100325521 56633386 Kajian Membaca Kaedah Abjad Dan Sukukata 2 Baru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nejutrisgrfoiayuwy

Citation preview

  • Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dikalangan muridmurid down sindrom bermasalah pembelajaran.Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang murid dowm sindrom bermasalah pembelajaran disebuah sekolah di Seberang Perai Utara.Pengkaji menggunakan rekabentuk kajian tindakan tak berkumpulan kawalan dimana ujian pra diadakan diadakan sebelum rawatan dan ujian pos dijalankan selepas rawatan diberikan.Disamping itu pemerhatian dan soal selidik juga digunakan sebagai instrument untuk memperoleh maklumat yang dikehendaki. Hasil analisis data kajian mendapati kaedah penggunaan abjad dan sukukata dapat amat berkesan dalam membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca.Beberapa cadangan telah dikemukan untuk memperbaiki lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaeadah abjad dan sukukata ini.

    1

  • BAB 1 MASALAH KAJIAN

    1.1

    PENDAHULUAN

    Zaman ini ialah zaman perledakan pengetahuan yang begitu pesat. Setiap individu sentiasa berhadapan dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Kehidupan seharian kini memerlukan manusia membaca . Membaca buku, membaca akhbar, surat, iklan ataupun membaca untuk mengisi borang permohonan pekerjaan dan pelbagai jenis keperluan lagi. Untuk menghadapi cabaran seumpama ini, seharusnyalah seseorang individu itu mesti boleh membaca dengan berkesan, iaitu membaca dengan pantas,cekap dan matang. Seseorang yang cekap dan mahir membaca dapat meluaskan pandangan, pengalaman dan pemikiran. Individu yang banyak membaca akan memperolehi ilmu pengetahuan serta mengetahui banyak perkara seperti memahami pengalaman kehidupan serta unsur-unsur budaya kelompok sendiri dan juga kelompok lain di dunia ini. Seluruh proses pembudayaan menjadi lebih mudah dan dipercepatkan sekiranya ahli masyarakat banyak membaca. Tanpa pembacaan yang meluas, seseorang individu tidak dapat menambah pengetahuan dan pengalaman mereka. Membaca dengan sendirinya dapat menolong untuk meningkatkan keupayaan seseorang itu untuk berfikir. Menurut Stauffer (1969), Aktiviti membaca tidak lain dan tidak bukan adalah kreativiti berfikir. Masyarakat yang tidak membaca dengan meluas bahan-bahan bacaan termasuk bahan-bahan

    2

  • kesusasteraan menyukarkan cita-cita untuk mewujudkan suatu masyarakat kebangsaan yang mempunyai nilai keilmuan. Kerajaan memang menyedari hakikat kepentingan membaca dan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai program untuk memaksimumkan peratusan murid-murid yang boleh membaca.Justeru itu para guru pendidikan khas hendaklah membantu seoptima mungkin agar kanak-kanak berkeperluan khas diberikan peluang yang sama untuk memperkembangkan akademik mereka. Berdasarkan Surat Pekeliling Bahagian Sekolah KPM Bil. KP (BS) 8594/JLD 11/32

    bertarikh 22 Januari 1985, menegaskan bahawa tugas guru pendidikan khas di sekolah adalah untuk mengendalikan program pemulihan kepada murid-murid yang lemah di

    sekolah rendah. Dalam memastikan pelajar berkeperluan khas menguasai akademik, kemahiran membaca amat dipentingkan terlebih dahulu. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan lambang-lambang bertulis kepada lambang bunyi bahasa, menurut Kamaruddin Hj. Hussin (1995). Bagi kanak-kanak berkeperluan khas pencapaian penguasaan kemahiran membaca mereka amat lemah kerana disebabkan ketidakupayaan dalam kognitif mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran negara kita dewasa ini semakin hari semakin mencabar. Ianya merupakan suatu pendekatan kepada ilmu pengetahuan dan kehidupan yang menitik beratkan inovatif manusia. Ini melibatkan kebolehan dan sumber di mana manusia dapat mencari kaedah-kaedah, kemahiran-kemahiran dan tanggapan yang terkini serta nilai-nilai untuk membina manusia dalam suatu kehidupan yang penuh dengan pengubahsuaian dalam dunia moden. Pelajar pendidikan khas juga berhak untuk menerima pendidikan percuma dan tidak dibezakan dengan pendidikan yang diterima oleh pelajar yang normal ( Podmeski et. Al. 1995).

    3

  • Dalam menguasai kemahiran membaca ini, pelbagai kaedah telah disyorkan. Namun ketiadaan kaedah yang benar-benar sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini belajar membaca menyebabkan guru pendidikan khas kehilangan panduan untuk memilih dan menggunakan kaedah yang sesuai. Justeru itu jalan penyelesaian yang terbaik untuk

    membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini membaca, dua kaedah telah digabungkan iaitu kaedah abjad dan suku kata. Menurut Isahak Haron (1980), dalam kaedah abjad ini kanak-kanak diperkenalkan bentuk dan nama huruf dahulu. Menurut Durkin (1972) , kaedah suku kata pula ialah kaedah di

    mana murid diajar melihat simbol (huruf) dengan bunyinya. Keberkesanan kaedah ini akan dijadikan kayu pengukur dalam membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca pada peringkat permulaan. Membaca ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mendapatkan maklumat visual dari muka surat dan seterusnya memahami kandungan yang dibaca, (Rayner &Pollatsek). Salah satu sebab murid-murid tidak boleh membaca adalah kerana mereka belum menguasai kemahiran asas bacaan permulaan, yakni mengenal huruf abjad. Sama ada bentuk huruf,nama huruf atau bunyi huruf. Berdasarkan kepada masalah tersebut, penggunaan modul gabungan kaedah abjad dan suku kata kepada murid bermasalah pembelajaran Tahap satu untuk diajar menguasai kemahiran membaca. Laporan kajian tindakan ini dicadangkan untuk dikemukakan kepada pihak penyelaras pendidikan khas dan panitia Bahasa Melayu.

