57
Page 1 of 57 JADUAL SIJIL INDUK 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2. Jadual Manfaat : Delima Topas Zamrud Nilam Berlian Kematian (biasa) Peserta RM20,000 RM20,000 RM40,000 RM60,000 RM500,000 Keilatan Kekal & Menyeluruh (biasa) Peserta RM20,000 RM20,000 RM40,000 RM60,000 RM500,000 Kematian (kemalangan) Peserta RM40,000 RM40,000 RM80,000 RM120,000 RM1,000,000 Keilatan Kekal & Menyeluruh (kemalangan) Peserta RM40,000 RM40,000 RM80,000 RM120,000 RM1,000,000 Keilatan Kekal & Sebahagian (biasa dan kemalangan) Peserta Tiada Tiada Tiada Tiada RM100,000 Penyakit Kritikal (bayaran manfaat dipercepatkan) Peserta RM10,000 RM10,000 RM20,000 RM30,000 RM100,000 Manfaat Pendapatan Hospital Peserta RM20 sehari sehingga had maksimum 52 minggu sesuatu Penginapan RM20 sehari sehingga had maksimum 52 minggu sesuatu Penginapan RM40 sehari sehingga had maksimum 52 minggu sesuatu Penginapan RM60 sehari sehingga had maksimum 52 minggu sesuatu Penginapan RM200 sehari sehingga had maksimum 52 minggu sesuatu Penginapan Khairat Kematian: 1. Peserta RM18,000 2. Pasangan RM9,000 3. Anak RM2,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) Orang Dilindungi Peserta & Tanggungan RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak) Manfaat -manfaat Takaful Amaun Manfaat RM2,500 RM2,500

1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

  • Upload
    ngocong

  • View
    234

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 1 of 57

JADUAL SIJIL INDUK

1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2. Jadual Manfaat :

Delima Topas Zamrud Nilam Berlian

Kematian (biasa) Peserta RM20,000 RM20,000 RM40,000 RM60,000 RM500,000

Keilatan Kekal & Menyeluruh

(biasa)Peserta RM20,000 RM20,000 RM40,000 RM60,000 RM500,000

Kematian (kemalangan) Peserta RM40,000 RM40,000 RM80,000 RM120,000 RM1,000,000

Keilatan Kekal & Menyeluruh

(kemalangan)Peserta RM40,000 RM40,000 RM80,000 RM120,000 RM1,000,000

Keilatan Kekal & Sebahagian

(biasa dan kemalangan)Peserta Tiada Tiada Tiada Tiada RM100,000

Penyakit Kritikal (bayaran

manfaat dipercepatkan)Peserta RM10,000 RM10,000 RM20,000 RM30,000 RM100,000

Manfaat Pendapatan Hospital Peserta

RM20 sehari

sehingga had

maksimum 52

minggu

sesuatu

Penginapan

RM20 sehari

sehingga had

maksimum 52

minggu

sesuatu

Penginapan

RM40 sehari

sehingga had

maksimum 52

minggu

sesuatu

Penginapan

RM60 sehari

sehingga had

maksimum 52

minggu

sesuatu

Penginapan

RM200 sehari

sehingga had

maksimum 52

minggu sesuatu

Penginapan

Khairat Kematian:

1. Peserta RM18,000

2. Pasangan RM9,000

3. Anak

RM2,000 (setiap

anak - maksimum

3 orang anak)

Orang

Dilindungi

Peserta &

Tanggungan

RM1,000 (setiap anak - maksimum 3 orang anak)

Manfaat -manfaat Takaful

Amaun Manfaat

RM2,500

RM2,500

Page 2: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 2 of 57

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN SIJIL INDUK

I. DEFINISI Melainkan konteks menetapkan selainnya, definisi berikut akan diguna pakai: 1. “Punca Kemalangan” bermaksud kejadian secara tiba-tiba, tidak diduga, di luar jangkaan, luar

biasa dan khusus yang berlaku pada masa dan di tempat tertentu, yang bebas daripada sebarang sebab lain, menjadi punca utama kecederaan badan.

2. “Umur” bermaksud usia Peserta atau Tanggungan (jika berkenaan) pada harijadinya yang akan

datang; 3. “Amaun Manfaat” bermaksud amaun manfaat Takaful, seperti yang dinyatakan dalam Sijil

Takaful, yang akan dibayar dibawah Sijil Induk sekiranya berlaku kematian, KKM atau manfaat tambahan yang berkenaan yang dipilih

4. “Mana-Mana Satu Keilatan” bermaksud semua tempoh Keilatan yang timbul daripada punca

yang sama, termasuk sebarang dan semua kerumitan daripadanya, kecuali jika Orang Dilindungi pulih sepenuhnya dan tidak perlu rawatan lanjut (termasuk dadah, ubat, diet khas atau suntikan atau nasihat untuk keadaan tersebut) untuk Keilatan dalam tempoh sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari selepas tarikh terakhir keluar dari hospital dan Keilatan seterusnya yang timbul daripada punca asal yang sama hendaklah dianggap sebagai Keilatan baru.

5. “Serahan Hak” bermaksud pemindahan hak milik dan/atau manfaat Takaful di bawah Sijil Induk

ini kepada seseorang atau badan korporat.

6. “Tahun Sijil” bermaksud tempoh satu tahun merangkumi dua belas (12) bulan termasuk tarikh perlindungan Takaful mula berkuat kuasa dan sejurus selepas tarikh tersebut, atau tempoh satu (1) tahun selepas pembaharuan perlindungan Takaful atau pengeluaran Sijil yang telah diperbaharui;

7. “Anak” bermaksud anak Peserta yang belum berkahwin dan bergantung kewangan kepada

Peserta yang berumur di antara satu (1) hari dan lapan belas (18) tahun atau dua puluh sembilan (29) tahun;

8. “Sumbangan” bermaksud Sumbangan, seperti yang dinyatakan dalam Sijil Takaful, yang

dibayar oleh Peserta;

9. “Tempoh Bertenang” bermaksud Sijil Induk boleh dibatalkan oleh Pemegang Sijil Induk atas permintaan Pengendali, yang perlu dilakukan dalam masa lima belas (15) hari selepas diterima Pemegang Sijil Induk. Jika Sijil Induk dihantar melalui pos, ia hendaklah dianggap sebagai telah dihantar melalui pos biasa. Selepas pembatalan tersebut, Pengendali hendaklah memulangkan semua sumbangan yang dibayar ditolak sebarang perbelanjaan perubatan yang mungkin ditanggung. Sijil Induk kemudian hendaklah dianggap sebagai dibatalkan;

10. “Tanggungan” bermaksud mana-mana yang berikut:

(a) Pasangan seperti yang ditakrifkan dalam Sijil Induk ini;

(b) Anak seperti yang ditakrifkan dalam Sijil Induk ini.

11. “Keilatan” bermaksud Keuzuran, Penyakit, Kesakitan atau seluruh Kecederaan yang timbul

daripada satu punca atau siri punca yang berterusan;

Page 3: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 3 of 57

12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-i

PLUS) Ahli yang layak telahpun diaktifkan oleh Pemegang Sijil Induk seperti yang

dinyatakan dalam senarai Ahli yang diberikan kepada Pengendali oleh Pemegang Sijil Induk di dalam format yang ditetapkan oleh Pengendali dan dalam tempoh yang telah dipersetujui;

13. “Had Perlindungan Percuma” bermaksud amaun agregat maksimum daripada Amaun

Manfaat, seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk, untuk setiap Peserta yang diterima untuk perlindungan oleh Pengendali tanpa sebarang bukti pengunderaitan.

14. “Kecederaan” bermaksud kecederaan badan yang semata-mata disebabkan oleh

Kemalangan; 15. “Iltizam Bi Al Tabarru’” bermaksud komitmen untuk membuat Tabarru’. 16. “Ju’alah” bermaksud perjanjian di mana Peserta bersetuju untuk memberi ganjaran kepada

Pengendali bagi pencapaian atau prestasi yang baik dalam menguruskan Dana Risiko Peserta yang membawa kepada lebihan kepada Dana Risiko Peserta.

17. "Sijil Induk" bermaksud perjanjian ini, sebarang rider atau pengendorsan di dalamnya,

sebarang pindaan kepadanya yang ditandatangani oleh Pengendali, permohonan Pemegang Sijil Induk yang dilampirkan bersama dan setiap Borang Permohonan Peserta, jika ada, yang merangkumi seluruh kontrak antara pihak yang terbabit;

18. “Ulang Tahun Sijil Induk” bermaksud ulang tahun Tarikh Kuatkuasa Sijil Induk seperti yang

dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk; 19. “Tarikh Kuat Kuasa Sijil Induk” bermaksud tarikh di mana skim Takaful di bawah Sijil Induk ini

mula berkuat kuasa;

20. “Pemegang Sijil Induk” bermaksud institusi atau mana-mana organisasi yang dinamakan di dalam Jadual Sijil Induk di mana Sijil Induk telah dikeluarkan bagi melindungi orang yang dikenal pasti secara khusus sebagai Peserta dalam Sijil Induk tersebut. Pemegang Sijil Induk atau pengantara Pengendali diberi kuasa oleh Pengendali untuk melaksanakan “Akad dan Akuan” dengan individu Peserta bagi pihak Pengendali;

21. “Ahli” bermaksud orang yang diterangkan dalam Jadual Sijil Induk;

22. “Mudharabah” bermaksud kontrak di antara Pengendali dan Peserta di mana Peserta

menyediakan Sumbangan untuk diurus dan ditadbir oleh Pengendali bagi pihak Peserta untuk tujuan pelaburan. Sebarang keuntungan pelaburan daripada amaun di dalam Akaun Peserta yang dilaburkan akan dikongsi antara Peserta dan Pengendali dengan nisbah 90:10, masing-masing.

23. "Pengendali" bermaksud Hong Leong MSIG Takaful Berhad termasuklah pengganti hak milik

dan penerima serah hak yang sah di sisi undang-undang dan merupakan Pengendali yang dilantik oleh Pemegang Sijil Induk dan Peserta sebagai ejen yang menguruskan dan melabur Sumbangan Takaful yang dibuat oleh Peserta menurut prinsip Wakalah dan Mudharabah, seperti yang ditakrifkan oleh Pengendali;

24. “Dana Pengendali” bermaksud dana pemegang-pemegang saham Pengendali. 25. “Peserta" bermaksud Ahli, sperti yang ditakrifkan dalam Jadua Sijil Induk yang telah diterima

oleh Pengendali untuk perlindungan Takaful, seterusnya dilindungi di bawah Sijil Induk ini; 26. “Akaun Peserta (PA)” bermaksud akaun yang dimiliki oleh Peserta di mana sebahagian

daripada Sumbangan, selepas Yuran Wakalah dan Tabarru’, akan diletakkan untuk tujuan simpanan dan pelaburan bagi pihak Peserta;

Page 4: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 4 of 57

27. “Dana Risiko Peserta (DRP)” bermaksud akaun yang digunakan untuk mengumpulkan bahagian Sumbangan yang dibayar oleh Peserta untuk tujuan bantuan bersama, kemuafakatan, persaudaraan dan manfaat bersama semua Peserta, termasuklah untuk tujuan memenuhi tuntutan atas risiko-risiko yang dilindungi. Tabarru' (derma) bulanan, yang amaunnya mungkin berbeza-beza dari masa ke semasa, akan diagihkan daripada Akaun Peserta ke Dana Risiko Peserta berdasarkan konsep Iltizam bi Al-Tabarru'; iaitu Tabarru' (derma) hanya akan berlaku apabila tuntutan dan kos tuntutan yang berkaitan;

28. “Kepentingan Boleh Lindung Takaful” bermaksud kepentingan ekonomi atau kewangan

Pemegang Sijil Induk dalam perlindungan Takaful Ahlinya.

29. “Orang Dilindungi” bermaksud orang sepert yang diterangkan dalam Jadual Sijil Induk;

30. “Skim” bermaksud skim Takaful Simpanan Berkelompok ini; 31. “Sakit, Penyakit atau Keuzuran” bermaksud keadaan fizikal yang berbeza dari segi patologi

berbanding keadaan sihat biasa; 32. “Pasangan” bermaksud:

(a) Pasangan yang berkahwin secara sah kepada Peserta, dan di mana Peserta berkahwin

secara sah kepada lebih dari seorang isteri, seorang isteri sahaja, dan

(b) Yang melebihi Umur 18 tahun dan kurang daripada Umur 65 tahun, harijadi akan datang.

33. “Tabarru’” bermaksud sebahagian daripada sumbangan di mana peserta bersetuju untuk menderma sekiranya berlaku kejadian-kejadian yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali Takaful, yang dengan itu membolehkan Peserta memenuhi tanggungjawabnya untuk saling tolong-menolong dan jaminan bersama jika salah seorang daripada peserta ditimpa musibah di mana sumbangannya adalah untuk membantu Peserta-peserta lain dan sumbangan Peserta-peserta lain adalah untuk membantu dirinya. Kadar Tabarru’ adalah tidak dijamin dan Pengendali berhak menyemak semula kadar Tabarru’ pada setiap Ulang Tahun Sijil Induk dengan memberikan Pemegang Sijil Induk notis secara bertulis tiga puluh (30) hari sebelum tarikh semakan sedemikian berkuat kuasa;

34. “Sijil Takaful” bermaksud sijil individu, yang mengandungi butiran Peserta dan perlindungan

takaful seperti Umur, Sumbangan, Amaun Manfaat, Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful dan tempoh, dan lain-lain, yang akan diberikan oleh Pengendali kepada Peserta individu apabila menerima Sumbangan dan takaful perlindungan mula berkuatkuasa;

35. “Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful” bermaksud tarikh, seperti yang dinyatakan dalam Sijil

Takaful, di mana perlindungan Takaful untuk Peserta mula berkuat kuasa setelah PTPTN menerima deposit (termasuk Sumbangan) dan resit dikeluarkan kepada peserta dengan syarat Sumbangan diterima oleh Pengendali dalam jangkamasa yang dipersetujui.

36. “Ulangtahun Bulanan Sijil Takaful” bermaksud tarikh bulanan berulang bermula dari satu (1)

bulan kalendar dari Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful dan berterusan sehingga Sijil Takaful tamat;

37. “Kejadian Takaful” bermaksud kejadian di mana Manfaat Takaful perlu dibayar; 38. "Keilatan Kekal dan Menyeluruh" (seterusnya dinamakan “KKM”) bermaksud ketidak

upayaan penuh Peserta untuk melibatkan diri dalam sebarang dan setiap pekerjaan yang bergaji disebabkan oleh kecederaan badan akibat kemalangan, penyakit atau kesakitan;

Page 5: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 5 of 57

39. “Sumbangan yang tidak digunakan” bermaksud jumlah yang telah diniatkan Peserta untuk membuat Tabarru’ (di bawah konsep Iltizam Bi Al tabarru’) ditolak bayaran tuntutan, kos-kos berkaitan tuntutan, kos takaful semula, rizab berkaitan aktuari dan lain-lain kos seperti yang diluluskan oleh Jawantakuasa Syariah. Bahagian Peserta ke atas keuntungan pelaburan dari Dana Risiko Peserta, jika ada, akan juga menjadi sebahagian daripada Sumbangan yang tidak digunakan.

40. “Wakalah” bermaksud persetujuan melantik Pengendali untuk menguruskan keseluruhan

perkhidmatan yang diperuntukkan di bawah Sijil ini. Pengendali akan mengambil sebahagian daripada sumbangan sebagai Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan;

41. “Yuran Wakalah” bermaksud yuran pendahuluan yang perlu dibayar kepada Pengendali atas

perkhidmatan yang disediakan; II. PENYERTAAN

1. Setiap Ahli adalah layak untuk menyertai Skim Takaful ini tertakluk kepada syarat-syarat

berikut:

(a) Dia telah mencapai umur di antara lapan belas (18) tahun dan enam puluh lima 65) tahun, hari jadi akan datang, pada tarikh permohonan;

(b) Ahli mestilah merupakan orang semulajadi;

2. Peserta yang perlindungan Takafulnya telah ditamatkan kerana keahliannya ditamatkan dan

selepas itu menjadi Ahli semula akan dianggap sebagai Peserta baru. 3. Setiap Ahli yang layak akan dilindungi di bawah Sijil Induk ini pada Tarikh Masuk dengan syarat

borang cadangan yang telah dilengkapkan, seperti yang ditetapkan oleh Pengendali, telah diterima oleh Pemegang Sijil Induk.

4. Perlindungan Takaful untuk Pasangan dan Anak kepada Ahli akan berkuat kuasa pada tarikh

mereka menjadi Tanggungan Ahli. Sekiranya Tanggungan hilang upaya disebabkan Penyakit atau Kecederaan pada tarikh beliau sepatutnya layak untuk perlindungan Takaful, perlindungan beliau akan ditangguhkan kepada hari pertama setelah beliau sembuh sepenuhnya daripada Keilatan tersebut.

5. Pengendali berhak untuk menamatkan Sijil Induk ini pada Ulang Tahun Sijil Induk apabila jumlah Peserta adalah sedikit daripada jumlah Ahli yang Layak untuk manfaat pada ketika itu dilindungi bawah Sijil Induk ini, dengan syarat Pengendali akan memberikan Pemegang Sijil Induk sekurang-kurangnya notis tiga puluh (30) hari mengenai hasratnya untuk menamatkan Sijil Induk tersebut.

III. BUKTI KESIHATAN

1. Setiap Peserta yang Amaun Manfaatnya melebihi Had Perlindungan Percuma mesti mengemukakan bukti kesihatan dalam bentuk dan cara yang ditetapkan oleh Pengendali sebelum perlindungan di bawah Sijil Induk ini berkuat kuasa.

2. Had Perlindungan Percuma tersebut adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Sijil

Induk ini atau endorsan terhadap Sijil Induk ini, tertakluk kepada Fasal Keadaan Sedia Ada seperti yang dinyatakan dalam Seksyen Peruntukan Am Sijil Induk ini.

3. Sekiranya Amaun Manfaat kurang daripada Had Perlindungan Percuma, Peserta tidak

diperlukan untuk mengemukakan bukti pengunderaitan atau menjalani pemeriksaan perubatan.

Page 6: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 6 of 57

4. Semua pemeriksaan perubatan dan/atau ujian atas mana-mana Peserta yang diperlukan Pengendali akan dikendalikan oleh doktor yang diluluskan oleh Pengendali dan Pengendali akan menanggung segala perbelanjaan dan kosnya .

IV. PENAMATAN SIJIL TAKAFUL INDIVIDU Sijil Takaful dan perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk ini bagi mana-mana Peserta akan tamat secara automatik apabila berlakunya mana-mana kejadian berikut:- 1. Penamatan Sijil Induk ini oleh Pemegang Sijil Induk atau Pengendali; atau 2. Apabila Peserta meninggal dunia atau mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh; atau 3. Sumbangan bagi Sijil Takaful Peserta atau sebarang amaun lain yang perlu dibayar di bawah

Sijil Takaful dan/atau Sijil Induk yang tidak dibayar; atau 4. Apabila Peserta mencapai umur enam puluh lima (65) tahun, harijadi akan datang atau 5. Serahan Sijil Takaful oleh Peserta; atau 6. Apabila Peserta tidak lagi menjadi Ahli. Selain peristiwa-peristiwa di atas, perlindungan Takaful daripada Tanggungan Ahli hendaklah tamat: 1. Pada tarikh perlindungan Takaful yang diberikan kepada Ahli ditamatkan; atau 2. Pada tarikh Tanggungan tidak lagi menjadi Tanggungan sebagaimana yang ditakrifkan di dalam

Sijil Induk ini; atau

V. PENAMATAN SIJIL INDUK INI Sama ada Pemegang Sijil Induk atau Pengendali boleh menamatkan Sijil Induk ini dengan memberi notis sekurang-kurangnya tiga puluh 30 hari terlebih dahulu. Perlindungan takaful Peserta dan Tanggungannya di bawah Sijil Induk ini akan tamat dengan segera apabila Sijil Induk Induk ini ditamatkan. Penamatan Sijil Induk ini tidak akan menjejaskan sebarang tuntutan yang bermula sebelum penamatan tersebut.

VI. PERUNTUKAN MANFAAT 1. Jadual Sijil Induk

Sejurus selepas memberikan bukti kematian yang sewajarnya bagi mana-mana Orang Dilindungi, jumlah yang ditentukan menurut Jadual Sijil Induk dan Sijil Takaful akan dibayar kepada Peserta (sekiranya masih hidup) atau penuntut yang sesuai (sekiranya Peserta meninggal dunia).

VII. PERUNTUKAN AM

1. Pembayaran Sumbangan Sumbangan perlu dibayar oleh Peserta melalui Pemegang Sijil Induk secara bulanan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk, dalam tempoh yang telah dipersetujui, kepada

Page 7: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 7 of 57

Pengendali. Sumbangan pertama perlu dibayar pada Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful dan Sumbangan seterusnya perlu dibayar pada Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful. Pemegang Sijil Induk akan memaklumkan Pengendali tentang sebarang pergerakan ahli atas dasar yang dinyatakan dalam perkara no. 14 Jadual Sijil Induk.

