adalah masyarakatpertanian dan bidang pengeluarannya bergantung kepada unit keluarga

    sebagai satu unit asas pengeluaran.

    Dengan ini, jumlah hasil mereka bergantung kepada keluasan tanah

    yang dapat diusahakan dan jumlah keperluan mereka sendiri. Dalam

    sistem ekonomi sara diri, telah wujud sistem gotong-royong, berderau

    atau bentuk kerjasama yang lain. Institusi kerjasama dan gotong-royong

    dalam masyarakat melayu tradisional mempunyai hubungan yang rapat

    dengan nilai-nilai masyarakat, pertalian sosial dan ekonomi. Semua

    penduduk kampung mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain

    dalam menjalankan satu tugas secara bersama terutama dalam pertanian

    padi sawah. Masyarakat melayu tradisional yang merupakan masyarakat

    agraria sudah pandai menyesuaikan diri dengan kebolehan mereka

    menguasai alam bagi kepentingan penanaman padi dan perairan sawah

    mereka.

    Nilai Etika Masyarakat Melayu Lama Selepas Kedatangan Islam

    Untuk mengkaji nilai-nilai asli masyarakat melayu tradisi amatlah

    sukar kerana masyarakat melayu sejak zaman silam menghadapi

    berbagai-bagai proses difusi dan akultrasi, bermula dengan kebudayaan

    Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun, kebudayaan Islam banyak

    mempengaruhi cara hidup orang melayu termasuk nilainya sekali. Oleh

    yang demikian, sukar sekali untuk menentukan yang manakah nilai-nilai

    melayu tradisi. Antara sumber yang dapat menyingkap kembali nilai-nilai

    masyarakat melayu tradisi ialah daripada warisan kesusasteraan melayu

    lama. Seperti yang diperkatakan kesusasteraan mencerminkan

    masyarakat yang melahirkannya.

    32

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    33/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Untuk melihat nilai-nilai asal masyarakat melayu tradisi,

    kesusasteraan rakyat merupakan pengucapan kesusasteraan orang-orang

    melayu yang terawal. Dalam masyarakat melayu, nilai berbudi danberbahasa dianggap suatu nilai yang disanjung tinggi. Sifat berbudi dan

    berbahasa dianggap ukuran ketinggian peribadi. Berbudi dan berbahasa

    adalah sifat yang dimiliki oleh seseorang yang pandai mengguna tutur

    katanya dengan sempurna dan melayan tetamu dengan baik. Pantun dan

    peribahasa melayu sering mengungkap sifat yang terpuji ini. Contoh-

    contoh nilai berbudi dan berbahasa adalah seperti nilai budi, niai rendah

    diri, nilai pemurah, nlai kebenaran, nilai kesabaran dan banyak lagi.

    Contoh pantun nilai berbudi dan berbahasa:

    Makan sirih berpinang tidak

    Pinang ada dari Melaka

    Makan sirih mengenyang tidak

    Sebab budi dengan bahasa.

    Yang kurik ialah kundi

    Yang merah ialah saga

    Yang baik ialah budi

    Yang indah ialah bahasa.

    Orang berbudi kita berbahasa

    Orang memberi kita merasa.

    Pucuk pauh sedang terjela

    Penjuluk bunga gelundi

    Agar jauh silang sengketa

    Perhalus bahasa dan budi.

    33

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    34/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    MELAYU BARU

    Kepercayaan dan Agama Melayu Baru

    Pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi negara dalam

    Perlembagaan Persekutuan telah memberi sumbangan yang besar kepada

    kemajuan Islam di Malaysia. Hampir semua masyarakat melayu kini telah

    menganuti agama Islam kerana di atas pengiktirafan tersebut. Berbeza

    dengan sistem kepercayaan dan agama yang diikuti oleh masyarakat

    melayu lama yang mempercayai kepada kepercayaan animisme iaitu

    mempercayai kepada alam sekeliling. Memang tidak dapat dinafikan

    bahawa masyarakat melayu sekarang masih mempercayai kepada alam

    sekeliling tetapi hanya ada sesetengah sahaja yang masih mempercayai

    perkara-perkara karut tersebut. Hal ini kerana telah banyak penerapan

    Islam yang telah diberikan dalam pelbagai aspek dan telah wujud satu

    konsep Islam iaitu Islam Hadhari.

