16
199 [12] Pensijilan Halal Dalam Kalangan Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Di Semenanjung Malaysia: Isu Dan Permasalahan Saadan Man & Muhammad Safwan Harun Pengenalan Pasaran halal global mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan selari dengan pertambahan populasi umat Islam dunia. Faktor kesedaran terhadap konsep halal sebagai penanda aras keselamatan pada produk makanan dan produk gunaan menyumbang kepada peningkatan permintaan produk halal. Situasi ini juga disebabkan konsep halal yang tidak hanya tertumpu dan dibatasi oleh faktor agama bahkan ianya bersifat komprehensif dan universal. 1 Melalui Pelan Induk Perindustrian II (PIP 2), 1966-2005, halal mula dilihat akan kepentingannya seterusnya diberi penekanan dan tumpuan terhadapnya dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010. 2 Populasi masyarakat Muslim dunia pada tahun 2015 mewakili 23.2% daripada populasi global. 3 Menurut laporan New Strait Times, perbelanjaan pengguna Islam di peringkat global dalam sektor makanan dan gaya hidup meningkat 9.5% daripada anggaran tahun sebelumnya kepada AS$2 trilion (RM8.3 trilion) pada tahun 2013. Menjelang tahun 2019, perbelanjaan ini dijangka mencecah AS$3.7 trilion dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 10.8%. 4 Sektor pelancongan dalam pasaran global Muslim turut mencatatkan AS$142 billion pada tahun 2014, dan ianya 1 Mohd al-Ikhsan Ghazali dan Siti Salwa Md. Sawari, “Amalan Standard Halal Di Negara-Negara Asia Tenggara,” UMRAN 1, no.1 (2014), 36. 2 Nor Aini Hj Idris dan Mohd Ali Mohd Nor, “Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks” (makalah, Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII, Johor Bharu, 7-9 Jun 2013), 1246. 3 Spire Research and Consulting, “The Global Halal Food Market Riding A Wave Of Growth,” SpirE--Journal, (2015), 2. 4 Amir Hisyam Rasid, “Global Halal Market Growing Bigger,” laman sesawang New Straits Times Online, dicapai pada 19 Jun 2016, http://www.nst.com.my/news /2016/02/127261/global-halal-market-growing-bigger.

[12] Pensijilan Halal Dalam Kalangan Usahawan Perusahaan ... · (makalah, Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII, Johor Bharu, 7-9 Jun 2013), 1246. ... Kajian ini

Embed Size (px)

Citation preview

199

[12]

Pensijilan Halal Dalam Kalangan Usahawan Perusahaan Kecil

Dan Sederhana (PKS) Di Semenanjung Malaysia:

Isu Dan Permasalahan

Saadan Man & Muhammad Safwan Harun

Pengenalan

Pasaran halal global mencatatkan pertumbuhan yang

memberangsangkan selari dengan pertambahan populasi umat

Islam dunia. Faktor kesedaran terhadap konsep halal sebagai

penanda aras keselamatan pada produk makanan dan produk

gunaan menyumbang kepada peningkatan permintaan produk

halal. Situasi ini juga disebabkan konsep halal yang tidak hanya

tertumpu dan dibatasi oleh faktor agama bahkan ianya bersifat

komprehensif dan universal.1 Melalui Pelan Induk Perindustrian II

(PIP 2), 1966-2005, halal mula dilihat akan kepentingannya

seterusnya diberi penekanan dan tumpuan terhadapnya dalam

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010.2

Populasi masyarakat Muslim dunia pada tahun 2015

mewakili 23.2% daripada populasi global.3 Menurut laporan New

Strait Times, perbelanjaan pengguna Islam di peringkat global dalam

sektor makanan dan gaya hidup meningkat 9.5% daripada anggaran

tahun sebelumnya kepada AS$2 trilion (RM8.3 trilion) pada tahun

2013. Menjelang tahun 2019, perbelanjaan ini dijangka mencecah

AS$3.7 trilion dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul

sebanyak 10.8%.4 Sektor pelancongan dalam pasaran global Muslim

turut mencatatkan AS$142 billion pada tahun 2014, dan ianya

1 Mohd al-Ikhsan Ghazali dan Siti Salwa Md. Sawari, “Amalan Standard Halal Di

Negara-Negara Asia Tenggara,” UMRAN 1, no.1 (2014), 36. 2 Nor Aini Hj Idris dan Mohd Ali Mohd Nor, “Analisis Keprihatinan Pengguna

Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks”

(makalah, Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII, Johor

Bharu, 7-9 Jun 2013), 1246. 3 Spire Research and Consulting, “The Global Halal Food Market Riding A Wave

Of Growth,” SpirE--Journal, (2015), 2. 4 Amir Hisyam Rasid, “Global Halal Market Growing Bigger,” laman sesawang

New Straits Times Online, dicapai pada 19 Jun 2016, http://www.nst.com.my/news

/2016/02/127261/global-halal-market-growing-bigger.