    4

  • 1.1

    Latar Belakang kajian

    Berdasarkan penyelidikan Bahagian Kurikulum Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) 10% hingga 15% dari kalangan murid bermasalah pembelajaran gagal

    untuk menguasai asas membaca. Kebolehan dalam menguasai kemahiran membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran bagi pencapaian kejayaan pelajar-pelajar dalam semua bidang di sekolah rendah. Dalam Kurikulum Baru Baru Sekolah Rendah aspek bacaaan sering diutamakan. Kemahiran membaca diberi pemberatan dan penekanan sejak peringkat awal pendidikan lagi. Para pendidik, termasuk daripada bidang pendidikan khas menyatakan bahawa keupayaan membaca yang baik merupakan punca utama dalam pencapaian di bidang akademik bagi pelajar bermasalah pembelajaran, mengikut (Wallace & Kauffman, 1996). Walau bagaimanapun pelajar bermasalah pembelajaran sering tercicir dalam kemahiran membaca. Bagi menangani pemasalahan ini dua gabungan kaedah iaitu kaedah abjad dan sukukata dilihat mampu untuk membantu para guru dalam peringkat permulaan pengajaran membaca. Justeru itu satu modul pengajaran berdasarkan gabungan kaedah abjad dan kaedah sukukata telah dibina. Buku modul pengajaran konsonan k dan m yang dipilih kerana rasionalnya kebanyakan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu terbina daripada huruf-huruf tersebut. Selain itu juga tempoh pengajaran yang singkat selama 5 minggu menyebabkan pihak pengkaji hanya memilih 2 huruf konsonan untuk digabungkan dengan huruf vokal. Dengan gabungan huruf konsonan k dan m serta vokal (a,i,e,o,u) para pelajar dapat juga diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang akan terbentuk daripada gabungan suku kata-suku kata tersebut (ka, ki, ku, ke, ko, ma, mi, mu, me, mo), contohnya menjadi muka, kaki dan kami.

    5

  • 1.2 Soalan Kajian Berdasarkan tujuan kajian ini, antara persoalan kajian yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:1. Apakah

    faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kemahiran membaca di

    kalangan murid-murid down sindrom?2. Sejauhmanakah tahap penguasaan kemahiran asas murid dari aspek kemahiran

    membaca?3. Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai untuk kemahiran membaca bagi murid

    down sindrom ?

    1.3 Objektif Kajian Antara objektif kajian ialah:1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian tahap penguasaan asas

    membaca di kalangan murid-murid down sindrom. 2. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran asas membaca melalui kaedah abjad dan sukukata.3. Mengenal pasti bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan murid .

    1.4 Batasan kajian Kajian ini hanya melibatkan murid-murid down sindrom seramai 6 orang orang yang belajar di sebuah sekolah rendah di Kepala Batas, Seberang Perai. Sampel kajian pula terdiri daripada 4 orang murid . 2 orang murid tidak dipilih untuk dikaji kerana mereka mengalami masalah kesihatan . Kumpulan ini dipilih berdasarkan pencapaian mereka yang tidak melepasi ujian penilaian satu yang dijalankan pada pertengahan sesi persekolahan lagi. Kajian ini bukanlah satu kajian yang menyeluruh terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran di Seberang Perai. Oleh itu hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada populasi lain kerana sampel yang akan digunakan adalah terbatas kepada sebuah sekolah di Seberang Perai. Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan pemerhatian dan borang kaji selidik yang diambil dan diubahsuai daripada pengkaji-pengkaji yang terdahulu. Justeru itu

    6

  • kebolehpercayaan dapatan ini

    bergantung sepenuhnya kepada kerjasama, kejujuran dan

    keikhlasan dari responden yang menjawab soalan-soalan kajian yang diberikan. Tempoh kajian akan dijalankan dalam jangka masa 5 minggu. Dalam jangka masa yang pendek ini, pengkaji akan menggunakan hanya 2 abjad sahaja iaitu k dan m. Pengkaji memilih abjad ini kerana abjad-abjad ini merupakan abjad yang sering digunakan dalam pembentukan perkataan dalam Bahasa Melayu.

    Kaedah yang bakal digunakan ialah:1. Kaedah abjad huruf yang dipilih, vokal (a, e, i, o, u) dan konsonan k dan m sahaja.

    2. Kaedah sukukata, murid akan membunyikan simbol huruf-huruf konsonan dan digabungkan dan ki. 3. Gabungan-gabungan sukukata tersebut akan membentuk perkataan KV + KV. Contohnya: mama, muka, maka dengan huruf-huruf vokal bagi menjadi sukukata. Contoh: ma, mi, ka

    1.5 DEFINISI /ISTILAH

    Berikut dijelaskan makna istilah-istilah dalam kajian ini. 1.5.1 Pengajaran Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi (Sharifah Alwiah, 1983; Teuku Iskandar, 1986; Yaxley, 1991). Sharifah Alwiah menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan mendengar, menggalakkan sesuatu dan beibagai-bagai skativiti lain akan berlaku.Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.

    7

  • Selain itu, pengajaran juga boleh dimaksudkan sebagai perbuatan mengajar atau apaapa yang diajarkan (DBP, 1985) atau perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar atau aspek yang dipentingkan dan sebagainya.Konsep pengajaran dalam konteks kajian ini merangkumi pengertian yang dikemukakan oleh Sharifah Alwiah (1983), Teuku Iskandar (1986) dan Yaxley (1991). Pengajaran melibatkan aktiviti mengajar yang dilakukan oleh guru semasa menyampaikan isi kandungan pelajaran pada hari yang berkenaan. 1.5.2 Kaedah abjad

    Merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca pada peringkat permulaan. Berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Kaedah ini memerlukan penghafalan setiap lambang abjad. Setelah muridmurid mengenali kumpulan abjad a hingga z, guru akan menarik keluar bunyi-bunyi vokal daripada kumpulan ini. Suku kata akan dibina menerusi proses penggabungan bunyi-bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan. 1.5.3 Membaca Robert Lado (1964) mengatakan, membaca itu bermaksud mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya. Sminth (dalam Simanjuntak, 1985:3) pula mengatakan, membaca adalah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang membentuk semula di dalam pemikirannya (dengan sebaik mungkin) erti yang telah diterbitkan oleh seseorang penulis dalam bentuk tulisan yang kemudian dibaca oleh si pembaca tadi. Menurut Atan Long (1978) telah menghuraikan proses membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. 1.6.4 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran: Kategori masalah pembelajaran adalah kategori rencam dengan pelbagai jenis kecacatan, termasuk terncat akal, down sindrom, autisme, cerebal palsy, masalah dalam komunikasi dan perkembangan bahasa, bermasalah emosi dan tingkah laku, , kecacatan anggota , hipoaktif, keupayaan mental yanh rendah dan pintar cerdas. Kanak-kanak dengan bermasalah pembelajaran menghadapi kesulitan dalam interaksi dengan persekitaran , itiu situasi yang menghalang kemampuan belajar dan pembentukan pemahaman8

  • dunia sekitar mereka.Kesulitan ini bukan sahaja akibat perkembangan yang lewat tetapi juga berkaitan dengan kecacatan yang kompleks, dari segi psikiatri, neurologi, psikologi dan fisiologi yang memberi kesan ke atas fungsi kanak-kanak.