    Konsep dan Falsafah Islam Hadhari

    Islam hadhari telah digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi

    seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya al-Muqaddimah dan pemikir

    al-Jazair, iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah

    hadhara yang mempunyai maksud hampir sama dengan keseimbangan

    kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Islam

    hadhari merupakan satu pendekatan Islam yang syumul atau

    komprehensif yang memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi

    dan tamadun menyeluruh yang berupaya menjadi penggerak dan

    pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa melayu, khususnya

    dan umat Islam, amnya. Islam Hadhari menjadikan warisan dan tamadun

    Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau

    34

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    35/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat

    Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan. Justeru, Islam Hadhari

    merupakan satu kerangka dasar nasional yang akan dijadikan asas

    perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam majumenjelang tahun 2020. Oleh itu, wawasan 2020 yang telah dijadikan

    matlamat negara selama ini harus berpaksikan pendekatan Islam Hadhari.

    Maksud Islam Hadhari

    Islam Hadhari ialah gabungan dua perkataan bahasa Arab, iaitu

    Islam dan Hadhari (sifat). Perkataan Hadhari berasal daripada istilah

    hadharun-hadharatun (hidup di bandar) yang membawa maksud

    membangun, maju atau bertamadun, iaitu berlawanan dengan

    perkataan badawah (pedalaman atau kemunduran). Bertolak daripada

    kata dasar tersebut, perkataan hadharah atau hadhari boleh ditakrifkan

    sebagai hasil tindak balas antara manusia dengan alam dan kehidupan

    sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia untuk

    memperbaiki kualiti hidup di dunia dengan mencapai keseimbangan

    antara rohani dengan kebendaan mengikut keperluan dan peredaran

    masa. Pengertian hadharah semakin luas bagi komuniti manusia yang

    jauh meninggalkan corak hidup pedalaman dan mereka mula terbabit

    dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke

    semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah atau

    tamadun merupakan hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk

    mengeksploitasi sumber alam yang ada di sekitarnya. Tujuannya adalah

    untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta

    menyebarluaskan faktor kebaikan dan kebahagiaan dalam kalangan

    manusia sejagat.

    Sebab Islam Hadhari diperkenalkan

    35

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    36/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Islam Hadhari diperkenalkan di Malaysia ketika dunia Islam dan

    umatnya telah dilabelkan oleh masyarakat antarabangsa sebagai

    masyarakat pengganas, huru-hara, miskin dan mundur. Sebahagian besar

    umat Islam sendiri gagal menjadikan diri mereka sebagai umat yangmaju, membangun dan bertamadun dari pandangan masyarakat dunia.

    Setelah sekian lama negara umat Islam dijajah oleh Barat, kebanyakan

    umat Islam masih melihat ketamadunan Islam dari sudut akidah dan

    ibadah semata-mata. Mereka lebih suka membahaskan perkara remeh-

    temeh yang akhirnya memecahbelahkan umat Islam itu sendiri. Sehingga

    kini, tiada sebuah negara Islam pun di dunia ini yang mampu

    membuktikan bahawa umat Islam ialah umat yang terbaik dan umat

    contoh. Antara faktor yang yang menjadi penyebab kepada kelakuan dan

    kelesuan umat Islam yang amat berbeza daripada sifat umat Islam

    semasa zaman kegemilangan Islam pada masa dahulu adalah seperti

    berikut :

    a) Ketaksuban dan kebelengguan gerakan pemikiran dan ijtihad dalam

    kalangan alim ulama.

    b) Perluasan pemikiran khurafat yang menyebabkan umat Islam menjadi

    rendah diri dan mudah menyerah kalah. Faktor ini juga menyebabkan

    penyebaran fahaman yang menyimpang daripada ajaran sebenar

    Islam.

    c) Kegagalan menghayati dan melaksanakan panduan al-Quran berkaitan

    dengan pembinaan tamadun dan tidak mendapat petunjuk daripada

    rahsia hakiki kegemilangan tamadun Islam masa lalu.

    d) Kecetekan dan kedangkalan umat Islam terhadap petunjuk al-Quran

    untuk memahami hakikat alam, manusia dan kehidupan yang

    menyebabkan mereka gagal memakmurkan dunia ini.