200

dijangka meningkat kepada AS$233 billion menjelang 2020.5

Sementara itu, nilai pasaran global produk halal mencecah AS$2.77

trilion setahun pada masa kini dimana Malaysia mencatatkan nilai

eksport produk halal mencecah RM3.77 bilion.6

Bagi meningkatkan nilai eksport produk halal, Malaysia

telah mengambil beberapa inisiatif untuk membuka platform baru

bagi pasaran produk halal yang dikeluarkan oleh pengusaha

tempatan. Satu kerjasama akan dijalankan bersama negara-negara

Trans-Pacific Partnership (TPP) termasuk Australia, New Zealand,

United State dan Canada bagi memperluaskan pasaran halal produk

tempatan.7 Selain itu, Matrade bersama Brahim Holdings BHD dan

Nippon Express telah menganjurkan satu seminar berkaitan sukan

Olimpik tahun 2020 serta memberi pendedahan terhadap peluang

yang boleh dimanfaatkan oleh pengeluar produk-produk halal

Malaysia sempena temasya berprestij tersebut.8

Walaubagaimanapun, kesedaran dan usaha daripada

pengusaha industri untuk menghasilkan produk halal perlu

dipergiatkan. Pertumbuhan yang tidak seimbang dimana

peningkatan mendadak dari aspek nilai pasaran halal sebaliknya

pertumbuhan yang tidak memberangsangkan dari aspek jumlah

pengeluar produk halal akan memberi implikasi negatif terhadap

permintaan produk halal dalam pasaran halal dunia.

Dalam konteks Malaysia, Perusahaan Kecil dan Sederhana

(PKS) adalah antara industri yang berperanan penting dalam

penghasilan produk makanan dan gunaan. Hal ini kerana, industri

ini merupakan industri yang terbesar berbanding industri lain dari

segi jumlahnya di Malaysia. Kira-kira 97% daripada syarikat

perniagaan di negara ini terdiri daripada Industiri Kecil dan

5 Khaleej Times, “Global Halal Food Sector Expected To Grow 5.8% By Year,”

laman sesawang Exhibition Website by ASP, dicapai 19 Jun 2016,

http://www.gulfood.com/Content/Global-halal-food-sector-expected-to-grow-58-

by-2020. 6 Administrator, “Dunia Perlukan Produk Halal Malaysia,” laman sesawang mStar,

dicapai 20 Jun 2016, http://www.mstar.com.my/niaga/2015/11/25/dunia-perlu-

produk-halal-msia/. 7 BERNAMA, “M'sia to promote Halal products to TPP countries,” laman sesawang

New Straits Times Online, dicapai 19 Jun 2016, http://www.nst.com.my/news/2016/

02/125397/ msia-promote-halal-products-tpp-countries. 8 Administrator, “Dunia Perlukan Produk Halal Malaysia.”

201

Sederhana.9 Pada tahun 2013, bajet tahunan telah memperuntukkan

sejumlah dana bernilai RM200 juta bagi membiayai modal kerja

industri ini dalam membangunkan produk halal berimpak tinggi.10

Di samping itu, bajet 2016 turut memperuntukkan dana berjumlah

RM100 juta untuk menaiktaraf standart dan kualiti produk halal

keluaran PKS sekalipun ekonomi dunia tidak stabil.11 Namun begitu,

terdapat sebilangan besar daripada pengusaha di sektor ini yang

tidak menjalankan operasi dengan mendapatkan pensijilan halal.

Situasi ini dilihat sebagai penghalang hasrat Malaysia untuk

mencapai status negara hab halal dunia.12 Pensijilan halal dalam

sektor ini juga turut didominasi oleh kaum bukan bumiputra

berbanding bumiputra dengan nisbah 70:30.13 Kesedaran yang

rendah dan sikap memandang enteng pensijilan halal merupakan

penyumbang utama terhadap rendahnya jumlah pemegang sijil

halal dalam kalangan bumiputra. Oleh itu, kajian ini akan

membincangkan isu dalaman dan luaran yang menjadi penyumbang

kepada permasalahan pensijilan halal dalam kalangan pengusaha

PKS.

Metodologi Kajian

Kajian ini mengaplikasi 2 metode pengumpulan data iaitu kaedah

kepustakaan dan kaedah temubual semi-struktur. Data-data yang

diperolehi daripada kaedah kepustakaan kebanyakannya berbentuk

teori seperti pengurusan pensijilan halal, statistik lepas dan

sebagainya. Data ini juga akan digunakan untuk menyokong

9 Administrator, “PKS Menjana Ekonomi Negara,” laman sesawang Merdeka Online,

dicapai pada 20 Jun 2016, http://merdeka-online.com/home/pks-menjana-

ekonomi-negara/. 10 Chew Chee, “Bajet 2013: Pelaburan Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi Negara,”

laman sesawang Ekspresi11, dicapai 20 Jun 2016, https://ekspresi11.wordpress.

com/2012/12/09/bajet-2013-pelaburan-pemangkin-pertumbuhan-ekonomi-negara/. 11 Michael Kang, “A slice of the halal cake,” laman sesawang The Star Online, dicapai

20 Jun 2016, http://www.thestar.com.my/metro/smebiz/columns/2016/05/09/a-

slice-of-the-halal-cake/. 12 Ahmad Hidayat Buang dan Zulzaidi Mahmod, Isu dan Cabaran Pensijilan Halal

Di Malaysia, Jurnal Syariah 20, no. 3 (2012), 272. 13 Ram al-Jaffri Saad, “Usahawan IKS bumiputera jangan ketinggalan,” laman

sesawang Utusan Online, dicapai 21 Jun 2016, http://ww1.utusan.com.my/utusa

n/Renc ana/20140411/re_06/Usahawan-IKS-bumiputera-jangan-ketinggalan.

