24

11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan
Page 2: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1 3 0000 00071058 6

Page 3: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS •

JUDUL: PENGHASILAN MODUL AMALAN KESELAMATAN BAGI MENINGKATKAN

T AHAP KESEDARAN PELAJAR DI DALAM MAKMAL TEKNOLOGI

PEMBINAAN (KERJA KA YU & PERABOT) DI KUiTTHO

SESI PENGAJIAN 2002 /2001

Saya RAZIMAH BINTI OTHMAN ( 790629 - 02 - 5360 ) ( HURUF BESAR )

mengaku membcnarkan tcsis * (-!l&M / Sa~ana / Doktor falsaftlh ) ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTI-IO), dengan syarat-syarat scpcrti berikut :

I. T esis adalah hakmilik Kolej U niversiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada

penulis. 3. Pe11lustakaan Kolej Univcrsiti Teknologi Tun Hussein Onn, dibenarkan mcmbuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 4. Tesis hanya boleh ditcrbitkan dengan kebenaran pcnulis. Bayaran royalti adalah mcngih.lIt kadar yang

dipersetujui kelak. 5. Pe11lustakaan dibenarkan mcmbuat salin an tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian

tinggi. 6. ** Sila tandakan ('<l )

D SULIT ( Mengandungi maklumat yang berd~ah kcselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang tcrmaktub di dalam AKT A RAJ-ISlA RASMI 1972 )

D TERHAD ( Mengandungi maklumat TERI-IAD yang tclall ditentukan oleh organisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan )

TIDAK TERHAD

(TANDA~ENULIS ) Alamat Tetap: NO. 211, F2A, TAMAN MAHSURI,

BANDAR DARULAMAN, 06000 ENCIK AT AN B. HJ. HUSSEIN

(Nama Penyclia ) JITRA, KEDAH DARULAMAN.

Tarikh : 10 . 0.3 . 03

CATATAN: * **

Po tong yang tidak berkcnaan. Jika tesis ini SULIT at au TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi bcrkenaan dengan menyatakan sekali scbab dan tcmpoh tesis ini perlu dikclaskan scbagai SULIT atau TERI-IAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doh.ior Falsafah dan S~ana secara pcnyelidikan atau disertasi bagi pengajian sccara kCIja h.lIrsus dan penyclidikan, atau Laporan Projek Sa~ana Muda ( PSM ).

Page 4: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

PENGHASILAN MODUL AMALAN KESELAMA TAN BAG I

MENINGKATKAN TAHAP KESEDARAN PELAJAR DI DALAl\'Il\IAKMAL

TEKNOLOGI PEMBINAAN (KERJA KAYU & PERABOT) DI KUiTTHO

RAZIMAH BT OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Mac, 2003

Page 5: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

11

" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional".

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

/ L ... Coo ......... ~tf1.e:? ........ J Z.-En. Atan Bin1-Ij.Hussein

/0. W.Os

Page 6: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

" Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya" .

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

......... ;it ................ . Razimah Binti Othman

10 ·03 . 0 3

III

Page 7: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

IV

(}3uat matt tercinta Zafiarafi (}3a/ta"0 a6ang-a6ang aan /ta/ta/t-/ta/ta/t tersayang,

anal(;-ana/t 6uafi yallg d1/tasifii aan ral(an-ra/tan sepeTjuOllgan.

Segafa pellgor6anon, sok..9ngan, curafian t<szsifi sayang

aan aoa f<gfian sentiosa aafam ingatan

aan tiaa/tmullgRjn aifupa/tall.

Se/ta{ung aoa setu{us fiati 6uat arcvafi ayafi tercinta Otfiman jIwang,

semoga rofimu di'cucuri rafimat.

JImin .. "

Page 8: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

PENGHARGAAN

Syukllr alhamdulilIah ke hadrat Allah S.W.t. kerana dengan izin'Nya,

maka dapatlah saya menyiapkan projek tahun akhir ini dengan jayanya. Di sini saya

juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih

diucapkan kepada sesiapa jua yang terlibat dalam menyediakan Projek Sarjana ini,

terutamanya kepada penyelia tesis saya iaitu En Atan Bin Hj. Hussein yang telah

banyak membantu dan memberi dorongan serta tunjuk ajar sepanjang tempoh kajian

projek sarjana ini dijalankan. Selain itu jutaan terima kasih juga diucapkan kepada