    Walaupun Islam Hadhari menjurus pada pengamalan cara hidup Islam

    secara menyeluruh, namun ini tidak bermakna kepentingan rakyat

    Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diabaikan sama

    36

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    37/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    sekali. Oleh itu, konsep Islam hadhari amat relevan dan sesuai

    dipraktikkan di negara ini.

    Pemikiran Melayu Baru

    Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, kita telah meneliti

    perkembangan budaya fikir melayu dan fahaman-fahaman yang telah

    terbentuk dalam akhir abad ini. Penelitian ini adalah penting kerana

    evolusi pemikiran melayu semasa ada kaitannya dengan pergolakan yang

    wujud jauh dalam sejarah sosio intelektual melayu. Bahkan boleh

    dikatakan bahawa bentuk-bentuk pemikiran yang wujud kini adalah

    manifestasi dan kesan daripada pergolakan masa-masa yang baru berlalu.

    Kerangka pemikiran melayu telah mengalami proses pembaratan melalui

    pendedahan kepada konsep sains dan falsafah moden semenjak zaman

    kolonial dan berterusan sehingga negara mencapai kemerdekaan. Proses

    pembudayaan tersebut bertambah giat lagi dalam program pendidikan

    pasca-merdeka. Program tersebut telah berjaya melahirkan satu

    masyarakat melayu yang mempunyai budaya fikir sains. Di kalangan

    mereka ini wujud keadaan di mana konsep sains dan kosmologi sekular

    moden seolah-olah telah menggantikan kerangka idea dan kosmologi

    tradisional. Nilai-nilai asas, estetik, sosial dan juga kepercayaan melayu

    lama digantikan dengan kosmologi dan semiotik sains moden. Dari

    kelompok ini juga timbul satu fahaman baru yang kini lebih dikenali

    sebagai Mahathirisme. Satu fahaman yang menjadi subur di kalangan

    orang melayu kelas menengah dan atasan pada tahun-tahun 80-an dan

    90-an.

    Walaupun kita cenderung untuk membahagikan minda melayu

    sebagai berpaksi kepada dua pola pemikiran yang ekstrem iaitu rasionalis

    dan tradisionalis. Mereka yang tergolong dalam kelompok rasionalis,

    biasanya mereka adalah daripada kalangan kelompok kelas menengah

    dan atasan, berpendidikan moden ala barat. Manakala mereka yang

    terdiri daripada kelompok tradisionalis ialah daripada kalangan kelas

    37

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    38/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    buruh, petani dan nelayan atau berpendidikan tradisional. Pendidikan

    rasionalis dicirikan oleh objektiviti, sekularisme, empirisme dan

    materialisme. Pemikran rasionalis cenderung kepada pemikiran saintifik,

    kualitatif dan logik tertib Aristotelian. Manakala pemikiran tradisionalcenderung kepada pemikiran magis, metafizis dan logik bebas tertib yang