202

dapatan daripada kaedah temubual yang dijalankan di seluruh

semenanjung Malaysia. Temubual dalam kajian ini melibatkan dua

pihak iaitu pihak autoriti dalam pengurusan pensijilan halal dan

pihak pengusaha bumiputra PKS. Kesemua Jabatan Agama Islam

Negeri, Bahagian atau Unit Pengurusan Halal di Semenanjung

Malaysia ditemubual bagi mengenalpasti permasalahan pensijilan

halal dalam kalangan pengusaha PKS. Bagi melihat realiti

permasalahan tersebut, temubual turut dijalankan ke atas beberapa

responden pengusaha bumiputra PKS di setiap negeri di

Semenanjung Malaysia. Data-data yang diperoleh daripada kaedah

ini akan dianalisis menggunakan metode deskriptif dan analisis

kandungan.

Pensijilan Halal Malaysia Dalam Perusahaan Pks

Pensijilan halal Malaysia atau Sijil Pengesahan Halal Malaysia ialah

satu dokumen rasmi menyatakan status halal bagi sesuatu produk

atau perkhidmatan berdasarkan skim Pensijilan Halal Malaysia14

oleh pihak berkuasa dalam urusan ini seperti JAKIM dan JAIN. Dua

badan ini diiktiraf oleh kerajaan dan merupakan badan tunggal

dalam pengurusan pensijilan halal Malaysia.15 Sehingga tanggal 1

Jun 2016, JAKIM telah mengiktiraf sebanyak 54 badan pensijilan

seluruh dunia yang melibatkan 32 buah negara serta 4 institusi rasmi

14 Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, ed.ke-3, (Putrajaya: Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia, 2014), 14. Manual Prosedure Pensijilan Halal Malaysia (semakan

Ketiga) 2014 dibina bertujuan menyelaraskan beberapa peruntukan. Pertama,

ianya diselaraskan dengan Garis Panduan Sistem Jaminan Halal Malaysia 2011

(HAS 2011) dimana penguatkuasaannya bermula pada tahun 2014. Kedua,

penyelarasan terhadap takrifan baru PKS yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui

SME Corp. 15 Marliana Abdullah et.al., “Isu dan Cabaran Pensijilan Halal: Satu Kajian

Perbandingan Antara Malaysia dan Thailand” (makalah, World Academic and

Research Congress, Ar-Rahim Hall, YARSI University, Jakarta, Indonesia, 9th –

10th December 2015), 94. Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan

Halal) 2011 hanya memperuntukkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

dan Majlis Agama Islam bagi Negeri-Negeri (MAIN) masing-masing dilantik

menjadi pihak berkuasa berwibawa untuk memperaku bahawa mana-mana

makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan

atau barang-barang itu adalah halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif

Halal) 2011. Sila lihat http://www.halal.gov.my/v4/index.php/my/garis-

panduan/akta-perihal-dagangan.

203

di negara tersebut.16 Pengiktirafan tersebut dibuat atas dasar

menepati garis panduan pensijilan halal JAKIM. Menurut Manual

Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, terdapat 7 skim pensijilan yang

ditawarkan iaitu:17(i) Produk Makanan/ Minuman/ Makanan

Suplemen, (ii) Premis Makanan/ Hotel, (ii) Barang Gunaan, (iv)

Kosmetik dan Dandanan Diri, (v) Rumah Sembelihan, (vi)

Farmaseutikal, dan (vii) Logistik.

Malaysia merupakan antara negara yang membangunkan

pensijilan halal melalui agensi kerajaan dengan melantik JAKIM dan

JAIN secara rasmi. Begitu juga Thailand, pengurusan halalnya

diuruskan oleh 3 institusi rasmi iaitu Central Islamic Council of

Thailand (CICOT), The Halal Standard Institute of Thailand dan

Halal Science dan Chulalongkorn University, Bangkok.18 Berbanding

negara lain seperti Amerika Syarikat, sistem pensijilan halal di

negara ini dibangunkan oleh individu atau kerajaan negeri dan

disokong oleh pertubuhan bukan kerajaan.19 Hal ini menunjukkan

kesungguhan pihak kerajaan Malaysia untuk merealisasikan agenda

negara sebagai hab halal dunia serta meningkatkan keyakinan

pengguna terhadap sijil halal JAKIM.