En. Abdullah Ab. Ghani dan En. Mohamad Ismail serta juruteknik-juruteknik di

makmal teknologi pembinaan (kerja kayu & perabot) kerana telah banyak membantu

dan memberi maklumat tambahan berkaitan keselamatan di makmal.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada keluarga tersayang yang telah

banyak bersusah payah dalam memberi sokongan moral dan bantuan kewangan

sehingga projek sarjana ini dapat disiapkan. Tidak lupa juga sekalung penghargaan

diberikan khas untuk rakan-rakan serumah Liza , ElIy, Mein, Balqis, Cik Anie, Bibie,

Kak Su dan Aida yang telah turut sarna membantu dalam menyiapkan projek ini

terutamanya semasa mengedarkan borang soal selidik kepada responden.

Sekali lagi sekalung penghargaan dirakamkan kepada sesiapa jua yang

terlibat sarna ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan

projek ini. Jasa dan budi baik kalian tetap menjadi kenangan hingga ke akhir hayat.

Akhir kata, semoga projek ini dapat memberikan manfaat dan sumbangan kepada

semua pihak di masa akan datang.

Sekian, wassalam.

v

Page 9: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

ABSTRAK

Keselamatan merupakan salah satu fak1:or yang terpenting dalam kehidupan

manusia. Sikap cuai terhadap amalan keselamatan boleh mengakibatkan teIjadinya

kemalangan. Tinjauan awal mendapati bahawa kebanyakan pelajar kurang menyedari

tentang kepentingan am alan keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja amali di

dalam makmal khususnya makmal teknologi pembinaan (keIja kayu & perabot).

Oleh yang demikian, satu Modul Amalan Keselamatan Untuk Makmal

Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi

meningkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai keselamatan di dalam makmal.

Modul tersebut telah diedarkan kepada 60 orang pelajar Diploma Kejuruteraan

Awam yang menjalani keIja amali di Makmal Teknologi Pembinaan (kerja kayu &

perabot) di KUiTTHO.

Mereka telah diminta untuk menilai isi, sifat mesra pengguna dan

kebolehlaksanaan modul tersebut. Hasil analisis dengan menggunakan ujian-t

menunjukkan bahawa isi MAK(KKP) adalah baik, bersifat mesra pengguna dan

mempunyai kebolehlaksanaan yang tinggi.

VI

Page 10: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

ABSTRACT

Safety is one of the important factors in our life. Carelessness may create

accidents. Early survey found that most of the students do not realize about the

importance of safety when doing their skills training in laboratory especially in

Construction Technology Laboratory (Wood Work & Furniture)

VII

For to purpose, the module named "Modul Amalan Keselamatan Untuk

Makmal Teknologi Pembinaan (Kerja Kayu & Perabot), MAK(KKP)" was produced

to develop their awareness about safety in laboratory. The module was distributed to

60 students of Diploma in Civil Engineering who undergo their skills training in

Construction Technology Laboratory ( Wood Work & Furniture) at KUiTTHO.

They were asked to evaluate the content, user friendliness and feasibility of

the module. The T -test result reveals that the module's content is good, user friendly

and feasible.

Page 11: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

V111

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

HALAMAN JUDUL

PENGESAHAN PENYELIA II

PERAKUAN PELAJAR III

HALAMAN DEDIKASI IV

HALAMANPENGHARGAAN V

ABSTRAK VI

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH XIV

SENARAI LAMPIRAN xv

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Hipotesis Kajian 7

1.6 ObjektifKajian 8

1.7 Kerangka T eori 9

1.8 Kepentingan Kajian 11

Page 12: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

1,\

BAB PERKARA

1.9 Skop Kajian 12

1.10 Definisi lstilah

2.0 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kajian Terdahulu 17

2.3 Sikap Dan Pengetahuan Mengenai Amalan

Keselamatan 19

2.4 Sikap Terhadap Kerja Amali 20

2.5 Kawasan Persekitaran Yang Mempengaruhi

Keselamatan MakmaI 21

2.6 ModuI Amalan Keselamatan '")~ --)

2.6.1 Kebaikan Penggunaan ModuI Amalan

Keselamatan 2--1

2.6.2 Proses Pembentukan ModuI 25

3.0 METODOLOGI KA.lIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Populasi & SampeI Kajian 28

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Kesahan Dan Kebolehpcrcayaan 3~