2. Akaun Peserta (AP) Sumbangan, apabila diterima oleh Pengendali, akan diperuntukkan ke Akaun Peserta (AP), selepas ditolak Yuran Wakalah. Tabarru’ bulanan, yang jumlahnya mungkin berbeza dari masa ke semasa, akan dipotong daripada AP dan dibayar ke Dana Risiko Peserta (DRP) yang berkenaan untuk menyediakan perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk ini. Pengendali berhak untuk menerima daripada setiap Sumbangan yang dibayar, Yuran Wakalah yang ditetapkan bagi perkhidmatan yang disediakan, yang akan ditolak apabila pembayaran Sumbangan dibuat. Yuran Wakalah merangkumi semua komisen pengedar. Yuran Wakalah akan dipindahkan ke Dana Pengendali. AP akan dilaburkan dalam instrumen patuh Syariah dan dikumpulkan bersama bahagian keuntungan pelaburan Peserta. Keuntungan Pelaburan tahunan adalah dikongsi di antara Peserta dan Pengendali berdasarkan Mudarabah dengan ratio 90:10; iaitu sembilan puluh peratus (90%) kepada Peserta dan sepuluh peratus (10%) kepada Pengendali, masing-masing. Bahagian Peserta akan dikreditkan semula ke dalam AP, manakala bahagian Pengendali akan dipindahkan ke Dana Pengendali. Sekiranya baki dalam AP dijangkakan akan menjadi tidak mencukupi untuk membayar Tabarru' untuk masa depan akibat daripada prestasi pelaburan AP yang kurang memuaskan dan/atau semakan semula menaik kadar unit Tabarru', Pengendali akan mengeluarkan notis kepada Peserta, menerusi Pemegang Sijil Induk dalam tempoh sebulan dari tarikh baki dalam AP dijangka akan menjadi tidak mencukupi bagi Peserta membuat pembayaran yang tersebut. Notis tersebut adalah untuk menasihati Peserta supaya memperbetulkan kekurangan amaun dalam AP tersebut dengan membuat bayaran jumlah tambahan yang diperlukan untuk mencegah Sijil Takaful beliau daripada luput. 100% daripada jumlah tambahan atau sumbangan pemulihan akan diletakkan dalam AP dan akan digunakan mengikut cara yang dinyatakan di atas.

3. Yuran Wakalah Yuran ini akan dikenakan ke atas pembayaran Sumbangan. Yuran semasa ialah 25% daripada Sumbangan kasar. Pengendali boleh mengubah Yuran Wakalah dari masa ke masa tertakluk kepada kelulusan pihak kawal selia Takaful yang berkuasa. Pengendali akan memaklumkan Pemegang Sijil Induk secara bertulis sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum semakan dibuat.

4. Dana Risiko Peserta (DRP) Amaun Tabarru' bulanan akan dipindahkan daripada Akaun Peserta (AP) ke Dana Risiko Peserta (DRP) berdasarkan konsep Iltizam Bi Al Tabarru' (komitmen untuk membuat Tabarru'). Tabarru' (derma) sebenar dianggap telah berlaku hanya setelah berlakunya pembayaran tuntutan dan kos-kos berkaitan tuntutan. Baki amaun komitmen dalam Dana Risiko Peserta, setelah ditolak rizab-rizab aktuari dan kos-kos lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah, jika ada, akan dianggap sebagai lebihan. Pada setiap hujung Tahun Kewangan Pengendali, tertakluk kepada saranan aktuari yang dilantik oleh Operator dan Jawatankuasa Syariah dan kelulusan dari lembaga pengarah Operator , lebihan itu akan dikongsi di antara Pengendali dan Peserta dalam nisbah 50:50.

Page 8: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 8 of 57

Bahagian lebihan Peserta, jika ada, hendaklah dikreditkan ke dalam Akaun Peserta beliau, manakala bahagian Operator akan dipindahkan ke Dana Operator. Kelayakan Operator terhadap lebihan adalah atas dasar prinsip Ju'alah. Walau bagaimanapun, jika bahagian lebihan Peserta yang perlu dibayar adalah RM 10 atau kurang, amaun tersebut sebaliknya akan didermakan ke DRP. Walau apa pun dinyatakan di atas, sekiranya Sijil Takaful matang, ditamatkan, diserah balik atau berlaku kematian atau TPD ke atas Peserta, Peserta akan melepaskan hak beliau ke atas sebarang baki Sumbangan yang belum digunakan yang masih berada dalam Dana Risiko Peserta . Baki tersebut yang dilepaskan oleh Peserta akan dianggap sebagai derma beliau ke Dana Risiko Peserta.

5. Tabarru’ (a) Tabarru’ bulanan, yang jumlahnya mungkin berbeza dari semasa ke semasa, akan ditolak

daripada PA dan dibayar kepada DRP yang berkaitan untuk menyediakan perlindungan takaful di bawah kontrak Takaful Tambahan ini.

(b) Tabarru’ bulanan akan ditolak mulai Tarikh Kuat Kuasa hingga dan termasuk tarikh habis tempoh sebaik sebelum Sijil Induk luput. Tabarru’ akan ditolak daripada PA berikutan tarikh penolakan Tabarru’.

(c) Tabarru’ standard setahun bagi perlindungan takaful di bawah Sijil Induk berasaskan umur Peserta, Jumlah Dilindungi, jantina, taraf kesihatan (jika ada), nisbah tuntutan dan saiz kumpulan.

(d) Tabarru’ perlu dibayar bagi seluruh tempoh perlindungan yang dinyatakan di bawah Sijil Induk ini.

(e) Pemegang saham Pengendali, jika perlu, akan menguruskan kemudahan Qardh Hasan (atau pembiayaan tanpa faedah) sekiranya DRP mengalami defisit untuk memastikan DRP mampu membuat pembayaran selepas menggunakan Rizab Luar Jangka. Qardh Hasan, setakat jumlah asal yang dibiayai, hanya akan dibayar balik daripada lebihan dari DRP di masa depan, secara pembayaran sekali gus atau ansuran bergantung kepada lebihan masa depan tersebut dan jumlah pembiayaan yang diberikan.

(f) Pengendali berhak untuk mennyemak kadar Tabarru’ atau Sumbangan pada setiap Ulang Tahun Sijil Induk, berdasarkan profil risiko dan pengalam tuntutan kumpulan yang sebenar, dengan memberikan Pemegang Sijil Induk notis bertulis tiga puluh (30) hari sebelum tarikh semakan berkuat kuasa.

6. Dana Pengendali

Dana Pengendali akan menerima Yuran Wakalah dan sebagai pertimbangan akan menanggung semua perbelanjaan pengurusan dan komisen pengedar, dan juga membiayai sebarang Qardhul Hasan, yang mungkin diperlukan sekiranya berlaku sebarang defisit dalam mana-mana DRP. Jumlah dibiayai akan diperolehi semula daripada lebihan masa depan yang dihasilkan oleh DRP.

7. Qardh Pemegang saham Pengendali, jika perlu, akan menguruskan kemudahan Qardh (atau pinjaman tanpa faedah) sekiranya DRP mengalami defisit untuk memastikan DRP mampu membuat pembayaran selepas menggunakan Rizab Luar Jangka. Pinjaman hanya akan dibayar balik setakat jumlah asal yang diberikan, daripada lebihan masa depan DRP, menerusi pembayaran sekali gus atau ansuran bergantung kepada lebihan masa depan dan jumlah pembiayaan yang diberikan.

Page 9: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 9 of 57

8. Takaful Semula Pengendali bagi pihak semua Peserta di bawah Sijil Induk diberi kuasa untuk mengatur takaful semula untuk melindungi kepentingan semua Peserta. Perjanjian takaful semula bagi setiap DRP akan dibuat secara berasingan dan sumbangan takaful semula akan dibayar daripada DRP.

9. Tempoh Ihsan Satu tempoh selama tiga puluh (30) hari hendaklah dibenarkan ke Pemegang Sijil Induk bagi pembayaran sebarang Sumbangan selepas pembayaran pertama. Jika Sumbangan tersebut tidak dibayar sebelum habis tempoh tangguh, Sijil Induk ini akan tamat secara automatik apabila tamat tempoh ihsan, kecuali jika Pemegang Sijil Induk telah memberikan Operator notis bertulis terlebih dahulu berkenaan dengan tarikh tamat yang lebih awal , Sijil Induk ini akan tamat pada tarikh yang lebih awal. Pemegang Sijil Induk dikehendaki membayar Sumbangan untuk tempoh Sijil Induk ini berkuat kuasa dalam tempoh ihsan yang diberi.

10. Pengeluaran Tunai Sebahagian / Keseluruhan Pengeluaran tunai sebahagian atau keseluruhan adalah tidak dibenarkan.

11. Keistimewaan Pembaharuan Sijil Induk ini dikeluarkan untuk tempoh satu tahun dan akan diperbaharui secara automatik setiap tahun, pada terma dan syarat semasa sebagaimana yang ditentukan oleh Pengendali, melainkan ditamatkan oleh salah satu pihak mengikut fasal Penamatan Sijil Induk Induk di atas. Ulang Tahun Sijil Induk adalah satu 1 tahun selepas tarikh kuat kuasa dan setiap tahun selepas itu. Pada setiap ulang tahun, Sijil Induk dan Rider yang dilampirkan, akan diperbaharui secara otomatik tertakluk kepada terma-terma, syarat-syarat dan penamatan pada setiap Ulang Tahun Sijil Induk. Kadar unit Tabarru' yang diperbaharui adalah tidak dijamin dan Pengendali berhak untuk mengenakan, pada akhir sebarang tempoh Sijil Induk atau apabila syarat-syarat Sijil Induk ini diubah, kadar unit Tabarru' yang baru di mana potongan Sumbangan berikutnya akan didasarkan padanya. Perubahan tersebut, jika ada, akan terpakai kepada semua Peserta yang telahpun berkuat kuasa dan yang baru pada masa Sijil diperbaharui. Sijil Induk boleh diperbaharui sehingga berlakunya mana-mana yang berikut: (a) Penipuan atau salah nyata fakta penting semasa membuat permohonan; (b) Sijil Induk dibatalkan atas permintaan Pemegang Sijil Induk;

12. Kontrak (a) Semua kenyataan yang dibuat oleh Pemegang Sijil Induk atau Peserta, hendaklah dibuat

tanpa penipuan, dianggap sebagai penyataan dan bukan jaminan, dan tiada kenyataan akan membatalkan manfaat, atau digunakan untuk mempertahankan tuntutan di bawahnya, melainkan dibuat secara bertulis.

(b) Hak Pemegang Sijil Induk atau mana-mana Peserta di bawah Sijil Induk tidak akan

dipengaruhi oleh mana-mana peruntukan selain daripada yang terkandung di dalam Sijil ini atau dalam salinan permohonan Pemegang Sijil Induk yang dilampirkan bersama Sijil Induk ini, atau dalam Borang Permohonan individu Peserta atau dalam sebarang dokumen lain yang merangkumi sebagai sebahagian daripada keseluruhan kontrak.

Page 10: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 10 of 57

(c) Tiada ejen dibenarkan untuk mengubah atau meminda Sijil Induk ini, untuk menerima Sumbangan tertunggak atau melanjutkan tarikh habis tempoh Sumbangan, untuk menepikan sebarang notis atau bukti tuntutan yang diperlukan oleh Sijil Induk, atau untuk melanjutkan tarikh di mana notis atau bukti tuntutan sedemikian perlu dikemukakan. Tiada perubahan dalam Sijil Induk ini adalah sah melainkan diluluskan oleh Pengendali dan dibuktikan menerusi pengendorsan terhadap Sijil Induk ini, atau sebarang pindaan kepadanya yang ditandatangani oleh Pemegang Sijil Induk dan oleh Pengendali.

13. Data Diperlukan

(a) Pemegang Sijil Induk perlu menyimpan Borang Permohonan yang telah dilengkapkan

dan rekod setiap Peserta di bawah Sijil Induk ini, yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan Baru, jantina, umur atau tarikh lahir, Pekerjaan/Jawatan, Amaun Manfaat Peserta, tarikh manfaat berkuat kuasa, tarikh manfaat ditamatkan, perubahan, dengan tarikh catatan, tentang klasifikasi dan maklumat penting lain yang mungkin diperlukan untuk melaksanakan syarat-syarat Sijil Induk ini.

(b) Kesilapan catatan dalam rekod yang disimpan tidak akan membatalkan manfaat yang jika bukan atas kesilapan itu akan berkuat kuasa secara sah dan tidak jugak meneruskan manfaat yang sepatutnya ditamatkan secara sah, tetapi selepas kesilapan tersebut ditemui, satu pelarasan saksama akan dibuat.

(c) Pemegang Sijil Induk akan memberikan semua maklumat dan bukti kepada Pengendali,

yang mungkin sewajarnya diperlukan oleh Pengendali berhubung dengan sebarang hal berkaitan dengan Sijil Induk ini. Semua dokumen yang diberikan kepada Pemegang Sijil Induk oleh mana-mana Peserta berhubung dengan manfaat dan rekod lain yang mungkin mempunyai kesan ke atas manfaat di bawah Sijil Induk, hendaklah disediakan untuk pemeriksaan oleh Pengendali pada bila-bila masa yang munasabah.

14. Salah Nyata Umur

(a) Jika Umur atau tarikh lahir atau fakta-fakta lain yang berkaitan dengan Peserta didapati

telah disalahnyatakan dan sekiranya salah nyata tersebut mempengaruhi skala manfaat atau berkaitan dengan terma dan syarat Sijil Induk ini, Umur dan fakta-fakta sebenar akan digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu manfaat berkuat kuasa di bawah terma Sijil Induk ini dan manfaat yang perlu dibayar daripadanya, dan pelarasan saksama Sumbangan akan dibuat.

(b) Apabila salah nyata Umur atau fakta-fakta lain yang berkaitan telah menyebabkan

Peserta dilindungi di bawah Sijil Induk ini sedangkan beliau sepatutnya tidak layak menerima manfaat, atau di mana kenyataan tersebut telah menyebabkan Peserta untuk terus kekal dilindungi sedangkan beliau sepatutnya tidak layak menerima manfaat selanjutnya menurut terma dan had Sijil Induk ini, manfaat tersebut adalah tidak sah dan sumbangan yang dibayar oleh Peserta akan dipulangkan, dengan syarat dalam segala hal bahawa jika didapati penipuan di pihak Pemegang Sijil Induk atau Peserta, Sumbangan yang dibayar tidak akan dipulangkan.

15. Borang Permohonan

Setiap Ahli/Peserta perlu mengemukakan Borang Permohonan kepada Pemegang Sijil Induk dalam bentuk borang yang ditetapkan oleh Pengendali.

16. Sijil Takaful Individu Pengendali akan mengeluarkan dan menghantar Sijil takaful individu , terus kepada setiap Peserta, Sijil Takaful individu yang mengesahkan bahawa ahli tersebut telah diterima sebagai Peserta di bawah Sijil Induk.

Page 11: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 11 of 57

17. Undang-Undang Berkuat Kuasa Sijil Induk ini, dan semua hak, kewajipan dan liabiliti yang timbul di bawahnya, akan ditafsir, ditentukan dan dikuat kuasakan menurut Undang-Undang Malaysia.

18. Prosiding Undang-Undang Tindakan undang-undang atau tindakan menuntut hak tidak boleh diambil untuk mendapatkan manfaat di bawah Sijil Induk ini sebelum tamat tempoh enam puluh (60) hari selepas bukti bertulis telah diberikan menurut keperluan Sijil Induk ini, dan tindakan sedemikian juga langsung tidak boleh diambil melainkan dibuat dalam tempoh dua (2) tahun selepas tamat tempoh di mana bukti perlu dikemukakan menurut Kontrak Tambahan.

19. Memfailkan Bukti Kerugian Notis bertulis tuntutan mesti diberikan kepada Pengendali dalam masa tiga puluh (30) hari selepas kejadian yang berkenaan. Bukti tuntutan mesti diberikan kepada Pengendali dalam masa tiga puluh (30) hari dalam bentuk yang ditetapkan oleh Pengendali di mana perbelanjaan adalah ditanggung oleh Pemegang Sijil Induk. Bagaimanapun, Pengendali boleh meminta agar Peserta diperiksa oleh Pemeriksa Perubatan Pengendali atau Pemegang Sijil Induk untuk mengemukakan laporan perubatan yang lebih lanjut kepada Pengendali.

20. Ketidakbolehtandingan Walau apa pun yang terkandung di lain-lain bahagian Sijil Induk ini yang menyatakan sebaliknya, Sijil Takaful setiap Peserta tidak boleh dipertikaikan, kecuali bagi kegagalan membayar Sumbangan dan penipuan, selepas ianya telah berkuat kuasa dalam tempoh hayat Peserta selama dua (2) tahun penuh dari tarikh dikeluarkan Sijil Takaful, yang mana lebih lewat. Sekiranya Pengendali, semasa Sijil Takaful telah berkuatkuasa bagi tempoh lebih dari dua tahun dalam tempoh hayat Peserta, mengelak Sijil Takaful berdasarkan kepada suatu pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dibuat dalam Borang Cadangan atau dalam dokumen lain yang membawa kepada pengeluaran Sijil Takaful, adalah tidak tepat atau palsu atau mengelirukan yang merupakan pernyataan mengenai perkara material atau menyekat suatu hakikat material dan bahawa ia dibuat atau ditinggalkan secara fraud oleh Peserta, maka Pengendali hendaklah mengembalikan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah Sijil Takaful itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Bagi maksud perenggan di atas, “perkara material” atau “hakikat material” ertinya suatu perkara atau hakikat yang, jika diketahui oleh Pengendali, boleh membawa kepada keengganannya untuk mengeluarkan Sijil Takaful kepada Peserta atau mengenakan terma yang kurang berfaedah kepada Peserta dibandingkan dengan yang diperuntukkan dalam Sijil Takaful itu.

21. Perkongsian Lebihan dari Dana Risiko Peserta Lebihan dari Dana Risiko Peserta, jika ada, akan dikongsi mengikut nisbah 50:50 antara Peserta dan Pengendali. Bahagian lebihan Peserta akan dikreditkan ke dalam Akaun Peserta, manakala bahagian Pengendali akan dipindahkan ke Dana Pengendali. Pengagihan lebihan, jika ada, akan dibuat pada setiap akhir tahun kewangan Pengendali. Bagi mengelak sebarang keraguan, pengagihan lebihan bermaksud sebarang amaun lebihan (jika ada) iaitu baki komitmen amaun dalam Dana Risiko Peserta, ditolak rizab berkaitan actuari dan juga kos-kos lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Pengendali untuk diagihkan kepada Peserta dan Pengendali. Walau bagaimanapun, sekiranya bahagian lebihan Peserta yang perlu dibayar bernilai RM 10 atau kurang, amaun tersebut sebaliknya akan didermakan semula ke PRF.

Page 12: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 12 of 57

22. Kegagalan Membayar Sumbangan Jika semasa tamat Tempoh Ihsan, pembayaran mana-mana Sumbangan bagi seseorang Peserta masih tertunggak, maka Pengendali berhak untuk mendahulukan jumlah tertunggak tersebut daripada AP untuk membayar Tabarru’ dan Sijil Takaful akan terus “berkuat kuasa di bawah AP” sehingga jumlah baki AP menjadi lebih rendah daripada amaun yang diperlukan untuk membayar Tabarru’. Dalam tempoh ini, Sijil Takaful akan terus berkuat kuasa dan jika Sumbangan Peserta masih tidak berbayar selepas jumlah baki AP menjadi tidak lagi mencukupi untuk membayar Tabarru’, Sijil Takaful akan luput dan tidak mempunyai sebarang nilai tambahan.

23. Kemudahan Pembayaran Sumbangan Pembayaran Sumbangan oleh Pemegang Sijil Induk kepada Pengendali adalah melalui pemindahan telegrafik ke dalam akaun Pengendali atau mana-mana kaedah yang dipersetujui bersama.

24. Manfaat Kematian Biasa Selagi Sijil Induk ini berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, sekiranya Peserta meninggal dunia akibat sebab-sebab semulajadi sebelum mencapai umur enam puluh lima (65) tahun, pemberitahuan dan bukti kematian (atas perbelanjaan pihak yang membuat tuntutan) mesti dilaporkan secepat yang wajar dilakukan di Ibu Pejabat Pengendali di Petaling Jaya. Amaun Manfaat Manfaat Kematian seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk akan dibayar kepada Penama-penama.

25. Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh Biasa Selagi Sijil Induk ini berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, sekiranya Peserta, sebelum mencapai umur enam puluh lima (65) tahun, mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh atas sebab-sebab semulajadi, seperti yang ditakrifkan seterusnya di sini, dan keilatan tersebut kekal secara berterusan untuk tempoh tidak kurang daripada enam (6) bulan, maka manfaat yang perlu dibayar di bawah Sijil Induk ini adalah manfaat yang perlu dibayar jika kematian berlaku pada tarikh Keilatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:- (a) Sebaik saja mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh, butiran penuh mengenainya mesti

dimaklumkan secara bertulis kepada Pengendali di Ibu Pejabatnya, bersama dengan alamat dan kedudukan Peserta, dan, dalam masa tiga puluh (30) hari selepas mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh tersebut.

(b) Mana-mana Pegawai Perubatan Pengendali hendaklah dibenarkan untuk memeriksa

Peserta berkaitan dengan Keilatan yang didakwa dengan cara dan pada masa yang diperlukan oleh Pegawai Perubatan.

(c) Dalam apa jua keadaan, jumlah manfaat maksimum yang perlu dibayar di bawah tuntutan

Keilatan Kekal dan Menyeluruh adalah terhad kepada Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000.00). Manfaat akan dibayar secara sekali gus tertakluk kepada nilai maksimum Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000.00).

(d) Jika terdapat kegagalan mematuhi mana-mana daripada peruntukan di atas, tiada tuntutan

disebabkan Keilatan Kekal dan Menyeluruh akan timbul atau menjadi sah atau boleh dikuat kuasakan.

(e) Keilatan yang dirujuk di atas mestilah bersifat Penuh dan Kekal, dan pada masa itu atau

pada bila-bila selepas itu, Peserta tidak boleh melakukan atau menjalankan sebarang kerja, penggajian atau profesion untuk meraih atau mendapatkan sebarang upah, pampasan atau keuntungan.

Page 13: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 13 of 57

Kejadian mana-mana yang berikut juga akan dianggap sebagai Keilatan Kekal dan Menyeluruh: (i) Kehilangan penglihatan penuh dan tidak boleh pulih pada kedua-dua belah mata; atau

(ii) Kehilangan tidak boleh pulih dua atau lebih anggota menerusi amputasi pada atau di

atas pergelangan tangan dan buku lali;

(iii) Kehilangan penglihatan penuh dan tidak boleh pulih sebelah (1) mata dan kehilangan tidak boleh pulih satu (1) anggota menerusi amputasi pada atau di atas pergelangan tangan dan buku lali;

(iv) Lumpuh sepenuhnya yang tidak boleh pulih.

Keilatan mestilah berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan untuk dianggap kekal. Namun begitu, Keilatan dianggap sebagai telahpun bermula pada hari pertama Keilatan tersebut berlaku. Sekiranya Keilatan Kekal dan Menyeluruh berlaku disebabkan oleh mana-mana empat (4) syarat di atas [iaitu 25(e)(i,ii,iii,iv)], pembayaran manfaat akan serta-merta dibuat.

Definisi Aktiviti Kehidupan Harian (ADL) (untuk orang yang tidak bergaji atau tidak dibayar gaji): Pengesahan oleh Pakar Perunding Perubatan tentang kehilangan kewujudan berdikari yang kekal untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan yang menyebabkan ketiadaan upaya yang kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian berikut sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, peralatan khas atau bantuan dan penyesuaian lain yang digunakan oleh orang kurang upaya. Untuk tujuan manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tiada harapan untuk pulih dengan ilmu dan teknologi perubatan semasa. Aktiviti Kehidupan Harian meliputi:- (a) Pemindahan

Duduk dan bangun daripada kerusi tanpa bantuan orang lain. (b) Pergerakan

Kemampuan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain tanpa bantuan orang lain. (c) Kontinens

Kemampuan untuk mengawal fungsi usus dan pundi kencing untuk mengekalkan kebersihan diri.

(d) Pemakaian

Memakai dan menanggalkan kesemua pakaian yang perlu tanpa bantuan orang lain. (e) Mandi/Membersihkan Diri

Kemampuan untuk membersihkan diri semasa mandi (termasuk memasuki dan keluar dari tempat mandian atau bilik mandian) atau membersihkan diri dengan cara yang lain.

(f) Makan

Kesemua usaha memasukkan makanan ke dalam badan apabila makanan telah disediakan.

Keadaan berikut juga akan dianggap sebagai Keilatan Kekal dan Menyeluruh: (a) Kehilangan sepenuhnya penglihatan dan tidak boleh pulih pada kedua-dua belah mata.

(b) Kehilangan dua anggota akibat terputus pada atau di atas pergelangan tangan atau buku

lali.

Page 14: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 14 of 57

(c) Kehilangan sepenuhnya penglihatan dan tidak boleh pulih pada sebelah mata dan

kehilangan mana-mana satu anggota akibat terputus pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali.

DENGAN SYARAT DALAM SEGALA HAL bahawa Keilatan tersebut mestilah tidak disebabkan secara langsung atau tidak langsung: (a) oleh sebarang kecederaan badan yang disengajakan, sama ada semasa siuman atau tidak

siuman; (b) oleh sebarang gangguan saraf atau penyakit mental;

(c) oleh penerbangan dalam pesawat (kecuali sebagai anak kapal atau penumpang biasa yang membayar tambang, dalam penerbangan terjadual biasa sebuah syarikat penerbangan komersial); atau;

(d) oleh apa jua yang berlaku sebagai anggota angkatan tentera, polis dan angkatan separa

tentera akibat peperangan yang diisytiharkan atau tidak, kekacauan atau gangguan awam.

26. Keadaan Sedia Ada KeadaanSedia Ada bermaksud sebarang kecederaan atau penyakit: (a) yang wujud atau telah berlaku sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau

(b) di mana petanda penyakit sudah pun ditunjukkan sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau

(c) yang mana berasaskan perkembangan patologi normal yang diterima pakai dari segi perubatan, bahawa penyakit tersebut sepatutnya telah wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan.

Hanya untuk pelan-pelan Delima, Topas, Zamrud dan Nilam: Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan di dalam Sijil, tiada manfaat yang akan dibayar jika kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) Peserta disebabkan oleh Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa kematian atau KKM, Peserta telah dilindungi selama lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan. Hanya untuk pelan Berlian: Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan di dalam Sijil, tiada manfaat yang akan dibayar jika Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) Peserta disebabkan oleh Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa KKM, Peserta telah dilindungi selama lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan.

27. Pengecualian Kematian Sekiranya Peserta, sama ada siuman atau tidak siuman membunuh diri, mati akibat Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau penyakit kelamin, tiada manfaat Kematian akan dibayar. Diguna-pakai untuk pelan “Berlian “PTPTN: Sekiranya Peserta meninggal dunia akibat sebab-sebab semula jadi, tiada manfaat Kematian akan dibayar melainkan jika pada masa kematian, Peserta telah dilindungi dari lebih daripada tiga (3) bulan dari tarikh perlindungan berkuat kuasa.

Page 15: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 15 of 57

28. Pengecualian Keilatan Kekal dan Menyeluruh Manfaat Takaful tidak akan dibayar jika Keilatan Kekal dan Menyeluruh berlaku secara langsung atau tidak langsung akibat: (a) kecederaan yang disengajakan atau sebarang percubaan untuk berbuat demikian dalam

keadaan siuman atau tidak siuman; atau

(b) pengaruh alkohol, narkotik atau salah guna dadah yang diberi menerusi preskripsi oleh pengamal perubatan sah yang berkelayakan; atau

(c) melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau

operasi teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan kecuali sebagai juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang melainkan

dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau

perkhidmatan sewa; atau

(d) sebarang perlanggaran undang-undang, yang membawa hukuman mati oleh Peserta; atau

(e) jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit berkaitan AIDS; atau

(f) perkhidmatan tentera atau tentera laut pada masa peperangan yang diisytiharkan atau tidak, semasa di bawah arahan untuk operasi seperti peperangan atau memulihkan ketenteraman awam.

29. Tempoh Perlindungan

Sijil Induk ini akan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk. Memandangkan Sijil Induk ini ialah skim terbuka, permohonan untuk pertukaran manfaat kepada pelan lebih tinggi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tertakluk kepada penerimaan oleh Pengendali.

30. Cukai Kerajaan Dan/Atau Lain-lain Caj, Yuran Berkanun/Kawal Selia Yang Dikenakan (a) Untuk tujuan fasal ini:

"Cukai" bermaksud sebarang cukai, levi, impos, duti, caj, yuran, pemotongan atau penangguhan cukai Malaysia atau negara asing yang dikenakan melalui sebarang cara pada masa terkini atau masa depan, secara langsung atau tidak langsung, yang dikenakan oleh mana-mana Pihak Berkuasa yang Berkenaan, termasuk, tanpa batasan pada sebarang cukai penggunaan seperti cukai barangan dan perkhidmatan ("GST") dan cukai-cukai lain dengan apa jua nama dipanggil, dan sebarang denda atau penalti berkenaan dengannya. “Pihak Berkuasa yang Berkenaan” bermaksud mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa yang memungut cukai.

(b) Sumbangan dan segala wang lain yang perlu dibayar oleh Peserta kepada Pengendali di

bawah Sijil ini, termasuk sebarang amaun yang merupakan pembayaran ganti yang perlu dibuat oleh Peserta kepada Pengendali, adalah tidak termasuk mana-mana Cukai, dan hendaklah dibayar tanpa sebarang tolak selesai, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang potongan bagi atau atas sebab sebarang tuntutan balas atau sebarang potongan atau pegangan.

Page 16: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 16 of 57

(c) Sekiranya Peserta dikehendaki oleh undang-undang untuk membuat sebarang potongan atau pegangan daripada Sumbangan dan / atau kesemua wang lain yang perlu dibayar kepada Pengendali di bawah Sijil ini berhubung dengan sebarang Cukai atau sebaliknya, jumlah wang yang perlu dibayar oleh Peserta berkenaan di mana pemotongan atau pegangan diperlukan, hendaklah dipertingkatkan supaya sumbangan bersih dan / atau jumlah bersih wang yang diterima oleh Pengendali adalah sama dengan apa yang Pengendali akan terima jika tiada pemotongan atau pegangan dikehendaki atau dibuat.

(d) Peserta hendaklah sebagai tambahan kepada sumbangan dan kesemua wang lain yang

perlu dibayar, membayar kepada Pengendali semua Cukai yang berkaitan pada kadar relevan semasa dan / atau sebarang amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Pengendali untuk menampung sebarang pembayaran Cukai / liabiliti / kewajipan yang berkaitan dengannya , tanpa sebarang tolak selesai, sekatan atau syarat dan tanpa sebarang potongan bagi atau atas sebab sebarang tuntutan balas atau sebarang potongan atau pegangan, selain daripada sebarang Cukai yang mungkin dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang yang harus dibayar oleh Peserta secara langsung kepada mana-mana Pihak Berkuasa yang Berkenaan, yang mana Peserta hendaklah mengirimkan secara langsung kepada Pihak Berkuasa yang Berkenaan.

(e) Jika pada bila-bila masa sesuatu pelarasan dibuat atau perlu dibuat di antara Pengendali

dan pihak berkuasa cukai yang relevan yang disebabkan oleh sebarang amaun yang telah dibayar sebagai Cukai yang berbangkit daripada sebarang pembekalan yang dibuat atau disifatkan telah dibuat atau perkara lain yang berkaitan dengan Sijil ini dengan Pengendali, pelarasan yang sesuai boleh dibuat mengikut budi bicara Pengendali di antara Pengendali dan Peserta dan dalam keadaan tersebut, sebarang pembayaran yang diperlukan untuk memberi kesan kepada pelarasan hendaklah dibuat.

(f) Peserta dengan ini bersetuju untuk melakukan semua perkara yang munasabah yang

diminta oleh Pengendali untuk membantu Pengendali dalam memenuhi kewajipannya di bawah sebarang undang-undang yang terpakai di mana sebarang Cukai yang dikenakan. Sekiranya sesuatu Cukai baru diperkenalkan dan Cukai tersebut perlu dikenakan ke atas transaksi yang dimaksudkan dalam Sijil ini, Peserta bersetuju untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pengendali dalam membantu Pengendali dalam memenuhi kewajipannya di bawah undang-undang yang berkaitan.

(g) Peserta hendaklah menanggung kerugian Pengendali dan hendaklah melindungi

Pengendali daripada sebarang liabiliti yang timbul akibat sebarang pelanggaran kewajipan di pihak Peserta untuk membayar Cukai yang dinyatakan di dalam Sijil ini, bersama-sama dengan kesemua kerugian, kos dan perbelanjaan yang terhasil dari pelanggaran tersebut. Tiada sebarang peruntukan dalam Sijil ini yang memerlukan Pengendali untuk membayar sebarang denda, penalti, faedah atau jumlah lain yang mana Peserta bertanggungjawab ke atasnya.

(h) Bagi mengelakkan keraguan, pihak-pihak dalam Sijil ini bersetuju bahawa sebarang amaun

yang perlu dibayar atau jumlah yang akan digunakan dalam pengiraan wang yang perlu dibayar yang dinyatakan di tempat lain dalam Sijil ini telah ditetapkan tanpa mengambil kira dan tidak termasuk amaun yang harus ditambah bawah fasal ini disebabkan Cukai.

31. Aduan

Sekiranya tidak berpuas hati ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh Pengendali dan/atau perkara-perkara yang berkaitan dengan Sijil, sila hubungi dan/atau tulis kepada: Hong Leong MSIG Takaful Berhad Tingkat 5, Menara B, PJ City Development, No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7650 1800, Fax: 03-7620 6730, E-mel: [email protected]

Page 17: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 17 of 57

Jika pihak menuntut tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, pihak yang menuntut boleh membuat rayuan kepada Pengendali. Jika pihak yang menuntut itu masih tidak berpuas hati dengan keputusan Pengendali, pihak yang menuntut boleh membuat rayuan kepada Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) di alamat berikut dalam tempoh enam (6) bulan dari keputusan Pengendali dengan penerangan ringkas mengenai aduan tersebut, nama Pengendali dan nombor Sijil Takaful: Biro Pengantara Kewangan Tingkat 25, Bangunan Utaman, Menara Takaful Malaysia No. 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel. No.: 03-22722811, Fax No.: 03-22721577 E-mel: [email protected] Laman Sesawang: www.fmb.org.my Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan sebarang perkara yang berkaitan dengan Takaful mengenai Sijil ini boleh dirujuk kepada Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK) di alamat berikut: Tingkat Bawah, Blok D, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur Tel.: +603-2698-8044 ext 8950 / 8958 ATAU Pusat Perhubungan (BNMTELELINK) Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia P.O. Box 10922 50929 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Luar negara: +603-2174-1717) Fax: +603-2174-1515 E-mel: [email protected]

********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 18: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 18 of 57

KONTRAK TAMBAHAN

KEILATAN KEKAL DAN SEBAHAGIAN Sijil Keilatan Kekal dan Sebahagian ini (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan") adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali mengeluarkan Takaful Tambahan ini sebagai pertimbangan kepada Sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Takaful Tambahan ini, berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, membayar ganti rugi bagi kehilangan menurut Jadual Indemniti seperti yang dinyatakan dalam Seksyen II Takaful Tambahan ini. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini. I. DEFINISI KEILATAN KEKAL DAN SEBAHAGIAN

Keilatan Kekal dan Sebahagian (KKS) yang timbul akibat apa jua sebab dalam tempoh penyertaan dan berterusan tanpa henti untuk tempoh sekurang-kurangnya seratus lapan puluh (180) hari, dan disebabkan keilatan tersebut, Peserta tidak dapat melibatkan diri secara sebahagian dan kekal dalam perniagaan atau pekerjaannya yang biasa atau hanya boleh melakukan kerja lebih ringan dengan kekuatan badan yang ada atau bekerja untuk bayaran atau keuntungan yang lebih rendah.

II. JADUAL INDEMINITI Peratusan Amaun Manfaat

1. Kehilangan lengan - pada bahu ......................................................................................................... 100% - antara bahu dan siku ........................................................................................ 100% - pada siku .......................................................................................................... 100% - antara siku dan pergelangan tangan ................................................................ 100%

2. Kehilangan tangan pada pergelangan tangan ...................................................... 100% 3. Kehilangan kaki

- pada pinggul ..................................................................................................... 100% - antara lutut dan pinggul .................................................................................... 100% - di bawah lutut .................................................................................................... 100%

4. Kehilangan mata - seluruh mata ..................................................................................................... 100% - penglihatan ....................................................................................................... 100% - penglihatan, kecuali pengamatan cahaya ........................................................ 50% - kanta ................................................................................................................. 50%

5. Kehilangan upaya bertutur penuh ......................................................................... 50% 6. Kehilangan pendengaran

- kedua-dua telinga ............................................................................................. 75% - sebelah telinga.................................................................................................. 25%

7. Kehilangan empat jari dan satu ibu jari di sebelah tangan .................................... 50% 8. Kehilangan empat jari ............................................................................................ 40% 9. Kehilangan ibu jari

- kedua-dua falanks ............................................................................................ 25% - satu falanks ....................................................................................................... 10%

10. Kehilangan jari telunjuk - tiga falanks ........................................................................................................ 10% - dua falanks ....................................................................................................... 8% - satu falanks ...................................................................................................... 4%

11. Kehilangan jari hantu - tiga falanks ........................................................................................................ 6% - dua falanks ....................................................................................................... 4% - satu falanks ....................................................................................................... 2%

12. Kehilangan jari manis - tiga falanks ........................................................................................................ 5% - dua falanks ....................................................................................................... 4% - satu falanks ....................................................................................................... 2%

Page 19: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 19 of 57

13. Kehilangan jari kelingking - tiga falanks ........................................................................................................ 4% - dua falanks ....................................................................................................... 3% - satu falanks ....................................................................................................... 2%

14. Kehilangan metakarpus - pertama atau kedua (tambahan) ...................................................................... 3% - ketiga, keempat atau kelima (tambahan) ......................................................... 2%

15. Kehilangan jari kaki - semua ............................................................................................................... 15% - ibu jari, kedua-dua falanks ................................................................................ 5% - ibu jari, satu falanks .......................................................................................... 2% - selain daripada ibu jari, jika kehilangan lebih daripada satu jari kaki ............... 1%

Agregat semua peratusan yang perlu dibayar bagi mana-mana satu kejadian tidak harus melebihi 100% daripada Amaun Manfaat ini seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk di bawah Sijil Induk. "Kehilangan" seperti yang dinyatakan di atas ditakrifkan sebagai kehilangan penggunaan penuh atas apa jua sebab, dengan syarat:- 1. kehilangan tersebut berlaku secara langsung dan dalam masa tiga (3) bulan kalendar selepas

kecederaan badan yang disebabkan oleh kejadian ganas, tidak disengajakan, luaran dan kelihatan dan notis kehilangan tersebut hendaklah diberikan secara bertulis kepada Ibu Pejabat dalam masa tiga puluh (30) hari selepas berlaku kehilangan tersebut, atau

2. sekiranya kehilangan tersebut berlaku daripada penyakit atau kesakitan, notis kerugian tersebut

hendaklah diberikan secara bertulis ke Ibu Pejabat Pengendali dalam masa 30 hari daripada berlakunya kehilangan tersebut.

Sekiranya kecederaan tidak dikhususkan, Pengendali akan mengguna pakai peratus keilatan di bawah Jadual Indemniti di atas yang pada pendapat Pengendali tidak bercanggah dengan peruntukan manfaat tersebut. Hanya satu daripada jumlah di atas, iaitu jumlah lebih besar, akan dibayar sekiranya Peserta mengalami lebih daripada satu kehilangan disebabkan oleh satu kemalangan. Dalam keadaan di mana pembayaran kurang daripada 100% daripada Amaun Manfaat dibuat di bawah Takaful Tambahan ini, perlindungan akan dikurangkan dengan sewajarnya berasaskan peratus Amaun Manfaat yang dibayar. Sekiranya terdapat apa-apa pembayaran 100% Amaun Manfaat, seluruh perlindungan di bawah Takaful Tambahan bagi peserta tersebut akan tamat secara automatik.

III. SUMBANGAN Sumbangan perlu dibayar oleh Peserta melalui Pemegang Sijil Induk secara bulanan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk, dalam tempoh yang telah dipersetujui, kepada Pengendali. Sumbangan pertama perlu dibayar pada Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful dan Sumbangan seterusnya perlu dibayar pada Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful. Tempoh ihsan tiga puluh (30) hari dibenarkan bagi pembayaran mana-mana Sumbangan selepas yang pertama, yang mana dalam tempoh tersebut Takaful Tambahan ini akan terus berkuat kuasa. Sekiranya sebarang tuntutan timbul dalam tempoh ihsan tersebut dan sebelum pembayaran Sumbangan yang perlu dibayar, Sumbangan tersebut hendaklah ditolak daripada jumlah tuntutan bersama sebarang sumbangan lain yang perlu dibayar di bawah Sijil Takaful.