Bagi merealisasikan impian Malaysia sebagai negara hab

halal dunia, usahawan PKS memainkan peranan penting

memandangkan negara didominasi oleh industri ini. Sektor ini

berpotensi besar dalam menjana ekonomi negara. Pensijilan halal

dilihat sebagai salah satu instrumen yang baik dalam

mempromosikan produk keluaran PKS. Sesuai dengan peranannya,

sijil halal yang diperolehi oleh usahawan sektor ini dapat

dimanfaatkan sebagai commercial tool.20 Istilah PKS merujuk kepada

takrifan yang dipersetujui kerajaan melalui SME Corp. Satu takrifan

16 JAKIM, “The Recognised Foreign Halal Certification Bodies & Authorities”

(laporan, Halal Hub Division, 1 of June 2016), 24. 17 Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, ed.ke-3, 15. 18 Marliana Abdullah et.al., “Isu dan Cabaran Pensijilan Halal, 95. 19 Ilyia Nur Ab Rahman dan Suhaimi Ab. Rahman, “Polisi Pensijilan Halal Bagi

Industri Restoran Di Malaysia,” dalam Pengurusan Produk Halal di Malaysia, ed.

Suhaimi Ab. Rahman dan Jafri Abdullah (Serdang: Universiti Putra Malaysia,

2011), 119. 20 Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Inisiatif dan

Impak Pelaksanaan Fokus Group Pengurusan Pensijilan Halal, (Putrajaya: Jabatan

Perdana Menteri, 2012), 25.

204

baru telah diperkenalkan hasil mesyuarat Majlis Pembangunan PKS

Kebangsaan (MPPK) ke-14, tahun 2013 dan ianya digunakan secara

seragam oleh semua Kementerian dan agensi, institusi kewangan

dan pengawal selia yang terlibat dalam program pembangunan PKS.

Pentakrifan semula dilakukan atas beberapa faktor antaranya inflasi

harga, perubahan struktur ekonomi dan perubahan trend

perniagaan sejak tahun 2005.21 Jadual 1.1 menjelaskan takrifan

mengikut kategori Mikro, Kecil dan Sederhana.

Kategori Mikro Kecil Sederhana

Pembuatan Jualan

tahunan:

< RM300,000

ATAU

Pekerja: < 5

orang

Jualan

tahunan:

RM300,000 <

RM15juta

ATAU

Pekerja: 5 <

75 orang

Jualan

tahunan:

RM15juta ≤

RM50juta

ATAU

Pekerja: 75 ≤

200 orang

Perkhidmatan Jualan

tahunan:

< RM300,000

ATAU

Pekerja: < 5

orang

Jualan

tahunan:

RM300,000 <

RM3juta

ATAU

Pekerja: 5 <

30 orang

Jualan

tahunan:

RM3juta ≤

RM20juta

ATAU

Pekerja: 30 ≤

75 orang

Sumber: SME Corp

Merujuk kepada jadual 1.1, kategori perusahaan kecil dan

perusahaan sederhana mempunyai karakteristik berbeza dimana

jualan tahunan dan bilangan pekerja dengan menggunakan asas

“atau” sebagai takrifan. Namun dalam kajian ini, istilah PKS

merujuk kepada industri-industri kecil di semenanjung Malaysia.

Berdasarkan MPPHM 2014, setiap skim pensijilan halal

JAKIM ditawarkan kepada semua jenis ketegori industri samada

Multinasional, Sederhana, Kecil dan Mikro. Dari aspek rujukan,

umpamanya skim pensijilan halal bagi produk makanan dan

21 SME Corp. Malaysia, “Guideline For New SME Defination” (garis panduan,

Economics And Policy Planning Division, Oktober 2013), 1.

205

minuman kesemua industri hendaklah merujuk dan mematuhi

MS1500: 2009, Akta Makanan 1983 dan fatwa-fatwa berkaitan.

Sebaliknya, setiap industri mempunyai tanggungjawab pengurusan

berbeza untuk mendapat kelulusan pensijilan halal JAKIM. Bagi

kategori PKS, pengurusan hendaklah mematuhi syarat-syarat

berikut:22

Bil. Jawatan Kriteria

1 Melantik

seorang

Penyelia

Muslim

Hendaklah berjawatan tetap,

warganegara

Malaysia, dan bertugas sepanjang

masa di bahagian

pengendalian/ pemprosesan.

2 Melantik

minima seorang

pekerja Muslim

Hendaklah berjawatan tetap dan

bertugas sepanjang

masa di bahagian pengendalian/

pemprosesan.