    kabur. Namun begitu, kita telah perhatikan bahawa gambaran sebenarnya

    tidaklah semudah yang disangkakan. Kita dapati paradoks dan

    kontradikasi dalam sejarah perkembangan pemikiran melayu. Misalnya, di

    kalangan mereka yang kononnya mewakili kelompok rasionalis masih lagi

    berleluasa kepercayaan terhadap ilmu mistik dan sihir. Kita dapati tokoh-

    tokoh politik, terutamanya, walaupun yang berpendidikan barat, bermain

    sihir. Kita hairan sekiranya ilmu mistik dan sihir berleluasa di kalangan

    kelompok tradisionalis. Sebaliknya yang kita dapati ialah sering sekali

    mereka yang berada dalam kelompok tradisionalis berkhidmat dan

    mendokong cita-cita keduniaan material mereka dari fahaman kelompok

    tradisionalis. Oleh demikan, terdapat bermacam interaksi atau kekaburan

    antara dua alam fikir yang dianggap sebagai terpisah, dalam konteks

    yang agak aneh. Senario yang kompleks ini terserlah pada tahun-tahun

    1970-an dengan kebangkitan fahaman Islam rasionalis di kalangan

    pemuda terpelajar melayu dan penubuhan badan ilmiah seperti Akademi

    Sains Islam (ASASI). Antara manifestasi tersebut ialah dalam bentuk

    ilmiah dan usaha islamisasi ilmu sains oleh para profesional melayu

    berpendidikan barat dan sekular. Hal tersebut jelas merupakan paradoks

    dalam sejarah budaya fikir melayu. Namun begitu, terdapat beberapa

    fahaman moden yang timbul dalam kelompok rasionalis seperti

    Mahathirisme lebih mudah difahami. Mahathirisme, misalnya telah

    mewujudkan keadaan di mana penyuburan pemikiran digital dan orang

    turing melayu suatu kemungkinan yang amat mudah diwujudkan.

    Kontrakdiksi dalam budaya fikir melayu yang digambarkan di atas tidak

    menjadi masalah besar dalam konteks kerangka fahaman moden seperti

    Mahathirisme. Bahkan penyuburan kontrakdiksi seperti itu dapat dicapai

    dengan efisien dalam alam fikir maya yang berteraskan konsep

    digitalisasi. Dalam alam maya dunia mistik dan khayalan dengan dunia

    38

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    39/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    objektiviti, empiris dan fizis sains seolah-olah wujud secara harmoni dalam

    dunia alam maya dan digital perkomputeran.

    Dalam alam maya dan dunia digital perkomputeran, Mahathirismemendapati kerangka fikir yang amat serasi, bahkan mampu mengukuhkan

    teras ideologi dan fahamannya. Kerana itulah migrasi kepada pemikiran

    digital boleh dianggap satu langkah yang hampir mesti. Ditambah pula

    dengan faktor luaran yang berkebetulan pula menjadikan pemikiran

    digital dam komputesi sebagai arus perdana dunia semasa. Ditambah

    pula juga dengan manifestasi teknologi dan material dengan bantuan

    pengiklanan hype yang agresif mempromosikan teknologi digital dan

    perkomputeran sebagai teknologi dan wahana kemajuan alaf baru berjaya

    menambat hati sebahagian besar orang melayu. Selain itu, pembudayaan

    teknologi maklumat (IT) juga telah meluaskan teknologi perkomputeran

    dengan penggunaan komputer di kalangan orang awam. Pembudayaan IT

    bukan semata-mata terlaksana dengan sektor-sektor awam seperti

    pendidikan, kesihatan, perniagaan dan media massa yang beroperasi

    berteraskan teknologi perkomputeran. Pembudayaan IT juga bererti

    bahawa idea pembangunan iaitu satu konsep moden yang diterima oleh

    orang melayu, amnya serta objektif kesejahteraan sekelompok mungkin

    tercapai dalam lingkungan waktu tertentu melalui meditasi Technology

    Mapping (TM). Budaya fikir individu dan masyarakat semasa harus

    diselaraskan dengan pemikiran TM. Pembudayaan TM bererti komputer

    digunakan secara meluas dan maksimum oleh setiap peringkat orang

    awam bagi tujuan insaniah. Sektor awam menggunakan TM bagi tujuan

    peningkatan khidmat dan kecekapan untuk rakyat terbawah dan terbiar.

    Tidak ada budaya fikir yang tidak mengalami perubahan sama ada akibat

    daripada proses dalaman atau pengaruh dari luar. Budaya melayu tidak

    terkecuali daripada proses dan pengaruh tersebut terutamanya yang

    dicetuskan oleh idea-idea baru dan inovasi teknologi terkini.

    Politik Melayu Baru

    39

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    40/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Dari sudut politik adalah diakui bahawa penjajah telah membawa

    unsur demokrasi dengan memperkenalkan sistem pilihan raya barat dan

    persaingan bebas. Pelbagai alat politik moden diperkenalkan kepada

    penduduk tempatan. Kerajaan British telah memperkenalkan institusipilihan raya moden dengan pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur pada

    1952 serta pilihan raya persekutuan pada 1955. Dewan perundangan

    secara moden juga telah diperkenalkan oleh kerajaan British di samping

    proses dan pentadbirannya. Demikian juga dalam bidang perundangan,

    pentadbiran awam dan pendidikan. Kontruksi di sini tidak terbatas dari

    sudut sosial semata-mata tetapi juga di dalam ruang politik dan undang-

    undang.