Page 20: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 20 of 57

IV. MANFAAT Sebagai pertimbangan bagi pembayaran Sumbangan menurut Seksyen III dan tertakluk kepada peruntukan yang terkandung seterusnya dan kepada syarat dalam Seksyen V tersebut, Pengendali akan membayar, di Ibu Pejabatnya pada masa ini, jumlah yang ditetapkan dalam Seksyen II di atas kepada Penama, apabila kontrak ini dihantar dan berasaskan bukti memuaskan yang diberikan kepada Pengendali sekiranya berlaku mana-mana satu kehilangan yang dinyatakan di bawah Seksyen II tersebut, sekiranya yang berikut tidak berlaku:- 1. luputnya Sijil Induk. 2. pada ulang tahun Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful selepas Peserta mencapai umur enam puluh

lima (65) tahun.

V. SYARAT-SYARAT 1. Semua manfaat di bawah Takaful Tambahan ini akan ditarik balik jika terdapat sebarang

perubahan dalam keadaan yang mungkin meningkatkan risiko, termasuk perubahan pekerjaan melainkan notis perubahan tersebut telah diberikan kepada Pengendali dan kebenaran bertulis daripada mereka untuk meneruskan Takaful telah diterima.

2. Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan di dalam Takaful Tambahan ini, jumlah maksimum

yang perlu dibayar di bawah Takaful Tambahan ini hendaklah tidak melebihi 100% daripada Amaun Manfaat ini bagi Peserta sekiranya Peserta mengalami mana-mana kehilangan nombor 1 hingga 15 seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen II di atas atau sebahagian daripadanya.

3. Sebaik selepas Pemegang Sijil Induk atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi

pihak Pemegang Sijil Induk maklum tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini, notis mengenainya hendaklah diberikan kepada Pengendali dan semua maklumat, bantuan dan dokumen yang diketahui atau dipegang oleh Pemegang Sijil Induk atau orang lain tersebut atau mana-mana orang bagi pihaknya atau mana-mana seorang daripada mereka yang perlu untuk tujuan menguruskan perkara tersebut hendaklah dalam tempoh masa yang sewajarnya diberikan kepada Pengendali oleh atau bagi pihak dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk. Bukti selanjutnya tersebut, (termasuk sijil perubatan dan perakuan berkanun) yang mungkin diperlukan dengan sewajarnya oleh Pengendali, hendaklah diberikan dengan cara yang sama untuk tujuan melaksanakan sebarang tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini.

4. Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan

ini, Peserta hendaklah dalam masa dua (2) minggu menjalani pemeriksaan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan dan berdaftar dan dalam masa tujuh (7) hari selepas diminta berbuat demikian, mengemukakan kepada Pengendali menerusi dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk, satu laporan bertulis oleh pengamal perubatan tersebut menerangkan tentang kejadian kecederaan serta jenis dan tahap kecederaan yang dialami dan butiran tentang sebarang pembedahan yang dilakukan atau mungkin dilakukan dan umumnya semua butiran lain melibatkan kecederaan tersebut yang mungkin diperlukan oleh Pengendali. Peserta hendaklah menjalani rawatan perubatan dan pembedahan (termasuk sebarang pembedahan) yang mungkin dianggap perlu oleh Penasihat Perubatan Peserta.

5. Selepas berlakunya sebarang kejadian yang dinyatakan di atas, Peserta hendaklah pada setiap

masa yang sewajarnya menjalani pemeriksaan perubatan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan dan berdaftar yang dilantik oleh Pengendali.

Page 21: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 21 of 57

6. Pengendali berhak untuk membatalkan Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada Pemegang Sijil Induk dan Takaful Tambahan ini, jika belum ditamatkan sebelum ini, hendaklah ditamatkan serta-merta jika Sijil Induk ini ditamatkan. Apabila Takaful Tambahan ini ditamatkan, tiada Sumbangan yang dibayar di bawahnya boleh dipulangkan kecuali bagi sebarang bahagian belum digunakan yang telah dibayar untuk melindungi tempoh selepas penamatan.

7. Apabila berlaku mana-mana kehilangan nombor 1 hingga 15 termasuk yang dinyatakan di

bawah Seksyen II di atas, semua perlindungan di bawah Takaful Tambahan ini akan tamat dengan serta merta dari segi kehilangan daripada sebarang kejadian seterusnya. Perlindungan yang tinggal (jika ada), sekiranya jumlah yang dibayar di bawah manfaat Takaful Tambahan ini kurang daripada 100% daripada Amaun Manfaat ini, akan berkuat kuasa bagi manfaat lain di bawah Takaful Tambahan ini.

8. Takaful Tambahan ini adalah semata-mata untuk manfaat khusus Pemegang Sijil Induk dan jika

sebarang penyerahan hak, caj atau pindah milik Takaful Tambahan ini dibuat tanpa kebenaran Pengendali, maka Takaful Tambahan ini hendaklah dianggap dibatalkan serta-merta.

VI. KEADAAN SEDIA ADA Keadaan Sedia Ada hendaklah bermaksud sebarang kecederaan atau penyakit yang: (a) wujud atau telah dialami sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau

(b) tanda penyakit wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau

(c) Berasaskan perkembangan patologi penyakit yang diterima dari segi perubatan, penyakit

tersebut sepatutnya wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan. Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan dalam Takaful Tambahan ini, tiada manfaat perlu dibayar jika Keilatan Kekal dan Sebahagian (KKS) disebabkan oleh Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa KKS, Peserta telah dilindungi untuk tempoh lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan dan Peserta telah mendedahkan kecederaan atau penyakit tersebut seperti yang sepatutnya dan ia telah diunderait sepenuhnya dan diterima oleh Pengendali sebelum permulaan perlindungan.

VII. PENGECUALIAN Amaun Manfaat ini tidak akan dibayar jika Keilatan Kekal dan Sebahagian disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh: 1. kecederaan disengajakan atau sebarang percubaan melakukannya dalam keadaan siuman

atau tidak siuman; atau 2. pengaruh alkohol, narkotik atau salah guna dadah yang disyorkan oleh pengamal perubatan

sah yang berkelayakan; atau 3. melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau operasi

teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan kecuali sebagai juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau perkhidmatan sewa; atau

4. sebarang perlanggaran undang-undang oleh Peserta yang membawa hukuman mati; atau

5. jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit berkaitan

AIDS; atau

Page 22: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 22 of 57

6. perkhidmatan tentera darat atau laut pada masa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, semasa di bawah arahan bagi operasi seperti peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau

7. disebabkan oleh kehamilan atau melahirkan anak, kecacatan atau ketidakupayaan sedia ada.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 23: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 23 of 57

KONTRAK TAMBAHAN KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN

Sijil Kematian akibat Kemalangan (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan") adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali mengeluarkan Takaful Tambahan ini sebagai pertimbangan kepada sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, Takaful Tambahan ini menyediakan pembayaran secara sekaligus bersamaan dengan Amaun Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk sekiranya berlaku Kematian yang terhad kepada punca kemalangan. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini. I. DEFINISI KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN

Punca kemalangan bermakna kematian yang disebabkan semata-mata, secara langsung dan bebas daripada semua punca lain 1. akibat kejadian malang, luaran, dan tidak disengajakan, dengan kontusi (lebam) atau luka

nyata di bahagian luar badan atau kecederaan dalaman yang didedahkan menerusi autopsi atau

2. akibat lemas secara tidak sengaja yang didedahkan menerusi autopsi. Sekiranya terdapat sebarang pembayaran 100% daripada Amaun Manfaat Asas, seluruh perlindungan di bawah Takaful Tambahan ini bagi Peserta akan tamat secara automatik.

II. SUMBANGAN

Sumbangan perlu dibayar oleh Peserta melalui Pemegang Sijil Induk secara bulanan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk, dalam tempoh yang telah dipersetujui, kepada Pengendali. Sumbangan pertama perlu dibayar pada Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful dan Sumbangan seterusnya perlu dibayar pada Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful. Tempoh ihsan tiga puluh (30) hari dibenarkan bagi pembayaran mana-mana Sumbangan selepas yang pertama, yang mana dalam tempoh tersebut Takaful Tambahan ini akan terus berkuat kuasa. Sekiranya sebarang tuntutan timbul dalam tempoh ihsan tersebut dan sebelum pembayaran Sumbangan yang perlu dibayar, Sumbangan tersebut hendaklah ditolak daripada jumlah tuntutan bersama sebarang sumbangan lain yang perlu dibayar di bawah Sijil Takaful.

III. MANFAAT

Sebagai pertimbangan bagi pembayaran sumbangan menurut Bahagian (I) dan tertakluk kepada peruntukan yang terkandung seterusnya dan kepada syarat dalam Bahagian (III) tersebut, Pengendali hendaklah membayar, di Ibu Pejabatnya pada masa ini, jumlah yang ditetapkan dalam Sijil Induk kepada Penama, apabila kontrak ini dihantar dan berasaskan bukti memuaskan yang diberikan kepada Pengendali sekiranya berlaku Kematian, sekiranya yang berikut tidak berlaku:- 1. selepas luputnya Sijil Induk. 2. pada ulang tahun Tarikh Kuat Kuasa selepas Peserta mencapai umur enam puluh lima (65)

tahun.

Page 24: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 24 of 57

IV. SYARAT-SYARAT

1. Semua manfaat di bawah Takaful Tambahan ini akan ditarik balik jika terdapat sebarang perubahan dalam keadaan yang mungkin meningkatkan risiko, termasuk perubahan pekerjaan melainkan notis perubahan tersebut telah diberikan kepada Pengendali dan kebenaran bertulis daripada mereka untuk meneruskan Takaful telah diterima.

2. Walau apa pun yang menyatakan sebaliknya di dalam ini, jumlah maksimum yang perlu

dibayar di bawah Takaful Tambahan ini hendaklah tidak melebihi 100% daripada Amaun Manfaat bagi Peserta.

3. Sebaik selepas Pemegang Sijil Induk atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi

pihak Pemegang Sijil Induk maklum tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini, notis mengenainya hendaklah diberikan ke Ibu Pejabat Pengendali secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) hari selepas berlakunya kejadian tersebut dan semua maklumat, bantuan dan dokumen yang diketahui atau dipegang oleh Pemegang Sijil Induk atau orang lain tersebut atau mana-mana orang bagi pihaknya atau mana-mana seorang daripada mereka yang perlu untuk tujuan menguruskan perkara tersebut hendaklah dalam tempoh masa yang sewajarnya diberikan kepada Pengendali oleh atau bagi pihak dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk. Bukti selanjutnya tersebut, (termasuk sijil perubatan dan perakuan berkanun) yang mungkin diperlukan dengan sewajarnya oleh Pengendali, hendaklah diberikan dengan cara yang sama untuk tujuan melaksanakan sebarang tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini.

4. Walau apa pun jumlah manfaat yang perlu dibayar bagi setiap Peserta, had agregat liabiliti

bagi DRP yang diuruskan oleh Pengendali bagi setiap pengangkutan atau tempat di bawah Sijil Induk ini hendaklah tidak melebihi RM3,000,000.

5. Pengendali berhak untuk membatalkan Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa dengan

memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada Pemegang Sijil Induk dan Takaful Tambahan ini, jika belum ditamatkan sebelum ini, hendaklah ditamatkan serta-merta jika Sijil Induk ini ditamatkan. Apabila Takaful Tambahan ini ditamatkan, tiada sumbangan yang dibayar di bawahnya boleh dipulangkan kecuali bagi sebarang bahagian belum digunakan yang telah dibayar untuk melindungi tempoh selepas penamatan.

6. Takaful Tambahan ini adalah semata-mata untuk manfaat khusus Pemegang Sijil Induk dan

jika sebarang penyerahan hak, caj atau pindah milik Takaful Tambahan ini dibuat tanpa kebenaran Pengendali, maka Takaful Tambahan ini hendaklah dianggap dibatalkan serta-merta.

V. KEADAAN SEDIA ADA

Keadaan Sedia Ada hendaklah bermaksud sebarang kecederaan atau penyakit yang: 1. wujud atau telah dialami sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau 2. tanda penyakit wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau 3. berasaskan perkembangan patologi penyakit yang diterima dari segi perubatan, penyakit

tersebut sepatutnya wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan. Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan di dalam Takaful Tambahan ini, tiada manfaat perlu dibayar jika kematian disebabkan oleh Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa kematian, Peserta telah dilindungi untuk tempoh lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan dan Peserta telah mendedahkan kecederaan atau penyakit tersebut seperti yang sepatutnya dan ia telah diunderait sepenuhnya dan diterima oleh Syarikat sebelum permulaan perlindungan.

Page 25: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 25 of 57

VI. PENGECUALIAN

Manfaat Takaful tidak akan dibayar jika Kematian Akibat Kemalangan disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada: 1. kecederaan disengajakan atau sebarang percubaan melakukannya dalam keadaan siuman

atau tidak siuman; atau 2. pengaruh alkohol, narkotik atau salah guna dadah yang disyorkan oleh pengamal perubatan

sah yang berkelayakan; atau 3. melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau

operasi teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan kecuali sebagai juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau perkhidmatan sewa; atau

4. sebarang perlanggaran undang-undang oleh Peserta yang membawa hukuman mati; atau 5. jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit

berkaitan AIDS; atau 6. perkhidmatan tentera darat atau laut pada masa peperangan diisytiharkan atau tidak

diisytiharkan, semasa di bawah arahan bagi operasi seperti peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau

7. kecederaan akibat pembelahan nuklear, pelakuran nuklear, bahan senjata nuklear atau

pencemaran radioaktif; atau 8. Penglibatan dalam sebarang kegiatan mendaki gunung atau memanjat batu; atau 9. Penyertaan dalam atau latihan untuk sebarang sukan dan pertandingan berbahaya atau

memudaratkan atau menunggang atau memandu dalam apa jua bentuk perlumbaan atau pertandingan.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 26: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 26 of 57

KONTRAK TAMBAHAN KEILATAN KEKAL DAN MENYELURUH (KKM) AKIBAT KEMALANGAN

Kontrak Tambahan Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) Akibat Kemalangan (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan") ini adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali mengeluarkan Takaful Tambahan ini sebagai pertimbangan kepada sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, Sijil Induk Takaful Tambahan ini menyediakan pembayaran tambahan secara sekaligus Amaun Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk sekiranya berlaku KKM yang terhad kepada punca kemalangan. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini. I. DEFINISI KEILATAN KEKAL DAN MENYELURUH (KKM) AKIBAT KEMALANGAN

Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) bermaksud keilatan yang disebabkan oleh kecederaan badan akibat kemalangan yang menghalang Peserta daripada melakukan sebarang kerja, perniagaan, penggajian, profesion atau tugas biasa sama sekali untuk upah, pampasan atau untung, tetapi dengan syarat bahawa Keilatan tersebut hendaklah berterusan untuk tempoh selama tidak kurang daripada enam (6) bulan, dan jika selepas itu diakui sebagai Penuh dan Kekal, untuk tujuan Takaful Tambahan ini, liabiliti Pengendali hendaklah terkumpul dari Tarikh Kuat Kuasa Keilatan;

II. SUMBANGAN

Sumbangan perlu dibayar oleh Peserta melalui Pemegang Sijil Induk secara bulanan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk, dalam tempoh yang telah dipersetujui, kepada Pengendali. Sumbangan pertama perlu dibayar pada Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful dan Sumbangan seterusnya perlu dibayar pada Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful. Tempoh ihsan tiga puluh (30) hari dibenarkan bagi pembayaran mana-mana Sumbangan selepas yang pertama, yang mana dalam tempoh tersebut Takaful Tambahan ini akan terus berkuat kuasa. Sekiranya sebarang tuntutan timbul dalam tempoh ihsan tersebut dan sebelum pembayaran Sumbangan yang perlu dibayar, Sumbangan tersebut hendaklah ditolak daripada jumlah tuntutan bersama sebarang sumbangan lain yang perlu dibayar di bawah Sijil Takaful.

III. MANFAAT Selagi Sijil Induk ini berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, sekiranya Peserta, sebelum mencapai umur enam puluh lima (65) tahun mengalami keilatan kekal dan menyeluruh, terhad kepada punca kemalangan sahaja, seperti yang ditakrifkan seterusnya, dan kekal ilat secara berterusan untuk tempoh tidak kurang daripada enam (6) bulan, maka manfaat yang perlu dibayar di bawah Takaful Tambahan ini adalah manfaat yang perlu dibayar jika kematian berlaku pada tarikh Keilatan tertakluk kepada syarat berikut:- (a) Sebaik saja mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh, butiran penuh mengenainya mesti

dimaklumkan secara bertulis kepada Pengendali di Ibu Pejabatnya, bersama dengan alamat dan kedudukan Peserta, dan, dalam masa tiga puluh (30) hari selepas mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh tersebut.

(b) Mana-mana Pegawai Perubatan Pengendali hendaklah dibenarkan untuk memeriksa Peserta berkaitan dengan Keilatan yang didakwa dengan cara dan pada masa yang diperlukan oleh Pegawai Perubatan.

(c) Dalam apa jua keadaan, jumlah manfaat maksimum yang perlu dibayar di bawah tuntutan Keilatan Kekal dan Menyeluruh adalah terhad kepada Ringgit Malaysia Dua Juta

Page 27: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 27 of 57

(RM2,000,000.00). Manfaat akan dibayar dalam satu jumlah sekali gus tertakluk kepada nilai maksimum Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000.00).

(d) Jika terdapat kegagalan mematuhi mana-mana daripada peruntukan di atas, tiada tuntutan disebabkan Keilatan Kekal dan Menyeluruh akan timbul atau menjadi sah atau boleh dikuatkuasakan.

(e) Keilatan yang dirujuk di atas mestilah bersifat Penuh dan Kekal, dan pada masa itu atau pada bila-bila selepas itu, Peserta tidak boleh melakukan atau menjalankan sebarang kerja, penggajian atau profesion untuk meraih atau mendapatkan sebarang upah, pampasan atau keuntungan.

Kejadian mana-mana yang berikut juga hendaklah dianggap sebagai Keilatan Kekal dan Menyeluruh:

(i) Kehilangan penglihatan penuh dan tidak boleh pulih pada kedua-dua belah mata; atau (ii) Kehilangan tidak boleh pulih dua atau lebih anggota menerusi amputasi pada atau di

atas pergelangan tangan dan buku lali; (iii) Kehilangan penglihatan penuh dan tidak boleh pulih sebelah (1) mata dan kehilangan

tidak boleh pulih satu (1) anggota menerusi amputasi pada atau di atas pergelangan tangan dan buku lali;

(iv) Lumpuh sepenuhnya yang tidak boleh pulih.

Keilatan mestilah berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan untuk dianggap kekal. Namun begitu, Keilatan bermaksud sebagai bermula pada hari pertama Keilatan tersebut berlaku.

Sekiranya Keilatan Kekal dan Menyeluruh berlaku disebabkan oleh mana-mana empat (4) syarat di atas [iaitu (e)(i,ii,iii,iv)], pembayaran manfaat hendaklah dibuat dengan serta-merta. Definisi Aktiviti Kehidupan Harian (untuk orang yang tidak bergaji atau tidak dibayar gaji): Pengesahan oleh Pakar Perunding Perubatan tentang kehilangan kewujudan berdikari yang kekal untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan yang menyebabkan ketiadaan upaya yang kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian berikut sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, peralatan khas atau bantuan dan penyesuaian lain yang digunakan oleh orang kurang upaya. Untuk tujuan manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tiada harapan untuk pulih dengan ilmu dan teknologi perubatan semasa. Aktiviti Kehidupan Harian meliputi:- (a) Pemindahan

Duduk dan bangun daripada kerusi tanpa bantuan orang lain.

(b) Pergerakan Kemampuan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain tanpa bantuan orang lain.

(c) Kontinens Kemampuan untuk mengawal fungsi usus dan pundi kencing untuk mengekalkan kebersihan diri.

(d) Pemakaian Memakai dan menanggalkan kesemua pakaian yang perlu tanpa bantuan orang lain.

(e) Mandi/Membersihkan Diri

Page 28: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 28 of 57

Kemampuan untuk membersihkan diri semasa mandi (termasuk memasuki dan keluar dari tempat mandian atau bilik mandian) atau membersihkan diri dengan cara yang lain.

(f) Makan Kesemua usaha memasukkan makanan ke dalam badan apabila makanan telah disediakan.

Keadaan berikut juga akan dianggap sebagai Keilatan Kekal dan Menyeluruh: (a) Kehilangan sepenuhnya penglihatan dan tidak boleh pulih pada kedua-dua belah mata. (b) Kehilangan dua anggota akibat terputus pada atau di atas pergelangan tangan atau buku

lali. (c) Kehilangan sepenuhnya penglihatan dan tidak boleh pulih pada sebelah mata dan

kehilangan mana-mana satu anggota akibat terputus pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali.