3.6 Proscdur Kajian 3:'

3.7 Analisis Data ~5

Page 13: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

x

BAB PERKARA MUKASURAT

4.0 REKABENTUK DAN PENILAIAN PROD UK

4.1 Pengenalan 39 4.2 Latar Belakang Teori Penghasilan Produk 40 4.3 Rekabentuk Produk 41

4.3.1 Bentuk Dan Ciri-ciri Produk 41 4.3.2 Kronologi Pembinaan Produk 42

4.4 Penilaian Produk 43 4.4.1 Pemilihan & Pembinaan Instrumen 45 4.4.2 Foklls Penilaian 46

4.5 Cadangan Dan Pembaikan 46

5.0 ANALISIS KAJIAN

5.1 Pengenalan 47

5.2 Kajian Rintis 48

5.3 Bilangan Responden 48

5.4 Analisis Bahagian A (Biodata Responden) 49

5.4.1 Jantina 49

5.4.2 Bangsa 50

5.4.3 Umur 51

5.4.4 Tahun Pengajian 52

5.4.5 Kadar Kemalangan 53

5.5 Analisis Bahagian B (Penilaian MAK(KKP)) 54

5.5.1 Penilaian lsi MAK(KKP) 55

5.5.2 Penilaian Sifat Mesra Pengguna MAK(KKP) 60

5.5.3 Penilaian Sifat Kebolehlaksanaan MAK(KKP) 65

Page 14: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

XI

BAB PERKARA MUKA SURAT

6.0 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan 70

6.2 Perbincangan 70

6.2.1 Penilaian lsi MAK(KKP) 71

6.2.2 Penilaian Sifat Mesra Pengguna MAK(KKP) 71

6.2.3 Penilaian Sifat Kebolehlaksanaan MAK(KKP) 72

6.2.4 Penilaian Komen Dan Cadangan Responden 72

6.3 Kesimpulan 72

6.4 Cadangan 73

BAHAN RUJUKAN 75

LAMPIRAN 79

Page 15: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

XII

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kemalangan Perusahaan Dari Tahun

1998 Hingga 2002 6

3.1 Bilangan Populasi Dan Sampel 29

3.2 ladual Skala Likert Lima Mata 30

3.3 Penerangan Borang Soal Selidik Bagi Bahagian B 28

3.4 Pensyarah Yang Terlibat Dalam Penilaian

MAK(KKP) 34

3.5 ladual lnterpretasi Pemarkahan Skala Likert 36

3.6 Tahap Kecenderungan Min Skor 36

5.1 Taburan Responden Mengikut lantina 49

5.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 50

5.3 Penilaian lsi MAK(KKP) Mengikut Responden 55

5.4 Penilaian lsi MAK(KKP) Mengikut Dimensi Soalan 57

5.5a Hasil Ujian-T Bagi One-Sample Statistics 58

5.5b Hasil Ujian-T Bagi One-Sample Test 58

5.6 Penilaian Sifat Mesra Pengguna MAK(KKP)

Mengi,,"llt Responden 60

5.7 Penilaian Sifat Mesra Pengguna MAK(KKP)

Mengikut Dimensi Soalan 62

5.8a Hasil Ujian-T Bagi One-Sample Statistics 63

5.8b Hasil Ujian-T Bagi One-Sample Test 63

Page 16: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

XIII

JADUAL TAJUK MUKASURAT

5.9 Penilaian Sifat Kebolehlaksanaan MAK(KKP)

Mengikut Responden 65

5.10 Penilaian Sifat Kebolehlaksanaan MAK(KKP)

Mengikut Responden 67

5.11 a Hasil Ujian-T Bagi One-Sample Statistics 68

5.11 b Hasil Ujian-T Bagi One-Sample Test 68

Page 17: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

XIV

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKASURAT

1.1 Kerangka T eori 10 3.1 Carta Alir Proses Perlaksanaan Kajian 27 4.1 Kronologi Pembinaan Produk 44 5.1 Peratus Responden Mengikut Jantina 50 5.2 Peratus Responden Mengikut Bangsa 51 5.3 Bilangan Responden Mengikut Umur 52

5.4 Bilangan Responden Mengikut Semester Pengajian 52 5.5 Bilangan Responden Mengenai Kemalangan Yang

Berlaku Di Dalam Makmal Teknologi Pembinaan

(Kerja Kayu & Perabot) 53

5.6 Bilangan Responden Terhadap Bilangan Kemalangan

Yang Berlaku Dalam Makmal Teknologi Pembinaan

(Kerja Kayu & Perabot) 54

Page 18: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Modul Amalan Keselamatan, MAK(KKP) 79