    1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

    Dapatan daripada kajian yang dijalankan diharap dapat memberi gambaran sebenar mengenai keberkesanan penggunaan kaedah abjad dan sukukata dalam kemahiran membaca di kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran . Di samping itu dengan adanya kajian seperti ini akan dapat membantu pihak guru malah ibubapa yang mempunyai anak yang bermasalah dalam menguasai kemahiran membaca supaya mengenalpasti dan mengetahui masalah yang dihadapi serta mengatasinya dengan kaedah yang terbaik. Secara tidak langsung ianya memberikan peluang kepada pihak guru untuk merangka satu pendekatan yang lebih efektif untuk murid-muridnya dan sebagai garis panduan kepada ibu bapa, guru dan pihak pentadbir pendidikan khas untuk menyediakan peluang pendidikan yang lebih baik dan berkesan kepada murid-murid yang bermasalah pembelajaran ini. Oleh yang demikian, maklumat yang akan diperolehi ini akan dapat membantu pihak-pihak tertentu yang cuba untuk mempertingkatkan serta memantapkan lagi pendekatan yang terbaru dalam menguasai kemahiran membaca kepada murid-murid bermasalah pembelajaran di Malaysia. Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan pemerhatian dan borang kaji selidik yang diambil dan diubahsuai daripada pengkaji-pengkaji yang terdahulu. Justeru itu kebolehpercayaan dapatan ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama, kejujuran dan

    keikhlasan dari responden yang menjawab soalan-soalan kajian yang diberikan.

    1.6 RINGKASAN Bab ini menghuraikan pernyataan masalah, tujuan kajian dan objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian , batasan kajian yang dilaksanakan dan takrifan istilah. Kajian ini melibatkan pembelajaran membaca dengan menggunakan kaedah abjad dan sukukata iaitu huruf vokal dan huruf konsonan k dan m .9

  • BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Pendahuluan Kajian-kajian berhubung dengan meningkatkan kemahiran membaca di kalangan muridmurid bermasalah pembelajaran telah banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.Kaedah abjad dan suku kata bukannya sesuatu yang baru pernah dikaji di Malaysia. Sudah ramai pengkaji bahasa yang membuat kajian terhadap kaedah-kaedah yang sesuai untuk menguasai kemahiran membaca.

    2.2 KAJIAN-KAJIAN YANG BERKAITAN Menurut kajian Cik Sofiah Hamid (1980), dalam kajian yang dijalankan olehnya untuk melihat keberkesanan perbandingan antara dua kaedah, iaitu pendekatan terus membaca (pendekatan A) dan pendekatan abjad suku kata (pendekatan B) terhadap pencapaian membaca dalam kalangan pelajar tahun 1. Kajian telah dijalankan pada 79 orang murid di SK. Bangsar, Wilayah Persekutuan. Murid-murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 42 orang murid telah diajar dengan pendekatan A dan 37 orang murid dengan pendekatan B. Melalui ujian pra dan pos yang telah dibuat terhadap kedua-dua pendekatan tersebut didapati peratus pencapaian meningkat dengan cepat dalam menguasai kemahiran membaca apabila guru menggunakan kaedah abjad suku kata. Ini dibuktikan melalui markat yang lebih tinggi dan kadar kemajuan yang ditunjukkan oleh kumpulan B berbanding dengan kumpulan A.

    10

  • Kajian Yahya Othman (2004), mendapati pendekatan mengajar bacaan peringkat awal terdiri daripada: a. Pendekatan binaan kaedah abjad dan sukukata.b. Pendekatan cerakinan kaedah perkataan dan kaedah ayat.

    Begitu juga dengan kajian yang telah dijalankan oleh Isahak Haron (1980) mengenai kaedah gabungan bunyi sukukata. Kaedah ini cuba menggabungkan ciri-ciri dalam kaedah fonik dengan kaedah seluruh perkataan.Ini adalah kerana mengambil kira bahawa sistem ejaan Bahasa Melayu adalah fonemik di mana satu huruf boleh dikatakan melambangkan satu bunyi. Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah lebih fonemik dan lebih sistematik berbanding dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris. Menurut Isahak Haron lagi, kebanyakan perkataan Melayu adalah jelas sukukatanya. Tiaptiap perkataan Bahasa Melayu dengan mudah ditentukan sukukata yang membentuk sesuatu perkataan. Beliau mencadangkan kaedah ini digunakan untuk mengajar membaca terutama kepada kanak-kanak yang sudah boleh bercakap Bahasa Melayu . Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan guru boleh terus mengajar murid-murid membaca dengan memperkenalkan beberapa bunyi huruf vokal dan konsonan, menggabungkannya menjadi sukukata dan kemudiannya terus membentuk perkataan,supaya murid boleh membaca perkataan-perkataan dan frasa yang bermakna. Sebagai permulaan, guru boleh memperkenalkan bunyi beberapa vokal yang mudah seperti a, i, u. Kemudian memperkenalkan bunyi huruf konsonan seperti k, seterusnya menggabungkan bunyi konsonan k dengan bunyi vokal menjadi sukukata ka, ki, ku dan mencantumkan sukukata-sukukata itu menjadi perkataan yang bermakna seperti kuku, kaki dan frasa seperti kuku kaki Aki.