DENGAN SYARAT DALAM SEGALA HAL bahawa Keilatan tersebut mestilah tidak disebabkan secara langsung atau tidak langsung: (a) oleh sebarang kecederaan badan yang disengajakan, sama ada semasa siuman atau tidak

siuman; (b) oleh sebarang gangguan saraf atau penyakit mental; (c) oleh penerbangan dalam pesawat (kecuali sebagai anak kapal atau penumpang biasa yang

membayar tambang, dalam penerbangan terjadual biasa sebuah syarikat penerbangan komersial); atau;

(d) oleh apa jua yang berlaku sebagai anggota angkatan tentera, polis dan angkatan separa

tentera akibat peperangan yang diisytiharkan atau tidak, kekacauan atau gangguan awam.

IV. KEADAAN SEDIA ADA Keadaan Sedia Ada bermaksud sebarang kecederaan atau penyakit yang:

(a) wujud atau telah dialami sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau

(b) tanda penyakit wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau

(c) berasaskan perkembangan patologi penyakit yang diterima dari segi perubatan, penyakit tersebut sepatutnya wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan.

Walau apa pun yang menyatakan sebaliknya dalam Sijil, tiada manfaat perlu dibayar jika kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) disebabkan oleh Penyakit Sedia Ada melainkan pada masa kematian atau KKM, Peserta telah dilindungi untuk tempoh lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan dan Peserta telah mendedahkan kecederaan atau penyakit tersebut seperti yang sepatutnya dan ia telah diunderait sepenuhnya dan diterima oleh Syarikat sebelum permulaan perlindungan.

V. PENGECUALIAN

Manfaat Takaful tidak akan dibayar jika Keilatan Kekal dan Menyeluruh disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada:

Page 29: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 29 of 57

(a) kecederaan disengajakan atau sebarang percubaan melakukannya dalam keadaan siuman atau tidak siuman; atau

(b) pengaruh alkohol, narkotik atau salah guna dadah yang disyorkan oleh pengamal perubatan

sah yang berkelayakan; atau (c) melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau

operasi teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan kecuali sebagai juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau perkhidmatan sewa; atau

(d) sebarang perlanggaran undang-undang oleh Peserta yang membawa hukuman mati; atau; (e) jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit

berkaitan AIDS; atau (f) perkhidmatan tentera darat atau laut pada masa peperangan diisytiharkan atau tidak

diisytiharkan, semasa di bawah arahan bagi operasi seperti peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau

(g) kecederaan yang disebabkan oleh pembelahan nuklear, gabungan nuklear, bahan senjata

nuklear atau pencemaran radioaktif; atau

(h) sebarang penglibatan dalam aktiviti mendaki gunung atau memanjat; atau

(i) mengambil bahagian dalam latihan atau untuk mana-mana sukan berbahaya atau pertandingan atau menunggang atau memandu dalam sebarang bentuk perlumbaan atau pertandingan.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 30: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 30 of 57

KONTRAK TAMBAHAN PENYAKIT KRITIKAL (PEMBAYARAN MANFAAT DIPERCEPATKAN)

Sijil Penyakit Kritikal (pembayaran manfaat dipercepatkan) ini (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan") adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali mengeluarkan Takaful Tambahan sebagai pertimbangan kepada sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Takaful Tambahan ini, berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya di dalam ini, menyediakan pembayaran yang dipercepatkan kepada pembayaran Amaun Manfaat bagi Manfaat-manfaat Kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh disebabkan oleh sebab-sebab semula jadi di bawah Sijil Induk sekiranya Peserta disahkan menghidap penyakit kritikal seperti yang dihadkan dan ditetapkan di dalam Takaful Tambahan ini. WALAU APA PUN yang sebaliknya dinyatakan di dalam Takaful Tambahan ini, penerimaan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini akan secara automatik mengurangkan manfaat Kematian dan/atau Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh diakibatkan oleh sebab-sebab semula jadi Peserta sebanyak Amaun Manfaat Penyakit Kritikal yang diterima. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini. I. DEFINISI PENYAKIT KRITIKAL

Untuk tujuan Takaful Tambahan ini, DAN WALAU APA PUN definisi lain yang mungkin didapati di tempat lain, “Penyakit Berbahaya” atau "Penyakit Kritikal" bermakna sebarang keadaan atau penyakit yang ditakrifkan di bawah: 1. STROK

Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan kesan susulan neurologi yang berkekalan, selepas berlarutan untuk sekurang-kurangnya enam bulan. Termasuk infarksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi daripada sumber luar kranium. Diagnosis mestilah berasaskan perubahan yang dilihat pada imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurologi. Untuk takrifan di atas, perkara-perkara berikut adalah tidak dilindungi: (a) simptom serebrum disebabkan serangan iskemia transien,

(b) sebarang kekurangan neurologi iskemia boleh pulih,

(c) iskemia vertebrobasilar,

(d) simptom serebrum akibat migrain,

(e) kecederaan serebrum disebabkan oleh trauma atau hipoksia,

(f) penyakti vaskular yang menjejaskan mata atau saraf optik atau fungsi vestibul.

2. SERANGAN JANTUNG Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokardium) disebabkan oleh kurang bekalan darah dan yang terbukti daripada: (a) sejarah sakit dada berpanjangan yang lazim, (b) perubahan elektrokardiografi baru yang disebabkan oleh kejadian ini, (c) Kenaikan enzim jantung, CPK-MB melebihi, daripada biasa, tahap makmal yang

diterima umum atau troponins direkodkan pada tahap yang berikut atau lebih tinggi:

Page 31: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 31 of 57

Diagnosis berasaskan peningkatan ujian Troponin T sahaja tidak akan dianggap sebagai diagnosis serangan jantung.

Untuk takrifan di atas, Angina adalah tidak dilindungi.

3. KEGAGALAN BUAH PINGGANG PERINGKAT AKHIR Kegagalan buah pinggang peringkat akhir yang dikenal pasti sebagai kegagalan kronik fungsi kedua-dua buah pinggang yang tidak boleh pulih, yang menyebabkan dialisis ginjal secara berkala dimulakan atau pemindahan buah pinggang perlu dilaksanakan.

4. KANSER Sebarang tumor malignan didiagnosis dengan pengesahan histologi dan disifatkan oleh pertumbuhan tidak terkawal sel-sel malignan dan pemusnahan tisu. Takrifan ketumbuhan malignan merangkumi leukemia, limfoma dan sarcoma. Untuk takrifan di atas, perkara-perkara berikut adalah tidak dlindungi: (a) Semua kanser yang diklasifikasikan secara histologi sebagai pra-malignan, bukan

invasif; karsinoma in situ; mempunyai sam ada malignansi pinggiran; atau mempunyai potensi malignan yang rendah,

(b) Semua tumor prostat, tiroid dan pundi kencing yang diklasifikasikan secara histologi

sebagai T1N0M0 (klasifikasi TNM), (c) Limfosit Leukemia kronik kurang daripada RAI Tahap 3, (d) Semua kanser dengan kehadiran HIV, (e) Sebarang kanser kulit selain daripada melanoma malignan.

5. PEMBEDAHAN PINTASAN ARTERI KORONARI Merujuk kepada menjalani pembedahan dada terbuka untuk membetulkan atau merawat Penyakit Arteri Koronari (CAD) melalui Cantuman Pintasan Arteri Koronari. Untuk takrifan di atas Angioplasti dan semua teknik-teknik lain intra-arteri, teknik berasaskan kateter, lubang kunci atau laser prosedur adalah tidak dilindungi.

6. LAIN-LAIN PENYAKIT ARTERI KORONARI YANG SERIUS Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri koronari utama (tidak termasuk cabang-cabangnya) sebanyak minimum 60 peratus atau lebih seperti yang dibuktikan oleh arteriografi koronari (tidak termasuk prosedur diagnostik tanpa pembedahan). Arteri Koronari di sini merujuk kepada Arteri Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), Stem Utama Kiri (penyempitan sebanyak 60% atau lebih Stem Utama Kiri akan dianggap sebagai penyempitan dua arteri utama). Manfaat ini akan dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan arteri koronari telah dijalankan.

7. ANGIOPLASTI DAN LAIN-LAIN RAWATAN INVASIF UNTUK PENYAKIT ARTERI KORONARI UTAMA Bermaksud menjalani pembedahan Angioplasti Belon Arteri Koronari buat pertama kali, arterektomi, rawatan laser atau memasukkan sten (besi gegelung) untuk memperluaskan semula satu atau lebih arteri koronari yang sempit atau tersumbat seperti yang ditunjukkan oleh bukti angiografi.

Page 32: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 32 of 57

Prosedur penyiasatan intraarteri tidak termasuk dalam takrif ini. Pembayaran di bawah Fasal ini adalah terhad kepada 10% daripada Amaun Manfaat di bawah Takaful Tambahan ini, tertakluk kepada jumlah maksimum RM25,000. Manfaat ini dibayar sekali sahaja dan akan ditolak daripada amaun Takaful Tambahan ini, dengan itu mengurangkan amaun Bayaran Sekali Gus yang akan dibayar kelak.

8. KEGAGALAN HATI PERINGKAT AKHIR Penyakit hati peringkat akhir yang dibuktikan menerusi semua daripada yang berikut: (a) Penyakit kuning kekal;

(b) Asites;

(c) Ensefalopati hepatik;

Untuk takrifan di atas kegagalan hati yang berpunca daripada penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah tidak dilindungi.

9. HEPATITIS VIRUS FULMINAN Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati sub masif sehingga masif yang disebabkan oleh sebarang virus yang pantas mengakibatkan kegagalan hati. Kriteria diagnostik yang perlu dipenuhi: (a) Saiz hati yang semakin mengecil seperti yang disahkan menerusi ultrabunyi abdomen;

(b) Nekrosis membabitkan seluruh lobul, hanya meninggalkan rangka retikular yang runtuh;

(c) Ujian fungsi hati yang semakin merosot, dan

(d) Penyakit kuning yang semakin melarat. Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa

semata-mata tidak memenuhi kriteria diagnosis.

10. KOMA Keadaan tidak sedar diri tanpa sebarang gerak balas atau tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, yang berterusan untuk sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam, memerlukan penggunaan sistem sokongan hayat dan menyebabkan kekurangan neurologi kekal, yang berlarutan lebih daripada tiga puluh (30) hari. Pengesahan oleh pakar neurologi mesti diperolehi. Untuk takrifan di atas koma yang disebabkan secara langsung daripada kecederaan yang disengajakan, penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah tidak dilindungi.

11. TUMOR OTAK BENIGNA Tumor bukan kanser, yang mengancam nyawa, dalam otak atau meninges dalam tengkorak, yang menimbulkan tanda-tanda lazim peningkatan tekanan intrakranium seperti papiloedema, gejala mental, sawan dan kemerosotan deria. Kewujudan tumor asas mesti disahkan oleh kajian pengimejan seperti Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) atau Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Untuk takrifan di atas, perkara-perkara berikut adalah tidak dilindungi: (a) Sista;

(b) Granuloma;

Page 33: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 33 of 57

(c) Kecacatan dalam atau pada arteri atau vena otak;

(d) Hematoma;

(e) Tumor dalam kelenjar pituitari, atau tulang belakang;

(f) Tumor saraf akustik.

12. LUMPUH/PARAPLEGIA Hilang penggunaan penuh dan kekal kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki, atau satu tangan dan satu kaki akibat lumpuh yang disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit.

13. BUTA/HILANG PENGLIHATAN MENYELURUH Kehilangan penglihatan menyeluruh, kekal dan tidak boleh pulih kedua-dua belah mata akibat penyakit atau kemalangan. Pengesahan oleh pakar optamologi diperlukan.

14. PEKAK/HILANG PENDENGARAN MENYELURUH Hilang pendengaran menyeluruh dan tidak boleh pulih kedua-dua belah telinga akibat penyakit atau kemalangan. Menyeluruh bermaksud “kehilangan sekurang-kurangnya 80 desibel dalam semua frekuensi pendengaran”

15. MELECUR TERUK Melecur kulit darjah ketiga (iaitu ketebalan penuh) yang meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) keseluruhan bahagian permukaan badan.

16. HIV AKIBAT TRANSFUSI DARAH Jangkitan oleh Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV) menerusi transfusi darah dengan syarat semua syarat berikut dipenuhi: (a) Transfusi darah tersebut perlu dari segi perubatan atau diberi sebagai sebahagian

daripada rawatan perubatan;

(b) Transfusi darah itu diterima di Malaysia atau Singapura selepas polisi mula berkuat kuasa;

(c) Punca jangkitan dikenal pasti datangnya daripada Institusi yang melakukan transfusi darah itu dan institusi itu dapat mengesan punca darah yang dicemari HIV itu;

(d) Peserta tidak menderita daripada Hemofilia; dan

(e) Peserta bukannya ahli mana-mana kumpulan berisiko tinggi seperti, tetapi tidak terhad kepada, pengguna dadah melalui suntikan.

17. PENYAKIT PARU-PARU PERINGKAT AKHIR

Penyakit paru-paru tahap akhir yang menyebabkan kegagalan pernafasan kronik. Semua kriteria berikut mesti dipenuhi:- (a) Memerlukan terapi oksigen kekal akibat daripada nilai ujian FEV1 yang konsisten yang

kurang daripada satu liter (Isipadu Ekspiratori Paksa dalam saat pertama penghembusan nafas paksa);

Page 34: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 34 of 57

(b) Analisis Gas Darah Arteri Garis Dasar dengan tekanan oksigen separa sebanyak

55mmHg atau kurang; dan

(c) Dispnea ketika berehat.

18. ENSEFALITIS Ditakrifkan sebagai radang teruk bahan otak yang mengakibatkan defisit neurologikal kekal yang berlanjutan bagi tempoh minimum 30 hari dan disahkan oleh pakar neurologi. Defisit neurologikal kekal ini mestilah mengakibatkan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan Harian (seperti yang dinyatakan pada mukadimah yang dilampirkan). Untuk takrifan di atas ensefalitis akibat daripada jangkitan HIV adalah tidak dilindungi.

19. PEMINDAHAN ORGAN UTAMA/SUMSUM TULANG Penerimaan pemindahan: (a) Sumsum tulang manusia menggunakan sel stem hematopoietik yang didahului oleh

ablasi sumsum tulang menyeluruh; atau

(b) Salah satu organ manusia yang berikut: jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, pankreas akibat daripada kegagalan tahap akhir organ berkenaan yang tidak boleh dipulihkan lagi.

Untuk takrifan di atas pemindahan lain-lain sel stem adalah tidak dilindungi.

20. HILANG KEUPAYAAN BERTUTUR Hilang keupayaan menyeluruh dan tidak boleh pulih untuk bertutur bagi tempoh berterusan 12 bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit pita suara yang menyokong hilang upaya ini mesti diberikan oleh pakar Telinga, Hidung dan Tekak. Untuk takrifan di atas semua sebab berkaitan psikiatrik adalah tidak dilindungi.

21. PEMBEDAHAN OTAK Menjalani pembedahan otak sebenar di bawah anestesia am di mana kraniotomi dilaksanakan. Untuk takrifan di atas perkara-perkara berikut adalah tidak dilindungi: (a) Prosedur lubang gerudi (Burr hole), prosedur transphenoidal atau lain-lain prosedur

invasif pada kadar minimum;

(b) Pembedahan otak akibat kemalangan.

22. PEMBEDAHAN INJAP JANTUNG Menjalani pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap jantung akibat kecacatan atau keabnormalan injap jantung. Untuk takrifan di atas pembaikan melalui prosedur intraarteri, pembedahan lubang kunci atau teknik seumpamanya adalah tidak dilindungi.

Page 35: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 35 of 57

23. PENYAKIT MEMBAWA MAUT Diagnosis muktamad keadaan yang dijangka mengakibatkan kematian Peserta dalam tempoh 12 bulan. Peserta mestilah tidak lagi menerima rawatan aktif selain daripada untuk melegakan kesakitan. Diagnosis ini mestilah disokong oleh pengesahan bertulis daripada doktor pakar yang sewajarnya dan disahkan oleh doktor yang dilantik oleh Pengendali.

24. MENINGITIS BAKTERIA Meningitis bakteria yang menyebabkan radang membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurogikal kekal yang berlanjutan bagi tempoh minimum tiga puluh (30) hari dan mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan Harian seperti yang ditakrifkan di bawah. Diagnosis ini hendaklah disahkan oleh: (a) doktor pakar yang sewajarnya; dan

(b) kewujudan jangkitan bakteria dalam cecair serebrospina oleh punktur lumbar.

25. TRAUMA KEPALA TERUK Kecederaan fizikal pada kepala yang menyebabkan kerosakan fungsi yang kekal untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh trauma atau kecederaan. Kerosakan fungsi kekal yang terjadi hendaklah disahkan oleh pakar neurologi dan mesti menyebabkan ketidakupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian, seperti yang ditakrifkan di bawah.

26. ANEMIA APLASTIK KRONIK Kegagalan sumsum tulang kronik berterusan dan tidak boleh pulih yang menyebabkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan sekurang-kurangnya 2 daripada yang berikut: (a) Transfusi produk darah yang tetap;

(b) Agen perangsang sumsum;

(c) Agen imunosupresif; dan/atau

(d) Pemindahan sumsum tulang Diagnosis mestilah disahkan oleh biopsi sumsum tulang.

27. PENYAKIT NEURON MOTOR Merujuk kepada kemerosotan trek kortikospina dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar yang semakin melarat. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar yang semakin melarat, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer. Diagnosis ini mestilah disahkan oleh pakar neurologi sebagai semakin melarat dan mengakibatkan defisit neurologikal kekal.

28. PENYAKIT PARKINSON Diagnosis Penyakit Parkinson yang jelas dan tanpa ragu oleh pakar neurologi di mana penyakit ini:- (a) tidak boleh dikawal dengan pengambilan ubat; dan

Page 36: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 36 of 57

(b) menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang semakin teruk. Penilaian aktiviti kehidupan harian mengesahkan ketidakupayaan Peserta untuk melakukan tiga (3) atau lebih daripada Aktiviti Kehidupan Harian, seperti yang ditakrifkan di bawah, tanpa bantuan. Untuk takrifan di atas, hanya Penyakit Parkinson idiopatik yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dicetuskan oleh dadah atau disebabkan oleh toksik adalah tidak dilindungi.

29. PENYAKIT ALZHEIMER/GANGGUAN OTAK DEGENERATIF ORGANIK TIDAK BOLEH PULIH Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau tingkah laku yang tidak normal seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik terpiawai yang diterima atau ujian yang timbul daripada Penyakit Alzheimer atau gangguan kemerosotan otak organik yang tidak boleh dipulihkan yang mengakibatkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan sosial (sehinggakan pengawasan berterusan diperlukan). Diagnosis ini mestilah disahkan secara klinikal oleh pakar neurologi. Untuk takrifan di atas, perkara-perkara berikut adalah tidak dilindungi: (a) Gangguan otak bukan organik seperti neurosis dan penyakit jiwa; dan

(b) Kerosakan otak yang berkaitan dengan pengambilan dadah atau alkohol.

30. DISTROFI OTOT Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh pakar neurologi terhadap kombinasi 3 daripada 4 keadaan berikut. (a) Sejarah keluarga individu-individu lain yang menghidap penyakit tersebut; (b) Penampilan klinikal termasuk ketiadaan gangguan deria, cecair serebrospina yang

biasa dan kemerosotan ringan refleks tendon; (c) Elektromiogram yang menunjukkan ciri-cirinya; (d) Disyaki secara klinikal dan disahkan menerusi biopsi otot. Tiada manfaat akan dibayar di bawah Penyakit Kritikal ini sebelum Peserta telah mencapai umur 12 tahun hari jadi berikutnya.

31. PEMBEDAHAN KEPADA AORTA Menjalani pembedahan sebenar menerusi torakotomi atau laparotomi untuk memperbaiki atau membetulkan aneurisme aorta, sekatan aorta atau pembelahan aorta. Untuk tujuan definisi ini, aorta bermaksud aorta di bahagian toraks dan abdomen aorta tetapi bukan cabangnya. Untuk takrifan di atas Angioplasti dan semua teknik-teknik lain intra-arteri, teknik berasaskan kateter, lubang kunci atau laser prosedur adalah tidak dilindungi.

32. SKLEROSIS BERBILANG Diagnosis muktamad oleh pakar runding neurologi mengesahkan kombinasi berikut, yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan:

Page 37: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 37 of 57

(a) Gejala yang boleh dirujuk kepada trek (jirim putih) membabitkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang, menghasilkan kekurangan neurologi yang nyata;

(b) Luka yang berbilang dan berasingan; dan

(c) Sejarah simptom-simptom/kekurangan neurologi yang bertambah buruk dan reda kembali yang didokumenkan dengan baik.

33. HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA

Bermaksud Hipertensi Pulmonari Arteri Utama dengan pembesaran ketara ventrikel kanan yang ditentukan menerusi penyiasatan termasuk pengkateteran jantung, yang menyebabkan kerosakan fizikal kekal pada tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Kerosakan Jantung oleh Persatuan Jantung New York (NYHA). Hipertensi arteri pulmonari akibat daripada sebab-sebab lain adalah dikecualikan dari manfaat ini. Klasifikasi Kerosakan Jantung oleh Persatuan Jantung New York (NYHA) bagi Kelas III dan Kelas IV bermaksud yang berikut:- (a) Kelas III: Aktiviti fizikal yang nyata terhad. Selesa apabila berehat tetapi aktiviti yang

kurang daripada biasa juga boleh menyebabkan timbulnya gejala. (b) Kelas IV: Tidak dapat bergiat dalam sebarang aktiviti fizikal tanpa rasa tidak selesa.

Gejala mungkin timbul meskipun ketika berehat

34. PENYAKIT SISTIK MEDULARI Penyakit buah pinggang keturunan beransur yang dicirikan oleh kewujudan sista dalam medula, atrofi tubular dan fibrosis ruang antara dengan petanda klinikal anemia, poliuria dan kehilangan natrium dalam ginjal, yang menyebabkan kegagalan ginjal kronik. Diagnosis hendaklah disokong oleh biopsi ginjal.

35. KARDIOMIOPATI TERUK Fungsi otot jantung yang terjejas yang didiagnosis oleh pakar kardiologi tanpa sebarang keraguan, dan mengakibatkan kerosakan fizikal kekal pada sekurang-kurangnya Kelas III klasifikasi kerosakan jantung oleh Persatuan Jantung New York (NYHA). Diagnosis tersebut perlu disokong dengan penemuan cardiografi gema terhadap prestasi ventrikular yang terjejas. Klasifikasi Kerosakan Jantung oleh Persatuan Jantung New York (NYHA) bagi Kelas III dan Kelas IV bermaksud yang berikut:- (a) Kelas III: Aktiviti fizikal yang nyata terhad. Selesa apabila berehat tetapi aktiviti yang

kurang daripada biasa juga boleh menyebabkan timbulnya gejala. (b) Kelas IV: Tidak dapat bergiat dalam sebarang aktiviti fizikal tanpa rasa tidak selesa.

Gejala mungkin timbul meskipun ketika berehat Untuk takrifan di atas, Kardiomiopati yang berkaitan secara langsung dengan penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah tidak dilindungi.

36. LUPUS ERITEMATOSUS SISTEMIK DENGAN LUPUS NEFRITIS Bermaksud gangguan autoimun berbilang sistem dan berbilang faktor yang kebanyakannya melibatkan wanita dalam usia boleh melahirkan anak dan dicirikan oleh penghasilan autoantibodi yang menyerang pelbagai antigen diri.

Page 38: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 38 of 57

Dalam konteks Takaful Tambahan ini, SLE adalah terhad kepada jenis-jenis lupus eritematosus sistemik yang melibatkan buah pinggang (Lupus Nefritis Jenis III hingga Jenis IV, yang dibuktikan oleh biopsi ginjal). Jenis-jenis lain seperti lupus diskoid, dan jenis lain yang hanya melibatkan hematologi dan sendi sahaja tidak termasuk dalam takrifan ini. Klasifikasi Lupus oleh World Health Organisation: (a) Kelas I (Perubahan Minimum) - Negatif, kencing normal

(b) Kelas II (Mesangial) - Proteinuria sederhana, enapan aktif

(c) Kelas III (Segmen Fokus) - Proteinuria, enapan aktif

(d) Kelas IV (Resap) - Nefritis akut dengan enapan aktif dan/atau sindrom nefritik

(e) Kelas V (Bermembran - Sindrom Nefrotik atau proteinuria teruk.

II. DEFINISI AM 1. "Tidak boleh pulih" bermaksud tidak boleh, semunasabahnya, diperbaiki oleh rawatan

perubatan dan / atau prosedur pembedahan selaras dengan piawaian semasa perkhidmatan perubatan yang terdapat di Malaysia.

2. "Kekal" bermaksud dijangka berlangsung sepanjang hayat orang yang diinsuranskan.

3. "Defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan" bermaksud simptom tidak berfungsi dalam sistem saraf yang didapati ketika pemeriksaan klinikal dan dijangka bertahan sepanjang hayat Peserta. Simptom yang dilindungi termasuk kebas, lumpuh, lemah setempat, disartria (kesukaran dengan pertuturan), afasia (kehilangan upaya untuk bercakap), disfagia (kesukaran menelan), masalah penglihatan, kesukaran untuk berjalan, kekurangan koordinasi, gegaran, sawan, demensia, meracau dan koma.

4. “Aktiviti Kehidupan Harian” adalah seperti berikut:

(a) Pemindahan Duduk dan bangun daripada kerusi tanpa bantuan orang lain.

(b) Pergerakan Kemampuan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain tanpa bantuan orang lain.

(c) Kontinens Kemampuan untuk mengawal fungsi usus dan pundi kencing untuk mengekalkan kebersihan diri.

(d) Pemakaian Memakai dan menanggalkan kesemua pakaian yang perlu tanpa bantuan orang lain.

(e) Mandi/Membersihkan Diri Kemampuan untuk membersihkan diri semasa mandi (termasuk memasuki dan keluar dari tempat mandian atau bilik mandian) atau membersihkan diri dengan cara yang lain.

(f) Makan Kesemua usaha memasukkan makanan ke dalam badan apabila makanan telah disediakan.

Page 39: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 39 of 57

5. "Tempoh Penilaian" bermaksud tempoh di mana Pengendali akan menilai sesuatu keadaan sebelum memutuskan sama ada keadaan tersebut layak dianggap sebagai kekal atau tidak. Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh yang minimum yang dinyatakan dalam definisi Penyakit Kritikal yang berkaitan dan tidak akan lebih panjang daripada dua belas (12) bulan (dengan syarat segala bukti yang diperlukan telah dikemukakan).

III. SUMBANGAN Sumbangan perlu dibayar oleh Peserta kepada Pengendali melalui Pemegang Sijil Induk secara bulanan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk dan Pemegang Sijil Induk akan memberi Sumbangan tersebut kepada Pengendali bersama-sama senarai Ahli, dalam format yang ditetapkan oleh Pengendali dalam tempoh yang telah dipersetujui. Sumbangan pertama perlu dibayar pada Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful dan Sumbangan seterusnya perlu dibayar pada Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful. Tempoh ihsan tiga puluh (30) hari dibenarkan bagi pembayaran mana-mana Sumbangan selepas yang pertama, yang mana dalam tempoh tersebut Takaful Tambahan ini akan terus berkuat kuasa. Sekiranya sebarang tuntutan timbul dalam tempoh ihsan tersebut dan sebelum pembayaran Sumbangan yang perlu dibayar, Sumbangan tersebut hendaklah ditolak daripada jumlah tuntutan bersama sebarang sumbangan lain yang perlu dibayar di bawah Sijil Takaful.

IV. MANFAAT Takaful Tambahan ini menyediakan bayaran sekaligus sekiranya Peserta disahkan oleh Pakar Perubatan mengalami penyakit kritikal seperti yang ditakrifkan di atas. Pembayaran sekali gus tidak boleh lebih daripada 100% daripada Amaun Manfaat, seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk, maksimum sehingga Ringgit Malaysia Satu Juta (RM1,000,000.00) bagi setiap hayat, yang mana lebih rendah. Jika tuntutan dibayar untuk Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, pembayaran tersebut akan mengurangkan Amaun Manfaat yang ditunjukkan di dalam Jadual Sijil Induk selaras dengan Fasal I(7) di atas. Pengendali hanya akan membayar baki Amaun Manfaat yang tinggal sekiranya Peserta didiagnosis dengan sebarang Penyakit Kritikal yang lain dan / atau meninggal dunia pada bila-bila masa selepas mengalami Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari. Jumlah kesemua wang yang akan dibayar di bawah Takaful Tambahan ini tidak boleh melebihi seratus peratus (100%) daripada Amaun Manfaat Pelan Asas.

V. SYARAT-SYARAT (a) Semua manfaat di bawah Takaful Tambahan ini akan ditarik balik jika terdapat sebarang

perubahan keadaan yang mungkin meningkatkan risiko termasuk pertukaran pekerjaan melainkan notis perubahan tersebut telah diberikan kepada Pengendali dan kebenaran bertulis untuk meneruskan Takaful telah diperolehi.

(b) Walau apa pun yang terkandung di dalam ini, jumlah maksimum yang perlu dibayar di

bawah Takaful Tambahan ini hendaklah tidak melebihi 100% daripada Jumlah Asas Dilindungi berkaitan dengan Peserta.

(c) Sebaik selepas Pemegang Sijil Induk atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi

pihak Pemegang Sijil Induk maklum tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini, notis mengenainya hendaklah diberikan kepada Pengendali dan semua maklumat, bantuan dan dokumen yang diketahui atau dipegang oleh Pemegang Sijil Induk atau orang lain tersebut atau mana-mana orang bagi pihaknya atau mana-mana seorang daripada mereka yang perlu untuk tujuan menguruskan perkara

Page 40: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 40 of 57

tersebut hendaklah dalam tempoh masa yang sewajarnya diberikan kepada Pengendali oleh atau bagi pihak dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk. Bukti selanjutnya tersebut, (termasuk sijil perubatan dan perakuan berkanun) yang mungkin diperlukan dengan sewajarnya oleh Pengendali, hendaklah diberikan dengan cara yang sama untuk tujuan melaksanakan sebarang tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini.

(d) Pengendali berhak untuk membatalkan Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa dengan

memberikan notis (30) hari secara bertulis kepada Pemegang Sijil Induk dan Takaful Tambahan ini, jika belum ditamatkan sebelum ini, hendaklah ditamatkan serta-merta jika Sijil Induk ini ditamatkan. Apabila Takaful Tambahan ini ditamatkan, tiada sumbangan yang dibayar di bawahnya boleh dipulangkan kecuali bagi sebarang bahagian belum digunakan yang telah dibayar untuk melindungi tempoh selepas penamatan.

(e) Takaful Tambahan ini adalah semata-mata untuk manfaat khusus Pemegang Sijil Induk dan

sebarang penyerahan hak, caj atau pindah milik Takaful Tambahan ini dibuat tanpa kebenaran Pengendali, maka Takaful Tambahan ini hendaklah dianggap dibatalkan serta-merta.

(f) Notis bertulis tuntutan mesti diberikan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh diagnosis

awal penyakit. Kegagalan untuk memberikan notis dalam masa tersebut tidak akan membatalkan tuntutan jika dapat ditunjukkan bahawa notis tersebut tidak mungkin diberikan dengan sewajarnya dalam tempoh masa yang ditetapkan dan notis telah diberikan dengan sewajarnya secepat yang mungkin.

(g) Peserta mesti menyediakan bukti perubatan yang memuaskan Pengendali atas

perbelanjaannya sendiri. Setiap diagnosis mana-mana penyakit yang dinyatakan tersebut mesti disokong oleh bukti klinikal, radiologi, histologi dan makmal yang boleh diterima yang disahkan oleh Pengamal Perubatan berdaftar. Walaupun bukti penyakit yang dinyatakan mungkin diterima oleh Pengendali, Pengendali berhak untuk meminta Peserta diperiksa oleh mana-mana Pengamal Perubatan yang dilantik oleh Pengendali.

(h) Tiada tindakan undang-undang atau tindakan menuntut hak boleh diambil terhadap DRP

yang diuruskan oleh Pengendali untuk mendapatkan pampasan bagi peruntukan ini sebelum tamat tempoh enam puluh (60) hari selepas bukti penyakit telah difailkan menurut keperluan peruntukan ini atau selepas tamat tempoh dua (2) tahun dari tarikh diagnosis penyakit.

VI. PENYAKIT-PENYAKIT KHUSUS Penyakit khusus bermaksud keilatan berikut dan kerumitan berkaitannya, yang berlaku dalam masa seratus dua puluh (120) hari pertama Perlindungan Takaful: (a) Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular,

(b) Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu sistem kencing dan sistem biliari

(c) Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

(d) Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele

(e) Endometriosis termasuk penyakit sistem reproduktif

(f) Gangguan spina vertebra (termasuk cakera) dan penyakit lutut.

Page 41: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 41 of 57

VII. KEADAAN SEDIA ADA Keadaan Sedia Ada bermaksud sebarang kecederaan atau penyakit (a) yang wujud atau gejalanya telah bermula sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau

(b) di mana petanda penyakit sudah pun ditunjukkan sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan;

atau

(c) yang berasaskan perkembangan patologi penyakit tersebut yang diterima dari segi perubatan, penyakit sepatutnya wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan.

Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan di dalam Takaful Tambahan ini, tiada manfaat perlu dibayar jika penyakit adalah disebabkan oleh Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa penyakit didiadnosis, Peserta telah dilindungi selama lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan dan Peserta sewajarnya telah mendedahkan kecederaan atau penyakit tersebut dan telah diunderait sepenuhnya dan telah diterima secara bertulis oleh Pengendali sebelum perlindungan berkuat kuasa.

VIII. TEMPOH MENUNGGU Bermaksud tiga puluh (30) hari pertama antara bermulanya keilatan Peserta dan Tarikh Kuat Kuasa, dan berkuat kuasa hanya apabila Peserta dilindungi buat kali pertama. Tempoh Menunggu ini tidak lagi berkuat kuasa selepas tahun pertama perlindungan. Bagaimanapun, jika terdapat selang masa antara perlindungan Takaful, Tempoh Menunggu akan berkuat kuasa sekali lagi.

IX. PENGECUALIAN Manfaat Takaful tidak akan dibayar jika Penyakit Kritikal disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh: (a) Keadaan Sedia Ada; atau

(b) Penyakit Khusus yang berlaku dalam tempoh satu ratus dua puluh (120) hari pertama

perlindungan berterusan; atau

(c) Jika penyakit disahkan menerusi diagnosis dalam masa tiga puluh (30) hari tarikh pengeluaran Kontrak Tambahan ini, yang mana lebih lewat; atau

(d) Selain daripada kejadian pertama Penyakit Berbahaya; atau

(e) Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh kecederaan yang disengajakan, semasa siuman atau tidak siuman, sengaja menyalahgunakan alkohol dan/atau pengambilan ubat selain daripada mengikut arahan Pengamal Perubatan berdaftar; atau

(f) Sebarang kecederaan atau penyakit yang dialami semasa; (i) giat menyertai rusuhan, mogok atau kekacauan awam, kebangkitan, peperangan atau

penaklukan atau sebarang tindakan yang berkaitan dengannya.

(ii) Penerbangan, meluncur atau sebarang bentuk penerbangan udara (selain daripada penumpang membayar tambang yang menaiki penerbangan terjadual) atau lumba motor, lumba kuda atau operasi kapal selam.

Page 42: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 42 of 57

(g) Kehamilan atau kelahiran anak, melainkan kehilangan upaya berterusan selama lebih daripada tiga (3) bulan selepas tamat kehamilan; atau

(h) Untuk Peserta Juvenil, sebarang kerosakan/kecacatan kongenital (sejak lahir) dikecualikan secara khusus.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 43: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 43 of 57

KONTRAK TAMBAHAN MANFAAT PENDAPATAN HOSPITAL

Sijil Manfaat Pendapatan Hospital (seterusnya dirujuk di dalam ini sebagai ‘Takaful Tambahan’) ini adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Sebagai pertimbangan bagi sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk, Pengendali mengeluarkan Takaful Tambahan ini. Takaful Tambahan ini, berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, memberikan pembayaran Amaun Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Induk, sekiranya Peserta dimasukkan ke Hospital Berlesen. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas kepada Takaful Tambahan ini. I. DEFINISI

“Perlindungan Luar Negara” bermaksud Takaful Tambahan ini berkuat kuasa hanya bagi Tempoh Penginapan yang berlaku di Malaysia dan Singapura, kecuali jika: 1. Peserta, yang mengembara ke luar negara atas sebab selain daripada rawatan perubatan,

perlu dimasukkan ke Hospital Berlesen di luar Malaysia atau Singapura akibat Kecemasan Perubatan yang dialami dalam masa sembilan puluh (90) hari selepas meninggalkan Malaysia, atau

2. Peserta, atas cadangan Pakar Perubatan dan dengan kelulusan bertulis Pengendali terlebih

dahulu, perlu dipindahkan ke Hospital Berlesen di luar Malaysia atau Singapura kerana ciri khusus rawatan, bantuan, maklumat atau keputusan yang diperlukan tidak dapat diberikan atau disediakan atau diambil di Malaysia atau Singapura. Tempoh Penginapan tersebut akan terus tertakluk kepada pengecualian, had dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak ini

“Hari Penginapan” bermaksud tempoh dua puluh empat (24) jam penuh dalam Tempoh Penginapan. Hari Pertama Penginapan hendaklah bermula pada masa kemasukan ke Hospital Berlesen dan setiap Hari Penginapan seterusnya akan bermula dua puluh empat (24) jam selepas bermulanya Hari Penginapan sebelumnya. Sekiranya masa Peserta keluar Hospital adalah lebih daripada enam (6) jam tetapi kurang daripada dua puluh empat (24) jam, yang mana lebih lewat, dari 1. waktu dimasukkan ke Hospital Berlesen, 2. berakhirnya Hari Penginapan sebelumnya, maka hari keluar Hospital hendaklah dianggap

sebagai Hari Penginapan. “Kemasukan Hospital” hendaklah bermaksud dimasukkan ke Hospital yang diluluskan oleh Pengendali sebagai pesakit yang berdaftar untuk rawatan yang Perlu Dari Segi Perubatan bagi Kehilangan Upaya yang dilindungi atas cadangan pakar perubatan. Seseorang pesakit tidak akan dianggap sebagai pesakit dalam jika pesakit tersebut tidak menginap secara fizikal di hospital untuk seluruh tempoh penginapan. “Hospital Berlesen” hendaklah bermaksud institusi yang semata-mata ditubuhkan dan didaftarkan sebagai hospital berlesen untuk menjaga dan merawat orang yang sakit dan cedera sebagai pesakit menginap yang membayar yuran, dan yang: 1. mempunyai kemudahan untuk diagnosis dan pembedahan besar, 2. menyediakan perkhidmatan kejururawatan dua puluh empat (24) jam sehari oleh jururawat

siswazah dan berdaftar, 3. berada di bawah penyeliaan seorang Pakar Perubatan, dan

Page 44: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 44 of 57

4. bukan semata-mata sebuah klinik; tempat penjagaan penagih alkohol atau dadah; pusat penjagaan atau rehat atau rumah orang tua atau institusi yang serupa.

“Kecemasan Perubatan” bermaksud Kehilangan Upaya teruk yang: 1. menyebabkan gejala yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diduga, dan

2. memerlukan rawatan serta-merta Pakar Perubatan untuk mencegah kematian atau

kemerosotan serius jangka panjang yang memudaratkan kesihatan Peserta.

“Perlu Dari Segi Perubatan” menerangkan Hari Penginapan atau Tempoh Penginapan yang diarahkan oleh pakar perubatan dan yang: 1. disediakan untuk diagnosis dan rawatan langsung kehilangan upaya, dan

2. wajar dan konsisten dengan gejala dan penemuan atau diagnosis dan rawatan bagi

kehilangan upaya Peserta, dan

3. disediakan menurut amalan perubatan yang diterima dari segi perubatan di peringkat kebangsaan, dan;

4. kaedah rawatan paling sesuai yang boleh disediakan secara menjimatkan kos, dan

5. bukan untuk rawatan yang bersifat eksperimen, atau untuk tujuan penyiasatan atau untuk tujuan penyelidikan.

“Tempoh Penginapan” bermaksud tempoh masa berterusan yang Perlu Dari Segi Perubatan semasa Peserta dimasukkan ke Hospital Berlesen sebagai pesakit yang menginap. Dua atau lebih tempoh penginapan atas sebab yang sama atau berkaitan, seperti yang ditentukan oleh Pengendali, adalah dianggap sebagai satu Tempoh Penginapan melainkan satu tempoh masa lebih daripada tiga puluh (30) hari wujud antara tarikh keluar hospital untuk penginapan yang awal dan tarikh kemasukan tempoh penginapan seterusnya. “Penyakit Sedia Ada” bermaksud sebarang kecederaan atau penyakit:

1. yang wujud atau telah bermula sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau 2. di mana petanda penyakit sudah pun ditunjukkan sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan;

atau 3. yang berasaskan perkembangan patologi penyakit tersebut yang diterima dari segi

perubatan, penyakit sepatutnya wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan.

Walau apa pun yang menyatakan sebaliknya dalam Sijil, tiada manfaat perlu dibayar jika kecederaan atau penyakit disebabkan oleh Keadaan Sedia Ada melainkan pada kecederaan atau penyakit, Peserta telah dilindungi selama lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan dan Peserta sewajarnya telah mendedahkan kecederaan atau penyakit tersebut dan telah diunderait sepenuhnya dan diterima secara bertulis oleh Syarikat sebelum permulaan perlindungan. “Tempoh Menunggu” bermaksud tiga puluh (30) hari pertama antara permulaan kehilangan upaya Peserta dan bermulanya Takaful Tambahan ini dan berkuat kuasa hanya apabila orang tersebut dilindungi buat kali pertama. Tempoh ini tidak sah selepas tahun pertama perlindungan. Bagaimanapun, jika terdapat selang masa antara perlindungan Takaful, Tempoh Menunggu akan berkuat kuasa sekali lagi. Tempoh Menunggu tidak sah sekiranya berlaku kemasukan hospital akibat Kemalangan.