B Borang Soal Selidik 80

C Borang Senarai Semak Modul 81

D ladual Nilai Kritikal Ujian-T 82

E Output SPSS Bagi Kajian Rintis 83

F Output SPSS Bagi Penilaian lsi MAK(KKP) 84

G Output SPSS Bagi Penilaian Sifat

Mesra Pengguna MAK(KKP) 85

H Output SPSS Bagi Penilaian Sifat

Kebolehlaksanaan MAK(KKP) 86

I Hasil Rumusan Ujian 87

1 Komen Dan Cadangan Responden 88

Page 19: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

BABI

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia kini pesat membangun untuk menjadi negara maju. Begitu juga

dengan peningkatan daya pengeluaran dan kualiti telah banyak diperkatakan sejak

kebelakangan ini. Justeru itu, kepentingan dalam pembangunan tidak hanya tertumpu

kepada teknologi negara luar sahaja. Bagi mencapai hasrat dan wawasan 2020 yang

sedang menuju pembentukan Malaysia sebagai negara industri yang maju, kemahiran

generasi akan datang amatlah diperlukan. Politeknik merupakan satu institusi

pengajian yang melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir dalam bidang

kejuruteraan dan sebagai penghubung antara peringkat profesional dengan peringkat

bawahan.

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPT A) di negara ini khususnya KUiTTHO

berperanan untuk mengeluarkan sumber tenaga manusia yang benar-benar terlatih

dalam bidang teknologi. Bagi mempertingkatkan lagi bidang teknologi ini, negara

perlu menyediakan lebih banyak institusi pengajian teknikal dengan peralatan dan

mesin-mesin yang terkini. Dalam melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir ini

sikap berdisiplin perlu diterapkan ke dalam diri setiap pelajar terutamanya dalam

aspek keselamatan sewaktu menjalankan keIja-keIja amali di dalam makmal.

Page 20: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

Penggunaan mesin dan peralatan berteknologi tinggi memerlukan kepakaran dalam

kerja-ke~a pengendalian dan pengurusannya.

Peralatan yang canggih ini perlu dikawal oleh tenaga pengajar yang

berpengalaman dan berkemahiran. Pengurusan bengkel adalah am at penting

terutamanya di bahagian teknikal, Bagi pelajar-pelajar KUiTTHO yang mengambil

kursus-kllrsus kejuruteraan mereka didedahkan dengan ke~a-ke~a amali yang

menggunakan mesin-mesin serta peralatan-peralatan yang berbahaya. Di sini secara

tidak langsung pel ajar terdedah dengan kemalangan atau kecederaan sekiranya

langkah-Iangkah kesel am at an tidak di ambil.

Selain aspek pengurusan yang cekap, aspek kemahiran juga perlu

dititikberatkan terutamanya kepada para tenaga pengajar agar mereka lebih

berketerampilan dalam mengendali, menyenggara dan membaik pulih segala mesin

dan peralatan agar proses pengajaran di dalam makmal tercapai. Dalam erti kata lain

setiap individu yang terlibat dengan penggunaan makmal mempunyai tanggungjawab

dan peranan masing-masing.

Keselamatan adalah penting kerana ia berkait rapat dengan individu yang

menjalankan kerja, peralatan dan tempat sekitamya. Keselamatan bukan sahaja pada

diri sendiri, tetapi juga mengenai keselamatan pada alat-alat atau mesin-mesin,

keselamatan benda ke~a, keselamatan tempat ke~a dan keselamatan kepada orang

lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlulah ditanam kepada setiap pelajar supaya

sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa membuat kerja am ali

di sekolah dan seterusnya diamalkan semasa memasuki alam peke~aan.

Latihan industri merupakan persediaan pelajar bagi memasuki alam peketjaan

di kilang-kilang at au industri. Pertumbuhan aktiviti perusahaan memungkinkan

bertambahnya kemalangan sekiranya langkah-Iangkah keselamatan tidak ditanamkan

dari peringkat latihan. Amalan keselamatan dalam makmal di peringkat awal perlu

diberikan sebelum pelajar memasuki alam pekerjaan. Dengan ini pengetahuan dan

kemahiran yang mereka perolehi akan dapat mengurangkan berlakllnya kemalangan

dalam makmal khususnya Makmal Kejuruteraan Awam.