    11

  • Menurut Zulkifley (1990), terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik , mentalis dan behavioris. Kewujudan dua paradigma ini telah memberi implikasi besar kepada pelbagai bidang linguistik termasuk pengajaran membaca. Pendekatan pengajaran membaca bagi golongan behavioris adalah berasaskan prinsip pembelajaran sintesis atau membina. Pendekatan ini berpegang kepada konsep bahawa pembelajaran mesti bermula daripada unsur-unsur bahasa yang kecil kepada unsur-unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran bacaan permulaan, murid-murid akan diperkenalkan dengan bentuk-bentuk abjad atau sukukata terlebih dahulu sebelum diajar membaca perkataan-perkataan yang tidak bermakna. Menurut Zulkifley lagi antara kaedah-kaedah pengajaran yang berpegang kepada pendekatan ini antaranya ialah Kaedah Abjad dan Kaedah Sukukata. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Chall (1987) beliau telah membuat kajian membandingkan antara kaedah fonik dan kaedah pandang sebut, ia memperlihatkan bahawa pendekatan fonik pada peringkat awal telah menghasilkan kefahaman dan kadar kecepatan yang tinggi pada peringkat permulaan gred 1 berbanding dengan kaedah pandang sebut, tetapi mereka ini mencapai kefahaman bacaan yang lebih baik pada penghujung gred 2. Hipotesis yang dibuat olehnya, jika diberikan masa secukupnya, pendekatan fonik lebih menguntungkan bukan sahaja untuk mengenal perkataan tetapi juga untuk memberi kefahaman kepada murid. Dolores Durkin (1982) mengkaji cara menyampaikan pengajaran bacaan berdasarkan Kaedah Fonik dan teori linguistik berjodol Phonics and the Teaching of Reading. Hasil kajian

    mendapati langkah-langkah lebih praktikal mengajar bacaan berdasarkan Kaedah Fonik. Ia juga menekankan kepada latih tubi bunyi suku kata yang terdiri daripada perkataan. Di samping perhatian murid ditumpukan kepada hubungan huruf bunyi.

    12

  • Gray (1989) dan Venezky (1986) dalam kajian mereka menyatakan, beberapa kaedah pengajaran membaca pada peringkat permulaan yang boleh digunakan untuk mengajar membaca Bahasa Melayu kepada kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 7 tahun antaranya ialah kaedah abjad dan kaedah gabungan bunyi sukukata. Kajian oleh Gates (1928) dan Steinberg pada tahun (1978) (dalam Steinberg, 1982:197) jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat membaca dengan lebih cepat jika pengajaran

    dimulakan dengan unsur-unsur yang bermakna berbanding dengan pengajaran yang bermula dengan unsur-unsur yang tidak bermakna. Soderbergh (1971) dan Weeks (1981) (dalam Steinberg, 1982:199) mendapati bahawa nilai bunyi bagi setiap huruf dapat dipelajari tanpa diajar tetapi cuma melalui pembelajaran perkataan-perkataan utuh sahaja. Huruf-huruf abjad tidak perlu diperkenalkan satu persatu menurut urutan yang tetap tetapi dipelajari serentak dengan pengenalan bentuk-bentuk perkataan yang utuh. Bukti yang paling kukuh datangnya daripada kajian yang dilakukan oleh Steinberg dan Yamada (dalam Steinberg, 1982:197). Dalam kajian ini Steinberg dan Yamada membandingkan kecepatan pembelajaran mengenali lambang terlebih dahulu dikalangan kanak-kanak Jepun. Mereka cuba mengenal pasti yang mana lebih cepat dipelajari, tulisan kana (bermakna) atau tulisan kanji (tidak bermakna). Hasil daripada kajian mereka menunjukkan kanak-kanak yang belajar membaca dengan menggunakan tulisan kana dapat membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak yang belajar membaca dengan menggunakan tulisan kanji. Kajian ini telah membuktikan bahawa pengajaran yang bermula dengan unsur-unsur yang bermakna (huruf dan sukukata) adalah lebih efektif berbanding dengan pengajaran yang bermula dengan unsur yang tidak bermakna.

    13

  • Haslina (2004), dalam kajiannya telah meninjau beberapa aspek kelemahan murid pemulihan seperti ingatan murid terhadap huruf abjad, ingatan murid terhadap bunyi vokal dan ingatan murid terhadap bunyi sukukata. Menerusi program yang dijalankan itu, jelas dapat membantu murid-murid pemulihan menguasai kemahiran membaca petikan mudah sukukata KVKVK sebanyak 66% dalam tempoh 3 bulan P& P dijalankan. Murid yang bersikap pasif telah berusaha memperbaiki diri kearah memiliki konsep kendiri yang positif.Dengan berbantukan bahan bantu mengajar yang relevan dengan perkembangan semasa seperti penggunaan ICT di samping penggunaan bahan-bahan maujud telah berjaya merubah sikap pelajar-pelajar pemulihan kearah bersikap inovatif dan kreatif. 2.3 Ringkasan Daripada tinjauan literatur telah dibuat, keberkesanan kaedah membaca secara abjad dan sukukata memang baik. Didapati bahawa kajian yang dilakukan oleh pengkaji ada sedikit persamaan dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji sebelumnya. Dengan ini diharapkan tinjauan hasil kajian yang lepas akan membantu pengkaji melaksanakan kajian di sekolah nanti.

    14

  • BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.0 Pengenalan. Bab ini akan membincangkan beberapa strategi,kaedah dan langkah-langkah yang diambil sewaktu melaksanakan kajian seperti rekabentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, pemilihan lokasi, prosedur analisis data serta pengumpulan dan pemprosesan data. 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah satu kajian tindakan berasaskan sekolah yang menggunakan pengujian kertas dan pensel dan senarai semak. Dalam rekabentuk ini subjek kajian ini diberi ujian pra sebelum rawatan dan ujian pos selepas rawatan.Untuk mendapatkan maklum balas keberrkesanan terhadap pendekatan yang digunakan satu set soal selidik mudah diberikan untuk dijawab oleh subjek kajian. Rekabentuk dan prosedur kajian dijelaskan melalui rajah berikut:

    15

  • Rekabentuk kajian

    Rekabentuk kaji

    Kumpulan yang dipilih ( 1kumpulan subjek kajian)

    Ujian Pra

    Rawatan (pendekatan secara terus)

    Ujian pos

    Soal selidik 16

  • Rajah: 1 Rajah menunjukkan rekabentuk kajian eksprimen Tak Berkumpulan Kawalan-ujian pra-ujian pos-satu kumpulan

    3.2 Populasi dan Sample Kajian

    Murid yang difokuskan ialah murid murid down sindrom di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di sebuah sekolah di Seberang Perai. Responden kajian dengan bilangan seramai 6 orang. Murid yang dipilih secara rawak adalah murid yang tidak boleh menguasai kemahiran KVKV dan hanya mengenal abjad dan tahu akan pengkelasan konsonan dan vokal sahaja.