Page 45: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 45 of 57

“Penyakit Khusus” bermaksud kehilangan upaya berikut dan kerumitan berkaitannya, yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari pertama Perlindungan Takaful: 1. Hipertensi, diabetes melitus dan Penyakit Kardiovaskular

2. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu sistem kencing dan sistem biliari

3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele

5. Endometriosis termasuk penyakit sistem Reproduktif

6. Gangguan spina vertebra (termasuk cakera) dan penyakit lutut.

II. SUMBANGAN Sumbangan perlu dibayar oleh Peserta kepada Pengendali melalui Pemegang Sijil Induk secara bulanan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk dan Pemegang Sijil Induk akan memberi Sumbangan tersebut kepada Pengendali bersama-sama senarai Ahli, dalam format yang ditetapkan oleh Pengendali, dalam tempoh yang telah dipersetujui. Sumbangan pertama perlu dibayar pada Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful dan Sumbangan seterusnya perlu dibayar pada Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful. Tempoh ihsan tiga puluh (30) hari dibenarkan bagi pembayaran mana-mana Sumbangan selepas yang pertama, yang mana dalam tempoh tersebut Takaful Tambahan ini akan terus berkuat kuasa. Sekiranya sebarang tuntutan timbul dalam tempoh ihsan tersebut dan sebelum pembayaran Sumbangan yang perlu dibayar, Sumbangan tersebut hendaklah ditolak daripada jumlah tuntutan bersama sebarang sumbangan lain yang perlu dibayar di bawah Sijil Takaful.

III. MANFAAT Takaful Tambahan ini membayar elaun tunai harian bagi setiap hari penginapan untuk Kehilangan Upaya yang dilindungi di Hospital Berlesen Malaysia, seperti yang ditakrifkan, dengan syarat Peserta menginap pada kadar Bilik dan Makanan yang tidak melebihi jumlah dan bilangan hari yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk (dua atau lebih tempoh menginap untuk sebab yang sama atau berkaitan akan dianggap sebagai terus menginap sekiranya jangka masa di antara dua tempoh menginap adalah tidak lebih dari tiga puluh (30) hari). Tiada bayaran akan dibuat bagi sebarang pemindahan kepada dan daripada Hospital Swasta dan Hospital Kerajaan Malaysia untuk Kehilangan Upaya yang dilindungi.

IV. LIEN JUVENIL Lien juvenil tidak diguna pakai bagi Takaful Tambahan ini.

V. PENGECUALIAN Manfaat Pendapatan Hospital tidak akan dibayar sekiranya: 1. untuk lebih daripada lima puluh dua (52) minggu pertama atau mana-mana tempoh lebih

lama di mana Peserta terus menginap di hospital (dua atau lebih tempoh penginapan untuk punca yang sama atau berkaitan akan dianggap penginapan berterusan jika jangka masa antara dua tempoh penginapan berturut-turut tidak lebih daripada (30) hari;

Page 46: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 46 of 57

2. bagi seluruh tempoh penginapan berterusan di mana-mana hospital jika mana-mana bahagian tempoh tersebut berada dalam masa tiga puluh (30) hari selepas tarikh kuat kuasa Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa kecuali bagi kecederaan akibat kemalangan;

3. bagi mana-mana tempoh penginapan di hospital bagi penyakit atau kecederaan yang dialami sebelum pembayaran Caj Tabarru pertama bagi Takaful Tambahan ini;

4. bagi mana-mana tempoh penginapan di hospital yang berlaku selepas ulang tahun tarikh kuat kuasa seterusnya selepas Peserta mencapai usia enam puluh lima (65) tahun, atau selepas tamat tempoh Sijil Asas ini;

5. berhubung dengan mana-mana tempoh penginapan di hospital bagi penyakit atau kecederaan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung atau dipercepatkan oleh: (a) mogok, rusuhan, kekacauan awam, peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak).

(b) terlibat dalam penerbangan (kecuali sebagai penumpang biasa yang membayar

tambang yang menaiki penerbangan awam biasa).

(c) berada di bawah pengaruh arak memabukkan atau sebarang narkotik atau dadah,

(d) bunuh diri, percubaan bunuh diri, kecederaan yang disengajakan, pertarungan atau tindakan menuntut keadilan,

(e) Tidak siuman,

(f) Penyakit kelamin, atau

(g) Kelahiran anak, kehamilan, pengguguran dan keadaan susulannya.

(h) Kewujudan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) atau Kerumitan Berkaitan AIDS.

6. rawatan, tempoh penginapan atau hari penginapan yang tidak perlu dari segi perubatan;

7. penyakit sedia ada atau sebarang keadaan yang sedia ada sebelum hari polisi berkuat kuasa;

8. Rawatan gusi, gigi atau struktur sokongan langsung, kecuali diperlukan akibat kecederaan;

9. Sebarang bentuk pembedahan kosmetik kecuali yang disebabkan oleh kecederaan;

10. Rawatan yang timbul daripada kecacatan semasa lahir, kejanggalan kongenital, keturunan atau keadaan yang berkaitan;

11. Penjagaan penyembuhan, penjagaan rehat, penjagaan hospis, pemulihan atau rawatan serupa;

12. untuk bayi berusia bawah 30 hari selepas dilahirkan pada tarikh kejadian Takaful;

13. gangguan psikotik, mental atau saraf, (termasuk sebarang neurosis dan petanda fisiologi atau psikosomatiknya);

14. Juga dengan syarat bahawa bagi setiap tuntutan manfaat, notis bertulis diberikan di Ibu Pejabat Pengendali dalam tempoh 30 (tiga puluh) hari dari tarikh kemasukan Peserta ke hospital dan semua sijil, maklumat dan bukti yang diperlukan oleh Pengendali hendaklah diberikan atas perbelanjaan Pemilik Sijil, penama atau penerima serah hak atau wakil peribadi Pemegang Sijil dan dalam bentuk dan jenis yang ditetapkan oleh Pengendali untuk menunjukkan bahawa Peserta menginap atau pernah menginap di hospital kerajaan atau Hospital Berlesen di Malaysia Singapura dan Brunei kerana penyakit atau kecederaan;

Page 47: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 47 of 57

15. Penyakit Khusus yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari pertama selepas

Tarikh Kuat Kuasa Takaful Tambahan.

VI. SYARAT-SYARAT

1. Tempoh Perlindungan dan Pembaharuan Pelan Takaful Tambahan ini hanya boleh didapati jika Sijil Asas masih berkuat kuasa. Perlindungan Takaful akan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam Jadual. Ulang tahun Takaful Tambahan ialah satu tahun selepas tarikh kuat kuasa dan secara tahunan selepas itu. Pada setiap tarikh ulang tahun, Takaful Tambahan ini boleh diperbaharui pada caj Tabarru yang berkuat kuasa pada waktu itu yang dimaklumkan oleh Pengendali. Takaful Tambahan ini boleh diperbaharui atas pilihan Pengendali. Permohonan bagi pertukaran manfaat kepada pelan lebih tinggi boleh dibuat hanya selepas pembaharuan dan tertakluk kepada penerimaan oleh Pengendali semasa pembaharuan. Tabarru yang perlu dibayar adalah tidak dijamin dan Pengendali berhak untuk mengubah kadar Tabarru yang berkuat kuasa pada masa pembaharuan dengan memberikan notis sekurang-kurangnya 90 hari terlebih dahulu

2. Wilayah Geografi Manfaat akan dibayar kepada Peserta untuk tempoh di mana Peserta dimasukkan ke Hospital Berlesen di seluruh dunia selama dua puluh (24) empat jam sehari.

3. Pembatalan Takaful Tambahan ini boleh dibatalkan oleh Pemegang Sijil pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada Pengendali; dan dengan syarat tiada tuntutan telah dibuat pada tahun Sijil semasa. Takaful Tambahan ini, jika belum ditamatkan sebelumnya, akan ditamatkan serta-merta jika Sijil ini luput atau diserahkan. Takaful Tambahan ini adalah untuk manfaat mutlak dan eksklusif Pemegang Sijil dan jika penyerahan hak, gadaian atau pemberian milik Takaful Tambahan ini dibuat tanpa kebenaran Pengendali, maka perlindungan Takaful Tambahan ini akan dibatalkan dengan serta-merta.

4. Pensijilan, Maklumat dan Bukti Semua sijil, maklumat, laporan perubatan dan bukti yang diperlukan oleh Pengendali hendaklah dikemukakan atas perbelanjaan Peserta, dan dalam bentuk seperti yang diperlukan oleh Pengendali. Dalam apa jua keadaan, semua notis yang perlu diberikan oleh Pemegang Sijil seperti yang ditetapkan oleh Pengendali hendaklah diberikan secara bertulis dan dialamatkan kepada Pengendali. Peserta hendaklah, atas permintaan dan perbelanjaan Pengendali, menjalani pemeriksaan perubatan apabila dianggap perlu.

5. Undang-Undang Yang Berkuat Kuasa Takaful Tambahan ini dan semua hak, tanggungan dan liabiliti yang timbul di bawah ini, hendaklah ditafsirkan, ditentukan dan dikuatkuasakan menurut undang-undang Syariah dan undang-undang Malaysia dan pihak yang terlibat di dalam ini hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah di Malaysia.

Page 48: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 48 of 57

6. Salah Nyata Umur Jika usia Peserta disalahnyatakan dan akibatnya Tabarru yang dibayar adalah tidak mencukupi, sebarang tuntutan yang perlu dibayar di bawah Takaful Tambahan ini akan dikira secara pro rata berasaskan nisbah caj sebenar dengan caj betul yang sepatutnya dikenakan untuk tahun berkenaan. Sebarang lebihan sumbangan, yang telah dibayar disebabkan oleh salah nyata usia, hendaklah dipulangkan tanpa faedah. Jika pada usia yang betul, Peserta tidak layak bagi perlindungan di bawah Takaful Tambahan ini, manfaat tidak akan dibayar.

7. Perubahan Risiko Peserta hendaklah memberi notis serta-merta secara bertulis kepada Pengendali mengenai sebarang perubahan penting dalam pekerjaan, perniagaan, tugas atau kegiatannya dan membayar sebarang caj tambahan yang mungkin dikehendaki oleh Pengendali.

8. Subrogasi Jika DRP yang diuruskan oleh Pengendali perlu menanggung sebarang pembayaran di bawah perlindungan Takaful Tambahan ini, Pengendali akan menerima hak subrogasi, setakat mana pembayaran dibuat untuk semua hak dan remedi Peserta terhadap mana-mana pihak dan berhak atas perbelanjaannya sendiri untuk mengemukakan saman atas nama Peserta. Peserta hendaklah memberikan atau meminta diberikan kepada Pengendali segala bantuan yang mampu diberikannya, seperti yang dikehendaki Pengendali, untuk mendapatkan hak dan remedi dan atas permintaan Pengendali hendaklah melaksanakan atau meminta pelaksanaan semua dokumen yang diperlukan untuk membolehkan Pengendali mengemukakan saman atas nama Peserta

9. Pemilikan Takaful Tambahan Melainkan dinyatakan secara khusus menerusi Pengendorsan di dalam perlindungan Takaful Tambahan ini, Pengendali berhak untuk menganggap Pemegang Sijil sebagai pemilik mutlak perlindungan Takaful Tambahan. Pengendali tidak terikat untuk mengiktiraf sebarang tuntutan kesaksamaan atau sebarang tuntutan lain atau kepentingan dalam Takaful Tambahan dan penerimaan Takaful Tambahan atau manfaat oleh Pemegang Sijil (atau oleh wakilnya yang sah di sisi undang-undang atau yang diberi kuasa) semata-mata akan menjadi pelepasan efektif terhadap semua tanggungan dan liabiliti DRP yang diuruskan oleh Pengendali. Pemegang Sijil hendaklah dianggap sebagai Prinsipal atau Ejen yang bertanggungjawab terhadap Peserta di bawah perlindungan Takaful Tambahan ini.

10. Prosedur Tuntutan Dalam masa 30 hari selepas berlaku kehilangan upaya yang melibatkan perbelanjaan boleh dituntut, Peserta hendaklah memberikan notis bertulis kepada Pengendali menyatakan butiran penuh kejadian tersebut, termasuk semua bil dan resit asal, dan laporan penuh Pakar Perubatan yang menyatakan diagnosis keadaan yang dirawat dan tarikh kehilangan upaya bermula menurut pandangan Pakar Perubatan, dan senarai kos rawatan Pakar Perubatan termasuk ubat dan perkhidmatan yang diberikan. Kegagalan untuk memberikan notis sedemikian dalam masa yang dibenarkan tidak akan membatalkan sebarang tuntutan jika didapati tidak mungkin notis tersebut dapat diberikan dengan sewajarnya dan notis tersebut telah diberikan dengan secepat yang mungkin dilakukan. Peserta hendaklah serta-merta mendapatkan dan bertindak menurut nasihat perubatan yang wajar dan Akaun Khas Peserta (PSA) yang diuruskan oleh Pengendali tidak akan bertanggungjawab sekiranya rawatan atau perkhidmatan menjadi perlu disebabkan kegagalan Peserta berbuat demikian.

Page 49: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 49 of 57

11. Tuntutan Tidak Lengkap Semua tuntutan mesti dikemukakan kepada Pengendali dalam masa 30 hari selepas tamatnya kejadian di mana tuntutan dibuat. Tuntutan dianggap tidak lengkap dan manfaat takaful dianggap tidak perlu dibayar di bawah Takaful Tambahan ini melainkan semua bil bagi tuntutan tersebut telah dikemukakan dan dipersetujui oleh Pengendali. Hanya kos sebenar yang ditanggung akan dipertimbangkan untuk pembayaran balik. Sebarang perubahan atau penepian perkara di atas hendaklah dibuat atas budi bicara mutlak Pengendali

12. Mata Wang Pembayaran Semua pembayaran di bawah Takaful Tambahan ini hendaklah dibuat dalam mata wang sah Malaysia. Sekiranya apa-apa bayaran diminta oleh Peserta untuk dibayar dalam mata wang lain, jumlah tersebut hendaklah dibayar dalam mata wang yang diminta pada kadar semasa pasaran mata wang Malaysia pada tarikh penjelasan tuntutan.

13. Syarat Sebelum Liabiliti Diterima Sebagai syarat sebelum Akaun Khas Peserta (PSA) yang diuruskan oleh Pengendali menerima sebarang liabiliti, Peserta hendaklah mematuhi dan memenuhi terma, peruntukan dan syarat Takaful Tambahan ini dengan sewajarnya dan sejauh mana ia melibatkan sebarang perkara yang perlu dilakukan dan dipatuhi oleh Peserta.

14. Notis Setiap notis atau komunikasi kepada Pengendali hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengendali. Perubahan kepada terma Takaful Tambahan ini, atau sebarang pengendorsan kepadanya, tidak akan dianggap sah melainkan ditandatangani atau diparap oleh seorang wakil yang diberi kuasa oleh Pengendali.

15. Salah Nyata/Penipuan Sekiranya permohonan atau perakuan Peserta tidak benar dalam apa jua hal atau jika sebarang fakta penting yang boleh menjejaskan risiko disalahnyatakan di dalam ini atau tidak dinyatakan, atau jika perlindungan Takaful ini atau sebarang pembaharuannya diperolehi dengan memberikan sebarang pernyataan silap, salah nyata atau penyelindungan, atau jika sebarang tuntutan yang dibuat adalah palsu atau ditokok tambah, atau jika sebarang perakuan atau pernyataan palsu dibuat sebagai sokongannya, maka dalam apa jua kes tersebut, Takaful Tambahan ini akan dianggap batal.

16. Prosiding Undang-Undang Tindakan undang-undang atau tindakan menuntut hak tidak boleh diambil untuk mendapatkan manfaat di bawah Takaful Tambahan ini sebelum tamat tempoh enam puluh (60) hari selepas bukti bertulis mengenai kehilangan telah diberikan menurut keperluan Takaful Tambahan ini. Jika Peserta gagal memberikan bukti kehilangan yang diperlukan seperti yang ditetapkan oleh terma, peruntukan dan syarat Takaful Tambahan ini, Peserta, dalam tempoh ihsan satu tahun kalendar dari tarikh bukti bertulis kehilangan tersebut perlu dikemukakan, boleh memberikan bukti kehilangan yang berkenaan kepada Pengendali dengan menyatakan sebab yang meyakinkan untuk menjelaskan kegagalannya mematuhi terma, peruntukan dan syarat Takaful Tambahan ini. Penerimaan bukti kehilangan sedemikian adalah atas budi bicara mutlak dan penuh Pengendali. Selepas tempoh ihsan tersebut luput, Pengendali tidak akan menerima sebarang bukti bertulis tentang kehilangan atas apa jua sebab sekalipun.

Page 50: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 50 of 57

17. Penimbangtaraan Jika sebarang keraguan, pertikaian, perbezaan atau persoalan timbul antara Pengendali dan Peserta atau mana-mana Pihak yang Membuat Tuntutan di bawah ini yang berhubung dengan jumlah liabiliti DRP di bawah kontrak Takaful Tambahan ini, keraguan, pertikaian, perbezaan atau persoalan tersebut hendaklah dirujuk kepada keputusan seorang Penimbang Tara yang perlu dilantik secara bertulis oleh pihak-pihak yang tidak bersetuju, atau jika mereka tidak dapat bersetuju melantik seorang Penimbang Tara Tunggal, maka keraguan, pertikaian, perbezaan atau persoalan tersebut hendaklah dirujuk kepada keputusan dua orang Penimbang Tara, dengan setiap seorang daripada mereka hendaklah dilantik secara bertulis oleh setiap satu pihak dalam tempoh dua bulan kalendar selepas diminta secara bertulis untuk berbuat demikian oleh pihak yang satu lagi. Sekiranya mana-mana satu pihak tersebut gagal atau enggan melantik Penimbang Tara dalam masa dua bulan kalendar selepas menerima notis secara bertulis yang meminta pelantikan tersebut, pihak yang satu lagi bebas melantik seorang Penimbang Tara tunggal. Sekiranya setiap pihak melantik seorang Penimbang Tara atau seperti yang ditetapkan di dalam ini, sebelum memulakan tugas masing-masing Penimbang Tara tersebut hendaklah melantik seorang Pengadil, yang akan duduk bersama mereka dan mempengerusikan kesemua sesi mereka, dan akan memutuskan semua persoalan, jika ada, yang tidak dipersetujui kedua-dua Penimbang Tara. Kematian mana-mana pihak tidak akan membatalkan atau mempengaruhi kuasa atau kewibawaan Penimbang Tara, para Penimbang Tara atau Pengadil masing-masing. Kematian, kehilangan upaya atau peletakan jawatan Penimbang Tara atau Pengadil dalam setiap keadaan, akan memberi kuasa dan kewibawaan kepada pihak atau Penimbang Tara yang melantiknya untuk melantik penggantinya, dengan syarat bahawa jika pengganti bagi Penimbang Tara yang meninggal dunia, kehilangan upaya atau meletak jawatan tidak dilantik dalam masa satu bulan selepas notis kematian, kehilangan upaya atau peletakan jawatan diterima oleh pihak yang melantik, maka Penimbang Tara yang tinggal atau Pengadil boleh menentukan semua persoalan yang dirujuk kepada Penimbangtaraan di bawah ini dan membuat keputusan. Kos rujukan dan keputusan hendaklah dibayar oleh pihak tersebut atau kedua-dua pihak pada kadar yang ditentukan oleh Penimbang Tara, para Penimbang Tara atau Pengadil dan keputusan tersebut adalah menjadi syarat sebelum penerimaan sebarang liabiliti DRP atau sebarang hak untuk mengambil tindakan di bawah ini terhadap Pengendali, dan jika tindakan tersebut diambil selepas keputusan dibuat, semua penemuan dalam keputusan tersebut tentang persoalan yang dirujuk atau boleh dirujuk hendaklah dianggap secara muktamad sebagai terkandung di dalamnya atau tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan oleh mana-mana satu pihak melainkan kerana penipuan. Jika Pengendali menafikan liabiliti berkaitan dengan sebarang kecederaan atau kesan daripadanya, atau menolak tuntutan di bawah kontrak Takaful Tambahan ini, jika perkara ini tidak dirujuk kepada penimbangtaraan di bawah ini dalam tempoh 12 bulan selepas penafian atau penolakan tersebut, sebarang hak untuk mengambil tindakan terhadap Pengendali atas dasar ini adalah dibatalkan. Semua hak untuk mengambil tindakan terhadap Pengendali berkaitan dengan tuntutan yang menimbulkan rujukan ini akan luput selepas tamat tempoh 12 bulan dari tarikh sebarang keputusan yang dibuat di bawah ini.