2

Page 21: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

Kita sering terbaca di akhbar-akhbar tentang kemalangan yang melibatkan

kerosakan pada alatan mesin, bangunan, kecederaan anggota badan dan lebih teruk

lagi yang melibatkan kehilangan nyawa manusia itu sendiri. Sejarah sendiri telah

banyak membuktikan bahawa kemalangan yang berlah.'U akan melibatkan kesakitan

dan kerugian

1.2 Latar Belakang Kajian

Kerja amali yang dijalankan di makmal-makmal merupakan titik mula kepada

pelajar untuk membiasakan diri serta mendapat kemahiran sebelum memasuki ke

alam pekerjaan sebenar di sektor industri. Pendedahan ini dapat memberikan nilai

positif kepada semua pihak. Pendedahan yang dimaksudkan ialah pendedahan

kepada teknik menjalankan kerja secara sistematik, menanam sikap nilai murni dan

sifat tanggungjawab. Secara tidak langsung ianya dapat menjaga keselamatan diri

sendiri, keselamatan orang lain dan juga keselamatan mesin, makmal dan peralatan

khususnya ..

Sebagai contoh di dalam kursus Kejuruteraan Awam, setiap pelajar

diwajibkan mengikuti kerja-kerja amali di dalam makmal. Di dalam Makmal

Teknologi Pembinaan (kerja kayu & perabot), pelajar-pelajar diberi penerangan

mengenai langkah-Iangkah keselamatan yang perlu diberikan perhatian semasa

berada di dalam makmal tersebut. Ini termasuklah cara pengendalian mesin-mesin

pemotong kayu, mengetam, melarik, mengumai dan juga penggunaan alatan tangan

yang berkaitan dengan kursus haruslah diikuti dan dipatuhi supaya kemalangan tidak

akan berlaku.

Menurut BolIey (1977), langkah-Iangkah keselamatan hendaklah

dilaksanakan dan pihak pengurusan hendaklah mencatat prestasi pencegahan

kemalangan di temp at bekerja untuk menilai keberkesanan sesuatu program dan juga

berusaha untuk memperbaiki dari semasa ke semasa.

3

Page 22: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

Kebiasaannya kemalangan yang berlaku mempunyai kaitan yang tertentu

antaranya disebabkan oleh kelalaian atau kecuaian di pihak manusia, k'lHang

pengetahuan tentang sesuatu keIja yang hendak dilakukan dan kerosakan atau

kegagalan sarna ada pada bahan, peralatan dan mesin yang digunakan (Mohd Afifi

Abdul Mukti, 1985).

Walaupun di makmal terdapat peraturan-peraturan dan langkah-Iangkah

keselamatan bagi menjamin pelajar-pelajar dapat menjalani latihan amali dengan

teratur dan selamat, tetapi sejauh manakah persepsi mereka terhadap amalan

keselamatan semasa membuat keIja-keIja amali di makmal. Oleh kerana itu langkah-

langkah yang sewajamya perlulah diambil untuk memelihara dan menjaga kesihatan

serta keselamatan pelajar yang terlibat.

Langkah-1angkah penting yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya

kemalangan di dalam makmal kejuruteraan awam adalah sarna seperti aspek -aspek

keselamatan yang diambil dalam makmal sains. Oleh itu aspek keselamatan di

makmal sains boleh dipraktikkan di dalam Makmal Kejuruteraan Awam. Menurut

Tengku Ahmad Tengku Ali (1984), antara peraturan-peraturan yang dipraktikkan di

dalam makmal sains ialah:

(i) Menanam sikap kesedaran dan tanggungjawab serta disiplin kepada

setiap individu yang terlibat di dalam bengkel.

(ii) Mengadakan sistem susunan, simp an an alatan dan bahan dengan

berkesan.

(iii) Mewujudkan ciri-ciri organisasi pengurusan bengkel yang lebih

kemas.

(iv) Menyediakan kelengkapan alat keselamatan perlindungan diri serna sa

menjalani keIja-kerja amali.

(v) Melengkapkan pengetahuan tentang langkah-Iangkah pertolongan

cemas.

(vi) Mengadakan peraturan penggunaan bengkel dengan lengkap dan

sentiasa mengamalkan peraturan keselamatan diri dari semasa ke

serna sa.