    Namun pada masa yang sama dasar pecah dan perintah ini telah

    merenggangkan hubungan antara kaum yang berbeza yang kemudiannya

    memberi kesan kepada perkembangan politik tanah air. Kini masyarakat

    tradisinal juga telah mengalami percampuran idea dan budaya,

    khususnya di dalam politik. Kesetiaan kepada autoriti tradisional masih

    wujud namun dalam masa yang sama menerima kemasukan idea dan

    amalan politik moden. Nilai-nilai tradisional tidak pupus sepenuhnya

    secara serentak. Dalam kata lain, ia berada di dalam satu tahap transisi

    dari sifat tradisi kepada suatu bentuk yang baru. Pendidikan moden sudah

    diperkenalkan, namun sebenarnya masih belum menyeluruh. Masyarakat

    telah diperkenalkan dengan pendidikan asas, namun bilangan yang

    ketinggalan tidak sedikit jumlahnya. Pendidikan tradisi yang sudah sebati

    selalunya berorientasikan keagamaan masih kekal di dalam fikiran. Sejak

    sebelum merdeka media sudah mula berkembang dengan penerbitan

    beberapa akhbar tempatan, namun pengedarannya masih terbatas dan

    bilangan pembaca juga tergolong kepada golongan inteligensia di bandar.

    Mobilisasi dan migrasi baru bermula tatapi pada kadar yang sangat

    perlahan.

    Di dalam keadaan serba kekurangan ini, sistem politik demokrasi

    yang kompetitif cuba diamalkan secara menyeluruh. Masyarakat baru ini

    40

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    41/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    terlalu terpengaruh dengan cara pemerintahan bekas penjajahnya. Pilihan

    raya bebas telah diadakan. Persaingan dibenarkan dan kempen serta

    manipulasi isu juga tidak dihalang. Media memainkan banyak peranan di

    dalam melaksanakan demokrasi ini dengan menyiarkan berita tanpatapisan. Dengan keadaan perbezaan kaum yang ketara, maka media

    dengan topeng demokrasi dan hak bersuara tidak dapat disekat dari

    memanipulasikan isu yang berbau perkauman. Dengan itu, sentimen

    perkauman menjadi lebih hangat. Pertembungan ini tidak menghasilkan

    percampuran yang baik. Sesuatu yang sesuai bagi masyarakat moden

    yang bersifat organik dilaksanakan kepada masyarakat tradisional atau

    belum penuh matang. Bagaimanapun masyarakat ini tidak menolak

    secara sepenuhnya sistem politik moden ini, sebaliknya cuba

    mengamalkannya dengan kapasiti dan latar belakang yang ada. Maka

    terjadilah suatu bentuk persaingan yang tidak sepenuhnya demokrasi dan

    tidak juga sepenuhnya tradisional.

    Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Baru

    Bahasa adalah alat yang digunakan oleh anggota masyarakat

    sebagai saluran untuk menyatakan fikiran dan perasaan. Selagi

    masyarakat itu berkembang, maka bahasa turut berkembang. Selain itu,

    bahasa juga suatu simbol yang berfungsi sebagai wahana perhubungan.

    Ia membolehkan dan melicinkan pemindahan maklumat, pertukaran

    makna serta interaksi sosial antara pelaku-pelaku berkenaan. Bahasa

    melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.

    Cabaran Teknologi Maklumat (IT) Terhadap Bahasa

    41

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    42/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Teknologi maklumat dengan segala macam ragam dan perkakasan

    penyebar maklumatnya memudahkan kita memperoleh, menyebar luas

    malah menguruskan maklumat dengan canggih. Ruang kehidupan kita

    tidak lagi terbatas kepada ruang tradisional iaitu berhubung secarabersemuka saja malah sudah dikuasai oleh ruang penumpuan maklumat

    yang dinamakan siber ruang. Ada kemungkinan tidak lama lagi kertas

    yang digunakan tidak lagi berfungsi kerana masyarakat kita sedang

    menuju kepada masyarakat tanpa kertas. Ada kemungkinan masyarakat

    kita menjadi semakin digital.