18. Pindaan Pengendali berhak untuk meminda terma dan peruntukan Takaful Tambahan ini dengan memberikan notis bertulis 30 hari terlebih dahulu melalui pos biasa ke alamat terakhir Pemilik Sijil yang diketahui dalam rekod Pengendali, dan pindaan tersebut hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pembaharuan akan datang Takaful Tambahan ini. Pindaan Takaful Tambahan ini tidak sah melainkan Disahkan oleh Pengendali dan kelulusan tersebut diendors di dalamnya. Pengendali hendaklah memberikan notis bertulis 30 hari terlebih dahulu kepada Pemegang Sijil di alamat terakhir dalam rekodnya bagi sebarang pindaan yang dibuat.

Page 51: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 51 of 57

19. Tidak Boleh Dipertikaikan Walau apa pun yang terkandung di dalam ini yang menyatakan sebaliknya, Takaful Tambahan ini tidak boleh dipertikaikan, kecuali bagi kegagalan pembayaran Tabarru dan penipuan, selepas berkuat kuasa dalam jangka hayat Peserta selama dua (2) tahun penuh dari tarikh pengeluaran Takaful Tambahan.

20. Penamatan Takaful Tambahan ini akan tamat secara automatik, 1. jika Sijil Asas luput, matang atau diserahkan,

2. apabila Peserta di bawah Sijil asas meninggal dunia,

3. pada Tarikh Luput Takaful Tambahan ini seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil

Induk.

21. Perkongsian Lebihan dari DRP Lebihan dari Dana Risiko Peserta, jika ada, akan dikongsi mengikut nisbah 50:50 antara Peserta dan Pengendali. Bahagian lebihan Peserta akan dikreditkan ke dalam Akaun Peserta, manakala bahagian Pengendali akan dipindahkan ke Dana Pengendali. Pengagihan lebihan, jika ada, akan dibuat pada setiap akhir tahun kewangan Pengendali. Bagi mengelak sebarang keraguan, pengagihan lebihan bermaksud sebarang amaun lebihan (jika ada) iaitu baki komitmen amaun dalam Dana Risiko Peserta, ditolak rizab berkaitan actuari dan juga kos-kos lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Pengendali untuk diagihkan kepada Peserta dan Pengendali. Walau bagaimanapun, sekiranya bahagian lebihan Peserta yang perlu dibayar bernilai RM 10 atau kurang, amaun tersebut sebaliknya akan didermakan semula ke PRF.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 52: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 52 of 57

KONTRAK TAMBAHAN PERBELANJAAN PENGEBUMIAN

Sijil Perbelanjaan Pengebumian ini (seterusnya dirujuk sebagai "Takaful Tambahan”) adalah sebahagian penting daripada Sijil Induk dan hendaklah ditafsirkan sedemikian. Pengendali mengeluarkan Takaful Tambahan ini sebagai pertimbangan kepada sumbangan yang dibayar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual Sijil Induk. Berasaskan syarat dan keistimewaan yang dinyatakan seterusnya, Takaful Tambahan ini menyediakan pembayaran sekaligus Amaun Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful sekiranya berlaku Kematian ke atas Orang Dilindungi, seperti yang ditakrifkan dan dihadkan dalam Jadual Sijil Induk. Permohonan dan perakuan dalam Borang Permohonan adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui menjadi asas Takaful Tambahan ini. I. SUMBANGAN

Sumbangan perlu dibayar oleh Peserta kepada Pengendali melalui Pemegang Sijil Induk secara bulanan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Induk dan Pemegang Sijil Induk akan memberi Sumbangan tersebut kepada Pengendali bersama-sama senarai Ahli, dalam format yang ditetapkan oleh Pengendali, dalam tempoh yang telah dipersetujui. Sumbangan pertama perlu dibayar pada Tarikh Kuat Kuasa Sijil Takaful dan Sumbangan seterusnya perlu dibayar pada Ulang Tahun Bulanan Sijil Takaful. Tempoh ihsan tiga puluh (30) hari dibenarkan bagi pembayaran mana-mana Sumbangan selepas yang pertama, yang mana dalam tempoh tersebut Takaful Tambahan ini akan terus berkuat kuasa. Sekiranya sebarang tuntutan timbul dalam tempoh ihsan tersebut dan sebelum pembayaran Sumbangan yang perlu dibayar, Sumbangan tersebut hendaklah ditolak daripada jumlah tuntutan bersama sebarang sumbangan lain yang perlu dibayar di bawah Sijil Takaful.

II. MANFAAT Sebagai pertimbangan bagi pembayaran sumbangan menurut Bahagian (1) dan tertakluk kepada peruntukan yang terkandung seterusnya dan kepada syarat dalam Bahagian (III) tersebut, Pengendali hendaklah membayar, di Ibu Pejabatnya pada masa ini, jumlah yang ditetapkan dalam Jadual Sijil Induk kepada Penama, apabila kontrak ini dihantar dan berasaskan bukti memuaskan yang diberikan kepada Pengendali sekiranya berlaku Kematian.

III. SYARAT-SYARAT 1. Semua manfaat di bawah Takaful Tambahan ini akan ditarik balik jika terdapat sebarang

perubahan dalam keadaan yang mungkin meningkatkan risiko, termasuk perubahan pekerjaan melainkan notis perubahan tersebut telah diberikan kepada Pengendali dan kebenaran bertulis daripada mereka untuk meneruskan Takaful telah diterima.

2. Sebaik selepas Pemegang Sijil Induk atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi

pihak Pemegang Sijil Induk maklum tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini, notis mengenainya hendaklah diberikan ke Ibu Pejabat Pengendali secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) hari selepas kejadian tersebut berlaku dan semua maklumat, bantuan dan dokumen yang diketahui atau dipegang oleh Pemegang Sijil Induk atau orang lain tersebut atau mana-mana orang bagi pihaknya atau mana-mana seorang daripada mereka yang perlu untuk tujuan menguruskan perkara tersebut hendaklah dalam tempoh masa yang sewajarnya diberikan kepada Pengendali oleh atau bagi pihak dan atas perbelanjaan Pemegang Sijil Induk. Bukti selanjutnya tersebut, (termasuk sijil perubatan dan perakuan berkanun) yang mungkin diperlukan dengan sewajarnya oleh Pengendali, hendaklah diberikan dengan cara yang sama untuk tujuan melaksanakan sebarang tuntutan di bawah Takaful Tambahan ini.

Page 53: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

Page 53 of 57

3. Walau apa pun jumlah manfaat yang perlu dibayar bagi setiap Peserta, had agregat liabiliti bagi DRP yang diuruskan oleh Pengendali di bawah Sijil Induk ini hendaklah tidak melebihi RM3,000,000.

4. Pengendali berhak untuk membatalkan Takaful Tambahan ini pada bila-bila masa dengan

memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada Pemegang Sijil Induk dan Takaful Tambahan ini, jika belum ditamatkan sebelum ini, hendaklah ditamatkan serta-merta jika Sijil Induk ini ditamatkan. Apabila Takaful Tambahan ini ditamatkan, tiada sumbangan yang dibayar di bawahnya boleh dipulangkan kecuali bagi sebarang bahagian belum digunakan yang telah dibayar untuk melindungi tempoh selepas penamatan.

5. Takaful Tambahan ini adalah semata-mata untuk manfaat khusus Pemegang Sijil Induk dan

jika sebarang penyerahan hak, caj atau pindah milik Takaful Tambahan ini dibuat tanpa kebenaran Pengendali, maka Takaful Tambahan ini hendaklah dianggap dibatalkan serta-merta.

IV. KEADAAN SEDIA ADA

Keadaan Sedia Ada bermaksud sebarang kecederaan atau penyakit yang 1. wujud atau telah dialami sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau

2. tanda penyakit wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan; atau

3. berasaskan perkembangan patologi penyakit yang diterima dari segi perubatan, penyakit

tersebut sepatutnya wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan. Walau apa pun yang sebaliknya dinyatakan dalam Takaful Tambahan ini, tiada manfaat perlu dibayar jika kematian disebabkan oleh Penyakit Sedia Ada melainkan pada masa kematian, Orang Dilindungi telah dilindungi untuk tempoh lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan dan Peserta atau Orang Dilindungi telah mendedahkan kecederaan atau penyakit tersebut seperti yang sepatutnya dan ia telah diunderait sepenuhnya dan diterima oleh Pengendali sebelum permulaan perlindungan.

V. PENGECUALIAN Sekiranya Orang Dilindungi, sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman, membunuh diri atau meninggal dunia disebabkan oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau penyakit lain yang disebarkan menerusi hubungan seks, tiada manfaat di bawah Takaful Tambahan ini yang akan dibayar.

*********************************************************

RUANG INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

*********************************************************

Page 54: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK (Baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Takaful Simpanan Berkelompok HLM Takaful. Pastikan juga anda membaca terma dan syarat am. HONG LEONG MSIG TAKAFUL BERHAD (738090-M) Takaful Simpanan Berkelompok HLM Takaful (PROSavT) 1. Apakah produk ini?

▫ Produk ini memberikan perlindungan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh (KKM), sama ada semulajadi atau sebarang sebab, ke atas Peserta. Produk ini boleh diperbaharui secara tahunan sehingga Peserta mencapai umur 65, hari jadi akan datang (pembaharuan dijamin).

▫ Sumbangan bulanan hendaklah dibayar pada setiap ulangtahun bulanan. Tiada tempoh minimum atau maksimum, bagaimanapun plan adalah boleh diperbahurui sehingga Peserta mencapai umur 65, hari jadi akan datang.

▫ Produk ini juga memberikan sebahagian simpanan sekiranya dipegang sehingga matang, tertakluk kepada terma dan syarat seperti tercatat dalam Sijil. 2. Apakah konsep-konsep shariah yang digunakan?

▫ Iltizam Bi Al Tabarru’ - bermaksud komitmen untuk melakukan Tabarru' (derma); i.e. suatu konsep di mana sebarang amaun dibayar oleh Peserta yang diperuntukkan ke dalam Dana Risiko Peserta diambil kira sebagai komitmen peserta untuk melakukan derma. Tabarru'/derma sebenar dikira berlaku hanya sekiranya berlaku aktiviti atau peristiwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali.

▫ Tabarru’ - sebahagian daripada sumbangan yang mana Peserta bersetuju untuk membayar apabila berlaku aktiviti atau peristiwa yang disahkan oleh pihak pengurusan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali, dengan itu membolehkan Peserta memenuhi tanggungjawabnya untuk saling membantu dan jaminan bersama sekiranya peserta-peserta lain mengalami kerugian lain yang ditakrifkan.

▫ Wakalah - bermaksud suatu perjanjian yang melantik Pengendali untuk menguruskan perkhidmatan secara menyeluruh yang diberikan di bawah Sijil Takaful. Pengendali akan mengambil sebahagian sumbangan sebagai Yuran Wakalah untuk perkhidmatan yang diberikan.

▫ Mudharabah (perkongsian keuntungan) - bermaksud suatu konrak antara Pengendali dan Peserta di mana Peserta memberikan Sumbangan untuk diurus dan ditadbir oleh Pengendali bagi pihak Peserta untuk tujuan pelaburan. Sebarang keuntungan pelaburan daripada pelaburan Dana Peserta akan dikongsi antara Peserta dan Pengendali dengan nisbah 90:10 masing-masing.

▫ Ju’alah - bermaksud suatu perjanjian dimana Peserta bersetuju untuk memberi ganjaran kepada Pengendali atas pencapaiannya atau prestasi yang baik dalam menguruskan Dana Risiko Peserta yang membawa kepada lebihan kepada Dana Risiko Peserta.

3. Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan?

Sijil ini menyediakan: Perlindungan Asas: ▫ Kematian atau KKM akibat sebab-sebab semulajadi.

Manfaat sampingan (Pilihan) yang boleh didapati bawah produk ini: ▫ Kematian akibat Kemalangan ▫ Keilatan Kekal dan Menyeluruh akibat Kemalangan ▫ Keilatan Kekal dan Sebahagian akibat Semulajadi atau Kemalangan (untuk Pelan Berlian sahaja) ▫ Penyakit Kritikal Pembayaran Manfaat Dipercepatkan ▫ Manfaat Pendapatan Hospital ▫ Khairat Kematian Peserta / Pasangan / Anak

Page 55: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

4. Berapakah jumlah sumbangan yang saya perlu bayar? Jumlah sumbangan yang perlu anda bayar dan tempoh sijil adalah berbeza bergantung kepada pelan yang dipilih.

5. Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu saya bayar?

Caj-caj tabarru' akan ditolak secara bulanan dari Akaun Peserta. Caj-caj tabarru' akan meningkat dengan peningkatan usia anda. Perincian caj-caj tabarru' dan lain-lain caj untuk PROSavT adalah diberi dalam Sijil Takaful.

Jenis Amaun

▫ Yuran Wakalah

▫ 25.00% daripada Jumlah Sumbangan, di mana:

(a) Komisyen: 10%

(b) Perbelanjaan Pengurusan: 15%

▫ Cukai Setem ▫ RM 10 (dibayar oleh Pemegang Sijil Induk)

6. Adakah saya menerima sebarang lebihan daripada plan ini?

Anda berhak untuk menerima sekurang-kurang 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) secara tahunan akan dikredit terus ke dalam Akaun Peserta. Baki sehingga 50% adalah dikongsi dengan kami (Pengendali) sebagai insentif menguruskan Dana Risiko Peserta.

7. Apakah terma dan syarat yang perlu saya ketahui?

▫ Kepentingan pendedahan - anda mesti mendedahkan semua fakta penting seperti keadaan perubatan, dan menyatakan umur anda dengan betul. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan sijil anda dibatalkan.

▫ Tempoh bertenang - anda boleh membatalkan sijil PROSavT anda dengan memulangkan sijil dalam tempoh 15 hari kalendar selepas anda menerima sijil. Sumbangan-sumbangan yang telah anda bayar (kurang sebarang yuran perubatan yang ditanggung) akan dipulangkan kepada anda tanpa sebarang keuntungan.

Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk pada Sijil Induk untuk terma dan syarat di bawah Sijil Takaful anda.

8. Apakah pengecualian utama di bawah Sijil ini?

Manfaat Kematian: ▫ Sekiranya Peserta, sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman membunuh diri, atau mati akibat AIDS atau penyakit yang tersebar melalui seks,

tiada manfaat Kematian akan dibayar. Dalam keadaan ini, hanya nilai Akaun Peserta anda pada waktu kematian akan dibayar. ▫ Sekiranya Peserta mati akibat Keadaan Sedia Ada dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh efektif perlindungan, tiada manfaat Kematian akan dibayar.

Dalam keadaan ini, hanya nilai Akaun Peserta anda akan dibayar.

Manfaat KKM: Tiada manfaat Takaful akan dibayar sekiranya Keilatan Kekal dan Menyeluruh secara langsung atau tidak langsung berlaku akibat: ▫ Kecederaan yang disengajakan atau sebarang percubaan untuk berbuat demikian dalam keadaan siuman atau tidak siuman; atau ▫ Pengaruh alkohal, narkotik atau penyalahgunaan dadah yang diberi menerusi preskripsi oleh pengamal perubatan sah yang berkelayakan; atau ▫ Melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau operasi teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan

kecuali sebagai juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang melainkan dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau perkhidmatan sewa; atau

Page 56: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

▫ Sebarang perlanggaran undang-undang, yang membawa hukuman mati oleh Peserta; atau ▫ Jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit berkaitan AIDS; atau ▫ Perkhidmatan tentera atau tentera laut pada masa peperangan yang diisytiharkan atau tidak, semasa di bawah arahan untuk operasi seperti peperangan

atau memulihkan ketenteraman awam; atau ▫ Keadaan Sedia Ada.

Manfaat Penyakit Kritikal: Manfaat Takaful tidak akan dibayar jika Penyakit Kritikal disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh: ▫ Keadaan Sedia Ada; atau ▫ Penyakit Khusus yang berlaku dalam tempoh satu ratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan berterusan; atau ▫ Jika penyakit disahkan menerusi diagnosis dalam masa tiga puluh (30) hari tarikh pengeluaran Kontrak Tambahan ini atau tarikh pengembalian semula,

yang mana lebih lewat; atau ▫ Selain daripada kejadian pertama Penyakit Berbahaya; atau ▫ Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh kecederaan yang

disengajakan, semasa siuman atau tidak siuman, sengaja menyalahgunakan alkohol dan/atau pengambilan ubat selain daripada mengikut arahan Pengamal Perubatan berdaftar; atau

▫ Sebarang kecederaan atau penyakit yang dialami semasa: (i) giat menyertai rusuhan, mogok atau kekacauan awam, kebangkitan, peperangan atau penaklukan atau sebarang tindakan yang berkaitan dengannya (ii) Penerbangan, meluncur atau sebarang bentuk penerbangan udara (selain daripada penumpang membayar tambang yang menaiki penerbangan

terjadual) atau lumba motor, lumba kuda atau operasi kapal selam. ▫ Kehamilan atau kelahiran anak, melainkan kehilangan upaya berterusan selama lebih daripada tiga (3) bulan selepas tamat kehamilan; atau ▫ Untuk Peserta Juvenil, sebarang kerosakan/kecacatan kongenital (sejak lahir) dikecualikan secara khusus.

Manfaat Kematian akibat Kemalangan: Manfaat Takaful tidak akan dibayar jika Kematian Akibat Kemalangan disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada: ▫ Kecederaan disengajakan atau sebarang percubaan melakukannya dalam keadaan siuman atau tidak siuman; atau ▫ Pengaruh alkohol, narkotik atau salah guna dadah yang disyorkan oleh pengamal perubatan sah yang berkelayakan; atau ▫ Melibatkan diri dalam penerbangan untuk tujuan melakukan sebarang pekerjaan atau operasi teknikal atau hobi atau dalam apa jua kegiatan penerbangan

kecuali sebagai juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam penerbangan yang dijadualkan secara tetap menggunakan pesawat komersial atau perkhidmatan sewa; atau

▫ Sebarang perlanggaran undang-undang oleh Peserta yang membawa hukuman mati; atau ▫ Jangkitan HIV, AIDS atau sebarang kerumitan berkaitan AIDS atau sebarang penyakit berkaitan AIDS; atau ▫ Perkhidmatan tentera darat atau laut pada masa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, semasa di bawah arahan bagi operasi seperti

peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau ▫ Kecederaan akibat pembelahan nuklear, pelakuran nuklear, bahan senjata nuklear atau pencemaran radioaktif; atau ▫ Penglibatan dalam sebarang kegiatan mendaki gunung atau memanjat batu; atau ▫ Penyertaan dalam atau latihan untuk sebarang sukan dan pertandingan berbahaya atau memudaratkan atau menunggang atau memandu dalam apa jua

bentuk perlumbaan atau pertandingan.

Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk pada Sijil Induk untuk terma dan syarat di bawah Sijil Takaful anda.

Page 57: 1. Pemegang Sijil Induk : Perbadanan Tabung … 3 of 57 12. “Tarikh Masuk” bermaksud tarikh di mana akaun “Skim Simpanan Pendidikan Nasional i Plus (SSPN-iPLUS) Ahli yang layak

9. Bolehkah saya membatalkan sijil saya? Menyertai plan takaful keluarga adalah komitmen kewangan jangka panjang. Jika anda tidak membayar sumbangan anda dalam tempoh ihsan, sijil anda akan luput. Amaun tunai yang akan dibayar oleh Pengendali Takaful apabila anda membatalkan sijil sebelum tempoh matang adalah kurang daraipada jumlah sumbangan yang anda telah bayar.

10. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan dalam maklumat perhubungan saya?

Adalah penting untuk anda memaklumkan kami sebarang perubahan dalam maklumat perhubungan untuk memastikan sebarang maklumat sampai kepada anda dalam masa yang ditetapkan.

11.Dimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan Takaful Keluarga, sila rujuk kepada buku insuranceinfo tentang "Takaful Keluarga", yang boleh didapati di semua cawangan Pengendali Takaful atau layari www.insuranceinfo.com.my. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengendali Takaful di:

Hong leong MSIG Takaful Berhad (738090-M)

Level 5, Tower B, PJ City Development

No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A

46100 Petaling Jaya, Selangor.

Telephone: +603 7650 1800

Facsimile : +603 7620 6730

Website: www.hlmsigtakaful.com.my

NOTIS PENTING: MENYERTAI PLAN TAKAFUL KELUARGA ADALAH KOMITMEN KEWANGAN JANGKA PANJANG. ANDA MESTI MEMILIH JENIS SIJIL YANG PALING SESUAI DENGAN KEPERLUAN PERIBADI ANDA. ANDA HARUS BACA DAN FAHAM SIJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU HUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL UNTUK MAKLUMAT LANJUT.