    3.3 Instrumen

    Pengutipan data kajian memerlukan instrumen

    kajian yang sesuai untuk menjawab

    persoalan kajian. Bagi tujuan perlaksanaan kajian ini, pengkaji menggunakan borang maklumat murid, borang soal selidik , ujian pra dan ujian pos. 3.3.1 Borang Maklumat Diri Murid

    17

  • Pengkaji membina soalan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang murid seperti jantina, pencapaian akademik, tahap kebolehan murid dari aspek bacaan.Soal selidik ini mengandungi 10 soalan. 3.3.2 Soal selidik Satu set soal selidik yang mudah diberikan kepada subjek kajian untuk mendapatkan maklumat tentang amalan pembacaan murid dirumah.Item soal selidik juga dibina untuk menilai sejauhmana penerimaan murid terhadap pendekatan pengajaran kaedah abjad dan sukukata. Item soal selidik juga dibina untuk mendapatkan maklumat tentang kemungkinan faktor lain dirumah(seperti kelas tuisyen) mempengaruhi penguasaan bacaan murid atau tidak.

    3.3.3 Ujian pra dan ujian pos

    Ujian pra dijalankan sebelum rawatan diberikan kepada sampel kajian. Selepas kajian dijalankan untuk suatu tempoh masa yang ditetapkan maka ujian pos pula menyusul untuk mengenalpasti sejauh mana kaijian yang dijalankan menepati objektif dan sasaran. Ujian pra dan Ujian pos terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Bahagian A (20%) Bahagian ini mengandungi 5 soalan berhubung dengan kemahiran mengenal huruf vokal berpandukan gambar. Bahagian B (40%)

    18

  • Bahagian ini mengandungi 10 soalan. Murid diminta memadan sukukata dan menulis perkataan yang bermakna. Bahagian C (40%) Bahagian ini merupakan ujian bacaan keatas 10 perkataan yang mengabungkan huruf vokal dengan konsonan K danM.

    3.4 Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan sebelum kajian sebenar bertujuan untuk menguji kesahan dan

    kebolehpercayaan instrumen. Menurut Mohd. Najib (2003), kajian rintis ialah satu aktiviti yang penting bagi setiap kajian tinjauan. Selain daripada menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, ia juga digunakan untuk menguji kaedah terbaik mengenal sampel dan kesesuian kaedah analisis.

    Kajian rintis bertujuan untuk:1. Mengetahui sejauh mana kesesuaian sesuatu penggunaan instrumen kepada

    responden kajian. Ianya merujuk kepada penggunaan istilah, struktur ayat dan penyusunan serta gubahan pada soalan soal selidik yang diedarkan responden. 2. Memastikan responden memahami setiap pernyataan dan soalan kajian yang digunakan di dalam soal selidik yang diedarkan.

    19

  • Dalam kajian ini, pengkaji tidak melaksanakan kajian rintis kerana pengkaji telah menggunakan instrumen soal selidik dan ujian yang dijalankan oleh kelas PKBP disekolah yang dikaji. Pengkaji telah melakukan sedikit pengubahsuaian mengikut latar belakang responden. 3.5 Prosedur Pengumpulan Data Setelah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, pengkaji akan bertemu dengan guru besar sekolah yang dipilih untuk kebenaran menjalankan kajian. Pengkaji akan bertemu dengan guru pendidikan khas bagi membincangkan masa untuk menjalankan kajian. Pengkaji juga telah menetapkan beberapa langkah yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan penyelidikan kajian ini. Disini dinyatakan langkah-langkah yang perlu dijalankan iaitu: 1. Pengkaji membuat penetapan tentang tempat penyelidikan yang hendak dijalankan dan mengenal pasti populasi dan sampel kajian.2. Mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah untuk melaksanakan kajian tersebut

    disekolah yang dipilih. 3. Mengedar dan seterusnya menjalankan kaji selidik serta ujian pra dan pos kepada responden-responden yang terlibat. 4. Data yang diperolehi dari kaji selidik dan ujian akan dianalisis berdasarkan item yang terdapat di dalamnya. 5. Pengkaji membuat penulisan laporan mengenai kajian yang dijalankan dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

    20

  • 3.6 Cara Penganalisa Data

    Data-data yang telah diperolehi akan dianalisis. Pengkaji menggunakan kaedah statistik diskriptif yang menggunakan peratusan untuk menentukan beberapa perkara seperti:1. Tahap penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid dowm sindrom.

    2. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian tahap penguasaan asas membaca secara kaedah abjad dan sukukata. 3. Masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam usaha untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. 4. Skop kelemahan murid-murid dalam kemahiran membaca. 3.7 Ringkasan Bab ini telah menghuraikan tentang metodologi termasukalah rekabentuk kajian, populasi dan sampel, prosedur atau perjalanan kajian, bagaimana data dikutip, instrumen dan tatacara penganalisa data. Diharapkan data-data yang diperolehi akan dapat membantu pengkaji meninjau sejauh mana murid-murid bermasalah pembelajaran khususnya murid down sindrom dapat menguasai kemahiran membaca melalui pendekatan pengajaran secara kaedah abjad dan sukukata.

    BAB 4

    21

  • ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan

    Bab ini akan menjelaskan tentang profail responden kajian dan juga huraian daripada data-data yang terkumpul melalui soal selidik, ujian pra dan juga ujian pos. Maklumat daripada data-data ini akan dianalisis berdasarkan perkara-perkara yang berikut.

    4.1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kemahiran membaca di kalangan

    murid-murid down sindrom. a.Latar belakang responden 1. Tempat tinggal murid 2. Kedudukan dalam keluarga 3. Bilangan adik-beradik 4. Penjaga murid

    b.Latar belakang ibubapa/penjaga 1. Taraf pendidikan 2. Pekerjaan 3. Jumlah pendapatan keluarga

    22

  • 4. Umur 5. Kekerapan membeli bahan bacaan

    4.1.2 4.1.3

    Tahap penguasaan kemahiran asas murid dari aspek kemahiran membaca. Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan murid.

    4.2 PROFIL RESPONDEN Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah Kebangsaan Hashim Awang di Kepala Batas, Seberang Perai. Ia melibatkan 6 orang murid down sindrom bermasalah pembelajaran yang berusia diantara 10 tahun dan 12 tahun. Murid-murid ini terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan 3 orang murid lelaki.

    Kategori Down Sindrom

    Lelaki 4

    Perempuan 2

    Jadual 4.1: Kategori profail responden

    4.3 Laporan Dapatan Kajian Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kemahiran membaca di kalangan murid-murid down Sindrom.