Dari aspek yuran yang dikenakan bagi tujuan pemprosesan

permohonan pensijilan halal, ianya juga tidak sama antara setiap

skim pensijilan dan kategori industri. Dalam konteks PKS, yuran

bagi skim produk, logistik dan khidmat pengilangan adalah RM400

setahun. Sementara bagi skim premis makanan dan rumah sembelih,

yuran sebanyak RM100 dikenakan setiap tahun.23

Seperti dibincangkan sebelum ini, peratusan pemegang

pensijilan halal yang rendah dicatatkan oleh pengusaha bumiputra

dalam industri ini. Usahawan dari kalangan bukan bumiputra

sebaliknya mengambil peluang untuk memperolehi sijil halal JAKIM

bagi meluaskan pasaran produk mereka kepada pengguna dari

kalangan Muslim.24 Pengkaji tidak menolak kemungkinan jumlah

pengusaha bukan bumiputra dalam industri ini menjadi salah satu

22 Diubahsuai daripada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, ed.ke-3. Sila

lihat Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, ed.ke-3, 35. 23 Ibid., 68-69. 24 Norutul Ilham Mad Jari, “PKS Jangan Liat Mohon Sijil Halal”, laman sesawang

Sinar Online, dicapai 21 Jun 2016, http://www.sinarharian.com.my/nasional/pks-

jangan-liat-mohon-sijil-halal-1.344063.

206

faktor terhadap tingginya pemegang sijil halal dalam kalangan

pengusaha bukan bumiputra.25 Persoalannya ialah terdapat

sebilangan besar daripada perusahaan PKS yang diurus tadbir oleh

usahawan bumiputra masih tidak memohon dan mendapatkan

pensijilan halal JAKIM. Keadaan ini lebih jelas dilihat di negeri

Kelantan dimana majoriti pengusaha PKS di negeri tersebut

merupakan golongan bumiputra dan jumlah pemegang sijil halal

sehingga Februari 2016 hanyalah 109 berbanding 1051 syarikat

PKS.26 Justeru, perbincangan yang lebih mendalam terhadap

permasalahan pengusaha bumiputra dari sektor ini sehingga

membawa kepada peratusan yang rendah dalam pemilikan

pensijilan halal JAKIM perlu dilakukan.

Isu Dan Permasalahan Pensijilan Halal PKS

Isu dan permasalahan pensijilan halal telah banyak dibincangkan

oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini. Namun begitu, permasalahan

pensijilan halal melibatkan PKS masih tidak terdapat kajian khusus

tentangnya dijalankan. Berdasarkan data-data yang diperolehi,

terdapat dua corak permasalahan dimana menyentuh berkaitan isu

dan permasalahan dalaman PKS dan permasalahan yang bersifat

luaran.

Isu Dan Permasalahan Dalaman

a) Kurangnya Pengetahuan Dan Kesedaran Pengusaha

Kebanyakan pengusaha PKS bumiputra tidak mempunyai

pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan pensijilan halal

Malaysia. Lantaran itu, tidak timbul keinginan dalam bentuk usaha

yang gigih untuk memohon pensijilan halal. Keadaan ini berlaku

akibat tiada khidmat nasihat dan pendedahan secukupnya dari

mana-mana agensi pembimbing. Negeri Perak umpamanya,

pensijilan halal hanya dimohon oleh mereka yang mendapat

25 Najibah Abdul Mutalib (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, Unit

Proses, Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo Halal), dalam temubual dengan

penulis, 10 Jun 2016. 26 Nik Mohamad Zawawi Ibrahim (Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Halal,

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan), dalam temubual dengan penulis, 21

March 2016.

207

bimbingan secara langsung dari agensi yang terlibat dalam

pembangunan PKS seperti SME Corp, MARA, MARDI dan

sebagainya.27 Kesannya, 80% daripada 746 sijil halal yang diisukan

di negeri itu pemegangnya adalah terdiri daripada pengusaha bukan

bumiputra.28 Selain itu, majoriti pengusaha bumiputra menganggap

setiap produk yang dihasilkan mereka pastinya halal. Hal ini turut

menyumbang kepada sikap tidak ambil cakna akan kepentingan

pensijilan halal.29 Situasi ini lebih kritikal bilamana konsep halal

hanya difahami sekadar tidak wujud unsur khinzir dalam ramuan

bahan mentah yang diproses.

b) Tanggapan Dan Perspepsi Negatif Terhadap Pihak JAIN

Dan JAKIM

Tanggapan negatif usahawan bumiputra terhadap pengurusan

pihak JAIN dan JAKIM berlaku kerana beberapa faktor. Pertama,

sikap mudah percaya berita-berita palsu yang dibawa hasil

pengalaman permohonan usahawan lain.30 Oleh itu, timbul perasaan

ngeri dan ianya melunturkan semangat untuk cuba mengemukakan

permohonan pensijilan halal. Sedangkan majoriti usahawan yang

gagal dalam permohonan pensijilan halal adalah berpunca dari

pengetahuannya yang kurang dalam pengurusan dokumen. Perkara

yang sama turut dikatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa

Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO

dan Masyarakat Sivil, Dato’ Samsudin Abu Hassan dimana

kebanyakan pengusaha bumiputra tidak terdedah dengan keperluan

dokumen dalam pensijilan.31 Kedua, berlaku kelewatan dalam

menguruskan permohonan. Umpamanya, pihak pengurusan KY

27 Yusri Abdul Rani (Pegawai Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Perak),

dalam temubual dengan penulis, 11 March 2016. 28 Bernama, “Malay Entrepreneurs Lack Awareness On Importance Of Halal

