37
TAMADUN CINA

1) Tamadun China (Akc)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

china

Citation preview

TAMADUN CHINA

TAMADUN CINA

Latar Belakang Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M.

Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin.Memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

INTERAKSI TAMADUN CHINAAspekBahasaSains dan teknologiKesenianKesusasteraanNilai-nilai universal

Bahasa1. Sistem tulisanTulisan Cina atau juga dikenali sebagai Hanzi merupakan antara tulisan yang tertua di dunia.Tulisan Cina adalah berdasar satu-satu huruf.Bahasa Cina mengandungi lebih kurang 5 000 patah perkataan dan bukan kesemua orang tahu semua perkataan ini.Secara umumnya, kebanyakan orang hanya tahu lebih kurang 3 000 patah perkataan sahaja.

Rajah 1: Contoh Tulisan Oracle

Dinasti Shang (1600 - 1100 S.M.)Munculnya ideografDijumpai pada tulang binatang atau kulit kura-kuraDikenali sebagai jiaguwen atau The oracle bone scriptMemberi satu makna pada mulanyaDicantum dan memberi makna baharu pada lewat dinasti ini.Dinasti Barat Zhou (1100 - 771 S.M.)Munculnya tulisan Zhou bronze scriptDiukir pada alat-alat gangsaDinasti Zhanguo (475 - 221 S.M.)Ditukar kepada Warring states script

Dinasti Qin (221 - 207 S.M.)Seal script munculMerupakan tamatnya tulisan Cina lama, guwenzi atau ancient scriptMengalami perubahan revolusi dalam tulisan CinaDinasti Han (206 S.M.)Merupakan titik permulaan sistem tulisan Cina baharu, iaitu Clerical script yang merupakan asas sistem tulisan Cina pada masa ini, iaitu HanziSistem tulisan yang berkembang dan lebih bersistematikPenulisan Cina dipermudahkanSistem strok diperkenalkanTerdapat 11 strok asas dalam tulisan ini dan ditulis secara berurutan yang tetap

Sains dan teknologiTeknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina.

Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.Kertas ini diperbuat daripada pokok yang dikenali sebagai pokok pulpa.

Semasa Dinasti Tang, mercun telah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk tujuan peperangan

Rajah 1: Bahan letupan

Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebenarnya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja.Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.

KesenianMempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain. Contohnya:Tembok Besar China. Dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.

Bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah limpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja.

Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan. Mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan.Namun, bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat.

Kesenian kaligrafi dan seni lukis tradisionalKaligrafi Cina merupakan seni khas yang menggunakan berus Cina. Asas kaligrafi terdiri daripada garis dan bentuk. Kaligrafi menekankan keharmonian, keseimbangan dan momentum semasa menulis. Seni lukis Cina adalah sejenis seni penggunaan berus dan dakwaat Cina. Alatan yang digunakan termasuk berus, dakwat, batu dakwat dan kertas atau sutera.

Kesenian Kung FuSeni mempertahankan diri, kungfu China dikatakan berasal dari India dan diperkenalkan di kuil Shaolin semasa penyebaran agama Buddha.Kuil Shaolin dikatakan sebagai tempat berkembangnya seni kungfu dan menghasilkan pelbagai cabangan seni seperti wu dang, er mei dan hua shan. Pelbagai jenis senjata digunakan seperti pedang, kayu dan tali.

KesusasteraanAjaran KonfusionismeAjaran Taoisme

Ajaran KonfusionismeDiasaskan oleh Confucius Lahir sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun,telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya. Masyarakat China menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan.

Tokoh Conficius disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat.

Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Lahir di negeri Chu sekitar tahun 604 S.M.Pernah bekerja di negeri Chou. Juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Hasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama.

Konsep Yin-YangAjaran Taoisme

Ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

MASYARAKAT ISLAM DI CHINANilai-nilai universal

Agama Islam disebarkan ke negeri China sejak abad ke-7 M. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap agama bangsa lain.

Cara Kemasukan Islam ke ChinaTerdapat tiga versi kemasukan Islam ke China.

Versi PertamaDibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib). Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo.

Versi KeduaSemasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei. Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san.

Versi KetigaPimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd. 630 M, beliau tiba di Canton. Menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton. Sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se.

Hubungan Awal Arab-ChinaPada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi) melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan - tetapi gagal. Khalifah Uthman mengirim perwakilan - menyebutkan bantahan - Lalu, hubungan diplomatik diadakan. Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah Barat negeri China, memasuki Sinkiang dan Kansu. Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah disebarkan secara meluas di China.

Perkembangan Islam di ChinaPeringkat AwalTerdiri daripada pendatang Arab dan Parsi. Berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Petempatan orang Arab: Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton

Dinasti Tang (618 - 905 M)Mengikut catatan, sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam. 878 M, terdapat 120,000 orang asing - kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam. Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China

Dinasti Sung (960 - 1279 M)Aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas. Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas - manarik ramai pedagang Islam. Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.

Dinasti Yuan (1127 - 1368 M)Para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya. Semasa Kublai Khan - 12 orang panglima beragama Islam. Abdul Rahman - pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara. Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya).

Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam. Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam. Jamaludin - tokoh sains dan astronomi Islam. Telah mencipta Wan-nien-li. Mengikut Ibn Battutah - setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar, terdiri daripada Arab, India, Parsi - disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggir Canton dan Chang-an. Ulama besar: Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.

Dinasti Ming (1368 - 1644 M)Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam. Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism. Maharaja pertama - Chu Yuan Chang - Maharaja Huang Chu. Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking.

Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya. Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini - Bukti: Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya. Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui. Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.

Dinasti Ching (1644 - 1911 M)Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan China. Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su, Yunnan dan Shensi menyebabkan 11 juta orang Islam terkorban.

Sekian, terima kasih