    23

  • 4.3.1

    Latar Belakang Responden

    Bilangan Adik Beradik 1 hingga 2 orang 3 hingga 4 orang 5 hingga 6 orang Melebihi 7 orang

    Kekerapan (f) 2 3 1

    Peratus % 33,3 50 16.7

    Jadual 4.2: Bilangan adik-beradik

    Jadual diatas menunjukkan bilangan adik beradik responden keluarga. Didapati 33.3% respondon mempunyai bilangan adik beradik seramai 3 hingga 4 orang. 16.7% menunjukkan responden mempunyai adik beradik melebihi dari 7

    orang.Manakala 3orang iaiatu 50% mempunyai 5 hingga 6 adik-beradik.

    Penjaga Responden

    Kekerapan

    Peratus %24

  • Ibubapa Datuk/Nenek Ibu/Bapa saudara Lain-lain

    4 1 1 -

    66.6 16.6 16.6 -

    Jadual 4.3 : Penjaga Responden

    Jadual 4.3 menunjukkan taburan dan peratus penjaga responden. Hasil kajian mendapati 4 orang murid tinggal dengan ibubapa. Manakala 16.6% pula tingggal dengan datuk/nenek atau ibu/bapa saudara.

    Tempat Tinggal Kampung Bandar Pekan

    Kekerapan 5 1

    Peratus % 83.3 16.625

  • Jadual 4.4 : Tempat tinggal Responden Jadual 4.4 menunjukkan tempat tinggal responden. Daripada data didapati 5 responden dengan 83.3% tinggal di kawasan kampung. Seorang responden dengan peratus 16.6% tinggal di kawasan pekan.

    4.3.2

    Latar belakang Keluarga

    Umur

    Ibu

    Peratus %

    Bapa

    Peratus %

    Datuk/ Nenek/ Penjaga

    Peratus %

    26

  • 20 - 30 tahun 31 40 tahun 41 50 tahun Lebih daripada 50 tahun

    2 1 3 -

    33.3 16.6 50 -

    2 1 1 2

    33.3 16.6 16.6 33.3

    1

    16.6

    Jadual 4.5 : Umur Ibubapa/Penjaga Jadual 4.5 jelas menunjukkan umur ibubapa responden. Didapati 33.3 % atau 2 orang ibu responden berumur dari 20 - 30 tahun. Seorang ibu responden atau 16.6% berusia dalam lingkungan 31- 40 tahun. Data juga menunjukkan seorang responden tinggal bersama datuk/nenek yang berusia sudah lebih daripada 50 tahun.Dua orang bapa responden berusia dalam lingkungan 20 30 tahun. Baki 33.3% lagi bapa responden berusia lebih daripada 50 tahun. Seorang bapa responden berusia dalam lingkungan 31 40 tahun dan 16,6% bapa responden berusia dalam lingkungan 41 50 tahun.

    Taraf pendidikan

    Bapa

    Peratus

    Ibu

    Peratus

    Datuk/ nenek/

    Peratus

    Tidak bersekolah Sekolah Rendah Sekolah menengah Institut Pengajian Tinggi Lain-lain

    1 3 2 -

    16.6 50 33.3 -

    3 3 -

    16.6 75 -

    Penjaga 1 -

    -

    27

  • Jadual 4.6: Taraf Pendidikan Ibubapa/Penjaga Jadual 4.6 menunjukkan taraf pendidikan ibubapa/penjaga. Daripada data didapati 3 orang bapa responden hanya menerima pendidikan rendah atau 50% manakala 2 orang bapa responden menerima pendidikan diperingkat menengah. Manakala seorang saja waris

    responden tidak pernah bersekolah. Di dapati 3 orang ibu responden menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah iaitu kira-kira 50% dan 3 orang ibu responden menerima

    pendidikan sehingga sekolah menengah. Seorang datuk responden tidak pernah menjejakkan kaki dibangku sekolah.

    Jadual 4.7 : pekerjaan Ibu/bapa/Penjaga Pekerjaan Bapa Peratus 16.6 33.3 33.3 16.6 Ibu 3 1 2 Peratus 50 16.6 33,3 Datuk/Nenek Peratus Penjaga 1 16,6 -

    Kakitangan 1 kerajaan Kakitangan 2 swasta Bekerja sendiri Tidak bekerja 2 1

    28

  • Jadual 4.7 menunjukkan pekerjaan ibubapa responden.Data menunjukkan seorang bapa responden bekerja sebagai kakitangan kerajaan iaitu 16.6%. 2 orang bapa responden juga bertugas sebagai kaki tangan swasta. Seterusnya 2 orang bapa responden bekerja sendiri iaitu kira-kira 33.3%. Seorang bapa responden tidak bekerja.Data juga menunjukkan 3 orang ibu responden bekerja sebagai kakitangan swasta iaitu kira-kira 50%. Seorang ibu responden bekerja sendiri. Manakala dua orang ibu responden tidak bekerja iaitu kira-kira 33.3%.. Seterusnya datuk/ nenek seorang responden bekerja sendiri iaitu kira-kira 16.6%.

    Jadual 4.8: Membeli Bahan Bacaan di Rumah Membeli Bahan Bacaan Sangat kerap Kerap Sederhana kerap Sekali-sekala Tidak pernah kekerapan 1 2 3 Peratus 16.6 33.3 50

    Jadual 4.8: Membeli Bahan Bacaan Di Rumah. Jadual 4.8 menunjukkan kekerapan ibubapa membeli bahan bacaan . Didapati seorang ibubapa responden membeli bahan bacaaan dirumah dalam kadar sederhana kerap iaitu 16.6%. Manakala 3 orang ibubapa responden iaitu 50% tidak pernah membeli bahan bacaan untuk anak-anak mereka di rumah. Data juga menunjukkan 2 orang ibubapa responden iaitu 33.3% sekali sekala membeli bahan bacaan untuk anak-anak mereka.