Certification,” laman sesawang Berita Wilayah, dicapai 24 Jun 2016,

http://www.bernama.com/bernama/state_news/news.php?id=1243311&cat=nt. 29 Helmi Yusof (Pengurus Done Food Resources, Ketereh, Kelantan), dalam

temubual dengan penulis, 22 March 2016. 30 Noorhafizah Ibraim (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal,

Jabatan Agama Islam Melaka), dalam temubual dengan penulis, 9 March 2016. 31 Bernama, “Malay Entrepreneurs Lack Awareness

208

Food Industries Sdn. Bhd. telah membuat aduan kerana berlaku

kesukaran mendapatkan sijil halal.32

c) Kekurangan Sumber Modal

Kebanyakan pengusaha industri PKS akan memulakan perusahaan

mereka dengan modal sendiri. Kesukaran mendapatkan pinjaman

bank mendorong penggunaan modal sendiri yang terhad

jumlahnya. Oleh itu, majoriti usahawan bumiputra akan bermula

dengan perusahaan berskala mikro yang dijalankan di kawasan

rumah. Kemudian perusahaan ini akan dikembangkan oleh

pengusaha menjadi PKS.33 Di samping itu, kekangan modal dalam

kalangan pengusaha bumiputra turut mendorong kepada ketiadaan

premis yang bersesuaian dan memenuhi tuntutan pensijilan halal.

Terlalu banyak renovation premis perlu diusahakan untuk mendapat

kelulusan sijil halal dilihat sebagai faktor penghalang untuk

meneruskan usaha permohonan pensijilan.34 Bagi para usahawan,

adalah lebih baik segala keuntungan perusahaan digunakan untuk

membesarkan perusahaan daripada membaiki premis perusahaan

untuk tujuan pensijilan halal.35

Isu Dan Permasalahan Luaran

a) Tahap Kecekapan Pihak Pengurusan Pensijilan Halal

Dewasa ini, sebilangan besar dari kalangan umat Islam sering

mempersoalkan kredibiliti institusi agama. Perkara yang sama turut

melanda JAKIM (Bahagian Hab Halal) dan JAIN (Unit/Bahagian

32 Unit Pemodenan Tadbiran, Inisiatif dan Impak, 8. 33 Helmi Yusof (Pengurus Done Food Resources, Ketereh, Kelantan), dalam

temubual dengan penulis, 22 March 2016. 34 Asri Zakaria (Pengurus Haza Food Industries, Kota Bharu, Kelantan), dalam

temubual dengan penulis, 21 March 2016. Beliau telah memulakan perusahaan

secara kecil-kecilan di kawasan perumahan sejak tahun 2006. Kemudian beliau

telah menyewa sebuah premis dan mengemukakan permohonan pensijilan halal

pada 2008. Namun, atas faktor ketiadaan premis yang sempurna menepati

piawaian pensijilan dan dalam masa yang sama kekangan kewangan, akhirnya

beliau melupakan hasrat untuk meneruskan permohonan pensijilan halal

sehingga sekarang. 35 Zariah Ibrahim (Penolong Pengurus Rozeriya Enterprise, Kuala Krai, Kelantan),

dalam temubual dengan penulis, 22 March 2016.

209

Pengurusan Halal) yang bertanggungjawab menguruskan pensijilan

halal. Saranan demi saranan diberikan agar pihak JAKIM lebih

kompiten dalam pengurusan pensijilan halal.36 Dari aspek pemohon

dari kalangan PKS, terdapat aduan yang melibatkan kelewatan

kelulusan permohonan. Antara punca permasalahan ini adalah

kekurangan kakitangan di Unit Pengurusan Halal, JAIN di beberapa

buah negeri. Negeri Kedah umpamanya, hanya terdapat 6 orang

pegawai ditugaskan di bahagian pengurusan halal.37 Begitu juga di

beberapa buah negeri lain seperti di Perak dimana jumlah pegawai

di unit pengurusan halal di negeri tersebut hanyalah 6 orang.

Keadaan ini sudah tentu mampu mempengaruhi tahap kecekapan

pengurusan halal negeri-negeri terutamanya dari industri PKS.

Situasi ini dilihat tidak seimbang antara beban tugas pihak berkuasa

JAKIM dan JAIN dalam tugasan pemantaun, pengauditan dan

penguatkuasaan dibandingkan dengan jumlah industri PKS di setiap

negeri. Di samping itu, pihak pengusaha PKS juga terdedah dengan

kesukaran yang ditimbulkan oleh sistem permohonan atas talian

(online) dikenali sebagai MYeHALAL. Permasalahan ini lebih kritikal

bilamana pengusaha tersebut terdiri daripada golongan 50-an. Selain

itu, sistem online yang tidak mesra pengguna ini turut dihadapi

kesukarannya oleh pihak pengurusan halal. Misalnya, data

pensijilan halal seperti jumlah pemegang pensijilan halal

berdasarkan kategori industri tidak dapat ditentukan.38 Situasi ini

sudah tentu menimbulkan kesukaran di pihak pengusaha PKS dan

JAIN serta JAKIM.