    Di pejabat, sudah ada rangkaian komputer yang digunakan kerajaan

    dalam usaha memaklumatkan seluruh sektor kerajaan. Jelaslah kerajaan

    sedang menuju ke arah kerajaan elektronik. Dalam dunia korporat

    demikian juga. Hal yang terjadi ialah revolusi yang cukup drastik dalam

    semua aspek dunia korporat, misalnya dunia pengurusan yang memasuki

    ruang korporat digital dan maya (virtual). Dalam bidang pemasaran, kita

    sudah membicarakan malah mungkin menerapkan siber pemasaran dan

    mulai difikirkan mengenai adanya jenayah siber yang memungkinkan

    digubal undang-undang siber.

    Dunia elektronik di tanah air kita sudah mulai dimasuki konsep logik

    fuzi (fuzzy logic). Begitulah hampir semua aspek kehidupan mulai

    diterkam oleh teknologi maklumat. Pendek kata, berbekalkan teknologi

    maklumat dengan segala macam ragamnya, kita sedang memasuki ruang

    kehidupan yang dinamakan ruang kehidupan maya (virtual life).

    Kehadiran ruang kehidupan maya berkat munculnya teknologi

    maklumat mempunyai kesan terhadap pengembangan dan pembinaan

    bahasa Melayu. Tegasnya bahasa Melayu diterjah oleh kehadiran

    teknologi maklumat secara drastik. Kesannya dapat dilihat terhadap

    beberapa aspek pengembangan dan pembinaan bahasa Melayu.

    42

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    43/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Pembinaan korpus bahasa Melayu harus menjadi bahagian malah

    seiring dengan perkembangan teknologi maklumat mutakhir. Dengan

    teknologi maklumat, bahasa Melayu tidak lagi boleh dilihat secara

    konvensional. Tegasnya IT mencabar kita melihat bahasa Melayu dalamkonteks lebih proaktif dan inovatif.

    Pengembangan istilah bahasa Melayu sekali gus bergerak sejajar

    dengan epistemologi pengembangan teori dan pengembangan bahasa

    Melayu. Lebih penting bahasa Melayu mulai terdedah kepada dunia

    proses pengantarabangsaan supaya mencapai tahap bahasa

    antarabangsa.

    Penubuhan Majlis Antarabangsa Pengembangan Bahasa Melayu

    (MAPBM) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini cukup signifikan

    untuk mengangkat martabat bahasa Melayu ke tahap bahasa

    antarabangsa. MAPBM akan dikendalikan oleh sebuah sekretariat tetap di

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan pengerusi tetapnya iaitu A. Aziz

    Deraman yang juga Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

    MAPBM akan memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat

    mutakhir untuk mendedahkannya ke arena antarabangsa. Pada pihak lain,

    DBP cukup terpanggil dengan perkembangan teknologi maklumat dalam

    erti kata bahawa DBP sudah ada lamannya (homepej) tersendiri yang

    membawa DBP berada di Internet. Usaha pengkomputeran, kehadiran

    halaman DBP dan Internet terhasil berkat kerjasama Jabatan Bahasa,

    Bahagian Komputer dan Pusat Dokumentasi Melayu.

    Penyediaan halaman DBP bertujuan:

    Memperkenal organisasi DBP, kegiatan serta peranannya

    kepada

    masyarakat setempat, serantau dan antarabangsa.

    Menyebar luas maklumat kebahasaan dan sastera Melayu.

    43

  • 8/8/2019 18766196 Melayu Lama Melayu BaruSatu Analisis[1]

    44/171

    MELAYU BARU MELAYU LAMA

    Mempromosi penerbitan DBP, menggalakkan pembacaan di

    kalangan masyarakat Malaysia khasnya dan masyarakat

    penuturdan pengkaji bahasa dan budaya Melayu amnya.

    Menyediakan perkhidmatan PDM dalam talian untuk keahlian

    dan

    untuk mengakses koleksi PDM.

    Menyebarkan maklumat kegiatan penyelidikan dalam bidang

    bahasa dan sastera Melayu.

    Saluran Internet bukan saja dapat memperkenalkan DBP ke

    peringkat antarabangsa malah menjadi alternatif kepada pemasaran

    penerbitan untuk