    29

  • 4.3.3 Tahap penguasaan kemahiran asas murid dari aspek kemahiran membaca

    Jadual 4.9: Tahap Penguasaan kemahiran Asas membaca ujian pra Perkara yang dinilai Mengenal dan membunyikan huruf vokal Bilangan Peratus % 4 66.6 Mengenal dan membunyikan sukukata (konsonan k) 3 50 Mengenal dan membunyikan sukukata (konsonan m) 2 33.3 Menyusun dan menulis sukukata 1 16.6

    Jadual 4.10: Tahap PenguasaanKemahiran Asas Membaca Ujian pos Perkara yang dinilai Mengenal dan membunyikan huruf vokal Bilangan Peratus 6 Mengenal dan membunyikan sukukata (Konsonan k) 6 Mengenal dan membunyikan sukukata (konsonan m) 6 Menyusun dan menulis sukukata 4

    30

  • %100

    100

    100

    66.6

    Dapatan daripada analisis yang dijalankan , didapati bilangan peratus penguasaan membaca selepas ujian pos mencapai sehingga 100% dengan bilangan 6 orang murid dalam dua kemahiran yang dinilai. Mereka telah dapat mengenal dan huruf vokal dengan baik serta

    dapat mengenal dan membunyikan sukukata konsonan k dan m dengan baik. Dalam kaedah abjad dan sukukata mendapat 100% dari segi mengenal dan membunyikan huruf. murid telah menguasai aspek mengenal dan membunyikan sukukata . Sementara itu, dari aspek menyusun dan menulis sukukata pula, kaedah eksprimen menunjukkan peratus sebanyak seorang murid telah menguasai kemahiran ini. dengan

    4.3.3 Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan murid. Bil 1. 2. 3. 4. Jenis Kad gambar Kad huruf Kad sukukata ICT (Power point)

    Jadual 4.11: Bahan bantu mengajar Berdasarkan jadual 4.11 guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai .Dengan menggunakan kaedah yang pelbagai akan dapat membantu murid dapat menguasai abjad vokal dan konsonan dengan baik dan sempurna

    4.4 Ringkasan

    31

  • Daripada data dan analisis yang dijalankan dapat dinyatan bahawa kaedah abjad dan sukukata akan dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi murid dalam bacaan Bahasa Melayu.

    BAB 5

    RUMUSAN,PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    5.0 PENDAHULUAN

    Bab ini mengandungi empat bahagian yang berhubung dengan rumusan hasil kajian, perbincangan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian dan cadangan kajian lanjutan. Pengkaji telah mengumpul data dan maklumat serta menumpukan terhadap kajian yang dilakukan berdasarkan konsep kajian bacaan secara abjad dan sukukata. Dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji telah dapat melihat keberkesanan kaedah pembelajaran ini di mana ia telah memberi satu kesan yang besar terhadap prestasi akademik dan sikap murid tersebut. Dalam kajian ini, ia telah berjaya membuktikan bahawa pembelajaran kaedah abjad dan sukukata dapat meningkatkan prestasi dan juga minat murid-murid.

    32

  • 5.1 RUMUSAN HASIL KAJIAN Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa perkara untuk meningkatkan lagi kemahiran membaca di kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan membaca dikalangan murid-murid tersebut. a.Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan asas membaca?. b.Apakah faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran asas membaca di kalangan murid-murid melalui kaedah abjad dan sukukata? c. Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai untuk murid down sindrom? Kajian ini telah dijalankan secara membuat tinjaun kepada guru dan juga murid itu sendiri. Kajian ini dijalankan kepada 6 orang murid bermasalah pembelajaran dengan kerjasama guru pendidikan khas yang mengajar kanak-kanak ini. Maklumat daripada hasil kajian didapati daripada responden, guru , temubual, soal selidik serta melalui ujian pra dan ujian pos. Data yang diperolehi diproses secara deskriptif dengan menggunakan kaedah peratusan. Dapatan daripada hasil kajian mendapati terdapat beberapa sebab yang mempengaruhi tahap pencapaian kemahiran membaca di kalangan murid-murid bermasalah ini. Faktor individu dan juga keluarga merupakan faktor utama kearah masalah ini. Diantara faktor-faktor individu ialah bilangan adik beradik, kedudukan dalam keluarga, penjaga murid dan kedudukan tempat tinggal murid. Hasil kajian mendapati anak-anak yang mempunyai adik-beradik yang ramai selalu menghadapi masalah di dalam pembelajaran , kerana kurangnya tumpuan ibubapa kepadanya. Dia kurang mendapat bimbingan belajar yang sempurna. Ibubapa akan lebih memberi tumpuan kepada anak pertama , kedua dan ketiga sahaja.

    33

  • Dari kajian ini juga mendapati bagi anak-anak yang tinggal bersama nenek , juga mengalami masalah dalam membaca. Tiada langsung perhatian dari ibu bapa menyebabkan prestasi mereka semakin menurun dan lemah. Seterusnya dapatan kajian juga mendapati faktor keluarga seperti umur, taraf pendidikan, jenis pekerjaan, jumlah pendapatan ibubapa/penjaga .Bagi ibubapa yang tua kurang memberi tumpuan kepada anak-anak untuk membaca dengan baik. Selain dari itu, taraf pendidikan ibubapa yang rendah juga menyumbang kearah pemasalahan ini. Kebanyakan ibubapa yang bekerja tidak mempunyai banyak masa untuk bersama anakanak. Disamping itu dengan jumlah pendapatan yang kecil mereka tidak mampu untuk men yediakan bahan bacaan yang sempurna kepada anak-anak dirumah.Anak-anak Cuma mengharap kepada buku-buku di sekolah atau dipinjam dari perpustakaan. Daripada hasil kajian, jelas menunjukkan murid-murid telah berjaya menguasai kemahiran utama dalam kemahiran membaca seperti kemahiran mengenal dan membunyikan sukukata , huruf vokal ,membunyikan sukukata dan kemahiran menyusun dan menulis sukukata atau perkataan yang bermakna. Seterusnya kajian juga mendapati penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dapat menarik minat murid-murid terutama sekali kanak-kanak down sindrom semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Penggunaan ICT misalnya telah dapat merangsang murid-murid untuk lebih memahami kaedah abjad dan sukukata dengan lebih baik.

    5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Perbincangan kajian ini dibuat adalah berasaskan objektif iaitu mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian kemahiran membaca di kalangan murid-murid down sindrom. Antara penyebab utama berlakunya permasalahan ini ialah faktor individu sendiri, dan juga keluarga . 5.2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian tahap penguasaan asas membaca dikalangan murid-murid down sindrom.

    34

  • Kajian ini mendapati terdapat beberapa faktor yang memberi kesan kepada tahap penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid bemasalah pembelajaran down sindrom ini. Selain dari itu masalah kesihatan juga

    dikenalpasti merupakan punca kepada permasalahan ini. Dapatan daripada kajian ini menyokong pendapat Gulliford (1996), yang mengatakan gamgguan organik (faktor kesihatan) adalah satu faktor yang menyebabkan berlakunya masalah pembelajaran. Kajian ini juga turut bersetuju dengan kajian yang dijalankan oleh aorlando da Lynch yang menyebut bahawa persekitaran juga menyumbang kerah masalah pembelajaran. 5.2.2 Tahap penguasaan kemahiran asas membaca melalui kaedah abjad dan sukukata.