36 Ahmad Nadzri Sulaiman (Timbalan Pengarah Program Keselamatan dan Kualiti

Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya), dalam temubual dengan

penulis, 18 Mac 2016. 37 Rosyadah Ramli, (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Pengurusan

Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah), dalam temubual dengan penulis,

23 March 2016. 38 Khairunnaim Ramli (Ketua Penolong Pengarah) dan Ahmad Solihin Maryakon

(Penolong Pengarah Kanan), (Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam

Selangor), dalam temubual dengan penulis, 10 Jun 2016.

210

b) Pensijilan Halal Yang Bersifat Sukarela

Sehingga kini, Pensijilan Halal Malaysia masih bersifat volountary

terhadap semua sektor perusahaan. Keadaan ini membolehkan

premis-premis PKS beroperasi tanpa mendapatkan pensijilan halal

daripada pihak berkuasa. Bahkan terdapat industri yang telah

beroperasi dari tahun 1974-2016 tanpa mengemukakan sebarang

permohonan halal.39 Kekangan bagi mewajibkan pensijilan halal ini

berlaku kerana tiada akta halal yang khusus walaupun telah wujud

cadangan daripada pihak kerajaan.40 Namun begitu, terdapat

inisiatif daripada pihak tertentu seperti PLUS yang mewajibkan

pensijilan halal sebagai pra syarat perniagaan di perhentian Lebuh

Raya Utara Selatan.41 Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan dilihat

mampu memberi kesedaran terhadap PKS sepertimana yang

dilakukan oleh pihak PLUS. Sifat sukarela dalam permohonan sijil

halal akan melewatkan kesedaran para usahawan PKS bumiputra

untuk memohon pensijilan. Hal ini kerana, kebanyakan usahawan

PKS bumiputra menjalankan perniagaan berteraskan konsep sara

diri. Oleh itu, keistimewaan pensijilan halal seperti pasaran halal

global yang luas tidak mampu menimbulkan minat untuk memohon

pensijilan.

Kesimpulan

Pensijilan halal merupakan salah satu elemen penting dalam

memastikan kualiti, kebersihan dan keselamatan dalam penghasilan

produk di sektor PKS. Kegagalan seluruh pihak berkaitan dalam

menangani isu pensijilan halal yang timbul akan memberikan impak

yang negatif terhadap pasaran industri PKS dan perkembangan

ekonomi negeara. Justeru, seluruh pihak yang terlibat samada dari

kalangan pihak yang berautoriti seperti JAKIM dan JAIN harus

memainkan peranan yang lebih cekap serta bersifat “kompiten”

39 Zaman Muda (Pengarah Urusan Industri Keropok Warisan Terengganu Sdn.

Bhd), dalam temubual dengan penulis, 11 April 2016. 40 Najibah Abdul Mutalib (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, Unit

Proses, Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo Halal), dalam temubual dengan

penulis, 10 Jun 2016. 41 Yusri Abdul Rani (Pegawai Bahagian Penyelidikan, Unit Halal, Jabatan Agama

Islam Perak), dalam temubual dengan penulis, 11 March 2016.

211

dalam menguruskan isu dan permasalahan pensijilan halal. Begitu

juga pemain industri dari kalangan pengusaha PKS wajar memberi

perhatian yang khusus terhadap kepentingan pensijilan halal dalam

mengawal selia perusahaan mereka.

Penghargaan

Artikel ini merupakan hasil dapatan kajian daripada geran

penyelidikan yang dibiayai oleh Institute of Halal Research

University of Malaya (IHRUM) Centre 16-02. Ucapan penghargaan

yang ditujukan kepada pihak IHRUM Universiti Malaya kerana

menganugerahkan geran tersebut untuk membolehkan kajian ini

dapat diteruskan sehingga mencapai objektif yang digariskan di

samping ucapan terima kasih juga kepada informan yang terlibat

dalam kajian ini.

Rujukan

Ahmad Hidayat Buang dan Zulzaidi Mahmod, Isu dan Cabaran

Pensijilan Halal Di Malaysia, Jurnal Syariah 20, no. 3 (2012):

271-288.

Ahmad Nadzri Sulaiman (Timbalan Pengarah Program Keselamatan

dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia,

Putrajaya), dalam temubual dengan penulis, 18 March 2016.

Asri Zakaria (Pengurus Haza Food Industries, Kota Bharu,

Kelantan), dalam temubual dengan penulis, 21 March 2016.

Administrator, “Dunia Perlukan Produk Halal Malaysia,” laman

sesawang mStar, dicapai 20 Jun 2016, http://www.mstar

.com.my/niaga /2015/11/25/dunia-perlu-produk-halal-msia/.

Administrator, “PKS Menjana Ekonomi Negara,” laman sesawang

Merdeka Online, dicapai pada 20 Jun 2016, http://merdeka-

online.com/home/pks-menjana-ekonomi-negara/.