4

Page 23: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

1.3 Pernyataan Masalah

Makmal merupakan satu tempat yang digunakan untuk membuat keIja-keIja

amali yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan. Sememangnya terdapat banyak

peralatan dan mesin yang digunakan semasa menjalankan keIja-keIja amali. Oleh itu

amalan keselamatan adalah amat penting ketika kita berada atau menjalankan kerja-

keIja di dalam makmal (Mohd Isa Jaffar, 2001).

Kebarangkalian berlakunya kemalangan dalam mengendalikan kerja-keIja

amali sememangnya wujud. Kajian dan laporan pertubuhan keselamatan so sial

(PERKESO) mengenai kemalangan dalam perusahaan yang melibatkan aktiviti amali

menunjukkan peningkatan lebih daripada seratus peratus (100%) di antara tahun

1998 sehingga tahun 2002 (seperti di dalam Jadual 1.1).

Oleh yang demikian, salah satu cara yang boleh meningkatkan tahap

kesedaran pelajar terhadap keselamatan sewaktu menjalankan keIja-keIja amali di

dalam makmal khususnya Makmal Teknologi Pembinaan (keIja kayu & perabot) di

KUiTTHO adalah dengan menggunakan modul amalan keselamatan. Johnston &

Brado (1996:270) menyokong kenyataan iill dengan menyatakan bahawa

menghasilkan bahan bercetak (modul) merupakan salah satu cara untuk

meningkatkan pengetahuan dalam pendidikan.

Persoalan yang wujud di sini, sekiranya kajian ini dijalankan adakah Modul

Amalan Keselamatan untuk Makmal Teknologi Pembinaan (keIja kayu & perabot),

MAK (KKP) yang dihasilkan dapat diaplikasikan bagi meningkatkan tahap

kesedaran pelajar semasa berada di dalam makmal dan seterusnya menghindari serta

mengurangkan kadar kemalangan di makmal tersebut?

5

Page 24: 11111~1~~I~I~I~II]:~I~I~!~I~III~I~lfl!II~I~I~~11I1eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1184/1/24_Pages_from...Teknologi Pembinaan (KeIja Kayu & Perabot), MAK(KKP) telah dihasilkan bagi meningkatkan

Jadual1.1; Kcmalangan Perusahaan Dari Tahun 1998 Hingga 2002

1998 1999

r -_ .. ----I 2000 2001

i 2002(Jun) I

PERUSAHAAN ' .. ,. . 'Oil i HUI< : M'lUt '0'1 ; HUI< 'I Maut :0'1 II HUK II Maut 0" I apor, Id'i I apor'd'i d'i I apor d'i I aport . , I apor I apor I apor: , I apor i

HUI<

I

! Maut : : i Maut ! idilaporlOliaporj HUK 'dilaporl

I 75 5,024 576 49 I Pertanlan, i

Perhutanan dan: 12678 Perlkanan

.. . ..... .. --I - i I 563 I 34 12753 i 1042 132 11,89311,190 I 115 12,424 i

, I 794

Perlombongan 739 & kuarl 99 8

228 Pengllangan Perkhldmatan Elektrlk, Gas, Air 8( Keberslhan Pemblnaan Perdagangan Pengangkutan Instusl Kewangan &. Insurans Perkhldmatan Perkhlclmatan i\wam

, 37261 i 4394

3573

979 12986

4050

88

571 1465 613

12

104 139 78

700 143 15

5294 737 94

7078 2063 334

. i

14 626 I 105 !

756

40730

92

4963 232 : 41,331 5440

592 125 11

4747 14685 4462

610 146 1423 ' 127

654 91

627 131

5987 724

6735 849

8

65

83

537 146

4,873 642 15,452 1,825 4,778 845

687 149

6,581 958

8,248 1,141

11 I 573 i 73 I

135,642 i 5,150 i

I

7 209 I 58 5

282 243 . 17001 ! 2348! 114

8 442 114 13 254 68

159 r 4,593 618 89 2141 . 314 151 .13,774 1,592 192 6349 851

98 4,382 681 91 : 2194 395

11 602 143' 6 274 62

72

97

5,950 887 106 2613 462

7,487 1,100 136 4136 574

3

63 48

35

2

28

23

JUr.1LAH llS.3311 10,736 1,046 92,07410,613 909 95,00612,441 1,004 85,86911,152 958 40195 5708 370 .\'1/11/1,·,.: /'/ .. 'N.,\./: ........ (). ::no::

!

-:;