    Kajian ini mendapati teknik bacaan secara abjad dan sukukata lebih memberi kesan positif kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid menun jukkan pencapaian sehingga 100% dari aspek mengenal huruf vokal dan membunyikan huruf vokal dan konsonan. Begitu juga berlaku peningkatan dari aspek mengenal dan membunyikan sukukata . Dapatan kajian ini menyokong pendapat Prof,.Isahak Harun, yang mendapati Bahawa kebolehan murid-murid mengenal huruf vokal dan konsonan, membunyikan sukukata dan seterusnya membaca perkataan yang bermakna akan membantu murid dapat membaca dengan lebih cepat.Oleh yang demikian teknik membaca secara abjad dan sukukata amat sesuai dilaksanakan kepada murid-murid bermasalah pembelajaran.

    5.2.3

    Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan murid.

    Kajian ini mendapati jika guru menggunakan bahan bantu mengajar pada setiap kali sesi pengajarran, kefahaman murid semakin bertambah.Dengan ini akan mempecepatkan lagi penguasaan murid dalam aspek membaca.Kad-kad bacaan yang berwarna warni, dengan gambar dan huruf yang besar akan dapat35

  • merangsang minda murid dalam menguasai pelajaran.Begitu juga dengan penggunaan ICT akan memberikan satu impak yang lebih berkesan, kerana alatalat dan bahan ini dapat dipelbagaikan dengan bermacam cara yang menarik.

    5.3 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN Menerusi kajian ini juga didapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi murid- murid bermasalah di dalam menguasai kemahiran membaca .Antaranya ialah faktor keluarga, persekitaran dan juga genetik. Faktor keluarga seperti sikap ibubapa, umur, taraf pendidikan pekerjaan telah menyebabkan berlakunya masalah membaca di kalangan murid-murid. Seterusnya dari hasil kajian juga mendapati pengaruh persekitaran samada di sekolah maupun rumah turut mempengaruhi tahap kemajuan murid. Dirumah penyediaan bahan bacaan yang menarik dapat menarik minat murid untuk membaca. Begitu juga dengan kawasan bilik darjah sekolah sentiasa ceria. Demikian juga jika dilihat faktor genetik. Baka yang sihat akan melahirkan zuriat yang

    cergas dan cerdas. Ibubapa yang sihat dari segi fizikal, mental dan emosi akan melahirkan anak yang sempurna dan cerdas. Jika ibubapa bermasalah maka anak juga turut sama menerima akibatnya secara tidak langsung.Oleh yang demikian boleh dikatakan bahawa masalah kesihatan juga menyumbang kearah permasalahan pembelajaran kepada kanakkanak. Peranan guru juga amat penting dalam murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.Pelbagai kaedah penyampaian guru didapati berjaya menarik minat murid untuk terus menguasi kemahiran membaca dengan baik.36

  • Selain dari itu, kajian ini juga mendapati kaedah pengajaran dan pembelajaran secara abjad dan sukukata berjaya mengatasi masalah membaca di kalangan murid-murid down sindrom. Melalui kaedah ini murid berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran ini dalam tempoh yang singkat. Ini kerana kaedah tradisi menghafal dan mengenal kesemua huruf abjad dahulu sebelum boleh membaca, membuang masa dan menyekat minat murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca.

    Dapatan-dapatan daripada kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat beberapa masalah yang menggangu murid-murid bermasalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran membaca.Dengan ini dicadangkan beberapa isu yang boleh dilaksanakan dalam mengatasi masalah ini.1. Peranan murid bermasalah pembelajaran (Down Sindrom)

    Murid dapat dapat membina konsep yakin dengan diri sendiri dan selalu membaca Bahasa Melayu.

    2. Peranan ibubapa /Penjaga Ibubapa perlu sentiasa memberi bimbingan kepada murid mengikut kemampuan mereka. Selalu memberi sokongan dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah.

    3. Peranan guru Guru perlu bijak mempelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran. Memastikan murid menguasai sepenuhnya kemahiran membaca.

    37

  • 4. Peranan Pentadbir Dapat menyediakan satu prasarna dan kelengkapan yang sesuai. Merancang aktiviti atau program yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

    5. Peranan Masyarakat Masyarakat perlu mengubah tanggapan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Memberi peluang kepada murid-murid ini menunjukkan kebolehan dan kemampuan mereka.

    6. Peranan kerajaan Dapat memberi peluang kepada guru , pentadbir dan murid menambah pengetahuan dan kemahiran.Memberi perkhidmatan nasihat dan kaunseling.Memberi ganjaran atau intensif kepada guru yang mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran.

    5.4

    CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

    Hasil dapatan data-data dan juga maklumat mungkin kurang tepat apabila kajian dijalankan kerana kekangan masa dan perkara-perkara yang lain.Adalah perlu jika kajian lanjutan dapat dijalankan bagi mendapatkan satu hasil yang lebih baik dan meyeluruh. Biasanya, kajian yang dapat dilaksanakan secara berterusan dan meliputi pelbagai perkara akan dapat memberikan input yang bernas dan lebih telus. Di dapati bahawa kajian mengenai masalah penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran (down sindrom) masih kurang dijalankan. Justeru itu, beberapa kajian lanjutan dicadangkan untuk memantapkan lagi dapatan kajian dalam bidang ini. Antaranya termasuklah:

    38

  • 1. Konsep kendiri atau sikap murid-murid bermasalah pembelajaran (down sindrom)

    yang dihadapi. 2. Pandangan, perhatian dan tanggungjawab ibubapa atau penjaga dalam usaha membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini dalam menguasai kemahiran membaca. 3. Sumbangan dan peranan masyarakat terhadap kanak-kanak bermasalah pembelajaran. 4. Meningkatkan jumlah sample sekolah bagi mendapatkan kesahan yang tinggi.

    5.7 PENUTUP Murid-murid bermasalah pembelajaran (down sindrom) juga perlu diberi peluang dan ruang untuk mereka menimba ilmu pengetahuan. Ini kerana mereka juga merupakan modal insan yang perlu diterokai dari segi potensi dan bakat yang ada pada mereka. Justeru itu sokongan daripada semua pihak amat diperlukan agar murid-murid bermasalah pembelajaran ini berjaya menuju ke arah kecemerlangan.

    39

  • perhubungkaitan diantara kemahiram secara biasa

    40

  • 41