Bernama, “M'sia to promote Halal products to TPP countries,” laman

sesawang New Straits Times Online, dicapai 19 Jun 2016,

http://www.nst.com.my/news/2016/02/125397/msia-promote-

halal-products-tpp-countries.

212

Bernama, “Malay Entrepreneurs Lack Awareness On Importance Of

Halal Certification,” laman sesawang Berita Wilayah, dicapai

24 Jun 2016, http://www.bernama.com/bernama/state_

news/news.php?id=1243311&cat=nt.

Chew Chee, “Bajet 2013: Pelaburan Pemangkin Pertumbuhan

Ekonomi Negara,” laman sesawang Ekspresi11, dicapai 20 Jun

2016, https://ekspresi11.wordpress.com/2012/12/09/bajet-2013-

pelaburan-pemangkin-pertumbuhan-ekonomi-negara/.

Helmi Yusof (Pengurus Done Food Resources, Ketereh, Kelantan),

dalam temubual dengan penulis, 22 March 2016.

Ilyia Nur Ab Rahman dan Suhaimi Ab. Rahman, “Polisi Pensijilan

Halal Bagi Industri Restoran Di Malaysia,” dalam Pengurusan

Produk Halal di Malaysia, ed. Suhaimi Ab. Rahman dan Jafri

Abdullah (Serdang: Universiti Putra Malaysia, 2011),

JAKIM, “The Recognised Foreign Halal Certification Bodies &

Authorities” (laporan, Halal Hub Division, 1 of June 2016), 24.

Khairunnaim Ramli (Ketua Penolong Pengarah) dan Ahmad Solihin

Maryakon (Penolong Pengarah Kanan), (Bahagian

Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor), dalam

temubual dengan penulis, 10 Jun 2016.

Khaleej Times, “Global Halal Food Sector Expected To Grow 5.8% By

Year,” laman sesawang Exhibition Website by ASP, dicapai 19

Jun 2016, http://www.gulfood.com/Content/Global-halal-food-

sector-expected-to-grow-58-by-2020.

Mohd al-Ikhsan Ghazali dan Siti Salwa Md. Sawari, “Amalan

Standard Halal Di Negara-Negara Asia Tenggara,” UMRAN 1,

no.1 (2014): 25-44.

Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, ed.ke-3, (Putrajaya:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2014

Marliana Abdullah et.al., “Isu dan Cabaran Pensijilan Halal: Satu

Kajian Perbandingan Antara Malaysia dan Thailand”

(makalah, World Academic and Research Congress, Ar-Rahim

Hall, YARSI University, Jakarta, Indonesia, 9th – 10th

December 2015),

213

Michael Kang, “A slice of the halal cake,” laman sesawang The Star

Online, dicapai 20 Jun 2016, http://www.thestar.com.my

/metro/smebiz /columns/2016/05/09/a-slice-of-the-halal-cake/.

Najibah Abdul Mutalib (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab

Halal, Unit Proses, Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo

Halal), dalam temubual dengan penulis, 10 Jun 2016.

Nik Mohamad Zawawi Ibrahim (Penolong Pengarah, Unit

Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan),

dalam temubual dengan penulis, 21 March 2016.

Nor Aini Hj Idris dan Mohd Ali Mohd Nor, “Analisis Keprihatinan

Pengguna Muslim Terhadap Isu Halal-Haram Produk Melalui

Pembentukan Indeks” Makalah, Prosiding Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII, Johor Bharu, 7-9 Jun

2013.

Norutul Ilham Mad Jari, “PKS Jangan Liat Mohon Sijil Halal”, laman

sesawang Sinar Online, dicapai 21 Jun 2016,

http://www.sinarharian.com.my/nasional/pks-jangan-liat-

mohon-sijil-halal-1.344063.

Noorhafizah Ibraim (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian

Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Melaka), dalam

temubual dengan penulis, 9 March 2016.

Rosyadah Ramli, (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan

Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah),

dalam temubual dengan penulis, 23 March 2016.

Ram al-Jaffri Saad, “Usahawan IKS bumiputera jangan ketinggalan,”

laman sesawang Utusan Online, dicapai 21 Jun 2016,

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140411/re_06/U

sahawan-IKS-bumiputera-jangan-ketinggalan.

Spire Research and Consulting, “The Global Halal Food Market

Riding A Wave Of Growth,” SpirE--Journal, (2015): 1-9.

SME Corp. Malaysia, “Guideline For New SME Defination” (garis

panduan, Economics And Policy Planning Division, Oktober

2013).

214

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,

Inisiatif dan Impak Pelaksanaan Fokus Group Pengurusan

Pensijilan Halal, (Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri, 2012),

Yusri Abdul Rani (Pegawai Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama

Islam Perak), dalam temubual dengan penulis, 11 March 2016.

Zariah Ibrahim (Penolong Pengurus Rozeriya Enterprise, Kuala Krai,

Kelantan), dalam temubual dengan penulis, 22 March 2016.

Zaman Muda (Pengarah Urusan Industri Keropok Warisan

Terengganu Sdn. Bhd), dalam temubual dengan penulis, 11

April 2016.